Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

INFLASI

Kadar perturnbuhan ekonorni Malaysia yang tinggi, pada paras lebih 8

peratus setahun sejak lapan tahun berturut-turut kebelakangan ini
menimbulkan tekanan yang tinggi kepada inflasi di Malaysia. Kadar inflasi
telah meningkat dari 0.4 peratus dalarn tahun 1985, ketika Malaysia
mengalarni kernelesetan ekonorni terus kepada 4.7 peratus dalarn tahun
1992. Walau bagaimanapun, kadar inflasi menurun kepada 3.5 peratus
pada tahun 1995 dan 3.6 peratus bagi sembilan bulan pertarna tahun
1996. Setakat ini kadar inflasi di Malaysia masih boleh dikatakan rendah
dan adalah terendah jika dibandingkan dengan negara-negara
membangun yang lain.
APA ITU INFLASI?
Pada urnumnya inflasi bermakna "kenaikan yang berterusan dalarn tingkat
harga urnum". "Harga umum"
bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan
barangan dan perkhidmatan yang ada dalarn sesuatu ekonorni pada
sesuatu masa tertentu. Oleh kerana terlalu banyak bilangan barangan
yang terdapat pada sesuatu masa, maka arnat sulit untuk mendapatkan
sernua harga barangan dan perkhidmatan berkenaan. Oleh itu, satu
kaedah telah dibentuk untuk mengukur paras harga urnum ini dengan
mengambil sebilangan barangan dan perkhidmatan tertentu sebagai
mewakili keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalarn
sesuatu ekonorni dan harga mereka diukur dengan rnenggunakan Indeks
Harga. Seringkali koleksi barangan dan perkhidmatan yang diambil itu
mewakili barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna.
Oleh itulah indeks harga ini dinamakan Indeks Harga Pengguna (IHP) dan
bagi Malaysia, indeks ini dikeluarkan dari masa ke masa oleh Jabatan
Perangkaan.

"Kenaikan yang berterusan" bermaksud bahawa inflasi hanya berlaku pada ketika
paras harga urnum meningkat secara berterusan dalarn satu-satu tempoh tertentu
sahaja. Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan harga
akibat musim kernarau atau kenaikan harga kerana meningkatnya kadar cukai jalan
tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan harga sebegini hanya berlaku sekali
sahaja.

INDEKS HARGA PENGGUNA

Indeks Harga Pengguna (IHP) merupakan kaedah yang digunakan untuk
mengukur atau menentulkan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata
barangbarang da perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh pengguna.
IHP diukur dengan membandinglkan purata harga barangan dan
perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga bagi tahun sernasa.
Sementara itu kadar inflasi pula adalah peratus perubahan paras harga
barangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas. IHP
mengambilkira lebih kurang 430 item barangan dan perkhidmatan yang
digunakan oleh seunit isi rumah secara am (average household
expenditure).
KESAN-KESAN INFLASI
Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi dan penduduk
sesebuah negara. Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup
rakyat dan ini akan mengurangkan taraf hidup mereka. Agihan faktor-
faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi
berkenaan.
Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka.
Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi
jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu
berkenaan. Pengurangan pendapatan benar akan berlaku dengan ketara
kepada pekerjapekerja yang berpendapatan tetap.

Sewaktu ekonomi menghadapi inflasi, kesan agihan amat dirasai. Bagi

mereka yang menabung,
yang menerima pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran, nilai
sebenar (dalarn eftikata kuasabeli wang) tabungan, nilai pencen, nilai bon
atau polisi insuran mereka merosot. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar
faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif berbanding dengan
keadaan tanpa inflasi. Bagi mereka yang berhutang dan yang memberi
hutang agihan semula pendapatan juga akan berlaku. Bagi yang
berhutang, mereka beruntung kerana nilai benar wang bayaran hutang
yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya. Yang
memberi hutang pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang
diterima menjadi rendah daripada keadaan tanpa inflasi.

Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan
meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan
yang dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya
saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan
pelaburan dalam industri-industri berkenaan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMYEBABKAN INFLASI

Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari

faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini :

1. Inflasi Tolakan Kos

Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang
tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi
faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika kadar
upah meningkat dengan tinggi, maka kos pengeluaran akan meningkat.

Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu

memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi
kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini
(penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga
bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru
dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan
mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya
pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum
akan meningkat sekali lagi.

2. Inflasi Tarikan Permintaan

Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara
jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan
perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika
berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan
jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila
peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada
tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai
gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat
pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan
yang melambung ini, sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau
pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh
berpunca kepada:

a)Peningkatan Tinglkat Pendapatan

Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh
peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini
akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini
akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada
kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika
ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.

b) Peningkatan Penawaran Wang

Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh
meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang
tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar
kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam
negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan
perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.

3. Inflasi Diimport
Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: peningkatan harga
barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar
pertukaran asing.

i. Peningkatan Harga di Luar Negara

Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import. Ini
terutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang
banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika
hargaharga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada
harga dalam negara.

ii. Penurunan Kadar Pertulkaran Wang

Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara
Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang
Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan
untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung
Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat
sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya
harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.

4. Jangkaan Pengguna
Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna.
Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa
hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah
jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi
peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk
meningkatkan harga.

a) Peningkatan Tinglkat Pendapatan

LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI

Objektif utama kerajaan ialah menstabilkan harga dalam keadaan ekonomi

membangun dengan pesat. Langkah-langkah utama kerajaan dalam usaha
memerangi inflasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-
langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.

Dasar Kewangan (Monetary Policy)

Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkan
pertumbuhan penawaran
wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yang tinggi
untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjaman serta
mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit.

Dasar Fiskal (Fiscal Policy)

Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barang-barang isi
rumah, barangbarang elektrik, elektronik dan sebagainya.
Pentadbiran

i. Menggalakkan Persaingan
Kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara
industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya
saing industri dari segi harga produk.
ii. Memperbalki Sistern Pengangkutan
Sistem pengangkutan awam sedang diperbaiki bagi memastikan pengangkutan
barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya
dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai
makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran.
iii. Kapasiti Pengeluaran Makanan
Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-
Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan
diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.

KEMPEN ANTI-INFLASI DI SELURUH NEGARA

Kerajaan menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk
kepada perkembangan ekonomi negara, kos sara hidup dan taraf hidup
orang berpendapatan rendah. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti
Inflasi melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran
dan perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-
langkah positif untuk membantu membendung inflasi. Objektif utama
kempen ialah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling
rendah sehingga mencapai tahap sifar seperti yang dihasratkan oleh YA.B.
Perdana Menteri.
Kempen ini diasaskan kepada konsep untuk memupuk pemikiran
masyarakat supaya membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna
supaya:
• membeli barang buatan Malaysia
• mengelakkan pernbelian tidak dirancang
• membeli hanya barangan yang benar-benar diperlukan
• menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan menabung
• mengurangkan pernbelian menggunakan kad kredit
• elakkan amalan mencatut (profiteering) oleh para peniaga.
• menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.
Kempen melalui media cetak dan elektronik ini adalah bertemakan "Inflasi
Sifar Sasaran Kita".

Inflasi Sifar
Inflasi sifar bermakna sesuatu keadaan di mana tidak berlaku apa-apa
kenaikan pada Indeks Harga Pengguna tahun semasa berbanding dengan
Indeks Harga Pengguna tahun asas. Dalam keadaan ini paras harga kekal
dan tidak berubah bagi tempoh masa tertentu.
Takrifan Inflasi Sifar Dalam Kempen Anti Inflasi Kerajaan
Sementara itu inflasi sifar dalam konteks Kempen Anti Inflasi yang
dilaksanakan oleh kerajaan adalah merujuk kepada usaha-usaha kerajaan
mengekalkan paras harga bagi barangan dan perkhidmatan perlu yang
biasanya digunakan oleh sebahagian besar rakyat di negara ini
terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah seperti barang
makanan, pengangkutan bas, teksi, kos rumah murah, sewa rumah
murah, utiliti dan sebagainya.
Peranan Pengguna Dalam Menangani Masalah Inflasi
Pengguna mempunyai peranan yang penting dalam melawan inflasi.
Dengan kebijaksaan yang ada, pengguna boleh mencorak semula
perbelanjaan mereka sewaktu ekonomi berada dalam keadaan inflasi.
Pengguna boleh mengurangkan paras perbelanjaan dengan berbelanja ke
atas barangan dan perkhidmatan yang perlu sahaja. Pengguna tidak perlu
mempunyai jangkaan inflasi yang boleh memburukkan keadaan. Dalam
keadaan-keadaan tertentu, pengguna boleh juga mencari barangan atau
perkhidmatan pengganti yang lebih murah harganya. Kempen Anti-Inflasi
serta program-program yang lain bertujuan mendidik pengguna tentang
hak-hak pengguna, tentang pengurusan ekonomi rumah tangga dan
tentang bahaya inflasi. Nasihat kepada pengguna ialah sebelum
berbelanja mereka haruslah:
• merancang perbelanjaan
• dapatkan nilai bagi wang
• elakkan perbelanjaan berlebihan

You might also like