Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Kompetensi Sosial

Komponen Sosial merupakan salah satu komponen utama di bawah Kompetensi Kecerdasan Emosi Kompetensi Sosial dibahagikan kepada dua komponen yang utama, iaitu Komponan Kesedaran Sosial dan Komponen Kemahiran Sosial. Kompetensi Kesedaran Sosial seseorang individu boleh dikenalpasti daripada tingkah laku dan ekspresi individu itu berdasarkan kompetensi kecerdasan subkomponen-subkomponen yang merangkumi empati, membangunkan

individu lain, kesedaran organisasi, berorientasi perkhidmatan, dan melayani kepelbagaian. Kompetensi Kemahiran Sosial boleh dikenalpasti melalui prestasi dan tindakan berlandaskan kemahiran subkomponen-subkomponen seperti komunikasi, pengaruh, pemangkin perubahan, pengurusan dan kerja konflik membina dan

perhubungan, kolaborasi.

kepimpinan

berinspirasi,

berpasukan

Subkomponen-subkomponen

Kompetensi

Kesedaran

Sosial

dan

Kompetensi Kemahiran Sosial adalah berlandaskan kepada Aspek Sosial dibawah Kerangka Kompetensi Kecerdasan Emosi (ECI) Goleman dan Boyatzis

Kompetensi Kesedaran Sosial


Kesedaran kendiri memerlukan individu itu menunjukkan beberapa jenis tingkah laku seperti: I. II. III. IV. V. Empati Berorientasi perkhidmatan Mengembangkan orang lain Kesedaran organisasi/ politik Melayari kepelbagaian

Pengertian dan Ciri-ciri Tingkah Laku dibawah Subkomponen


Kompetensi Kesedaran Sosial: Empati Bermaksud memahami klien kita dan rakan-rakan sejawat serta mengesan emosi dan memahami pandangan orang lain. Mengambil berat tentang masalah mereka Seseorang yang mempunyai kecekapan ini: Peka kepada emosi orang lain Bersedia mendengar Prihatin dan memahami perspektif pandangan orang lain Memahami perasaan dan keperluan orang lain dan bersedia membantu

Berorientasi Perkhidmatan Bermakna kecekapan mengenali, menjangka dan memenuhi hasrat dan keperluan orang lain Seseorang yang mempunyai kecekapan ini: Memahami keperluan pelanggan dan member khidmat atau produk yang diingini Memikirkan cara-cara untuk meningkatkan kepuasan dan kesetiaan pelanggan Bersedia member bantuan Memahami perspektif pelanggan dan memberi nasihat yang meyakinkan

Mengembangkan Orang Lain Bermaksud rela dan berupaya membantu dan menggalakkan orang

meningkatkan prestasi mereka. Seseorang yang mempunyai kecekapan ini: Rela memberi tunjuk ajar Menggalakkan orang belajar Membantu orang mencapai kemajuan Membimbing orang supaya berilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran

Kesedaran Organisasi / politik Bermaksud kecekapan membaca arus emosi ahli-ahli dalam sesuatu organisasi Cekap mengenal pasti hudungan kuasa antara ahli-ahli dalam organisasi yang terlibat. Seseorang yang mempunyai kecekapan ini: Peka kepada arus emosi ahli-ahli yang mempengaruhi operasi organisasi Dapat mengesan dengan tepat hubungan asas dan kuasa antara ahli-ahli dalam organisasi Mengesan dengan tepat jaringan-jaringan sosial Mentafsir falsafah, visi, dan matlamat organisasi dengan tepat Menganalisis dengan tepat faktor-faktor yang mempengaruhi

perkembangan dan kemajuan organisasi Berupaya menjadi hubungan rapat dan mesra antara ahli-ahli organisasi.

Melayari kepelbagaian Bererti keupayaan melayani kepelbagaian orang tanpa mengira keturunan, jantina, kedudukan, status ekonomi-sosial, agama, dan lain-lain. Seseorang yang mempunyai kecekapan ini: Menghormati orang daripada pelbagai latar belakang Bergaul mesra dengan pelbagai ragam manusia Peka terhadap perbezaan individu Mempunyai sikap toleransi Flesibeliti Keadilan

Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial merujuk kepada kemahiran dalam aspek-aspek tingkah laku sosial seperti kemahiran: Berkomunikasi Pengaruh Menggerakkan perubahan Mengurus konflik Membina hubungan Memimpin beraspirasi Bekerja berpasukan dan kolaborasi

Pengertian dan ciri-ciri tingkah laku di bawah Subkomponen Kompetensi Kemahiran Sosial: Komunikasi Sesuatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat diantara dua individu atau seorang individu dengan dengan sekumpulan orang Merupakan interaksi sosial dalam kalangan orang melalui aktiviti pemindahan mesej secara lisan. Orang yang mempunyai kemahiran komunikasi bisanya berupaya: Bertutur atau menulis dengan jelas dan tepat Berempati emosi orang lain Mahir menggunakan bahasa bukan lisan (body language) Cekap menjalin hubungan mesra Mempunyai kemahiran memimpin Ciri-ciri Peribadi dalam Kemahiran Komunikasi: Kebolahan menjalin hubungan mesra dengan orang lain Kehendak untuk interaksi peribadi Berperasaan empati Kestabilan dan kawalan emosi Ambil berat kesejahteraan orang lain dan boleh menjaga kesejahteraan diri Pengalaman hidup yang luas

Pengaruh Bererti menggunakan teknik yang berkesan untuk mendapat penerimaan, kepercayaan dan keyakinan orang lain Orang yang mempunyai kemahiran pengaruh bisanya: Memiliki kemahiran berkomunikasi dan kemahiran memimpin Cekap membuat persembahan dengan kemampuan menarik perhatian orang Berupaya merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan Boleh member demonstrasi dengan berkesan dan berorientasi

pencapaian Pemangkin Perubahan Pemangkin ialah katalis sesuatu jenis unsur yang berupaya

mempercepatkan proses atau urusan Boleh bererti keupayaan menggerak dan mempercepat proses perubahan Orang yang milik kemahiran pemangkin perubahan biasanya: Peka keperluan untuk perubahan Berupaya mengurus dan mengadaptasi perubahan Mahir mengakomodasi perubahan Sanggup menjadi agen perubahan Mempunyai kemahiran inovasi Pengurusan Konflik Konflik merupakan salah satu kehidupan dalam organisasi, dan kerap kali berlaku dalam individu sendiri, antara individu, individu dengan kumpulan dan kumpulan dengan kumpulan Walaupun konflik pada amnya diperhatikan sebagai dysfunctional dan boleh membawa kesan buruk, ia juga membawa manfaat kerana konflik

organisasi

menggerakkan

tindakan

analisis

dan

penyelesaiannya

berlandaskan kepentingan organisasi. Kemahiran pengurusan konflik bererti kemahiran berunding untuk menyelesaikan perselisihan dalam kumpulan sosial Orang yang mempunyai kemahiran pengurusan konflik bisanya : Mempunyai ciri diplomasi Boleh memikir secara kritis dan logical Mahir memudahcara Bersikap tolak ansur Berupaya membaca situasi penyelesaian yang memuaskan

Membina Hubungan Kemahiran membina hubungan merujuk kepada kemahiran komunikasi interpersonal dalam aktiviti sosial Teknik mengurus hubungan, sebahagian besarnya, merupakan

kemahiran mengurus emosi orang lain Orang yang mempunyai kemahiran membina hubungan bisanya mempunyai ciriciri tingkah laku berikut: Kebolehan menganalisis dan memahami hubungan antara orang Dapat menyelesaikan konflik dan merunding perselisihan dengan lebih berkesan Dapat menyelesaikan masalah hubungan dengan cara yang lebih baik. Asertif yang berlebihan dan mahir dalam komunikasi Disanjungi olah lebih ramai orang Dapat berinteraksi dengan rakannya secara lebih mesra Timbang rasanya dipertingkatkan Dapat berinteraksi secara lebih demokratik dengan orang lain

Kepimpinan Berinspirasi Boleh diertikan kemahiran memimpin dan memberi inspirasi kepada ahliahli dalam organisasinya. Pemimpin-pemimpin yang cemerlang dalam pengurusan perubahan pendidikan di organisasi mereka adalah terdiri daripada golongan yang: Berpengalaman, berilmu pengetahuan dan kemahiran Mempunyai sikap proaktif dan nilai-nilai peripadi yang positif Berpandangan ajuh Berfikir secara kritis dan kreatif dengan pelbagai idea inovasi Ciri-ciri pemimpin berinspirasi: Kebolehan mengadaptasi di luar dengan budaya sendiri. Orientasi analitikal (bersikap terperinci) Kebolehan berfikir lebih jauh daripada orang lain Kebolehan tidak memaksa diri atau orang lain untuk menerima rangka konsep yang tidak sesuai Kebolehan menentukan objektif-objektif jangka pendek dan panjang Kebolehan menganalisis perasaan Kebolehan menulis ringkasan yang tepat dan bermakna Kemahiran bertutur Kebolehan menyampaikan idea dan perasaan Kebolehan membina kepercayaan Kebolehan mendidik Objektiviti Menepati masa

Kerja Berpasukan dan Kolaborasi Bermaksud kemahiran menyatupadukan tenaga-tenaga pekerja sebagai satu unit yang erat dan bekerjasama mencapai matlamat yang dipersetujui Orang yang mempunyai kemahiran kerja berpasukan dan kolaborasi biasanya berupaya: Memimpin Cekap berkomunikasi Mahir menjalin hubungan interpersonal Berilmu pengetahuan Mempunyai kompetensi kecerdasan sosial tinggi Berupaya berkongsi maklumat dan sumber Berupaya berempati atas keperluan dan perasaan rakan-rakan kerja berpasukan

Kompetensi Kemahiran Sosial Guru


Kompetensi Kemahiran Sosial seseorang guru boleh dihayati daripada sifat dan kualiti sosialnya, iaitu: Budi pekerti Ramah mesra Merendah diri Semangat berbakti Jujur Seseorang guru yang mempunyai sifat dan kualiti sosial yang murni dapat diperlihatkan daripada situasi berikut: Murid-murid suka berdamping rapat dengannya Rakan-rakan sejawat suka bergaul dengannya

Guru ini sering melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sosial Sering memberi sumbangan secara sukarela untuk sekolah dan masyarakat.

You might also like