Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SABAN

KERTAS KERJA
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TEMA: HIDUP BERMASYARAKAT SEKOLAH CERIA, PELAJAR CEMERLANG TARIKH: MEI SEPTEMBER 2013 (SABTU) MASA: 09.00 PG 11.00 PG

TEMPAT: SMK TUN SABAN ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SMK TUN SABAN PENGKALAN HULU, PERAK

1.0

PENGENALAN

Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan pelajar secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.

Melalui Khidmat Masyarakat ini, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Pelajar juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini palajar dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. Program Sekolah Ceria, Pelajar Cemerlang ini adalah berdasarkan tema Hidup Bermasyarakat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Program ini merupakan aktiviti menceriakan kawasan sekolah termasuk aktiviti gotong royong kawasan sekolah, membersihkan bilik-bilik utama, menanam pokok dan melukis mural. Tema program Sekolah Ceria, Pelajar Cemerlang dipilih bersesuaian dengan kandungan program ini yang dirancang bagi membolehkan pelajar mengaplikasikan unsur-unsur permuafakatan, semangat kekitaan dan perpaduan yang telah diajar dalam kelas melalui tema berkenaan ke lapangan yang sebenar. Program ini dilihat penting bagi mewujudkan komuniti sekolah yang bersatu padu dalam membawa misi sekolah ke tahap yang ditetapkan.

Program ini disasarkan kepada pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga 4 mengikut jadual program (secara bergilir) seperti yang ditetapkan. Program ini juga memberi peluang kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 untuk mendapatkan band yang baik dan tertinggi dalam Pentaksiaran Berasaskan Sekolah (PBS). Program ini dijangka dapat memberi pengetahuan tentang kepentingan mengamalkan hidup bermasyarakat dalam suasana sekolah yang ceria dan sihat. Malamat ini dijangka dapat dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. Justeru, adalah diharapkan program ini akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua pihak memandangkan ia akan memberi impak positif ke dalam dii pelajar-pelajar tersebut.

2.0

MATLAMAT PROGRAM
1) Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. 2) Memberi sumbangan kepada komuniti sekolah. 3) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat dan negara.

3.0

CADANGAN AKTIVITI
Tingkatan Tarik Perlaksanaan Aktiviti yang dicadangkan

18 Mei 2013

Membersihkan bilik makmal-makmal sains

22 Jun 2013 2

Membersihkan dan mengecat makmal sains dan kawasan sekolah

Program selepas PMR 3 (akan ditetapkan)

Membersihkan dan mencerikan kawasan sekolah (menanam pokok)

September 2013 4 Melukis Mural

4.0
i.

TUJUAN
Kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah bagi melaksanakan Program Sekolah Ceria, Pelajar Cemerlang dibawah Tema Hidup Bermasyarakat bagi Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. ii. Kertas kerja ini juga disediakan bagi memohon peruntukan kewangan daripada pihak sekolah dan mendapat apa jua bentuk kerjasama.

5.0

KUMPULAN SASARAN
Pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 4 SMK Tun Saban.

6.0

TENTATIF PROGRAM
9.30 pagi - Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan mengikut kelas - Ambil kehadiran (Tingkatan 1 dan 2) - Nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah - Taklimat dan pembahagian kumpulan 9.40 pagi 11.00 pagi - Pelajar bergerak ke tempat yang ditetapkan - Rehat / makan tengah hari dan bersurai

7.0

JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat Pengarah Penolong Pengarah Setiausaha Bendahari AJK i) Publisiti ii) Keceriaan iii) Kebersihan iv) Keselamatan v) Dokumentasi vi) Makanan v) Disiplin

: : : : : : : : : : : : :

Pn. NurAdilah binti Ilyas (Ketua Panitia PSK) Mansor Alansori bin Mohd Amin Nor Fakhitah binti Sobri Safikah binti Mustaffa Shobnaa a/p Tinagaran

Yvonne Pon Hui Yi Nor Ismahani binti Zonkifli Muhamad Syuhairie Aidil bin Abdullah Sani Muhammad Zulfaqar bin Zakaria Brian Steven a/l Thevandra Naidu Suraya bt Mohd Taib Semua guru mata pelajaran PSK

8.0
BIL 1

ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA Makanan Pelajar Ting.1 : 182 orang x RM3.50 RM637.00 ANGGARAN JUMLAH PERBELANJAAN CATATAN

2 3 4 4

Cat Pelaka Cat dinding (shine) Cat dinding (biasa) Berus untuk mengecat - Berus roler (panjang) - Berus roler 4 - Berus 1 - Berus 1.5 - Berus 2 - Paint Tray Berus Sawang Tuala Good Morning

RM18.50 x 13 tong RM63 x 4 tong RM38 x 1 tong RM6.80 x 4 RM5.80 x 2 RM 1 x 2 RM 1.50 x 3 RM 2 x 4 RM3.50 x 3 RM8.50 x 2 RM1 x 10

RM637.00 RM240.50 RM252.00 RM38.00 RM27.20 RM11.60 RM2.00 RM4.50 RM8.00 RM10.50 RM17.00 RM10.00 RM 1258.30

5 6

JUMLAH BESAR 9.0 PENUTUP

Diharapkan program ini mendapat sokongan, kelulusan dan kerjasama daripada pihak sekolah. Semoga program ini akan benar-benar memenuhi matlamat dan objektif khidmat masyarakat. Selain itu, program ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar yang terlibat supaya memanfaatkan ilmu pengetahuan yang diperolehi ke arah membentuk sahsiah yang cemerlang dan dapat menyumbangkan khidmat bakti serta tenaga kepada komuniti sekolah.

Disediakan oleh, ...................................... (SAFIKAH BINTI MUSTAFA) Setiausaha Program Khidmat Masyarakat SMK Tun Saban.

Disemak oleh, .......................................... (NURADILAH BINTI ILYAS) Ketua Panitia PSK SMK Tun Saban

Disemak semula oleh, ....................................... (LUKMAN BIN SHUKRI SAGHIRI) Guru Kanan Kemanusiaan SMK Tun Saban

Disahkan oleh, ................................................. (HJ ABD WAHID B. RAMLI) Pengetua SMK Tun Saban

You might also like