Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

6.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DIAGNOSTIK

Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia penting dalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memilih dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan murid. Ujian diagnostik dilaksanakan bagi mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran ujian ini bertujuan untuk menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid dalam

pembelajarannya. Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam merancang dan memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan. Sesuatu ujian yang dikatakan baik dan bermutu tinggi mengandungi beberapa ciri yang istimewa. Di antaranya ialah ciri kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran. Untuk memastikan ujian diagnostik ini bermutu tinggi, isi kandungan ujian perlulah merangkumi kemahiran-kemahiran dalam satu atau beberapa topik matematik yang telah dipelajari oleh murid-murid. Selain itu, kemahiran-kemahiran yang dipilih sebagai isi kandungan ujian hendaklah berdasarkan senarai kemahiran matematik pemulihan khas. Aras kemahiran juga hendaklah ditentukan untuk setiap item atau soalan ujian. Guru boleh menguji murid-murid dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan kemahiran yang telah dirujuk daripada senarai kemahiran. Biasanya, perkara-perkara yang hendak diuji dalam ujian diagnostik ini adalah semua kemahiran asas dalam sesuatu topik atau sesuatu unit pelajaran Matematik. Misalnya, untuk mengesan bidang kelemahan murid-murid dalam penguasaan kemahiran-kemahiran seperti operasi tolak bawah lingkungan 20, guru boleh merancang satu ujian diagnostik dengan soalan-soalan yang meliputi semua peringkat kemahiran operasi tolak.

Berikut ialah proses yang berlaku sebelum, semasa dan selepas ujian diagnostik dijalankan : 6.1 Proses Yang Berlaku Sebelum Ujian Diagnostik Dijalankan

6.1.1 Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan : i) ii) iii) iv) Objektif ujian Kemahiran yang hendak diuji Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan Siapa yang hendak diuji (sasaran)

6.1.2 Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) perlu disediakan.

6.1.3 Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

6.1.4 Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.

6.1.5 Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.

6.1.6 JSU disediakan berdasarkan senarai kemahiran mengikut subjek.

6.1.7 Jumlah item hendaklah ganjil iaiatu 5 hingga 9 dan perlu ada contoh.

6.1.8 Penyebaran aras kesukaran mengikut nisbah 2:2:1 untuk aras senang, sederhana dan sukar.

6.1.9 Item-item bagi satu kemahiran hendaklah disediakan dalam satu muka surat.

6.1.10 Bentuk-bentuk soalan yang sesuai utnuk ujian diagnostik ialah : i) ii) iii) iv) Padanan / suaian Pelbagai pilihan / diskriminasi Mengisi tempat kosong Benar / salah

6.2

Proses Yang Berlaku Semasa Ujian Diagnostik Dijalankan

6.2.1 Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah ujian saringan dan guru mengenal pasti murid-murid yang terpilih mengikuti program pemulihan Matematik.

6.2.2 Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

6.2.3 Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi (pengetahuan, pemahaman, penggunaan), maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan diikuti dengan ujian bertulis. 6.2.4 Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut.

6.2.5 Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.

6.2.6 Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.

6.2.7 Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa.

6.2.8 Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar.

6.2.9 Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka.

6.2.10 Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.

6.3

Proses Yang Berlaku Selepas Ujian Diagnostik Dijalankan

Bagi ujian diagnostik matematik, guru yang menggubal soalan hendaklah mencadangkan skema pemarkahan dan digunakan dalam memeriksa kertas jawapan pelajar supaya perbandingan yang sah dapat dijalankan antara pencapaian pelajar dalam item secara keseluruhan. Apabila guru menandakan sesuatu kertas ujian, guru perlulah cuba menandakan kesilapan yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut. Di samping itu guru hendaklah membuat analisis secara individu dan secara berkumpulan untuk mengenalpasti kelemahankelemahan dan kekuatan pelajar bagi mengatur langkah-langkah yang wajar. Melalui ujian yang telah dijalankan, guru dapat

mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang belum dikuasai oleh murid-murid ini. Guru memeriksa kertas jawapan dan membuat analisis daripada keputusannya. Apabila bidang kelemahan telah dikenalpasti, guru merancang aktiviti pemulihan untuk murid-murid lembap.

Berdasarkan

analisis

yang

telah

dibuat,

guru

boleh

merancang aktiviti pemulihan dengan tujuan menolong murid itu membetulkan kesalahannya dan seterusnya menguasai kemahiran Matematik tanpa sebarang kesilapan. Untuk merancang aktiviti pemulihan dengan berkesan, guru harus mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran pemulihan matematik, iaitu :

i) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang telah dikesan. ii) Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak daripada mudah kepada susah, mengikut kebolehan dan pengalaman murid.

iii) Di dalam peringkat permulaan, pelbagai jenis alat bantu mengajar perlu digunakan supaya membantu murid-murid memahami konsep yang diperlukan untuk menguasai kemahiran. iv) Semua simbol dan istilah matematik harus dikaitkan dengan pengalaman murid atau alat bantu mengajar, supaya murid itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah dipelajari dahulu. v) Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru. Soalan-soalan yang diberikan harus daripada mudah kepada susah demi membina keyakinan murid terhadap kebolehan

mempelajari matematik. Pada peringkat permulaan, murid boleh menggunakan alat bantu mengajar untuk

menyelesaikan masalah, tetapi pada akhirnya, murid harus dapat menyelesaikan masalah itu secara bertulis tanpa alat bantu mengajar. vi) Aktiviti penilaian harus diberikan kepada murid selepas aktiviti latihan bertulis dalam kelas. Oleh itu, guru perlu merancang dan menyediakan masalah matematik secara bertulis. Penilaian ini akan menetukan sama ada objektif pengajaran pemulihan itu tercapai atau tidak.

Secara ringkasnya, proses yang berlaku selepas ujian diagnostik dijalankan adalah merangkumi 2 perkara berikut :

6.3.1 Analisis Keputusan Ujian i) ii) Analisis dibuat mengikut setiap kemahiran yang diuji. Jika murid gagal setiap item, analisisnya ialah murid tidak menguasai kemahiran. iii) Jika gagal separuh, analisisnya ialah murid belum menguasai kemahiran. iv) Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis. v) Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang Rancangan Pengajaran

Kumpulan (RPK)

6.3.2 Penyediaan Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran i) Keputusan analisis ujian diagnostik digunapakai oleh guru untuk merangka objektif pengajaran dan

pembelajaran bagi sesi seterusnya.

Contoh : Murid belum menguasai kemahiran penambahan dalam matematik berayat. Objektif : Murid dapat mengira hasil tambah nombor 0-20 dalam matematik berayat dengan betul.

You might also like