Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Pengenalan Apakah itu pendidikan jasmani? Pendidikan jasmani merupakan pendidikan mengenai seni dan sains pergerakan manusia.

Menurut Pettifor(1990), pendidikan jasmani adalah menyediakan kanakkanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalamanpengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Menurut Dauer(1995), pendidikan jasmani merupakan sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, memberi sumbangan kepada

perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalamanpengalaman pergerakan. Jabatan pendidikan dan Sains, London (Capel,2000) mengatakan pendidikan jasmani merupakan suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk membangun pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahaman serta menggalakkan kecekapan fizikal. Menurut Jenny,1961; Lumpkin, 1990; William,1964 berpendapat pendidikan jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal, ia terlibat dengan hasilhasil pendidikan yang jua tidak bercorak fizikal iaitu perkembangan mental dan sosial. Apakah itu sosiologi? Sosiologi merupakan asal perkataan daripada Latin, sosio bermaksud berkongsi. Ia juga merupakan gabungan perkataan daripada Yunani dan Roman yang bermaksud pengetahuan mengenai masyarakat. Auguste Comte (1798-1857), dianggap sebagai bapa Sosiologi dan seorang ahli sains sosial Peranchis dalam buku Positive Philosophy (1842) yang memperkenalkan perkataan sosiologi. Neil J.Smelser mengatakan sosiologi adalah kajian saintifik berkenaan masyarakat dan hubungan manusia 1. Pertubuhan sosiologi di Amerika Syarikat pula mengatakan bahawa sosiologi adalah pembelajaran tentang kehidupan sosial serta kesan dan akibat sosial terhadap tingkah laku manusia manakala Tisher, Whitten dan Hunter menjelaskan sosiologi ialah sociology is the scientific study of human society and social interactions. The main focus of sociology is the group, not the individual.2 Ahli sosiologi pada awal abad dua puluh yang terdiri daripada bekas
1

Sharifah Alwiah Alsagoff ,1985,Sosiologi

Pendidikan ,Selangor,HEINEMANN(MALAYSIA ) SDN BHD,hal 1-4

Mohd.Salleh Lebar,1998,Sosiologi Sekolah &

Pendidikan,Selangor,THINKER LIBRARY SDN BHD,hal 3


1

paderi atau anakanak paderi mengakui sosiologi ialah panduan yang saintifik untunk mengkaji kemajuan masyarakat. Kemudian, muncul generasi pelopor yang kedua yang terdiri daripada Cooley, Weber, Thomas dan lain lain lagi telah membina asas yang telah sedia ada dengan cara membentuk teori dan membuat penyelidikan empirikal iaitu, penyelidikan yang berdasarkan pemerhatian atau

percubaan. Menurut Vander Zanden (1996)mengatakan sosiologi sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi manakala menurut Jary dan Jary (1995) menyatakan sosiologi sebagai suatu kajian yang secara saintifik mengkaji masyarakat daripada pelbagai sudut seperti melihat fungsi masyarakat, bentuk organisasi sosial, perkembangan kebudayaan jenis-jenisnya. Giddens(1993)

berpendapat bahawa sosiologi adalah mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-kumpulan dan masyarakat. Sosiologi merujuk kepada suatu bidang ilmu pengetahuan moden dan ia boleh menghubungkan sosiologi dengan masyarakat. Sosiologi juga memberikan manusia pemahaman bagaimana pengaruh-pengaruh sosial yang mencorakkan kehidupan mereka tetapi Waters(1994)menegaskan bahawa perkara yang diperhatikan bidang sosiologi sangat jelas iaitu fenomena sosial yang berfokuskan hubungan dan interaksi antara manusia.3 Perkembangan sosiologi adalah berkaitan dengan Auguste, Hebert Spencer, Emile Durkheim, Max Weber dan Karl Max. Kesemua mereka ini dianggap sebagai generasi kedua di mana mereka telah membentuk teori dan membuat penyelidikan yang terbaru. Auguste telah mengenalpasti dua aspek masyarakat iaitu statik sosial dan dinamik sosial. Statik sosial bermaksud perhubungan di dalam kumpulan atau institusi tertentu manakala dinamik sosial ialah bagaimana sesuatu masyarakat itu berubah di dalam dunia ini. Beliau berpendapat sains sosiologi haruslah berdasarkan pemerhatian yang sistematik dan bukan berdasarkan autoriti dan spekulasi manakala Hebert Spencer berpendapat bahawa masyarakat adalah seperti suatu organisasi, iaitu suatu sistem berjalan dengan sendiri. Dalam karyanya, beliau menggunakan teori evolusi kemasyarakatan yang kini sudah tidak diterima.

Amir Hasan Dawi,1999,Penteorian sosiologi dan

pendidikan ,Perak,Quantum Books,hal 1

Emile Durkheim telah dianggap sebagai pelopor kepada kaedah-kaedah sosiologi. Beliau menggunakan konsep organic solidariti (masyarakat perindustrian yang saling bergantungan) dan mekanikal solidariti(bentuk hubungan manusia dalam

masyarakat pra industri kecil di mana individu di dalam adalah sama dan akan hidup bersama). Max Weber ialah ahli sejarah sosiologi dan mengikut pendapat beliau bahawa faktor ekonomi penting bagi menghuraikan sesebuah kelas dan pengagihan kuasa dan peluang yang tidak seimbang menyebabkan terjadinya perbezaan kelas .Menurut Karl Max, tumpuannya adalah berkaitan dengan kelas

sosial ,ekonomi dan teori konflik dalam bidang sosiologi.

Peranan sosiologi dalam pendidikan Jasmani Sebelum melihat apa peranan sosiologi dalam pendidikan, kita perlu mengetahui terlebih dahulu ilmu-ilmu yang berdasarkan ilmu pendidikan. Menurut Vaizey (1987) ada dua ilmu utama yang berdasarkan ilmu pendidikan iaitu psikologi dan sosiologi. Psikologi telah menambahkan pengetahuan tentang proses pendidikan dengan jalan membedahkan antara hasil yang dicapai, yang diukur dengan penyelesaian suatu tugas, dan kemampuan sebagai suatu kekuatan potensi yang ada manakala Sosiologi merupakan ilmu yang masih muda. Kajiannya sangat luas, akan tetapi dalam pendidikan para tokoh sosiologi memberikan apa yang mungkin merupakan sumbangannya yang terbesar terhadap pengetahuan dan garis kebijaksanaan. Kenapakah sosiologi dimuatkan dalam pendidikan jasmani? Sosiologi amat penting untuk dimuatkan ke dalam pendidikan jasmani kerana sosiologi dalam senaman telah menjadi satu subjek pembelajaran. Ianya dikaji di amerika utara yang telah diorganisasikan sebagai satu bidang professional. Sosiologi telah lahir akibat daripada penyatuan sosiologi dengan pendidikan. Sosiologi merupakan suatu pendekatan saintifik untuk mengkaji bagaimana manusia berinteraksi dan

seterusnya membentuk kumpulan dan sosiologi. Dengan kata lain, sosiologi adalah tentang bagaimana seseorang individu itu mengubahsuaikan dirinya dalam suatu persekitaran kebudayaan. Pendidikan pula merupakan suatu proses sosial yang mengkaji bagaimana seseorang murid mengembangkan sebagai seorang individu dan berhubung dalam kumpulan. Sosiologi dalam pendidikan jasmani juga ditakrifkan sebagai satu pembelajaran yang sistematik tentang manusia dan tingkah laku masyarakat yang berinteraksi dalam menghasilkan satu tindakan sosial. Oleh itu,apabila sosiologi dimuatkan dalam pendidikan jasmani, wujudnya interaksi dan kerjasama antara satu sama lain. Hal ini dapat membantu dalam mengeratkan hubungan kita dengan kawan kawan. Sosiologi dalam pendidikan jasmani dapat mendedahkan isu yang kritikal.ianya adalah kerana sukar dianggap sebagai salah satu bidang kemasyarakatan, isu yang sama wujud dalam kelompok masyarakat yang besar dan juga di dalam aspek pendidikan jasmani. Sosiologi dalam pendidikan jasmani juga menggunakan cara yang kritikal dalam menggalakkan kita untuk mengkaji cara yang berlainan untuk melihat tempat dan organisasi sukan sebagaimana masalah dan isu yang timbul dalam sukan mempengaruhi seseorang
4

individu. Pendidikan jasmani adalah sesuatu isu dalam sukan yang melibatkan banyak perkaitan seperti nilai, bangsa, jantina, etnik, kelas, umur, kelebihan, politik, agama dan ekonomi. Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenalpasti tekanan-tekanan utama yang mengerat dan melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial. Kita kebudayaan yang

mengetahui masyarakat yang mempunyai cara hidup dan

tersendiri akibat daripada perbezaan budaya tersebut menyebabkan kadang-kala mereka sukar untuk menghubungkan di antara satu kelompok dengan yang lain. Sosiologi bukan sains fizikal atau kemanusian tetapi ia terletak di tengah seperti berikut S a in s f i zi ka l so sio lo g i ke m a n u sia a n 4

Proses sosiologi adalah dikenali sebagai sosialisasi. Sosialisasi merupakan suatu proses sepanjang hayat yang pernah dilalui oleh seseorang individu untuk menjadi anggota sesuatu kelompok dengan mempelajari kebudayaan kelompok. Sosiologi dalam pendidikan jasmani adalah proses komunikasi yang melibatkan mesej yang disalurkan dan difahami antara dua individu atau lebih. Komunikasi penting dalam menghubungkan individu dengan organisasi, memenuhi keperluan individu, menyokong pengurusan pengetahuan dan meningkatkan proses membuat keputusan. Komunikasi dalam sukan melibatkan pemahaman antara penghantar mesej dan penerima mesej dan ini akan membantu wujud keserasian antara keduadua pihak. Perbezaan tanggapan dalam satu pasukan harus dikurangkan supaya hubungan dapat dieratkan.
5

Sebagai contoh, apabila atlet-atlet mempunyai

ketidakpuasan hati terhadap ketua pasukan, mereka perlu memaklumkan kepada


4

Mohd.Salleh Lebar,1998,Sosiologi Sekolah &

Pendidikan,Selangor,THINKER LIBRARY SDN BHD,hal 3

Wee Eng Hoe dan lain-lain ,2007,Pengurusan Strategik

Sukan ,Selangor,Oxford Fajar Sdn Bhd,hal81

jurulatih .Jika tidak menyelesaikan masalah yang telah timbul,pertengkaran akan dicetuskan dan akhirnya mempengaruhi prestasi pasukan . Sosiolisasi merupakan proses di mana manusia mempelajari mengenai

budaya serta bagaimana menjadi ahli dalam sesuatu kumpulan dalam masyarakat. Proses sosiolisasi dalam pendidikan jasmani berlaku menerusi dua cara iaitu sosiolisasi ke dalam Pendidikan Jasmani dan sosiolisasi menerusi Pendidikan Jasmani. Sosiolisasi ke dalam Pendidikan Jasmani melibatkan diri ke dalam pendidikan jasmani atau sukan kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agenagen sosiolisasi. Pengaruh agen-agen sosiolisasi ini membantu membentuk sikap,nilai dan pelakuan yang diperlukan. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sukan menjadi alat kepada proses sosiolisasi. Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap bekerjasama,toleransi,berdisiplin serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan pelakuan individu. Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan. Ini termasuklah usaha untuk memahami interaksi yang wujud antara individu, dalam pasukan dan mereka yang berkaitan dengannya seperti guru pendidikan jasmani, murid, penonton, pengurusan dan media. Jika sosiologi tidak dimuatkan dalam pendidikan jasmani, pelajar tidak dapat merapatkan hubungan mereka dengan ahli pasukannya. Selain itu, sosiologi tidak dimuatkan akan menyebabkan kekurangan keserasian antara ahli serta

mempengaruhi prestasi pasukan. Sosiologi bukan sahaja wujud dalam pasukan atau sekumpulan,malahan ia wujud antara dua orang. Contohnya, apabila bermain badminton tidak mungkin kita bermain secara bersendirian, dan kita perlu mempunyai seorang lawan untuk bermain bersama. Oleh itu, interaksi telah wujud antara satu sama lain. Sosiologi wujud apabila perbualan berlaku. Apabila perbualan dijalankan, hubungan dapat dirapatkan dan lebih memahami antara satu sama lain. Sebagai contoh, apabila seseorang murid cedera semasa bermain, guru jasmani akan bertanya dan mengambil berat tentang kecederaan.Ketika mengadakan sukan, sosiologi juga wujud. Misalnya, apabila pertandingan dijalankan, tidak mungkin seorang guru jasmani yang bertugas. Guru itu memerlukan pertolongan daripada guru yang lain atau murid yang lain dan proses sosialisasi wujud. Selain itu, dengan proses sosiolisasi, guru dapat mengajar kemahiran untuk murid dan murid dapat mengetahui cara bermain, peraturan permainan dan berpakaian yang betul semasa
6

pendidikan jasamani. Jika murid tidak tahu sebarang pengetahuan dalam cara permainan dan kemahiran, bagaimanakah murid itu bermain? Jika murid itu tidak tahu memakai pakaian yang sesuai untuk pendidikan jasmani, murid lebih senang mengalami kecederaan. Oleh itu, sosiologi antara murid dengan guru amat penting dalam pendidikan jasmani. Sosiologi bukan sahaja wujud antara murid,malahan wujud antara penonton dengan peserta. Penonton yang memberi galakkan dan sokongan dalam pertandingan juga wujud sosiologi. Sebagai contoh, apabila penonton memberi sorakan dan sokongan, pemain akan lebih bersemangat untuk terus berjuang dan tidak putus asa sehingga pertandingan tamat. Oleh itu, sosiologi tidak semestinya ada perbualan antara satu sama lain .

Penutup Sebagai kesimpulan, pendidikan jasmani merupakan suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk membangun pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahaman serta menggalakkan kecekapan fizikal. Sosiologi merujuk kepada suatu bidang ilmu pengetahuan mo den dan ia boleh menghubungkan sosiologi dengan masyarakat . Apabila pendidikan jasmani ditambahkan dengan sosiologi ,maka hubungan antara murid dengan murid, murid dengan guru, dan hubungan antara penonton dengan peserta dapat dieratkan. Sosiologi juga lahir akibat penyatuan sosiologi dengan pendidikan penyatuan sosiologi dengan pendidikan. Dengan sosiologi, ia dapat menghubungkan individu dengan organisasi, memenuhi keperluan individu, menyokong pengurusan pengetahuan dan meningkatkan proses membuat keputusan. Proses sosiolisasi dalam sukan melibatkan pemahaman antara penghantar mesej dan penerima mesej dan ini akan membantu wujud keserasian antara kedua-dua pihak. Apabila wujud keserasian antara satu sama lain sama ada murid dengan murid, murid dengan guru, dan hubungan antara penonton dengan peserta, sesuatu perkara yang hendak dijalankan akan lebih senang dicapai seperti mengadakan sukan at au murid menyertai pertandigan. Semasa pendidikan jasmani,ia merupakan waktu yang paling panjang yang memberi peluang murid berinteraksi dengan guru. Apabila murid mempunyai peluang berinteraksi dengan guru pendidikan jasmani, seseorang murid itu mungkin akan mencari guru itu untuk memberitahu masalah yang sedang dihadapi.Oleh itu , sosiologi amat perlu dalam pen didikan jasmani.

Lampiran

Apabila bermain badminton , sosiologi wujud.

Sekumpulan orang bermain bola sepak telah wujud interaksi.

Perbualan antara satu telah mewujudkan interaksi.

Penonton memberi sorakan telah membangkitkan semangat peserta.

10

Rujukan Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian sosiologi dan pendidikan, Perak, Quantum Books Mohd.Salleh Lebar, 1998, Sosiologi Sekolah & Pendidikan, Selangor, THINKER LIBRARY SDN BHD Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985, Sosiologi Pendidikan, Selangor,

HEINEMANN(MALAYSIA ) SDN BHD Wee Eng Hoe dan lain-lain, 2007, Pengurusan Strategik Sukan, Selangor, Oxford Fajar Sdn Bhd

11

Refleksi Apa itu sosiologi? Mengapakah sosiologi ini perlu dimuatkan dalam Pendidikan Jasmani ? Saya telah memahaminya dan amat jelas dengan makna dan kepentingannya dalam Pendidikan Jasmani. Saya berasa sosiologi ini penting dalam Pendidikan Jasmani kerana ia merupakan salah satu alat yang membantu kita dalam berinteraksi antara satu sama lain. Pendidikan jasmani adalah sesuatu isu dalam sukan yang melibatkan banyak perkaitan seperti nilai, bangsa, jantina, etnik,kelas dan lain lain. Oleh itu, apabila sosiologi dimuatkan dalam Pendidikan Jasmani,ia dapat mengeratkan hubungan kita antara satu sama lain. Sosiologi dimuatkan dalam Pendidikan Jasmani dapat mendedahkan isu yang kritikal dan menggalakkan kita untuk mengkaji cara yang berlainan untuk melihat tempat dan organisasi sukan sebagaimana masalah dan isu yang timbul dalam sukan mempengaruhi seseorang individu. Dengan ini, saya juga dapat belajar dan mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenalpasti tekanan-tekanan utama yang mengerat dan melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial. Saya akan memuatkan sosiologi dalam pendidikan jasmani apabila saya mengajar murid-murid pada masa depan kerana interaksi ini dapat memupuk kerjasama mereka dan sikap bersatu padu antara ahli kumpulan mereka .

12

You might also like