Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

1.

0 PENGENALAN Guru adalah tongak utama dan merupakan tulang belakang asas dalam memacu dan memartabatkan sistem pendidikan negara sejak sekian lama. Kerjaya guru sering dipandang mulia dan mendapat tempat yang istimewa di mata dan hati masyarakat. Sememangnya tanggungjawab dan peranan guru sentiasa mendapat perhatian dan diiktiraf oleh segenap lapisan masyarakat kerana bidang pendidikan ini mencakupi pelbagai jurusan dan aspek mahupun dari segi rohani dan jasmani. Justeru, peranan guru bukan sahaja sekadar mendidik, mengurus dan mentadbir institusi persekolahan, penyampai ilmu pengetahuan, penyalur maklumat, jurutera sosial, doktor pemulihan, pencetus idea, pencorak budaya, penjanaan minda, arkitek pembangunan, pembentukan sahsiah, imam kepada pelajar malah sebagai agen perubahan, sosialisasi dan penggerak generasi akan datang serta agen

pembangunan negara. Sebagai satu pengiktirafan, seluruh negara akan menyambut hari guru pada tanggal 16hb Mei pada setiap tahun. Bertepatan dengan tema hari guru 2012 iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, jelas menyatakan bahawa guru perlu memantapkan diri dengan penguasaan ilmu yang tinggi, cekap dan berketrmpilan untuk menjana dan membangunkan anak didik dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang berwawasan, mempunyai jati diri yang ampuh, bersemangat kental, intelektual, teguh kepada ajaran agama dan pegangan budaya, celik ICT, berdaya saing, bermoral dan sentiasa bersandar kepada nilai murni dan alam sejagat. Dalam profesion perguruan, tugas utama guru ialah melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, guru sebagai pengurus institusi persekolahan akan mengendalikan pelbagai tugas pengurusan dan pentadbiran sekolah dan menjalankan pelbagai aktiviti bagi memastikan kelancaran sesuatu dasar dan polisi yang diwarwarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Literasi dan Numerasi (LINUS), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Memperkasakan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Dasar Satu Murid Satu Sukan dapat dilaksanakan dengan jaya dan berkesan.

2.0

Definisi Pengurusan Dan Pentadbiran Perkataan mengurus (management) sebenarnya diambil dari perkataan Itali

maneggiare yang membawa maksud menangani dan perkataan

ini dipinjam

daripada perkataan Latin manus (tangan). Manakala perkataan bahasa Perancis mesnagement telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris management yang telah digunapakai pada lewat abad ke 17 dan 18. Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringya merangkumi sumber sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. Menurut pendapat, James A.F Stoner & Charles Wienkel pula, menyatakan bahawa pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan. Rentetan daripada itu, Mustafa Haji Daud (1996) telah merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu. Secara umumnya, pentadbiran pula adalah satu proses yang memusatkan kepada identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan penggunaan sumber-sumber sama ada berupa tenaga manusia mahupun bahan dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Jika kita halusi sebenarnya tiada garis pemisah yang nyata di antara pengurusan dan pentadbiran. Dessler G (1997) menyatakan bahawa pentadbir dan pengurus adalah satu fungsi yang sama meliputi aktiviti-aktiviti merancang, menghimpun dan menganalisis, mengawal dan menyebar maklumat-maklumat dalam usaha mencapai objektif yang telah ditetapkan. Manakala Yasmin Kamarudin (1998) juga bersetuju bahawa pentadbir dan mengurus adalah satu peranan di mana kerja-kerja diagihkan kepaa pembantu-pembantu dan pengurus dan pentadbir mengambil kira hasilnya.

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat

menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam proses pentadbiran, ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory, menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell ( Azali Atan-2001) pula,

menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat. Dalam konteks pentadbiran, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat. Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut. Sebagaimana yang kita fahami, pendidikan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik. Mengikut Lambert L (2003) dalam bukunya yang bertajuk Leadership Refined:An Evocative Context For Teacher Leadership, pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti, menyelenggarakan,

merangsanag, mengawal dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan. Sementara itu Campbell, Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk Introduction to Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk

menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan,maktab perguruan dan juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalnkan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan ujuan tertentu di samping

menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi. Dalam organisasi, konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti. Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran ,iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu institusi yang melibatkanperancangan. Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih memberatkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan. Walaubagaimanpun ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan memang tiada bezanya. 3.0 Peranan Guru Di Sekolah Semua guru dipertanggungjawabkan untuk menjadi pembina modal insan seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, pelbagai tugas harus dilaksanakan oleh guru di sekolah dan amanah ini perlu digalas dengan baik supaya aset negara yang berharga ini tidak disalahgunakan dan akhirnya semua pihak berharap agar mereka bakal menjadi pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti. Profesionalisme guru ini mempunyai pengalaman dan peribadi tinggi serta boleh memberikan sumbangan dan impak yang besar kepada pembangunan negara. WF Connell (1972) membezakan tujuh peranan seorang guru iaitu (1) pendidik (nurturer), (2) model, (3) pengajar dan pembimbing, (4) pelajar (learner), (5) komunikator terhadap masyarakat setempat, (6) pekerja administrasi, serta (7) kesetiaan terhadap negara. Guru sebagai pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap profesion serta tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru. Seseorang guru hendaklah mendidik dan mengajar serta mempunyai

tanggungjawab profesional yang mencukupi asas kebenaran, kejujuran, tanpa

kepentingan langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan, rasional, objektif, kritis, terbuka, pragmatis, dan neutral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti. Ishak Haron dan Koh Boh Son(19850 menyarankan supaya mendidik, membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan itu juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masingmasing. Guru yang menguasai kemahiran belajar menerima isyarat dengan tepat, memproses adalah guru yang kebolehan maklumat yang diterima,

menyimpannya dalam stor ingatan dan mengaplikasikan untuk menyelesaikan masalah. Guru yang mempunyai kemahiran berfikir sememangnya cekap

menggunakan akal untuk menjalankan proses-proses pemikiran seperti bandingbeza, menghuraikan dan lain-lain. fasilitator yang Guru sebagai pemudah cara merupakan

boleh membimbing, memotivasi serta menggerakkan orang lain

khususnya anak muridnya sendiri. Guru yang menguasai kemahiran mengajar dapat membentuk dan melaksanakan aktiviti pengajaran yang sistematik, menarik dan berkesan. Kemahiran merancang yang dimilikki oleh guru dapat menentukan objektif pelajaran, memilih isi pengajaran, memilih strategi dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran pembelajaran, memilih dan menyediakan pelajaran serta menyediakan dan mengurus kemudahan untuk menjalankan aktiviti

pengajaran mengikut tahap kebolehan dan kecekapan muridnya.. Guru sebagai pelajar (learner). Seseorang guru dituntut untuk selalu menambah pengetahuan dan keterampilan agar supaya pengetahuan dan keterampilan yang dirnilikinya tidak ketinggalan jaman. Pengetahuan dan

keterampilan yang dikuasai tidak hanya terbatas pada pengetahuan yang berkaitan dengan pengembangan tugas profesional, tetapi juga tugas kemasyarakatan maupun tugas kemanusiaan. Guru juga digalakkan memantapkan lagi kemahiran ICT bagi membolehkan mereka menguasai dan menggunakan teknologi maklumat dengan baik dan berkesan.

Peranan guru sebagai setia kawan dalam dunia pendidikan. Seorang guru diharapkan dapat membantu kawannya yang memerlukan bantuan dalam mengembangkan kemampuannya. Bantuan boleh diberikan secara langsung melalui perkongsian ilmu, pertemuan-pertemuan rasmi mahupun kursus dan secara tidak

langsung. Guru sebagai komunikator pembangunan masyarakat berperanan sebagai penghubung antara institusi persekolahan dan masyarakat. Oleh itu guru perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik sama ada secara lisan

atau bertulis. Seorang guru diharapkan dapat berperanan aktif dalam pembangunan di segala bidang yang sedang dilakukan. Ia dapat mengembangkan kemampuannya pada bidang-bidang yang dikuasainya. Guru sebagai administrator, perancang dan pengurus. Seorang guru tidak hanya berperanan sebagai pendidik dan pengajar, tetapi juga sebagai pentadbir dan perancang dalam bidang pendidikan dan pelajaran. Oleh karena itu seorang guru dituntut bekerja secara administrasi teratur. Segala pelaksanaan dan pengurusan dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dibuat secara terancang dan teratur. Penulisan rancangan pengajaran dan pembelajaran, mencatat hasil pembelajaran murid dan sebagainya merupakan dokumen yang berharga bahwa ia telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Setiap guru harus bijak bertindak sebagai penyebar ilmu. Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu serta menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru haruslah mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para murid bagi melahirkan insan dan warga negara yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan, guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, dan Sosial) (2007), Profesor Syed Muhammad alAltas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalaman jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, terlibat dalam sumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu (Raghbir Kaur (2007)). Dalam pengajaran dan pembelajaran guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab

murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Guru sebagai pengamal ilmu. Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai peranan serta tugas yang amat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan insan dan negara terletak di atas pundak kaum guru. Guru atau para pendidik juga seharusnya mempunyai sikap dedikasi dan komitmen terhadap profesion serta

tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru.

Mengikut Jujun S.

Suriasumantri (1990) sebagai seorang pengamal ilmu, seseorang guru harus mempunyai tanggungjawab profesional yang mencukupi asas kebenaran, kejujuran, tanpa kepentingan langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan, rasional, objektif, kritis, terbuka, pragmatis, dan neutral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti. Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah global village, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta mempertingkat ilmu pengetahuan masing-masing. Dalam perkembangan berkaitan, Islam bukan sekadar menganjurkan umatnya mencari atau menuntut ilmu malah penyebaran ilmu juga menjadi satu kewajipan. Shahril @ Charil Marzuki, et. al. (1993) menegaskan guru sebagai pengamal ilmu, mempunyai peranan serta tanggungjawab sosial iaitu perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran, penyampai ilmu pengetahuan, pembentuk akhlak, pembimbing, contoh teladan atau model. Menurut Mohd. Idris Jauzi (1990) untuk membolehkan para pendidik memainkan peranan berkesan dan positif sebagai pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslah secara berencana dan berterusan mempersiapkan diri dari segi keilmuan, berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi ibadah-ibadah asas, meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan diri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat, melaksanakan tugas keguruan dengan sebaiknya, menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan

bermasyarakat dan menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah ilmuan sebagai pusat pendidikan anggota masyarakat. Guru sebagai pengamal reflektif , sentiasa membuat pertimbangan dan pemikiran yang mendalam sebelum merancang sesi-sesi pengajaran supaya muridmurid memperolehi kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang tinggi dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru perlu menyedari masalah yang

harus dihadapi dan seterusnya mula mengumpul maklumat yang relevan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut. Di peringkat akhir reflektif, guru harus menilai semula apa yang harus dilakukan untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi. Guru menggunakan amalan reflektif untuk meningkatkan kualiti pengajaran, dan juga boleh mendedahkan murid-murid dengan kemahiran objektif tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Guru juga harus membuat reflektif kendiri untuk menilai objektif pengajarannya. Yap, Wan dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu seseorang guru harus memiliki kemahiran menilai dan mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru sebagai penyelidik berupaya menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid dengan mengubah dan menyesuaikan strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik perhatian murid seterusnya sentiasa membuat dan menjalankan refleksi kendiri bagi memperbaiki kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan Tindakan merupakan salah satu amalan profesionalisme guru yang efektif. Ini merupakan salah satu strategi guru dan dengan menjalankan penyelidikan tentang semua apa yang berkaitan dengan pengajaran. Penyelidikan dilaksanakan bertujuan untuk mengesan keadaan dan masalah dan amalan-amalan pendidikan atau sosial murid yang memerlukan tindakan supaya bagi mengatasi permasalahan yang berbangkit. Mengikut Kurt Lewin (1952), proses penyelidikan sebagai sesuatu kitaran tindakan kajian merangkumi empat peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat reflektif. Mengikut Bogdan dan Biklen (1982), penyelidikan tindakan merupakan sesuatu inkuiri yang mengumpul maklumat secara sistematik dengan mengubah ataupun membaiki persekitaran sosial. Guru sebagai penyelidik, amat dialu-alukan untuk membuat penyelidikan

kerana penyelidikan yang dijalankan itu nanti akan menggalakkan guru membuat reflektif semasa menjalankan aktiviti pengajaran, mengesan dan memperbaiki

kelemahan dan kekurangan dalam sesi pengajaran tersebut. Melalui penyelidikan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik. Guru juga dapat meningkatkan kemahirannya dalam aktiviti pengajaran dan berpeluang

mengubah kaedah dan teknik mengajarnya supaya membawa sesuatu inovasi baru. Selain daripada itu, guru juga dapat menguji kemahiran pencapaian dan keberkesanan pengajarannya di dalam bilik darjah. Guru juga merupakan agen sosialisasi kepada murid yang menyampaikan kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Peranan guru dan tugas sekolah adalah untuk mengajar murid-murid tentang nilaia-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Guru harus memastikan perubahan dan perkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Guru sebagai agen sosialisasi perlu memupuk sikap, nilai dan sahsiah murid-murid yang sempurna selaras dengan kehendak masyarakat. Guru seharusnya mempunyai hubungan yang rapat dengan

masyarakat dan boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada ahli masyarakat. Masyarakat menempatkan guru pada tempat yang lebih terhormat lingkungannya kerana daripada seorang gurulah masyarakat memperoleh ilmu pengetahuan ke arah pembentukan sesebuah negara maju menjelang tahun 2020. Semua ini menunjukkan bahawa guru telah berjaya menjadi agen sosialisasi dalam kehidupan masyarakat. Selain daripada itu, peranan guru di sekolah adalah untuk membawa perubahan dalam masyarakat. Guru perlu bertanggungjawab mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai pengetahuan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Abd. Rahman Md Arof (1999) menyebut guru sebagai perlaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang mempunyai sifat positif dalam segala hal. Oleh itu, seorang guru perlu memberi perkhidmatan bermutu, kemahiran yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan mendalam. Warga guru perlu peka dengan perubahan, budaya pendidikan, misi pendidikan dan bersedia menerima perubahan menggunakan peralatan canggih. Guru sebagai agen perubahan diharap mampu mengubah stail pengurusan dan kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik. Pelbagai bentuk perubahan boleh dilakukan seperti mengubah daripada strategi pemusatan guru kepada

pemusatan murid, mengamalkan sifat penyayang terhadap pelajar, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah. Guru hendaklah bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan.

Guru insan.

sebagai pembina Negara bangsa dapat membantu pembentukan

Guru harus memainkan peranan dalam pemuafakatan masyarakat dan

menjadi kerangka kepada pembentukan negara untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia, mempunyai semangat berjuang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru juga harus menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi untuk menolong membentuk masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia. Guru juga bertanggungjawab untuk memodenkan cara hidup masyarakat setempat dengan ilmu-ilmu terkini tang diajarkan kepada mereka. guru juga berperanan untuk membawa perubahan-perubahan baharu untuk memenuhi aspirasi dan kehendak murid, masyarakat dan negara. Guru harus mewujudkan iklim sekolah yang dinamik dan memenuhi keperluan dan cabaran masa depan. Sebagai agen perubahan, maka guru harus melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Guru perlu menjadikan waktu di sekolah lebih harmonis supaya murid tidak terus tertekan dan mengalami gangguan emosi yang berterusan. Kanak-kanak belajar melalui apa yang mereka lihat, dengar dan alami. Oleh itu, guru mestilah melaksanakan peranannya sebagai pengganti ibu bapa. Ini amat penting kerana hubungan yang rapat akan menerbitkan rasa hormat murid kepada guru atau orang lain di sekolah. Sebagai pengganti ibu bapa, guru perlu mangambil tahu masalah muridnya serta sedia mendengar dan memberi perhatian kepada setiap murid tanpa adanya unsur bias, berat sebelah atau pilih kasih. Guru sebagai penyayang, menyukai dan menyayangi kanak-kanak, prihatin, berminat, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan, kebajikan, keperluan dan kebahagiaan murid-muridnya. Berminat mengajar, berdedikasi dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bersungguh-sungguh. Sikap ini dapat melahirkan murid yang mempunyai

kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup masyarakat. Guru sebagai pakar rujuk mempunyai kemahiran ikhtisas dan menguasai ilmu pengetahuan dengan baik. Menunjukkan sikap jujur serta mewujudkan interaksi positif pelbagai hala serta menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalankan aktiviti pengajaran mereka. Guru sebagai mentor menolong memberikan penyelesaian masalah kepada murid dengan cepat dan

berkesan. Guru juga harus mempunyai kemahiran mendengar dengan baik iaitu memahami situasi atau keadaan yang dialami murid-muridnya. Juga perlu mempunyai sifat dan kualiti seperti bersopan santun, menghormati pandangan murid, peramah, rendah hati, jujur, semangat berbakti, prihatin dan sebagainya. Setiap murid yang menghadapi masalah harus diberi peluang perkhidmatan bimbingan tanpa mengira jantina, kaum, status sosial, latar belakang dan kepercayaannya. Perkhidmatan bimbingan ialah tanggungjawab bersama antara guru pembimbing dengan murid yang memerlukan bimbingan. Guru pembimbing perlu juga mendapat kerjasama daripada pihak sekolah termasuk ibu bapa murid berkenaan. Perkhidmatan bimbingan diberikan bertujuan untuk mengembangkan peribadi individu secara sistematik dan tersusun. Guru haruslah memahami kehendak dan perilaku kanak-kanak supaya guru dapat mengajar dengan lebih efektif. Mereka mendidik dan mengajar kanak-kanak untuk membantu meningkatkan intelek, emosi, rohani dan jasmani. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik ke arah perkembangan kanak-kanak. Sebagai pengganti ibu bapa, adalah menjadi tugas guru untuk

menyediakan persekitaran yang kondusif tersebut. Kerjasama antara ibu bapa dan guru sangat penting dan membuatkan sesuatu persekitaran pembelajaran yang membina untuk murid di sekolah dan di rumah. Setiap guru dan ibu bapa mempunyai peranan dalam menyokong dan melengkapi antara satu sama lain serta sentiasa melakukan yang terbaik bagi para murid kita. Oleh yang demikian, pelbagai usaha perlu dipergiatkan untuk menggalakkan penyertaan keluarga yang lebih bermakna dalam peringkat sekolah. Asas penting dalam pembentukan tingkah laku murid adalah melalui hubungan yang positif antara guru dan murid di dalam sekolah. Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan kasih sayang. Guru perlulah sentiasa memberikan pujian-pujian yang ikhlas dan tepat kepada muridmurid. Murid berkenaan seharusnya diberikan nasihat yang tepat dan jelas oleh para guru. Tugas utama guru adalah untuk menguruskan bilik darjah. Guru perlu

mempunyai kemahiran mengurus bilik darjah, murid, kemudahan fizikal, bahanbahan pengajaran dan sebagainya dengan baik. Ini mampu menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik. Salah satu usaha utama untuk menguruskan pembelajaran adalah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Setiap

guru perlu menguruskan pembelajaran di peringkat awal lagi, iaitu peringkat perancangan pengajaran. Selain daripada itu guru sebagai pengurus akan

mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian, mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah dan mengurus aktiviti kumpulan.

4.0 Tugas-Tugas Pengurusan Di Sekolah Pengurusan Sekolah : Guru Kelas Tahun 5 Maju Saya telah ditugaskan untuk menjadi guru kelas. Sebagai seorang guru kelas saya telah menjalankan tugas-tugas seperti berikut: Buku Daftar Kedatangan: Merekod dan mengemaskini butiran pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001 dan buku kemasukan sekolah. Saya melengkapkan Buku Jadual Kedatangan murid dengan menulis no pendaftaran, nama penuh murid, bangsa, tarikh masuk kelas, no sijil beranak, tarikh lahir, tempat lahir, agama, nama ibu bapa, surat beranak, pekerjaan ibubapa, alamat penuh, no telefon rumah atau pejabat dan layak atau tidak layak mendapat SPBT. Seterusnya saya akan menanda kehadiran murid pada waktu yang pertama pada setiap hari dan merumus keseluruhan kehadiran pada setiap hujung bulan persekolahan. Saya akan mencatat perpindahan dan kemasukan murid baru dari masa ke semasa. Saya juga akan menghubungi ibubapa atau penjaga dengan mengirim surat amaran ponteng dan satu salinan ke pejabat sekolah sekiranya murid saya ponteng tiga hari berturut-turut. Saya juga menghubungi ibubapa atau penjaga untuk pengesahan peribadi dengan membawa surat daripada ibu bapa atau doktor bagi murid yang tidak hadir ke sekolah. Mengurus kutipan Yuran: Pada setiap awal tahun sebelum persekolahan bermula, sebagai guru kelas saya akan membuat kutipan wang untuk sumbangan PIBG, bayaran pembelian barangan dan peralatan sekolah, buku kerja, pakaian sukan dan lain-lain. Saya akan memastikan semua pelajar saya membuat bayaran tersebut dan seterusnya merekodkan semua wang kutipan sebelum diserahkan kepada

pembantu tadbir.

Mengurus pengagihan buku-buku teks dan buku-buku kerja: Saya juga bertanggungjawab mengendalikan pengagihan buku-buku teks dan buku-buku kerja kepada pelajar-pelajar kelas saya .Saya akan mengisi dan melengkapkan borang pinjaman buku teks untuk diserahkan kepada guru SPBT untuk tujuan pengurusan. Pada hujung tahun saya, akan mengutip semula buku-buku tersebut dan memastikan setiap pelajar memulangkan semula mengikut jumlah yang dipinjamnya. Sekiranya didapati pelajar menghilangkan atau merosakkan buku-buku tersebut, saya akan menghubungi penjaga mereka untuk menggantikannya. Perkara-perkara Akademik: Setiap kali selepas ujian atau peperiksaan, saya akan menanda kertas ujuan dan merekodkan markah pelajar-pelajar saya di dalam buku Rekod Persediaan Mengajar. Saya akan mengisi butiran kemajuan akademik

pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.

Saya juga akan mengisi markah peperiksan atau ujian ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Seterusnya saya akan mengisi dan melengkapkan Buku Penilaian Kemajuan Murid Berasaskan Sekolah (PKBS). Buku PKBS ini akan diserahkan kepada ibu bapa pada Hari Terbuka. Pada Hari Terbuka saya akan bertemu dengan ibubapa atau penjaga pelajar saya untuk berbincang tentang

keputusan, perkembangan, masalah pembelajaran, disiplin dan perkara-perkara yang berkait dengan anak-anak mereka. Sistem Maklumat Murid ( SMM): Sebagai guru kelas, saya bertanggungjawab

untuk mengisi Sistem Maklumat Murid berkomputer. Melalui SMM ini saya dapat mengenalpasti murid-murid yang layak menerima bantuan RMT, KWAMP dan

sebagainya. Saya juga akan memaklumkan kepada Penolong Kanan (HEM) murid yang memerlukan bantuan pakaian seragam, kasut atau beg anjuran mana-mana pertubuhan. Saya akan membantu pihak pentadbiran dalam pengurusan biasiswa jika ada, mengeluarkan sijil berhenti sekolah dan surat akuan. Saya juga akan mendapatkan maklumat dan mengenalpasti murid-murid yang memerlukan khidmat bimbingan dan kaunseling, masalah kesihatan, ekonomi, rumahtangga, yatim piatu, tekanan emosi dan mental, gangguan seksual dan lain-lain lagi. Keceriaan Kelas: Saya akan mengenalpasti dan melantik ketua kelas dan pembantunya pada awal penggal. Saya akan membuat jadual waktu dan jadual

tugasan harian dan mewujudkan sudut-sudut pelajaran seperti sudut mata pelajaran, sudut pameran hasil kerja murid, sudut bercerita dan mini perpustakaan di dalam kelas saya. Papan kenyataan kelas akan ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, saya sebagai guru mata pelajaran juga harus memberi markah kepada guru-guru kelas lain yang saya ajar untuk meringankan beban tugas guru kelas tersebut. Saya akan memastikan papan kenyataan di dalam kelas dimanfaatkan dengan sepenuhnya seperti mempamerkan jadual waktu, jadual bertugas harian, peraturan sekolah, maklumat terkini dan sebagainya. Saya akan memastikan kelas saya mempunyai pemadam, kapur tulis, penyapu, penadah dan bakul sampah. Biasanya saya akan membuat pelan kelas dan memasang langsir serta alas meja yang baru di kelas saya. Saya juga bertanggungjawab untuk menjaga, menghias dan memastikan keceriaan kelas supaya kelas sentiasa dalam keadaan selamat, selesa, bersih, kemas dan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Mengendalikan tugas-tugas lain: Saya bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar di dalam kelas dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan

kesedaran sivik. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru GPK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain. Setiap kali sebelum ujian atau pepriksaan dijalankan saya akan membuat persiapan menyusun kerusi dan meja. Saya akan memastikan keselesaan dan keselamatan pelajar dan perabot di dalam kelas.

5.0 Pengurusan Kurikulum Melalui Panitia

Antara tugas-tugas saya sebagai guru dalam Panitia -pentadbiran panitia, -pengurusan pengajaran dan pembelajaran, -pengurusan sumber pendidikan dan pengurusan penilaian, -menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang dikemaskini,

-menyelenggara fail-fail panitia, -mempengerusikan mesyuarat panitia, -menentukan jenis buku-buku rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah , -membuat anggaran perbelanjaan tahunan, -menyelaras penyediaan soalan-soalan, -membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang

dirancangkan oleh pihak sekolah. Saya sentiasa membantu dan memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila diperlukan. Saya juga bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan peringkat zon, peringkat daerah atau peringkat negeri. Saya akan membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik yang lain dan juga membantu guru penolong kanan mata pelajaran membuat pemantauan pengajaran dan

pembelajaran. Saya juga bertanggungjawab dalam panitia dan peralatan serta bahan bantu mengajar.

mengemaskinikan buku stok

6.0

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS BADAN BERUNIFORM Sebagai guru penyelaras badan beruniform Pengakap, saya

bertanggungjawab merancang kegiatan tahunan dan disampaikan kepada Guru Besar pada awal penggal persekolahan. Saya akan mengatur rancangan dan jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan dan takwim PPD untuk sepanjang tahun. Saya akan membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum untuk membahagikan murid mengikut kelab badan beruniform. Saya juga membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penyelaras dan membahagikan tugasas kepada guru berkenaan. Saya akan menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan perjalanan badan beruniform seperti yang dikehendaki agar benarbenar teratur dan bergerak. Saya juga bertanggungjawab sebagai penggerak kepada peraturan-peraturan berkenaan bagi melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah kepada ahli-ahlinya seperti menganjurkan ceramah, bengkel membuat gadget, mengikat anduh dan pertolongan cemas, perkhemahan, pertandingan kawad kaki, kempen, lawatan dan sebagainya.

Rujukan:

Abdul Rahman Md Arof (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang, Universiti Putra Malaysia. Abdul Shukor Abdullah (1998). Fokus Pengurusan Pendidikan K.L: Kementerian Pendidikan Malaysia., Azali Atan (2001) Inovasi Pengurusan di kalangan Pegetua di daerah Muar, Johor. Kertas Kerja Projek Sarjana, Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Dessler, G. (1997), Human Resource Management . Upper Saddle River, NJ: Prentice. Drucker, (1992). Mantina For The Future; The 1990s and Beyond, Pepin Books, USA. Ishak Haron &Koh Boh Son (1985). Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn.Bhd. Lambert, L (2003) Leadership Refined: An Ecovative Context For Teacher Leardership. School Leadership and Management. New york. Mustafa Haji Daud (1996). Etika Pengurusan. Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distributions Sdn.Bhd. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon. Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Penerbitan Multimediaa Sdn. Bhd. Yasmin Kamarudin (1998) Kajian Persepsi Para Guru dan Pengetua terhadap Semangat kerja Berpasukan yang efektif di kalangan Guru di Kuala lumpur. Universiti Malaya.

REFLEKSI KATNI BIN SAPARIE 650921015253 Mata pelajaran EDU 3108 ( Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru) merupakan salah satu matapelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar PGSR dalam semester 8 ini. Mata pelajaran ini telah banyak membantu saya dalam mendalami pengetahuan berkaitan ciri-ciri guru yang profesional, beretika, kepimpinan guru dan peranan guru serta tanggungjawab guru dalam pelbagai aspek kepimpinan di sekolah.

Dalam membuat kajian ini banyak yang perlu dipelajari yang memerlukan daya kemahiran menghuraikan tentang perkembangan profesion guru Jikalau perkembangan asas kepimpinan dan ini kekaburan banyak berlaku

sebelum

berkaitan dengan kepimpinan. Melalui kursus ini dapat memperjelaskan secara terperinci yang kepimpinan dapat mempengaruhi keberkesanan dalam proses mencapai matlamat bersama.

Selain itu kita didedahkan dengan pernan guru dalam konteks bilik darjah , organisasi sekolah, komuniti setempat serta negara dan dunia. Kadang kala kita yang terlalu mengecilkan bidang keguruan sehingga menyebabkan seolah-olah dunia perguruan bagaikan katak di bawah tempurung. Yang jelas guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampailan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan guru perlu memastikaan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk ,menangani masalah yang dihadapainya dalam kehidupan.

Untuk memantaapkan kerja kursus Selain itu, perpustakaan , kedai-kedai buku, rakan rakan lama, melayari internet , apa-apa juga yang mendatangkan maklumat bagi menyiapkan kajian.

Berdasarkan pengetahuan sedia ada, berdikusi dengan rakan sekuliah disamping tutorial serta bahan-bahan rujukan yang dibekalkan oleh pensyarah

dapatlah mempelajari ilmu untuk menyiapkan kerja kursus untuk menjadikan pelajar insan yang cintakan ilmu disamping mempelajari pelbagai kemahiran di sekolah. . Sekian terima kasih.

REFLEKSI

ABDUL RAHIM BIN MOHD HUSSAIN 660825-01-6327

Alhamdulillah pada semester 8 ini saya telah dihidangkan dengan subjek EDU 3108 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Professional. Satu subjek yang semestinya dipelajari oleh semua bakal guru manakala guru yang berpengalaman hendaklah memahami dan menghayatinya supaya menjadi panduan dan pedoman selama mana ianya bertugas sebagai seorang guru.

Pada peringkat permulaan mempelajari subjek ini saya menjangkakan subjek ini begitu mudah kerana pengalaman yang sedia ada sudah menjangkau lebih dua abad sepatutnya saya memahami dan berpengalaman dalam asas kepimpinan.

Namun jangkaan saya meleset sama sekali kerana banyak perkara yang saya tidak ketahui dan memang sepatutnya saya mengulangkaji dan mempelajarinya semula berkaitan dengan asas kepimpinan dan perkembangan dalam bidang keguruan.

Subjek ini dapat memberi input yang berguna kepada saya untuk menjadi seorang guru yang professional dengan mempelajari konsep profesion dan profesinalime guru serta ciri-ciri untuk menjadi guru sebagai satu profesion. Saya juga telah diterangkan tentang kod etika dan akauntabiliti keguruan, isu-isu semasa yang berkaitan dengan etika guru, peringkat perkembangan guru, peranan guru sekolah rendah, kepimpinan guru, struktur organisasi pendidikan dan juga perkembangan profesionalisme guru; pembelajaran sepanjang hayat.

Dapatlah diterangkan di sini bahawa sebagai seorang pendidik saya semestinya membuktikan bahawa saya telah mengimbangi kewujudan intergrasi nasional melalui pendidikan dan memangku segala dasar yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga kerajaan demi keamanan dan kemakmuran Negara ini dapat dikekalkan. Oleh yang demikian saya semestinya mempertingkatkan pengetahuan untuk menjadi ejen kepada keberkesanan

pendidikan negara. Apatah lagi pendidik merupakan pemangkin kepada wadah dan

perjuangan untuk murid-murid membina daya pemikiran yang kreatif dan kritis, selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Namun begitu disamping menjadi ejen kepada kemajuan Negara , kita sebagai pendidik semestinya mengetahui kod etika keguruan supaya tidak menjadi isu-isu yang sering melanda dengan pelbagai cabaran dari masa ke semasa.

Setelah mempelajari melalui sesi bersemuka bersama pensyarah dan juga melalui pembacaan beberapa buah buku dapatlah saya fahami betapa besar dan getirnya tugas-tugas yang perlu dipikul oleh para pendidik di seluruh negara. Oleh itu semua pendidik hendaklah bersedia setiap masa dan keadaan atas perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan.

Sekian, terima kasih.

REFLEKSI

NAMA NO KP

: ANI BINTI KADIS : 680102-12-5050

Mata pelajaran (EDU 3108) Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru adalah merupakan mata pelajaran yang mesti diambil oleh pelajar-pelajar Program PGSR bagi semester 8. Mempelajari mata pelajaran ini banyak menambahkan lagi pengetahuan kami berkaitan dengan profesion perguruan. Walaupun kami pelajar program PGSR terdiri daripada guru-guru yang boleh dikatakan berpengalaman tetapi tidak dinafikan seperti saya masih memerlukan ilmu pengetahuan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang guru yang profesional. Ssesetengah masyarakat kita hari ini menganggap profesion perguruan adalah mudah, tetapi hakikatnya pada ketika ini profesion perguruan adalah setarap dengan bidang profesion yang lain kerana untuk menjadi seorang guru ianya memerlukan ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran dalam bidang yang diceburinya itu. Di samping itu, dunia pendidikan semakin maju mengikut arus globalisasi, bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan percantuman teknologi-teknologi dan

telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa cabaran kepada kerjaya perguruan. Oleh yang demikian seorang guru perlu

mempertingkatkan diri dalam bidang ini dengan pelbagai cara yang disediakan oleh kementerian pendidikan. Seseorang guru yang profisional juga perlu tahu melaksanakan peranan dan tugasnya sebagai guru dalam pelbagai aspek

pengurusan di sekolah dan dapat menampilkan dirinya dengan cirri-ciri kepimpinan yang sesuai dengan profesion perguruan yang dianggap sebagai modal insan yang boleh dicontohi oleh murid-murid. Sungguhpun mata pelajaran ini berkaitan dengan profesion perguruan namun kerja kursus secara berkumpulan yang ditugaskan oleh pensyarah kepada kami amatlah mencabar keupayaan kami untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Tidak dinafikan kumpulan kami menghadapi berbagai-bagai masalah sewaktu menyiapkan tugasan yang diberikan seperti mendapatkan bahan-bahan rujukan mahu pun masalah pertemuan perbincangan dengan ahli kumpulan yang mana

kumpulan kami terdiri daripada ahli-ahli yang jarak kedudukan tempat tinggal agak jauh, disamping mempunyai komitmen dengan tugas lain dan keluarga. Walaupun menghadapi masalah seperti yang saya nyatakan tadi, namun dengan jasa baik pensyarah mata pelajaran ini yang memberi bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini serta kerjasama di antara ahli kumpulan kami akhirnya kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarahpensyarah yang mengajar mata pelajaran ini serta kerjasama yang ditujukkan oleh rakan-rakan dalam menjayakan tugasan yang diberikan.

Sekian terima kasih.

REFLEKSI

NOOR PIAH BINTI MAT ALI 660705045174

Semester ini saya mempelajari mata pelajaran EDU

3108

iaitu mata Pelajaran ini

pelajaran Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru.

memberi penekanan terhadap konsep mengajar sebagai profesioan, kod etika guru, isu-isu etika guru , peringkat perkembangan guru, peranan guru, kepimpinan guru dan perkembangan profesionalisme guru. Apabila mendapat soalan kerja kursus, kami berlima berkumpul dan berfikir apakah kehendak soalan sebenarnya. Berdasarkan soalan kerja kursus, kami perlu menghuraikan peranan sebagai seorang guru sekolah rendah. Sebagai mana yang diketahui, murid mula menimba ilmu persekolah di sekolah rendah sebelum ke peringkat sekolah menengah. Pelbagai pelajaran asas akan dipelajari di sekolah rendah. Setelah membuat kajian untuk menyiapkan tugasan ini, saya dapati tugas guru amatlah berat. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, malah memastikan pembangunan modal insan selari dengan tuntutan Fasafah Pendidikan Kebangsaan. Guru perlu sentiasa berhati-hati dan sentiasa belajar bagi meningkatkan kebolehan, keupayaan dan sikap. Guru perlu mempraktikkan budaya membaca dan mempunyai peranan dan tanggungjawab sosial. Dalam Islam telah menggariskan adab seorang guru kepada murid-murid. Guru juga menjadi agen perubahan baharu untuk memenuhi aspirasi murid, masyarakat dan Negara. Selain daripada itu, guru juga perlu berkemahiran mengurus, merancang, berfikir, berkomunikasi dan menilai dalam pengajaran. Murid-murid perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman tertentu kerana kemahiran ini tidak terdapat dalam pengajaran formal. Di samping itu, guru perlu mempunyai pemikiran reflektif supaya dapat mengatasi setiap masalah yang timbul selepas pengajaran untuk meningkatkan kualiti pengajaran. Seterusnya, guru merupakan penyelidik yang meneroka ideaidea baru tentang kaedah-kaedah mengjar dalam pengajaran, menjadi agen social yang perlu memupuk sikap, nilai dan sahsiah murid yang sempurna selaras dengan kehendak masyarakat.

Saya juga dapati, guru perlu rapat dengan murid kerana guru menjadi pengganti ibu bapa murid. Guru perlu sedia mendengar dan memberi perhatian kepada murid. Guru juga perlu bekerjasama dengan ibu bapa murid menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang membina untuk murid di sekolah. Oleh itu, saya perlu mempersiapkan diri supaya menjadi guru yang mampu menjalankan peranan sebagai seorang guru sekolah rendah yang dihormati, disayangi dan sentiasa ingati.

Sekian terima kasih.

NAMA : MASLINA BINTI ABDULLAH N/ KP : 641109-01-6146 OPSYEN : PGSR BM AMBILAN NOV 2008

Refleksi

Hampir setiap kali apabila hendak menulis di dalam buku rekod pengajaran dan pembelajaran, saya akan terpandang halaman pertama berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah ini merupakan pegangan dan harapan setiap warga pendidik untuk melahirkan pelajar yang berilmu, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi, jasmani dan sahsiah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Para pendidik mempunyai sistem peranan dan tanggungjawab yang berkualiti yang bertaraf penuh dunia untuk bagi

membangunkan

pendidikan

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia berlandaskan misi dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera untuk kemajuan negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua

warganegara. Dalam usaha untuk menjadikan generasi gemilang, pendidik atau lebih mesra digelar Cikgu atau Guru memainkan peranan penting dengan

menyediakan kepimpinan yang berkualiti, pengurusan yang berkualiti untuk melahirkan sumber manusia dan modal insan yang berkualiti. Apabila dikehendaki membuat tugasan berkaitan dengan peranan guru dalam sistem persekolahan, saya begitu teruja kerana pengalaman dan kemahiran yang ada sepanjang 23 tahun berkhidmat sebagai seorang pendidik . Bagi saya, niat dan keikhlasan kita mendidik merupakan syarat yang paling utama .

Pembacaan buku dan majalah berkaitan dengan pendidikan membolehkan saya bersama-sama rakan menyiapkan tugasan dengan cepat dan berkesan. Bukubuku yang dihasilkan oleh golongan pendidik juga menambah ilmu kepada saya cara mendidik yang berkesan kerana dapat menimba ilmu dan pengalaman mereka. Kaedah dan strategi yang berlainan berdasarkan pengalaman dan situasi setempat menjadikan saya sebagai pendidik mempunyai seribu satu cara untuk memenuhi impian dan matlamat pendidikan negara. Sejauh mana kemampuan kita sebenarnya bergantung kepada keyakinan dan kekuatan mental kita mengharungi profesion perguruan ini. Hal ini kerana kita tidak mampu menduga atau mentafsir pergolakan jiwa pelajar masa kini yang terlalu mementingkan hak individu dan kurangnya kesetiaan kepada agama , bangsa dan negara. Mereka ini sering mencabar kreabiliti seorang guru. Menurut Zainal

Abidin(1999) dalam buku Syed Ismail( 2010) halaman 185, Seorang guru perlu memberi perkhidmatan bermutu, kemahiran yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan mendalam. Warga guru perlu peka dengan perubahan, budaya pendidikan, misi pendidikan dan bersedia menerima perubahan menggunakan peralatan canggih. Guru perlu peka dan bertindak kepada perubahan supaya perubahan tidak membawa padah yang buruk. Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan setugasan yang banyak memberi idea dan maklum balas berkaitan dengan tugasan dalam masa yang terhad disebabkan kekangan masa . Nota-nota yang diberi oleh

pensyarah juga membantu kami menyiapkan tugasan dengan jayanya.

You might also like