Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 91

PSS3104 Geografi Persekitaran

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)


MOD KURSUS DALAM CUTI IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

MODUL PENGAJIAN SOSIAL PSS3104 GEOGRAFI PERSEKITARAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada November 2009

PSS3104 Geografi Persekitaran

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii

PSS3104 Geografi Persekitaran

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2009 Bahagian Pendidikan Guru Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia

iii

PSS3104 Geografi Persekitaran

KANDUNGAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul ) Tajuk Pembelajaran Tajuk 3: Sistem Fizikal dan Kaitannya dengan Manusia 3.1 Sinopsis 3.2 Hasil Pembelajaran 3.3 Kerangka Tajuk Sub Tajuk 1 : Sistem Atmosfera Sub Tajuk 2 : Hidrosfera Sub Tajuk 3 : Litosfera Tajuk 4: Geografi Manusia dan Kaitannya dengan Aspek Sosial dan Ekonomi 4.1 Sinopsis 4.2 Hasil Pembelajaran 4.3 Kerangka Tajuk Sub Tajuk 1 : Sumber Sub Tajuk 2 : Penduduk Sub Tajuk 3 : Kegiatan Manusia dan Pembangunan Ekonomi Sub Tajuk 4 : Perbandaran Bibliografi Panel Penulisan Modul iv

MUKA SURAT
ii ii v vi viii ix

1 1 2 2 2 31 33 34 34 34 34 35 38 45 63 69 71

PSS3104 Geografi Persekitaran

Panel Pemurnian Modul Lampiran A : Ikon

73 75

PSS3104 Geografi Persekitaran

vi

PSS3104 Geografi Persekitaran

PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. vii

PSS3104 Geografi Persekitaran 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

viii

PSS3104 Geografi Persekitaran

Pengenalan

Modul ini disediakan dengan tujuan membantu pelajar-pelajar PGSR dalam mata pelajaran Geografi Persekitaran (PSS3104). Tajuk yang dipilih untuk modul pembelajaran kendiri ini ialah Sistem Fizikal dan Kaitan Dengan Manusia dan tajuk kedua ialah Geografi Manusia dan Kaitan Dengan Aspek Sosial dan Ekonomi. Kedua-dua tajuk ini merangkumi 15 jam (1 Kredit) pembelajaran. Di samping itu tajuk Kemahiran Geografi (Alat mengukur unsur cuaca dan iklim) akan dilaksanakan dalam bentuk Online Learning (OLL). Modul pembelajaran kendiri ini menyediakan nota untuk membantu kefahaman para pelajar. Turut sama disediakan ialah senarai bahan rujukan. Anda diminta merujuk bahan-bahan tersebut untuk kefahaman yang lebih mantap. Selain itu, anda juga digalakkan membaca bahan tambahan seperti majalah, jurnal, buku, dan internet. Aktiviti dan latihan juga disediakan untuk menguji kefahaman. Dua aspek yang diberikan penekanan dalam latihan di akhir setiap tajuk ialah pengujian kefahaman serta kemampuan mengaplikasikan kefahaman anda.

Selamat belajar.

ix

PSS3104 Geografi Persekitaran

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma) Bil Tajuk / Topik Interaksi Bersemuka (jam) 3 Modul (jam) Jumlah Jam 3

Kepentingan Geografi dalam Kurikulum Pengajian Sosial Kepentingan Geografi dalam kurikulum sekolah Aspek ilmu dan kemahiran Geografi dalam organisasi ruang dan kehidupan manusia Geografi sebagai satu disiplin dalam Pengajian Sosial

Kemahiran Geografi dan Kaitan dengan Organisasi Ruang (spatial) dan Kehidupan Manusia Kemahiran Geografi Kedudukan (lokasi) dan kaitan dengan ruang Skala dan jarak Arah Graf Peta

Alat mengukur unsur cuaca dan iklim dan kemahiran menggunakan Jangkasuhu dan alat pelindung Stevenson Tolok hujan Barometer Higrometer Penunjuk arah angin x

OLL (5)

PSS3104 Geografi Persekitaran Bil 3 Tajuk / Topik Anemometer 9 3 Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jumlah Jam

Sistem Fizikal dan Kaitan dengan Manusia Pengaruh sistem atmosfera terhadap perubahan bentuk muka bumi Interaksi sistem atmosfera dengan kegiatan manusia Kesan proses semulajadi atmosfera ke atas bentuk muka bumi Halangan-halangan unsur atmosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya Pengaruh sistem hidrosfera terhadap perubahan bentuk muka bumi Interaksi sistem hidrosfera dengan kegiatan manusia Kesan proses semulajadi hidrosfera ke atas bentuk muka bumi Halangan-halangan unsur hidrosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya Proses semulajadi dalam sistem litosfera ke atas muka bumi Interaksi sistem litosfera dengan kegiatan manusia Kesan proses semulajadi litosfera ke atas bentuk muka bumi Halangan-halangan unsur litosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya Proses semulajadi dalam sistem biosfera ke atas muka bumi Interaksi sistem biosfera dengan kegiatan manusia Kesan proses semulajadi biosfera ke atas bentuk muka bumi xi

PSS3104 Geografi Persekitaran Bil Tajuk / Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jumlah Jam

Halangan-halangan unsur biosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya

Geografi Manusia dan Kaitan dengan Aspek Sosial dan Ekonomi Penduduk dan sumber : Taburan dan kepadatan penduduk serta faktor yang mempengaruhinya Hubung kait antara penduduk dan sumber semula jadi Kegiatan Manusia dan Pembangunan ekonomi Jenis kegiatan ekonomi Pelbagai kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan negara Perkembangan bandar dari segi ruang, sosial dan ekonomi Hubung kait antara perkembangan bandar dengan ruang Halangan-halangan dalam perkembangan bandar dan langkah mengatasinya

Amali Membincang Teknik-Teknik Pemetaan dalam Geografi Teknik Geografi Kartografi Kuantitatif Kualitatif Remote sensing GIS (Geographic Information System) Map reading xii 6 6

Teknik kerja lapangan

PSS3104 Geografi Persekitaran Bil 2 Tajuk / Topik Kecerunan cerun 2 2 Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jumlah Jam

Merancang Kerja Lapangan dalam Geografi Persediaan awal kerja lapangan Menentukan tempat, kewangan, keselamatan, pengangkutan, tempat tinggal, makanan Kebenaran pihak-pihak yang terlibat termasuk kebenaran ibu bapa

Menjalankan Kajian Luar Melalui KaedahKaedah Pemerhatian Memerhati ciri-ciri fizikal dan manusia secara mendalam di sesuatu kawasan Memerhati ciri-ciri budaya berkaitan dengan geografi kemanusian Merancang item untuk ditemu bual Melaksanakan temu bual dengan responden Merekod temu bual Menganalisis temu bual Menyediakan soalan yang berkaitan dengan masalah kajian Melaksanakan soal selidik Menganalisis dapatan soal selidik Menyediakan dan menyenarai rujukan yang lengkap dari pelbagai sumber berkaitan kajian Mengenal pasti kawasan kajian yang boleh menggunakan kaedah pengukuran Menyediakan peralatan untuk kerja pengukuran

15

15

Temu bual -

Soal selidik -

Rujukan -

Pengukuran -

Memproses dan Mempersembahkan Maklumat Pemeprosesan maklumat xiii

PSS3104 Geografi Persekitaran Bil Tajuk / Topik Mengkategorikan bahan-bahan verbatim (dari temu bual) Membina jadual daripada data mentah Mengukur / mengira: jarak, bearing, keluasan, unsur-unsur cuaca Melukis carta / rajah / grafik daripada jadual Melukis peta: melukis sendiri pelan, peta lakar dan peta lain yang berkaitan Menyediakan carta bar, bi-polar graphers, multi-factor, carta pai dan graf taburan Mentafsir maklumat membuat huraian dan penjelasan tentang maklumat yang dikaji Menganalisis maklumat Merumus maklumat Menyampaikan maklumat / dapatan berbentuk penulisan Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jumlah Jam

Persembahan hasil / laporan -

Contoh tajuk yang boleh dijalankan kajian luar: - Dampak alam sekitar dari aktiviti manusia penempatan dan perumahan, pengangkutan dan komunikasi, pertanian, perlombongan dan perindustrian - Aspek geografi fizikal dan budaya di kawasan kajian. Contoh o Kaitan antara bentuk muka bumi dengan kegiatan ekonomi, petempatan; kaitan iklim dengan kegiatan ekonomi JUMLAH 45 15 60

xiv

PSS3104 Geografi Persekitaran

TAJUK 3

SISTEM FIZIKAL DAN KAITANNYA DENGAN MANUSIA

SINOPSIS Salam sejahtera kepada para pelajar Pengajian Sosial. Tahniah! kerana dapat dipertemukan sekali lagi dalam pengajaran melalui Modul. Kali ini para pelajar akan diperkenalkan dengan mata pelajaran Geografi Persekitaran (PSS3104). Saya harap bahan modul ini akan dapat membantu para pelajar bagi memahami isi keseluruhan bagi kursus Geografi Persekitaran. Untuk meneruskan pembacaan adalah diharapkan para pelajar dapat mengingat kembali isi pelajaran yang telah dipelajari di dalam pertemuan dengan pensyarah di kuliah yang lepas. Dalam pengajaran kali ini, pelajar akan mempelajari berkaitan sistem fizikal dan kaitannya dengan manusia. Antara sub tajuk yang terkandung dalam tajuk ini ialah pengaruh sistem atmosfera terhadap perubahan bentuk muka bumi (BMB), interaksi sistem atmosfera dengan kegiatan manusia, kesan proses semula jadi atmosfera ke atas BMB, halanganhalangan unsur atmosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya, pengaruh sistem hidrosfera terhadap perubahan BMB, interaksi sistem hidrosfera dengan kegiatan manusia, kesan proses semula jadi hidrosfera ke atas BMB, halangan-halangan ubsur hidrosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya, proses semula jadi dalam sistem litosfera ke atas BMB, interaksi sistem litosfera dengan kegiatan manusia, kesan proses semula jadi litosfera ke atas BMB, halangan-halangan unsur sistem litosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya.

PSS3104 Geografi Persekitaran

HASIL PEMBELAJARAN 1. 2. Menerangkan bagaimana hidosfera, biosfera,dan litosfera ini saling berkaitan dan saling bergantungan antara satu dengan lain. Meramal bagaimana perubahan dalam persekitaran semulajadi memberi implikasi kepada manusia.

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Sistem Fizikal dan Kaitan dengan Manusia

Atmosfera

Hidrosfera

Litosfera

Pengaruh sistem terhadap BMB. Interaksi sistem dengan kegiatan manusia. Kesan proses semula jadi ke atas BMB. Halangan-halangan unsur terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya.

Sub Tajuk 1: Sistem Atmosfera

Struktur dan Kandungan Atmosfera Para pelajar yang dihormati, tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan atmosfera? Apakah yang terkandung dalam atmosfera? Dan bagaimana sistem atmosfera boleh mempengaruhi kehidupan manusia

PSS3104 Geografi Persekitaran

dan perubahan bentuk muka bumi?. Sekarang mari sama-sama kita melihat dan mengkaji apa yang dimaksudkan dengan atmosfera. Atmosfera ialah lapisan udara yang mengelilingi bumi yang menampung kehidupan di darat dan udara. Atmosfera mengandungi campuran gas-gas nitrogen (78%), oksigen (21%), argon (0.3%), karbon dioksida (0.03%) manakala selebihnya adalah gas-gas yang jarang ditemui seperti helium, hidrogen, neon, dan xenon yang meliputi 0.01% bahagian atmosfera. Air dalam atmosfera wujud dalam bentuk wap air, awan, hujan, hujan beku, hujan batu, fros, kabus dan kabut. Selain itu terdapat zarah-zarah yang sukar dilihat oleh mata kasar seperti abu, debu, jerebu, spora, bakteria, dan bahan pencemaran yang lain. Semakin tinggi aras atmosfera dari permukaan bumi, semakin nipis udara. Kandungan oksigen juga menjadi semakin kurang. Ini menyebabkan manusia semakin sukar bernafas. Atmosfera terbahagi kepada empat lapisan iaitu troposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera, dan exosfera (Rajah 1). Troposfera merupakan lapisan atmosfera yang paling rendah dengan permukaan bumi. Tebalnya kira-kira 16 km; di Khatulistiwa dan 10 km di kutub. Jika kita yang berada di permukaan bumi dan melihat ke atas akan kelihatan awan dan langit jenis itu biru. berada sebagai Sebenarnya di dalam kita itu gugusan awan yang berbagai troposfera fahamkan manakala biru

melampaui atmosfera bumi.

PSS3104 Geografi Persekitaran

Rajah 1: Lapisan atmosfera

Segala fenomena cuaca seperti ribut, hujan, awan mendung, (haze) petir, itu jerebu

semuanya wujud dalam lapisan troposfera. Sekiranya anda biasa atau berpeluang menaiki jet, anda dapati jet terbang pada tinjah (altitude) 16 000 hingga 30 000 meter supaya ianya bebas daripada gangguan cuaca yang terdapat di lapisan troposfera. Lapisan yang dilalui oleh jet itu adalah stratosfera (10 hingga 80 km dari permukaan bumi). Di atas lapisan stratosfera ialah lapisan-lapisan mesosfera dan termosfera di mana kepadatan udara semakin merosot. Jadual 2: Lapisan Atmosfera dan Ketinggian
Lapisan Atmosfera Troposfera Stratosfera Mesosfera Termosfera Exosfera Jarak / Ketinggian 0 hingga 10 km 10 hingga 80 km 80 hingga 402 km 402 hingga 996 km 997 ke atas

Konsep Cuaca dan Iklim Cuaca dan iklim merujuk kepada fenomena sama, iaitu suhu, hujan, angin, kelembapan udara di sesuatu tempat. Namun begitu dari segi tempoh masa dan keluasannya adalah berbeza. Cuaca merujuk kepada fenomena harian yang sentiasa berubah mengikut tempat dan masa. Misalnya cuaca di tempat A mungkin tidak sama dengan tempat B walaupun jaraknya hanya beberapa kilometer sahaja. Cuaca di
4

PSS3104 Geografi Persekitaran

tempat A itu juga mungkin berbeza antara pagi, tengah hari, dan senja. Manakala iklim pula adalah tetap dan amat jarang berubah dalam tempoh yang singkat. Iklim sebenarnya merujuk kepada purata unsur-unsur cuaca seperti suhu, hujan, kelembapan udara dalam tempoh 35 tahun dan iklim meliputi skala yang luas seperti sebuah negara atau rantau/wilayah. Oleh itu antara iklim dan cuaca berbeza dari segi ruang dan masa. Cuaca dilihat dalaam tempoh masa yang pendek dan ruang yang kecil manakala iklim dilihat dalam tempoh masa yang panjang (35 tahun) dan ruangnya adalah luas.

Unsur-unsur Cuaca dan Iklim

Kelambapan udara

Suhu

Kerpasan

Awan

Unsur-unsur Cuaca dan Iklim

Angin

Tekanan Udara

1.

Suhu. Suhu bermaksud darjah kepanasan udara di sesuatu tempat. Darjah kepanasan udara ini datangnya dari sinar matahari atau bahangan matahari yang mempunyai tenaga haba di dalamnya. Antara sinar matahari yang sampai ke bumi ialah seperti sinar ultra unggu
5

PSS3104 Geografi Persekitaran

(sinar lembayung), sinar infra red, sinar gamma dan juga sinar X. Sinar matahari yang paling banyak membawa tenaga haba ialah sinar infra red. Apabila tenaga haba disesuatu tempat bertambah, maka udara di dalamnya akan menjadi panas dan indeks suhu akan meningkat. Indeks suhu ini diukur dalam unit darjah celcius dengan menggunakan alat Termometer Six. Termometer Six diguna untuk mencatat nilai suhu maksimum dan nilai suhu minimum pada setiap hari. 2. Kerpasan. Kerpasan merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku. Unsur kerpasan yang paling penting ialah hujan. Hujan terjadi akibat proses pemeluwapan atau kondensasi. Akibat sejatan di permukaan air, wap-wap air akan naik ke atmosfera. Dengan adanya nukleus kondensasi seperti garam galian atau bahan pencemar udara maka wap-wap air akan bercantum antara satu sama lain, menjadi berat dan tepu seterusnya turun sebagai hujan atau titisan air. Hujan disukat dengan menggunakan alat Tolok Hujan dan dinyatakan dalam unit millimeter. 3. Kelembapan udara. Kelembapan udara merujuk kepada jumlah wap air yang terdapat dalam udara. Berdasarkan kepada kandungan wap air dalam udara maka udara boleh dikelaskan kepada udara kering (dry air) dan udara lembap (wet air). Kelembapan udara boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu kelembapan mutlak dan kelembapan bandingan. Kelembapan mutlak ialah kandungan wap air yang sebenarnya terdapat dalam udara pada suatu masa. Kelembapan mutlak dinyatakan dalam unit gram semeter padu. Kelembapan bandingan pula ialah nisbah jumlah wap air yang sebenarnya terdapat dalam udara berbanding dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara berkenaan dalam keadaan suhu tertentu. Unit kelembapan udara bandingan biasanya dinyatakan dalam bentuk peratus. Kelambapan udara bandingan dapat disukat dengan menggunakan alat higrometer putar yang mengandungi termometer bebuli kering dan bebuli basah.
6

PSS3104 Geografi Persekitaran

4.

Awan. Awan merupakan titisan air yang sangat halus yang berdiameter antara 0.02 mm hingga 0.06 mm serta terapung-apung di udara. Awan terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang menyebabkan wap air terpeluap di atmosfera. Debu-debu, bahan-bahan pencemar udara, garam galian yang berada di dalam atmosfera bertindak sebagai nukleus kondensasi yang akan menyerap wap-wap air, lalu membentuk awan.

5.

Tekanan udara. Tekanan udara merupakan tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera terhadap permukaan bumi. Pada aras laut, tekanan udara normal ialah kira-kira 1.03 kg/cm bagi setiap permukaan pepejal ataupun cecair yang terdedah kepadanya. Tekanan udara akan berubah-ubah mengikut ketinggian. Udara semakin berkurangan apabila ketinggian bertambah dan kesannya berat udara juga akan berkurangan. Tekanan udara disukat dengan menggunakan alat barometer aneroid dan unitnya dalambentuk milibar (mb) 1 000 mb bersamaan dengan 760 mm.

6.

Angin. Angin adalah udara yang bergerak secara mendatar. Angin bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah. Arah tiupan merujuk kepada arah dari mana angin itu bertiup. Sebagai contoh, angin monsun barat daya adalah angin yang bertiup dari arah barat daya. Alat yang digunakan untuk menentukan arah angin ialah penunjuk arah angin. Selain daripada arah tiupan, angin juga boleh diukur kadar halaju atau kekuatannya. Alat yang digunakan untuk mengukur halaju angin ialah anemometer dan kesan halaju angin boleh dilihat dengan menggunakan skala angin Beufort.

Latihan Melalui pembacaan anda, lengkapkan perkaitan antara unsur-unsur cuaca.

PSS3104 Geografi Persekitaran

Unsur Cuaca Suhu Kerpasan Kelembapan udara Awan Tekanan Udara Angin

Kaitan dengan Fenomena Cuaca dan Iklim

Fenomena Iklim dan Cuaca Bumi ditetapkan suhunya pada keadaan yang sesuai untuk dihuni. Di kawasan atas atmosfera terdapat lapisan tipis gas-gas yang melitupinya. Gas-gas ini bertindak seperti rumah hijau, ataupun selimut tebal, lantas memerangkap haba daripada terlepas ke angkasa lepas. Ini dikenali sebagai kesan rumah hijau dan berlaku secara semulajadi sepenuhnya.

PSS3104 Geografi Persekitaran

Salah satu elemen terbesar dalam lapisan gas-gas rumah hijau ini ialah karbon dioksida (CO2). Para saintis telah menyimpulkan bahawa jumlah CO2 dalam atmosfera adalah berhubung kait dengan keadaan cuaca dunia. Sebagai contoh, sekiranya dunia sedang berada dalam Zaman Ais ia adalah bersamaan dengan keadaan yang CO2 secara relatifnya sangat sedikit dalam atmosfera. Sebaliknya rekod cuaca menunjukkan bahawa sewaktu tempoh panas secara relatifnya terdapat sejumlah besar CO2 dalam atmosfera.

Faktor Manusia (mempercepatkan perubahan iklim) Pada awal 1700 Abraham Darby telah berjaya menyahkarbon daripada arang batu lalu menukarkannya kepada coke yang lantas memulakan revolusi perindustrian. Sejajar dengan peredaran masa, kita mula membakar bahan api fosil (arang batu, minyak dan gas) dalam kuantiti dan jenis yang lebih banyak. Peradaban manusia sangat bergantung kepada bahan api berkenaan bagi hampir setiap apa yang kita miliki dan lakukan dalam hidup.

PSS3104 Geografi Persekitaran

Kehidupan di bumi adalah berasaskan karbon. Bahan api fosil merupakan tinggalan tumbuhan, pokok dan haiwan yang telah lama mati serta sangat kaya dengan karbon. Membakar bahan api fosil membebaskan CO 2 daripada karbon yang sebelumnya terperangkap di bawah permukaan bumi.

Masalahnya ialah sewaktu kesemua tumbuhan dan haiwan mati dan tertanam berjuta-juta tahun dahulu, iaitu sewaktu suhu di bumi adalah sedikit lebih panas dari masa kini, ianya telah teperangkap bersama karbon. Sistem iklim bumi (atmosfera dan lautan secara bersama) telah menjadi stabil pada suatu kepekatan atmosfera bagi kandungan karbon dioksida. Melepaskan kesemua karbon dioksida yang terperangkap tadi selama tempoh 250 tahun yang lalu pada kadar yang semakin pantas telah menyahstabilkan iklim melalui peningkatan kesan rumah hijau, yakni menjadikan bumi semakin panas.

Harus diingat bahawa bahan api fosil mengambil masa berjuta tahun untuk memerangkap kesemua karbon berkenaan tetapi kita hanya mengambil selama 250 tahun untuk membakar kebanyakannya dan membebaskan begitu banyak sekali CO2.

Lebih banyak maklumat berkenaan perubahan iklim boleh diperolehi di Climatic Research Unit, School of Environmental Sciences, University of East Anglia www.cru.uea.ac. uk.

10

PSS3104 Geografi Persekitaran

Masa Hadapan Walaupun perubahan iklim merupakan suatu proses semula jadi, akibat daripada kekalutan industrialisasi, kita telah mengubah kadar semula jadi perubahan dengan mempercepatkannya secara radikal. Kita telah tiba kepada satu tahap yang kepekatan atmosfera bagi CO 2 telah berubah melepasi apa yang pernah disaksikan bumi selama ini.

Di luar negara, kesan perubahan iklim amat dirasai dengan perbezaan suhu yang ketara dan tingkah laku iklim yang sukar diramal. Di United Kingdom, sejak beberapa tahun yang lepas, suhu terpanas pernah direkodkan. Pada musim panas tahun 2003, rekod kematian di seluruh Eropah meningkat kerana cuaca panas melampau. Kejadian taburan hujan yang ekstrem dijangka akan meningkat, mengakibatkan banjir yang semakin kerap bagi berjuta penduduk. Musim panas pula diramalkan bertambah kering bagi kebanyakan kawasan. Paras laut akan meningkat lebih tinggi lagi tambahan 20 cm menjelang 2050.

Di Malaysia, kesannya kurang dirasai walaupun ianya wujud. Ini kerana kita sudah terbiasa dengan keadaan hujan sepanjang tahun dan panas. Kejadian banjir besar di Johor umpamanya merupakan kesan dari perubahan tekanan udara di atmosfera yang menyimpangkan laluan tiupan taufan yang membawa hujan. Peningkatan suhu di Malaysia diramalkan pada sekitar 0.18OC dalam tempoh sedekad. Bagaimanapun kita harus lebih berjagajaga kerana diramalkan variasi perbezaan hujan adalah di antara -30% hingga +30% dari keadaan sekarang. Ini bermakna jika berlaku kekurangan hujan, kemarau akan berlaku dan lebihan hujan bermaksud banjir akan berlaku. Kedua-duanya tidak baik untuk Malaysia terutamanya dari segi sumber makanan iaitu sektor pertanian.

Perubahan-perubahan ini hanya merupakan suatu permulaan. Dengan bumi semakin panas dan perubahan mula berlaku kepada ciri utama sistem iklim
11

PSS3104 Geografi Persekitaran

dunia, seperti kepingan ais kutub yang mencair atau perubahan corak kitaran lautan, kejutan luar jangka iklim yang pantas boleh terjadi.

Lebih banyak maklumat berkenaan impak perubahan iklim boleh diperolehi di Tyndall Centre for Climate Change Research - www.tyndall.ac.uk

Apa Yang Boleh Dilakukan? Kita mempunyai tiga pilihan: Terus berkelakuan seperti biasa dan belajar untuk menyesuaikan diri, mencari cara bagi menjuruterakan sistem Bumi, atau kita boleh berhenti menggunakan tenaga berasaskan karbon.

Kita telah pun belajar untuk menyesuaikan diri, sebagai contoh dalam cara kita menguruskan sesuatu kawasan pantai. Namun terdapat beberapa impak perubahan iklim yang sangat sukar untuk disesuaikan. Bagaimanakah anda menyesuaikan diri dengan kediaman anda yang dilanda banjir setiap musim tengkujuh berbanding hanya sekali setiap 10 musim tengkujuh? Bagaimanakah anda menyesuaikan diri apabila kediaman dan kehidupan anda lenyap di bawah perut laut?

Beberapa buah fikiran telah dicadangkan untuk menjuruterakan sistem iklim Bumi. Kaedah yang digelar projek geo-kejuruteraan termasuklah menggunakan pembalikan di angkasa bagi memintas pancaran matahari; menyuntik partikel membalik ke dalam bahagian atas atmosfera bagi melakukan perkara yang sama; membaja lautan bagi meningkatkan bilangan organisma yang boleh menyerap CO2; atau memerangkap karbon atmosfera dan menanamkannya dalam ruangan bawah tanah yang dalam. Masalah dengan penyelesaian-penyelesaian ini ialah ketidaktentuan terhadap cara ia berfungsi mereka mungkin bertindak dalam cara yang mengakibatkan masalah lebih dahsyat berbanding masalah asal yang cuba diselesaikan.

12

PSS3104 Geografi Persekitaran

Kita perlu belajar untuk hidup dengan kurang menggunakan bahan api fosil. Kita akan terpaksa melakukannya sekalipun di masa hadapan kerana sumber bahan api fosil adalah terhad. Adalah lebih wajar untuk kita melakukannya sekarang.

Kita tahu yang kita perlu mengurangkan pelepasan CO 2 sebanyak 60% dalam jangkamasa 50 tahun akan datang. Kita tahu yang kita mempunyai teknologi yang boleh digunakan sekarang untuk mencapai matlamat ini. Kita tahu bahawa terdapat teknologi, seperti penggunaan hidrogen sebagai bahan api, yang bakal menjadi perkara biasa dalam beberapa dekad mendatang. Kita mempunyai potensi untuk mengubah kebergantungan kepada bahan api fosil dalam beberapa dekad mendatang dengan menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Para saintis sedang berusaha untuk mendapatkan cara terbaik bagi menggunakan semua alat yang kita ada bagi mengurangkan penggunaan bahan api berasaskan karbon. Teknologi baru rendah karbon yang mana satukah yang benar-benar berfungsi dalam dunia sebenar? Apakah tindakan yang boleh memberikan pengurangan terbanyak pengeluaran CO2? Setakat manakah manusia dapat mengubah gaya hidup untuk mencapai cabaran ini?

Kesan Rumah Hijau dan Penipisan Lapisan Ozon Kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon merupakan dua fenomena yang berbeza tetapi memberikan dampak yang sama ke atas alam sekitar fizikalnya. Kesan rumah hijau merujuk kepada pemerangkapan bahangan matahari oleh lapisan selimut karbon dioksida yang terbentuk di ruang atmosfera. Manakala penipisan lapisan ozon pula merujuk kepada terputusnya ikatan kovalen tiga atom oksigen yang selama ini membentuk lapisan akibat serangan kloroflorokarbon (CFCs) di lapisan atmosfera (Rajah 2).

13

PSS3104 Geografi Persekitaran

Penipisan Lapisan Ozon Ruang berlaku di ruang atmosfera

Kesan Rumah Hijau Ruang berlaku di ruang atmosfera

Punca akibat serangan CFCs dan Punca akibat pengumpulan karbon halon ke atas ikatan oksigen dioksida di udara Mekanisme sinaran UV memutuskan ikatan CFCs dan atom klorin yang bebas memutuskan pula ikatan oksigen dengan ozon-ozon menipis, lebihan tenaga suria memasuki atmosfera menyebabkan pemanasan global. Mekanisme karbon dioksida bertindak sebagai lapisan penebat atmosfera, membenarkan bahangan suria masuk tetapi menghalang pembalikan bahangan bumi. Haba terperangkap / pulau haba dan pemanasan global.

Rajah 2: Perbezaan Konsep Kesan Rumah Hijau Dengan Penipisan Lapisan Ozon

Punca-punca yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

Perindustrian Ujian nuklear Pengangkutan

Pembakaran terbuka

Punca kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon

Penyahutan

Rajah 3: Punca-punca Penyebab Berlakunya Kesan Rumah Hijau dan Penipisan Lapisan Ozon
14

PSS3104 Geografi Persekitaran

Sektor perindustrian merupakan penyebab utama berlakunya kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Sektor perindustrian banyak membebaskan chloroflorokarbon, halon, karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida, metana, dan lain-lain telah menjadi agen utama menghakis dan menipiskan lapisan ozon serta membentuk selimut atmosfera. Antaranya ialah industri pencuci dan pelarut, industri pendingin udara, industri keluaran foam, dan industri aerosol atau propellan.

Selain perindustrian, gas-gas rumah hijau juga dikeluarkan dari kenderaan akibat pembakaran yang tidak lengkap dalam sistem enjinnya iaitu mengeluarkan mengeluarkan banyak karbon monoksida. Juga aktiviti penyahutanan yang menyebabkan lebihan karbon dioksida dalam udara. Aktiviti pembakaran terbuka seperti di kawasan pelupusan sampah, di kawasan pertanian, pembakaran hutan yang berlaku secara semula jadi seperti letusan gunung berapi, juga menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida di atmosfera.

Di kawasan kutub selatan khususnya di benua Antartika, lapisan ozon bukan sahaja menipis tetapi telah berlaku kebocoran sehingga terbentuk lubanglubang ozon (ozon holes). Ini adalah kesan daripada tindakan manusia yang menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak untuk ujian pelancaran roket dan peluru berpandu yang sebahagian besarnya dilakukan oleh Rusia dan Amerika Syarikat.

Latihan Setelah anda membaca teks di atas cuba nyatakan apakah sebab-sebab berlakunya kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon?
_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 15 _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

PSS3104 Geografi Persekitaran

Kesan fenomena penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau terhadap sistem alam sekitar fizikal.

Untuk pelajaran seterusnya, sekarang mari kita lihat apakah kesan fenomena penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau terhadap sistem alam sekitar fizikal. Terdapat berbagai dampak atau kesan negatif yang boleh dilihat akibat fenomena kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Antarnya ialah pemanasan global. Peningkatan suhu berlaku di semua skala sama ada skala mikro seperti pulau haba bandar atau skala makro meliputi indeks suhu wilayah dan suhu benua. Dunia dikatakan semakin hari semakin panas. Dari sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global memberi makna wujud ketidakseimbangan dalam bajet haba bumi-matahari. Input haba yang terpaksa diterima oleh bumi berlebihan berbanding dengan output haba yang dikeluarkan.

Kesan Ke Atas Sistem Geomorfologi Kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon akan menyebabkan peningkatan kadar luluhawa khususnya luluhawa fizikal, pertambahan kadar hakisan seterusnya boleh mengubah landskap sesuatu kawasan misalnya kawasan gurun panas. Pemanasan suhu dunia pastinya mempercepatkan proses pemanasan batuan. Batuan yang panas lebih cepat mengembang dan seterusnya memudahkan berlakunya penyepaian fizikal. Di kawasan gurun panas keadaan akan menjadi semakin kontang dan gersang. Ini akan mempercepatkan hakisan layangan angin menghakis dan
16

PSS3104 Geografi Persekitaran

mengangkut bahan batuan yang sudah tersepai dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti pecahan prismatik, granul serta kelupasan ke kawasan-kawasan pinggiran gurun (sub gurun), lama kelamaan kawasan gurun tersebut semakin luas. Kombinasi antara luluhawa fizikal dan hakisan layangan angin yang menyebabkan saiz gurun semakin membesar menghala ke pinggirannya dinamakan sebagai fenomena penggurunan ( desertification). Walau bagaimanapun, fenomena penggurunan ini sebahagiannya juga disebabkan penyahutanan oleh manusia di kawasan sepadan gurun untuk pelbagai tujuan seperti pembukaan kawasan pertanian dan penternakan, namun secara semula jadi, proses tersebut berlaku berpunca daripada pemanasan global. Sebagai contoh hampir semua gurun di Afrika dan Asia Tengah seperti Gurun Sahel, gurun Sahara, Gurun Turkestan, Gurun Namibia, dan Gurun Gobi sedang mengalami fenomena penggurunan ini. Kesan yang paling besar ialah ke atas pencairan ais benua dan ais pergunungan tinggi. Kewujudan lubang ozon di benua Antartika misalnya sudah tentu boleh mencairkan litupan ais di kawasan tersebut kerana pancaran matahari khususnya UV diterima oleh permukaan ais tanpa halangan. Dalam jangka masa yang panjang cairan ais akan membanjiri laut, meningkatkan isipadu dan paras air laut seterusnya menambahkan kadar hakisan oleh ombak. Kawasan-kawasan pantai lebih cepat terhakis manakala kawasan-kawasan yang pamah dan rendah seperti negara Belanda dan Bangladesh akan mudah ditenggelami. Natijahnya daratan akan menjadi semakin kecil. Adalah dianggarkan jika kesemua litupan ais di benua Antartika yang setebal 1.6 kilometer itu mencair, maka seluruh benua Eropah akan tenggelam. Begitu juga dengan litupan ais pergunungan tinggi seperti di puncak Everest, Banjaran Himalaya, Banjaran Alps, Andes, Rocky, Cotopaxi dan lain-lain. Peningkatan suhu dunia boleh mencairkannya, membentuk sungai-sungai
17

PSS3104 Geografi Persekitaran

glasier yang besar dan menambahkan kadar hakisan ragutan serta lelasan yang seterusnya mempercepatkan kejadian tanah runtuh, runtuhan tebing, salji runtuh, gelangsaran dan sebagainya yang berkaitan dengan proses gerakan jisim di kawasan iklim sejuk.

Kesan Ke Atas Sistem Atmosfera Sistem atmosfera atau sistem klimatologi (iklim dan cuaca) juga turut tidak terlepas daripada mengalami kesan akibat rumah hijau dan penipisan lapisan ozon apatah lagi fenomena tersebut terjadi di dalam ruang atmosfera bumi. Kesan terbaru yang boleh dibincangkan di sini ialah menggalakkan kejadian El-Nino. Walaupu el-Nino adalah fenomena semula jadi tetapi peningkatan suhu dunia turut juga dialami oleh suhu lautan. Kadar kanaikan suhu lautan khususnya lautan Pasifik akan menjadi lebih cepat. Sebagai contoh antara September 1997 hingga Disember 1997, suhu Lautan pasifik telah bertambah sebanyak 5 darjah celcius dari 25 menjadi 30 darjah celcius dan ia meliputi kawasan seluas 8 000 kilometer persegi. Kenaikan suhu lautan Pasifik telah menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah. Keadaan ini telah melemah, menggubah atau menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini membawa hujan yang lebat di bahagian barat pasifik meliputi negara-negara Asia Tenggara. Sebaliknya hujan turun di tengah Lautan Pasifik tidak seperti yang sepatutnya berlaku di daratan Asia Tenggara. Natijahnya negara-negara tersebut mengalami cuaca panas dan kemarau yang terik akibat kekurangan hujan. Situasi ini mendorong berlakunya kebakaran hutan secara semula jadi sekaligus menyebabkan pula jerebu sepertimana yang dialami di Indonesia dan Malaysia pada akhir tahun 1997. Pada masa yang sama negara-negara di timur lautan pasifik seperti Ecuador, Peru, Chile, Mexico, dan Brazil akan mengalami ribut taufan, hujan lebat, dan banjir berikutan daripada perubahan
18

PSS3104 Geografi Persekitaran

angin timuran yang menuju ke negara-negaranya. Pemanasan global yang menambahkan kekerapan dan kekuatan kejadian El-Nino itu telah berupaya mengubah cuaca dunia dari kelazimannya menjadi tidak menentu dan amat sukar diramal. Pada skala mikro seperti kawasan bandar pemanasan global akan menyebabkan kejadian pulau haba bandar. Dengan terbentuknya lapisan selimut karbon dioksida di ruang atmosfera bandar telah menyebabkan tenaga matahari terperangkap. Selimut karbon dioksida tersebut membenarkan sinar lembayung masuk tetapi menghalangnya keluar. Kitar tenaga berlaku pada ruang atmosfera yang sama, lama kelamaan akan memanaskan udara dalam bandar berkenaan. Oleh kerana suhu atau kepanasan di bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan pinggir atau kawasan luar bandar maka ia seolah-olah pembentukan sebuah pulau yang panas di bandar di kelilingi oleh suhu yang sejuk di luar bandar. Rentetan daripada kejadian pulau haba juga akan mempercepatkan proses sejatan dan kehilangan wap-wap air dalam atmosfera. Udara bandar akan menjadi kering (dry air), situasi ini amat menggalakkan pembentukan jerebu apabila partikulat-partikulat terampai seperti debu, habuk, asap, dan lain-lain memenuhi ruang udara tersebut. Contoh bandar-bandar utama dunia yang mengalami pulau haba adalah seperti New York, London, paris, Tokyo dan sebagainya. Di Kuala Lumpur, suhu di pusat bandar adalah tiga darjah celcius lebih tinggi berbanding dengan kawasn pinggirnya seperti kawasan Gombak, Selayang, dan Baatu Caves. Di kawasan garis lintang tinggi seperti di tropika kering dan subtropika pula akan meningkatkan kejadian kemarau dan kekontangan / kegersangan sehingga imbangan antara sejatan dengan kerpasan menjadi negatif, iaitu kadar sejatan melebihi daripada kadar hujan yang turun. Hujan mungkin turun
19

PSS3104 Geografi Persekitaran

sekali sekala sahaja. Manakala di kawasan hawa sederhana seperti negaranegara Eropah yang mengalami empat musim, tempoh ke empat-empat musim tersebut menjadi tidak seimbang lagi. Pastinya musim panas lebih panjang daripada musim bunga, luruh dan musim dingin.

Kesan Ke Atas Sistem Hidrologi Kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global dan akan mengakibatkan gangguan keseimbangan kitaran hidrologi, pengurangan kuantiti air benua, regim wilayah daripad sumbersumber sungai, tasik, kolam, dan proses transpirasi tumbuhan.

Ini kerana kadar sejatan permukaan berlaku dengan cepat, tidak sepadan dengan bekalan air yang ada misalnya daripada sumber hujan, embun, kabus, kabut, dan lain-lain. Gangguan ke atas kitaran hidrologi memungkinkan sungai, tasik dan kolam tidak mempunyai bekalan air secukupnya atau lebih kritikal lagi punca-punca tersebut mengalami kekeringan air. Sungai akan berhenti mengalir, empangan kering dan manusia juga merasai bahananya. Di samping itu simpanan air tanah juga akan berkurangan, paras mata air dalam tanah akan menurun, sistem akuifer kehabisan sumber air dan akhirnya kawasan-kawasan tadahan tidak berfungsi lagi. Situasi ini sudah pasti menganggu bekalan air yang tetap pada sungai, sungai juga akan kekeringan air. Di kawasan-kawasan gurun panas dan tropika kering peningkatan suhu yang berlebihan (keadaan kontang yang berlebihan) membolehkan garam-garam galian dari dalam tanah ditarik ke permukaan atau hampir-hampir permukaan bumi dalam bentuk larutan (air bercampur garam) menerusi daya tarikan kapilari. Garam-garam galian ini seperti kalsium kerbonat akan ditinggalkan di permukaan manakala airnya akan tersejat ke udara.
20

PSS3104 Geografi Persekitaran

Peninggalan dan pengumpulan garam di permukaan akhirnya akan membentuk lapisan yang keras dan kematu yang dikenali dengan berbagai nama seperti hardpan, caliche dan duripan bergantung kepada kepelbagaian jenis garam yang membentuknya. Di kawasan iklim sejuk dan sederhana yang menerima pengaruh salji, proses yang sebaliknya akan berlaku. Pemanasan global menyebabkan kuantiti cairan ais akan bertambah, lebih cepat memasuki sungai dan mengalir limpahkan seterusnya membanjiri kawasan-kawasan yang rendah. Dalam konteks keseimbangan sistem sungai, keadaan ini dianggap sebagai satu gangguan yang menyebabkan tahap keseimbangan ( equalibirium) sungai tersebut sudah tidak seimbang lagi. Input air yang berlebihan yang terpaksa diterima oleh sungai menyebabkan pula luahan ( discas) di bahagian muara adalah juga berlebihan.

Latihan

Untuk mengingati kembali pelajaran lepas, cuba para pelajar nyatakan apakah kesan fenomena penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau terhadap sistem alam sekitar fizikal.
1. _____________________________________________________________ 2. _____________________________________________________________ 3. _____________________________________________________________

Konsep Pencemaran Udara dan Jerebu Pencemaran udara merujuk kepada kehadiran bahan pencemar udara khususnya gas-gas rumah hijau. Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai kehadiran satu atau lebih daripada bahan cemar seperti gas-gas,
21

PSS3104 Geografi Persekitaran

bahan berbau, habuk, zarah, debu, dan sebagainya di dalam atmosfera yang mana ia boleh mengubah kuantiti, kualiti dan sifat atmosfera tersebut dan akhirnya boleh memberikan kesan negatif sama ada kepada manusia tumbuhan, binatang serta persekitaran fizikal sesuatu kawasan. Bahan pencemar udara ini boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan utama seperti berikut: Zarah (particulate matter) Sebatian-sebatian yang mengandungi unsur sulfur Sebatian-sebatian yang mengandungi unsur nitrogen Sebatian organik Karbon monoksida dan karbon dioksida Sebatian-sebatian yang mengandungi unsur hologen Sebatian-sebatian berradioaktif.

Jerebu (haze) merupakan partikel-partikel (partikulat) terampai seperti debu, asap, dan habuk di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Ia terbentuk di dalam keadaan udara kering dan udaranya stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera di sesuatu kawasan. Walaupun partikulat terampai menjadi penyumbang utama kepada masalah jerebu tetapi terdapat juga komponen-komponen lain yang turut memudaratkan lagi keadaan cuaca berjerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, dan plumbum. Di Malaysai tahap kualiti udara ditunjukkan oleh The Malaysian Air Quality Index (MAQI) ATAU Indeks Pencemaran Udara. Skala indeks pencemaran udara, tahap kualiti udara dan kesan kesihatan manusia dapat di lihat dalam Jadual 1 di bawah. Jadual 1: Skala indeks pencemaran udara, status kualiti udara dan kesan kesihatan manusia
Skala Indeks IPU Status Kualiti Udara 22 Kesan Kesihatan Manusia

PSS3104 Geografi Persekitaran

0 - 50 51 - 100 101 - 200

Baik Sederhana Tidak sehat

Tiada masalah kesihatan Kesan terhadap kesihatan minimum Gangguan ringan terhadap mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti asma dan alahan Gejala pada orang yang berpenyakit paru-paru dan jantung adalah sederhana. Pesakit paru-paru dan jantung akan mendapat serangan dan gejala dengan mudah. Toleransi senaman akan menurun walaupun pada orang-orang yang sihat.

201 - 300

Sangat tidak sihat

301 - 500

Berbahaya

Lebih daripada 501

Darurat diisytiharkan

boleh Risiko ancaman nyawa pada mereka yang berpenyakit, kanak-kanak dan orang tua.

Sumber: Jabatan Kaji Cuaca Punca-punca Jerebu dan Pencemaran Udara Punca Semula Jadi i. Letupan gunung berapi seperti letupan Gunung Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara. ii. Asap dan habuk dari kebakaran secara semula jadi seperti di kawasan hutan akibat kilat / petir dan cuaca panas melampau. Misalnya di kawasan padang rumput Savana yang kering. iii. Tiupan debu atau ribut debu yang terdapat di kawasan gurun yang tandus serta gersang yang terdedah kepada angin kencang seperti kawasan gurun tropika. Misalnya layangan habuk dan debu halus dari Gurun Gobi ke dataran utara di Negeri China dan debu oren yang meliputi bandaraya

23

PSS3104 Geografi Persekitaran

Merlbourne, Australia datangnya dari gurun di kawasan tengah Australia. Punca-punca Buatan Manusia i. Sumber pembakaran bahan api. Sumber yang paling penting ialah datangnya daripada stesen-stesen jana kuasa serta alatalat pembakaran bahan api yang lain termasuk dandang ( boiler) dann relau (furnaces). Sumber-sumber ini mengeluarkan sulfur dioksida, nitrogen oksida, dan juga partikel-partikel halus. ii. Sumber industri memproses. Sumber yang terpenting

termasuklan kilang simen, kilang logam kilang kimia, kilang kuari, kerja-kerja yang berkaitan dengan batu-bata, seramik dan asbestos. Selain daripada partikel-partikel terampai seperti debu, habuk, zarah-zarah halus sumber pencemaran industri juga merangkumi plumbum, kadium, raksa, hidrogen sulfida, florida dan sebagainya. iii. Sumber bergerak. Meliputi kenderaan bermotor yang

merupakan sunber utama pencemaran udara di kawasan bandar. Ekzos kereta-motor ini mengeluarkan bahan-bahan pencemaran seperti karbon monoksida, karbon dioksida, plumbum, dan hidrokarbon hasil pembakaran bahan apinya yang tidak lengkap terutama sekali minyak disel dan petrol berplumbum. iv. Bahan-bahan sisa bandaran. Meliputi amalan pembakaran terbuka di kawasan-kawasan pelupusan sisa pepejal. Amalan pembakaran ini khususnya oleh kerajaan tempatan akan menghasilkan partikel-pertikel halus, bau busuk, dan asap toksid di samping gas-gas asid seperti hidrogen klorida. v. Industri yang berasaskan kayu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan
24

PSS3104 Geografi Persekitaran

serpihan

kayu

biasanya

dilupuskan

secara

dibakar.

Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang semuanya boleh menambah-burukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu (Jadual 4).

Jadual 4: Kandungan Jerebu dan Pencemaran Udara Serta Sumber Pengeluarnya


Kandungan Jerebu dan Pencemaran Udara Parikulat terampai Sumber Pengeluarnya Asap kebakaran hutan, pembakaran terbuka, debu letusan gunung berapi, perlepasan asap kenderaan khususnya yang berkuasa disel serta logi tenaga dan kilang. Letusan gunung berapi, logi tenaga, industria berat dan enjin disel. Logi tenaga, industri menggunakan dioksida bahan api fosil, sumber kenderaan bergerak khususnya yang menggunakan minyak disel dan berplumbum. Logi tenaga, bermotor. industri berat dan kenderaan berasaskan

Sulfur dioksida Karbon monoksida dan karbon

Nitrogen dioksida Plumbum

Industri tertentu dan cat yang plumbum serta sumber kenderaan.

25

PSS3104 Geografi Persekitaran

Kesan-kesan Pencemaran Udara dan Jerebu Terdapat banyak kesan negatif akibat pencemaran udara dan jerebu sama ada terhadap manusia secara khusus atau persekitaran fizikal amnya. Partikulat-partikulat terampai dalam udara boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Di samping boleh mengubah cuaca tempatan, menjejaskan kualiti air (hujan asid), mengotorkan bangunan dan mengurangkan jarak penglihatan yang boleh membantutkan pula kegiatan ekonomi sekiranya ia sampai ke tahap merbahaya dan kritikal. Kajian-kajian saintifik telah menunjukkan beberapa komponen di dalam jerebu boleh membawa pelbagai jenis penyakit kepada manusia (Jadual 5).

Jadual 5: Kesan Setiap Komponen Utama Dalam Jerebu Ke Atas Kesihatan Manusia

Komponen Utama Jerebu Karbon monoksida

Kesan Ke Atas Kesihatan Manusia Melemahkan pengecutan jantung serta merendahkankan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah. Mengurangkan keupayaan beriadah dan memberhaya bagi pengidap penyakit jantung yang kronik. Meruncingkan lagi masalah penyakit yang sedia ada terutamanya bronkitis. Menganggu saluran pernafasan pengidap penyakit asma dan batuk. Merangsang hidung dan tekak terutamanya yang mengidap asma. Meningkatkan jangkitan penyakit melalui udara. Merosakkan sistem saraf dan otak. Meruncingkan penyakit paru-paru dan jantung, mengubah ketahanan badan melawan bahan yang disedut dan merosakkan tisu paru-paru terutamanya yang berpenyakit jantung dan paru-paru yang kronik.

Sulfur dioksida

Nitrogen dioksida

Plumbum Partikulat terampai

26

PSS3104 Geografi Persekitaran

Kesan jerebu ke atas persekitaran ialah boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerak cahaya matahari yang dikenali sebagai serakan Mie. Jarak penglihatan bergantung kepada kebolehan mata untuk melihat objek atau mengenalinya kerana objek akan berada dalam keadaan yang berbeza pada latar belakang yang berbeza. Ia juga bergantung kepada pemindahan haba dari atmosfera. Apabila sesuatu objek tidak dapat dibezakan dengan latarbelakangnya maka pandangan menjadi kabur. Keupayaan mata untuk melihat semakin berkurangan akibat halangan dari penyerapan dan penyerakan partikulatpartikulat terampai di dalam udara. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan menganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat. Risiko kemalangan seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Jerebu juga memberi kesan negatif kepada sektor pertanian. Selimut jerebu telah menghalang kemasukan cahaya matahari proses yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan fotosintesis. Kesannya

tumbesaran tumbuhan, pendebungaan, penghasilan buah berkurangan. Unsur-unsur dalam jerebu juga mengandungi unsur-unsur yang boleh memusnahkan tumbuhan semula jadi seperti unsur fluoridan. Kesihatan haiwan juga akan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuhtumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.

27

PSS3104 Geografi Persekitaran

Hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Partikulat terampai terutamanya yang mengandungi unsur sulfur dan nitrogen boleh bertindak sebagai nukleus kondensasi untuk menarik wap-wap air yang ada di dalam udara bercantum dan membesar bersama-samanya turun sebagai hujan asid. Hujan asid nilai ini boleh merosakkan tanah dan tanaman air dan tumbuhan, menganggu meningkatkan keasidan sekaligus

keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara. Hujan asid juga boleh melunturkan warna bangunan, mempercepatkan pengkaratan dan menganggu kesihatan manusia.

Langkah-langkah Menangani Masalah Jerebu Dan Pencemaran Udara Pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Usaha ini dilakukan dengan cara menyembur larutan garam iodid ke dalam gumpalan awan komulusnimbus. Larutan garam bertindak sebagai nukleus kondensasi menarik wap-wap air dalam awan bagi tujuan mempercepatkan pembentukan hablur air. Mengenakan tindakan undang-undang dan denda kepada syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan pembersihan ladang kaedah tebang dan bakar secara tidak sah. Pengurangan penggunaan kenderaan persendirian. Orang ramai digalak menggunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta untuk ke tempat kerja Menggunakan sumber tenaga alternatif untuk mengganti petrol dan disel seperti tenaga biomass, tenaga hidro, solar dan lain-lain. Kerajaan Malaysia telah meluluskan beberapa tindakan drastik bagi menangani masalah jerebu sekiranya indeks IPU mencapai ke tahap tidak sihat antara (101-200). Langkah-langkah drastik tersebut ialah:
28

PSS3104 Geografi Persekitaran

(a)

Meningkatkan kadar bayaran letak kereta di kawasan bandar, mengurangkan tambang pengangkutan awam, dan mewajibkan perkongsian kereta.

(b)

Mengarahkan pihak berkuasa tempatan memastikan semua kawasan kuari menggunakan alat pemancut air untuk mengurangkan debu, manakala industri yang mengeluarkan bahan terampai seperti wap air dan sebatian organik mudah terpeluwap (VOC) mengurangkan pengeluaran bahan tersebut.

(c)

Menutup sekolah serta menghadkan kemasukan kenderaan persendirian ke pusat bandar terutama di Lembah Klang apabila IPU mencapai tahap bahaya.

Peraturan dan kaedah Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) merupakan satu langkah awal yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar. Semua projek khususnya industri yang hendak dijalankan mestilah terlebih dahulu menyediakan satu laporan kajian empirikal mengenai kemungkinan kesan yang akan timbul terhadap alam sekitar yang berpunca daripada pelaksanaan projek tersebut.

Penentuan tentang zon sempadan (buffer zones) di antara kawasan industri dengan kawasan perumahan juga telah ditetapkan. Jelas sekali kawasan industri tidak boleh bercampur aduk dengan kawasan kediaman. Zon sempadan mempunyai kelebaran antara 200 meter hingga tiga kilometer bergantung kepada jenis-jenis industri yang hendak dilokasikan. Di dalam kawasan sempadan tersebut perlu dikekalkan dengan tumbuhan asal atau jika tidak ada ia perlu ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan.

Perancangan penempatan sesuatu jenis industri juga mesti mengambil kira aspek topografi sesuatu kawasan. Lokasi sesebuah kilang yang berpotensi mengeluarkan bahan pencemar yang banyak seperti kilang kelapa sawit dan getah tidak digalakkan diletakkan di kawasan tanah rendah yang biasanya mengalami tiupan angin lemah ataupun ulangan
29

PSS3104 Geografi Persekitaran

kejadian olak suhu yang tinggi. Ini kerana angin lemah tidak mampu menyerakkan atau memindahkan bahan-bahan pencemaran tersebut ke kawasan yang lebih jauh untuk dibersihkan oleh udara yang lembap atau hujan. Bagi mengurangkan kadar pencemaran udara yang disebabkan oleh sumber kenderaan kereta motor, langkah-langkah berikut boleh diambil: (a) Menggantikan enjin dua lejang untuk motorsikal dengan enjin empat lejang. Enjin dua lejang sebenarnya mengeluarkan lebih banyak bahan hidrokarbon tidak terbakar dan karbon monoksida jika dibandingkan dengan enjin empat lejang. (b) Menggurangkan penggunakan bahan bakar enjin berplumbum untuk kenderaan dengan menggantikannya kepada petrol tanpa plumbum. (c) Menggantikan kenderaan bermotor yang lama kepada yang baru dengan menggunakan suntikan bahan api yang lebih mesra alam seperti menggantikan kenderaan enjin disel kepada enjin yang menggunakan gas asli. (d) Menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti bas,

komuter, transit aliran ringan (LRT) di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. (e) Merealisasikan kempen berkongsi kereta terutamanya di bandar besar. Bagi mengatasi masalah pembakaran terbuka, beberapa langkah boleh diambil misalnya mengekalkan larangan sebarang bentuk pembakaran terbuka. Dalam konteks pelupusan sisa pepejal pula alternatif lain haruslah difikirkan dan tidak semestinya dilupuskan melalui pembakaran
30

PSS3104 Geografi Persekitaran

semata-mata. Antaranya ialah dengan cara menimbus ke dalam tanah, menjadikannya sebagai baja kompos di samping mengitar semula sisa-sisa pepejal yang terbuang yang mungkin boleh diguna-pakai lagi.

Aktiviti Setelah membaca beberapa bahan bacaan yang dicadangkan. Cuba anda isikan pengurusan grafik di bawah untuk mendapat kefahaman yang lebih tekal.

Apakah langkahlangkah untuk mengatasi rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

31

PSS3104 Geografi Persekitaran

Sub Tajuk 2: Sistem Hidrosfera Hidosfera terdiri daripada air di lautan, tasik sungai, air bawah tanah dan ais termasuk ais apung (iceberg). Kebanyakkan daripada air tertumpu di lautan yang meliputi kira-kira 71 peratus daripada permukaan bumi. Purata kedalaman lautan ialah 3 790 meter.

Ais apung (iceberg) juga merupakan pembekal kepada air tawar dunia.

Tahukah anda kadar pencairan ais apung di kedua-dua kutub pada ketika ini? Apa akan terjadi sekiranya ais apung terus mencair?

Tahukah anda di mana letaknya poin yang paling dalam di lautan? Poin yang paling dalam ialah Chalengger Deep yang dalamnya ialah 11 033 meter di bawah paras laut. Air wujud sebagai wap air, cecair dan pepejal. Kebanyakkan wap air terdapat di atmosfera. Lautan menyimpan kebanyakan
32

PSS3104 Geografi Persekitaran

air dalam bentuk cecair. Air masin terdiri daripada 97.2 peratus air di dunia, manakala air tawar hanya 2.8 peratus.

Jika Gunung Everest dan Challengger Deep diselarikan pada satu garisan, jarak maksimum di antara kemuncak gunung dan dasar laut ialah _________ meter.

Air yang terdapat dalam atmosfera adalah penting. Air tersebut menampung semua organism alam hayat. Ia bukan sahaja membekal air kepada manusia, binatang dan tumbuhan tetapi juga memain peranan dalam proses luluhawa (weathering) dan hakisan. Selain daripada iti air lautan dapat menyederhanakan cuaca dan iklim benua.

Latihan

Nyatakan apakah sebab berlakunya pencemaran air? ... ... ... .. ..

Sub Tajuk 3 : Sistem Litosfera Litosfera ialah lapisan bumi yang paling luar. Ia hanya meliputi 30 peratus permukaan bumi. Lapisan ini terdiri daripada kerak bumi dan sebahagian daripada mantel atas. Litosfera berada sekitar 100 hingga 800 meter daripada paras laut. Gunung Everest (8 848 meter) merupakan puncak paling tinggi di dunia, manakala pantai Laut Mati (Dead Sea) pula adalah tanah paling rendah. Ia berada 396 meter di bawah paras laut. Batuan yang terdedah
33

PSS3104 Geografi Persekitaran

daripada tindakan luluhawa akan menghasilkan tanih. Litosfera penting kerana: Tanih diperlukan untuk bercucuk tanam dan membekalkan nutrien kepada tumbuhan semula jadi. Litosfera kaya dengan pelbagai mineral yang dilombong untuk kepentingan manusia. Tanih menjadi habitat pelbagai hidupan liar.

TAJUK 4

GEOGRAFI MANUSIA DAN KAITAN DENGAN ASPEK SOSIAL DAN EKONOMI

Sinopsis Tajuk ini memperkenalkan konsep Geografi Manusia serta kaitan dengan persekitarannya. Penekanan adalah kepada proses-proses interaksi manusia dengan sumber semulajadi, konsep kependudukan yang mempunyai kaitan dengan kepelbagaian kegiatan ekonomi. Tumpuan juga terhadap aspek pembangunan yang berhubung kait dengan aspek ruang, sosial serta ekonomi semasa dan akan datang. Modul ini kursus ini. diharap dapat membantu pelajar mendapat pemahaman dan kesedaran yang lebih baik terhadap

34

PSS3104 Geografi Persekitaran

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Sub Tajuk 1: Sumber Sumber mempunyai pengertian yang amat luas. Ia boleh ditakrifkan sebagai

HASIL PEMBELAJARAN 1. Menghuraikan Geografi Manusia dan kaitannya dengan aspek sosial dan ekonomi.

2. Meramal bagaimana perubahan dalam persekitaran semulajadi memberi implikasi kepada manusia. semua bahan yang bermanfaat dan berguna kepada manusia. Tanggapan terhadap sumber sebagai sesuatu yang memenuhi keperluan manusia berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain dan juga melalui masa. Bahan yang dianggap sebagai sumber oleh sesebuah masyarakat itu, tidak semestinya merupakan sumber kepada masyarakat lain. Begitu juga dengan bahan yang tidak dianggap sebagai sumber pada suatu ketika dahulu, kini sudah menjadi sumber penting kepada keperluan manusia. Perubahan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor utama seperti perubahan dalam teknologi, ekonomi, politik, institusi, amalan sosial dan juga masa. Ketiadaan teknologi canggih pada suatu ketika dahulu telah menyebabkan banyak sumber semula jadi tidak dapat ditemui dan diterokai. Ketiadaan
35

PSS3104 Geografi Persekitaran

teknologi canggih sedikit masa dahulu menyebabkan banyak bahan sisa atau buangan tidak dikitar semula. Kini, kertas, surat khabar,kotak kertas,tin aluminium bekas minuman, barangan plastik seperti komponen kereta dan sebagainya telah dapat diguna semula melalui proses kitar semula. Di sesetengah negara maju, sampah-sarap tidak lagi dibakar secara terbuka atau dilonggokkan di tempat pelupusan sampah. Tetapi dijadikan sebagai bahan bakar untuk mengeluarkan tenaga elektrik. Begitu juga dengan habuk gergaji yang satu ketika dahulu dibuang begitu sahaja, kini dijadikan bahan mentah dalam perusahaan perabot. Secara umumnya sumber terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

Rajah 6: Jenis-jenis Sumber


Aktiviti

36

PSS3104 Geografi Persekitaran

Sumber Alam Sumber alam atau sumber asli terbentuk secara semula jadi dan pembentukannya mengambil masa yang terlalu lama. Contohnya pembentukkan petroleum mengambil masa berjuta tahun lamanya. Antara contoh lain semula jadi ialah air, udara, mineral, hutan, dan tanah. Sumber alam amat berguna kepada manusia kerana tanpanya kita tidak dapat memenuhi keperluan kita yang pelbagai. Sumber alam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

Rajah 7: Kategori Sumber Alam

AKTIVITI

rRajah 8: Kategori Sumber

Latihan

37

PSS3104 Geografi Persekitaran

1. Jelaskan definisi jenis-jenis sumber. 2. Nyatakan contoh bagi setiap kategori jenis sumber. 3. Senaraikan kepentingan jenis-jenis sumber kepada manusia.

Keinginan manusia untuk terus maju dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pencapaian ekonomi negara menyebabkan banyak sumber baharu diterokai. Ini menyebabkan pergantungan dan saling kaitan manusia dengan sumber bertambah kuat. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa teknologi ialah pemangkin kepada perubahan tanggapan terhadap sumber dan ini dipercepat lagi dengan kemampuan ekonomi. Teknologi pengairan yang maju dan ekonomi yang kukuh telah menampakkan beberapa buah kawasan kontang yang terbiar suatu ketika dahulu di beberapa negara di Timur Tengah kini telah menjadi kawasan tanaman yang maju lagi produktif.

Sub Tajuk 2 : Penduduk Konsep Taburan dan Kepadatan Penduduk Taburan penduduk bermaksud sebaran atau tompokkan penduduk di sesuatu kawasan samada ianya padat, sederhana dan kurang penduduk. Taburan ini adalah tidak sama antara sebuah Negara, negeri atau kawasan dengan Negara, negeri dan kawasan lain.

Peta 1 : Taburan Penduduk Dunia Mengikut Kawasan

38

PSS3104 Geografi Persekitaran

Mengumpul Maklumat

Berdasarkan taburan penduduk dunia, kenal pasti kawasan-kawasan mengikut kepadatan Taburan Penduduk Kawasan berpenduduk Padat Kawasan sederhana Padat
39

Kawasan

Kawasan Kurang Penduduk

PSS3104 Geografi Persekitaran

Peta 2: Taburan penduduk Asia Tenggara mengikut kawasan

Mengumpul Maklumat

Berdasarkan taburan penduduk Asia Tenggara, kenal pasti kawasankawasan mengikut kepadatan. Taburan Penduduk Kawasan berpenduduk Padat Kawasan sederhana Padat Kawasan Kurang Penduduk Kawasan

40

PSS3104 Geografi Persekitaran

Peta 3 : Taburan Kepadatan Penduduk Malaysia Mengikut Kawasan

Mengumpul Maklumat

Berdasarkan taburan penduduk mengikut kepadatan. Taburan Penduduk Kawasan berpenduduk Padat Kawasan Sederhana Padat Kawasan Kurang Penduduk

Malaysia, kenal pasti kawasan-kawasan

Kawasan

41

PSS3104 Geografi Persekitaran

Rajah 9: Faktor Mempengaruhi Taburan Penduduk

Pertumbuhan Penduduk Dalam geografi penduduk, istilah pertumbuhan penduduk digunakan dalam erti kata yang meliputi bilangan perubahan penduduk yang mendiami sesuatu kawasan pada masa tertentu, tidak kira sama ada perubahan itu negatif atau positif. Kadar pertumbuhan penduduk dunia yang cepat hanya berlaku dalam pertengahan abad ke-17. Sungguhpun data pertumbuhan penduduk tidak diperoleh, dianggarkan kadar pertumbuhan tahunan penduduk bertambah dua kali ganda di antara tahun 1650 dengan 1850, berganda lagi dalam tahun 1920 dan sejak tahun itu penduduk terus meningkat. Menjelang tahun 1970, kadar pertumbuhan penduduk pada kadar 2.0 peratus setahun. Pertumbuhan tahunan penduduk dunia hari ini dianggarkan melebihi 90 juta orang dan sekiranya kadar ini berterusan, penduduk dunia akan bertambah enam kali ganda dalam jangka masa 100 tahun. Menjelang tahun 2025 dianggarkan penduduk dunia berjumlah 8.5 bilion orang.
42

PSS3104 Geografi Persekitaran Kenapa benua Asia Mengalami pertumbuhan penduduk yang begitu pesat? Negara manakah pertumbuhannya paling pesat?

Namun begitu tidak semua benua mengalami arah alir kadar pertumbuhan penduduk yang sama. Kadar pertumbuhan penduduk yang mendadak dan pesat banyak dialami oleh benua Asia dan benua Afrika. Trend petumbuhan di benua Asia merupakan separuh daripada pertumbuhan penduduk

dunia.

Perbincangan

Kadar pertumbuhan penduduk adalah merujuk kepada satu angka yang dapat menunjukkan suatu arah pertambahan penduduk samada pesat, perlahan, static atau berkurangan di sesebuah Negara pada sesuatu masa tertentu. Angka ini diukur dalam unit peratus atau per seribu orang. Contohnya kadar pertumbuhan penduduk Malaysia pada tahun 2008 adalah 2.3% atau per 1000 = 23/1000 orang penduduk. Negara sedang membangun biasanya mencatat kadar pertumbuhan penduduk yang lebih tinggi berbanding dengan Negara lebih maju. Kadar pertumbuhan penduduk dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu: a) Pertumbuhan semula jadi atau kadar pertumbuhan kasar b) Pertumbuhan bersih yang mengambil kira perbezaan nilai antara imigrasi dengan emigrasi

Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia

Pertumbuhan

penduduk

di

sesebuah

negara

dikira

dengan

menggunakan formula:
43

PSS3104 Geografi Persekitaran

Kadar pertumbuhan penduduk = Kadar pertumbuhan semulajadi + kadar 1. Kira kadar pertumbuhan penduduk Malaysia pada tahun 2001 sekiranya jumlah penduduk 22 845 200 orang, bilangan kelahiran = 670 450 orang dan bilangan kematian 115 250 orang.

2. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk di Malaysia. migrasi bersih Kadar pertumbuhan semulajadi = Peratus kadar kelahiran Peratus kadar kematian Pertumbuhan penduduk = Jumlah kelahiran jumlah kematian Jumlah penduduk x 1000

Kadar kelahiran = Jumlah kelahiran dalam setahun Jumlah penduduk Kadar kematian = Jumlah kematian dalam setahun Jumlah penduduk Migrasi bersih = Migrasi masuk - Migrasi keluar

x 1000

x 1000

Latihan

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia

44

PSS3104 Geografi Persekitaran

Hubung kait Antara Penduduk dan Sumber

Aku Aku nak nak Tanya Tanya kau kau sikit, sikit, kau kau rasa rasa mana mana penting penting antara antara manusia manusia dengan dengan sumber sumber alam alam.

Entahlah, Entahlah, sama-sama sama-sama penting penting kot kot

45

PSS3104 Geografi Persekitaran

Manusia

sebagai

pengguna

kepada

sumber

semulajadi

akan

cuba

menggunakan pelbagai cara terhadap alam sekitar. Seringnya manusia akan bertindak terhadap apa jua sumber seperti tanah-tanih, air, hutan, air dan sebagainya. Penerokaan terhadap kepelbagaian sumber ini secara tidak langsung telah mewujudkan pengubahan ke atas sistem alam sekitar fizikal yang memberi impak ke atas alam sekitar. Sejak bermulanya manusia, sumber merupakan sesuatu yang amat penting, tanpa sumber alam, manusia tidak dapat meneruskan kehidupan begitu juga dengan pembangunan ekonomi, tanpa sumber yang mencukupi pembangunan ekonomi sesebuah Negara akan terbantut. Sumber mempunyai pelbagai kepentingan kepada manusia, contohnya sumber air. Sumber air sangat penting bagi kegunaan domestik, pertanian, perindustrian, kuasa hidroelektrik, pengangkutan, sumber makanan dan protein serta sebagainya

Sub Tajuk 3: Kegiatan Manusia dan Pembangunan Ekonomi Pembangunan ekonomi adalah melibatkan pelbagai kegiatan manusia yang meliputi sektor pertanian, perikanan, perhutanan, perlombongan, perindustrian dan perkhidmatan Adakah anda fikir negara kita akan berada di tahap ini sekiranya sektor-sektor tersebut tidak diuruskan dengan baik? Setiap sektor ini sebenarnya mempunyai isunya yang tersendiri. Fokus pertama dalam topik ini adalah berkisarkan sektor pertanian, perikanan dan perhutanan. Aspek-aspek yang akan dibincangkan ialah ciri-ciri, isu dan masalah, dampak terhadap sumber dan alam sekitar dan kajian kes di Malaysia. Fokus kita yang kedua pula adalah terhadap kedudukan industri perlombongan dan jenis industri dalam ekonomi negara-negara dunia, perubahan penggunaan sumber tenaga dan mineral kerana faktor penduduk, teknologi, ekonomi dan sosial dan dampak perlombongan dan perindustrian terhadap alam sekitar. Seterusnya kita akan membincangkan jenis-jenis
46

PSS3104 Geografi Persekitaran

industri perkhidmatan dan sumbangan kepada ekonomi negara serta proses perbandaran.

Perbincangan Anda dikehendaki membuat pembacaan dan nota ringkas tentang elemenelemen yang dinyatakan bagi setiap jenis kegiatan ekonomi dibawah.

Rajah 10: Jenis Kegiatan Ekonomi

Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Pertanian, perikanan dan perhutanan merupakan antara aktiviti ekonomi utama dalam sektor primer. Pertanian dijalankan menggunakan sumber tanah yang subur, perikanan menangkap sumber hidupan akuatik marin dan perhutanan pula mengeksploitasi kawasan hutan. Kemajuan dan perkembangan aktiviti tersebut boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sumber alam yang berkaitan hingga ke satu tahap kehabisan atau kepupusan. Ciri-ciri, Isu dan Masalah Pertanian, Perikanan dan Perhutanan (a) Pertanian

Sebelum revolusi perusahaan, lebih kurang 90% daripada penduduk dunia adalah petani. Pada masa itu, pertanian merupakan sumber pendapatan
47

PSS3104 Geografi Persekitaran

utama penduduk. Pada zaman ini, hanya di kawasan Tropika sahaja masih terdapat ramai penduduk yang masih terlibat dalam bidang pertanian. Contohnya seperti di Filipina, Indonesia, Myanmar, Vietnam dan Kemboja. Di Malaysia, pertanian melibatkan aktiviti menghasilkan tanaman dan juga ternakan. Jenis-jenis Sistem Pertanian Terdapat empat jenis sistem pertanian yang dijalankan disesebuah negara.

Rajah 11: Jenis-jenis Sistem Pertanian

Pertanian Pindah Pertanian pindah juga dikenali sebagai pertanian sara diri. Pertanian pindah biasanya dijalankan di kawasan pedalaman di lereng-lereng bukit terpencil atau di tanah-tanah tinggi. Pertanian ini dikenali dengan pelbagai nama mengikut Negara. Keluasan tanah adalah kecil iaitu antara 0.5 - 1.0 hektar. Jenis tanaman yang sering di tanam adalah tanaman yang kaya dengan karbohidrat seperti sekoi dan jagung. Pelbagai cara seperti gabungan
48

PSS3104 Geografi Persekitaran

kegiatan memburu dan memungut disertai dengan penanaman pelbagai tanaman berubi dan bijirin diusahakan. Hasil pertanian adalah untuk keperluan petani dan keluarganya sahaja. Jika ada lebihan, hasil tersebut akan ditukarkan dengan keperluan lain seperti parang dan cangkul. Kerjakerja menanam adalah primitif dan menggunakan alat mudah seperti tugal. Pertanian Sara Diri Intensif Pertanian ini dijalankan secara giat setempat untuk keperluan keluarga dan lebihan hasil akan dijual. Jenis pertanian ini adalah lebih maju berbanding dengan pertanian pindah. Keluasan tanah adalah kecil iaitu antara satu hingga 1.5 hektar sahaja. Namun begitu, hasil pengeluaran setiap unit tanah adalah agak tinggi. Pertanian ini merupakan sistem pertanian yang paling maju di Asia seperti di Negara Vietnam, Thailand dan Malaysia. Pertanian ini terdiri daripada tanaman monokultur iaitu penanaman padi sawah sahaja di atas tapak yang sama tetapi berbeza dari segi musim dan tanaman multikultur iaitu tanaman padi sawah dengan tanaman jagung, sayur-sayuran dan buah-buahan. Pertanian Pekebun Kecil Pertanian pekebun kecil bersifat separuh komersial, campuran antara hasil perkebunan untuk jualan dengan hasil untuk diguna oleh keluarga. Pertanian jenis ini merupakan pertanian bukan bijirin. Ia melibatkan campuran pertanian tradisional dan moden. Jenis tanaman jualannya adalah seperti kelapa sawit, getah dan tanaman buah-buahan dan lain-lain. Jenis pertanian ini berselerak di kawasan perkampungan tradisional yang dimiliki individu mengikut lokasi tanah masing-masing dengan keluasan tanah adalah kurang daripada 40 hektar (100 ekar) atau 10 hektar. Sistem pertanian berkelompok ini sangat popular di Malaysia. Perladangan Ekstensif

49

PSS3104 Geografi Persekitaran

Perladangan ekstensif ini bersifat komersial sepenuhnya, berskala besar, kos tinggi, pengurusan sistematik, berorientasikan pasaran dan keuntungan. Di Malaysia perladangan ekstensif ini dimiliki oleh kerajaan (FELDA, FELCRA) dan pelabur asing (Guthrie). Lokasi perladangan ekstensif ini biasanya terletak di kawasan hutan yang diteroka secara besar-besaran. Contohnya seperti di KEJORA iaitu di kawasan Tenggara Johor. Dari segi modal dan pemilikan, modal besar digunakan dalam membiayai kos pengurusan, penyeliaan, gaji buruh, pembelian dan penjagaan jentera serta kos pembangunan dan penyelidikan (R&D). Keluasan kawasan ladang adalah melebihi 40 hektar (100 ekar). Jenis perladangan ini juga dikenali sebagai pertanian dagangan. Hasil pertanian ladang adalah seperti getah, koko, lada hitam dan hasilnya dijual sama ada di dalam negara atau di luar negara. Jenis tanaman adalah bersifat monokultur. Tenaga buruh juga digunakan dalam semua peringkat bermula dari kerja pembersihan tapak ladang, kerja pembajaan, penanaman, penjagaan, pengutipan hasil dan penghantaran ke kilang. Jenis pertanian ini di uruskan secara korporat, sistematik dan moden, mementingkan ciri-ciri keuntungan. Contohnya seperti FELDA.

Layari Internet dan lengkapkan jadual dibawah: INFO: Kepentingan atau Sumbangan Sektor Pertanian : Membekalkan sumber makanan kepada penduduk Menyumbangkan kepada pendapatan penduduk dan eksport Negara Menyediakan peluang pekerjaan kepada sebilangan besar penduduk Membantu memajukan sektor ekonomi yang berkaitan Memajukan infrastruktur dan pembangunan sesuatu kawasan
50

Meningkatkan penggunaan dan pembangunan taknologi


PSS3104 Geografi Persekitaran

Ciri-ciri Pertanian Peralatan

Pertanian Sara diri Tradisional cangkul, binatang dll

Pertanian Kebun Kecil

Pertanian Komersial atau Ladang

Modal Hasil Keluaran Teknologi Tenaga buruh

Sederhana, milik keluarga

Teknologi moden

Isu / Masalah Pertanian Terdapat beberapa masalah yang timbul sebenarnya akibat daripada pelbagai aktiviti pertanian. Antara masalah-masalahnya adalah seperti yang dapat anda lihat dalam Rajah dibawah:

51

PSS3104 Geografi Persekitaran

Rajah 12 : Masalah-masalah Utama Kegiatan Pertanian

Masalah Ancaman Fizikal Negara-negara Asia Pasifik yang beriklim tropika lembap dan khatulistiwa sering mengalami bencana alam seperti banjir, letupan gunung berapi, serangan perosak serta penyakit tanaman. Contohnya di Malaysia, ancaman banjir yang sering berlaku pada bulan November hingga Mac akibat daripada tiupan angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat ke pantai timur Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri-negeri Terengganu dan Kelantan. Masalah Tanah Terdapat masalah-masalah tanah yang menyebabkan produktiviti pertanian merosot. Antaranya ialah saiz tanah yang tidak ekonomik atau saiz tanah terlalu kecil. Amalan pecahan tanah secara pusaka menyebabkan tanah luas menjadi semakin kecil sehingga tidak berekonomi untuk mengerjakannya dengan cara moden dan secara sistematik. Purata keluasan tanah pertanian setiap individu adalah antara 1 hingga 1.5 hektar sahaja. Masalah Kekurangan Modal Kos pengeluaran yang semakin meningkat telah menjadi halangan utama bagi petani-petani yang miskin untuk memajukan sektor pertanian mereka. Kebanyakan daripada dan kebun kecil mengalami kemelut modal untuk membeli barang-barang keperluan pertanian moden seperti jentera, racun
52

PSS3104 Geografi Persekitaran

serangga,

baja-baja

kimia

dan

membayar

kos-kos

pemasaran

dan

pengangkutan. Masalah Tenaga Buruh Kekurangan tenaga buruh berpunca daripada sikap penduduk tempatan dan pengaliran buruh dari sektor pertanian kepada sektor perindustrian yang dianggap memberi pendapatan yang lebih baik. Kekurangan berlaku samada dalam sektor perladangan ataupun kebun kecil. Keadaan ini memaksa kerajaan membawa masuk tenaga buruh asing terutama untuk bekerja dalam sektor perladangan. Kekurangan tenaga buruh menyebabkan sektor ini tidak dapat dimajukan sepenuhnya. Masalah Ketidakstabilan Harga Hasil Sejak sekian lama harga hasil pertanian mengalami turun naik yang ketara berbanding dengan produk dalam bidang perindustrian. Harga hasil pertanian sukar untuk ditentukan kerana ia dikawal oleh mekanisme pasaran antarabangsa. Sifatnya yang anjal menjadikan harganya sukar dikawal, saingan barangan tiruan, ancaman perlambakan serta kempen memburukkan barangan pertanian menjadikan harganya selalu tidak tetap.

INFO: Langkah-langkah memajukan semula sektor pertanian : Memajukan bioteknologi pertanian Mewujudkan semula program pembangunan wilayah Projek pertanian berkelompok Meningkatkan infrastruktur pertanian
53

Subsidi input pertanian kepada petani Memperbaiki sistem pengurusan dan pemasaran hasil

PSS3104 Geografi Persekitaran

Kegiatan pertanian juga mempengaruhi alam sekitar dari segi mengakibatkan perubahan landskap fizikal, pendedahan permukaan bumi secara terus, kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti), perubahan suhu mikro atau pemanasan setempat, mengganggu kestabilan kitar hidrologi, pencemaran udara, jerebu dan pencemaran air sungai. (i) Perubahan landskap fizikal serta pendedahan muka bumi secara terus. Perubahan landskap fizikal ialah hutan semulajadi bertukar kepada hutan tanaman, hutan primer bertukar menjadi hutan sekunder, permukaan tanah menjadi terdedah dan gondol. Di negara Malaysia, proses penyahhutanan amat ketara di mana pada tahun 1970an, perladangan kelapa sawit dan getah berlaku serentak dengan pelaksanaan skim pembangunan wilayah seperti di JENGKA, KETENGAH dan DARA. (ii) Kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti)

Hutan yang dibersihkan untuk tujuan kegiatan pertanian akan menyebabkan spesies flora dan fauna diancam kepupusan kerana kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti). Perubahan suhu mikro atau pemanasan setempat seterusnya mengganggu kestabilan kitaran hidrologi Fungsi hutan semula jadi adalah untuk menyederhanakan suhu sekitar dengan mengekalkan peratus kelembapan udara. Ketika hutan dimusnahkan untuk kegiatan pertanian, maka proses sejat peluhan pokok-pokok akan terganggu. Akibatnya suhu sekitar akan meningkat yang dapat mewujudkan fenomena pemanasan setempat. Ini juga akan mengganggu kestabilan kitaran hidrologi. (iii) Pencemaran udara , jerebu dan pencemaran air sungai Kegiatan pertanian juga boleh menyebabkan terjadinya pencemaran udara akibat pembakaran dan penebangan pokok-pokok terutama bagi pembukaan
54

PSS3104 Geografi Persekitaran

ladang-ladang baru yang secara tidak langsung menyumbang kepada kejadian jerebu. Pembukaan kawasan ladang bagi tujuan penanaman kelapa sawit di Sumatera, Indonsia misalnya sering kali mengakibatkan kejadian jerebu. Pendedahan kawasan ini kepada tindakan air hujan mengakibatkan tanahnya terhakis dan mengundang kepada masalah pencemaran sungai. Penggunaan racun serangga perosak dan baja kimia yang keterlaluan telah dibawa oleh aliran air bawah tanah menghala ke sungai, paya, kolam, tasik dan sebagainya menyebabkan pencemaran terhadap ekosistem akuatik. Walau bagaimana pun kegiatan pertanian adalah penting kerana kegiatan ini telah membantu kewujudan beberapa industri pembuatan berasaskan kepada hasil pertanian sebagai bahan mentah. Dengan penghasilan pertanian secara besar-besaran, hasil pertanian dapat diproses, dijadikan barang siap dan separuh siap contohnya mengilang padi dan gandum, industri memproses kelapa kering, getah, minyak kelapa sawit dan lain-lain lagi. Selepas Perang Dunia Kedua, Negara-negara di kawasan penjajah mula membangunkan industri berasaskan kepada pertanian sama ada dari segi penggantian import, sebagai sumber pendapatan atau memberi peluang pekerjaan. Dengan perkembangan pertanian terutamanya sektor perladangan, industri perkhidmatan mula digerakkan. Contohnya pengangkutan dan perkhidmatan insuran, ejen import dan eksport, pembelian dan pemasaran dan barangan pertanian mula bertambah penting terutamanya di negara-negara yang mengeluarkan tanaman jualan untuk eksport.

(b)

Kegiatan Perikanan

Perikanan merupakan sektor ekonomi yang penting di rantau Asia Pasifik kerana sebahagian daripadanya dikelilingi oleh Lautan Pasifik yang terdiri daripada sumber-sumber perikanan. Tambahan lagi, ikan merupakan sumber protein utama penduduk Asia Pasifik. Kegiatan perikanan maju di negaranegara Asia Pasifik seperti Thailand, China dan Jepun. Di Malaysia, tahap kemajuan kegiatan perikanan masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara Thailand dan Jepun.
55

PSS3104 Geografi Persekitaran

(i)

Jenis-jenis Kegiatan Perikanan

Perikanan terbahagi kepada tiga jenis.

Rajah 13: Jenis Kegiatan Perikanan

Perikanan Pinggir Pantai Perikanan pinggir pantai merupakan aktiviti menangkap ikan yang tidak lebih daripada 32 km dari pinggir pantai. Ia juga dilakukan di kawasan laut cetek yang kedalamannya tidak lebih daripada 180 m (pentas benua). Perikanan jenis ini dilakukan di Laut China Selatan, Selat Melaka serta Selat Tebrau dan dijalankan oleh nelayan-nelayan kecil. Kegiatan perikanan pinggir pantai biasanya menggunakan bot-bot kecil, bubu, pukat hanyut, pukat tarik dan sebagainya. Hasil tangkapan perikanan laut dalam adalah kecil dan sedikit untuk sara diri atau dijual yang merupakan sumber pendapatan nelayannelayan pinggir pantai. Kebanyakan para nelayan adalah miskin dan tidak mempunyai modal yang cukup untuk mengusahakan aktiviti perikanan secara besar-besaran. Di Malaysia, kerajaan menyediakan bantuan modal, subsidi bot dan pukat sebagai langkah membantu nelayan mengusahakan aktiviti perikanan tanpa bergantung kepada orang tengah. Perikanan Laut Dalam
56

PSS3104 Geografi Persekitaran

Perikanan laut dalam dijalankan di Lautan Pasifik, Lautan Atlantik dan Lautan Hindi. Jarak dari pantai ialah tidak lebih daripada 32 kilometer dan tidak melebihi 180 meter dalamnya. Di Malaysia, lokasi pendaratan ikan laut dalam adalah di pelabuhan-pelabuhan perikanan seperti Tok Bali (Kelantan), Tanjung Api (Kuantan, Pahang) dan Kuala Kemaman (Terengganu). Peralatan yang digunakan adalah lebih moden seperti bot besar dan kapal yang beratnya lebih kurang 200 tan serta lengkap dengan sistem telekomunikasi canggih, radar pengesanan ikan, pukat harimau, pukat tunda, kemudahan dingin beku dan kemudahan memproses. Pelbagai jenis ikan ditangkap seperti ikan tuna, tenggiri dan sebagainya. Hasil tangkapan adalah banyak dan dilakukan secara besar-besaran. Hasilnya dijual atau dieksport ke luar negara atau diproses dalam industri pengetinan ikan seperti ikan sardin. Perikanan Air Tawar Jenis perikanan air tawar dijalankan di dalam sungai, kolam dan sawah padi. Kawasan popular di negara Malaysia adalah seperti di Mercang dan Kuala Setiu di Terengganu, Temerloh di Pahang dan Mersing di Johor. Ternakan yang biasanya dipelihara ialah ikan patin, karp, talapia, udang galah dan sebagainya. Bagi kegiatan marinkultur pula, ternakan yang dipelihara pula ialah seperti ikan siakap, udang harimau, ketam dan sebagainya. Kaedah moden sering digunakan seperti kolam buatan, ternakan dalam sangkar atau ternakan dibiak secara khusus seperti mengasingkan ikan mengikut saiz dan umur. Jenis perikanan ini diusahakan oleh sektor swasta menggunakan modal yang besar seperti ternakan udang harimau di Rompin untuk dieksport. Antara ikan yang dieksport adalah seperti ikan siakap, udang harimau dan kerapu. Isu / Masalah Perikanan Sejak akhir-akhir ini, masalah perikanan semakin meruncing. Ini kerana kecuaian dan sikap manusia sendiri. Sekiranya masalah ini tidak dikawal dari awal, pelbagai masalah akan timbul pada masa hadapan. Tidak mustahil sekiranya ikan-ikan yang mana merupakan sumber protein kepada kita
57

PSS3104 Geografi Persekitaran

semua akan kehabisan suatu masa nanti. Masalah-masalah yang dihadapi oleh sektor perikanan adalah seperti masalah laluan perkapalan dunia, tangkapan yang berlebihan, pencemaran air, penggunaan pukat atau teknik tangkapan, pencerobohan nelayan asing, ancaman sumber lain dan perluasan zon ekonomi eksklusif (EEZ-Exclusive Economic Zone) Tangkapan Berlebihan Pada suatu masa dahulu, manusia berpendapat bahawa sumber laut tidak akan pupus. Namun yang nyata sekarang ialah jumlah ikan dan hasil laut lain semakin berkurangan. Mungkin pada satu masa nanti, jumlah tangkapan ikan menjadi lebih tinggi berbanding dengan jumlah pembiakan. Contohnya di barat laut Atlantik, pada tahun 1960an, oleh kerana tangkapan ikan kod keterlaluan, maka sekarang jumlah tangkapan hanya tinggal 1/3 daripada anggaran kemungkinannya. Pencemaran Air Pencemaran air sungai dan air laut dengan lumpur yang berlebihan berlaku akibat daripada hakisan tanah dan bahan kimia beracun daripada kegiatan pertanian, kilang perusahaan, pembuangan dari bandar dan tumpahan minyak dari kapal. Pencemaran sebegini telah memusnahkan kawasan pembiakan ikan. Penggunaan Pukat atau Teknik Tangkapan Tangkapan ikan berlebihan menggunakan pukat seperti pukat harimau adalah diharamkan. Ini kerana ia boleh mengakibatkan banyak ikan yang masih muda ditangkap atau mati. Pada masa jangka panjang, perbuatan ini akan merugikan sektor perikanan. Perluasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ Exclusive Economic Zone) Pada tahun 1970an, kebanyakan negara mengisytiharkan 370 km (200 batu nautika) dari pantainya adalah had zon ekonomi eksklusif negara mereka.
58

PSS3104 Geografi Persekitaran

Namun begitu, terdapat negara- negara lain yang meluaskan sempadan perairannya kerana kepentingan ekonomi atau kerana ingin memiliki sumber ikan atau sumber minyak. Di negara-negara Kanada dan Amerika Syarikat, perebutan dan pertindihan kawasan menangkap ikan dan pencerobohan ke kawasan tangkapan ikan telah menyebabkan konflik. Kadang kala berlaku kekecohan di antara pengawal pantai dan juga nelayan. Akibat daripada aktiviti perikanan adalah kesan-kesan terhadap alam sekitar seperti kemusnahan habitat atau kawasan pembiakan, kepupusan sumber perikanan, pencemaran dan kemusnahan ekosistem paya bakau. (i) Kemusnahan habitat atau kawasan pembiakan. Penggunaan pukat harimau, pukat tunda dan pukat apollo bukan sahaja menyebabkan semua spesies ikan ditangkap tetapi turut mengaut dan memusnahkan kawasan terumbu karang yang merupakan habitat ketam, sotong, udang dan ikan. Kemusnahan ini akan merosakkan rantaian makanan marin, kawasan pembiakan dan penghijrahan spesies ikan ke habitat lain atau ke lautan lain. (ii) Kepupusan sumber perikanan Sumber perikanan menjadi pupus kerana kadar tangkapan ikan secara berterusan melebihi had, kaedah tangkapan seperti penggunaan pukat harimau dan pukat tunda yang mengambil semua saiz dan jenis ikan. Penggunaan pukat tunda di pesisir pantai (kawasan pembiakan ikan) memusnahkan habitat akuatik. Bagi perikanan air tawar pula, kepupusan sumber-sumber perikanan berlaku kerana aktiviti menuba (menggunakan racun) dan penggunaan kuasa elektrik untuk menangkap ikan di kawasan kolam, sungai, tasik dan kawasan paya. (iii) Pencemaran Pencemaran air laut terjadi apabila terdapat pembuangan sisa-sisa ikan yang tidak diperlukan, air pembersihan bot, sisa domestic dari petempatan nelayan. Bot-bot yang rosak dan tidak digunakan yang dibiarkan tersadai dan reput di
59

PSS3104 Geografi Persekitaran

tepi pelabuhan atau muara sungai boleh menyebabkan pencemaran fizikal dan kualiti air laut.

(c) Kegiatan Perhutanan Di dunia kita ini terdapat beberapa jenis hutan semula jadi. Antara contohnya ialah hutan konifer, hutan hujan tropika, hutan monsun tropika dan hutanpadang rumput hawa sederhana. Ciri-cirinya berbeza-beza di antara satu sama lain kerana faktor-faktor iklim, tanih dan saliran. Hidupan liar yang mendiami kawasan hutan yang sesuai dengannya juga berbeza-beza. Isu / Masalah Perhutanan Fenomena Penyahhutanan Penyahhutanan bermaksud penghapusan hutan secara besarbesaran

dengan pelbagai cara dan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk pembalakan, pembukaan kawasan ladang, pembinaan kawasan petempatan dan industri mahu pun untuk projek hidroelektrik. Kesannya ialah permukaan bumi tergondol dan terdedah. Fenomena ini berlaku di negara-negara maju dan di negara-negara sedang membangun. Kegiatan perhutanan juga meninggalkan beberapa kesan terhadap alam sekitar seperti kekurangan sumber makanan, kegiatan ekonomi terjejas, kehilangan kesuburan tanah, fenomena kesan rumah hijau dan bekalan air berkurangan. (i) Kekurangan sumber makanan Ini berlaku terutamanya bagi masyarakat orang asli yang bergantung 100% kepada hasil-hasil hutan. (ii) Kegiatan ekonomi terjejas

60

PSS3104 Geografi Persekitaran

Industri perabot, kayu dan kraf tangan akan terjejas apabila pokok-pokok balak seperti meranti, seraya, keruing, cengal dan lain-lain yang berharga musnah akibat proses penyahhutanan. Secara tidak langsungnya pendapatan per kapita penduduk dan pendapatan Negara berkurangan. (iii) Fenomena kesan rumah hijau Oleh kerana manusia tidak selesa kerana kepanasan, maka produktiviti pertanian makanan seperti padi sawah akan terjejas. KTIVITI 8.3 MAK KENDIRI 8. (d) Perlombongan dan Perindustrian

Sektor perlombongan adalah penting kepada penduduk dan pembangunan sosioekonomi sesebuah negara. Antara kepentingan dan sumbangan kegiatan perlombongan kepada penduduk dan negara adalah seperti berikut: Sumbangan kepada pendapatan eksport negara Petroleum mentah yang dieksport menghasilkan pendapatan lumayan Malaysia. Contohnya pada tahun 2000, petroleum telah menyumbang kirakira RM14.2 bilion kepada pendapatan eksport Malaysia, manakala gas asli menyumbang sebanyak RM11.3 bilion dan bijih timah hampir RM0.4 bilion. Secara keseluruhannya, sektor perlombongan menyumbang hampir 6.6% daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Peluang pekerjaan kepada penduduk Dalam sektor perlombongan, banyak peluang pekerjaan tersedia ada seperti ahli geologi petroleum, jurutera, ahli oseanografi, juruteknik, buruh dan pegawai tadbir. Kesan daripada peluang pekerjaan berkenaan,maka kadar pengangguran penduduk akan berkurangan. Contohnya pada tahun 2000,
61

PSS3104 Geografi Persekitaran

41,200 peluang pekerjaan diwujudkan di mana 39,900 terlibat dengan sektor perlombongan dan 12,000 terlibat dalam perlombongan bijih timah. Mengalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran Sektor perlombongan juga menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran seterusnya membantu perkembangan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam negara. Usaha penyelidikan dan pembangunan terutamanya HITECH yang sering kali dilaksanakan oleh Petronas cuba mengesan dan mengkaji sumber serta teknik baru bagi menghasilkan produk berkualiti. Contohnya teknologi seismik dan satelit digunakan untuk mengesan lokasi medan petroleum. Dampak Perlombongan dan Perindustrian Terhadap Alam Sekitar Bagi sesebuah negara, perlombongan dan perindustrian banyak

menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara. Banyak negara maju kerana kemajuan dalam perindustrian. Walau bagaimanapun, aktiviti perlombongan dan perindustrian juga menyumbang kepada kesan negatif terhadap alam sekitar. Aktiviti perlombongan telah meninggalkan banyak lombong-lombong terbiar terutamanya di Taiping dan di sekitar Kuala Lumpur. Walaupun begitu, sekarang sudah ada usaha memajukan kawasan bekas lombong dengan ternakan ikan dan itik atau dijadikan kawasan rekreasi. Kesan kedua ialah kehilangan tanah subur untuk pertanian. Proses pengasingan galian daripada keladak, lumpur, pasir dan benda-benda asing lain telah menyebabkan pencemaran air sungai di bahagian hilirnya. Kejadian tanah runtuh juga boleh berlaku di kawasan-kawasan perlombongan apabila hujan turun dengan lebatnya. Tumpahan minyak di pelantar minyak oleh kapal-kapal tangki juga telah banyak menyebabkan kemusnahan dan kematian hidupan laut.

62

PSS3104 Geografi Persekitaran

Dampak perindustrian tersebut mungkin disebabkan secara langsung daripada proses perindustrian itu sendiri seperti kilang memproses kelapa sawit dan getah atau pun secara tidak langsung. Contohnya yang secara tidak langsung ialah seperti pembuangan barangan plastik, pembuangan bateri-bateri lama dan tayar-tayar terpakai. Dampak perindustrian mungkin berlaku kerana beberapa punca Antara punca-puncanya ialah kekurangan pengawalan dan penyeliaan yang longgar, ketidakmampuan pengusaha kilang mengubah teknologinya dan ketidak mampuan kerajaan menyediakan tempat-tempat pelupusan sisa-sisa kilang yang mencukupi.

(e)

Industri Perkhidmatan

(i) Industri Pelancongan Industri pelancongan paling banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi seperti perkhidmatan hotel, resort, restoran, persidangan/ forum, rekreasi, perkhidmatan kewangan dan insurans. Pada 2000, Malaysia menerima hampir 10.2 juta pelancong asing di mana 70% adalah dari negaranegara ASEAN dan 30% dari Eropah. (ii) Industri Pengangkutan dan Telekomunikasi Industri ini merupakan industri kedua terpenting. Ia terdiri daripada pengangkutan darat (jalan raya), air (feri, kapal dagang) dan udara (helikopter / kapal terbang). Bagi telekomunikasi pula, ia melibatkan penggunaan telefon, internet dan intranet. Konsep e-dagang kini turut dikuasai oleh Malaysia. Kerajaan juga telah menjayakan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai satu usaha menjana dan mempercepatkan pembangunan ICT negara.

(iii) Sektor Kewangan, Hartanah dan Perniagaan Bank menyediakan kemudahan seperti penyimpanan wang dan pelbagai perkhidmatan lain. Syarikat kewangan menyediakan perkhidmatan pinjaman wang kepada peniaga dan pengusaha. Kemajuan sektor perbankan
63

PSS3104 Geografi Persekitaran

diMalaysia menyebabkan ia berjaya menubuhkan Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan (IOFC) di Labuan yang menyediakan perkhidmatan pinjaman kepada pelabur asing dan tempatan. (iv) Sektor Utiliti Elektrik, Air dan Gas Sektor ini merupakan perkhidmatan asas kepada penduduk. Utiliti elektrik melibatkan pembekalan dan penyelenggaraan sumber tenaga kepada kediaman industri, organisasi, komersial dan perniagaan. Pembekalan tenaga elektrik dimonopoli oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bekalan air dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) di bawah negeri masingmasing. Ada juga negeri yang menswastakan bekalan air seperti SYABAS di Selangor dan AIR KELANTAN SDN BHD di Kelantan. (v) Perkhidmatan Kerajaan Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang paling penting di Malaysia walaupun negara ini telah mengamalkan dasar penswastaan. Perkhidmatan yang disediakan ialah sektor pendidikan, keselamatan awam, kesihatan, pentadbiran dan lain-lain.

Sub Tajuk 4: Pembandaran (Urbanisasi) Pembandaran adalah merujuk kepada proses perkembangan Bandar ekoran daripada berlakunya proses perubahan yang menjadikan kawasan penempatan seperti Pekan, Bandar Kecil, Bandar berkembang menjadi Bandar yang lebih besar dan kompleks. Proses pembandaran akan melibatkan beberapa aspek berikut a. Pertambahan jumlah atau peratus penduduk yang mendiami kawasan Bandar ekoran daripada pelbagai faktor. Di Malaysia sesuatu kawasan dikelaskan sebagai Bandar apabila penduduknya melebihi 10,000
64

PSS3104 Geografi Persekitaran

orang, Bandar besar 100,000 orang manakala bandaraya apabila penduduknya melebihi 1,000,000 orang. b. Berlakunya pertambahan kepada perluasan saiz bandar (ruang). Pertambahan ruang ini adalah disebabkan pertambahan bangunan, ruang perniagaan, kawasan penempatan bandar, peningkatan kemudahan asas termasuk jaringan pengangkutan serta fungsi bandar. c. Pertambahan serta perubahan struktur dan kegiatan ekonomi

penduduk dari ekonomi tradisional (pertanian) kepada ekonomi moden seperti perindustrian, perkhidmatan, perniagaan, perdagangan dan sebagainya. d. Perubahan cara hidup penduduk dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup Bandar yang lebih moden.

Aktiviti Berdasarkan pembacaan anda, lengkapkan rajah dibawah tentang pengaruh pembandaran terhadap perubahan ruang, ekonomi dan sosial dibandar.

Ruang

Ekonomi

Sosial

Halangan-halangan Mengatasinya

Dalam

Perkembangan

Bandar

dan

Langkah

65

PSS3104 Geografi Persekitaran

i.

Ruang Bandar yang sempit

Kebanyakan sempadan kawasan Bandar yang terdapat di Malaysia adalah terhad. Ruang tanah yang sempit menyukarkan Bandar tersebut untuk berkembang. Contohnya Bandar Georgetown, Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain. Keadaan ini menjadikan pusat Bandar itu sesak. Banyak kemudahan dan keperluan untuk kegunaan penduduk Bandar terpaksa dibina di kawasan pingir Bandar.
ii.

Bentuk muka bumi

Terdapat juga Bandar-bandar yang sukar untuk berkembang berikutan terhalang oleh keadaan bentuk muka bumi. Kedudukannya yang berhampiran dengan laut, sungai dan kaki bukit menjadikan pembangunan Bandar terhalang dan memerlukan kos yang tinggi. Contohnya Bandar Kota Kinabalu yang terhalang oleh banjaran Croker, ini menjadikan ruang Bandar yang sempit.

iii.

Dasar Kerajaan
66

PSS3104 Geografi Persekitaran

Dalam usaha bagi mengurangkan kesesakan dan kepesatan dikawasan pusat Bandar seperti di bandaraya Kuala Lumpur, pihak Kerajaan telah mewujudkan pusat Pentadbiran baru di Putrajaya. Perkara ini menjadikan peranan Bandar Kuala Lumpur berkurangan dan tumpuan penduduk ke kawasan itu juga dapat dikurangkan.
iv.

Kemunculan Bandar-bandar baru baru juga menjadikan tumpuan

Kemunculan banyak Bandar-bandar

terhadap Bandar utama berkurangan. Bandar-bandar ini yang pada awalnya berperanan sebagai pelengkap kepada Bandar utama terutama dari segi kawasan kediaman, industri dan sebagainya kini muncul menjadi Bandar penting yang mempunyai peranan yang hampir sama dengan Bandar utama. Antaranya Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Selayang, Bandar Baru Nilai dan lain-lain.
v.

Persaingan Guna Tanah

Berikutan daripada ruang Bandar yang terhad, sedangkan tepu binanya adalah pesat, keadaan ini menjadikan persaingan guna tanah di kawasan pusat Bandar adalah hebat. Ini menjadikan harga tanah di kawasan itu sangat tinggi. Fenomena ini menyebabkan pemaju atau pengusaha terpaksa mewujudkan pembangunan di kawasan luar Bandar yang mempunyai kos yang lebih rendah.
vi.

Bencana Alam

Fenomena bencana alam juga sering kali menjadi halangan kepada perkembangan Bandar di sesuatu kawasan. Ekoran daripada kejadian seperti gempa bumi, tanah runtuh, kemarau, banjir dan sebagainya boleh menjadikan pembangunan dan perkembangan Bandar terbantut dan terhad.

Aktiviti
67

PSS3104 Geografi Persekitaran

Berdasarkan kepada pembacaan anda, jelaskan secara ringkas setiap kesan akibat proses pembandaran dibawah. Kesan 1. Kesesakan 2. Pencemaran 3. Pulau Haba 4. Banjir Kilat 5. Setinggan 6. Perubahan Gaya Hidup 7. Peluang Pekerjaan Huraian

Latihan 1. Setelah meneliti isi kandungan modul ini, anda dikehendaki membina peta minda yang menunjukkan kaitan di antara sistem atmosfera, hidrosfera dan litosfera. 2. Jelaskan bagaimana ketiga-tiga sistem ini dapat mempengaruhi perubahan bentuk muka bumi? 3. Bagaimanakah keseimbangan perlu dilaksanakan dalam proses pertumbuhan penduduk yang tinggi, perkembangan bandar yang pesat

68

PSS3104 Geografi Persekitaran

supaya penerokaan terhadap alam sekitar dan sumber dapat diminumkan.

Peringatan Semasa membuat aktiviti ini, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian; 1. 2. 3. 4. Semua aktiviti berkaitan hendaklah dicatatkan dan disimpan dalam portfolio. Bahan-bahan rujukan mestilah dikepilkan dalam sebuah portfolio. Bahan-bahan rujukan disusun mengikut tajuk-tajuk yang dipelajari. Latihan ini perlu dilaksanakan dalam tempoh 5 jam.

69

PSS3104 Geografi Persekitaran

Bibliografi De Blij, H.J. & Muller,P. (1993). Physical Geography of the global environment. New York: Wiley. Elsom, D.(1992). Atmospheric pollution: A global problem. Cambridge, Mass.: Blackwell. Firor, J. (1990). The changing atmosphere. N.H.Connecticut: Yale. University Press. Gregory K.J. dan Walling D.E. (1988). Manusia dan proses persekitaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ismail Said. (2009). Pengajian Sosial 1. Siri pendidikan perguruan . Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Ismail Said dan Hussin Abdullah. (2009). Pengajian Sosial 2. Siri pendidikan perguruan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Jamaluddin MD. Jahi. (1989). Penghantar Geomorfologi. Kuala Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka. Katiman Rostam (2002). Konsep asas geografi manusia. Bangi: Penerbit UKM Katiman Rostam (1990). Prinsip Asas Persekitaran Manusia. Penerbit UKM: Bangi:

Katiman Rosman. (2006). Penilaian dan pengurusan sumber alam . Bangi: Penerbit UKM. Mannion A.M.and Bowlby S.R. (1994). Environmental Issues in the 1990s. New York. John Wiley & Sons. Mc Knight,T. (1992). The essentials of Physical Geography. Englewood Cliffs, N.J: Prentice Hall. Ngui Kuan Sang. (1993). Strategi pengajaran Geografi KBSM. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Singh, Y.K. (2004). Teaching of Social Studies. New Delhi: APH Publishing Corporation. Smith, M. (2002). Aspects of teaching secondary Geography: Perspectives on practice. London & New York: Routledge / Falmer. Strahler, A.N. & Alan,H. Strahler. (1992). Modern day Physical Geography. New York: Wiley. Ellis, A. K. (1995). Teaching and learning elementary social studies. (5th ed). Needham Heights, Mass : Allyn & Bacon.
70

PSS3104 Geografi Persekitaran

Susly Musa dan Nurlashikin Abdullah. 92005). Pra U Geografi Fizikal STPM . Kuala Lumpur: Pearson Longman Malaysia.

Sumber Internet www.factmonster.com/ipka.water supply of the world

71

PSS3104 Geografi Persekitaran

PANEL PENULISAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PSS3104 GEOGRAFI PERSEKITARAN) NAMA Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia KELAYAKAN Kelayakan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu), UM

Penyelaras DATIN SITTI HAISHAH BINTI ABDUL RAHMAN Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia datinshar@hotmail.com

Kelayakan: M.Ed.(Pendidikan Sejarah & Pengajian Sejarah), UKM B.A. Hons. (Sejarah & Sains Politik), USM Sijil Guru (P.A.R. Matematik), MPIK Pengalaman: Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pengajian Sosial & Bestari) Penulis Buku PSK dan Matematik (Sekolah Rendah) Penolong Pengarah Unit Sejarah, PPK (2 tahun) JE Sejarah PPK Guru Sekolah Menengah (7 tahun) Guru Sekolah Rendah (14 tahun) Guru Bestari (5 tahun)

EN. AB.RAZAK B. SHAFIE Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu. abrazak_ipsmb@yahoo.com

Kelayakan: M.ED.(Sarjana Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan), UKM. B.A.Hons(Geografi ), UM Diploma Pendidikan(Geografi), UM Pengalaman: Pensyarah Jabatan Sains Sosial Guru Geografi Sekolah Menengah (15 tahun) Penggubal Sukatan PPISMP (Pengajian Sosial) Panel Pemurnian mata Pelajaran Geografi Persekitaran, Pendidikan Pembangunan Lestari, Pentaksiran Dalam Pengajaran Pengajian Sosial. 72

PSS3104 Geografi Persekitaran

NAMA MOHD ARIS BIN OTHMAN Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Raja Melewar, Seremban. mohdarisothman@yahoo.com

KELAYAKAN Kelayakan: M.Ed.(Teknologi Pendidikan), UKM B.A. Hons. (Geografi), USM Sijil Guru (P.A.K. Am), MPRM Pengalaman: Penilai Buku Geografi (Menengah) Penggubal Kurikulum Geografi Penilai Bahan Bantu Mengajar (CD) Bestari Guru Sekolah Menengah (4 Tahun) Guru Sekolah Rendah (7 Tahun) Pensyarah Maktab Perguruan (15 Tahun)

73

PSS3104 Geografi Persekitaran

PANEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PSS3104 GEOGRAFI PERSEKITARAN) NAMA Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia KELAYAKAN Kelayakan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu), UM

Penyelaras DATIN SITTI HAISHAH BINTI ABDUL RAHMAN Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia datinshar@hotmail.com

Kelayakan: M.Ed.(Pendidikan Sejarah & Pengajian Sejarah), UKM B.A. Hons. (Sejarah & Sains Politik), USM Sijil Guru (P.A.R. Matematik), MPIK Pengalaman: Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pengajian Sosial & Bestari) Penulis Buku PSK dan Matematik (Sekolah Rendah) Penolong Pengarah Unit Sejarah, PPK (2 tahun) JE Sejarah PPK Guru Sekolah Menengah (7 tahun) Guru Sekolah Rendah (14 tahun) Guru Bestari (5 tahun)

EN. AB.RAZAK B. SHAFIE Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu. abrazak_ipsmb@yahoo.com

Kelayakan: M.ED.(Sarjana Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan), UKM. B.A.Hons(Geografi ), UM Diploma Pendidikan(Geografi), UM Pengalaman: Pensyarah Jabatan Sains Sosial Guru Geografi Sekolah Menengah (15 tahun) Penggubal Sukatan PPISMP (Pengajian Sosial) Panel Pemurnian mata Pelajaran Geografi Persekitaran, Pendidikan Pembangunan Lestari, Pentaksiran Dalam Pengajaran Pengajian Sosial. 74

PSS3104 Geografi Persekitaran

NAMA MOHD ARIS BIN OTHMAN Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Raja Melewar, Seremban. mohdarisothman@yahoo.com

KELAYAKAN Kelayakan: M.Ed.(Teknologi Pendidikan), UKM B.A. Hons. (Geografi), USM Sijil Guru (P.A.K. Am), MPRM Pengalaman: Penilai Buku Geografi (Menengah) Penggubal Kurikulum Geografi Penilai Bahan Bantu Mengajar (CD) Bestari Guru Sekolah Menengah (4 Tahun) Guru Sekolah Rendah (7 Tahun) Pensyarah Maktab Perguruan (15 Tahun)

SELAMAT MAJU JAYA

75

PSS3104 Geografi Persekitaran

LAMPIRAN A

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

76

PSS3104 Geografi Persekitaran

77

You might also like