Kelemahan Dasar Pendidikan Malaysia

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

4.

Kelemahan Sistem Pendidikan Malaysia Dalam Konteks Perpaduan Dasar Pendidikan Negara adalah merupakan asas kepada perkembangan pendidikan

negara. Dasar Pendidikan Negara juga berubah seiring dengan perkembangan politik, sosiologi dan ekenomi negera. Jika di imbau kembali rentetan dasar pendidikan negara telah mula mengalami revolusi dengan terbentangnya laporan Razak 1956 sehingga ditambah baikan dari masa ke semasa. Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan dasar pendidikan negara pada masa kini terutamanya dalam konteks perpaduan yang perlu dikaji disebabkan negara sedang menuju ke era globalisasi. 4.1 Sistem Persekolahan Pelbagai Aliran Globalisasi adalah merupakan satu cabaran kepada mana-mana negara terutama sekali dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat yang boleh berubah-berubah. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil. Isuisu sistem persekolahan adalah merupakan isu sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Ini kerana bukan mudah untuk mencapai persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari segi aspek perpaduan. Kewujudan sekolah pelbagai aliran seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) telah menjejaskan perpaduan kaum. Kewujudan sistem persekolah ini adalah tidak releven kerana jika masih lagi diteruskan maka jurang perhubungan masyarakat Malaysia akan semakin jauh. Ini kerana sekolah adalah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal antara satu sama lain. Secara realitinya di sekolah-sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan muridmurid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang perbezaan yang luas antara murid-murid Melayu, Cina dan India. Ini disebabkan oleh masalah penggunaan bahasa yang menyebabkan berlakunya jurang perpaduan melalui pendidikan.

4.2

Pengisian Kurikulum dan Ko-kurikulum Menurut Awang Had Salleh (1980), pengisian dalam kurikulum dan aktiviti ko-

kurikulum akan menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid dan pelajar. Hal ini penting kerana ia akan memberikan kesan negatif atau positif dalam pembentukan perpaduan di kalangan masyarakat. Oleh kerana wujudnya kelemahan-kelemahan dalam pengisian kurikulum dan ko-kurikulum pada masa sekarang, telah memberikan kesan negatif dalam perhubungan masyarakat. Sebagai contoh, sekolah kebangsaan tidak menjadikan subjek bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai subjek pilihan telah menyebabkan ibu bapa tidak menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Menurut Mukhriz Mahathir (2008) telah memberi pandangan bahawa supaya sistem persekolahan diwujudkan dengan menerapkan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek wajib diambil oleh murid-murid Cina dan India. Murid Melayu boleh mengambil bahasa Mandarin atau bahasa Tamil sebagai salah satu subjek pilihan. Secara tidak langsung cadangan ini membolehkan ketiga-tiga kaum terbesar di Malaysia ini boleh menguasai ketigatiga bahasa agar merapatkan jurang perbezaaan. Penggubalan dasar pendidikan negara melalui Laporan Kabinet (1979) telah menghasilkan satu kurikulum baru iaitu KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Baru Sekolah Menengah). Tujuan kurikulum ini diperkenalkan adalah bagi meningkatkan lagi pendidikan dan perpaduan masyarakat. Menurut Charil Marzuki et al. (1995), keberkesanan kurikulum KBSR dan KBSM untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum masih memerlukan penambahbaikan. 4.3 Hasrat Merealisasikan Wawasan 2020 Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. bagi merealisasikan Wawasan 2020, sektor pendidikan adalah merupakan peneraju utama dalam mencapai sasaran ke arah perpaduan negara. Namun begitu, dengan situasi masyarakat dan negara sekarang timbul persoalan tentang keutuhan perpaduan yang ada sekarang. Sistem persekolahan yang sedia ada sekarang

sepatutnya menjadi medium penggerak kepada masyarakat supaya dapat disatupadukan melalui peluang pendidikan. Tetapi, masih terdapat segelintir pihak mahu pihak kerajaan mengekalkan sistem persekolahn sedia ada manakala sesetengah pihak memerlukan perubahan. 4.4 Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). PPSMI telah diperkenalkan semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003 bertujuan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan masyarakat Malaysia. Namun demikian, pada tahun 2009 PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 akibat timbulnya masalah terutamanya dikalangan masyarakat Melayu. Antara sebab-sebab mendapat bantahan dari banyak pihak terutamanya dikalangan masyarakat ialah kerana: 1. 2. 3. Bertentangan dengan Perlembagaan 152, iaitu memertabatkan Bahasa Melayu. Prestasi pelajar Melayu merosot dalam subjek Sains dan Matematik. Tentangan daripada pejuang-pejuang Bahasa Melayu, para cendikiawan, tokoh akademik, ahli poltik dan NGO yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Kesan daripada PPSMI amat dirasai oleh pelajar luar bandar apabila menunjukkan kemerosatan dalam subjek Matematik dan Sains berbanding pelajar yang tinggal dibandar. Pihak yang membantah PPSMI khuatir akan menyebabkan berlakunya jurang pendidikan yang besar dikalangan pelajar bandar dan luar bandar disebabkan oleh kelemahan penguasaan bahasa Inggeris. Impak dari segi perpaduan juga boleh berlaku iaitu pelajar luar bandar akan berasa segan untuk berkomunikasi dengan pelajar daripada bandar.

5.0

Cadangan Meningkatkan Perpaduan Melalui Pendidikan. Bagi mencapai hasrat membina bangsa Malaysia yang bersatu padu, terdapat petikan

yang diberi oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu: Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kita telah memperkenalkan pelbagai dasar dan program dalam tempoh 30 tahun lalu selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut termasuk Dasar Pendidikan, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Perpaduan Negara dan sebagainya adalah matlamat penting dalam dasar dan program berkenaan. Kemudian dasar dan program boleh menyumbang ke arah hubungan sosial yang sihat di kalangan masyarakat majmuk, perkongsian nilai dan persepsi, persamaan identiti sebagai rakyat Malaysia dan kebudayaan yang mengekalkan warisan bangsa. Daripada petikan di atas menunjukkan bahasa penggubalan Dasar Pendidikan Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik boleh menjurus kepada perpaduan negara. Kajian secara berterusan tentang Dasar Pendidikan Negara perlu di teruskan dari semasa ke semasa disebabkan oleh faktor persekitaran, politik, ekonomi dan pemikiran yang semakin mencabar terutamanya dalam sudut perpaduan melalui pendidikan. Kerajaan memainkan peranan utama dalam membentuk lanskap masyarakat Malaysia, terutama selepas merdeka. Melalui dasar-dasar yang dilaksanakan, perubahan-perubahan demi perubahan telah kelihatan, malah menjadi agenda utama negara untuk membangunkan masyarakat (INTAN Malaysia, 1994). Menurut Jan-Erik Lane (2000), dasar awam boleh didefinasikan sebagai apa sahaja pemilihan kerajaan sama ada untuk membuat sesuatu atau tidak membuat sesuatu. Menurut Jeong Chun Hai @ Ibrahim & Nor Fazlian Nawi (2007), dasar awam ialah sesuatu pilihan utama yang dibuat oleh seseorang individu bagi menjelaskan, menerang, mempertahankan, memimpin atau menggariskan sesuatu tidakan sama ada nyata atau bertujuan. Setiap dasar yang dirangka perlu mengikut kehendak dan keperluan masyarakat supaya tidak timbul masalah.

Bagi penambahbaikan Dasar Pendidikan Negara dalam konteks perpaduan adalah seperti berikut: 5.1 Mengadakan dan menganjurkan program keseluruhan bersama murid dan guru yang melibatkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (Cina dan Tamil). Antara platform perpaduan pada masa kini yang dianjurkan oleh kerajaan ialah gagasan 1Malaysia. Usaha ini perlu dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia seawal peringkat pra-sekolah, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila dibincangkan Gagasan 1Malaysia, kementerian pelajaran perlu memperhebatkan lagi perancangan, program dan strategi dalam usaha memupuk perpaduan dikalangan murid dan guru dengan menggunakan medium Gagasan 1Malaysia. 5.2 Mengkaji semula kurikulum di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) iaitu dengan mewajibkan mengambil bahasa mandarin atau bahasa tamil. Dalam usaha menyatupadukan semua kaum di Malaysia, subjek Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil perlu diajar dan diperkenalkan di sekolah kebangsaan dengan lebih meluas. Dengan cara ini ibu bapa yang berketurunan Cina dan India akan lebih tertarik menghantar anak mereka bersekolah di sekolah kebangsaan. Wakil pergerakan Wanita Umno, Datuk Norhayati Omar (Mymetro, 19 Jun 2012) mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya Bahasa Mandarin dan Tamil perlu diajar di sekolah kebangsaan. Dengan mengetahui pelbagai bahasa jurang perbezaan antara murid boleh dikurangkan dengan cara memperkenalkan pengajaran bahasa lain. 5.3 Elemen-elemen kebudayaan, pemakanan dan adat resam perlu diterapkan dalam persekitaran sekolah. Bagi memupuk perpaduan berbilang kaum di Malaysia, sudah sampai masanya elemen kebudayaan, pemakanan dan adat resam boleh dipraktikkan di persekitaran sekolah. Sebagai contoh ialah dari segi penyediaan makanan di kantin sekolah. Pengurusan kantin perlu menyediakan menu berkonsepkan makanan pelbagi kaum agar setiap murid dapat mengetahui

makanan tradisi kaum-kaum lain. Faktor persekitaran ini dapat menggalakkan hubungan yang positif antara kaum. 5.4 Pengisian kurikulum dan ko-kurikulum perlu seiring dengan keperluan masyarakat yang menekankan nilai-nilai jati diri, mempunyai sifat patriotisme dan bertoleransi yang harus diperkasakan. Kementerian Pelajaran perlu mengkaji semula kurikulum dan kokurikulum sekolah berpandukan suasana dan iklim semasa yang kian mencabar terutamanya di kalangan minda murid. Sebagai contoh, subjek sivik dan kewarganeraan adalah meruapkan subjek yang menitik beratkan pelbagai perkara dalam kehidupan. Jika matapelajaran ini hanya diajar sebagai teori dan tidak dipraktikkan, matlamat untuk melahirkan kesedaran sivik tidak akan terhasil. Malah ia akan kembali kepada asal dan tidak dihiraukan oleh murid yang hanya mementingkan lulus dalam matapelajaran tersebut. Oleh itu, langkah memperkasakan matapelajaran sivik dan kewarganegaraan perlu dilaksanaka dengan segera sebagai satu cara memupuk perpaduan berbilang kaum diperingkat sekolah. 6.0 Kesimpulan Dasar Pendidikan Negara terbentuk melalui sejarah pendidikan negara bermula daripada zaman penjajahan British. Perkembangan Dasar Pendidikan Negara seiring dan sentiasa ditambahbaik bagi memupuk perpaduan masyarakat majmuk rakyat Malaysia. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi perkara asas dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana melalui pendidikanlah menjadi peneraju kepada pembentukan masyarakat. Dasar pendidikan negara pada masa kini telah menekankan aspek-aspek nilai murni dalam masyarakat majmuk. Namun demikian, terdapat kelemahan-kelemahan yang wujud dan perlu diambil serius bagi mengelakkan perpecahan berlaku dikalangan masyarakat. Bagi mencapai matlamat perpaduan yang kukuh dikalangan kaum, kerajaan perlu sentiasa membuat penambahbaikan dalam Dasar Pendidikan Negara bagi menjamin keharmonian pelbagai kaum masyarakat Malaysia.

You might also like