Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Laporan Projek Keceriaan Kelas LINUS Program Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk

mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada guru pelatih dengan amalan sebenar tugas guru permulaan suatu hari kelak. Justeru, beberapa projek secara bersama telah dirancang serta dilaksanakan sepanjang empat minggu menjalani Program Internship di SK Seri Bintang Utara baru-baru ini. Salah satu projek yang telah dirancang oleh saya beserta empat orang rakan guru pelatih lain ialah projek menceriakan kelas LINUS SK Seri Bintang Utara. Projek keceriaan ini dilaksanakan sepanjang sesi internship berlangsung iaitu bermula pada 25 Jun 2012 sehingga 20 Julai 2012. Namun demikian minggu pertama projek lebih memberi tumpuan kepada proses merancang kertas cadangan projek serta mendapatkan pengesahan pihak pentadbir berkaitan sumber kewangan dan bahan-bahan yang bakal digunakan sepanjang projek berlangsung. Berasaskan kepada matlamat projek iaitu

menceriakan kelas LINUS di sekolah supaya lebih kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran, projek dimulakan dengan aktiviti mengecat dinding kelas LINUS yang bersaiz 3 bay dengan menggunakan warna-warna ceria seperti kuning,biru dan merah jambu selepas aktiviti mengecat undercoat dilaksanakan.

You might also like