Assgment Hubungan Etnik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Pengenalan Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun.

Kini, Malaysia bergerak menuju kearah status negara maju, seperti yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam Wawasan 2020. Pergerakan daripada negara mundur kepada negara sedang membangun berlaku dalam tempoh 50 tahun (1957-2007). Ia merupakan suatu jangka waktu yang cukup singkat menurut ukuran sejarah dunia. Pencetusan kepada proses transformasi sosioekonomi yang luar biasa ini ialah peristiwa rusuhan etnik 13 mei 1969 yang telah membuat kesemua rakyat Malaysia tersentak lalu membuka mata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita, khususnya dari segi hubungan etnik, walaupun kita sudah merdeka dan perlahan-lahan sudah mula menikmati keselesaan ekonomi. Daripada pengalaman pahit tersebut Malaysia sedar bahawa kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Pada masa yang sama, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan simbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan tersebut melibatkan agihan kekayaan ekonomi secara saksama dan perkongsian kuasa yang matang. Bedasarkan pengalaman 13 Mei 1969,ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik .Peristiwa tersebut telah mendedahkan kepada kita semua bahawa Malaysia sebagai sebuah Negara bangsa dan system sosial yang kukuh,tidak semata-mata terletak pada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik.Selain itu ,yang lebih penting sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis.Jika hubungan etnik tidak dipelihara maka pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang dinikmati akan tergugat.

Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik Tiga konsep penting yang ditumpukan ialah masyarakat, budaya dan perpaduan. Masyarakat- menurut Roucek dan Warren ( 1979 ), masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus dikalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad. Satu kumpulan dan kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan. Ciri-ciri utama masyarakat ialah berkelompok, berbudaya, mengalami perubahan, berinteraksi secara dalaman dan dengan pihak luar, mempunyai kepimpinan serta mempunyai aturan sosialnya mengikut susun lapis, kelas, status dan kasta.

Konsep Etnik atau kaum adalah satu kelomok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinasikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.

Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada golongan yang berbeza dari segi kebudayaan. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Konsep suku merupakan kelompok masyarakat yang membentuk rumpun bangsa contohnya dalam rumpun kadazandusun terdapat sub etnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang dan sebagainya. Konsep bangsa atau nasion mempunyai maksud yang lebih luas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill, bangsa adalah rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela berkerjasama sesama mereka berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah dan agama. Bangsa Malaysia sebagai bangsa idaman yang kita kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan hubungan e5tnik yang harmonis.
2

Konsep Masyarakat Majmuk. Menurut J.S.Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun mereka adalah pelbagai kaum dan berganding bahu dibawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan, interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras. Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah. Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan atau kelemahan azam sosial bersama ( common social will ) yang merupakan satu set nilai yang dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah laku sosial.

Konsep Kelas Sosial pula berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan seharian, segolongan individu yang

mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran contohnya; masyarkat kapitalis terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan bourgeoisie yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. Golongan

proletariat yang tidak memiliki perkara diatas hanya tenaga kerja sahaja.

Konsep Institusi sosial, sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkahlaku yang telah menjadi kebiasaan atrau suatu pola hubungan sosial yang mempunyai suatu matlamat sosial yang tertentu. Contohnya; Institusi sosial yang utama iaitu keluarga, institusi pilitik, institusi agama, institusi pelajaran dan sebagainya.

Konsep Jarak Sosial adalah satu perasaan pemisahan atau pemisahan sosial yang benar-benar wujud diantara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok. Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok atau diantara kelompok. Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persafahaman antara kelompok. Semakin besar jarak sosial diantara dua kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persafahaman antara kedua-duanya.

Konsep Mobiliti Sosial merupakan satu proese perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang ain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yang bercorak tradisi,mobaliti social jarang sekali berlaku. Konsep Etnik membentuk konsep Etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada ras kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnosenterisme adalah satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. Sesuatu kelompok dikatakan etnosentyrik apabila mereka menilai kebudayn lain berdasrkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yang lebih rendah. Etnosentrisme kelompok membayangkan menghargai keengganan pandangan atau ketidakmampuan daripada sesuatu

untuk

kelompok

kebudayaan

masyarakat yang lain. Selagi manusia menjadi etnosentrik, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yang sedia ada dan biasanya yan bersifat negatif. Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan diantara anggota sesuatu kelompok masyarakat. Contohnya, ketaatan kepada budaya dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti. Ini dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok masyarakat.

Konsep Ras dan Rasisme. Ras adalah kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal samaada warna kulit dan sebagainya. Ciri-ciri fizikal tersebut ditntukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi contohnya Mongoloid, Negroid dan Austroloid.

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal- biologikal yang nyata seperti warna mata, warna kulit, warna rambut dan sebagainya. Ciri yang paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Ras juga
4

merujuk kepada kelompok manusia yang menganggap diri dan atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini berkaitan dengan sifatsifat atau kebolehan moral dan intelek mereka.

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan,pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan warna fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang dilakukan secara terbuka melaui perilaku atau tindakan. Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya. Fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul. Rasisme wujud pada dua tahap. Tahap Individu merupakan kepercayaan dan sikap individu pada suku kaumnya. Tahap Institusi pula melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi. Konsep Prejudis merupakan pandanan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada generasi yang ain. Kesannya semakin mdah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Konsep Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti semua orang tidak bersifat kasar dan sebagainya. Stereotaip ialah gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu etnik oleh etnik yang lain. Hal ini terhasil daripada pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.

Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk diMalaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yang lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semnagat perkauman yang menebal.

Konsep

Diskriminasi

ditakrifkan

sebagai

pandangan,

pemikiran

dan

kepercayaan negatif oleh seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lainnya yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk iaitu individu atau kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

Konsep Budaya ditakrifkan sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain, namun beberapa aspek yang sama didapati wujud dalam kalangan semua masyarakat seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dan lain-lain. Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan sejagat. Perubahan merupakan sifat yang penting bagi sesuatu kebudayaan. Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya iaitu membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti, dan memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegeraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Ciri-ciri penting sesuatu budaya ialah dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik, adanya pandangan semesta ( world view ). Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Manusia itu sendiri yang membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.

Konsep Perpaduan adalah sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
6

Konsep Integrasi pula adalah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Unsur-unsur integrasi ialah integrasi wilayah untuk mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah, integrasi ekonomi untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik, integrasi kebudayaan untuk pembentukan satu kebudayaan kebangsaan, integrasi sosial merupakan usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dan lain-lainnya, integrasi pendidikan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, integrasi politik adalah untuk kerjasama dan pembahagian kuasa politik. Proses mencapai sesebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah dan integrasi ialah satu proses yang amat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu Segregasi merupakan pemisah dan pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, penggangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya. Sehinggalah hubungan yang berbentuk sebati iaitu konsep Amalgamati iaitu satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baru. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi. Formula: A+B+C= D. A,B dan C mewakili kumpulan etnik yang berlainan dan D mewakili kumpulan baharu yang terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Syaratnya, kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka dan ini jarang berlaku.

Konsep Perpaduan dan Integrasi Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur integrasi yang terdiri daripada

1. Integrasi

wilayah

yang

bertujuan

mengurangkan

jurang

perbezaan

pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. 2. Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik 3. Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk suatu kebudayaan kebangsaan 4. Integrasi sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui progam sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan 5. Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani 6. Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah suatu yang mudah. Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedkatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu

mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik.

Konsep Integrasi Segregasi Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan. Integrasi (integration) lawannya segregasi (segregation). Keadaan segregasi dalam masyarakat kita juga adalah akibat dasarpecah perintah kolonial. Bentuk segregasi yang paling jelas adalah dari segi ruang fizikal. Satu ketika dulu, etnik Melayu ratarata menetap di luar bandar yang mundur dan bukan Melayu di kawasan maju bandar.Segregasi fizikal ini ditebalkan lagi oleh segregasi dalam bentuk lain, seperti, ruang,kegiatan ekonomi dalam sektor yang berbeza (Melayu tani, Cina berdagang ), ruang pendidikan vernakular yang menggunakan bahasa pengantar yang berbeza.Segregasi inilah yang dijadikan sasaran untuk dirongkai oleh kerajaan dan pihak lain. Ada dilaksanakan melalui dasar dan usaha sedar, ada yang terjadi sebagai suatu proses alamiah. Misalnya, ada usaha memastikan kawasan perumahan di bandar mempunyai komposisi penduduk berbilang etnik. Tetapi dasar ini tidak sepenuhnya dapat ditunaikan kerana ia bergantung pula kepada banyak faktor lain, seperti harga rumah, saiz famili,jauh dekat daripada kemudahan pengangkutan awam dan selainnya.Bagitu juga melalui dasar pendidikan dan bahasa, atau program khas seperti program Rukun tetanga, telah pun diwujudkan usahausaha khusus yang mencuba memecahkan tembok segregasi ini, lalu diharapkan dapat mewujudkan integrasi. Ternyata proses ini memakan waktu dan cabaran.

Akomodasi Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masingmasing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. Negara Swtzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etniketnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka. Proses akomodasi sangat penting dalam perpaduan dan integrasi kelompok etnik di Malaysia. Malah ianya ibarat sebagai proses yang paling utama lagi kritikal yang sudah diterima dan hayati oleh semua kelompok etnik di Malaysia, samada secara pribadi atau kolektif. Ini terjadi etnik kerana sikap nilai positif dan saling norma

hormatmenghormati

antara

kelompok

terhadap

masingmasing, yang kita boleh ungkapkan sama tapi tak serupa.Maksudnya, setiap kelompok etnik ada sistem kepercayaan masingmasing, ada perayaan masingmasing dan ada pantang larang masingmasing. Dari segi ini semua kelompok etnik mempunyai persamaan. Namun cara masingmasing, misalnya, merayakan hari kebesaran agama masingmasing ternyata berbeza. Atas asas persamaan ini setiap kelompok etnik menghormati perayaan masingmasing. Malah sanggup pula saling merayakan harihari kebesaran tersebut.Melalui proses akomodasi ini berlaku pula sebagai lanjutan pinjammeminjam unsure-unsur budaya masingmasing. Adat istiadat dan adat resam Melayu yang mengamalkan konsep angpau. Tetapi hari ini istilah dan konsep angpau sudah dihayati dan diamalkan dalam adat resam etnik Melayu. Malah setiap bank dan syarikat swasta menyediakan sampul surat untuk memberi angpau di Hari Raya Puasa sudah diamalkan lebih dari satu dekad di Malaysia. Ada banyak lagi contoh yang boleh kita kemukakan untuk menunjukkan bahawa wujud proses pinjam meminjam unsur budaya dikalangan kelompok etnik di Malaysia. Senarainya terlalu panjang untuk dibincangkan di sini. Nyatanya daripada akulturasi ini, ianya tidak merubah budaya, norma dan nilai sesuatu kumpulan etnik. Yang berlaku adalah budaya sesuatu etnik yang meminjam telah diperkaya dengan ritual budaya yang baru.

10

Dalam sejarah kita terdapat pula kelompok etnik yang bukan sahaja sedia berakomodasi dan meminjam unsurunsur budaya daripada kelompok etnik yang lain. Ada yang sedia menerima sebahagian besar budaya etnik lain dan dijadikan sebagai sebahagian daripada budaya etnik mereka. Kes Cina peranakan di Negerinegeri Selat satu ketika dulu dan Sikh peranakan di Sabah pada waktu selepas Merdeka adalah contoh asimilasi yang jelas. Apatah lagi mereka yang hendak bernikah dengan orang Melayu Islam,diwajibkan oleh undang undang untuk masuk Islam, yang menuntut asimilasi sebagai prasyarat. Mungkin kerana cinta yang mendalam terhadap bakal suami atau isteri,pengorbanan besar sedia dilakukan oleh mereka yang masuk Islam. Tetapi tak semuanyayang jatuh cinta, berkekalan. Ada yang juga yang ingin kembali ke pangkuan agama asal. Ini kadangkadang menimbulkan masalah sosial yang bermula dengan masalah pribadi terheret kemudiannya ke mahkamah oleh kerana tuntutan peraturan yang akhirnya menjadi masalah sosial semua pihak. Kita saksikan juga penjelmaan masalah ini dalam masyarakat kita Yang agak jarang berlaku di Malaysia adalah proses amalgamasi. Mungkin contoh Sekolah Wawasan boleh kita gunakan di sini. Tersulam dalam usaha ini adalah unsur akomodasi dan akulturasi. Cuma dalam kes Sekolah Wawasan ianya merupakan proses amalgamasi bersifat topdown, bukan yang terpancar daripada bawah memanjat ke atas. Mungkin kita boleh fikirkan apakah contoh lain yang sesuai. Oleh yang demikian, saya merasakan proses amalgamasi adalah suatu proses berguna tapi jarang digunakan

Akulturasi Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akahirnya diterima dan dioleh ke dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan Namun kehilangan kejayaan identiti asal masyarakat yang menerima. kepada:

akulturasi

bergantung

1. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan


11

seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar. 2. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima sep erti ideologi pemikiran dan sebagainya.

Asimilasi Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di Malaysia, apa yang beerlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, antara contoh berlakunya proses asimilasi.Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya: 1. Etnik yang berbeza budaya 2. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi. 3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama Kejayaan asimilasi bergantung kepada : 1. Kesanggupan etnik minority menghilangkan identity merka dan menerima identity etnik lain. 2. Kesanggupan etnik majority menerima etnik lain 3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minority tidak besar atau kelompok minority adalah kecil. 4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik 5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh minority akan

menyukarkan proses asimilasi.

Faktor penghalang asimilasi ialah: 1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain. 2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain. 3. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.
12

Amalgamasi Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik. Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampur adukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.Formula: A + B + C = D. A,B dan C

mewakili kumpulan etnik yg berlainan dan D mewakili kumpulan baharu yg terhasil drp penyatuan A, B dan C.Syaratnya kumpulan dominan

membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku). Hubungkait antara Ekonomi dan Etnisiti Sejarah perkembangan ekonomi negara boleh dibahagikan kepada empat tahap perkembangan iaitu era pra-penjajahan, era penjajahan, era selepas penjajahan dan era selepas kemerdekaan. Sebelum mencapai kemerdekaan, ekonomi Malaysia banyak dipengaruhi oleh penjajah yang membuat pelbagai langkah bagi memperbaiki dan

mengembangkan ekonomi negara. Pihak penjajah hanya berminat hendak memajukan sektor ekonomi yang dapat memberi keuntungan secara langsung kepada mereka tetapi tidak memberi pulangan yang sewajarnya kepada rakyat Malaysia. Bagi melihat dengan lebih mendalam berkenaan sejarah perkembangan ekonomi negara, kita bahagikan tahap perkembangan ini kepada empat bahagian iaitu era pra-penjajahan, era penjajahan, era selepas penjajahan dan era selepas kemerdekaan. Era pra-penjajahan Pembukaan Melaka oleh Parameswara pada penghujung abad ke-14 menjadi titik permulaan Tanah Melayu terlibat dalam perdagangan. Melaka menjadi pelabuhan entrepot Timur-Barat. Kegiatan ekonomi di Kepulauan Melayu menjadi semakin bertambah penting dengan tertubuhnya beberapa kerajaan Melayu Tua yang mula menguasai pelabuhan yang menjadi tempat persinggahan kapal-kapal dari China, India dan Asia Barat bagi menjalankan
13

perniagaan mereka. Kemajuan yang dikecap oleh kerajaan Melaka ketika itu menimbulkan minat kepada negara barat bagi menguasai perdagangan sehingga akhirnya kerajaan Melaka dijajah oleh kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Era penjajahan Penjajahan oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun selama hampir 400 tahun banyak memberi kesan kepada ekonomi Tanah Melayu. Namun begitu penjajahan oleh Portugis dan Belanda yang mengambil masa selama 313 tahun itu tidak meninggalkan banyak kesan kepada ekonomi kerana mereka tidak mengeksploitasi sumber secara besar-besaran, selain tumpuan pada perdagangan rempah sahaja. Pada zaman pemerintahan Inggeris berlaku perubahan ke atas ekonomi negara apabila perlombongan dan penanaman getah mula diperkenalkan. Perlombongan menjadi penting apabila Inggeris membawa masuk imigran Cina supaya bekerja di lombong dan imigran India sebagai pekerja ladang getah. Era kemerdekaan Pada era ini kerajaan mula memperkenalkan rancangan pembangunan yang terancang dan teratur yang dipanggil Rancangan Pembangunan Ekonomi (RPE1) atau Rancangan Malaya Pertama (1956-1960). Selain itu, pada era ini juga ditubuhkan rancangan pembangunan tanah seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1956 bertujuan mengatasi masalah kekurangan tanah serta membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup kaum petani. Pada tahun 1961, Rancangan Pembangunan Ekonomi 2 (RPE2) pula dilancarkan. Kedua-dua RPE hanya memberi tumpuan kepada sektor pertanian yang menjadi tunjang ekonomi Malaysia pada ketika itu. Era baru kini Peristiwa hitam 13 Mei 1969 memberi kesan yang mendadak pada ekonomi Malaysia. Rusuhan kaum yang berlaku ketika itu dipercayai akibat daripada wujudnya ketidakseimbangan dalam banyak aspek terutamanya ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera. Akibat daripada itu beberapa dasar dilancarkan oleh kerajaan bermula daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), dan kini Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan lain-lain lagi. Ciri-ciri Ekonomi Zaman Penjajah Kita sudah sedia maklum setiap penjajah yang datang ke Tanah Melayu mempunyai kepentingannya tersendiri. Mereka hendak memajukan kawasan yang mempunyai sumber kekayaan dan dapat memberi keuntungan kepada mereka. Kawasan yang tidak mendatangkan hasil kepada mereka dibiarkan mundur. Keadaan yang sedemikian mewujudkan beberapa ciri ekonomi seperti kemajuan penanaman getah secara perladangan,
14

perkembangan perlombongan bijih timah, kepesatan infrastruktur, pengeluaran bahan mentah dan ekonomi dualisme. Kepesatan infrastruktur Penyediaan infrastruktur berkait rapat dengan aktiviti ekonomi negara. Pembinaan jalan kereta api adalah salah satu kemudahan yang dibina bagi memudahkan penghantaran barang-barang dengan teratur. Contohnya pembinaan jalan kereta api antara Taiping dan Port Weld, Kuala Lumpur dan Klang serta Seremban dan Port Dickson. Pembinaan jalan raya bukan sahaja bertujuan menghantar barang-barang, malah segala urusan lain juga dapat dijalankan dengan lebih mudah. Dengan adanya kemudahan ini ia memberi impak positif pada pertumbuhan sesebuah kawasan. Kawasan yang kecil menjadi bandar kecil dan kawasan bandar menjadi bandar besar. Kegiatan perlombongan Kegiatan perlombongan khususnya bijih timah bermula sebelum British menjajah Tanah Melayu. perlombongan ini adalah perusahaan tertua di Tanah Melayu. Perusahaan bijih timah adalah kegiatan yang dipelopori oleh orang Melayu sehingga tahun 1820 di mana ianya dikuasai oleh rajaraja dan pembesar-pembesar Melayu seperti Long Jaafar iaitu Menteri Larut. Orang Cina mula melibatkan diri dalam perusahaan bijih timah mulai tahun 1820 kerana orang Melayu menganggap ia sebagai kerja sambilan dan lebih menumpukan kepada ekonomi sara diri. Dengan kemasukan orang Cina, mereka mula menggantikan kaedah melombong orang Melayu yang menggunakan cara tradisional. Mereka memperkenalkan kaedah yang lebih moden iaitu melombong secara melombong dedah dan pam. Selepas itu, Sir Hugh Low memperkenalkan enjin stim pada tahun 1877 yang digunakan di lombong-lombong timah di Taiping dan Selangor. Perusahaan getah Pada peringkat permulaan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu adalah satu proses yang agak lambat dan memerlukan usaha yang gigih. Ini disebabkan tidak ramai yang mempunyai pengetahuan mengenai penanaman getah serta kaedah menoreh getah. Pelantikan Hendry N. Ridley sebagai pengarah Taman Bunga di Singapura pada 1888 mempengaruhi perkembangan perusahaan getah. Beliau memperkenalkan sistem torehan getah sebagai "Sistem Ibedem atau sistem Tulang Ikan Hering pad a tahun 1897 dan digunakan pada tahun 1904. Pada awal abad ke 20, penanaman getah mula ditanam secara besar-besaran di Tanah Melayu. Harga getah di pasaran dunia meningkat empat kali ganda. Menjelang kemerdekaan, seluas 800,000 hektar tanah ditanam getah secara perladangan, sebahagian besar di kawasan Perak, Permatang, Selangor, Lembah Klang dan Johor. Penanaman secara kebun kecil
15

pula berjumlah sebanyak 700,000 hektar. Pada ketika itu getah menyumbang sebanyak lebih daripada 50 peratus kepada eksport kasar negara. Ekonomi dualisme Ekonomi dualisme terdiri daripada dua ciri iaitu satu kawasan dibangunkan malah satu kawasan lagi dibiarkan begitu saja.Wilayah yang menyumbangkan hasil terus dijaga atau dibangunkan, manakala wilayah yang tidak mempunyai potensi untuk terus maju dan tidak mempunyai hasil dibiarkan tanpa pembangunan atau dipinggirkan. Ekonomi dualisme ini wujud dengan begitu meluas sekali. Contohnya, dalam sektor pertanian wujudnya dualisme iaitu antara sektor perladangan dan sektor pekebun kecil. Sektor perladangan mempunyai ciri-ciri pertumbuhan, berintensif modal, memiliki pekerja mahir, sistem pengurusan yang lebih teratur, serta produktiviti yang lebih tinggi. Manakala sektor pekebun kecil mempunyai ciriciri pertumbuhan yang lambat, produktiviti yang kurang, penggunaan teknologi tradisional, pekerja kurang cekap serta wujudnya masalah infrastruktur dan lain-lain. Pengeluaran bahan mentah Bahan mentah atau komoditi utama seperti getah adalah sumber utama yang menguntungkan negara pada zaman penjajah. Britain adalah salah sebuah negara yang membeli bahan mentah dengan harga murah. Mereka kemudiannya memproses dan menjual barang-barang siap dengan harga yang lebih mahal. Pengalaman sejarah membuktikan terdapat hubung kait yang jelas antara ekonomi dan etnisiti, khususnya identifikasi kegiatan dalam sesuatu sekto ekonomi dengan sesuatu kaum. Daripada keadaan ini, timbul persepsi yang kemudian menjadi stereotaip bahawa majoriti etnik Melayu terdiri daripada petani dan nelayan, etnik Cina pula terlibat dalam perniagaan dan sektor perlombongan manakala sebilangan besar etnik India merupakan buruh di estet. Di Sabah dan Sarawak pula, streotaipnya pula ialah kelompok peribumi terus menetap di kawasan pedalaman dalam keadaan serba serbi mundur sedangkan faktor ekonomi dikuasai oleh etnik Cina. Ertinya, apabila kita menyebut hal ekonomi, ini akan menyentuh secara langsung atau tidak langsung hal etnisiti dan begitu juga sebaliknya.

Berdasarkan keadaan tersebut, para penyelidik, sarjana dan pemerhati mengenai masyarakat Malaysia pernah menghujah bahawa memang tidak dapat dinafikan akan peri pentingnya faktor pertumbuhan ekonomi dan faktor kestabilan politik sebagai teras kejayaan Malaysia selama ini. Bagi mereka anak kunci bagi survival Malaysia ialah hubungan etnik yang harmonis. Menurut mereka lagi, sekiranya
16

hubungan etnik yang harmonis ini tergugat maka survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa juga turut tercabar, biarpun kadar pertumbuhan ekonominya memuaskan dan kestabilan politik kelihatan baik. Pandangan ini dinyatakan dengan jelas oleh Joseph Stiglitz, bekas Ketua Ahli Ekonomi, Bank Dunia (1997-2000) dan penerima anugerah nobel (bidang ekonomi), 2001:

"I had the opportunity to talk to Malaysia's Prime Minister after the riots in Indonesia. His country has also experienced ethnic riots in the past. Malaysia has done a lot to prevent their recurrence, including putting in a program to promote employment for ethnics Malays. Mahathir knew that all gains in building a multiracial soceity could be lost, had he left the IMF dictate its policies to him and his country and then riots had broken out. For him, preventing a severe recession was not just a matter of economics, it was a matter of the survival of the nation."

Kenyataan Stiglitz ini menekankan bahawa dalam konteks Malaysia, apabila berlakunya sesuatu kegawatan ekonomi yang tenat (seperti yang terjadi pada tahun 1997-1998), penyelesaian ekonomi sahaja ternyata tidak mencukupi kerana seperti yang kita sedia maklum akan hubung kait ekonomi dan etnisiti amat rapat. Ertinya, jika masalah ekonomi terjadi, maka dengan sendirinya masalah ini akan menjadi masalah etnisiti. Maka sebarang penyelesaian terhadap sesuatu masalah ekonomi di Malaysia mesti diambil kira impaknya terhadap hubungan etnik. Hubungan timbal balik antara ekonomi dan etnisiti merupakan satu ciri penting sistem sosial Malaysia yang hingga sekarang masih bertahan dengan baik, sehingga mendapat pujian daripada beberapa negara mundur, membangun dan maju di dunia hari ini. Malahan, beberapa negara telah menjadikan Malaysia sebagai negara contoh. Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dengan latar belakang sejarah, keturunan, budaya, agama dan kepercayaan serta cara hidup dan nilai hidup yang berbeza. Dasar penjajah British telah menggalakkan kemasukan imigran asing (dari China dan India) ke Malaysia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 untuk mengembangkan sistem ekonomi penjajah. Orang Cina digalakkan datang kerana keperluan sebagai tenaga buruh di sektor perlombongan bijih timah. Orang India pula sebagai sumber tenaga buruh dalam sektor perladangan.Kedua-dua sektor ekonomi (perlombongan & perladangan) adalah tulang belakang ekonomi British di negara ini. Kehadiran imigran asing telah melahirkan masyarakat berbilang
17

kaum di Malaysia; setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi, tempat tinggal dan sistem persekolahan yang berbeza. Kepelbagaian etnik di Malaysia telah mempengaruhi Perkembangan dan mencorakkan pembangunan Melayu, politik Cina di Negara dan ini. India

Politik

Kepartian

Sebelum penubuhan parti-parti politik, kesedaran politik di kalangan penduduk berbilang kaum telah lahir. Di kalangan orang Melayu, telah bermula kesedaran berteraskan keagamaan, kemudian berkembang kepada pembentukan persatuan kenegerian dan seterusnya pertubuhan bercorak politik sebelum penubuhan parti politik. Kesedaran politik orang Cina dan orang India berteraskan kepada pergolakan politik di negara China & India sebelum lahirnya parti politik kaum itu sendiri di Tanah Kesedaran Kebangsaan dan Politik Orang Melayu. Melayu

Kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu dapat dikesan sejak zaman Kesultanan Melaka, apabila bermulanya penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511. Telah berlaku penentangan penduduk dan pemimpin tempatan terhadap penjajahan dan perjuangan untuk mempertahankan bangsa dan kerajaan. Perjuangan penduduk dan pemimpin tempatan diteruskan untuk menentang penjajah British pada Pada awal abad ke-20, telah lahir kesedaran berteraskan agama di kalangan orang Melayu. Kesedaran itu wujud hasil daripada pengaruh gerakan islah di Asia Barat terhadap sekumpulan ulama dari Tanah Melayu. Mereka ini dikenali sebagai Kaum Muda dalam masyarakat Melayu. Golongan ini bukan sahaja mengajar di rumah, surau dan masjid, tetapi juga mendirikan sekolah agama yang dikenali sebagai madrasah.

Sehingga tahun 1930 belum wujud sebuah pertubuhan yang dapat memperjuangkan kepentingan politik orang Melayu. Yang wujud hanya pertubuhan dan persatuan yang bertujuan melahirkan kesedaran orang Melayu supaya memajukan diri mereka dalam aspek sosioekonomi. Antaranya Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan pada 14 Mei 1926 oleh sebilangan orang Melayu Singapura yang berpelajaran Inggeris. Perjuangan utama KMS adalah untuk memperbaiki kedudukan sosioekonomi orang Melayu dan memupuk kecenderungan mereka dalam bidang politik. Perjuangan politik yang jelas di kalangan orang Melayu berlaku pada akhir tahun 1930-an. Pada Mei 1937, golongan nasionalis yang berpendidikan Melayu dan dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia telah
18

menubuhkan parti politik iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Ibrahim bin Haji Yaakob. Pertubuhan ini didaftarkan sebagai satu pertubuhan yang sah pada Ogos 1938. KMM adalah pertubuhan politik Melayu yang pertama di Tanah Melayu. Penubuhannya adalah hasil kesedaran sekumpulan nasionalis Melayu tentang perlunya penyatuan di kalangan orang Melayu. Kesedaran Dan Kegiatan Politik Orang Cina

Berbeza dengan orang Melayu, kegiatan politik orang Cina dan India di Tanah Melayu berdasarkan kepada peristiwa politik di negara asal mereka, China dan India. Ini kerana kedatangan mereka ke Tanah Melayu pada awalnya hanyalah untuk mencari kekayaan sebelum kembali ke negara asal mereka. Budaya berpersatuan Penubuhan telah Parti diamalkan Politik oleh orang Cina Cina sejak Dan di China. India

Melayu,

United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan oleh orang Melayu kesan daripada bantahan terhadap rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946. Kelahiran UMNO adalah hasil cetusan semangat kebangsaan orang Melayu dalam memperjuangkan kepentingan dan hak-hak mereka di bawah Rancangan Malayan Union. Melihat kepada perkembangan politik di Tanah Melayu, orang Cina menubuhkan parti mereka. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) dimulakan pada satu majlis makan malam di rumah Yong Shook Lin pada 15 Disember 1948. Pada peringkat awal, MCA lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sosial dalam membantu orang Cina menghadapi zaman Darurat di Tanah Melayu. Orang India menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) pada Ogos 1946. MIC diketuai oleh John A. Thivy (19461947). Penubuhannya bertujuan untuk membantu dan memperjuangkan

kepentingan politik, ekonomi dan sosial orang India di Tanah Melayu. UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan Malayan Chinese Association (MCA) dalam membentuk Perikatan UMNO-MCA dalam menghadapi persaingan politik di Tanah Melayu. Kerjasama itu kemudian diperkukuhkan dengan penyertaan Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun 1954 dan membentuk Perikatan UMNO-MCA-MIC. Perikatan telah berjaya dalam pilihanraya & dapat mengukuhkan kedudukannya ke arah memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Intipati daripada huraian tersebut ialah hubungan etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia dan seterusnya mewarnai
19

kehidupan harian smua rakyat Malaysia. Cuma, seluas dan sedalam manakah pengetahuan setiap rakyat Malaysia mengenai dinamika yang menjadi landasan proses hubungan etnik tersebut, iaitu pengetahuan yang melewati pandangan mata kasar . Untuk mengukur erat longgarnya perpaduan etnik di Malaysia bukan suatu tugas yang mudah berbanding dengan menilai kepesatan pertumbuhan ekonomi negara. Dalam bidang ekonomi, kita mampu menjelaskan bagaimana kita membina asas ekonomi yang kukuh dan akhirnya mampu menempatkan kedudukan ekonomi pada tahap yang dihormati di seluruh dunia. Kenyataan ini mudah disokong oleh angka pertumbuhan ekonomi yang sihat. Sebaliknya, petunjuk dalam bidang hubungan etnik kita masih memerlukan suatu pendekatan yang mudah difahami, mantap dan realitistik untuk menghuraikan kejayaan Malaysia secara umum dalam mengekalkan keharmonian antara kaum.

Walaupun kita menghadapai kesukaran dalam mengukur tahap perpaduan nasional, namun negara-negara asing seluruh dunia masih melihat Malaysia secara perbandingan sebagai sebuah negara yang berjaya mewujudkan hubungan etnik yang harmonis. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa pemilihan Malaysia beberapa tahun lalu sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mempunyai kaitan langsung dengan prestasi baik ekonomi dan kestabilan politiknya yang terbina dalam acuan hubungan etnik yang harmonis. Kesimpulannya,secara keseluruhan pembnagunan ekonomi yang

dirancangkan oleh kerajaan sejak merdeka telah membawa hasil yang sangat positif.Ekonomi yang dahulunya berasaskan pertanian telah berubah kepada ekonomi yang berorientasikan industry eksport dan k-ekonomi.Kadar pertumbuhan ekonomi indeks kualiti hidup rakyat yang mencatatkan peningkatan positif adalah kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia.Di samping itu,pembangunan ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan positif dalam konteks hubungan etnik.SEcara umum,kemiskinan tanpa mengira golongan etnik sudah dapat diatasi.Manakala penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara golongan etnik menjadi seimbang turut mencatatkan hasil yang positif.Dalam kehidupan sdeharian pula,proses urbanisasi yang berlangsung seiring dengan proses pembnagunan ekonomi telah menyebabkan proses perpaduan terus

berlangsung.Selain itu,konsep Islam Hadhari juga memainkan peranan dalam


20

hubungan etnik.Dimana tujuan utama Islam Hadhari adalah untuk memperkasakan umat Islam dalam menghadapi cabaran dunia semasa. Namun demikian, ia tidak melibatkan umat islam sahaja apabila dilihat dalam konteks masyarakat plural di Malaysia. Ia juga bertujuan melahirkan insan yang mempunyai kekuatan moral inovatif, memandang ke hadapan, mampu berdikari, memandang tinggi budaya integriti dan membenci rasuah, sistem penyampaian pentadbiran negara yang cekap tanpa mengira golongan etnik.Pelaksanaan konsep keadilan dan amanah dalam pentadbiran dengan menjalankan pemerintahan yang tidak membezakan etnik, warna kulit, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Matlamat dasar

pembentukan masyarakat Hadhari adalah untuk membangunkan warga Malaysia menurut acuan kita sendiri; berasaskan masyarakat yang majmuk. Ia telah diperkasakan melalui 10 prinsip utama yang digariskan oleh Perdana Menteri kita.Selain itu,bagi memantapkan hubungan etnik sentiasa terjalin masyarakat dan kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.Antaranya ialah Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integkrasi dan Integrasi Nasional yang telah merancang pelbagai strategi seperti strategi politik,ekonomi,pendidikan,penggunaan Bahasa Kebangsaan

,agama,kebudayaan,media masa dan lain-lain.Manakala peranan masyarakat pula ialah seperti rukun tetangga,rumah terbuka,program di institusi pengajian tinggi dan banyak lagi.Melalui strategi dan aktiviti ini akan menjamin kerukunan dan akan mewujudkan keharmonian dalam hubungan etnik.

21

You might also like