Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

1.0

PENGENALAN

Keselamatan sekolah adalah satu isu penting dalam pengurusan sekolah kerana ia boleh mencegah kemalangan di kawasan sekolah, mencegah kebakaran, menghindari jenayah dan gangguan, mengawal salah laku murid, dan mengurangkan liabiliti sekolah terhadap tindakan saman dan tuntutan ganti rugi yang mungkin berlaku. Namun begitu usaha ini bukanlah terletak dibahu sekolah semata-mata. Ia lebih kepada satu usaha bersepadu dan berterusan membabitkan seluruh tenaga di sekolah dan masyarakat sekeliling.

Sekolah yang selamat ialah tempat murid-murid dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. (Ronald D. Stephens 1996). Howard (1981) juga menggariskan 6 faktor utama yang menentukan iklim sesebuah sekolah iaitu kepemimpinan, disiplin, keselamatan, ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum.

Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan. (Dick Young, 1999)

Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan setiap peraturan, undang-undang atau disiplin sekolah dipatuhi oleh semua pihak dengan jayanya.

Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Bagi masyarakat di luar sekolah, disiplin adalah asas penting bagi membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara.

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para murid. Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Sekolah yang selamat untuk menuntut ilmu akan mempunyai disiplin diri murid yang tinggi.

Namun pada masa yang sama terdapat sebilangan sekolah yang cuai dalam mengurus keselamatan sekolah sehingga boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan serius kepada warga sekolahnya. Sebagai contoh berkaitan dengan kes arwah Muhammad Fakhrul Amin Abdul Rahman (gambar kecil), 11 tahun iaitu murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa 2 yang maut selepas cedera parah di bahagian kepala akibat dihempap tiang gol ketika bermain bola sepak sekitar jam 6 petang setelah mengalami pendarahan teruk selain retak tempurung kepala.

Rajah 1.1: Mangsa Kemalangan Di Sekolah Akibat Tiadanya Prosedur Keselamatan

Kemalangan seperti ini bukan sahaja sekali berlaku tetapi telah berulang-ulang dan hal ini memperlihatkan polisi kerajaan yang tidak sungguh-sungguh dalam menangani isu-isu keselamatan yang semakin meningkat di sekolah-sekolah jelas menuju ke jalan buntu walaupun pelbagai usaha dan tenaga dicurahkan. Berikut adalah kronologi murid yang maut dihempap tiang gol di sekolah. Kronologi maut dihempap tiang gol:

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

7 Mac 2000 KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mati selepas dihempap tiang gol yang diperbuat daripada besi sewaktu bermain di padang sekolahnya.

30 Januari 2008 SUNGAI PETANI: Seorang murid tahun empat maut selepas dihempap tiang gol ketika bermain di tepi padang Sekolah Kebangsaan Taman Sri Wang (SKTSW) selepas waktu persekolahan sementara menunggu kedatangan bapanya.

4 November 2010 KEPALA BATAS: Seorang murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Kepala Batas di sini, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat cedera parah selepas dihempap tiang gol di padang sekolahnya.

Oleh itu, untuk mengelakkan keadaan ini daripada terus berlaku, pihak sekolah perlu memahami konsep sekolah selamat bagi memudahkan sebarang rang undang-undang, prosedur atau peraturan dirangka demi menjamin keselamatan seluruh warga sekolah.

Dalam tugasan ini, keselamatan sekolah lebih memfokuskan kepada keselamatan penggunaan peralatan dan bangunan fizikal infrastruktur dan konsepnya digambarkan seperti dalam rajah 1.2 berikut.

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

SEKOLAH SELAMAT

Mengurangkan Kemalangan

BANGUNAN FIZIKAL SEKOLAH Stor Sukan, Kantin, Dewan, Bilik Komputer

PENGURUSAN

PROSEDUR KESELAMATAN

PENGGUNAAN AM

PENGGUNAAN MURID

PENGGUNAAN GURU

Kepatuhan Semua Warga

Rajah 1.2: Konsep Keselamatan Penggunaan Di Sekolah

Perbincangan

selanjutnya

akan

memperihalkan

tentang

prosedur

keselamatan

penggunaan di sekolah yang tertumpu pada stor sukan, kantin, dewan dan bilik komputer.

2.0

PROSEDUR MENGENAI TATACARA KESELAMATAN DI SEKOLAH

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, tatacara didefinisikan sebagai adat istiadat, adat resam, cara dan peraturan atau pembentukan istilah manakala keselamatan pula adalah perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. Maksud keseluruhan tatacara keselamatan di sekolah ialah suatu

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

peraturan yang boleh menjadikan warga sekolah selamat, aman dan sejahtera dalam menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah tanpa sebarang gangguan.

Dalam menentukan keberkesanan keselamatan, tatacara ini perlu dirangka dan dipersetujui oleh pihak sekolah serta PIBG dan dikendalikan bersama oleh pihak pengurusan sekolah yang telah dipertanggungjawabkan seperti yang dinyatakan oleh Howard (1981), kawalan terhadap bangunan melibatkan tindakan-tindakan mengawal pergerakan pelajar di antara bangunan, melakukan penyeliaan berterusan, dan menyediakan sistem kawalan terhadap khabar angin dalam kawasan sekolah..

2.1

STOR SUKAN

Stor sukan merupakan salah satu daripada bangunan fizikal yang terpenting di sekolah di mana ia menjadi tempat untuk menyimpan barang-barang seperti peralatan atau perkakasan sukan, stok bekalan sukan dan menjadi nadi kepada perkembangan pendidikan Jasmani dan kesihatan muridmurid. Di dalam stor sukan ini, terdapat pelbagai peralatan sukan yang secara fizikalnya adalah berat, tajam serta merbahaya seperti lembing, peluru besi, panah dan sebagainya yang boleh mengakibatkan kemalangan atau kecedaraan. Bagi mengawal tahap keselamatan penggunaan peralatan sukan serta aliran keluar masuk, semua pihak harus bertanggungjawab dalam menjaga amanah ini. Ini telah dinyatakan di dalam beberapa dokumen polisi seperti:

i.

Surat Pekeliling Khtisas Bil: 25/1998 Dan BIL: 3/1979 Pendidikan Jasmani

ii.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 25/1998 Perlaksanaan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.

iii.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 Dan BIL: 1/1995 Panduan Keselamatan Diri Murid Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Dan Di Luar Kawasan Sekolah.

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

Oleh itu, ianya memerlukan kawalan, pemantauan dan tatacara keselamatan terhadap penggunaan stor sukan dan semestinya dipatuhi oleh semua pihak bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang permasalahan yang tidak diingini berlaku kelak. Dalam prosedur keselamatan stor sukan ini, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu langkah-langkah keselamatan di stor sukan dan penggunaan peralatan sukan dari stor sukan.

2.1.1 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI STOR SUKAN Tatacara Penggunaan Am Sentiasa menjaga kebersihan stor. Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan peralatan sukan. Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan. Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan. Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan. Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan. Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk alat-alat sukan. Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja. Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki. Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat. Memasdtikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan selamat.

Tatacara Penggunaan Murid Dilarang masuk ke dalam stor sukan.

Tatacara Penggunaan Guru Menjaga kebersihan stor sukan. Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci. Memadamkan suis apabila keluar dari stor. Mempunyai pelan keselamatan.

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk. Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan. Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.

2.1.2 LANGKAH-LANGKAH SUKAN Tatacara Penggunaan Am

KESELAMATAN

PENGGUNAAN

PERALATAN

Peralatan sukan mestilah mempunyai jaminan Peralatan sukan mestilah mempunyai kelulusan piawai dan pengiktirafan daripada undang-undang persatuan sukan. Peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Tatacara Penggunaan Murid Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan kepada alatan yang digunakan. Sentiasa berwaspada meenggnakan peratan. Mengetahui tatacara penggunaan peralatan dengan betul.

Tatacara Penggunaan Guru Memastikan peralatan sukan mempunyai jaminan. Memastikan peralatan yang sudah tamat tarikh luput dihapuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. Mengambil tindakan segera atas laporan kerosakan peralatan yang berlaku. Memberi taklimat tatacara penggunaan peralatan yang betul.

2.2

KANTIN

Kantin sekolah merupakan suatu tempat yang penting dalam mewujudkan berbagai-bagai pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi membina pengetahuan, sikap dan

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

amalan di kalangan generasi muda terhadap makanan dan pemakanan, kebersihan dan keselamatan makanan serta tabiat-tabiat sosial seperti beratur untuk diberi layanan, bersopan santun dan amalan-amalan disiplin yang lain. Di samping itu, kantin sekolah juga merupakan satu tempat berlakunya berbagai-bagai jenis interaksi dan aktiviti-aktiviti sama ada di kalangan murid-murid, guru-guru dan pekerja-pekerja sekolah dalam pelbagai aspek. Dalam definisi umum, kantin ini dikenali sebagai tempat murid-murid makan dan minum dengan selesa semasa rehat dan bagi sesetengah sekolah ia dijadikan tempat menunggu untuk murid-murid yang pulang lewat dan ke sekolah.

Oleh kerana kantin ini merupakan tempat kunjungan ramai yang terdiri daripada murid, guru, ibu bapa, penjaga mahu pun orang luar yang terlibat dengan urusan sekolah, sudah tentulah aspek keselamatan di kawasan ini perlu diberi perhatian dan penekanan melalui system pengurusan pemantauan dan beberapa prosedur mengenai tatacara keselamatan.

Pihak sekolah seharusnya perlu membuat satu sistem pengurusan pemantauan dan kawalan keselamatan keseluruhannya terhadap kantin ini. Ini termasuklah: i. ii. Menyediakan warga sekolah yang perihatin dengan keselamatan kantin. Bebas dari penyakit serta mengutamakan kebersihan dalam segenap aspek kehidupan. Menyediakan panduan kepada warga sekolah bagi setiap tindakan yang perlu diambil untuk menjamin keselamatan dewan makan dan kantin. iii. Meningkatkan kefahaman mengenai kebersihan dan kesihatan dalam

menjalanikehidupan di sekolah dengan lebih selesa, tenang dan damai. iv. v. Memastikan kesihatan warga sekolah terjamin selamat daripada sebarang penyakit. Mempraktikkan amalan kebersihan dalam semua aspek kehidupan.

Tatacara Penggunaan Am Pastikan persekitaran kantin sentiasa bersih, kemas, ceria dan lantai yang tidak licin. Pastikan peralatan makan dan minum sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Masa membeli makanan dan minuman hanya pada waktu kantin beroperasi sahaja.

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

Sentiasa beratur ketika hendak membeli makanan dan minuman. Pastikan pengguna makan dan minum di tempat yang disediakan. Kebersihan meja dan lantai kantin perlu dijaga sepanjang masa. Pinggan, mangkuk, sudu, garpu atau gelas yang telah selesai digunakan hendaklah diletakkan dengan baik ke dalam bekas yang disediakan. Jangan sekali-kali membuang sisa makanan, sampah atau bahan-bahan pembungkus makanan di atas lantai kantin atau mana-mana kawasan bangunan kantin. Gunakan tong sampah yang disediakan. Apabila berlaku sebarang kecemasan, pastikan pengguna keluar mengikut arahan pelan kecemasan yang disediakan.

Tatacara Penggunaan Murid Mematuhi peraturan am di kawasan kantin sekolah. Murid tidak dibenarkan berlari dan berkejar-kejaran dalam dan di luar kantin. Semua murid tidak dibenarkan untuk membeli makanan atau minuman pada waktu pembelajaran, kelas persediaan atau sewaktu pertukaran mata pelajaran. Semua murid dikehendaki untuk beratur dengan baik, tidak membuat bising, dan bersopan ketika membeli dan menikmati makanan atau minuman. Semua murid tidak boleh berebut semasa membeli makanan atau minuman di kantin. Murid-murid dilarang keras masuk ke bahagian dalam kantin. Pastikan makanan panas seperti sup, mee sup dan minuman panas yang dibeli hendaklah dihantar oleh petugas kantin kepada murid-murid dan diletakkan ditempat makan yang disediakan. Memastikan makanan dan minuman yang dimakan tidak basi dan segar ketika dimakan. Pastikan tiada telur lalat, kulat, semut atau serangga lain berada di dalam makanan dan minuman yang dibeli.

Tatacara Penggunaan Guru Guru bebas membeli makanan dan minuman pada bila-bila masa kecuali ketika sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan.

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

Pastikan semua peralatan makanan dan minuman yang digunakan adalah selamat, selesa dan sesuai digunakan mengikut kesesuaian jenis makanan dan minuman. Guru perlu duduk untuk makan dan minum di tempat yang dikhaskan untuk guru-guru. Sentiasa memerhatikan makanan dan minuman yang dibeli bebas daripada sebarang pencemaran bakteria atau serangga. Semua guru bertanggung jawab mengawal aliran pergerakan murid dalam keadaan selamat. Memeriksa kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang dijual, harga, perabot kantin, sinki, longkang, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan. Guru mengambil tindakan sewajarnya atas sebarang aduan warga sekolah dan membuat laporan mingguan.

2.3

DEWAN

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, dewan membawa maksud kepada balai atau ruang tempat diadakan majlis-majlis forum. Dalam konteks ini, dewan sekolah adalah merupakan ruang tempat untuk menjalani sebarang aktiviti kegiatan atau majlis sekolah seperti pusat peperiksaan, perhimpunan, permainan, majlis pertandingan dan sebagainya.

Oleh itu, demi keselesaan para pengguna, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan. Disebabkan kepelbagaian kemudahan dan fungsi tersebut, maka tidak hairanlah sekiranya dewan sekolah mempunyai banyak kerosakan sehingga boleh menjejaskan keselamatan murid ketika menggunakannya. Di antaranya adalah seperti keretakan pada lantai dewan, kaki bangku dan meja patah dan sebagainya. Demi mengekalkan keadaan kemudahan fizikal yang baik dan terpelihara, satu prosedur mengenai tatacara kepenggunaan keselamatan dewn ini telah dirangka.

Tatacara Penggunaan Am Penggunaan dewan mesti mendapat kelulusan melalui tempahan awal.

10

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

Penggunaan dewan hendaklah digunakan hanya pada waktu operasi yang telah ditetapkan. Jaga tatatertib dan beratur mengikut kelas ketika masuk atau keluar dewan. Jaga kebersihan dan dilarang membawa makanan atau minuman. Pastikan lampu dan kipas dipadamkan selepas selesai menggunakan dewan. Pastikan keadaan dewan berada dalam keadaan baik dan selamat selepas digunakan Kemudahan bangku dan meja mestilah disusun di bahagian tepi sebelum dan selepas aktiviti permainan dijalankan. Apabila berlaku sebarang kecemasan, pastikan pengguna keluar mengikut arahan pelan kecemasan yang disediakan.

Tatacara Penggunaan Murid Murid-murid adalah dilarang menggunakan dewan tanpa kebenaran daripada guru bertugas. Murid-murid adalah dilarang membuang sampah sarap atau sisa makanan sesuka hati di kawasan luar atau dalam dewan. Murid-murid adalah dilarang menggunakan sebarang kemudahan dewan seperti bangku dan meja untuk tujuan permainan dan pergaduhan. Murid-murid perlu membuat aduan kepada guru bertugas jika terdapat sebarang kerosakan kemudahan asas dewan.

Tatacara Penggunaan Guru Setiap peralatan atau kemudahan di dewan yang hendak dipinjam perlulah diisi dalam Buku Log Peminjaman Peralatan Dewan dan mendapat pengesahan daripada pihak pengurusan dewan. Guru perlu bertanggungjawab bersama-sama menjaga amanah kemudahan dan keselamatan dewan. Setiap guru yang menggunakan dewan perlu mengisi maklumat penggunaan pada buku log penggunaan dewan.

11

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

Guru bertugas perlu membuat laporan setiap minggu tentang perkembangan penggunaan dewan dan perlu mengadukan sebarang kerosakan pada jawatankuasa dewan. Guru perlu membuat semakan dua minggu sekali pada inventori kemudahan asas dewan bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku akibat kecuaian pada kerosakan harta benda.

2.4

BILIK KOMPUTER

Bilik komputer adalah merupakan pusat pembelajaran berkomputer di sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan komputer, pemancar LCD, mesin pencetak dan pelayar internet. Kemudahan yang disediakan ini adalah umtuk memberikan pendedahan awal teknologi pengkomputeran kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah. Tanpa disedari, tempat ini adalah sangat merbahaya kepada murid-murid kerana ia melibatkan pendawaian elektrik yang boleh mencetuskan sebarang kes kemalangan atau kecemasan. Oleh itu, susun atur peralatan set-set komputer perlu mengikut tahap piawaian yang telah ditetapkan. Bagi melicin dan melancarkan pengurusan keselamatan kepenggunaannya, beberapa prosedur keselamatan yang merangkumi tatacara penggunaan peralatan di bilik komputer telah dipelankan oleh sebuah jawatankuasa yang telah dilantik di sekolah.

Tatacara Penggunaan Am Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam bilik komputer. Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam bilik komputer kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT. Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu. Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam bilik komputer. Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.

12

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu. Tidak dibenar menggunakan bilik komputer semasa hujan atau kilat. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa. Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas. Tidak dibenarkan membawa liquid paper. Dilarang membuat bising di dalam bilik komputer. Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau menfitnah pihak tetrtentu. Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer. Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan. Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras. Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru. Pengguna hendaklah merekod penggunaan buku log komputer. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Bilik komputer. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari bilik komputer kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT. Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tanpa kebenaran dan penyeliaan penyelaras ICT Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen servers, perisian utility untuk mengelakan perubahan konfigurasi sistem. Perubahan ini mungkin akan menjejaskan aplikasi yang dipasang. Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang supaya operasi tidak terganggu. Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan supaya tahap kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku

13

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan Penyelaras ICT untuk mengelakan kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk mengelakan terlampau panas. Memastikan semua peralatan elektrik termasuk lampu dan kipas dimatikan selepas digunakan. Pastikan keadaan bilik komputer berada dalam keadaan sempurna, selamat, kemas dan baik sebelum meninggalkan bilik komputer.

Tatacara Penggunaan Murid Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik komputer tanpa guru pengawas atau guru bertugas. Murid dilarang melaraskan pendingin hawa. Murid dipastikan menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.

Tatacara Penggunaan Guru Guru yang bertanggungjawab membawa murid atau kelas ke bilik komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log bilik komputer. Sila pastikan rekod penggunaan bilk komputer diisi oleh guru-guru dan murid-murid sepanjang masa. Pastikan semua peminjaman peralatan komputer oleh guru-guru dikembalikan pada tempoh yang telah ditetapkan dan dicatat pada Buku Peminjaman Alatan Komputer setelah dibenarkan oleh pihak penyelaras bilik komputer.

3.0

RUMUSAN

Pelbagai isu sekolah selamat dalam sistem pendidikan Malaysia dari segi pelaksanaan jelas terdapat banyak kelemahan disebabkan kekurangan sumber dan pemantauanyang rapi dan konsisten. Sekolah selamat bukan sahaja terumpu kepada soal fizikal bangunan dan prasarana

14

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

sekolah tetapi harus memberi pemberatan kepada pembentukan sahsiah murid melalui disiplin yang mantap di peringkat rendah mahu pun menengah.

Menurut George Nicholson (1985) menyatakan untuk mewujudkan sekolah yang selamat, kita mestilah mewujudkan sekolah yang berkesan. Justeru itu, pemahaman konsep sekolah selamat dan pengurusan keselamatan ke atas pelbagai aspek di sekolah perlu dikaji dari masa ke semasa dan setiap prosedur yang mengandungi tatacara keselamatan penggunaan juga adakalanya perlu diubah mengikut kesesuaian atau keperluan sekolah dalam memastikan tahap keselamatan seluruh warga sekolah berada di tahap yang tinggi. Menurut Comer (1998), perancangan sekolah yang selamat adalah rangka kerja tindakan yang boleh digunakan sebagai garis panduan untuk masa kini dan akan datang.

Walau bagaimanapun, kita hanya merencanakan, Tuhan yang menentukan. Selaku manusia kita boleh merancang dan mengambil beberapa langkah perlu agar kemalangan yang tidak diingini dapat dihindari. Sejauhmana keberkesanan langkah yang diambil adalah bergantung kepada kesediaan diri sendiri dan komitmen dari semua pihak untuk mengamalkannya tetapi sekiranyapanduan di atas dilaksanakan dengan jayanya, konsep sekolah selamat yang disarankan pasti mencapai matlamatnya

Jumlah Patah Perkataan: 2,941 Patah Perkataan

15

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

RUJUKAN Abang Abdul Malik (2002). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Pengendalian Mesin Di Kalangan Pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional, UTM. Projek Sarjana Muda: Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Rahman (1993). Tinjauan Terhadap Amalan Keselamatan Di Bengkel Pemasangan Elektrik Di Sekolah Menengah Vokasional Ipoh, Kuala Kangsar Dan Taiping Negeri Perak. Projek Sarjana Muda: Universiti Teknologi Malaysia. Akhbar Utusan (Edisi On line). 16 November 2004. Perkenalkan Dasar Keselamatan, Kesihatan Di Sekolah. http://www.utusan online .com.my Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 7 Jun 2004. 19 Pelajar Cedera, Paip Gas Makmal Meletup. http://www.utusan online .com. Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 13 Julai 2005. Lebih 100 Pelajar Disyaki Keracunan Makanan. http://www.utusan online .com.my Akhbar Berita Harian. 25 September.2003. Pengetua, Pelajar Mesti Kerap Berbincang. Azrina Ahzan (1999). Langkah Memperkukuhkan Keselamatan Sekolah. Berita Minggu 11 Jun 1999.Halaman 4. Atan Long (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Siri Teks Kolej Fajar Bakti. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Amran Nasir (1999). Tahap Kesedaran Pelajar Kursus Amalan Bengkel Mesin Terhadap

Peraturan Keselamatan Bengkel Di Sekolah Menengah Teknik Negeri Terengganu Darul Iman. Projek Sarjana Muda: Universiti Teknologi Malaysia.

16

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

Buku rekod kecederaan bengkel PPU. (1992). Sek. Men. Teknik Kajang Selangor.

Buku rekod kemalangan automotif (1991).SMT Kuala Kangsar Perak.

Buku rekod kemalangan bengkel automotif MKM. (1995). SMT Kajang Selangor. Halimaton Hamdan dan Zaiton Abdul Majid (1997). Keselamatan Makmal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayati Mustapha (2000). Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di kalangan Pelajar 4 STP (KA/J/E) Kemahiran Hidup Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Satu Tinjauan. Projek Sarjana Muda : U.T.M. Heinrich, H.W. (1995). Industrial Aecident Prevention (4 th Edition). New York: MC Graw Hill. Ismail Awang (1997). Persepsi Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

Terhadap Keselamatan Bengkel Di fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Satu Tinjauan. Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia. Ismail Badari (2002. Pengetahuan Sendiri Di dalam Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja.Kuala Lumpur: Mc Graw- Hill Education. Nicholson, G., Stephen, R., & Leavitt, V. (1985). Safe Schools: You Cant Do It Alone.Phi Delta Kappan, Volume 66, Number 7, pg 491-496. Ronald, D. Stephens. (1996). The Art of Safe School Planning: 40 ways to Manage and Control Student Discruiton. AASA.Number 2, Volume 53.

17

NASRUL HAKIM BIN TUGINO 760428-12-5659-002 HBHE 3203

BROSUR

18

You might also like