Doa Surah Yasin

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Doa Surah Yasin (rumi) BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM. Alhamdulillahi Rabbil Alamin.

HAMDAY YUWAAFII NI-'A-MAHUU WAYUKAAFII-'U MAZIIDAH, YAA RABBANAA LAKAL HAMDU KAMAA YAMBAGHII LIJALAALI WAJHIKA WA 'A-ZHIIMI SULTAANIK. ALLAAHUMMA SALLI WASALLIM 'A-LAA SAY-YIDINAA MUHAMMADIN WA 'A-LAA AA-LIHII WASAHBIHII AJMA-'IIN. ALLAHUMMA BIHAQQI YAASIIN. WALQUR AA-NIL HAKIIM. WABIMANIKH TARTAHUU BIR-RI-SAALATI WAN-NUBUWWATI WALWILAAYATI WAL HIDAAYATI ILAA SIRAATAKAL MUSTAQIIM. WABIJAMII-'I MAAJAA A-BIHII MINNKA JIBRIILU TANZIILAL AZIIZIR RAHIIM. WABI KHAWAAS-SIL HURUUFI WAL ASMAA-IT TAAMMAATI WABIMAA AZH-HARTA FILWUJUUDI LIKULLI MAUJUUDIN MINAL AA-YAATIL BAY-YINAAT. WABI KHAFIY-YI LUTFIKAL MUFARRIJI 'ANN-KULLI MAHMUUM. AL-MUKHALLISI LIKULLI MADYUUN. YAA MUJRIYAL BIHAARI WAL-'UYUUN. YAA MAN KHAZAA I-NUHUU BAINAL KAA-FI WAN-NUUN. WA 'A-LIMA BIMAA KAANA QABLA AY-YAKUUN. WANAS A-LUKAL-LAA-HUMMA ANTASLUKA BINAA JAA-DATAN RI-DHAAKA WA-AN TAJ-'ALANAA AH-LAW WAMAHAL-LAL LISA-'AA-DATIKA WA-GHI-NAAK. WA AN TUYASSIRU LANAA JAMII-'AL MURAADAATI WAL MATAALIB. WA-AN TAJ-'ALA KULLAM MINNAA BAINA 'IBAA-DIKA FII KULLI HAALI NIZH-ZHAAFIRIL GHAALIB. WA-ALLA TUHWIJA AHADAM MINNA ILAA AHADIM MIN KHALQIKA FII AMRI RIZQIH, WA-AN TAR-BITA 'ALAA ALSINTIL MUTAFAW-WIHIINA BILMAKRUUHI FI HAQQIH. WA-AN TAQTARINA HARAKAATINAA BITAUFIIQ. WA-AN TAJ-'ALA RI-DHAAKA 'AN-NAA KHAIRA MUSAAHIBIL LANAA WARAFIIQ. WA-AN TUTHIFANAA BAL-JALAALATI WALMAHAABAH. WA-AN TAMUNNA 'ALAYNAA BISUR-'ATIL IJAABAH. ISTAJIBIL LAAHUMMA DU-'AA ANAA WAHAQQIQ FIIKA RAJAA ANAA, WAAD KHILNAA FII HIRZI LUTFIKAL MASUUNI BISIRRI QAULIKA IN-NAMAA AMRUHUU IZAA ARAADA SYAI-AN AY-YAQUULA LAHUU KUN FAYAKUUN. FASUBHAANAL LA-ZII BIYADIHII MALAKUUTU KULLI SYA-IN WA-ILAY-HI TURJA-'UUN. SUBHAANAL MUNAFFISI 'ANN-KULLI MAHMUUM.SUBHAANAL MUNAFFISI 'ANN-KULLI MAGH-MUUM.SUBHAANAL MUNAFFISI 'ANN-KULLI MADYUUN.SUBHAANA MAN AMRUHUU IZAA ARAADA SYAI-AN AYYAQUULA LAHU KUN FAYAKUUN. YA MUFARRIJAL HUMUUM.YAA MUFARRIJU FARRIJ.YAA MUFARRIJU FARRIJ.FARRIJ 'AN-NAA HUMUU-MANAA.YAA HAY-YU YAAQAYYUUM.YAAZAL-JALAALI WAL-IKRAAM.WASALI WASALLIMU 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD.WA 'A-LAA AA-LIHII WASAHBIHII WASALLAM. WALHAMDU LILLAAHI RABBIL 'AALAMIIN.

Dengan nama ALLAH s.w.t, Yang maha pemurah, Lagi maha mengasihani. Segala puji bagi ALLAH s.w.t, Tuhan pentadbir seluruh alam, Pujian yang melengkapi segala nikmat-NYA dan membelas limpah kurnia-NYA. Wahai Tuhan kami, Bagi-MU segala kepujian seperti yang selayaknya dengan kebesaran zatMU dan keagungan-MU. Ya ALLAH s.w.t cucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami NABI MUHAMMAD s.a.w beserta ahli-ahli rumahnya dan sekalian sahabatnya. Ya ALLAH s.w.t wahai tuhan kami, Dengan berkat kebenaran Yaasiin dan kebenaran kitan AL-QURAN AL-HAKIM dan dengan kebenaran orang-orang yang ENGKAU pilih dengan pangkat kenabiannya, kerasulannya, pemerintahannya dan petunjuk kepada jalan yang betul dan dengan berkat kebenaran semua wahyu yang diturunkan melalui malaikat jibril dan dengan berkat rahmat tiap-tiap huruf dan nama-nama yang sempurna dan dengan berkat segala sesuatu yang ENGKAU lahirkan bagi tiap-tiap yang ada daripada segala keterangan yang nyata dan kesucian sifat lemah-lembut-MU yang melepaskan tiap-tiap kerunsingan dan tiap-tiap yang berhutang. Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang mengalirkan air-air di laut dan air-air yang berada di celah-celah bumi. Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang seluruh perbendaharaan-NYA hanya di antara kaf dan nuun (daripada perkataan "KUN" yang ertinya jadilah maka yang dikehendaki-NYA pun jadi) tuhan yang sedia mengetahui segala yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Ya ALLAH s.w.t wahai tuhan kami, kami mohon kepada-MU semoga ENGKAU arahkan kami kepada jalan keredhaan-MU menjadikan kami sebagai warga kebahagiaan dan kekayaan-MU, dan kami mohon semoga ENGKAU mudahkan kami mencapai segala hajat dan maksud dan supaya ENGKAU jadikan keredhaan-MU itu kepada kami sebaik-baik teman yang menemani kami mencapai kebesaran dan kehebatan dan mengurniakan kami nikmat, segeralah doa kami di perkenankan. Di perkenankan Ya ALLAH s.w.t permohonan kami ini, berikan kepastian akan berjayanya pengharapan kami, masukkan kami dalam pemeliharaan sifat lemahlembut-MU demi berkat rahsia firman-MU (yang ertinya:) "Bahawa sesungguhnya urusan ALLAH s.w.t apabila DIA berkehendakkan sesuatu bahawa berfirman DIA baginya, 'JADILAH' maka sesuatu itupun jadilah ia," maka maha suci ALLAH s.w.t, tuhan yang berkuasa penuh memerintah segala sesuatu dan kepada-NYA segala-gala itu dikembalikan. Maha suci ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan segala kerunsingan, maha suci ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan kenestapaan, maha suci ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan beban orang-orang yang berhutang, maha suci ALLAH s.w.t, yang apabila DIA berkehendak sesuatu bahawa berfirman "JADILAH" maka sesuatu yang di kehendaki itupun jadilah ia.

Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan segala kesusahan. Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan, apa kiranya kami semua ini daripada segala penderitaan, Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang hidup, tuhan yang berkuasa penuh, tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.Barang dicucuri ALLAH s.w.t akan rahmat dan sejahtera jua atas junjungan kami NABI MUHAMMAD s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian, dan segala puji bagi ALLAH s.w.t, tuhan pentadbir seluruh alam. Amin.... Amin.... Amin.... Ya ALLAH s.w.t ..

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, pujian yang memenuhi nikmat-nikmat-Nya dan sejajar dengan kurnia tambahan-Nya. Wahai Tuhan kami, kepadaMulah segala pujian sesuai dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu. Ya Allah, cucurkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Ya Allah, dengan keberkatan surah Yassin serta Al-Quran yang penuh hikmah dan dengan berkat orang yang Engkau pilih untuk diutuskan risalah, kenabian, kewalian dan hidayah ke jalanMu yang lurus, juga keberkatan atas segala yang dibawa oleh Jibril daripada-Mu, iaitu Al-Quran dari Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang. Kami pohon keberkatan dengan khasiat huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna serta dengan apa yang Engkau zahirkan penciptaan dari ayat-ayat keterangan yang nyata. Dan dengan kehalusan serta kelembutan-Mu yang menenangkan setiap keresahan dan membebaskan setiap yang terpenjara. Wahai Tuhan yang mengalirkan setiap lautan dan semua mata air. Wahai Tuhan pemilikannya hanya antara huruf kaf dan nun(kun) dan yang mengetahui segala sesuatu yang belum berlaku. Kami pohon pada-Mu Ya Allah agar Engkau kurniakan kepada kami rezeki dengan keredhaan Mu. Jadikanlah kami dan kurniakanlah tempat kami kebahagiaan dan kekayaan. Engkau mudahkanlah segala hajat dan permintaan kami. Jadikanlah setiap seorang daripada kami di kalangan hamba-hamba-Mu yang sentiasa memperoleh kejayaan dan kemenangan. Janganlah Engkau jadikan kami golongan yang menagih rezeki dari orang lain. Ikatkanlah lidah orang yang memburuk-burukkan kami. Engkau pandulah kami dengan taufik-Mu. Jadikanlah keredhaan-Mu sebagai teman dan sahabat kami. Anugerahkanlah kami dengan sifat kemulian dan kehebatan serta perkenankanlah doa kami dengan kadar segera. Ya Allah perkenankanlah doa kami. Jadikanlah harapan kami sebagai realiti dan masukkanlah kami ke dalam benteng anugerah-Mu yang kukuh, dengan rahsia firmanMu: " Sesungguhnya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu hanyalah dengan Dia berfirman kepada perkara itu, jadilah! Maka ia terus jadi. Maka Maha Sucilah Tuhan yang dengan tanganNya kekuasaan memiliki dan menguasai segala sesuatu, dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan". Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang terperangkap dalam hutang. Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang ditimpa dukacita. Maha Suci Tuhan yang pemilikan-Nya hanya antara huruk kaf dan nun. Maha Suci Tuhan apabila Dia menghendaki sesuatu memadai hanya dengan Dia mengatakan "jadi!" maka jadilah ia. Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, lenyapkanlah dari kami kesusahan, dukacita dan segala masalah kami. Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri. Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.

You might also like