Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

UKIRAN KAYU TRADISIONAL

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran.

Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.

TEKNIK DAN GAYA Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Dua teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah

tebuk tebus tebuk timbul.

Susunan atau pola ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu

pola bujang pola lengkap pola pemidang.

BENTUK UKIRAN KAYU


Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri. Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa
keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

B. UKIRAN BUNGA TIMBUL

Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

C. UKIRAN ARCA

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

D. LARIK Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

D. UKIRAN KAYU HANYUT Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.

MOTIF-MOTIF UKIRAN KAYU Keindahan dunia Melayu bukan hanya dalam seni pengucapan yang meliputi syair gurindam, jampi serapah, pantun teromba dan ratusan yang lainnya. Keindahan alam itu diabstrak pula pada seni ukiran. Terdapat dua jenis ukiran iaitu ukiran/sobek kasar dan halus. Sobek kasar melibat ukiran pada benda-benda besar seperti dinding rumah, pintu, rabung, sisp angin, perahu dan lain-lain lagi, manakala sobekan halus melibatkan peralatan kecil seperti kukur kelapa,rehal, hulu dan sampir keris, bingkai fram dan lain-lain. Apa yang ada pada sebuah rumah, akan ada pada perahu dan juga akan ada pada sebilah keris. Ukiran ini pula bukan hanya diukir atau pahatan kayu, tetapi juga melibatkan logam seperti perak, emas dan tembaga dan juga pada benda-benda lain. Motifnya diambil dari dan manusia serta haiwan ini dilakar dan digarap dengan gagasan, wawasan, aspirasi, falsafah, emosi dan intelektual banngsa Melayu. Penuh-penuh dengan lambang-lambang antara garis halus manusia dengan Penciptanya-antara manusia dengan Tuhan. Motif-motif itu adalah manifestasi dari:

a. b. c.

manusia tumbuhan dan haiwan alam yang lebih luas

fizikal manusia diolah diukir sebagai lambang, misal hulu jawa demam pada sebilah keris, ayam teleng, kerdas atau patah tiga, unduk-unduk dan banyak lagi menjadi objek seni ukiran halus yang dapat dikesan dari seni ukiran keris. Manakala ukiran kusriwa pada sampir yang berbentuk perahu juga mengambil motif deburan ombak dan sulur tunas.

Ukiran ini juga ada pada sebuah perahu dan rumah atau bangunan Melayu. Motif-motif ini dapat dipecahkan kepada geometri, flora fauna, abstrak dan seumpamanya. Berapa contoh motif ukiran dapat dilihat seperti di bawah:

NAMA MOTIF

GAMBAR

MOTIF DAUN SAYAP

MOTIF BUNGA RAYA

MOTIF CINTA MANI

MOTIF KETAM GURI

MOTIF TARI BUAYA

JENIS-JENIS BUNGA UKIR Terdapat lima corak bunga ukir yang terdapat dalam reka corak tradisional, antaranya awan larat, awan silang atau kerawang,awan bentuk huruf, larik dan semetri.

A. AWAN LARAT

Awan larat berilham dari alam iaitu awan yang berarak apabila ditiup angin. Ada pula mengatakan bahawa nama ini diambil sempena nama seorang anak kecil bernama Awang yang menggaris tanah hingga melarat-larat menjadi bentuk yang cantik. Gambaran inilah yang diabadikan oleh pengukir dalam ukirannya. Kebiasaannya pengukir mencipta daun, buah dan bunga hasil ilhamnya sendiri. Awan larat ini corak yang paling dimuliakan dalam apresiasi seni ukir Melayu Klasik. Ukiran jenis ini tidak diletakkan di paras pusat. Awan larat terbahagi kepada dua jenis yakni Awan Larat Melayu dan Awan Larat Jawa.

B. AWAN LARAT MELAYU ASLI

Awan jenis ini juga dikenali sebagai Awan Larat Jawi. Bentuknya mempunyai bunga yang besar dan jarang. Coraknya bermula dari satu tempat dan melarat memenuhi ruang yang lain. Batangnya berlingkar dan bertembung dengan daunnya yang berlipat lunak.

C. AWAN LARAT JAWA

Bentuknya lebih kecil daripada awan larat Melayu Asli. Daun dan bunganya rapat-rapat. Terdapat banyak bunga dan daun saling bertindih. Bentuk daunnya lurus dan tidak berlipat.

D. SILANG /KERAWANG

Bunga ukir bentuk ini adalah dalm garis yang bengkang-bengkok. Garisan bersimpang-siur seumpama akar yang berlegar. Ukiran corak ini biasanya terdapat dalam bentuk papan tebuk tidak silat.

E. AWAN BENTUK HURUF LARIK ATAU SIMETRI

Jenis ukiran berbentuk huruf yang dimaksudkan ialah huruf-huruf dalam al- Quran. Ukiran ini biasanya banyak terdapat di masjid. Awan jenis Larik berbentuk gerlang-gerlang pada batang bulat. Keindahan jenis ini terletak pada gerlang yang berkala dan tersusun. Ukiran ini biasanya terdapat pada tongkat, tiang-tiang ulu senjata dan sebagainya. Kebanyakannya mempunyai dua jenis larik. Awan jenis simetri biasanya terdapat dalam bentuk geometri Islam, misalnya corak swastika. Awan jenis ini biasanya terdapat di masjid atau mimbar.

You might also like