Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Kertas Kerja :

KLINIK MEMANAH DAERAH PORT DICKSON 2012

Jurulatih dan Pasukan Memanah SMK Kampung Baru Si Rusa dengan Pasukan OLIMPIK Malaysia

DISEDIAKAN OLEH :
EN ALI BIN MOHAMED JURULATIH Bertauliah Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia Tahap 2 ( NAAM) Sijil Sains Sukan Tahap 2 Majlis Sukan Negara (MSN)

UNTUK PERHATIAN DAN PERTIMBANGAN :


Penyelia Sukan Pejabat Pelajaran Port Dickson

Kertas Kerja Klinik Memanah Daerah Port Dickson 2012 Pengenalan


Memanah merupakan tradisi lama dalam sejarah tamadun manusia. Dahulu kala memanah merupakan senjata yang digunakan dalam peperangan atau memburu. Bahkan dalam memenangi peperangan pasukan memanah dianggap penting dalam menentukan menang atau kalah sesebuah pasukan. Peristiwa perang Uhud boleh dijadikan rujukan dalam membincangkan hal ini. Sukan memanah merupakan sukan yang diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan dalam sukan Olimpik London 2012 dan wajar diperingkat akar umbi diperkasakan dengan kemudahan yang sewajarnya untuk mengejar IMPIAN 1 MALAYSIA bagi mengapai EMAS pertama Negara di Sukan Olimpik 2012 hingga 2020. SMK Kampung Baru Si Rusa telah diwartakan sebagai Pusat Sukan Prestasi

Tinggi Sekolah (SPTS) bermula 2008 dengan berjaya mencapai kejayaan yang agak cemerlang walaupun baru ditubuhkan. Keadaan ini disokong pula dengan adanya 3 orang guru yang berkemahiran dalam sukan ini dan berpengalaman serta mempunyai kelayakan menjadi jurulatih pasukan memanah MSSM Negeri Sembilan. Kejayaan cemerlang Siti Aqilah Binti Zakaria murid Tingkatan 4 sekolah ini dalam Kejohanan Memanah MSS Malaysia 2012 di Kuantan baru baru ini dengan mendapat 2 Emas dan 2 Perak ( Pemanah Terbaik bawah 18 tahun ) wajar diberikan pertimbangan yang serius untuk melihat sekolah ini terus melahirkan produk yang boleh membanggakan Negeri Sembilan di masa depan.

2.0

RASIONAL 2.1 Tahun 2012 kebanyakkan sekolah di Negeri Sembilan telah tidak aktif melahirkan atlet memanah kerana kekurangan sumber alatan akibat kewangan yang terhad dan yang paling kronik ialah tiada tenaga pengajar yang bersemangat dan berpengetahuan tinggi di Negeri Sembilan. 2.2 Pihak Pengurusan dan Kejurulatihan Memanah SMK Kampung Baru Si Rusa mampu dan yakin menyumbangkan bakat-bakat baru dalam bidang sukan memanah bagi Negeri Sembilan dan negara pada masa akan datang.

3.0

MATLAMAT 3.1 Penglibatan sekolah dalam sukan memanah akan membantu kerajaan bagi memartabatkan nama Malaysia di peringkat dunia. 3.2 Pembentukan insan kamil yang mampu menyumbang tenaga dalam pembangunan negara intelek. selaras dengan falsafah pendidikan negara iaitu membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan dalam

melahirkan atlit-atlit negara yang bertaraf antarabangsa selaras hasrat

4.0

OBJEKTIF 4.1 4.2 Melahirkan atlet memanah yang mempunyai ketahanan emosi serta cerdas minda melalui aktiviti bersukan. Melestarikan nama dan tahap kecemerlangan SMK Kampung Baru Si Rusa khasnya dan Port Dickson amnya di peringkat negeri dan kebangsaan dalam sukan memanah serta dalam SUKMA 2014.

5.0 Pelaksanaan Program Tarikh Masa Tempat : 13 November 2012 : 8.00 am 5.00 pm Hari : Selasa

: SMK Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson

6.0 Sasaran 30 orang atlet memanah dari sekolah sekolah rendah dan menengah di Port Dickson, Negeri Sembilan

7.0 Perbelanjaan Bil 1 2 3 4 Perkara Makanan sarapan Makanan Tengahari Minum Petang Pembelian alatan untuk klinik memanah JUMLAH PERBELANJAAN RM 2501 Kos 30 orang x RM 3 30 orang x RM 5 30 orang x RM 2 Rujuk Lampiran 1 Jumlah Kos (RM) 90.00 150.00 60.00 2201

8.0 Tentatif Program

Masa 8.00 8.30 am 8.30 9.00 am 9.00 11.00 am 11.00 11.30 am 11.30 1.00 pm 1.00 2.00 pm 2.00 4.00 pm 4.00 5.00 pm 5.00 pm

Program Pendaftaran peserta Sarapan Pengenalan Sukan Memanah Rehat Teknik Memanah ( Teori ) Rehat / Makan Tengahari Amali Shooting Refleksi Program Pulang / Bersurai

Jurulatih Pn Idyaliyah Razali Cik Sholehah Johan Cik Marina Mokhlas En Ali Mohamed En Yazid Haron En Ali Mohamed En Yazid Haron En Ali Mohamed En Yazid Haron En Ali Mohamed

Penutup Semoga Program yang kecil ini boleh memberikan impaks yang besar dalam sukan memanah untuk Port Dickson terus mengharumkan nama Negeri Sembilan di Peringkat kebangsaan. Amin.

Lampiran 1 SENARAI PERALATAN : BIL NAMA ALATAN QUO HARGA (RM) FLECTHERS AND AKSESORI 1 AAE Vanes/Fletches [160,235,400] (50/pkt) 4 pkt 25.00 JUMLAH (RM) 100

2 Spin Wing Vanes 1 (1.75) (50/pkt) STABILISER 3 Cartel Carbon Long Stabilizer DAMPER DAN STABILISER 4 Cartel KL 102 Damper Stabilizer 5 W&W MF Damper Stabilizer 6 W&W MF Damper Weight ARROW REST 7 Cartel Flipper Rest 8 Hoyt Super Rest (Plastic) 9 W&W Carbon Clicker SIGHT AND FIBER 10 223500 Cartel K-Sight FINGER TAB 11 Cartel Cordovan Tab 12 W&W 360 Cordovan Tab ARM GUARD 13 Beiter Arm Guard 14 BCY Dyna 97 String Ib JUMLAH

4 pkt 3 pc 4 pc 1 pc 3 pc 4 pc 10 pc 1 pc 1 pc 5 pc 2 pc 4 pc 2 spool

43.00 99.00 45.00 111.00 47.00 12.00 8.00 80.00 112.00 46.00 89.00 43.00 150

172 297 180 110 141 48 80 80 112 230 178 172 300 2201

Pembekal : En Norhisham Ismail UFL Kepong , Kuala Lumpur

You might also like