Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM KAD RAYA KREATIF SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS ( CP ) JALAN BATU TARIKH: 26 JULAI 2013

ANJURAN:

PANITIA (SENI, BAHASA


INGGERIS, KAJIAN TEMPATAN, MORAL DAN PEMULIHAN)

1.0 PENGENALAN Program mencipta kad raya ini bertujuan mengembangkan lagi kreativiti murid-murid dalam mencipta kad ucapan bertema iaitu bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut oleh umat Islam. Diharapkan dengan pelaksanaan program sebegini dapat mengeratkan hubungan antara kaum di sekolah malah dapat diterapkan dalam kehidupan seharian. Selain itu, murid-murid juga dapat menghayati suasana hari raya dengan lebih baik lagi.

2.0 MATLAMAT Program Kad Raya Kreatif adalah bermatlamat melahirkan modal insan yang dapat menjana idea, berketrampilan dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam pelbagai bidang malah dapat menghayati hari perayaan mengikut kaum

kepelbagaian budaya di Malaysia. Melahirkan modal insan yang boleh memberikan manfaat kepada semua termasuklah rakan sebaya mereka di sekolah mahupun di luar.

3.0 OBJEKTIF

1. Memberi pengalaman untuk mencurahkan idea kreatif. 2. Mengeratkan hubungan murid pelbagai kaum. 3. Menerapkan nilai murni sambutan perayaan.

4.0 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh Tempat

: 26 Julai 2013M / 27 Ramadhan 1434 : Kelas terapung

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahap 1 dan 2 SK PK (CP) Jalan Batu. (Rujuk lampiran)

6.0 ORGANISASI

Penaung

: En. Ahmad Baki Bin Musli (Guru Besar)

Penasihat

: Pn.Nur Sakinah binti Ismail (GPK Tadbir /Kurikulum)

Penolong penasihat: En.Eddie Idris bin Din (GPK HEM) En. Fadly Hisyam Abdul Rahim (GPK Kokorikulum) -

Pengerusi

: En Muhammad Azri bin Zakaria

Naib Pengerusi

: En. Muhammad Shaleh bin Musa : En. Abd Muhammad Muiz Bin Abd Hamid

Setiausaha

Bendahari

: Cik Nur Syairah binti Ahmad Sapie

Ahli jawatankuasa:

Program

: En.Muhammad Ariff Abdullah : Pn Masita binti Othman : Pn Nur Zaheeda : Pn Wan Marini

Dokumentasi

: En. Abdul Aziz bin Salleh Pn. Narul Fahizal Abdullah

Buku Program

: Cik.Maznah Ismail : Cik Eparianis Mat Sharudin : Puan Zainab

P/A Sistem

: En. Omar Izzuddin bin Abd Aziz : En.Muhammad Ikhwan Fahmi Zani

Persiapan

: En. Muhammad Ikhwan Fahmi Pn. Munirah Ali Pn. Nurul Hafiza binti Liza Pn Zailina Sahat

7.0 ATURCARA PROGRAM

Hari

26 Julai 2013/17 Ramadhan 1434 ( Jumaat)

11.00 pagi 11.10 pagi

: :

Murid-murid berkumpul di kelas terapung. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar, En. Ahmad Baki bin Musli.

11.20 pagi

Pertandingan mencipta kad raya mengikut kategori tahap satu dan tahap dua.

11.50 tengah hari

Pengumuman dan penyampaian hadiah kepada pemenang mengikut kategori.

12.00 Tengah hari :

Majlis bersurai.

8.0 PENUTUP

Syukur kepada yang maha pemurah dan penyayang kerana dapat memberikan idea untuk menjayakan Program Kad Raya Kreatif di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu Kuala Lumpur .Semoga ianya berjalan dengan jayanya bersesuaian dengan objektif yang digariskan serta diharapkan semua guru dapat mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang ditetapkan .

Disediakan oleh,

________________ ABD MUHAMMAD MUIZ ABD HAMID (Guru praktikum SKPK (CP) Jalan Batu)

Disemak oleh ,

_________________________ NURSAKINAH BINTI ISMAIL GPK Tadbir Dan Kurikulum

Disahkan Oleh ,

______________________ AHMAD BAKI BIN MUSLI, PPN Guru Besar Sk Pendidikan Khas ( CP ) Jalan Batu Kuala Lumpur

You might also like