Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PISMP SEM 6

PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH

IPG KSAH

PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH Proses 1 Penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pembinaan ujian sains yang akan dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Sampel perancangan ujian sains yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan guru. Kaedah ini boleh memastikan diuji diuji dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan yang sebenar dengan memberi keyakinan bahawa murid mempunyai asas pengetahuan mengenai perkara yang dipelajari. Langkah 1 Senarai tajuk yang akan diuji Murid yang akan diuji Mata Pelajaran Tema Bidang Pembelajaran Tahun 5 Sains Menyiasat Benda-benda Hidup Mikroorganisma 1.1 Memahami bahawa mikroorganisma adalah benda Objektif Pembelajaran hidup 1.2 Memahami bahawa sesetengah mikroorganisma adalah berbahaya dan sesetengahnya berguna

Langkah 2 Jumlah masa keseluruhan mengikut tajuk Bil 1.1 1.2 Objektif Pembelajaran Memahami bahawa mikroorganisma adalah benda hidup Memahami bahawa sesetengah mikroorganisma adalah berbahaya dan sesetengahnya berguna Jumlah Masa Belajar 5 2 7

PISMP SEM 6

PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH

IPG KSAH

Langkah 3 Penentuan Item Jenis Item Bilangan Item Bilangan Murid Jumlah markah Markah bagi satu item Masa diperuntukkan Masa bagi satu item Objektif (Aneka Pilihan) 20 soalan 30 orang 20 markah 1 markah 45 minit 45 minit / 20 item = 2.25 minit / item

Langkah 4 Penentuan Aras Kesukaran Item i. Aras Kesukaran Taksonomi Bloom ii. iii. iv. Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis

Langkah 5 Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik Masa Belajar 5 Anggaran Jumlah Item 5 / 7 x 20 = 14.3 Jumlah Item 14

Bil

Objektif Pembelajaran Memahami bahawa mikroorganisma adalah benda hidup Memahami bahawa adalah sesetengah berbahaya

1.1

1.2

mikroorganisma

2 / 7 x 20 = 5.7

dan sesetengahnya berguna Jumlah 7 20.0 20

PISMP SEM 6

PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH

IPG KSAH

Langkah 6 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Konstruk Bil Objektif Pengetahuan Memahami bahawa 1.3 mikroorganisma adalah benda hidup Memahami bahawa sesetengah 1.2 mikroorganisma adalah berbahaya dan sesetengahnya berguna Jumlah 7 8 3 2 20 15, 16, 17 18, 19 20 6 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 Kefahaman 8, 9, 10, 11, 12 Aplikasi Analisis

Jumlah Item

13

14

14

Proses 2 Penulisan Item Ujian Setelah siap menyediakan JSU, item-item ujian sedia untuk ditulis. Terdapat beberapa prinsip bagi pembinaan item ujian sains dan boleh digunakan untuk menulis item-item ini iaitu; i. ii. Arahan menjawab bagi setiap item ringkas dan mudah difahami murid. Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya murid dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu murid memberikan jawapan seperti yang dikehendaki soalan. iii. Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan / kemahiran yang spesifik daripada tajuk sains iv. Soalan dalam bentuk item pernyataan yang "tidak benar", arahan bagi soalan tersebut dihitamkan tebal.

PISMP SEM 6

PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH

IPG KSAH

Proses 3 Semakan Item Ujian Selepas semua item ujian siap ditulis disemak bagi memastikan tiada sebarang ralat yang berlaku. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut: i. Arahan menjawab ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami oleh murid. ii. Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi. iii. Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pembelajaran sains. iv. Soalan yang diberi tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.

Proses 4 Penilaian Item Ujian Selepas semua item disemak, item-item ini disemak oleh pakar mata pelajaran iaitu Puan Norhana, guru Sains SK Batu Pekaka. Semakan ini perlu dilakukan bagi menentukan perkara-perkara berikut; i. Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan mudah difahami oleh murid. ii. Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk murid menjawabnya. iii. Soalan-soalan yang dibina mencukupi dan seimbang untuk mengukur kandungan dan objektif penmbelajaran sains yang ditetapkan. iv. Jawapan yang diberikan adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

Proses 4 Kajian Rintis Item Ujian Untuk menjamin item yang digubal mempunyai ciri-ciri keesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran item yang telah disemak eloklah ditujukan kepada sebahagian kecil pelajar untuk memastikan kesahannya. Soalan-soalan ini telah diberikan kepada 30 orang murid Tahun 5 dari SK Batu Pekak, Kuala Ketil, Kedah.

PISMP SEM 6

PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH

IPG KSAH

Kelemahan-kelemahan item ini boleh diperbaiki dengan maklumat yang didapati dari kajian rintis tersebut. Set instrumen yang baik dan yang telah dibaiki boleh digunakan sebagai ujian yang sah atau disimpan dalam bank item untuk kegunaan pada masa hadapan. Keputusan kajian rintis digunakan untuk menganalisa dan mentafsir item. Dalam hal ini, Indeks Kesukaran (p) dan Indeks Diskriminasi (d) dikira bagi setiap item untuk menentukan kualiti sesuatu item, sama ada item itu benar-benar sesuai digunakan atau sebaliknya. No Soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Jumlah Jawapan Betul, n 29 27 12 4 8 25 17 7 29 16 14 15 13 15 18 27 22 28 20 27 Indeks Kesukaran, p 0.97 0.9 0.43 0.13 0.27 0.83 0.57 0.23 0.97 0.53 0.47 0.5 0.43 0.5 0.6 0.9 0.73 0.93 0.67 0.9 Pengkelasan Item Terlalu Mudah Terlalu Mudah Sederhana Sukar Terlalu Sukar Sukar Terlalu Mudah Sederhana Sukar Sukar Terlalu Mudah Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Terlalu Mudah Mudah Terlalu Mudah Mudah Terlalu Mudah Keputusan Baiki Kekal Kekal Baiki Kekal Kekal Kekal Kekal Baiki Kekal Kekal Kekal Kekal Kekal Kekal Kekal Kekal Baiki Kekal Kekal

Jadual Indeks Kesukaran, p Ujian Sains Sekolah Rendah

10

PISMP SEM 6 No Soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH Indeks Diskriminasi, d 0.13 0.38 1 0.25 0.63 0.38 0.75 0.38 0.13 0.88 0.88 0.5 0.25 0.88 0.75 0.38 0.5 0.25 0.75 0.38

IPG KSAH

Jumlah Jawapan Betul, n 29 27 12 4 8 25 17 7 29 16 14 15 13 15 18 27 22 28 20 27

Pengkelasan Item Kurang Baik Baik Sangat Baik Sederhana Baik Sangat Baik Baik Sangat Baik Baik Kurang Baik Sangat Baik Sangat Baik Sangat Baik Sederhana Baik Sangat Baik Sangat Baik Baik Sangat Baik Sederhana Baik Sangat Baik Baik

Keputusan Baiki Kekal Kekal Baiki Kekal Kekal Kekal Kekal Baiki Kekal Kekal Kekal Kekal Kekal Kekal Kekal Kekal Baiki Kekal Kekal

Jadual Indeks Diskriminasi, d Ujian Sains Sekolah Rendah Berdasarkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang telah dikira bagi setiap item, beberapa item perlu dikekalkan dan diperbaiki daripada soalan ujian sains yang telah dijalankan. Keseluruhan item adalah dikekalkan kecuali item bernombor 1, 4, 9 dan 18. Hal ini kerana, item-item tersebut mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang rendah. Walau bagaimanapun, item-item ini boleh dibaiki. Item no. 1, 9 dan 18 mempunyai indeks kesukaran yang tinggi iaitu melebihi 0.85 (terlalu mudah) manakala item no. 4 mempunyai indeks kesukaran yang terlalu rendah iaitu 0.13 kurang 0.15 (terlalu sukar).

11

PISMP SEM 6

PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH

IPG KSAH

Analisis Item yang Perlu Dibaiki Item no. 1: 1. Yang manakah antara berikut bukan mikroorganisma. A. B. C. D. Bakteria Berudu Fungi Protozoa

Item no. 1 mempunyai indeks kesukaran, p iaitu 0.97 dan indeks diskriminasi, d iaitu 0.13. Item ini terlalu mudah dan tidak dapat membezakan antara murid lemah dengan murid pandai dengan baik. Berdasarkan soalan di atas, pilihan jawapan yang diberikan terlalu mudah dengan hanya memberikan satu jawapan yang nyata menyebabkan murid terlalu mudah membuat pilihan. Cara terbaik ialah menggantikan satu jawapan yang hampir nama dengan mikroorganisma dalam pilihan jawapan.

Item no. 4: 4. Yang manakah antara proses berikut tidak melibatkan penggunaan

mikroorganisma? A. Membuat baja B. Membuat tapai C. Membuat roti D. Membuat biskut

Item no. 4 mempunyai indeks kesukaran, p iaitu 0.13 dan indeks diskriminasi, d iaitu 0.25. Item ini terlalu sukar dan tidak dapat membezakan antara murid lemah dengan murid pandai dengan baik. Berdasarkan soalan di atas, pilihan jawapan yang diberikan terlalu hampir menyebabkan murid sukar membuat pilihan. Cara terbaik ialah menggantikan satu jawapan yang benar-benar salah dalam pilihan jawapan.

Item no. 9 9. Yang manakah di antara berikut tidak tergolong dalam kumpulan yang sama? A. B. C. D. Virus Bakteria Udang Fungi 12

PISMP SEM 6

PROSES PEMBINAAN UJIAN SAINS SEKOLAH RENDAH

IPG KSAH

Item no. 9 mempunyai indeks kesukaran, p iaitu 0.97 dan indeks diskriminasi, d iaitu 0.13. Item ini terlalu mudah dan tidak dapat membezakan antara murid lemah dengan murid pandai dengan baik. Berdasarkan soalan di atas, pilihan jawapan yang diberikan terlalu nyata menyebabkan murid mudah membuat pilihan. Cara terbaik ialah menjadikan soalan sebagai soalan yang positif.

Item no. 18 18. Kita tidak dapat melihat mikroorganisma menggunakan mata kasar kita. Kenapa? A. B. C. D. Ia besar Ia sangat cantik Ia terlalu kecil Ia sangat besar

Item no. 18 mempunyai indeks kesukaran, p iaitu 0.93 dan indeks diskriminasi, d iaitu 0.25. Item ini terlalu mudah tetapi dapat membezakan antara murid lemah dengan murid pandai dengan baik. Berdasarkan soalan di atas, pilihan jawapan yang diberikan terlalu nyata menyebabkan murid mudah membuat pilihan. Cara terbaik ialah menambah pengganggu dalam soalan agar meninggikan sedikit indeks kesukaran.

13

You might also like