Minit Mesyuarat SPSK

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PK 07 / 3 SEK.KEB. DATO SERI MAHARAJALELA, KM.

3, JALAN BULOH KASAP , PEKAN JABI , 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TAZIM Kod Sekolah: JBA 7006

Telefon & Fax

: 07- 9312029

MINIT MESYUARAT KHAS SPSK DAN HARI TERBUKA 2011 BIL 1 / TAHUN 2011 Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 10 / 06 / 2011 ( JUMAAT ) : 9:00 pagi : Bilik Mesyuarat Sekolah : Mohamed Elham b. Mohamed Soheh ( Guru Besar )

Kehadiran(Bilangan) : 25 orang Turut Hadir (Jika ada) : Tiada 1 TAKLIMAT PENGERUSI Untuk makluman, pengerusi memberitahu bahawa beliau terpaksa beredar awal sebelum mesyuarat ini tamat kerana ada urusan rasmi iaitu menghadiri Taklimat Haluan Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia di Johor Bahru. Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru yang telah menjayakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform pada 27-29hb Mei 2011 di Saujana Asahan, Asahan, Melaka. Pengerusi berharap semua guru gembira pada bercuti dengan urusan masingmasing pada Cuti Sekolah yang lepas. 2 3 4 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS. 2.1. Tiada pembentangan kerana mesyuarat ini pertama kali diadakan. PERKARA BERBANGKIT: 3.1. Tiada perkara berbangkit kerana mesyuarat ini pertama kali diadakan. PERBINCANGAN ISU SEMASA : 4.1. Pengerusi memfokuskan mesyuarat kepada Hari Terbuka Sekolah yang akan diadakan pada 17 Jun 2011. Program tersebut akan bermula dari jam 8.00 hingga 12 tengahari. Semua guru-guru diharap bersedia untuk menerima kedatangan ibubapa dan penjaga murid. Guru perlu bersedia menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh ibubapa dan penjaga masing-masing serta menyelesaikan seberapa segera permasalahan yang ditimbulkan oleh ibubapa atau penjaga murid. Tindakan: Pentadbir dan guru-guru. 4.2. Sekolah masih lagi dalam peluasan SPSK. Sistem pengurusan kualiti yang sama seperti yang digunapakai dalam proses ISO. Ranking sekolah masih lagi kekal pada Band 2 iaitu kumpulan sekolah terbaik walaupun ranking pada kedudukan dalam negara jatuh dari mata 1555 buah sekolah kepada kedudukan mata 2611 buah sekolah di antara 7000 buah sekolah rendah dalam negara. Tindakan: Pentadbir dan guru-guru.
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK 07 / 3 SEK.KEB. DATO SERI MAHARAJALELA, KM. 3, JALAN BULOH KASAP , PEKAN JABI , 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TAZIM Kod Sekolah: JBA 7006

Telefon & Fax

: 07- 9312029

4.3 Pengerusi berharap semoga keputusan UPSR pada tahun 2011 ini akan menaikkan lagi ranking sekolah kepada 86% kerana JPN mensasarkan pada 2013 GPS sekolah akan berada pada 1.92. Tindakan: Pentadbir dan guru-guru. 4.4. Pengerusi memberitahu mengenai program new-deal yang memerlukan sekolah terpilih berada pada kedudukan terbaik selama 3 tahun berturut-turut. Semua guru dan pentadbir perlu menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul di dalam mesyuarat. Sebarang keputusan boleh dirujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas. Surat Pekeliling tersebut boleh diambil untuk dibaca dan dipulangkan semula kepada pejabat. Guru besar juga menyampaikan amanat dari Dr. Ghaffar iaitu Guru adalah barisan harapan pembangunan negara. Tindakan: Pentadbir dan guru-guru. 4.5 Pengerusi mengedarkan edaran SPSK. Semua guru telah mendapat pembahagian tugas masing-masing di dalam SPSK. Bagi guru-guru yang tidak hadir, Surat Tunjuk Sebab akan dikeluarkan kerana tarikh mesyuarat serta edaran buku telah dimaklumkan dan diedarkan lebih awal. Tindakan: Setiausaha. 4.6 Sekolah akan memasuki era tranformasi yang baru. Diharap tidak ada lagi muridmurid yang terlibat dengan program LINUS pada tahun hadapan. Tindakan: Pentadbir dan guru-guru. 4.7 Pengerusi meminta JK yang terlibat dengan program dan aktiviti yang memerlukan pembiayaan wang sekolah menyediakan kertas kerja bagi memudahkan urusan kewangan. Pra-sekolah diminta menyediakan kertas tuntutan perbelanjaan kerana pembekal belum lagi menuntut wang pembayaran dari sekolah. Tindakan: Guru Pra-sekolah. 4.8 Cikgu Sulaiman menerangkan mengenai SPSK yang akan dijalankan di sekolah. Manual yang asal perlu ada di pejabat dan bagi dokumen-dokumen yang lain akan ditandakan dengan cop SALINAN. Contoh laporan dan format juga disediakan untuk rujukan. Boleh dirujuk dan mengikut seperti contoh yang telah disediakan di dalam SPSK. Dokumen SPSK akan disimpan di pejabat setiap masa. Pembahagian tugas guru-guru di dalam SPSK boleh dirujuk pada edaran yang telah diberi. Tindakan: Pentadbir dan guru-guru. 5 HAL-HAL LAIN 5.1. Pengerusi berharap persaudaraan ukhwah yang terjalin sesama guru-guru diteruskan sepanjang masa kerana nampak bertambah baik sejak kebelakangan ini. Tahniah kepada guru-guru kerana berjaya mengeratkan hubungan ukhwah tersebut . Guru juga perlu mematuhi peraturan sebagai penjawat awam. Tahniah kepada guruHak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK 07 / 3 SEK.KEB. DATO SERI MAHARAJALELA, KM. 3, JALAN BULOH KASAP , PEKAN JABI , 85000 SEGAMAT, JOHOR DARUL TAZIM Kod Sekolah: JBA 7006

Telefon & Fax

: 07- 9312029

guru yang berjaya menyambung pelajaran di IPTS. Pengurusan jadual waktu belajar dan bekerja perlu diuruskan sebaik mungkin untuk mengelakkan pertindihan waktu bersama keluarga. Tindakan: Pentadbir dan guru-guru. 5.2 Kemudahan sekolah harus digunakan sebaik mungkin dan elakkan dari terdedah kepada umum untuk mengelakkan salah tanggapan oleh masyarakat. Tindakan: Pentadbir dan guru-guru. 5.3 Tuan Haji Moksin bertanyakan menganai prosedur aduan yang perlu dilaksanakan di dalam SPSK. Siapakah yang perlu diberitahu ? Semua guru perlu bertindak terhadap aduan yang diterima. Guru perlu mengisi aduan tersebut di dalam borang aduan yang telah disediakan di pejabat. Ibubapa juga perlu mengisi borang aduan yang ada di pejabat sekira hadir untuk membuat aduan di sekolah. Tindakan: Pentadbir dan guru-guru. 5.4 Cikgu Azizan bertanya mengenai hal disiplin. Adakah ia termasuk di dalam bab aduan di dalam SPSK ? Perkara tersebut boleh dirujuk di dalam manual SPSK. Tindakan: Pentadbir dan guru-guru. PENUTUP a) Guru Besar berharap semua guru dapat menjalankan tugas sebaik yang mungkin. Tugasan tersebut harus dianggap sebagai satu ibadah bagi guru-guru. Sebarang permasalahan diselesaikan dengan merujuk kepada Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan. b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:00 tengahari. Disediakan oleh, ................................. ( Afandi b. Abdullah ) Setiausaha Tarikh : (11/08/2011) Disemak Oleh, ............................... ( Mohamed Elham b. Mohamed Soheh.PIS ) Pengerusi Tarikh : (12/08/2011)

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

You might also like