Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 25

Tuesday, 4 December 2012 Kanak-kanak Berkeperluan Khas Unit 1-5 (Modul UPSI-PJJ) Unit 1 : Definisi dan Konsep Pendidikan

Khas 1.Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada : i) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) ii) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran iii) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan 2. KKBP terdiri daripada : i) Sindrom Down ii) Perkembangan Lewat iii) Autisme iv) Hiperaktif v) Cerebral Palsy vi) Epiletik vii) Masalah Emosi viii) Masalah Pertuturan 3. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia : Satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras denga Falsafah Pndidikan Negara. 4. Tiga prinsip dalam pendidikan khas ; a) Pendidikan menyeluruh dan bersepadu : Fokus meliputi aspek jasmani, rohani, intelek dan sosial. (Penglibatan kumpulan pelbagai disiplin secara kolaboratif dan bersepadu ) b) Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna : Merangsang dan mengekalkan minat murid berkeperluan khas untuk belajar. Suasana pembelajaran yang kondusif agar murid menguasai pengetahuan dan kemahiran. c) Pendidikan sepanjang hayat : Pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk digunakan dalam kehidupan seharian. 5. Pendekatan pdp dan penilaian dibentuk mengikut keperluan murid : a) Bidang pengurusan kehidupan : pengurusan diri, kemahiran manipulatif, tingkahlaku dan kemahiran hidup. b) Bidang akademik : komponen m/p - BM, M3, BI, TMK c) Bidang kerohanian dan nilai-nilai murni : Komponen m/p - Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. d) Bidang sosial, riadah dan kreativiti : Komponen PJK, MZ, Gerakan dan Drama, Sains, Sosial dan Alam Sekitar. 6. Model-model Pelaksanaan Pendidikan Khas: a) Model Sosial (Social model) b) Model Perubatan (Medical model) 7. Pasukan pelbagai disiplin dalam menjayakan program pendidikan khas: a) Ibu bapa b) Sekolah c) Pakar Perubatan d) Bahagian Pendidikan Khas e) Jabatan Kebajikan

f) Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) g) Masyarakat. 8. Fungsi keseluruhan kumpulan pelbagai disiplin meliputi pengenalpastian masalah iaitu : a) Menaksirkan dan memperincikan masalah asal atau spesifik ( kognitif, fizikal, pendengaran, penglihatan, komunikasi, emosi atau tingkah laku). b) Mengkaji semula intervensi. Mengenalpasti keberkesanan strategi untuk pemulihan dan menilai kesesuaian program. c) Mencari alternatif : Memberi pelbagai cadangan/pendekatan untuk pemulihan. d) Mengenalpasti keperluan khas : Merekod keperluan kanak-kanak. e) Pemilihan penyelesaian : Cadangan rancangan pengajaran individu dalam program pendidikan. f) Rancangan pendidikan : Bertanggungjawab menjalankan dan memantapkannya. 9. Peranan pakar perubatan; a) Pediatrik : Punca genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal b) Neurologi : Diagnostik dan mengubati penyakit seperti kecacatan otak, hiperaktif dan memberi ubat "Ritalin" untuk mengawal keaktifan. c) Terapi pertuturan : Mengesan masalah komunikasi dan menjalankan terapi pertuturan untuk gagap, sumbing dan yang mempunyai masalah artikulasi untuk bertutur. d) Terapi fizikal : Menaksir fungsi motor halus dan kasar, membantu dan melatih kemahiran hidup dan diri. e) Audiologi : Mengesan fungsi pendengaran. f) Oftomologi : Menaksir penglihatan pelajar. Unit 2 : Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas 1. Sejarah Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu : a) Peringkat Pertama ( Awal 1947) : Peranan utama oleh institusi keluarga dan masyarakat iaitu pertubuhan agama, etnik, ibu bapa dan badan sukarela. Pada awal penubuhan memberi penekanan dan tumpuan pada masalah penglihatan. Sekolah Rendah Pendidikan Khas yang paling awal ialah St. Nicholas di Pulau Pinang (1926) dan Princes Elizabeth di Johor Bharu (1949). Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang pula dibina khusus untuk masalah pendengaran. Bourgeault (1970) : Di zaman penjajahan British, pendidikan khas untuk masalah penglihatan dipelopori oleh pergerakan sosial iaitu institusi-institusi bercorak keagamaan.Chua Tee Tee : Pendidikan khas di negara ini bermula apabila Misi Anglican mendirikan rumah dan Sekolah St. Nicholas bagi OKUP di Melaka pada 1926 yang kemudian dipindahkan ke Pulau Pinang. b) Peringkat Kedua (1948 1980 ) : Historical milestone dengan memperlihatkan peranan dan penglibatan pihak kerajaan membuka dan menubuhkan sekolah pendidikan khas. Pelbagai langkah diperkenalkan dan diperkemaskan untuk meningkatkan mutu pendidikan iaitu model penyampaian baru dan komunikasi seluruh diperkenalkan kepada guruguru pendidikan khas bermasalah pendengaran dari 1979 -1981 dan 1984-1986. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mempertingkatkan kemudahan di semua sekolah khas, mengalami zaman anjakan paradigma, merangka dasar pendidikan nasional yang komprehensif, menyediakan keperluan asas bagi pelajar-pelajar yang istimewa. Latihan guru-guru khas dimulakan pada tahun 1962 dalam bidang pendidikan kanakkanak

bermasalah penglihatan dan pendengaran pada tahun 1963 di MPIK, Kuala Lumpur . Unit Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan ditubuhkan bagi menguruskan program pendidikan khas pada tahun 1964. Suatu perakuan kabinet iaitu perakuan 169, 170, 171, 172 dan 173 diterbitkan. Justeru, membantu memaju dan meluaskan skop program dan aktiviti Pendidikan Khas. Dasar mengenai pendidikan khas dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961 iaitu sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Akta ini memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum pendidikan yang sesuai dengan jenis muridmurid bagi memperkembangkan pendidikan khas. c) Peringkat ketiga ( 1981 - sekarang ) : Pihak kerajaan merupakan penggerak utama untuk perkhidmatan kemudahan fizikal, khidmat sokongan, peruntukan kewangan dan kepakaran disalurkan terus untuk pendidikan khas. Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu pada Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat 1981 menegaskan full participation and justice dan tidak bergantung kepada campassion of charity. Kerajaan Malaysia dengan konsep kerjasama iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan utama dalam enam aspek : i) mengutamakan pelbagai strategi dan program yang bersifat intervensi awal dan pencegahan pelbagai kecacatan dari peringkat bayi dan penempatan kanak-kanak dalam program pemulihan dan pendidikan yang bersesuaian. ii) mewujudkan pelbagai jawatan kuasa antara kementerian bertujuan menyelaras dan memantau perkembangan pelaksanaan program. iii) mengutamakan golongan yang tinggal di luar bandar. iv) mengutamakan pendekatan bersifat local community based daripada the specialized residential centre. v) menggalakkan decentralization bagi pusat, sekolah, kelas khas dan specialized di peringkat daerah, negeri dan wilayah serta tidak tertumpu di kawasan bandar sahaja. vi) mewujudkan kerjasama serantau dan peringkat antarabangsa dengan agensi-agensi kerajaan. 2. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Mengikut Kategori a) Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan 1926 : SRPK St Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka kemudian 1931 pindah ke Pulau Pinang. 1948 : SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru dan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney. Pembukaan Institut Taman Harapan

Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di SR dan SM. 1977 : Permulaan latihan perguruan khas di MPIK 1978 : Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa Melayu. 1983 : Pengambilalihan SRPK oleh Kementerian Pendidikan 1984 : Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille Al-Quran, bahan-bahan dalam braille seperti buku teks dan penyelenggaraan alatan braille.

b) Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran 1954 : Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam Pulau Pinang. 1963 : Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan Percantuman Cacat Pendengaran SR dan SM. Latihan perguruan pendidikan khas cacat pendengaran di MPIK. 1978 : Pengenalan kaedah komunikasi seluruh oleh KPM untuk menggubal sistem bahasa Melayu kod tangan. 1987 : Pembukaan SMPK Vokasional Shah Alam.

c) Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 1988 : KPM memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat rendah masalah pembelajaran. d) Program Pendidikan Khas Terencat akal 1955 : Pembukaan Rumah Jubilee Johor Bahru oleh Kementerian Kebajikan Am. 1964 : Penubuhan Persatuan Terencat Akal Selangor. 1966 -1988 : Penubuhan sekolah-sekolah terencat akal di Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bahru, Seremban, Kuala Terengganu, Kuala Kubu Baru dan Tanjung Aru. Program Pendidikan Khas Percantuman/Inklusif 1962 : program percantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan 1988 : kelas perintis untuk murid-murid bermasalah pembelajaran. 1993 : 3 pelajar di Tingkatan 6 Bawah SM Methodist (L) Kuala Lumpur. 1994 : program rintis di 14 buah sekolah seluruh negara. 1995 : Program Bermasalah pembelajaran peringkat menengah dimulakan.

e)

Unit 3 : Punca dan pencegahan 1. Etiologi atau punca-punca kecacatan : a) biologi b) psikologi c) persekitaran 2. Menurut Winzer (1996) , wujud 3 kategori utama faktor risiko iaitu risiko yang telah lama wujud (established risk), risiko biologi dan risiko persekitaran. 3. Faktor risiko biologi terbahagi kepada 3 iaitu Peringkat Prenatal (Penghamilan), Peringkat Prinatal (7 bulan 2 minggu lahir) dan Postnatal (semasa membesar) a)Peringkat Prenatal (Penghamilan)

Jenis darah tidak sesuai (faktor Rh). Kewujudan protein menghasilkan Rh+ dan Rh-. Jika Rh ibu dan janin berlainan, darah ibu, akan menghasilkan antibodi yang menyerang darah janin. Kesannya lahir tidak cukup bulan, kuning dan kecacatan otak. Jangkitan penyakit ibu semasa mengandung; kencing manis, meningitis, demam kuning, sifilis, rubella dan virus. Toksemia ; racun pada darah ibu. Anemia; bekalan oksigen ke otak terputus. Lahir tak cukup bulan/prematang Kurang makan makanan berzat. Ketidaknormalan kromosom; Genetik (Sebelum lahir 23 pasang kromosom - 1 daripada ibu dan 1 daripada bapa) Stres semasa mengandung (emosi terganggu) akibat kemiskinan dan lain-lain. Sekiranya berpanjangan akan mengeluarkan hormon kortisone yang mengalir ke saluran darah. ( Tidak dapat oksigen yang cukup akan menyebabkan ADHD. Faktor umur ibu ; ideal (22-25 tahun), tua menyebabkan anak sindrom down, muda akan menyebabkan sukar lahir. Resapan bahan luaran (terotogen) oleh uri melalui pemakanan atau kulit atau deria. Pengambilan dadah atau ubatan atau bahan khayalan menyebabkan kecacatan anggota (thalidomide). Amalan merokok menyebabkan saluran darah dalam uri mengecut dan mengurangkan oksigen dan zat makanan sampai ke janin. Degupan jantung janin cepat, keguguran, kecacatan dan prestasi akademik rendah. Pengambilan alkohol berbahaya pada tiga bulan terakhir. Saiz bayi kecil, sindrom penarikan (withdrawal) lambat dalam pembelajaran dan tidak cergas. Pendedahan Pancaran Radiasi - X-ray menyebabkan mutasi genetik iaitu kecacatan sistem saraf. Menghadapi tumor, leukemia dan pembesaran terbantut.

b) Peringkat Perinatal (Semasa kelahiran) Sebelum melahirkan (labour-situasi sakit untuk melahirkan). Masa melahirkan panjang (8-11 jam) menyebabkan lemas, kecacatan dan kerencatan akal. Proses yang terlalu lama menyebabkan terputusnya bekalan oksigen. Bersalin (delivery) akibat melintang atau songsang, air mentuban pecah terlalu awal menyebabkan jangkitan , uri berada di kedudukan yang tidak betul dan kesukaran bersalin. Forcep atau ubat penahan sakit untuk membantu kelahiran boleh membahayakan bayi. Anoksia (tali pusat terbelit) dan memutuskan bekalan oksigen ke otak. Bayi boleh dijangkiti virus yang dibawa oleh ibu seperti herpes (lepuh-lepuh berair pada kulit) yang menyebabkan cerebral palsy, sawan dan kerencatan akal, buta, pekak dan lain-lain lagi. c) Postnatal (Selepas kelahiran) Kemalangan, penyakit (demam panas), meningitis. Virus menyerang selaput/penutup otak dan saraf tunjang (spinal cord), kekurangan oksigen (lemas, menghidu bahan toksik, tercekik), pendarahan serangan terhadap tisu-tisu otak seperti ensefalitis. Kemalangan boleh menyebabkan kerosakan tisu otak ataupun sistem saraf tunjang. Keracunan seperti keracunan plumbum (lead poisoning) menyebabkan kerosakan neurologi yang berterusan. Pemakanan kanak-kanak yang tidak sempurna Faktor persekitaran di mana kanak-kanak itu dibesarkan. 4. Risiko persekitaran timbul disebabkan oleh faktor persekitaran seperti kemiskinan, permasalahan keluarga, trauma, pendedahan pergaulan dan lain-lain. Faktor psikologi : perkembangan emosi dan sosial. Kurang mendapat kasih sayang. Gangguan hiperaktif Pencemaran toksin : kesan pada autisme. Contohnya kilang yang mengeluarkan asap yang banyak di Brick Township, New Jersey menyebabkan kes kanak-kanak autistik.

Bahan Pengawet dan pewarna tiruan : menyebabkan perilaku hiperaktif. Kadar timah (lead) dalam serum darah anak yang meningkat. Mendapat penyakit berjangkit : disebabkan oleh bakteria dan virus.

5. Pencegahan berlakunya kecacatan : Imunisasi untuk golongan remaja dan wanita iaitu Rubella bertujugan untuk mengelakkan jangkitan Rubella (German Measles) yang menyerang ibu mengandung pada tiga bulan pertama. Mengelakkan pengambilan dadah dan alkohol yang boleh menyebabkan kecacatan pendengaran. Sekiranya telah dikenalpasti seawal tiga bulan, kanak-kanak diberi bantuan alat pendengaran dan pembedahan koklea. Mereka masih ada harapan untuk mendengar. Mengelakkan mengandung ketika usia mencecah atau melebihi 35 tahun yang boleh menyebabkan Sindrom Down. Ibu boleh menjalani ujian imbasan kehamilan tiga bulan pertama atau FTPS. Menguji sel yang dikenali sebagai Pensempelan Vilus Korion bagi pengesanan sebaran kecacatan genetik. Kaedah lain ialah melakukan ujian Amnonsentesis. Program kerjasama antara pelbagai disiplin termasuk terapi bahasa, terapi pertuturan, ahli psikologi, guru pendidikan khas, pentadbir dan lain-lain untuk mengembangkan potensi kanak-kanak. Pengesanan dan intervensi awal penting untuk mengenalpasti kecacatan yang dialami. Contoh disleksia seperti Thomas Edison, Leonardo de Vinci, Winston Churchill, George Pattorn dan William Butler Yeats. Tidak membiarkan anak mengalami demam panas berpanjangan yang boleh menyebabkan penyakit sawan (epilepsi). Elakkan daripada kemalangan yang boleh menyebabkan kecacatan seperti hentakan kuat pada kepala yang boleh merosakkan sistem saraf dan kerencatan akal. Ibu mengandung mengambil makanan seimbang. Kekurangan gula, kalsium dan magnesium di dalam darah mengakibatkan epilepsi kepada bayi. Lawatan ke klinik mengikut jadual bagi mengetahui perkembangan kandungan bayi. Elakkan daripada terdedah pada keracunan plumbum seperti bau cat, petrol dan sebagainya. Rehat yang mencukupi dan tiada tekanan. Elakkan mengambil minuman keras dan makanan yang tidak berkhasiat. Unit 4 : Kanak-kanak bermasalah pembelajaran, komunikasi dan tingkahlaku 1. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran, komunikasi dan tingkahlaku terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme dan Hiperaktif. 2. Menurut Smith (1996) , kanak-kanak yang 'specific difficulties' adalah mereka yang tidak mempunyai kecacatan pancaindera dan kerosakan organik yang nyata, mempunyai masalah kesukaran dalam pembelajaran seperti membaca, menulis, mengeja dan matematik sertakanakkanak tidak memberi tindak balas terhadap pengajaran normal. 3. Jenis-jenis bermasalah pembelajaran ialah ; a) Oral language difficulties ; terdiri daripada dua jenis iaitu Dysphasia ( sebahagiah ketidakupayaan untuk memahami percakapan dan sukar bercakap) dan Aphasia (hilang keupayaan untuk memahami, memanipulasi atau mengekspresi perkataan dalam percakapan dan gaya penulisan) b) Reading difficulties ; terbahagi kepada disleksia (sebahagian ketidakbolehan untuk membaca atau memahami apa yang dibaca dan alexia (kanak-kanak yang kehilangan keupayaan untuk membaca, menulis ataupun menterjemahkan bahasa.) c) Writting difficulties ; terbahagi kepada Dysgraphia ( sebahagian ketidakbolehan menulis) dan Agraphia (ketidakbolehan menulis secara keseluruhan ). Formulation dan Syntax Disorder adalah ketidakupayaan untuk menyusun idea dengan jelas dan meringkaskan corak perkataan.

d) Arithmetic difficulties ; terbahagi kepada Dycalculia ( sebahagian ketidakbolehan dalam menyelesaikan pengiraan) dan Acalculia (ketidakbolehan secara keseluruhan untuk menyelesaikan masalah pengiraan) 4. Punca-punca berlaku masalah pembelajaran menurut Mercer 1977 secara perubatannya dan berkaitan denang etiologies. Terdapat empat punca iaitu : a) Acquired Trauma : berlaku semasa dalam kandungan (prenatal), semasa kelahiran (perinatal) dan selepas kelahiran (postnatal). Gold dan Sherry (1984) dalam kajiannya menjelaskan bahawa terdapat hubungan korelasi di antara ibu yang mengambil alkohol semasa mengandung dan akan menyebabkan berlakunya learning difficulties kepada anak-anak yang dilahirkan. Colletti (1979) dalam Sujathamalini (2007) mempunyai banyak masalah kelahiran yang dirangsang (induce birth) dan kelahiran forceps. Kemalangan dan jangkitan penyakit yang menyebabkan kerosakan otak. b) Faktor Keturunan : Menurut Hallgren (1950) dalam Sujathamalini (2007) mengkaji tentang 276 kanakkanak Disleksia dengan keluarganya dan didapati permasalahan disebabkan diwarisi daripada keluarga. oleh itu faktor genetik mempunyai pengaruh berlakunya masalah pembelajaran. c) Faktor Persekitaran : Allergic pada sesetengah makanan seperti Natural ataupun Sythetic yang dikenali sebagai Salicylate ialah bahan kimia yang terdapat dalam pewarna dan perisa tiruan. Selain itu, persekitaran yang tidak kondusif akan mewujudkan kesukaran dalam pembelajaran. d) Biochemical Abnormalities : Disebabkan oleh sel-sel. Kekurangan dalam pengeluaran neurotransmitters seperti serotin, dopamine, neropinephrine, acetlycholine dan bahan-bahan kimia sebagai penyebab kesukaran dan kesan pembelajaran serta masalah tingkah laku. 5. Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran menurut Clements (1966) terdapat sepuluh ciri-ciri yang telah dikenalpasti. Menurut Seidenberg (1997) terdapat 9 ciri kanak-kanak learning difficulty iaitu : Hiperaktif : aktiviti motor tidak sesuai dan melampau Attention dificit : task or behaviour that is repeated over and over...(Sujathamalini 2007:9) Motor dificits : masalah ko-ordinasi Perceptual-motor deficit :kesukaran dalam mencantumkan rangsangan penglihatan atau pendengaran dengan tindak balas motor. Language deficits : Lambat dalam pertuturan dan sukar untuk memahami dan merumus bahasa percakapan. Impulsivity : Kekurangan dalam tingkah laku yang reflaktif Cognitif deficits : Kanak-kanak lemah dalam memori dan konsep formation. Orientation deficits : Perkembangan spatial yang lemah atau konsep temporal Specific learning difficulties : menghadapi masalah membaca, menulis dan mengira 8. Strategi meningkatkan kefungsian kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah : Strategi pengajaran : prosedur spectrum ujian yang berbeza, guru yang berbeza untuk menentukan pembelajaran. Pengesanan awal : Ibu bapa, pakar perubatan, guru (saringan penglihatan dan pendengaran ) Intervensi awal : Rancangan pembelajaran individu, penggunaan cermin mata bagi masalah penglihatan refraktif, kaedah pembelajaran Braille, alat bantu dengar (hearing aid) . Kanak-kanak slow learner (lembam) belajar di kelas pemulihan. http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.com/p/kanak-kanak-bermasalah-pembelajaran.html

Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa Kecelaruan pertuturan Kecelaruan bahasa Kecelaruan suara Masalah artikulasi Masalah kelancaran

http://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanak-kanak-berkeperluankhas.html

Thursday, April 8, 2010 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS DEFINISI Maksud definisi menurut kamus dewan edisi ke 3 ialah kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa dan lain-lain takrif. Dalam topik ini akan membincangkan definisi kanak-kanak berkeperluan khas dan definisi masalah bahasa dan komunikasi. Kanak-kanak berkeperluan khas Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal. Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku

sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal. McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku. Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di bawah; "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs." Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan kanak-kanak itu dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka: 1. mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanak sebaya dengannya, 2. mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya. 3. Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori (2) di atas. Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).

Kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya (Mahmood Nazar, 2000). Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak biasa. Masalah bahasa dan komunikasi Masalah bahasa ialah kelemahan lisan dan tulisan. Ia juga melibatkan kelemahan dalam bentuk bahasa, kandungan bahasa dan pragmatik bahasa. Komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain.Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Komunikasi normal biasanya bergantung kepada pertuturan dan bahasa. Pertuturan ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. Bahasa pula merupakan apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam pemikiran bentuk simbolik seperti perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan. Masalah komunikasi mungkin berpunca dariada masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun keduanya sekali. Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan atau dihasilkan oleh alat-alat artikulasi dan dapat diungkapkan dengan sempurna. Ia berlaku pada peringkat penglahiran atau produktif level. Ia berlaku setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang diperdengarkan. Individu lebih banyak bertutur melalui pengalaman daripada kecergasan otak Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Namun begitu, murid berkeperluan khas mengalami masalah bahasa. Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang lain yang mendengar. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti sumbing, palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran. Antara ciri-ciri kecacatan ini ialah :

1. Lewat dalam kemampuan mengeluarkan bunyi da menggunakan bunyi dalam perkataan disebabkan masalah artikulasi ataupun fonologi. 2. Mempunyai suara yang kasar. 3. Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap. 4. Bunyi sengaun ataupun bunyi dengungan walaupun kanak-kanak tidak menghadapi penyakit lain. 5. Gagap iaitu kanak-kanak mengulang perkataan yang sama beberapa kali. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak mampu menyatakan keperluan, kehendak dan perassan mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksi mereka dengan orang lain. Apabila orang sekeliling tidak tidak memahami apa yang mereka sampaikan, mereka akan merasa kecewa seterusnya menunjukkan tingkah laku yang agresif. Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan mengalami masalah dalam bersosial kerana diabaikan rakan-rakan yang lain kerana tidak faham apa yang mereka tuturkan. Keadaan ini seterusnya membuatkan perkembangan bahasa kanak-kanak lambat terutamanya dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berinteraksi terhad. Masalah perkembangan bahasa pula mungkin terjadi dalam bahasa reseptif iaitu kemampuan memahami dan mengingat apa yang dikatakan oleh orang lain atau dalam bahasa ekspresif iaitu kemampuan untuk menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol. Masalah dalam aspek bahasa terbahagi kepada dua iaitu : 1. Perkembangan lambat: melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek bahasa seperti pembentukan perkataan, ayat dan perbualan. Keadaan persekitaran rumah yang tidak menyumbang kepada masalah perkembangan bahasa meruapakan salah satu faktor lewat perkembangan bahasa. 2. Kecacatan bahasa. Ia dapat dikesan semasa aktivti pengajaran dijalankan. Kanak-kank ini dapat dikesan dengan tanda-tanda seperti ayat yang digunakan tidak berkaitan dengan perbualan misalnya memberi jawapan yang tidak sesuai dengan soalan. Mereka juga tidak menggunakan tatabahasa yang tidak tepat, sukar mengingat sesuatu nama dan percakapan mereka terganggu kerana tidak mengetahui perkataan untuk disebut. BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Terdapat 4 kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan, bermasalah pembelajaran dan pelajar berbakat atau pintar cerdas. i) Bermasalah pendengaran

Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannya tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Murid yang mengalami masalah ini perkembangan pertuturan dan bahasanya akan terganggu dan lambat. Kanak-kanak tidak langsung dapat mendengar pula akan juga tidak dapat bercakap (bisu). Mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas ( Bee H. 1995). Menurut International Encylopedia Volume 5 (1975) , cacat pendengaran bermakna kehilangan atau kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau kedua-keduanya kekurangan atau kehilangan daya pendengaran. ii) Bermasalah penglihatan Kanak-kanak bermasalah penglihatan dikategorikan kepada dua iaitu buta yang langsung tidak dapat melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan. Kanak-kanak ini belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, menghidu dan merasa. Mereka menggunakan tulisan Braille untuk membaca dan tongkot untuk bergerak ke sesuatu tempat. Dapat disimpulkan bahawa: Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanakkanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka(Barrage 1992) iii) Bermasalah pembelajaran Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang tekah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kanak-kanak ini mengalami masalah seperti berikut: lambat untuk menguasai kemahiran berkomunikasi lambat berkembang persepsi pendengaran dan penglihatan menghadapi kesukaran untuk membaca, mengeja, menulis dan mengira. Kanak-kanak ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada masyarakat terhadap masalah yan mereka hadapi supaya dapat menjalani kehidupan seharian bersama orang lain. iv) Pintar cerdas

Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, kanak-kanak pintar cerdas ialah kanak-kanak yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan boleh menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat daripada pelajar normal. Kanak-kanak ini dianggap mempunyai kebolehan luar biasa. Dalam topik ini akan membincangkan mengenai dua kategori kanak-kanak berkeperluan khas di bawah masalah pembelajaran iaitu kanak-kanak yang mengalami sindrom down dan juga lembam. Antara yang akan dibincangkan termasuklah punca berlaku sindrom down dan lembam, ciri-ciri yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini, masalah bahasa dan komunikasi, masalah lain yang dihadapi mereka dan lain-lain lagi. Sindrom down Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit. Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down iaitu orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866. Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Berdasarkan kajian, risiko melahirkan anak sindrom down menjadi tinggi dilahirkan oleh ibu yang berumur 35 tahun ke atas. Sindrom Down berlaku adalah disebabkan oleh keadaan kromosom yang abnormal. Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 terdapat dalam setiap satu sel yang biasanya hanya mempunnyai dua salinan. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak sindrom down dapat dikesan sejak lahir kerana ciri-ciri fizikal mereka jelas menunjukkan kategori ini. Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas, belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk muka leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan, bentuk leher lebih pendek dan lain-lain lagi. Biasanya kanak-kanak ini cenderung menjadi gemuk dan lebih rendah berbanding rakan sebaya mereka. Dari segi emosi, kanak-kanak ini mengalami terencat akal sama ada ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak sindrom down ringan masih boleh dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mereka juga mempunyai masalah pendengaran. Kanak-kanak sindrom down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005). Masalah bahasa kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak SD menghadapi masalah memproses dan mengingati maklumat verbal. Pada hakikatnya, kebolehan belajar untuk berkomunikasi menggunakan bahasa mempunyai impak terhadap perkembangan kanakkanak termasuklah perkembangan sosial dan emosi, serta kebolehan kognitif. Kita menggunakan kata untuk

membina pengetahuan, berfikir, menaakul, mengingati, dan berkomunikasi dengan dunia di sekitar kita. Terdapat dua jenis pemerolehan bahasa, iaitu pertama, menggunakan kata (bahasa ekspresif) dan kedua, memahami kata (bahasa reseptif). Kajian ini mendapati kanak-kanak Sindrom Down merupakan pelajar visual (lihat) daripada pelajar auditori (dengar). Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa perkembangan kemahiran bahasa verbal disokong oleh penggunaan bahasa bukan verbal seperti gerak badan, bahasa isyarat, tanda, gambar postur dan sebagainya supaya dapat memperkembang bahasa kanak-kanak tersebut.

Lembam (Slow Learner) Brennan (1974) mendefinisikan murid lembam sebagai murid yang gagal melaksanakan kerja normal sekolah seperti kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dikatakan disebabkan oleh kecacatan. Murid lembam selalunya kurang aktif dan kurang berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran di dalam bilik darjah. Jamila (2005) menyatakan kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan permasalahan mereka dapat dikesan. Kanak - kanak ini tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas atau kurikulum atau belajar di sekolah biasa. Mereka ini terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah. Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaan intelektual kanakkanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila 2005).

Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.

Ciriciri kanak kanak lembam adalah pencapaian pelajaran atau akedemik berbeza. Kanak-kanak ini pendiam, tidak aktif dan tidak banyak cakap dan sukar menerima arahan. Mereka tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa. Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat dan salah dan selalu bertukar-tukar huruf. Ketika membaca dan menulis, mereka akan meninggalkan huruf,sukukata atau perkataan dan kerap melakukan kesalahan dalam ejaan dan tanda bacaan. Tulisan kanak-kanak lembam selalunya buruk dan sukar dibaca apabila mereka menulis tanpa ketetapan sama ada menaik dan menurun, menulis huruf terbalik atau turutan dan arah yang salah. Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat. Punca berlakunya masalah pembelajaran. Punca ini boleh pdibahagikan kepada dua kategori iaitu punca biologi yang merangkumi faktor-faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran , lembam lapisan otak dan sawan yang berpanjangan disfungsi urat saraf. kandungan plumbum yang tinggi dalam darah seseorang kanak -kanak wujudnya masalah pembelajaran. Kedua ialah punca psikososial Pengaruh sekitaran yang tidak sihat kurang rangsangan dan kurang perhatian ibu bapa kepada kanak-kanak dan juga kemiskinan hidup Masalah bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran Dari segi fonologi, kanak-kanak bermasalah bahasa ini mengalami masalah untuk mengeluarkan kata. Menghadapi masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang tidak normal. Juga mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Menggunakan bacaan bibir untuk memahami pertuturan . Bagi morfologi, mereka tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam pertuturan seharian mereka. Mereka mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata. Selain itu, menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana penambahan purata panjang ujarannya amat lemah. Mereka juga mengalami masalah kelewatan di dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul. Dalam sintaksis, kanak-kanak bermasalah pembelajaran gagal memberitahu maklumat yang dikehendaki. Mereka jarang sekali bertanya atau meminta penjelasan yang lebih lanjut sekiranya tidak memhami sesuatu. Mereka lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri di dalam perbualan.

Dari segi sematik, kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut kategori, kuantiti, ruang, dan masa yang diajarkan kepada ereka. Oleh sebab itu mereka mengambll masa yang panjang untuk memahami sesuatu makna. Mreka juga mempunyai masalah kekurangan perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif. Dalam bidang pragmatik pula, mereka menghadapi kesukaran dalam menentukan giliran di dalam perbualan mereka. Oleh sebab itu, mereka akan bercakap bila-bila masa sahaja tanpa menunggu giliran mereka untuk bercakap.

KAEDAH INTERVENSI Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka. Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004). Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya. Oleh itu guru perlu bijak menyusun teknik dan strategi untuk membentuk tingkah laku positif dari murid-murid berkeperluan khas ini.

Dari aspek bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari segi fonologi, langkah intervensi yang boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi pertuturan seperti meniup belon, meniup ke dalam air dengan menggunakan straw, menjilat lolipop menggunakan lidah, menjilat ais krim serta pernafasan iaitu dengan menahan nafas di dalam air. Teknik ini secara tidak langsung sebagai senaman untuk menguatkan otot mulut. Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira kecerdasan dan masalah tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu perkembangan bahasa kanak-kanak yang lambat adalah dengan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai. Antara kaedah intervensi untuk morfologi adalah: 1. Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komersil yang digunakan untuk memperkayakan perkembangan pembentukan kata. 2. Kaedah reformulate. Contohnya, guru memperkenalkan murid dengan perkataan kadang-kadang, semalam, esok dan sekarang mengikut situasi dan konteks yang betul supaya murid boleh menceritakan sesuatu berdasarkanmasa. 3. Latihan penggunaaan imbuhan awalan dan akhiran juga diberi penekanan agar murid dapat menggunakan penambahan imbuhan tersebut mengikut konteks ayat yang betul. Contoh: imbuhan mem dan an. Saya membeli makanan ... Saya membeli makanan di kantin. Dari segi sintaksis pula intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan melakukan perubahan daripada belajar secara individu kepada pembelajaran kumpulan. Fokus pengajaran di sini guru perlulah melebihkan tumpuan kepada aspek pembinaan perkataan, membaca dan menulis ayat yang mudah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru kepada murid-murid ini adalah dengan penggunaan perkataan di dalam permainan bahasa. Bagi semantik pula, langkah intervensi yang perlu diambil ialah dengan memberi penekanan kepada aspek kofnitif, linguistik, logik, persekitaran dan motivasi kepada murid. Aktiviti yang membantu ialah mengajar perkataan di dalam pertuturan dialek harian serta bahasa kiasan yang sering digunakan kerana perkataan tersebut tidak ditemui di dalam kamus. Intervensi yang boleh dijalankan untuk komponen pragmatik ialah dengan menjalankan penilaian dan pemulihan khusus. Pemulihan yang dijalankan merangkumi aspek tingkah laku, psikolonguistik dan interaksi sosial untuk menggalakkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan penggunaan konteks bahasa yang betul. Contoh: latihan komunikasi melalui aktiviti lakonan. Latihan teknik penyoalan perlu ditekan untuk membimbing murid mengemukakan dan memahami soalan apabila diterangkan oleh guru. Antara kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan murid ialah mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang telah dikenal pasti. Perbualan secara terpimpin, dialog dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar bercakap tanpa perasaan malu, takut, dan bosan. Guru juga boleh mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta oleh murid sendiri. Guru dan murid boleh membincangkan berita dan

peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah diperlihatkan. Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan. Ini amat penting untuk pelarasan bagi membolehkan seseorang menulis. Kanak-kanak sewaktu berumur dua tahun telah boleh menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng dan membuat gambar mengikut tanggapan mereka. Latihan peringkat rendah menekankan aktiviti seperti melakukan latihan pergerakan tangan. Kemudian meggalakkan murid menguasai gerak tangan yang bebas suapaya mereka boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSR, kemahiran menulis merupakan objektif untuk melihat keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan kepada setiap murid. Hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan membuat ulasan. Latihan atau aktiviti yang boleh dilakukan untuk kemahiran menulis ini ialah aktiviti seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf. Latihan menulis ini dikenali sebagai kemahiran menulis secara mekani kemahiran ini perlu dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca oleh orang lain. Ini dapat membantu murid menguasai kemahiran selanjutnya. RUMUSAN Terdapat banyak kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan kanak-kanak berkeperluan khas sememangnya menghadapi masalah dalam bahasa dan komunikasi disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran. Kekurangan yang terdapat pada diri mereka mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari bahasa dan berkomunikasi berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Bagi kanak-kanak Sindrom Down, ciri- ciri fizikal yang dihadapi tidak boleh diubah lagi namun masalah pembelajaran yang dihadapi masih boleh dibaiki. Ciri-ciri fizikal yang dialami disebabkan oleh faktor genetik iaitu mempunyai tiga pasang kromosom pada pasangan kormosom ke 21. Ini memberikan ciri-ciri yang telah dibincangkan di atas tadi seperti bertubuh pendek, kepala kecil, mata sepet dan lain-lain lagi.

Bagi masalah lembam pula terjadi disebabkan faktor baka dan juga persekitran. Baka yang diperoleh dari keturunan yang mempunyai masalah lembam akan diperturunkan kepada anak-anak. Faktor persekitaran pula memberi kesan kepada kanak-kanak menjadi lembam kerana tidak ada perhatian dan komunikasi daripada ibu bapa menyebabkan anak kurang terdedah dengan perkataan dan interaksi dengan orang lain. Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini bukanlah untuk menjadikan mereka bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi pendidikan yang diberikan adalah untuk memastikan kanak-kanak ini boleh menguruskan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Pendidikan ini bukan hanya terletak di bahu guru-guru pendidikan khas malah sepatut semua pihak perlu memberi sumbangan dan galakan kepada kanak-kanak istimewa ini. Posted by SiTi HaJaR JaMaLuDiN at 2:43 AM http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-bahasa-dan-komunikasi.html Rabu, 15 April 2009 MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI TAJUK 2 MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Masalah Bahasa Definisi bahasa yang telah dibincangkan dalam tajuk 1 dengan jelas menyatakan bahawa bahasa adalah merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai; adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak upaya mengikut arahan. The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) telah memberikan definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti berikut; Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya), atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik).

Bentuk bahasa a. Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi bunyi. b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem). c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat tersebut. Kandungan Bahasa a. Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan, kehendak, dan makna perkataan dan ayat. Fungsi Bahasa a. Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau percakapan. Berdasarkan definisi masalah bahasa di atas, masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut; i. Fonologi Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk mama, blink untuk drink. ii. Morfologi Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tenses yang salah (bahasa Inggeris). iii. Sintaksis Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks. iv. Semantik Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami makna perkataan. v. Pragmatik Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.

Apakah masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran? Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa yang serius. Masalah bahasa yang mereka hadapi lebih tertumpu kepada ketidakupayaan memperoleh dan menguasai bahasa penerimaan yang tepat, ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan menguasai serta melahirkan bahasa pelahiran. Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara khusus adalah seperti berikut: i. mengingat kembali perkataan ii. menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak iii. memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna iv. menggunakan ayat yang betul dan lengkap v. meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami vi. menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis vii. memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain viii. mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbeza 2.1.2 Intervensi Pengajaran Bahasa Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanakkanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut: i. Ajar bahasa di dalam situasi Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun. ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka. iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya. iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan. v. Terangkan apa yang orang lain lakukan Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita. vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan

sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa. Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar. Latihan 2.3 Apakah yang dimaksudkan dengan intervensi awal? Apakah bentuk intervensi awal yang boleh dilakjukan untk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah bahasa. 2.2 Masalah Pertuturan Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fikiran. 2.2.1 Unsur-unsur pertuturan Pertuturan mempunyai empat unsur, iaitu suara, bunyi atau talun (resonance), artikulasi, dan kelancaran. a. Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu (1) pic (pitch) yang merujuk kepada tinggi rendah nada suara, (2) kekuatan, atau kenyaringan suara, dan (3) kualiti suara. b. Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya dianggap sebagai sebahagian daripada suara. Ada individu yang mempunyai suara yang kuat dan ada pula yang suaranya lemah atau pun terlalu nyaring. c. Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan pergerakan lidah untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. d. Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat yang boleh mengganggu komunikasi. 2.2.2 Kategori masalah pertuturan Apakah yang dikatakan pertuturan normal? Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa melalui mulut, dilafazkan dengan baik, mempunyai kualiti semula jadi, rentak dan kadar yang baik, dan mempunyai perbendaharaan kata yang mencukupi sesuai dengan peringkat umur. Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah artikulasi, masalah suara, dan masalah kelancaran. i. Masalah artikulasi Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut: penggantian

pengguguran pengubahan, dan penambahan Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya malan untuk makan wabbit untuk rabbit. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang. Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya idung untuk hidung, besa untuk besar, dan lain-lain. Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan sip disebut shlip. Sekiranya untuk perkataan susah, konsonan s disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya sssyusyah Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti bawa disebut bawah atau bawuah, animal disebut ammanimal atau ammaminal. a) Punca masalah artikulasi Masalah artikulasi boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang menyebabkan gangguan artikulasi. Di antaranya adalah seperti sumbing bibir atau sumbing lelangit, kecacatan lidah, penyakit ataupun kecacatan pada hidung atau tekak, kelumpuhan otak, peniruan pertuturan yang salah ketika mula belajar bercakap sewaktu kanak-kanak, dan juga faktor persekitaran. Sumbing, iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut, tisu lembut, dan struktur bahagian atas bibir yang mengganggu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau. Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage) yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-kanak akan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul. Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan orang dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi memudahkan mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut perkataan dengan pelat, misalnya nacik untuk nasi, be ak untuk berak dan sebagainya. Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah menyebut perkataan dengan betul. Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak misalnya persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap, menggunakan dua atau lebih bahasa , tekanan emosi, atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa bimbingan orang dewasa sebagai model.. b) Strategi Intervensi Masalah Artikulasi Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu kanaka-kanak yang menghadapi masalah artikulasi sebelum masalah itu berlarutan dan memberi kesan yang negatif kepada kanak-kanak tersebut. Di antaranya adalah seperti terapi pertuturan, pendekatan interaktif, dan komunikasi tambahan (augmented communication). Terapi Pertuturan Ahli terapi pertuturan akan menjalankan terapi bersama kanak-kanak secara individu, dalam kumpulan kecil, atau secara terus di dalam kelas untuk mengatasi masalah pertuturan kanak-kanak. Di antara strategi yang digunakan

adalah: aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atau peristiwa yang berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak . Ahli terapi juga akan menunjukkan cara penyebutan yang betul dan menggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur dan juga bahasa. Terapi artikulasi (alat pertuturan), iaitu melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi, dan latihan-latihan melalui tunjuk cara penyebutan yang betul kepada kanak-kanak. Terapi ini dilaksanakan melalui aktiviti permainan. Misalnya ahli terapi akan menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf, misalnya r . Selain itu dia juga akan menunjukkan cara bagaimana lidah perlu digerakkan untuk menghasilkan bunyi r sebut. Pendekatan Interaktif Melalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa, guru pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula jadi kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan, merancang untuk lakukan, ataupun perkara yang dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan semasa kanak-kanak sedang bermain, makan, atau semasa pergi ke restoran dengan menggunakan bahasa dan sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan pendekatan ini adalah untuk merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak. Justeru, sebutan mereka akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi perbendaharaan kata mereka. Komunikasi Tambahan Ada kalanya terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah pertuturan yang serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu, komunikasi tambahan diperkenalkan kepada kanak-kanak ini. Satu bentuk komunikasi tambahan adalah bahasa isyarat kod tangan yang biasanya digunakan oleh golongan masalah pendengaran. ii. Masalah suara Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara berbeza dari segi nada, kualiti suara, dan punca suara dihasilkan. Suara kurang menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau garau (hoarseness), dan berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang berkesan. Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar melalui rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap. Keadaan ini menjadikan suara sengau atau seperti hidung tersumbat . Oleh itu kanak-kanak sumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau kecuali bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan n, m, dan ng . Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat sementara dan akan pulih apabila tekak diubati dan kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan. Guru akan dapat mengenal pasti pelajarnya yang menghadapi masalah suara berdasarkan petunjuk-petunjuk berikut: i. suara sengau ii. suara orang yang sesak nafas iii. suara berbunyi kasar atau suara seperti orang menarik nafas sambil bercakap iv. suara sangat perlahan v. bercakap seperti berlagu vi. bercakap senada (monotone voice) vii. pic (pitch) suara biasanya tinggi atau rendah

viii. corak penekanan perkataan dalam ayat yang berlainan daripada biasa, dan ix. bersusah payah menyebut perkataan ( cth: mengejip mata, muka berkerut, menggenggam tangan, dsb) Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah suara, mereka boleh dipulihkan melalui intervensi terapi pertuturan seperti yang dibincangkan sebelum ini.

You might also like