N Institusi Kerajaan Dalam Memartabatkan Tulisan Jawi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

n Institusi Kerajaan Dalam Memartabatkan Tulisan Jawi

Tulisan Jawi telah hilang daya kemampuannya untuk mengangkat kebesaran ilmunya sebagai rujukan utama dalam penulisan dan pengembangan bahasa. Inilah yang telah berlaku kepada tulisan Jawi dewasa ini. Sedih dan terharu tetapi inilah hakikat yang harus diterima dengan hati yang pilu. Sejarah telah mencatatkan bahawa tulisan Jawi pernah mencapai zaman kegemilangan pada abad ke 18, hinggakan penjajah Inggeris yang menjajah di Tanah Melayu ketika itu perlu belajar menulis dan membaca di dalam tulisan Jawi. Ini dibuktikan melalui koleksi warkah Francis Light yang tersimpan di Muzium Perpustakaan British yang bertarikh antara 1786 hingga 1794, perjanjian Sir Stamford Raffles dengan pihak Sultan Johor, Perjanjian Pangkor 1874, dan Pemasyhuran Kemerdekaan 1957. Suatu ketika dulu tulisan Jawi telah menjadi wadah kepada masyarakat dalam mengembangkan ilmu pengetahuan mencakupi bidang kesenian, kesusasteraan mahupun aspek kebahasaan. Hal ini terbukti apabila akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu dan Utusan Zamanmenggunakan tulisan Jawi ketika awal penerbitannya. Malah tidak ketinggalan juga majalah Mastika yang turut menggunakan tulisan Jawi dalam penerbitannya dan mendapat tempat istimewa dalam kalangan masyarakat ketika itu. Kita tidak harus mengekalkan mentaliti penjajah seperti R.J. Wilkinson yang sengaja membunuh tulisan Jawi dengan memperkenalkan tulisan Rumi. Dengan adanya tulisan Rumi sedikit demi sedikit, British menarik masyarakat Melayu daripada akar umbinya. Begitu kata Samat Buang dalam artikelnya Mengembalikan Maruah Tulisan Jawi. Justeru kita perlu memartabatkan semula tulisan Jawi di bumi Malaysia ini. Izinkan ia mengepakkan sayapnya berterbangan bebas di langit Malaysia seperti suatu ketika dulu. Biar ia menyebar ke seluruh cerok pelosok bumi Malaysia seperti suatu ketika dulu. Lantaran itu, semua institusi kerajaan perlu memainkan peranan masing-masing dalam merealisasikan hakikat ini. Usaha harus bermula dengan Kementerian Pelajaran terlebih dahulu dengan memasukkan tulisan Jawi ke dalam sistem pendidikan negara. Melalui sistem pendidikan ini, kemahiran menulis dan membaca tulisan Jawi perlu dijadikan teras dalam mata pelajaran pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah seluruh negara. Pengenalan tulisan Jawi perlu juga dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah. Ini merupakan satu usaha untuk menangkis dan memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap tulisan Jawi yang dianggap sebagai sinonim dengan agama Islam. Seterusnya, di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta (IPTA/IPTS), langkah memasukkan kemahiran dan sejarah perkembangan tulisan Jawi dalam subjek Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia adalah perlu sebagai mekanisme untuk memartabatkan tulisan Jawi di peringkat Institusi Pengajian Tinggi di negara ini. Semua murid perlu mempelajari tulisan Jawi. Menafikannya kepada mereka bermakna telah membunuh salah satu jatidiri bangsa. Mereka akan membesar tanpa salah satu jatidiri yang begitu bermakna sedangkan mereka adalah generasi pewaris pada masa akan datang. Sekiranya persoalan ini tidak

dipandang penting, akan lupus satu generasi yang bakal menyambung nyawa tulisan Jawi seterusnya lama kelamaan tulisan Jawi ini akan lenyap. Justeru generasi kanak-kanak ini perlu diperkenalkan tulisan Jawi secara asas. Penguasaan dunia tanpa sempadan melalui skrin komputer, telefon selular dan pelbagai lagi media elektronik dewasa ini telah menjadi batu penghalang kepada hasrat untuk meneguhkan jatidiri dan tamadun bangsa di negara kita. Lantaran itu, usaha memartabatkan tulisan Jawi ini harus lebih menyeluruh termasuk penggunaan di dalam laman-laman web tempatan, kerajaan (ada versi Jawi), perisian Microsoft Office Jawi, telefon bimbit dan lain-lain. Perisian komputer di dalam tulisan Jawi amat kurang malah susah untuk ditemui. Sekiranya, ia dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan gembelingan pihak kerajaan dan swasta matlamat ini pasti boleh dicapai dengan jayanya. Selain itu, kesedaran penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda dan petunjuk jalan masih kecil bilangannya dan tidak keterlaluan jika dikatakan boleh dibilang dengan jari. Justeru, pihak berkuasa tempatan harus menguatkuasakan peraturan supaya setiap papan tanda yang hendak dipasang haruslah mempunyai tulisan Jawi sebagai bahasa kedua selain dari bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia. Pengaruh globalisasi yang semakin hari semakin menghakis jatidiri bangsa harus dilihat sebagai satu ancaman yang besar. Langkah-langkah menghidupkan semula tulisan Jawi melalui media massa seperti akhbar, majalah dan buku-buku perlu disemarakkan semula demi memartabatkan maruah tulisan Jawi di negara kita. Semua media baik cetak mahupun elektronik harus berperanan dalam menyebarluaskan tulisan Jawi di kalangan masyarakat. Sebagai galakan dan rangsangan kepada media massa ini, pihak kerajaan boleh menyediakan satu dana khas agar mereka berlumba-lumba meletakkan martabat tulisan Jawi di mercu yang sewajarnya. Dalam masa yang sama pembaca Jawi juga perlu diberi imbalan yang wajar melalui pelbagai program seperti Sayembara Esei Tulisan Jawi, Pertandingan Membaca Jawi dan sebagainya. Badan-badan kerajaan seperti Institut Terjemahan Malaysia bersama Dewan Bahasa dan Pustaka juga harus berganding bahu merealisasikan proses memartabatkan tulisan Jawi ini dengan memperbanyakkan lagi terjemahan buku-buku ke dalam tulisan Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka yang dahulu pernah bangkit dengan inisiatif yang besar memartabatkan tulisan Jawi, perlu bangun kembali dengan langkah yang lebih gagah dan tegap. Semarakkan usaha-usaha seperti dahulu dengan mengadakan pelbagai bengkel, seminar dan sistemnya telah pernah diterima sebagai yang baik, yang berasaskan roh Pendeta Zaaba. Dewan Bahasa dan Pustaka juga harus memainkan peranan dari segi penerbitan. Banyakkan penerbitan novel, antologi cerpen dan antologi puisi dalam tulisan Jawi. Untuk menarik minat masyarakat dengan Jawi, sering adakan sayembara menulis dalam tulisan Jawi. Seminar dan pameran tentang tulisan Jawi juga boleh membantu memperkasakan tulisan Jawi, seperti suatu konvensyen yang pernah diadakan suatu ketika dahulu, iaitu Konvensyen Tulisan Jawi pada tahun 1980-an yang telah memperkenalkan Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan. Selain itu Dewan Bahasa dan Pustaka juga perlu menerbitkan semula Daftar Kata Rumi-Jawi yang diberi nafas baru untuk rujukan masyarakat.

Untuk menghidupkan sesebuah bahasa dan bentuk tulisannya, masyarakat yang terlibat harus menggunakannya secara aktif. Sekiranya bahasa dan tulisan tersebut tidak digunakan secara aktif baik melalui percakapan, persuratan, dijadikan bahasa ilmu dan kesusasteraan, dinikmati, disebarluaskan dan diwariskan kepada generasi seterusnya, lambat-laun bahawa dan tulisan itu akan lupus dan akhirnya lenyap ditelan zaman. Ini dapat dilihat pada bahasa dan tulisan Inka yang sudah pun pupus setelah tidak digunakan secara aktif oleh masyarakatnya. Nasib yang sama akan berlaku kepada tulisan Jawi dan kini bibit-bibit ke arah itu seolah-olah sudah terserlah di depan mata kita. Sudah ramai warga negara yang tidak kenal lagi tulisan Jawi, tidak tahu lagi membaca Jawi juga langsung tidak tahu menulis Jawi. Justeru, tulisan Jawi perlu dimartabatkan semula di negara kita. Seimbangkan dominasi penggunaan tulisan Rumi dalam semua bentuk persuratannya. Natijahnya, tulisan Jawi adalah khazanah milik bangsa dan negara yang bernilai tinggi. Harganya selembar maruah, andai lenyap bermakna maruah bangsa dan negara juga turut lenyap. Inilah jatidiri dan citra bangsa yang perlu diletakkan di mercu paling tinggi, dijadikan gapura ilmu, digilap laksana kencana agar berkilau di seluruh pelosok ceruk rantau bumi Malaysia, tumbuh subur di tengah-tengah masyarakat, dibelai dan dibajai setiap masa agar gemilang seperti suatu ketika dulu. Bangsa hebat bukan saja terletak pada ketinggian ilmunya tetapi juga bangsa yang menyanjung tinggi nilai budayanya.
HIDUP segan mati tak mahu itulah pepatah Melayu yang sesuai untuk menggambarkan nasib tulisan Jawi ketika ini. Seperti kita maklum tulisan Jawi telah bertapak di alam Melayu lebih kurang sekitar 700 tahun dahulu berdasarkan kepada penemuan batu bersurat tahun 1303 di Terengganu. Malah, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa tulisan Jawi telah digunakan seawal kedatangan Islam di alam Melayu lagi. Tidak dinafikan tulisan Jawi telah mencapai zaman kegemilangan pada abad ke 18, hinggakan penjajah Inggeris yang menjajah di Tanah Melayu ketika itu perlu belajar menulis dan membaca di dalam tulisan jawi. Hal ini dapat dibuktikan melalui koleksi warkah Francis Light yang tersimpan di Muzium Perpustakaan British yang bertarikh antara 1786 hingga 1794, perjanjian Sir Stamford Raffles dengan pihak Sultan Johor, Perjanjian Pangkor 1874, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957. Ditambah lagi, melalui tulisan Jawi, hasil kesusasteraan Melayu turut berkembang dengan pesatnya, apabila banyak hikayat lama dikarang dan disebar luaskan melalui tulisan Jawi seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Banjar, Hikayat Raja - Raja Pasai, Hikayat Iskandar Zulkarnia. Biar pun hikayat - hikayat ini tidak diketahui siapa pengarangnya. Namun, hasil sastera ini terus berkembang melalui tulisan Jawi. Tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi telah menjadi wadah kepada masyarakat Melayu dalam mengembangkan ilmu pengetahuan mencakupi bidang kesenian, kesusasteraan mahu pun aspek kebahasaan. Hal ini terbukti apabila akhbar - akhbar Melayu seperti Utusan Melayu dan Utusan Zaman menggunakan tulisan Jawi ketika awal penerbitannya. Malah tidak ketinggalan juga majalah Mastika yang turut menggunakan tulisan Jawi dalam penerbitannya dan mendapat tempat istimewa dalam kalangan masyarakat Melayu ketika itu. Malah, tulisan Jawi tidak dapat dinafikan merupakan aspek penting dalam mengekalkan identiti budaya Melayu. Hal ini, dikuatkan lagi apabila tulisan Jawi dikaitkan dengan kedatangan Islam dan budaya alQuran ke Tanah Melayu. Ditambah lagi, menurut catatan pengembara Eropah seperti Magellan, Tom Pires dan Van Ronkel, menggambarkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi diiktiraf sebagai bahasa

penghubung utama pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara. Tetapi pada hari ini kegemilangan tulisan Jawi umpama melalui zon gerhana yang cukup menyedihkan. Adakah masyarakat kita tidak cukup berbangga dengan zaman kegemilangan tulisan Jawi ketika dahulu yang sentiasa digunakan sebagai jabatan keilmuan. Kemerosotan peranan tulisan jawi di dalam dunia keilmuan dapat dikesan semenjak ketibaan kuasa - kuasa Barat yang mula menjajah Tanah Melayu pada abad ke-18 dan 19. Pada ketika ini tulisan Rumi telah diperkenalkan oleh penjajah barat terutama dalam sistem pendidikan yang berorientasikan pendidikan dunia barat. Pada ketika itu jugalah peranan tulisan Jawi sedikit demi sedikit mula terhakis dari perhatian masyarakat Melayu sendiri. Menurut Samat Buang dalam artikelnya Mengembalikan Maruah Tulisan Jawi menyatakan bahawa k ita tidak harus mengekalkan mentaliti penjajah seperti R.J. Wilkinson yang dengan sengaja membunuh tulisan jawi dengan memperkenalkan tulisan Rumi. Dengan adanya tulisan Rumi sedikit - demi sedikit, British menarik masyarakat Melayu daripada akar umbinya. Dari pada pandangan Samat Buang tersebut, dapat kita tafsirkan bahawa tahap kebimbangan para ahli akademik berkenaan survival tulisan jawi telah berada di tahap yang membimbangkan. Hal ini ditambah lagi, pelbagai peristiwa yang sangat mengguris hati - hati pencinta tulisan Jawi yang mana 29 Januari 2006 akhbar Utusan Melayu yang merupakan satu-satunya akhbar yang menggunakan tulisan Jawi dihentikan penerbitannya kerana kurangnya sambutan daripada masyarakat terutama daripada masyarakat Melayu sendiri. Malah, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan nada kehairanan menyatakan bahawa tiada seorang pun yang mendengus, apatah lagi mempolemikkan penutupan akhbar itu baik di media elektronik mahu pun media cetak. Malah, Datuk Johan Jaaffar dengan nada sinis di dalam Persidangan dan Pameran Tulisan Jawi di Muzium Negara menganggap orang Melayu renyah dengan identiti warisan bangsanya sendiri. Pandangan beliau ini berpaksikan kepada populasi etnik Melayu yang merangkumi 13 juta orang Melayu, dan akhbar tulisan Jawi tidak boleh hidup dan dipedulikan sedangkan akhbar berbangsa lain dapat hidup subur walaupun komunitinya lebih kecil berbanding masyarakat Melayu. Satu persoalan yang perlu ditudingkan pada diri sendiri, di manakah silapnya? Justeru, langkah memartabatkan semula tulisan Jawi wajar dilaksanakan supaya seni warisan ini tidak hanyut ditelan zaman. Banyak pendapat mahu pun cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh para sarjan mahu pun orang perseorangan berkenaan langkah perlindungan tulisan Jawi. Antaranya ialah melalui sistem pendidikan negara. Melalui sistem pendidikan ini kemahiran menulis dan membaca tulisan Jawi mesti dijadikan teras dalam mata pelajaran pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah seluruh negara. Ditambah lagi, pengenalan tulisan Jawi perlu juga dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah. Hal ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menangkis dan memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap tulisan Jawi yang dianggap sebagai sinonim dengan agama Islam. Malah, di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam mahu pun Swasta (IPTA/IPTS), langkah memasukkan kemahiran dan sejarah perkembangan tulisan Jawi dalam subjek Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia adalah wajar sebagai mekanisme untuk memartabatkan tulisan Jawi di peringkat Institusi Pengajian Tinggi di negara ini. Selain itu, kesedaran penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda dan petunjuk jalan masih kecil bilangannya dan tidak keterlaluan jika dikatakan boleh dibilang dengan jari. Oleh yang demikian, penggunaan tulisan Jawi ini perlu dipergiatkan usahanya terutama peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan tempatan dalam merealisasikan impian negara bagi menghidupkan semula kegemilangan tulisan jawi yang pernah mencapai puncak kemasyhurannya satu ketika dahulu. Impian ini tidak terlaksana jika hanya dilakukan hanya sebelah pihak sahaja, malah semua pihak perlu berganding bahu tidak apa jua lapisan masyarakat agar tulisan Jawi ini bak kata pepatah Melayu tak

lapuk dek hujan, tak lekang dek panas (

Martabatkan kembali tulisan

Jawi
MOHAMAD SHAFIQ ROHAIZAD BUYONG 7 Mei 2012) http://www.sinarharian.com.my

Pada 23 Mac 1898, keluaran pertama akhbar berbahasa Melayu dalam tulisan Jawi 'Warta Melayu' telah diterbitkan (Rajah 6.4). Akhbar ini diterbitkan dan dicetak di Singapura oleh American Machine Press Singapura. Akhbar tersebut diterbit dalam 8 halaman dan menyiarkan pelbagai berita luar dan dalam negeri. Berita-berita itu disiarkan mengikut kumpulan negeri iaitu Khabar Negeri Asing, Khabar Negeri Melayu, Khabar Singapura dan Khabar Pulau Pinang. Berita-berita yang berkaitan meliputi peperangan dan pergolakan politik di negara-negara asing. Soal-soal agama dan cerita-cerita penglipur lara terjemahan daripada bahasa Cina dan Inggeris. Terdapat juga ruangan pengenalan yang ditulis oleh pengarangnya. Mulai keluaran bulan Ogos dalam tahun yang sama, suratkhabar ini mula bercorak komersial dengan tersiarnya iklan-iklan. Walaupun terbitnya tidak tetap kemunculan akhbar ini dalam arena persuratkhabaran Melayu telah dapat membuka sedikit sebanyak pandangan dan pemikiran segolongan orang-orang Melayu terhadap perubahan-perubahan semasa. Dengan kehendak Kerajaan-Kerajaan Melayu Bersekutu penerbitan akhbar ini diteruskan dalam tulisan rumi. Ini telah mengubah bentuk akbar daripada sebuah akhbar biasa menjadi akhbar rasmi bagi Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Warta Rasmi ini mengandungi perkara-perkara seperti perlantikan dalam jabatan, undang-undang dan peraturan-peraturan am kerajaan dan sebagainya. Perkembangan selanjutnya mengenai akhbar ini tidak dapat dikesan kerana penerbitannya telah terhenti tanpa diketahui, manakala keluaran yang tersimpan di Arkib Negara hanya setakat 30 September 1904. Roseline Mapong Sabai http://hids.arkib.gov.my/doc/2005/mac/23_03_1898_2005.htm dipetik pada 15 Julai 2008. Pada hari ini 13 Julai 1946, Pejabat Perhubungan Raya di Kuala Lumpur telah menerbitkan naskah pertama akhbar harian tulisan Jawi yang mengandungi 4 halaman. Akhbar Cermin Malaya merupakan sebuah akhbar yang diterbitkan oleh Pejabat Perhubungan Raya yang kemudiannya dikenali dengan nama Pejabat Penerangan. Akhbar Cermin Malaya diterbitkan bertujuan untuk menerangkan mengenai dasar-dasar dan usaha kerajaan Inggeris pada masa itu. Ini termasuklah dasar-dasar kerajaan dalam usaha menghapus, menyekat dan membasmi pengaruh komunis di Tanah Melayu, serta pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union. Akhbar Cermin Malaya memainkan peranan penting sebagai saluran maklumat dan penyampai berita tentang perkembangan politik, ekonomi dan sosial tanahair. Pada bulan Disember 1948 akhbar Cermin Malaya telah diberhentikan penerbitannya dan kemudiannya telah digantikan dengan Panduan Rakyat. Pada 12 April 1952, Persidangan Persuratan Melayu SeMalaya yang pertama telah didakan di Singapura. Persidangan itu telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang wakil pertubuhan persuratan seperti Ikatan Bahasa Melayu, Persuratan Buku Di Raja dari negeri Johor, Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung, Angkatan Sasterawan 50 dan lain-lain persatuan dari seluruh Tanah Melayu. Persidangan itu membincangkan dengan terperinci serta membahaskan berkenaan penggunaan tulisan Rumi dan Jawi dalam persuratan Melayu. Angkatan Sasterawan 50 berpendapat bahawa sudah sampai masanya tulisan Rumi diiktiraf secara rasmi tetapi tulisan Jawi juga hendaklah dipakai. Enam buah badan persuratan lain telah menyokong syor Angkatan Sasterawan 50 itu, manakala Lembaga Bahasa Melayu berpendapat bahawa tulisan Jawi dan Rumi adalah sama banyak digunakan dalam persuratan Melayu. Akhirnya persidangan telah bersetuju dengan keputusan mengiktiraf kedua-dua huruf Jawi dan Rumi sebagai huruf rasmi dalam persuratan Melayu. Sesungguhnya keputusan yang diambil oleh Persidangan Persuratan Melayu SeMalaya untuk mengiktiraf tulisan Jawi dan Rumi sebagai tulisan rasmi dalam persuratan Melayu menunjukkan suatu langkah untuk memelihara kedua-dua tulisan tersebut khasnya tulisan Jawi daripada luput ditelan zaman. Pada hari 6 Februari 1958, bangunan Syarikat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor, Tuanku Hishamuddin Alam Shah. Dengan pembukaan bangunan baru itu, akhbarUtusan Melayu rasmilah dicetak dan diterbitkan di Kuala Lumpur, setelah 19 tahun, iaitu semenjak pemindahannya dalam tahun 1939 dari Singapura. Perpindahan tempat percetakan dan penerbitan ini merupakan satu kemajuan bagi SyarikatUtusan Melayu yang kini mempunyai bangunannya sendiri yang dilengkapkan dengan alat-alat jentera yang moden. Akhbar Utusan Melayu merupakan satu akhbar yang terulung yang dipunyai dan

diusahakan sepenuhnya oleh orang-orang Melayu. Utusan Melayu ialah satu-satunya akhbar nasional yang diterbitkan dalam tulisan Jawi. Oeh yang demikian, Utusan Melayu merupakan akhbar yang sangat popular terutamanya dalam kalangan orang-orang Melayu di kawasan luar bandar di mana tulisan Jawi masih lagi difahami dan digunakan dengan meluas. Semenjak mula ditubuhkan, Utusan Melayu telah banyak menyedarkan dan menyuarakan kepentingan dan perjuangan orang-orang Melayu dalam hal-hal ekonomi, politik dan sosial supaya mereka tidak ketinggalan di belakang dari bangsa-bangsa lain di negara ini. Pada 1 Januari 2003, akhbar Utusan Melayu, satu-satunya akhbar bertulisan Jawi yang bersalut 1001 sejarah perjuangan bangsanya boleh dikatakan memasuki era `kelumpuhan' yang serius dan mungkin akan terus berkubur tanpa nisan jika tiada sebarang usaha untuk menyelamatkannya dilakukan. Berikut dipetik keluhan dan rintihan terhadap hidup mati tulisan Jawi dalam era globalisasi hari ini. AWANG setuju dengan semua yang diperkatakan oleh Saudara Tajuddin Saman, kecuali satu. Beliau yakin tidak ada seorang pun Melayu yang tidak sanggup tampil untuk menyelamatkan Utusan Melayu sekiranya mereka tahu peranan akhbar ini. Di sini beliau silap. Pengurusan Utusan Melayu telah melakukan bermacam-macam usaha untuk menghidupkan akhbar ini sebagai akhbar harian termasuk meminta sokongan Melayu daripada orang seperti Hamid Othman (Tan Sri), kepimpinan Pusat Islam serta orang politik. Pencinta-pencinta tulisan Jawi juga berusaha dengan mengadakan bengkel dan sebagainya untuk mencetuskan minat terhadap tulisan Jawi. Tapi semuanya berakhir begitu sahaja. Pernah diminta supaya wakil-wakil rakyat membeli dan mengedarkannya kepada murid sekolah di kawasan masing-masing. Pun tidak ke mana. Kini, apabila Utusan Melayu terpaksa dijadikan akhbar mingguan dan menghadapi kemungkinan ditutup terus, terdengarlah suara-suara yang bertanya kenapa dan mengapa. Ahad lalu, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain menulis tentang nasib Utusan Melayu di bawah tajuk Melayu Matikan Utusan Melayu. Beliau mengakhiri tulisannya dengan menyatakan: ``Ironiknya, ketika akhbar harian Jawi yang sinonim dengan Melayu diketepikan oleh orang Melayu, masyarakat Cina dengan bangga dan gembira menyambut kelahiran sebuah lagi akhbar harian Cina, Oriental Daily News. Akhbar ini bernasib baik kerana mendapat sokongan orang-orang Cina.'' Awang mahu bertanya, sanggupkah orang Melayu tampil menghidupkan semula Utusan Melayu dengan menyokongnya sebagaimana orang Cina menyokong akhbar Cina? Daripada petikan di atas, kita dapat mengandaikan bahawa pemartaban tulisan Jawi dalam Bahasa Melayu perlu diberikan perhatian serius. Menurut Mohd Hussein Baharuddin, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan tekanan dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu kini, iaitu pendirian orang Melayu itu sendiri. Dalam mengharungi era globalisasi, orang Melayu seolah-olah lupa akan kewujudan unsur dalam Bahasa Melayu yang paling penting, iaitu tulisan. Penggunaan tulisan Rumi telah menenggelamkan sejarah kepentingan tulisan Jawi sebagai alat menyampaikan ilmu sewaktu perkembangan agama Islam di rantau ini. Kanak-kanak tidak diberikan penekanan penulisan Jawi kecuali sekadar sebagai tulisan Arab dalam kelas agama. Oleh itu sikap orang Melayu perlulah diubah agar tulisan Jawi dapat dikekalkan dalam persada hari ini. Selanjutnya juga perlu difikirkan peranan pihak perancang bahasa, khususnya badan kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil inisiatif yang lebih inovatif dalam mempertahankan tulisan Jawi dalam masyarakat hari ini. Malah sebenarnya tulisan Jawi dapat dimantapkan melalui bidang pendidikan . Pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah bermula daripada Tahun 1 lagi akan memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak untuk belajar menulis dalam tulisan Jawi. Pendidikan bukan sahaja bersifat satu hala atau satu lawan satu dalam kelas tetapi perkembangan multimedia dapat membantu perkembangan tulisan Jawi dalam pendidikan melalui perisian kursus dalam CD atau VCD yang memudahkan pengedaran yang lebih luas. Bahan pengajaran juga perlu diperbanyakkan misalnya buku-buku latihan yang berorientasikan pembelajaran kendiri dan juga melalui akhbar Utusan Melaysia yang dapat membantu perkembangan korpus bahasa melalui tulisan Jawi. Penggunaan akbar Jawi dalam darjah merupakan langkah yang perlu digalakkan di semua sekolah agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan praktikal. Kementerian Pelajaran seharusnya mengambil inisiatif untuk mengembangkan penulisan Jawi melalui peruntukan dalam jadual waktu persekolahan untuk pembelajaran. Kepentingan mempelajari tulisan Jawi samalah juga dengan kepentingan mempelajari Bahasa Melayu. Pameran seni khat juga seharusnya diperbanyakkan dan pelajar sekolah harus digalakkan mengunjungi pameran sedemikian supaya mendapat pendedahan yang sewajarnya tentang warisan Melayu yang kian dilupakan ini. Bengkel tentang penulisan Jawi dalam kalangan belia dan pelajar peringkat remaja dapat mempertingkatkan lagi kesedaran mempertahankan tulisan Jawi sebagai alat pengembangan ilmu. Selain daripada kemudahan bahan pengajaran, guru yang berpengalaman perlu dilahirkan untuk memenuhi keperluan pengajaran. Latihan dapat meningkatkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.

Angkat martabat tulisan jawi


Oleh HAMDAN TAWADI utusanjohor@utusan.com.my

Rajah 6.5: PEMBAKAR SEMANGAT... Peranan besar tulisan Jawi pada akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Utusan Zaman dan majalah Warta Ahad dalam menyuburkan semangat kemerdekaan dan patriotisme dalam kalangan orang Melayu. Foto: Melati Arif Sumber:Dipetik daripada http://web5.bernama.com/events/merdeka50/newsbm.php?id=247824 Menurut Bukhari Lubis, pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap Pengarah Penerbit UPSI, satu kaedah untuk memartabatkan tulisan Jawi ialah setiap masa, lokasi atau di mana saja sewajarnya diletakkan tulisan ini. Media massa turut memberi sokongan seperti menyelitkan berita, iklan atau papan tanda dalam tulisan ini. Apabila semua pihak saling membantu, usaha memartabatkan tulisan ini mudah dilaksanakan, sekali gus memperluaskan pengaruh atau penggunaannya. Pada masa sama, kegiatan menguasai ejaan ini mesti diperkasakan dalam kalangan generasi muda kerana mereka golongan terbesar. Antaranya, mengadakan pelbagai sayembara serta kursus umum di sekolah rendah dan menengah. Percambahan minat terhadap golongan ini jika dijana sejak awal mampu membentuk keseimbangan dalam pelbagai aspek sekali gus mencapai kejayaan pada masa depan. Justeru, jika ada pelajar yang berminat menjadi pakar bahasa, perlulah dikaji dan diteroka keistimewaan sistem tulisan Jawi. Ini perlu dilakukan demi masa depan negara dan negara memerlukan golongan ini untuk meneruskan kesinambungan sedia ada. Pada masa sama, penerbitan buku dalam versi Jawi mestilah dipelbagaikan dengan memberi galakan atau insentif. Beliau percaya, jika disokong dengan mekanisme padu, martabat untuk mengangkat taraf tulisan ini akan tercapai. Yang penting ialah galakan serta cara pelaksanaannya. Sudah sampai masanya masyarakat menyemarakkan tulisan ini sebagai satu bukti terunggul kewujudan tamadun Melayu suatu ketika dulu. Kesimpulannya, tulisan merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai harganya. Malah tulisan Jawi merupakan nadi yang menggerakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan meletakkan Bahasa Melayu setaraf dengan bahasabahasa asing di dunia ini pada satu ketika dahulu. Kini, masyarakat perlulah disedarkan tentang keperluan mempertahankan warisan budaya ini agar tidak pupus ditelan dek zaman. Rakyat dan kerajaan perlu berganding bahu untuk merealisasikan semula keagungan tulisan Jawi sebagai alat mengembangkan ilmu dalam Bahasa Melayu.

BATU PAHAT 3 April - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) melancarkan majlis penyerahan tajaan akhbar Utusan Malaysia setiap Isnin yang mengandungi sisipan Utusan Melayu Mingguan bernilai RM104,832 di Sekolah Agama Kampung Istana di sini, semalam. MAINJ menaja 87,560 naskhah akhbar itu untuk diedarkan kepada 100 sekolah agama terpilih di negeri ini dengan tujuan mengangkat martabat tulisan jawi. Majlis pelancaran itu disempurnakan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pendidikan) Jabatan Agama Islam Johor, Sulaiman Dumang. Turut hadir Ketua Biro Utusan Malaysia Johor, Luqman Haziq Abdullah; Penolong Pengurus Pemasaran Wilayah Selatan, Nik Azizi Amirah Nik Ab. Rahman dan Eksekutif Kanan Pemasaran Zon Selatan, Mohd. Asri Jantan. Sulaiman berkata, sisipan Utusan Melayu Mingguan itu diharapkan dapat membantu murid-murid menguasai tulisan jawi dan dijadikan bahan pembelajaran di dalam bilik darjah. "Ini adalah salah satu usaha kita untuk menggalakkan pelajar mencintai tulisan jawi selain dapat mengetahui perkembangan semasa melalui laporan Utusan Malaysia. "Tulisan jawi adalah warisan kita dan kita menyokong Utusan Malaysia kerana merupakan satu-satunya akhbar yang masih memperjuangkan tulisan jawi," katanya. Beliau berkata, walaupun golongan muda di Johor boleh dikatakan celik Jawi kerana majoritinya bersekolah agama, namun usaha mempertahankannya perlu diteruskan. Sementara itu, Guru Besar Sekolah Agama Kampung Istana, Ruslaini M. Amir berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan guru-guru untuk mengadakan sesi khusus pembelajaran tulisan jawi dengan menggunakan Utusan Melayu Mingguan sebagai bahan pembelajaran. "Mungkin kita akan adakan pertandingan untuk menarik minat murid-murid seperti teka silang kata jawi, pertandingan membaca pantas atau tulisan jawi paling tepat dan cantik," katanya. Bagi guru sekolah itu yang merupakan guru khat di Yayasan Warisan Johor, Mohd. Khairul Hafiz Sapian, kerjasama antara MAINJ dan Utusan Malaysia untuk memartabatkan tulisan Jawi diharap dapat diadakan secara berterusan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri &pg=dn_10.htm#ixzz2aXDtxUxU Utusan Melayu (M) Bhd

Mengembalikan kegemilangan tulisan jawi


Oleh MOHD. KAMIL YUSUFF

PENEMUAN Batu Bersurat Terengganu pada 1303 menjadi asas penting kewujudan tulisan jawi di negara ini. Ia membuktikan bahawa tulisan tersebut sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi yang hanya ditemui pada akhir abad ke 19. Kemunculan tulisan yang berasal dari tulisan Arab ini berkait rapat dengan kedatangan Islam ke Nusantara. Tulisan jawi berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai, disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan Aceh pada abad ke-17.

Sejak itu ia menjadi tulisan yang digunakan dalam pelbagai urusan rasmi dan tidak rasmi di Nusantara. Peri pentingnya tulisan jawi ini dapat dilihat semasa penjajahan British di Tanah Melayu, apabila ia dijadikan tulisan rasmi bagi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Selama lebih 700 tahun bertapak di negara ini, tulisan jawi menempuh pelbagai kesulitan dan pancaroba dalam perkembangannya sehingga hari ini. Awal abad ke-20, ia menjadi medium penting dalam perkembangan persuratkhabaran Melayu di Tanah Melayu. Kira-kira 10 buah akhbar Melayu bertulisan jawi muncul selepas Jawi Peranakan. Daripada jumlah tersebut, hanya akhbar jawi Utusan Melayu yang diterbitkan di Singapura masih kekal dan bertahan sehingga ke hari ini walaupun tidak lagi diterbitkan secara harian. Akhbar Utusan Melayu juga mengalami jatuh bangunnya sendiri sehingga terpaksa diberhentikan penerbitannya pada 26 Januari 2006 ekoran tiada sambutan dan kekurangan pembaca. Namun dengan keprihatinan pihak-pihak tertentu, atas dasar mempertahankan satu-satunya tulisan warisan bangsa Melayu, akhbar ini diterbitkan beberapa bulan kemudian, secara mingguan dikenali sebagai Utusan Melayu Mingguan. Kita mengalu-alukan keprihatinan Kementerian Pelajaran yang mengadakan pembelajaran jawi melalui program jQaf di sekolah rendah. Program tersebut menampakkan hasil memberangsangkan apabila semakin ramai murid sekolah rendah 'celik jawi' berbanding sebelum pelaksanaan program tersebut. Sehubungan itu, bagi mempertingkatkan lagi penggunaan tulisan jawi di sekolah, dicadangkan supaya mata pelajaran pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi sepenuhnya termasuk semasa menjawab soalan dalam peperiksaan tersebut. Di beberapa buah negeri seperti Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu, tulisan jawi digunakan dalam urusan rasmi dan adat istiadat Melayu. Ada juga sesetengah negeri memartabatkan tulisan tersebut pada papanpapan tanda jalan dan bangunan-bangunan. Memandangkan jawi merupakan warisan bangsa Melayu, sewajarnya ia dimartabatkan dan diangkat ke tempat yang sepatutnya. Harus disedari bahawa jawi adalah tulisan yang istimewa kerana di seluruh dunia, tulisan ini hanya terdapat dalam masyarakat Melayu sahaja. Sehubungan itu, mempertahan dan memartabatkan tulisan jawi harus menjadi tanggungjawab wajib umat Melayu. Kuasa politik yang masih ada perlu digunakan sebaik mungkin bagi memberi nafas baru kepada tulisan yang semakin terpinggir ini. Sudah sampai masanya, ahli-ahli politik Melayu menggunakan pengaruh mereka melakukan sesuatu bagi meneruskan kesinambungan warisan bangsa mereka. Jika tidak orang Melayu sendiri, siapa lagi yang boleh diharapkan? Ketinggian teknologi dan kekuatan ekonomi yang dimiliki orang Melayu tidak akan membawa erti jika satu-satunya warisan bangsa mereka tidak dapat dipertahankan. Ia lebih kepada soal jati diri. Kekuatan sesuatu bangsa bergantung kepada bagaimana mereka menghargai warisan mereka sendiri. Tidak usahlah bercakap isu-isu global jika soal bangsa sendiri terabai. Sehubungan itu, Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi 2008 yang berlangsung di Shah Alam bermula hari ini sehingga 27 Ogos perlu dijadikan medan penting untuk mengembalikan kegemilangan tulisan jawi seperti pada zaman keagungan nasionalisme tiga suku abad lalu. Langkah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta beberapa agensi lain termasuk Utusan Melayu menganjurkan seminar tiga hari ini amat dialu-alukan.

Dengan 45 kertas kerja termasuk satu forum antarabangsa yang disertai oleh ahli panel dari Malaysia, Singapura dan Patani bagi membincangkan hala tuju tulisan jawi di negara ini, ia diharap dapat memugarkan kembali penggunaan tulisan tersebut dan penataran serta perkembangan ilmu, khususnya dalam bahasa Melayu. Lebih menarik, seminar ini meletakkan sub tema terjemahan kerana ia berkait rapat dengan asal-usul tulisan jawi yang datang dari bahasa Arab, dan melihat bagaimana para penterjemah silam memindah ilmu-ilmu dari bahasa Arab ke bahasa Melayu dalam bentuk tulisan yang sama tetapi berbeza bahasanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg= re_08.htm#ixzz2aXT1gQA0 Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like