Kata Ganda

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENGENALAN

Dalam bahasa Melayu ada empat bentuk kata iaitu kata tunggal, kata berimbuhan, kata majmuk dan kata ganda. Kata ganda yang juga dikenali sebagai kata ulang ialah kata yang dihasilkan melalui penggandaan kata dasar. Walaupun banyak kajian yang telah dilakukan oleh ahli-ahli bahasa sebelum ini, tidak bermakna kajian terhadap kata ganda sudah tuntas dan tidak perlu lagi dilakukan. Masih banyak aspek yang boleh dikaji dalam kata ganda, antaranya termasuk kajian bentuk kata ganda berdasarkan data-data korpus dalam Pangkalan Data Korpus (PDK). Antara pengkaji terdahulu yang telah melakukan kajian kata ganda dan penggandaan termasuklah Asmah Haji Omar (1980), Arbak Othman (1985), Abdullah Hassan (1987), dan Nik Safiah Karim et al.,(1989). Menurut Asmah Haji Omar (1993:222), penggandaan ialah proses mengulangi sesuatu perkataan, seluruhnya atau pada bahagian-bahagian tertentu. Dalam pengulangan pada bahagian-bahagian tertentu, maka pengulangan berlaku pada unsur kata yang berkenaan, dan unsur ini boleh merupakan suku kata (satu atau lebih) atau rentetan bunyi-bunyi (vokal dan/atau konsonan) yang tidak bertaraf suku kata. Arbak Othman (1985:35) pula menyatakan bahawa penggandaan ialah proses bagaimana sesuatu kata dasar atau bahagian daripadanya diulang. Bahagian yang diulang itu dipanggil gandaan, iaitu yang boleh mendahului atau mengikuti kata dasar. Misalnya be- dalam perkataan be-budak merupakan gandaan yang mendahului dasarnya, manakala gala dalam perkataan segala-gala merupakan gandaan yang mengikuti dasarnya. Sementara itu, menurut Abdullah Hassan (1987:145), penggandaan ialah pengulangan seluruh atau sebahagian daripada kata dasar. Definisi yang diberikan oleh beliau ini sebenarnya hampir sama dengan definisi oleh Asmah Haji Omar.

Nik Safiah Karim et al., (1997:55 dan 77) pula menyatakan bahawa kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggadaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Selain dikaji oleh pakar-pakar bahasa Melayu, kata ganda juga dikaji oleh pakar-pakar bahasa Indonesia, antaranya termasuklah J.S Badudu (1984), Harimurti Kridalaksana (1983), dan Ramlan(1987). Dalam kajian ini, penyusun turut melihat pendapat pakar-pakar bahasa Indonesia kerana bahasa Melayu (Malaysia) dan bahasa Indonesia berasal daripada rumpun yang sama, iaitu rumpun Melayu. Harimurti Kridalaksana, dalam kajian kata ganda, menggunakan istilah reduplikasi untuk penggandaan. Menurut Harimurti Kridalaksana (1983:78), kata ganda ialah kata yang terjadi sebagai hasil daripada reduplikasi, manakala Ramlan (1987:63) pula menyatakan pengulangan ialah proses mengulang satuan gramatika, baik seluruhnya mahupun sebahagian, baik dengan variasi morfem mahupun tidak. Hasil pengulangan itu disebut kata ulang, dan satuan yang diulang merupakan bentuk dasar. Walau bagaimanapun, J.S Badudu tidak memberikan takrifan kata ganda dalam kajiannya. Apa yang dimaksudkan dengan bentuk dasar bagi kata ulang bahasa Indonesia ialah bentuk yang menjadi asas bagi pengulangan. Bentuk dasar ini boleh berupa kata tunggal, kata berimbuhan ataupun kata majmuk. Istilah bentuk dasar ( bentuk dasar kata ganda) dalam bahasa Indonesia sama dengan istilah kata dasar dalam bahasa Melayu. Daripada pendapat-pendapat ahli bahasa tersebut, untuk kajian ini dapat disimpulkan bahawa kata ganda ialah kata yang dihasilkan oleh penggandaan atau pengulangan kata dasar yang terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan (berimbuhan), ataupun kata majmuk. Pengggandaan ini pula boleh melibatkan seluruh atau sebahagian kata dasar.

DEFINISI KATA GANDA

Kata ganda atau juga dikenali dengan nama kata ulang ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses menggandakan kata dasar. Penggandaan ini boleh melibatkan seluruh atau sebahagian kata dasar. Kata dasar ini juga boleh digandakan secara berentak (dengan perubahan bunyi tertentu baik vokal mahupun konsonan). Penggandaan yang melibatkan seluruh kata dasar dipanggil penggandaan penuh dan akan menghasilkan kata ganda penuh, seperti rumah-rumah, mainmain,dan pekerja-pekerja; manakala penggandaan yang melibatkan sebahagian kata dasar dipanggil penggandaan separa dan akan menghasilkan kata ganda separa seperti lelaki, sesungut,pertama-tama, dan segala-gala. Selain kata ganda penuh dan separa, dua lagi bentuk kata ganda ialah kata ganda berentak dan kata ganda berimbuhan. Kata ganda berentak ialah kata ganda yang dihasilkan oleh penggandaan kata dasar secara berentak. Dalam penggandaan ini, kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu (vokal dan konsonan) diulang atau diubah, contohnya sayur-mayur, bolak-balik, dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan pula ialah kata ganda yang mempunyai satu imbuhan, baik awalan( bermain-main), akhiran( tidur-tiduran) sisipan(tali temali), mahupun apitan (kebiru-biruan). Kata ganda ini dihasilkan oleh penggandaan kata dasar yang berkombinasi dengan imbuhan.

You might also like