Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN UNIT KANTIN

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Unit Kantin kali pertama diadakan pada 15 Februari 2012 jam 12.30 tengahari bertempat di kantin sekolah.Mesyuarat dihadiri oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Encik Rosli b. Azhar,pengusaha kantin,Puan Kamariah bt Sahlan,Setiusaha Unit Kantin,Puan Norhayati bt Yahiya,Ahli Jawatankuasa Unit Kantin iaitu Puan Norma bt Ismail,Puan Hasliza Bt Hamid dan Puan Siti Aminah bt Md Jani.Beberapa perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat ini.Antaranya tentang penulisan buku kendiri kantin dan kebersihan kantin. Di dalam mesyuarat ini juga Encik Rosli menekankan tentang hal-hal yang perlu dilaporkan segera seperti keracunan makanan supaya tindakan segera dapat diambil.Penguasaha kantin pula mengemukakan masalah kantin berkaitan dengan infrastuktur yang telah rosak dan dimakan anai-anai. Unit Kantin juga telah mengadakan pemantauan ke atas kantin berpandukan item yang terdapat dalam buku kendiri kantin.Ahli jawatankuasa Unit Kantin akan memantau kantin mengikut giliran.Hasil dari pemantauan ini didapati kantin dan pengurusannya berada pada tahap baik dan memuaskan. Unit Kantin juga telah mengambil bahagian dalam aktiviti Minggu HEM.Unit Kantin telah menjalankan tunjukcara penyediaan menu makanan sihat pada 19.4.2012.Puan Kamariah telah menunjukkan cara-cara untuk menyediakan hidangan seimbang yang sihat dan mudah kepada murid tahap 2.

You might also like