Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERNYATAAN PROFESIONAL

Penempatan sekolah untuk Program Internship bagi pelajar PISMP Semester 8 telah ditentukan dan saya bersama seorang lagi rakan iaitu Norain binti Abdullah telah ditempatkan di sekolah di mana kami menjalani praktikum Fasa 3 tempoh hari iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim, Kluang. Saya akan menjalani Program Internship selama 4 minggu iaitu mulai 1 Julai 2013 sehingga 26 Julai 2013. Matlamat utama internship ialah sebagai satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Saya dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, saya perlu menunjukkan sifat kepimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Melalui program internship yang akan saya jalankan ini, saya berharap saya dapat mengamalkan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran sepertimana yang telah dipelajari secara teori semasa di IPG Kampus Tun Hussein Onn. Dalam jangka masa internship ini, saya juga berhasrat untuk berusaha melahirkan modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Saya berazam untuk memberi sumbangan serta kerjasama yang baik sepanjang program internship dijalankan untuk menimba sebanyak mana ilmu dan pengalaman yang boleh untuk menfaat saya di masa hadapan setelah saya berkhidmat di sekolah kelak sebagai seorang pendidik. Saya juga berharap kehadiran saya untuk menjalani internship di Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim ini akan diterima baik oleh pihak sekolah dan mereka dapat membantu saya yang masih tidak mempunyai pengalaman ini jika saya menghadapi sebarang masalah berkaitan bidang pendidikan sepanjang saya menjalani program internship ini.

You might also like