Topik 8 Etika

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

NAMA : NO MATRIK: KURSUS:

HASLINDA BT ZAIMI M20092001149 ETIKA DAN PERUNDANGAN DALAM

KAUNSELING/KKP 6023 PENSYARAH: DR.MOHAMMAD NASIR BIN BISTAMAM

TAJUK 8
ISU-ISU ETIKA DALAM TERAPI PERKAHWINAN DAN KELUARGA

PENGENALAN Margolin (1982) ada mengatakan bahawa kesukaran mengenai persoalan dan isu etika yang dihadapi oleh kaunselor dalam terapi individu akan menjadi bertambah sukar apabila sekumpulan ahli keluarga berkumpul dalam satu sesi. Di bawah model sistem keluarga, misalnya, kaunselor tidak hanya bertumpu terhadap seseorang individu tetapi tumpuan tersebut ialah ke atas seluruh ahli keluarga sebagai satu sistem. Sesetengah kaunselor cuba mengelak daripada menjadi agen atau perantaraan di kalangan ahli keluarga yang terlibat kerana mereka percaya bahawa setiap ahli keluarga menyumbang ke arah permasalahan keluarga yang dialami. Etika kaunseling menuntut agar setiap kaunselor mengetahui dengan jelas tentang komitmen mereka terhadap setiap ahli keluarga yang terlibat.

TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP KLIEN Tanggungjawab ahli terapi atau kaunselor adalah turut merupakan satu isu yang sangat penting dalam sesi yang melibatkan pasangan. Ini ternyata benar terutama sekali apabila pasangan tersebut tidak mempunyai tujuan atau matlamat yang sama menghadiri sesi kaunseling. Persoalan yang sering timbul ialah bagaimanakah kaunselor menjalankan tanggungjawab etika mereka apabila salah seorang daripada pasangan datang ke sesi kaunseling dengan tujuan perceraian manakala yang seorang lagi mempunyai matlamat untuk menyelamatkan perkahwinan mereka? Selain daripada itu, Mangolin turut mengingatkan kaunselor bahawa kewajipan perundangan mungkin memerlukan kaunselor untuk meletakkan kepentingan kebajikan terhadap individu lebih tinggi daripada kepentingan perhubungan tersebut. Sebagai contoh, undangundang memerlukan kaunselor keluarga untuk memberitahu atau melaporkan kepada pihak berkuasa jika mereka mengesyaki terjadinya kes pengabaian dan penderaan kana-kanak atau menjadi lebih peka terhadap perkara tersebut semasa sesi kaunseling. Walaupun dengan tindakan melaporkan perkara tersebut mungkin akan membawa kepada penamatan sesi terapi bagi keluarga tersebut. Ini menunjukkan dengan jelas dan nyata bahawa tanggungjawab etika serta perundangan kaunselor ialah untuk membantu mereka yang dianiaya atau dicederakan. Di dalam

kes yang melibatkan keganasan rumahtangga, ramai yang bersetuju bahawa kaunselor yang masih terus menjalankan terapi keluarga sedangkan pada ketika itu sedang berlakunya keganasan tersebut boleh membawa kepada ancaman bahaya dan melanggar etika kaunseling. Di dalam situasi yang melibatkan keganasan rumahtangga, terdapat isu etika dan isu perundangan yang harus dipertimbangkan oleh setiap kaunselor. Namun, jika terdapat timbulnya konflik antara etika dan perundangan dalam amalan kaunseling, jalan yang terbaik bagi kaunselor tersebut ialah dengan mendapatkan khidmat-nasihat daripada mereka yang lebih pakar dan berpengalaman.

KERAHSIAAN DALAM KAUNSELING KELUARGA Etika kerahsiaan sepertimana yang telah ditetapkan terhadap kaunselor pasangan atau keluarga memerlukan pengamal kaunseling untuk tidak mendedahkan apa sahaja yang mereka ketahui sewaktu berlangsungnya hubungan professional kecuali (1) apabila diwajibkan oleh perundangan seperti kes penderaan kanak-kanak, sumbang mahram, dan pengabaian kanak-kanak (2) apabila perlunya melindungi klien daripada mencederakan diri mereka sendiri, atau untuk mengelakkan ancaman yang nyata terhadap orang lain (3) apabila kaunselor keluarga adalah merupakan pihak defendan bagi kes civil, jenayah atau tindakan disiplin yang timbul daripada sesi terapi atau (4) apabila pengenepian kuasa atau hak telah diperolehi secara bertulis. Jika ahli terapi atau kaunselor menggunakan sebarang bahan daripada amalan kaunseling mereka di dalam pengajaran, syarahan dan penulisan, mereka harus berhati-hati dan sentiasa merahsiakan identity klien mereka. Bagi mereka yang menjalankan sesi terapi keluarga, perlu ingat bahawa sebarang pendedahan maklumat mestilah dipersetujui oleh semua ahli keluarga yang lain. Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian dalam polisi ini apabila kaunselor merasa bimbang bahawa salah seorang ahli keluarga akan mencederakannya atau akan mendatangkan bahaya kepada individu yang lain (Green, 2003). Satu lagi pengecualian ialah apabila undangundang mewajibkan laporan tersebut.

Ahli terapi atau kaunselor sering mempunyai pandangan yang berbeza tentang peranan etika semasa menjalankan terapi keluarga. Salah satu pendapat ialah kaunselor tidak seharusnya mendedahkan sebarang maklumat yang diberikan oleh individu semasa sesi peribadi di dalam terapi keluarga. Ini adalah kerana dalam sesi yang melibatkan pasangan, sesetengah kaunselor bersedia untuk berjumpa dengan setiap pasangan untuk sesi individu dan segala maklumat yang diberikan oleh mereka akan dirahsiakan. Terdapat juga kaunselor yang menggunakan hak untuk mengetengahkan sesetengah isu di dalam sesi bersama pasangan walaupun isu tersebut dinyatakan sewaktu sesi individu. Malahan terdapat sesetengah kaunselor yang pergi lebih jauh iaitu mereka mempunyai polisi yang menghalang mereka daripada merahsiakan maklumat yang dikongsi sewaktu sesi individu. Alasan yang diberikan oleh mereka ialah segala rahsia hanya akan menjejaskan keberkesanan sesi terapi pasangan atau keluarga. Justeru itu mereka percaya bahawa ianya harus ditimbulkan atau dibincangkan secara terbuka semasa sesi. Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa kaunselor harus memberitahu kepada klien mereka bahawa sebarang maklumat yang diberikan sewaktu sesi peribadi atau individu akan didedahkan jika ianya dilihat dapat memberi kebaikan yang besar kepada pasangan atau keluarga tersebut. Kaunselor yang sebegini sebenarnya menggunakan hak mereka untuk membuat penilaian secara professional samaada untuk mengekalkan kerahsiaan individu atau sebaliknya dan menurut mereka, ianya menjadikan mereka lebih fleksibal. Dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor bahagian B.4 Kelompok dan Keluarga, B.4.a. Kerja Kelompok ada dinyatakan bahawa dalam kerja kelompok, kaunselor hendaklah menerangkan dengan jelas peri pentingnya kerahsiaan dan parameter kerahsiaan kepada kelompok yang terlibat. Dalam B.4.b Kaunseling keluarga dan pasangan turut menyatakan bahawa di dalam kaunseling keluarga dan pasangan, kaunselor hendaklah mendapat persetujuan dan mendokumenkan secara bertulis persetujuan tersebut di kalangan semua pihak yang terlibat yang berkeupayaan untuk memberikan persetujuan mengenai setiap hak individu berhubung dengan kerahsiaan dan sebarang obligasi untuk memelihara kerahsiaan maklumat yang diketahui.

ISU-ISU PROFESSIONAL SEMASA Terdapat beberapa isu professional semasa di dalam amalan terapi pasangan dan keluarga. Isu-isu ini merangkumi personal, akademik, dan kelayakan pengalaman yang diperlukan dalam bidang ini. Tidak dapat dinafikan bahawa ciri-ciri peribadi kaunselor adalah merupakan penyumbang utama kepada keberkesanan sesuatu terapi atau sesi kaunseling. Pengetahuan kendiri adalah sangat penting bagi kaunselor keluarga terutama sekali jika ianya berkaitan dengan isu asal usul keluarga tersebut. Ini adalah kerana, kaunselor yang sedang menjalani sesi dengan individu yang sedang menyusun asal-usul keluarga, akan mudah membuat persepsi atau tindakan yang dipengaruhi oleh isu asal usul keluarga mereka sendiri. Kaunselor yang tidak peka terhadap kelemahan mereka berkemungkinan akan memberi interpretasi yang salah terhadap klien atau mengelakkan klien daripada membincangkan isu tersebut secara lebih mendalam . Ramai yang percaya bahawa keadaan kesihatan mental seseorang kaunselor yang dibentuk oleh perhubungannya dengan keluarga boleh memberi kesan terhadap tahap keberkesanan sesi terapi keluarga yang dijalankannya. Walaupun pengetahuan mengenai teori dan teknik kaunseling adalah penting untuk amalan professional dalam terapi keluarga, namun Aponte (1994) menekankan bahawa proses terapi sebenarnya amat bergantung dan adakalanya keseluruhan proses tersebut dipengaruhi oleh perhubungan antara kaunselor dan klien.

ISU PERANAN JANTINA Di dalam isu peranan jantina pula, sering dilihat cubaan untuk membantu kedua-dua wanita dan lelaki daripada menjadi mangsa stereotaip terhadap peranan masing-masing. Semua kaunselor perlu sedar tentang nilai-nilai mereka dan keparcayaan mereka terhadap gender. Cara seseorang itu menilai gender mempunyai kaitan yang sangat besar dengan latar belakang budaya mereka. Kaunselor yang bekerja dengan pasangan dan keluarga dapat mengamalkan sesi kaunseling yang lebih beretika jika mereka sedar tentang sejarah dan kesan stereotaip gender kerana ianya memberi gambaran terhadap proses sosial keluarga klien termasuk keluarga mereka sendiri. Kaunselor yang efektif mesti sentiasa membuat penilaian tentang kepercayaan mereka sendiri mengenai peranan dan tanggungjawab keluarga yang sesuai, cara membesarkan anak-

anak, kepelbagaian peranan dan pekerjaan bukan tradisi bagi wanita dan lelaki. Prinsip tentang kesedaran terapi gender memerlukan kaunselor kerana mereka dapat membantu klien mengenalpasti dan menerima konsep gender yang membataskan klien selama ini.

PERSETUJUAN TERMAKLUM Persetujuan termaklum juga merupakan isu etika ynag kritikal dalam terapi pasangan dan keluarga. Sebelum setiap individu bersetuju untuk melibatkan diri dalam terapi keluarga, adalah amat perlu bagi kaunselor untuk memberi maklumat tentang tujuan terapi, prosedur yang terlibat, risiko terhadap kesan negative daripada terapi, kebaikan yang mungkin diperolehi, struktur pembayaran perkhidmatan, batasan kerahsiaan, hak dan tanggungjawab klien, pilihan untuk keluar daripada terapi pada bila-bila masa, dan apa yang boleh dijangkakan daripada kaunselor. Apabila kaunselor harus memberi masa yang secukupnya dan perhatian yang sepenuhnya untuk mendapat persetujuan termaklum daripada setiap ahli keluarga yang terlibat, maka ia memberi mesej atau gambaran bahawa setiap daripada mereka tidak akan dijadikan pesalah atau kambing hitam terhadap permasalahan keluarga tersebut. Walaupun mendapat persetujuan termaklum daripada setiap ahli keluarga adalah merupakan tindakan yang ideal daripada segi pandangan etika namun, perlaksanaannya ada kalanya mungkin sukar untuk dijayakan. Semakin jelas dan terperinci persediaan serta proses penyataan persetujuan tersebut, semakin mudah bagi keluarga tersebut membuat keputusan mengenai rawatan yang diperlukan dan semakin kuat kawalan kaunselor terhadap masalah yang mungkin timbul pada masa hadapan. Justeru itu setiap kaunselor tidak harus memandang ringan dan mengambil mudah isu persetujuan termaklum ini kerana ianya melibatkan etika dan kredibiliti seseorang kaunselor professional. Dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor bahagian A.2. Persetujuan termaklum di dalam perhubungan kaunseling, A.2.a Persetujuan termaklum ada menyatakan bahawa klien mempunyai kebebasan memilih untuk memasuki atau terus berada di dalam sesuatu perhubungan kaunseling. Klien memerlukan maklumat yang cukup mengenai proses kaunseling dan kaunselor.

RUMUSAN Kesimpulannya setiap terapi atau sesi kaunseling tidak kira individu, kelompok atau keluarga, semuanya mempunyai isu etika yang harus dipegang oleh setiap kaunselor. Kaunselor yang beretika akan sentiasa membuat penilaian dan mengambil tindakan berdasarkan kepentingan klien dan tidak bertentangan dengan etika dan perundangan dalam kaunseling.

You might also like