Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

ST FRANCIS CONVENT KOTA KINABALU, SABAH

KESESAKAN LALU LINTAS DI JAMBATAN SUNGAI LIKAS, JALAN TUN FUAD STEPHENS DAN LANGKAH LANGKAH MENGURANGKANNYA

Nama Murid : NUR SABRINA BINTI JASMI Tingkatan : 1 EFEKTIF Nama Guru : PUAN NURUL HUSNAH

_____________________
(TANDATANGAN GURU)

______________________
(TANDATANGAN MURID)

PENGHARGAAN

Saya Nur Sabrina Jasmi ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Geografi saya Puan Nurul Husna. Puan Nurul Husna telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua SMK St Francis Convent, Puan Chong Shat Muai kerana memberi dorongan untuk memastikan kajian ini dijalankan dengan sempurna dan selamat.

Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Mereka juga telah menggalakan saya untuk membuat Kajian Geografi Tempatan ini.

PENDAHULUAN
Guru Geografi saya telah mengarahkan saya dan juga rakan yang lain untuk membuat kajian tentang kesesakan lalu lintas dan langka langkah mengurangkannya. Saya telah menjalankan kajian ini di Jambatan Sungai Likas, Jalan Tun Fuad Stephens pada hari Sabtu minggu kedua bulan Mei pada jam 5.00 petang sehingga 6.00 petang.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian luar ini adalah untuk :-

Mengkaji kesesakan lalu lintas di Jambatan Sungai Likas, Jalan Tun Fuad Stephens. Mencadangkan langkah langkah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jambatan Sungai Likas tersebut.

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang saya pilih ialah Jambatan Sungai Likas, Jalan Tun Fuad Stephens. Kawasan ini terletak lebih kurang 5 minit jikamenaiki kenderaan dari rumah saya iaitu Taman Kingfisher yang terletak di Jalan Kingfisher. Jambatan Sungai Likas ini terletak di antara Jalan Tun Fuad Stephens dan Jalan UMS. Di Jalan UMS terdapat taman perumahan yang banyak dan juga pembangunan yang pesat. Sepanjang Jalan UMS ini juga terdapat stesen minyak, restoran, dan sebagainya. Kawasan ini juga merupakan kawasan pelancongan.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang saya gunakan ialah:a) Kaedah pemerhatian b) Kaedah temu bual

Kaedah Pemerhatian

Saya telah memerhatikan jenis kenderaan dan bilangan kenderaan yang menggunakan jambatan/ jalan tersebut dari jam 5.00 petang hingga jam 6.00 petang. Setiap kenderaan yang melalu Jambatan Sungai Likas ini, saya catatkan menggunakan alat pengira. Alat ini sesuai digunakan kerana jumlah kenderaan yang dibanci terlalu banyak. Saya telah menyenaraikan perkara perkara yang perlu diperhatikan semasa dalam pemerhatian, iaitu: i. ii. Jenis kenderaan yang menggunakan Jambatan Sungai Likas. Bilangan setiap kenderaan yang menggunakan Jambatan Sungai Likas pada waktu pemerhatian dari 5.00 petang hingga 6.00 petang.

Kaedah Temu Bual

Saya telah menemu bual Cik Athirah Sofiyah, seorang pekerja di stesen minyak di Jalan UMS untuk mendapatkan maklumat tentang purata jumlah kenderaan yang menggunakan Jamabatan Sungai Likas dalam sehari. Selain itu, temu bual ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang waktu dan hari yang paling sesak di jalan ini.

Kawasan Jalan UMS dan Jalan Kingfisher

HASIL KAJIAN
Berikut adalah dapatan hasil daripada kajian tentang jenis dan bilangan kenderaan yang melalu Jambatan Sungai Likas untuk ke Jalan UMS pada hari Sabtu minggu kedua bulan Mei dari jam 5.00 petang hingga 6.00 petang.

Bil. 1 2 3 4

Jenis Kenderaan Kereta Motosikal Van & Lori Bas JUMLAH

Masa 5.005.15 530 375 35 6 1246 5.155.30 480 260 30 10 780 5.305.45 350 385 25 8 788 5.456.00 230 210 15 5 460 Jumlah 1590 1230 105 29 2954

(Jadual 1.1. Jenis & bilangan kenderaan yang menggunakan Jambatan Sungai Likas dari 5.00 petang hingga 6.00 petang.)

Jenis & Bilangan Kenderaan yang Menggunakan Jambatan Sungai Likas dari 5.00 petang - 6.00 petang
600

Bilangan Jenis Kenderaan

500 400 300 200 100 0 5.00 - 5.15 5.15 - 5.30 Jam 5.30 - 5.45 5.45 - 6.00 Kereta Motosikal Van & Lori Bas

(Graf 1.1. Jenis & bilangan kenderaan yang menggunakan Jambatan Sungai Likas dari 5.00 petang hingga 6.00 petang.)

Jalan - jalan boleh dibenarkan untuk menampung lebih banyak kenderanan.

Berkongsi kereta & menggunakan kenderaan awam.

Langakah langkah Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas di Jambatan Sungai Likas, Kota Kinabalu

Memilih tempat bersekolah di lokasi yang berhampiran dengan kediaman kita.

Mengubah waktu kerja secara mikro bermaksud 10 - 30 minit lebih awal/ lebih lewat untuk mengelakkan waktu kesesakan.

RUMUSAN
Jumlah kenderaan yang melalui Jambatan Sungai Likas, Jalan Tun Fuad Stephens untuk ke Jalan UMS sangat banyak pada waktu puncak, terutama pada jam 6.30 pagi hingga 9.00 pagi dan 5.00 petang hingga 6.00 petang. Pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan pihak kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk mngurangkan masalah kesesakan ini. Perlaksanaan beberapa cadangan yang telah saya cadangkan saya beranggapan masalah kesesakan lalu lintas di Jambatan Sungai Likas, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu dapat dikurangkan.

10

RUJUKAN

Laman web (internet) : www.google.com Buku ilmiah : Latifah binti Mahfod, Shamsiah binti Ahmad, 2003, Geografi Tingkatan 2, Malaysia, Edaran Kemajuan (M) SDN.BHD. Orang sumber : Somineh Sipin, 47 tahun, Yayasan Sabah, Kota kinabalu, Sabah.

14

Muka surat Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan 1 2 3 4 5 - 6 7 - 9 10 11-13 14

You might also like