Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

DONDANG SAYANG

PENGENALAN Bagi tugasan ini saya telah memilih persembahan Dondang Sayang untuk dianalisa. Dondang Sayang dianggap sebagai lagu asli rakyat Melaka. Ia merupakan salah satu seni istana yang begitu popular pada abad ke-15 iaitu pada Zaman Keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Setelah Kesultanan melayu Melaka jatuh, tradisi ini menular di kalangan rakyat jelata. Dondang Sayang terus berkembang sehingga berjaya menarik perhatian mesyarakat cina terutamanya kaum Baba, masyarakat India Cettiar dan juga masyarakat keturunan Portugis di Melaka. Sesiapa yang menyaksikan persembahan Dondang Sayang Melaka tentunya terpegun dengan kebolehan pelbagai etnik di negeri ini mendendangkan lagu warisan itu dengan baik. Ada pihak yang membahagikan lagu melayu kepada dua kumpulan yang umum iaitu lagu-lagu asli dan lagu-lagu bercorak langgam. Dua jenis lagu Melayu yang agak berlainan coraknya dengan lagu-lagu asli dan juga langgam ialah lagu-lagu berirama joget dan lagu Dondang Sayang. Gelaran yang pernah diberikan kepada lagu Dondang Sayang ialah Penghulu Lagu. Sebelum Perang Dunia Kedua dahulu, di samping lagu-lagu joget, lagu Dondang Sayang amat terkenal, terutamanya di Melaka. Dondang Sayang boleh didefinasikan sebagai lagu kasih atau nyanyian kasih yang amat sayu dan lembut. Perkataan dondang sebenarnya berasal daripada perkataan dendang yang bermaksud nyanyian atau lagu yang menghiburkan hati. Sementara sayang membawa ertai kasih. Muzik tradisi ini lahir daripada kombinasi seni sastera dan seni lagu. Dalam Dondang Sayang muzik menjafi alat yang penting dan berperanan sebagai pengiring. Gubahan alat muzik dengan lagu dalam Dondang Sayang akan membangkitkan suatu kesegaran yang mengaghairahkan. Kualiti nyanyian bagi seni ini bergantung kepada kecekapan penyanyinya berjual beli pantun. Ketua kumpulan ahli muzik Dondang Sayang ini biasanya disandang oleh pemain biola yang bertugas untuk membelkalkan melodi kauntar dalam persembahan mereka.

ASAL USUL DONDANG SAYANG


Sehingga kini masih belum ada ahli-ahli sejarah budaya atau ahli-ahli kesenian kita yang telah membuat kajian tentang asal-usul Dondang Sayang secara mendalam. Bagaimanapun ada pendapat-pendapat ringkas yang menyatakan lagu tersebut berasal dari daerah Riau, Indonesia. Beberapa tulisan mengenainya lebih menekankan kepada aspek pantun yang dinyanyikan dalam Dondang Sayang, kurang atau tidak langsung memperkatakan tentang asal-usul Dondang Sayang. Maklumat yang terbaru mengenai Dondang Sayang dapat kita baca dalam buku ditulis oleh Madulara yang bertajuk Dondang Sayang Seni Tradisi Negeri Melaka. Dalam buku ini menyatakan bahawa ada tiga pendapat yang hampir tepat mengenai sejarah mulanya tercipta Dondang Sayang. Pendapat pertama menyatakan bahawa Dondang Sayang mula wujud p[ada saat-saat akhir Kerajaan Melayu iaitu pada akhir kurun Masihi ke 15. Pada peringkat permulaan, lagu-lagu yang ditonjolkan berbentuk siulan, suara halus dan tidak begitu jelas. Lagunya berbentuk pantun yang hanya didendangkan untuk melayan perasaan. Ia juga dinamakan sebagai lagu nasib. Satu ripada faktor yang menyokong pendapat di atas menyatakan bahawa Dondang Sayang dicipta dan dilahirkan di Pulau Sebang, Tampin, Melaka. Masa kewujudannya tidak jelas tetapi mengikut andaian ia dikatakan muncul diantara 1400 hingga 1504 masihi. Pencapaian Dondang Sayang dikatakan dicipta khas untuk meraikan Datuk Temenggung ke daerah tersebut sebagai pembesar negeri dalam lawatan Kerajaan Melayu Melaka di zaman lampau. Menurut ceritanya lagi sebatang pokok kelapa telah ditebang, batangnya digunakan untuk membuat rebana dan gendang. Tetapi ada juga yang menyatakan, yang ditebang itu adalah sebatang pokok laka (melaka) dan batangnya digunakan untuk membuat tambur dan rebana (tambur adalah gendang). Hasil daripada itu terciptalah alat muzik paluan bagi mengiringi lagu nasib seperti yang ternyata dalam faktor pertama. Sementara itu ada pula pendapat yang bulat-bulat menyatakan Dondang Sayanag lahir kerana pengaruh seni Portugis dan masyarakat Portugislah yang berjaya melahirkan Dondang Sayang di negara kita. Pendapat ini adlah berdasarkan kepada

dua faktor yang ketara, yang pertama ialah biola dibawa masuk ke rantau ini dari Eropah. Keduanya ialah berdasarkan kepada sikap dan cara hidup Portugis yang gemar bersukaria dan berhibur maka merekalah yang memperkenalkan Dondang Sayang kepada masyarakat tempatan. Sejauh manakah kebenaran pendapat menyatakan bahawa orang Portugis yang melahirkan Dondang Sayang dapat diteliti dalam dua faktor, iaitu faktor iklim dan lagu. Portugal terletak dalam kawasan sederhana manakala Melaka terletak berhampiran dengan garisan Khatulistiwa. Antara dua negara ini iklimnya sangat berbeza. Orang Eropah dengan gerak cergasnya sesuai dengan iklim negaranya. Berbeza dengan iklim di Melaka yangh membenarkan penduduknay berlemah lembut dan berlintuk-lintuk. Adakah lagu-lagu Klasik Barat yang berbentuk Melankolik atau mempunyai bentuk yang sama atau hampir sama atau dengan lagu-lagu klasik atau lagu asli penduduk di dunia sebelah sini khususnya yang dikenali sebagai Melayu? Berdasarkan kepada dua faktor ini adalah amat sukar diterima bahawa orang-orang Portugis yang mencipta dan melahirka Dondang Sayang. Masyarakat Baba dan Nyonya atau lebih dikenali dengan sebutan Cina Peranakan Melaka adalah masyarakat kedua yang menjadikan Dondang Sayang sebagai sebahagian daripada faktor seni milik mereka selepas masyarakat Melayu. Ini kerana struktur hidup mereka terlalu hampir dengan masyarakat Melayu.

RENTAK
Rentak ialah pola irama tertentu yang dikenali dan dipersetujui dalam satu budaya. Pola irama ini dimainkan berulang-ulang menggunakan kombinasi pelbagai alat muzik bertujuan mengiringi melodim lagu. Dondang Sayang menggunakan rentak asli. Rentak dalam lagu Dondang Sayang selalunya bergantung kepada teks lagu penyanyi. Jika lagu tersebut mempunyai teks yang lucu maka rentak yang dimainkan oleh gong dan Rebana adalah cepat. Tetapi jika teks lagu tersebut mengisahkan kisah sedih, maka rentaknya akan menjadi lambat temponya. Rebana dan gong amat penting dalam menghasilkan rentak asli dalam persembahan Dondang Sayang. Melodinya pula dimainkan oleh alat muzi biola. Terdapat dua ton paluan dimainkan menggunakan rebana iaitu tak,bung dan gong. Rentak ini adalah berasaskan pola irama dua bar pertama yang sering mengalami improvasasi mengikut kretiviti pemain rabana dan bar kedua pula berfungsi untuk membawa balik atau mengawal pola irama yang telah diimprovisasi tadi. Lihat contoh irama bar 1 yang mengalami improvisasi dalam bar 3 dan 7. Walau bagaimana pun, improvisasi yang dibuat tidak keterlaluan hingga seolah-olah menggangu melodi lagu samada yang dinyanyikan atau dimainkan menggunakan alat muzik.

ALAT-ALAT MUZIK IRINGAN


Dalam bentuk asalnya alat-alat muzik yang mengiringi naynyian Dondang Sayang adalah terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan dua buah rebana. Biola merupakan alat muzik yang dibawa masuk dari Portugis. Rebana adalah alat muzik tradisional tempatan dan gong merupakan alat muzik yang dibawa masuk dari Negeri China. Kalau berdasarkan jumlah alat muzik yang diperlukan dalam persembahan ini, bermakana cuma empat orang pemuzik sahaja yang diperlukan. Serorang menggesek biola, dua orang memukul rebana dan seorang memalu gong. Tetapi dalam kumpulan pemuzik Dondang Sayang yang terdapat dalam persembahan yang telah dimuat turun itu mengandungi lebih daripada bilangan tersebut. Ini membolehkan penggantian

pemuzik dilakukan terutamanya kepada pemulul rebana ataupun pemalu gong. Iola adalah alat penting bagi memelodikan lagu Dondang Sayang. Pendek kata, tiada biola maka tidak lengkaplah persembahan Dondang Sayang. Alat utama Dondang Sayang: *biola * rebana * gong 1 2 1

Alat tambahan Dondang Sayang: *gitar *akordian *tamborin *flute

TEKNIK PERMAINAN ALAT MUZIK DONDANG SAYANG

Lagu Dondang Sayang yang dinyanyikan dalam persembahan yang dimuat turun ini diiringi pancaragam yang menggunakan berbagai-bagai alat muzik. Dalam bentuk asalnya alat-alat muzik yang mengiringi nyanyian Dondang Sayang ialah rebana kompang atau rebana keras. Irama gesekan biola dapat dianggap sebagai pembuka dan pengiring utama kepada nyanyian. Sementara tingkah pukulan rebana yang diselingi dengan paluan gong merupakan pelengkap lagu. Biasanya terdapat dua orang penyanyi yang menyanyikan lagu Dondang Sayang dengan menjual beli pantun.

CARA PERSEMBAHAN DONDANG SAYANG


Dalam persembahan Dondang Sayang yang disaksikan dalam You Tube yang telah dimuat turun ini, gesekan biola mendahului alat-alat muzik yang lain, kemudian diikuti dengan permainan rebana dan gong. Selepas introduksi baharulah disusuli dengan nyanyian. Ketiga-tiga alat muzik ini akan mengiringi pantun yang dinyanyikan dengan irama yang berulang-ulang sehingga persembahan tamat. Iringan muzik atau interlude dimainkan diantara rangkap-rangkap pantun. Biola memainkan peranan utama dalam persembahan Dopndang Sayang ini. Ia merupakan pembawa melodi. Dua rebana yang digunakan bagi mengiringi nyanyian Dondang Sayang dipalu dengan cara tersendiri. Satu daripadanya memainkan rentak lagu manakala satu lagi memainkan bunga-bungaan atau tingkahan mengikut rentak lagu bagi menambah keindahan rentak lagu Dondang Sayang. Gong adalah penting untuk memberi detik lagu Dondang Sayang. Gong adalah berentak asli seperti joget dan inang. Nyanyian Dondang Sayang disampaikan dalam video ini adalah dalam bentuk asli. Kelembutan alunan lagu disampaikan secara bersahaja dengan ayunan suara yang lemah gemalai. Dalam nyanyian Dondang Sayang ini disisipkan dengan usikan dan gurauan mesra. Pantun-pantun yang dinyanyikan adalah jenis pantun empat kerat. Pantunpantun itu didendangkan sebaris demi sebaris. Baris pertama pembayang maksud

diulang selepas baris kedua, bersama-sama dengan baris maksud pantun yang pertama. Ini kemudian diikuti dengansebutan Dondang Sayang. Dendangan seterusnya ialah dendangan baris kedua maksudpantun itu dan diikuti dengan ulangan baris pertaman maksud pantun itu. Seterusnya ialah sebutan per kataan Dondang Sayang dan kemudian diulang semula baris kedua maksud pantun. Dengan itu berakhirlah dendangan satu rangkap pantun. Rangkap-rangkap seterusnya akan didendang dengan cara dan gaya yang sama seperti di atas. Pantun-pantun yang dinyanyikan sebagai pemula nyanyian ialah : Sayang bangau bulunya putih, Bersama dengan si burung undan Saya datang perahu upih, Hendak menumpang permainan tuan.

Sayang Cik Sulung membawa perca, Perca bernamasepotong lain, Surat belum habis dibaca, Hajat hati tumpang bermain.

Cara dan gaya persembahan Dondang Sayang adalah amat menarik. Biasanya Dondang Sayang dinyanyikan oleh dua orangpenyanyi untuk mewujudkan suasana berbalas pantun. Lazimnya penyanyi Dondang Sayangterdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan. Penyanyi Dondang Sayang terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mempunyai daya fikiran yang pantas dan tajam dapat membalas pantun dengan secara spontan. Penyanyinya hanya mempunyai masa yang singkatb untuk membalas pantun iaitu semasa interlute oleh pemuzik. Pada umumnya orang yang pandai menyanyikan lagu Dondang Sayang juga berkebolehan dan cekapmengarang pantun. Golongan ini dapatberpantun secara spontan bukan dengan tertulis terlebih dahulu tetapi ilham dilahirkan dalam jangkla masa yang amat singkat. Sebaliknya orang yang pandai berpantun tidak semestinya boleh menyanyi lagu Dondang Sayang.

Biasanya penyanyi Dondang Sayang berasa ghairah atau tambah semangat apabila pantunnya dapat dijawab oleh lawannya. Jawapan yang tepat seolah-olah memberi ilham baru pada penyanyi itu untuk mencipta pantun yanglain bagi menewaskan lawannya. Penyanyi yang cekap sering menjawab pantun lawannya dengan pantun sindiran bagi menggambarkankelemahan lawannya. Selanjutnya penyanyi yang terkenan sindiran itu akan berusaha mencipta pantun yang lebih tajam lagi kiasan atau sindirannya sebagai balasan. Demikianlahyang kerap berl;aku kalau lagu Dondang Sayang dinyanyikan oleh penyanyi yangbenar-benar arif menyanyikan lagu tersebut. Pantun sindiran yang indah pada bentuk dan tepat isinya telah menjadi pusaka perbendaharaan sastera. Beberapa rangkap pantun sindiran yang dinyanyikan dalam lagu Dondang Sayang itu ialah ; Disangka panas di tengah padang, Kiranya urat jawi-jawi, Kusangka panas hingga ke petang, Kiranaya hujan di tengah hari. Pilih-pilh tempat mandi, Pertama teluk kedua pantai, Pilih-pilih tempat menjadi, Pertama elok kedua pandai. Meninjau berpadi masak, Batang kapas bertimbul jalan, Hati risau dibawa gelak, Bagai panas mengandung hujan. Hinggap merpati di dahan senduduk, Gugur pinang ditiup badai, Jangan seperti malang Pak Kaduk, Ayam menang kempung tergadai.

Tema pantun yang dinyanyikan adalah mengisahkan kasihsayang, ibarat, masalah budi, sindiran, teka-teki, senda gurau dan sebagainya. Pembayang maksud setiap pantun sering diambil daripada alam sekeliling atau keindahan alam pada umumnya dan kadang kala menyebut watak individu yang terrkenal dalam masyarakat ataupun nama-nama tempat. Beberapa pantun lama yang dinyanyikan dalam persembahan Dondang Sayang ialah seperi berikut: Berlari-lari bukannya kijang, Pandan tersandar di ujungnya, Bernyanyi-nyanyi bukan dek riang, Badan tersandar pada untungnya Angin barat gelombang utara, Tinggi petak dari ruang, Jangan diharap semacam saya, Budi tiada bahasa pun kurang. Dalam perkembangan nyanyian Dondang Sayang kini kelemahan yang amat ketara ialah pada pantun yang didengarkan terutamanya dari segi bahasa dan ungkapan pembayang pantun. Kerap terdengar kata-kata atau ungkapan yang kurang tepat dan tidak sepadan dengan isi atau maksud pantun. Kadang-kadang tersisip perkataan-perkataan atau kata-kata yang sengaja dibuat-buat untuk tujuan tertentu yang menyebabkan cacat kesempurnaan penyanyi pantun yang Sayang dinyanyikan. kepada Walau

bagaimanapun

sumbangan

Dondang

pengisian

perbendaharaan pantun adalah besar. Dalam usaha memperluaskan lagi lagu Dondang Sayang digubah bersama iringan tarian sebagai penyeri nayanyian lagu . Ini diberi nama tarian Dondang Sayang. Ahli-ahli seni tari kita cuba meresapkan kata-kata curahan kalbu penyanyi dalam gerak langkah, lenggang dan gaya serta irama tarian, mengikut bentuk dan irama tarian. Bentuk dan corak tarian itu selari dengan alunan lagu yang mendayu dan beralun. Ada rangkapan pantundigubah orang sebagai pengiring tari.

PERANAN DALAM MASYARAKAT


Masyarakat Melayu di Malaysia kaya dengan pelbagai kesenian tradisional yang unik dan istimewa. Berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Di negeri Melaka Dondang Sayang sememangnya telah menjadi sinonim dengan negeri dan rakyatnya. Ia bukan sahaja berfungsi untuk tujuan hiburan malah berperanan sebagai saluran komunikasi tradisional dalam masyarakat. Dondang Sayang antara medium komunikasi tradisi masyarakat Melaka yang penting pada suatu ketika dahulu. Diondang Sayang sebagai media warisan amat penting dalam proses komunikasi tidak hanyab melibatkan manusia sahaja, malah peralatan muziknya juga membantu proses tersebut. Gendang boleh digunakan sebagai alat komunikasi tanpa lisan bagi menyampaikan mesej kepada penonton dan orang ramai. Komunikasi lisan pula disampaikan melaui Lagu mereka, gendang pula sebagai komunikasi Tanpa Lisan yang digunakan bagi menjelaskan sesuatu mesej tersebut dan menaikkan semangat. Dondang Sayang menjadi alat media dalam proses komunikasi yang berfungsi member maklumat, hiburan dan pendidikan kepada masyarakat. Dondang Sayang banyak memberi kita input yang berguna didalam bentuk pantun nasihat yang dinyatakan secara halus dan berseni. Biarpun zaman dan generasi berubah, pantun Dondang Sayang masih boleh dijadikan sumber pengajaran terhadap generasi muda masakini. Walaupun masyarakat melayu silam jarang berkebolehan menulis, mereka mengeluarkan kata-kata pantun dengan begitu indah sekali dengan pelbagai maksud yang tersirat, Mereka berbalas-balas pantun diantara satu sama lain. Dondang Sayang merupakan hiburan yang menjadikan pantun sebagai senikatanya. Secara tidak langsung pantun akan terus digunakan selagi Dondang Sayang dimainkan. Dalam tradisi Malayu, mendodoikan anak sebelum tidur merupakan amalan yang dilakukan di mana-mana juga. Bagi orang Malaka, mengalunkan Dondang Sayang walaupun tidak sempurna adalah menjadi kelaziman. Dondang Sayang diperkenalkan sejak anak masih di dalam buaian. Tidak syak lagi, ia merupakan pembentukan jiwa dan akhlak serta minat terhadap Dondang Sayang, Masyarakat Malayu terutamanaya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Maka terciptalah pantun-pantun Dondang Sayang yang digunakan sebagai tujuan didikan dan nasihat. Ia memberikan peringatan dan pedoman kepada semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah.

Dondang Sayang juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Dondang Sayang juga digunakan untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa atau berbudi. Dondang Sayang juga digunakan untuk sindiran dan tempelak untuk menggambarkan rasa tidakpuas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau dengankatan lain secara tidak berterus terang. Melalui Dondang Sayang masyarakat dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini bertujuan mengelakkan pertelingkahan dan akhirnya pergaduhan diantara mereka. Dondang Sayang juga boleh dijadikan media untuk menguji minda dan mencabar ketangkasan fikiran. Dondang Sayang juga boleh menjadi sebagai punca rezeki penduduk negeri Malaka amnya. Ekonomi berkembang dimana ia menggalakkan perusahaan

pelancongan yang menaikkan imej Negara di mata dunia jesteru menghasilkan sumber pendapatan. Peluang pekerjaan juga semakin luas. Dondang Sayang juga telah menyatupadukan masyarakat Melaka seperti Melayu, Cina Peranakan, masyarakat India Cettiar dan juga masyarakat keturunan Portugis di Melaka. Sesiapa yang menyaksikan persembahan Dondang Sayang Melaka tentunya terpegun dengan kebolehan pelbagai etnik di negeri ini mendendangkan lagu warisan itu dengan baik.

KONSEP MUZIK DALAM LAGU DONDANG SAYANG


MELODI Melodi dalam Dondang Sayang dimainkan oleh alat muzik biola atau akordian. Pada pendahuluan lagu melodi yang dimainkan oleh biola dapat dianggap sebagai pembuka dan pengiring utama kepada nyanyian. Dondang Sayang terdapat baris

melodi dan lagu ini berasaskan skel heptatonik. Struktur jeda dalam skel ini menyeruPai mod miksolodian. Setiap frasa melodi dan senikata lagu dalam lagu ini dinyanyikan secara rangkaian melisma dan gaya nyanyian utamanya adalah silabik dan melodi bergerak secara bertingkat.Kaunter melodi menaik-turun diutamakan dalam lagu ini. Baris nyanyian tukang karut dan korus tidak kompleks. Tumpuan kepada senikata yang terang dan melodi yang mudah dinyanyikan. Ini penting supaya muzik vokal itu mudah difahami dan menarik minat penonton. BENTUK Pada umumnya form lagu Dondang Sayang Berbentuk Tinary ABABA mengikut srtuktur pantun 4 baris iaitu ada pembayang dan ada maksud. Namun dari segi muzikal setiap senikata dalam pantun mengandungi 2 frasa melodi yang berlainan. Dan pantun yang lengkap mengandungi 24 bar yang terdiri daripada 8 frasa melodi, Range lagu Dondang Sayang pula tidak luas iaitu tiada not yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Bagi nyanyian Dondang Sayang pula, ianya tidak komplek dan biasanya berupa spontan, Ciri ini kedapatan kerana foKus bahagian penyanyi lebih kepada improvisasi melodi atau senikata lagu. Improvisasi ini penting kerana ia berupaya menarik minat penonton melalui kretiviti penyanyi melalui gaya persembahnnya dan nyanyiannya . HARMONI Dondang Sayang berbentuk monofonik Iaitu hanya melodi biola sahaja tanpa kord. Melodi tidak diiringi oleh kord tetapi diiringi oleh rentak inang yang dimainkan oleh rebana dan gong.

EKSPRESI Ekspresi dalam lagu Dondang Sayang selalunya bergantung kepada teks lagu penyanyi. Jika lagu tersebut mempunyai teks yang lucu maka ekspresi lagunya adalah gembira. Tetapi jika teks lagu tersebut mengisahkan kisah yang sedih, maka rentaknya akan menjadi lambat temponya menunjukkan ekspresi yang sedih. PENYANYI/PEMUZIK Penyanyi yang sering menyanyikan lagu Dondang Sayang ialah Kamariah Noor, SM Salim, Sharifah Aini dan Noraniza Idris. Manakala pemuzik yang terkenal dengan lagu-lagu Dondang Sayang ialah Hamzah Dolmat.

KESIMPULAN

Dondang Sayang amat menarik untuk dikaji, sayangnya sehingga kini belum ada diantara kita yang melakukan kajian secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh tentang Dondang Sayang. Sekarang begitu kurang penyanyi muda yang meminati Dondang Sayang. Jikalau keadaan demikian diabaikan, masa depan lagu dan nyanyian Dondang Sayang akan muram. Bagi saya tidak berlebihan jikalau dikatakan bahawa seorang penyanyi Malaysia umumnya dan penyanyi Melayu khususnya belum boleh diikhtiraf sebagai penyanyi yang berkebolehan kalau tidak tahu menyanyikan lagu Dondang Sayang. Hari ini Dondang Sayang jarang-jarang didendangkan oleh pancaragam moden kecuali jikalau ada permintaan atau aturcara persembahan yang tertentu. Kumpulankumpulan Dondang Sayang yang wujud kini tidak begitu terkenal di kalangan masyarakat umum, kecuali sekali sekala dapat dilihat persembahan mereka melalui televisyen atau siaran radio

You might also like