Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

PENGENALAN

Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya . Sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama , malah semakin menjadi amalan biasa. Apa apa pun amalan biasa terutama yang buruk , seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras . Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat , bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia. Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini .Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan , terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat . Rasuah jika tidak dikawal habis habisan dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negaramaju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini .Rasuah juga tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan . Setelah sebati dengannya, maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain. Rasuah menyebabkan seseorang menjual prinsip , maruah dan harga diri . Masyarakat yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan . Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis kepercayaan . Oleh itu ,semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi pendapatan . Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini , rakyat sangat berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang undang . Martabat atau parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripada penghakiman dan hukuman.Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh menerbitkan perilaku baik

seseorang. Sehubungan itu , dalam memerangi gejala ini , semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan . Jika kita sepakat melakukannya , tiada sebab kita akan gagal. Statistik Rasuah TOP 5 MAKLUMAT MENGIKUT JABATAN Tahun Jabatan (Bil. Maklumat) Pendidikan Pej. Tanah/ Daerah (503) (495) Pej. Tanah/ Majlis Daerah Perbandaran (421) Pej. Tanah/ Daerah (482) Pej. Tanah/ Daerah (626) Pej. Tanah/ Daerah (215) (350) Majlis Perbandaran (373) Majlis Perbandaran (428) Majlis Perbandaran (133)

2000

PDRM (1203)

JPJ (843) Pendidikan (545) Pendidikan (533) Pendidikan (754) Pendidikan (232)

Majlis Perbandaran (495) Majlis Daerah (213) JKR (223) Majlis Daerah (227) Majlis Daerah (99)

2001

PDRM (1180)

2002

PDRM (1143)

2003

PDRM (1194)

2004

PDRM (367)

LAPORAN - RASUAH Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Rasuah didefinisikan dalam berbagai bagai aspek. Antaranya, menurut Transparency International rasuah ialah perilaku di pejabat-pejabat awam, termasuklah para pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang, mengayakan diri, dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Gejala rasuah merupakan satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak perniagaan atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau syarikat tertentu selepasmenyogokkan pihak terbabit dengan wang, hadiah atau pemberian yang lain kepada pihak terbabit. Rasuah juga merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya, rasuah bermakna kuasa yang telah diberikankepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya. Rasuah menurut bahasa Latin berasal daripada perkataan curroptio iaitu daripada kata kerja corrumpere yang membawa maksud busuk, rosak,

menggoyahkan, memutar belit, dan menyogok. Dalam bahasa Arab perkataan rasuah bermaksud al-risywah. Didalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Secara keseluruhannya rasuah merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukansahaja oleh agama malah kemanusiaan sekalipun. Di negara ini dari segi undang-undang semua perkataan memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Rasuah juga boleh ditakrifkan seperti wang, derma, pinjaman, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada

alih atau tak alih,atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat. Apaapa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman,obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa yang singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukummenghukum. Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang

perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini. Amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai punca yang

mendorongnya. Antaranya ialah kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teoriTechnique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu.Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dansebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemahkeperibadiannya. Punca keduanya ialah kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan,

lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah. Di samping itu,sosial dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari -hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedar. Justeru itu, modenisasi pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan modenmemperlihatkan para kontraktor berlumbalumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran,melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dansebagainya. Dari segi politik, sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya. Manakala, punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita.

Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan gejala sosial ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu rasuah ini. Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita. Amalan rasuah ini meninggalkan pelbagai kesan terutamanya kepada kepada tiga pihak iaitu individu , masyarakat dan negara. Amalan rasuah memberi kesan yang terbesar kepada individu. Antaranya bagi individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pangkat. Akibatnya, amalan rasuah menyebabkan individu tersebut kehilangan pekerjaan. Malah sejarah juga telah membuktikan bahawa

bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuahnya dalam skandal Water Gate. Sehubungan dengan itu, amalan rasuah menyebabkan kejatuhan moral atau maruah seseorang individu. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah , akhirnya mereka tidak dapat bersemuka dengan orang lain. Justeru itu, individu yang terlibat dengan rasuah dipandang hina oleh masyarakat. Individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat. Keluarga mereka juga akan dicemuh dan dipulaukan oleh jiran-jiran. Apabila seseorang menjadikan rasuah sebagai amalan biasa, sudah tentulah amalan ini akan merebak dan mempengaruhi orang lain. Di samping itu, amalan rasuah turut menyebabkan keruntuhkan akhlak. Amalan rasuah ini sebenarnya hanya akan meruntuhkan lagi akhlak dan peribadi mulia hilang maruah.Ia menyebabkan

seseorang insan yang telah dikaburi oleh sejumlah wang atau material. Dan wang yang mereka terima pada ketika itu akan menjadi punca kepada darah daging generasi pelaku dan penerima itu sendiri. Dr Denis Osborne menyatakan bahawa, perlakuan rasuah akan menyebabkan seseorang yang tidak berpuas hati dengan pelaku rasuah akan sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh hanya kerana ketidak puas hati dengan pelaku rasuah. Hal yang sedemikian, amalan rasuah ini juga memberi kesan yang besar kepada masyarakat. Amalan yang keji ini membebankan golongan orang susah. Perasuah adalah mereka yang tidak berintegriti. Sistem pemerintahan akan menjadi lemah kerana setiap kali berlakunya rasuah, pemerintah mungkin akan menggunakan wang hasil cukai rakyat dan manfaatnya akan digunakan untuk kepentingan para berleluasa.

perasuah.Pengabaian terhadap masyarakat jika amalan rasuah terus

Mereka yang miskin dan tidak berpengaruh akan tertindas kerana tidak mampu memberi rasuah, menyebabakan hak hak mereka dinafikan. Tidak dapat dinafikan bahawa, amalan yang terkutuk ini turut memberi kesan kepada negara. Kesan yang pertamanya ialah, amalan ini menjejaskan perkembangan ekonomi negara. Rasuah merupakan musuh pembangunan negara. Ia membantutkan perkembangan ekonomi dan merencatkan perjalanannya. Para pakar ekonomi berpendapat, beberapa buah negara Asia dan Afrika sangat lemah daripada sudut perkembangan ekonomi khususnya di Afrika kerana rasuah berbentuk penagihan sewa yang menyebabkan perpindahan dalam negara. Malahan, ia turut menyebabkan sistem birokrasi pemerintahan negara terganggu. Sistem birokrasi pemerintahan akan terganggu dan sekali gus penanaman modal ke luar negara, bukan

menyebabkan imej negara pada mata dunia tercalar. Seluruh negara akan menjadi kucar-kacir dan hancur seperti yang pernah berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia seperti di Mesir dan Mesopotamia. Natijahnya, negara tersebut bukan sahaja akan dipandang serong oleh negara lain. Malahan, hubungan dagangan yang sedia ada juga akan terputus dan ekonomi negara akan terjejas teruk lalu agenda pembangunan negara akan terbantut. Seterusnya, kesan perdana adalah rasuah menjejaskan imej negara. Jika kes rasuah berterusan , pelabur asing di negara kita akan berkurangan kerana takut ditipu oleh syarikat di negara kita. Natijahnya, pendapatan negara kita juga akan berkurangan. Apabila kes ini berlaku, kes ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kecekapan sistem perundangan di negara kita di samping menganggu kehidupan masyarakat dan birokrasi pemerintahan. Kes rasuah akan turut menjejaskan kualiti infrastruktur. Ramai pemaju sekarang hanya mementingkan wang daripada kualiti infrastruktur tersebut. Akibatnya, bangunan yang dibina mudah rosak dan tidak berkualiti. Pelaku rasuah ini akan

mengaut keuntungan yang lebih tanpa memikirkan kualiti bangunan yang akan menyebabkan kebocoran.

Jenayah rasuah juga

membazirkan perbelanjaan kerajaan. Wang yang

diberikan oleh kerajaan untuk melakukan kebajikan disalahgunakan. Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana hanya menjejaskan nama baik negara kita. Wang dari rasuah disalurkan ke arah berbeza dan kebajikan rakyat telah disalahgunakan. Keadaan ini mampu melumpuhkan ekonomi negara. Pada masa yang sama, disebabkan amalan kejam ini, ekonomi negara tergugat. Rasuah semestinya akan menggugat kemajuan negara dari sudut ekonomi. Hal ini adalah kerana ekonomi negara atau ekonomi untuk masyarakat diuruskan oleh mereka yang tidak mempunyai ilmu dalam pengurusan ekonomi untuk menguruskan ekonomi negara. Daripada laman web rasmi pentadbiran Negara Brunei Darussalam, telah menyatakan bahawa kesan Kepada terjebaknya gejala rasuah kepada negara dapat menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.Dengan menurunnya mutu dan kualiti sesuat produk, ini bermakna pelabur-pelabur asing dalam sesuatu negara pasti tidak akan berminat lagi untuk melabur di negara tersebut. Ia telah merugikan negara. Menurut itu, pentadbiran negara turut terganggu. Jika semua perkara

terpaksa melalui sogokan, sistem pentadbiran sesuatu institusi mahupun negara akan lumpuh dengan mudah. Apabila setiap gerak laku, sama ada yang berkaitan dengan mendapatkan perkhidmatan daripada jabatan kerajaan, memenangi tender,

mendapatkan kelulusan permit dan lesen perniagaan, mendirikan kilang, memenangi jawatan politik atau bermacam-macam lagi terpaksa melalui sogokan. Dari segi pembangunan negara sahaja, gejala rasuah akan menjejaskan daya saing, menghakis keyakinan pelabur dan menjejas daya saing perniagaan. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalahpesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak percaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka

ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini. Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini. Di samping itu, langkah ketiga yang harus diambil ialah memantapkan iman dan mengukuhkan jatidiri keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi.Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata. Malahan, memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan Benci Kepada Rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah. Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk

membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan. Langkah yang seterusnya adalah penguatkuasaan undang-undang dan

hukuman siasatan perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima. Langkah yang terakhirnya ialah penggunaan ICT sebab ia juga membantu bagi membanteras masalah rasuah ini. Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temuduga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses. Bagi membanteras masalah rasuah ini sepenuhnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditubuhkan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, Malaysia atau singkatannya BPR mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia digubal dan di olah semula untuk menjadi SPRM. Visi SPRM adalah mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah dan menjadikan SPRM agensi pencegahan rasuah bertaraf dunia serta misinya pula menerajui usaha pencegahan rasuah di Malaysia dan menjadikan SPRM sebagai organisasi yang dinamik dan progresif melalui pembangunan kapasiti dan kapabiliti yang berterusan. Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta ini dan

menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu. Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta ini dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah. Di samping itu, mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu. Malah menasihati ketua badan-badan awam tentang apaapa perubahan dalam amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah. Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah dan mendapatkan serta memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah. Secara kesimpulanya, rasuah merupakan musuh pembangunan. Ia

membantutkan perkembangan ekonomi dan merencatkan perjalannya. Rasuah memberi kesan yang sangat dahsyat bukan sahaja kepada individu yang terlibat malah juga kepada masyarakat dan negara tersebut. Secara keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang kronik dan rumit untuk dihapuskan. Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Ahmad Zaki, BPR memerlukan kaki tangan yang lebih ramai lagi untuk membasmi gejala yang tidak bermoral ini. Ini disebabkan pada masa sekarang sahaja seorang pegawai BPR terpaksa mengendalikan 13 kes dalam tempoh setahun dan ini pasti sesuatu yang amat membebankan pihak BPR. Manakala hal sebaliknya pula berlaku di negara-negara maju yang mana seorang pegawai hanya perlu mengendalikan sekitar empat kes setahun.Pandangan Perdana Menteri supaya siasatan terhadap kes rasuah mestilahdilakukan dengan hatihati dan teliti supaya tidak berlaku kesilapan dan mengenakan tindakan harus dititikberatkan. Namun pada masa yang sama, tidak patut tugas untuk mengatasi dan membasmi gejala rasuah ini secara keseluruhan dalam setiap aspek ekonomi, politik mahupun social hanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak BPR sahaja.Sesungguhnya

satu operasional dan evolusi bertindak secara sistematik dan terancang mesti dirangka dan diambil tindakan segera. Penemaan nilai-nilai murni dalam diri pegawai-pegawai kerajaan seharusnya dibuat secara komprehensif . kursus-kursus yangdianjurkan bukan hanya untuk melihat kepada pembangunan jati diri berbrntuk luaransahaja bahkan juga melihat kepada aspek pembangunan rohani yang berteraskan agama.Dalam konteks yang sama juga, kerajaan semestinya mengerti bahawa kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan. Belitan kemiskinandan penderitaan disebabkan tanggungan keluarga dan sebagainya apatah lagi dalam kos kehidupan yang tinggi semestinya menjadi faktor implisit yang menyumbang ke arah menyuburkan gejala tidak sihat ini. Baja-baja keimanan sahaja tidak cukup untuk membentengi seseorang daripada menjauhkan diri daripada rasuah jika prasarana atau perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat tidak dipertingkatkan. Seterusnya, satu persidangan dan bengkel yang mengimpunkan paracerdik pandai, para ulama dan pegawai-pegawai kerajaan, pegawai BPR dan pihak berwajib dengan tidak mengecualikan parti pembangkang serta pimpinan

mahasiswaharus diadakan segera bagi membincangkan satu resolusi penyelesaian yang segera. Bersama membangun Negara Dengan Menjauhi Amalan Rasuah

Tamat

INDEKS PERSEPSI RASUAH

Indeks ini ialahIndeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari rasuah) dan 0(kadar rasuah yang amat tinggi).Indeksini telah dirangka olehTransparency Internationalsatu badanantarabangsayang menganalisaketelusanserta kadar rasuah di peringkat sejagat.Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan mendapat mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004 termasuklah: Haiti Bangladesh Nigeria Myanmar Chad Paraguay Azer bahagian kalangan negara ASEAN(selainMyanmar ),Indonesia mempunyai mata yang sangat rendah iaitu pada 2.0. Manakala Malaysia terletak di bahagian yang lebih tinggi iaitu dengan mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan paling tinggi ialah Singapura dengan 9.3. Mengukur kadar rasuah secara statistik dengan tujuan untuk membandingkantahap penglibatan rasuah dalam beberapa buah negara, sebenarnya tidak memberikan hasil yang boleh diikuti sepenuhnya. Transparency International, salah satu badan terkemuka dalam kajian dan kegiatan anti-rasuah, telah menyediakan tiga penanda aras,yang diterbitkan setiap tahun. Indeks Persepsi Rasuah berdasarkan pendapat para ahli tentang kekorupan negara-negara dunia. Barometer Rasuah Global berdasarkan tinjauan pandangan rakyat tentang persepsi dan pengalaman mereka berdepan dengan gejalarasuah. dan Tinjauan Pemberi Sogok, yang melihat sejauh mana syarikat-syarikat antarabangsa atau multinasional bersedia memberi sogok.

KEADAAN YANG MENCETUSKAN RASUAH

Pemusatan kuasa, terutamanya dalam kalangan para pembuat dasar / pembuat keputusan, yang tidak berhubungan langsung dengan rakyat, seperti yang sering terjadi di wilayah-wilayah yang dianggap tidak demokratik. Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan. Kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang dibenarkan undang-undang. Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar. Sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama". Lemahnya pemahaman tentang undang-undang apatah lagi untuk melaksanakannya. Kelemahan sistem pelaksana dan sistem kehakiman. Kebebasan bersuara atau kebebasan media disekat. Gaji penjawat awam yang kecil. Rakyat yang tidak kritikal: mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam dengan politik, seterusnya "malu" melaporkan kecurangan yang berlaku. Waktu-waktu pemilihan parti atau pilihan raya: politik wang sukar dikesan dan dibanteras.

FAKTA KAJIAN MENGENAI RASUAH

Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikutikumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07). Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption PerceptionIndex 2006 (CPI 2006)].Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih darirasuah).

PIAWAIAN RASUAH DI MALAYSIA

Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun1995 ke tempat 39 pada tahun 2004.Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0, jatuh ke tangga 44, dari sejumlah 163 buah Negara dan pada tahun 2007, Malaysia hanya mampu memperbaiki sedikit kedudukannya kepada tangga 43 dari ranking terbawah iaitu180, berkongsi kedudukan dengan Korea Selatan dan Afrika Selatan. Index CPi Malaysia bagi tahun 2007 adalah 5.1 dengan tahap kebersihan dan keyakinan bebas rasuah padalingkungan 3.4 - 6.8 dari 10 tahap terbaik. Lebih menyedihkan saya, negara yang dipimpin orang Islam yang paling bersih dari rasuah adalah Qatar yang berada di tangga 32 sahaja. Sejahat-jahat Yahudi pun,negara mereka berada di tangga 30. Jiran kita, Singapura pula berada di tempat keempat terbaik di dunia. Menurut kajian Transparency International Global Corruption Barometer 2006,mendapati kesan rasuah mengikut sektor di Malaysia seperti berikut :-

Sektor Parti Politik Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan Bisnes & Syarikat Swasta Polis Kehakiman Media Badan Cukai Perubatan Pendidikan

Tahap ( 1 = terbersih , 5 = paling kotor) 3.5 3.0 3.3 3.8 2.8 2.4 2.5 2.1 2.2

Ketenteraan Perkhidmatan Pendaftaran & Permit Perkhidmatan NGO ( Badan bukan kerajaan) Badan Keagamaan

2.0 2.2 3.1 2.2 1.7

You might also like