Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

ISI KANDUNGAN

BIL. 1.0 2.0

PERKARA PENGENALAN TUGASAN :

MUKA SURAT 1

2 a) Persejarahan KOMSAS pra dan pascatahun 2000. 6

b) Kewajaran KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu.

c) Kepentingan pengajaran KOMSAS bagi membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka.

3.0 4.0

KESIMPULAN SUMBER RUJUKAN

12 13

1.0 PENGENALAN Dasar Pendidikan di Malaysia ialah dasar pendidikan yang berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), merupakan satu usaha yang berterusan dari peringkat awal pendidikan hingga ke peringkat tertinggi semata-mata ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. KOMSAS merupakan kata akronim bagi 'Kumpulan Komponen Sastera'. Kesusasteraan Melayu yang diajar dalam subjek Bahasa Melayu ini juga dikenali sebagai s kecil dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merupakan komponen dalam subjek bahasa

Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk pelajar Tingkatan 1 - 5 di semua sekolah menengah. Menerusi KOMSAS cita-cita FPK dapat dipenuhi kerana ia bermatlamat untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Hal ini bersesuaian kerana kesusasteraan mencerminkan masyarakat dan budaya serta merupakan manifestasi kesenian melalui media bahasa yang kreatif lagi indah. Dalam kurikulum sistem pendidikan kebangsaan KBSM, kesusasteraan diketengahkan dalam dua entiti yang berbeza, iaitu Kesusasteraan Melayu sebagai subjek dan Kesusasteraan Melayu sebagai komponen (KOMSAS) dalam subjek Bahasa Melayu. Dalam tugasan pada kami ini, saya dikehendaki membincangkan persejarahan KOMSAS pra dan pascatahun 2000, kewajaran KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu serta menghuraikan kepentingan pengajaran KOMSAS bagi membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka.

2.0 TUGASAN

2.1 TUGASAN A Konsep bersepadu dalam KOMSAS meliputi dua aspek yang kedua-duanya saling berkaitan. Yang pertama ialah aspek ilmu, iaitu apabila pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa. Hal ini bermakna, dalam masa pengajaran Bahasa Malaysia, pelajar-pelajar akan diajar ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Kesusasteraan seperti tema, plot, gaya bahasa dan sebagainya. Aspek yang kedua ialah penyepaduan dalam aspek bahan pengajaran. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, bahan-bahan kesusasteraan seperti syair, cerpen, sajak, novel dan sebagainya boleh digunakan sebagai bahan pengajaran. Bagi pengajaran dan pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga 5 pascatahun 2003 telah diperuntukkan dua waktu dalam seminggu. Secara umumnya, P&P KOMSAS digubal untuk memenuhi beberapa matlamat. Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), 2002, KOMSAS tergolong di dalam hasil pembelajaran bidang estetik. Ia diharapkan dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Di samping itu, komponen ini juga mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. Sehubungan dengan itu, KOMSAS diajarkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut: a. Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar; b. Mempertingkatkan kemahiran berbahasa; c. Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya satera; dan d. Memupuk semangat yakin diri. Selain itu, bahan-bahan kesusasteraan Melayu yang dipilih untuk pengajaran bagi setiap tingkatan haruslah dapat dihayati dan bersesuaian dengan kebolehan, tahap atau keupayaan murid. Kesesuaian bahan dengan pelajar telah terbukti apabila bahan kesusasteraan Melayu atau komsas yang ditetapkan untuk pelajar tingkatan 1 adalah lebih mudah dan tidak menuntut pelajar

berfikir panjang berbanding dengan teks untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Sebagai contoh, pemilihan puisi tradisional yang mengandungi pantun dua kerat, pantun empat kerat dan syair. Puisi tersebut dapat dihayati dan bersesuaian dengan kebolehan pelajar tingkatan 1. Sebagai contoh, di bawah ini diketengahkan pantun dua kerat, pantun budi, dan pantun kanak-kanak yang dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun yang menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran pelajar tingkatan satu. Sejarah kesusasteraan melihat karya kesusasteraan daripada sudut diakronik kronologi atau perkembangan dari semasa ke semasa. Kemunculan sesebuah karya merupakan satu peristiwa kesusasteraan. Karya kesusasteraan yang halus sifatnya dilihat memiliki permulaan, dan kehidupan yang kuat dan bertenaga. Karya sedemikian mungkin berlaku proses transformasi, adaptasi, rombakan semula, ataupun kontroversi terhadap nilainya. Karya klasik biasanya melalui proses ini. Oleh itu, amat bermaknalah apabila meletakkan karya sedemikian atas sudut diakronik kronologi. Sudut diakronik kronologi digunakan bagi menghubungkan peristiwa kesusasteraan dan perspektif kemajuan pada satu zaman yang panjang, waima bagi sesebuah genre kesusasteraan, khususnya atau pada penciptaan kesusasteraan itu sendiri amnya. Di samping itu, ada dua bidang khusus yang mempunyai panduan pengkajian yang tersendiri. Kajian kesusasteraan rakyat melihat fenomena kesusasteraan lisan yang terhasil dalam masyarakat biasa yang memiliki kebudayaan kecil, serta mengkajinya berdasarkan teori yang diterima. Kajian kesusasteraan bandingan pula melihat karya kesusasteraan daripada dua masyarakat yang berlainan, baik dalam aspek-aspek persamaannya atau perbezaannya. Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah sekali lagi mengalami perubahan setelah ia disemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987. Ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat FPK dan menyediakan pelajar menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Namun, perubahan ini tidak mengubah matlamat asal pendidikan Bahasa Melayu yang bertujuan mendukung hasrat FPK untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani (JERI). Dalam perubahan ini kurikulum Bahasa Melayu digubal berdasarkan penggunaan bahasa yang merangkumi tiga bidang utama iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat dan Bidang Estetika (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000).

Penumpuan kepada bidang-bidang tersebut bertujuan untuk membolehkan pelajar menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang kerjaya, dan seterusnya sebagai bahasa ilmu yang boleh dimanfaatkan sepanjang hidup mereka. Manakala dalam hasil pembelajaran Bidang Estetika tersebut murid akan memahami, menguasai, dan menghasilkan penulisan kreatif. Dengan ini KOMSAS telah dimasukkan dalam perubahan sukatan ini dengan harapan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera. Pelaksanaan KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu diperkenalkan pada tahun 2000, Kajian terperinci terhadap hasil perlaksanaannya masih belum banyak dilakukan oleh mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli pendidik. Walau bagaimanapun sudah banyak kajian serta penulisan yang berkaitan dengan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah yang telah dibuat oleh para pengkaji bahasa atau ahli-ahli akademik serta para pelajar di institusi pengajian tinggi. Kesusasteraan Melayu telah menjadi komponen wajib dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu di semua sekolah menengah (aliran sastera, sains, teknik, agama dan vokasional) di negara ini. Para pelajar diwajibkan membaca dan mendalami bukubuku sastera Melayu tersebut. Sehubungan itu, penggunaan bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kini dilaksanakan melalui KOMSAS. Teks Komponen Sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu daripada puisi, sajak, pantun, syair, gurindam, cerpen, drama dan novel. Pembelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam Bahasa Melayu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai Mac 2000 dan telah dinilai mulai tahun 2001, peringkat SPM dan tahun 2002, peringkat PMR. Pendekatan pengajaran- pembelajaran subjek ini lebih bersifat menyeluruh iaitu ke arah pembinaan pemikiran akal budi, yang banyak terpancar menerusi genre-genre tersebut. Dalam hal ini, pihak KPM hasil saranan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), melalui panel pemilihnya, telah menetapkan dua teks untuk digunakan di setiap tingkatan. Teks-teks tersebut ialah sebuah novel dan sebuah teks antologi yang bermuat enam puisi tradisional, enam sajak, empat prosa tradisional, enam cerpen, dan tiga buah drama. Kesemua genre tersebut akan diajarkan dalam 56 waktu setahun. Genre puisi (sajak dan puisi

tradisional) akan diajarkan sebanyak 12 waktu setahun manakala genre yang lain hanya 11 waktu setahun. Kini teks KOMSAS telah memasuki pusingan kedua dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semua pelajar diwajibkan mempelajari teks baharu mulai 2010 bagi Tingkatan satu, dua dan empat bagi Tingkatan lima pada 2011, Tingkatan tiga 2012. Sehubungan itu, diharapkan KOMSAS yang dalamnya mengandungi genre novel, cerpen, puisi lama (pantun) dan baru (sajak) yang diajarkan di sekolah melalui teks pilihan KOMSAS berupaya memberikan pendedahan tentang falsafah akal budi yang luhur, nilai estetik dan keindahan, pengalaman baru, falsafah dan pemikiran yang terpancar dalam makna tersurat dan tersirat dalam puisi-puisi pilihan tersebut. Hal ini demikian kerana, akan membentuk jiwa dan mendidik rasa kecintaan kepada beberapa genre. Kementerian Pelajaran melalui Kajian Pembangunan Pendidikan 2001-2010 iaitu Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan menegaskan negara memerlukan ramai tenaga manusia yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi. Untuk memenuhi keperluan tersebut, sistem pendidikan telah menetapkan dasar 60:40 (Sains/Teknikal : Sastera).

2.2 TUGASAN B Pengajaran bahasa mempunyai kaitan yang rapat dengan bahan-bahan kesusasteraan. Hal ini adalah kerana kedua-dua bidang ini saling lengkap melengkapi antara satu dengan lain. Pengajaran kesusasteraan menggunakan bahasa sebagai medium penyampaian maklumat, manakala pengajaran bahasa pula akan menjadi lebih menarik jika mendapat sentuhan kesusasteraan sebagai bahan pengajaran. Malahan, pengajaran bahasa dan kesusasteraan samasama menggunakan medium bahasa yang sama, dan kedua-duanya boleh diajar dengan gaya pembelajaran yang sama, sama ada secara lisan atau bertulis. Terdapat beberapa faktor kewajaran KOMSAS dalam bahasa subjek Bahasa Melayu. Menurut Abd. Rahman Shaari (1994), bahan kesusasteraan mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu karya sastera mempunyai daya tarikan yang boleh menimbulkan minat kepada pelajar untuk terus membaca, kerana bahan sastera mempunyai ciri-ciri hiburan yang beremosi. Bahan yang dibaca atau yang didengar juga akan menyalurkan pemikiran positif, kreatif, dan kritis dalam proses pendidikan seumur hidup. Bahan-bahan komponen kesusasteraan Melayu akan menarik perhatian pelajar terhadap topik yang akan disampaikan. Keadaan ini akan memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid dalam proses pembelajaran secara berterusan. Selain itu, karya sastera selalunya mempunyai pelbagai bentuk dan laras bahasa yang boleh dipelajari dan didedahkan kepada pelajar. Misalnya, bentuk perbualan yang terdapat dalam karya sastera boleh digunakan dalam pengajaran cakap ajuk dan cakap pindah dalam pengajaran bahasa. Pelajar juga boleh didedahkan dengan kepelbagaian dialek dan gaya bahasa yang terdapat dalam karya sastera. Pembelajaran KOMSAS adalah wajar dalam subjek Bahasa Melayu kerana guru dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan penggunaan bahan kesusasteraan Melayu dalam P&P Bahasa Melayu kepada pelajar. Bahan-bahan kesusasteraan Melayu dalam P&P Bahasa Melayu sama ada sebelum atau selepas semakan kurikulum Bahasa Melayu yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 itu, digunakan untuk : i. Membangkitkan minat dan kesedaran pelajar tentang bentuk bahasa yang komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur ayat.

ii.

Membentuk kepekaan pelajar tentang kelainan, keindahan, kekreatifan, kerasionalan, keintelektualan, kesaintifikan, keunikan atau kebitaraan mutu dan gaya bahasa kesusasteraan Melayu yang memiliki ciri menghibur atau sebagainya.

iii.

Meningkatkan kesedaran dan menghayati nilai-nilai moral dan etika yang wujud dalam teks kesusasteraan Melayu klasik dan moden waima yang berbentuk prosa mahupun puisi.

iv. v. vi.

Memupuk dan membangkitkan minat membaca karya-karya lain. Memperlihatkan isi dan mesej yang sesuai dan mudah difahami. Menyedari kepentingan ilmu pengetahuan dan cerita tentang pelbagai aspek budaya dan kehidupan masyarakat.

vii.

Menguasai bahasa figuratif secara tersurat dan tersirat baik yang berhubungan dengan aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmatik dan selok-belok bahasa Melayu yang lain. Selain itu, antara pandangan yang menarik tentang kepentingan kesusasteraan dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah pelajar berpeluang untuk membina nilai-nilai murni dan pembinaan sahsiah yang mulia. Di samping itu, pelajar yang gemar dan rajin membaca karya kesusasteraan Melayu atau yang selalu terdedah dengannya didapati lebih memahami maksud karya kesusasteraan Melayu yang dibacanya, khususnya tentang realiti kehidupan. Malahan, dengan membaca karya kesusasteraan Melayu mereka dapat menghayati dan menyelami perasaan insan lain secara kreatif dan kritis seperti yang digambarkan dalam karya yang dibacanya itu, lebih-lebih lagi apabila bentuk, isi dan mesejnya ialah yang berkaitan dengan perihal masyarakat dan nilai-nilai kehidupan. Bahkan, jika mereka selalu terdedah dengannya, mereka akan memperoleh wadah pemikiran, dan erti sebenar sesuatu karya kesusasteraan Melayu. Dengan demikian, individu yang membacanya akan timbul perasaan seronok akan sesuatu karya itu. Kesukaan dan kecintaan yang mendalam terhadap karya kesusasteraan Melayu menjadi punca utama baginya untuk membaca karya-karya kesusasteraan Melayu lain seterusnya. Di samping itu, bahan kesusasteraan Melayu yang diketengahkan itu memiliki unsurunsur positif. Antaranya ialah unsur kemoralan, kemotivasian dan keaspirasian, keindahan dan kekreatifan, kerasionalan dan kesaintifikan, kebitaraan dan keunikan, keintelektualan dan

keterampilan, keimanan dan kerohanian, keharmonian dan realiti kehidupan, keikhlasan dan bertanggungjawab, serta kepotensian dan kesejahteraan diri. Dengan demikian, segala unsur yang bersifat positif itu amat bersesuaian untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, untuk pembinaan sahsiah dan memperkembang potensi murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu. Unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang cuba diserapkan dalam pendidikan Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam membentuk budi pekerti yang mulia, jati diri, bertanggungjawab, dan berkeupayaan bagi mencapai kesejahteraan dan citra diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Hal seumpama itu pernah dijelaskan oleh para sarjana tempatan dan luar negara. Di samping itu, pengetahuan tentang konsep dan teori-teori kesusasteraan yang berhubungan dengan beberapa pendekatan seperti pendekatan sosiologi sastera yang digunakan oleh pengarang dalam menganalisis karya-karya kesusasteraan Melayu yang estetik dapat meluaskan pengetahuan guru. Malah pengetahuan itu akan dapat menjadi daya penarik kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

2.3 TUGASAN C Melalui proses pengajaran dan pembelajaran KOMSAS, jati diri bangsa yang merdeka dapat dipupuk dikalangan pelajar. Maka, ia akan mewujudkan jati diri pelajar serta berilmu pengetahuan. Contoh cerpen Diari Seorang Pengawas memaparkan secara langsung dunia murid. Pengarang telah mengemukakan watak pelajar yang bertanggungjawab terhadap tugasnya, dan ia merupakan satu role model yang wajar dicontohi bagi seorang pelajar yang memegang jawatan pengawas di sekolah (Sehijau Warna Daun). Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dapat memotivasikan pelajar untuk belajar melalui bahan-bahan yang dibaca. Contoh novel Kanang Anak Langkau yang mengisahkan seorang tentera yang berjuang untuk tanah air. Secara tidak langsung, rasa cinta akan negara atau patriotik dapat disematkan di dalam jiwa pelajar. Disini, pelajar akan diperkenalkan dengan unsur-unsur patriotik, perpaduan negara, dan kebudayaan kebangsaan. Sebagai contoh sajak Di Ruang Gemanya yang dinyatakan oleh penyair akan kesetiaannya yang tidak berbelah bagi pada Malaysia dan cintanya pada negara (Kerusi, 2002). Berikut merupakan rangkap-rangkap yang dipetik dari sajak tersebut : Telah kurangkumkan rebah setiaku pada setiap pilu dan rindu melayang dan mengembang ke hayat gemilang.Sejak itu tidak kukesal lagi goda dan duga di gerimis senja. Telah kupahatkan lelah umurku pada setiap kerikil dan debu datang dan menghilang

ke hujung kenang.Sesudah itu tidak kukenal lagi hampa dan derita di guruh pagi. Gerimis senja guruh pagi adalah titipan maya bakal kukongsikan hati mengukir tadbir di ruang gemanya. (Kerusi, 2002) Selain itu, kejadian yang tidak diingin seperti Peristiwa 13 Mei 1969 dapat dibendung. Melalui KOMSAS, elemen-elemen seperti pengajaran dan nilai murni dapat diterapkan di dalam diri pelajar. Nilai-nilai murni seperti menghormati kaum dan agama lain amatlah sesuai diterapkan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dalam usaha mengekalkan perpaduan sejagat. KOMSAS juga dapat melatih pelajar agar bijak memilih dan meneladani nilai yang baik yang terkandung dalam karya sastera bagi membentuk sahsiah diri yang terpuji. Seterusnya, pelajar juga dibimbing supaya mampu berfikir dalam menerapkan nilai murni dan unsur kemanusiaan serta persoalan kehidupan sejagat yang dipaparkan melalui karya KOMSAS dalam diri masing-masing. KOMSAS bukan sahaja memukau deria rasa dan intelek pembacanya, malah ia memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Ini bermakna bahawa unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh pelajar berupaya untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok, dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dapat mendidik pelajar mengamalkan keperibadian yang seimbang.

Melalui pembacaan teks-teks atau bahan kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, murid dapat meneladani dan menambahkan ilmu pengetahuan, menyuburkan emosi, membina moral dan pengajaran, unsur kemasyarakatan dan nilai kemanusiaan, dan estetik. Hal ini kerana dalam proses P&P komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu mempunyai pelbagai gubahan yang menyingkapkan nilai budaya. Bahan-bahan kesusasteraan Melayu yang bertemakan moral dapat membantu murid menghayati nilai-nilai murni. Ia bertujuan untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung, selaras dengan tuntutan nilai sejagat. Terdapat 16 nilai murni yang diterapkan dalam pengajaran KOMSAS . 16 nilai murni itu terdiri daripada baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Pelajar dapat belajar melalui peniruan watak-watak baik yang ditonjolkan dalam sesebuah karya kesusasteraan Melayu. Keadaan ini dapat mengurangkan masalah disiplin seperti ponteng sekolah, tidak menghormati guru dan merokok. Apabila pelajar tertarik dengan cerita tersebut, mereka akan mendengarnya atau membacanya dengan teliti dan tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin. Secara tidak langsung, pelajar mampu menjadi warganegara yang dicita-citakan oleh negara selaras dengan dasar kerajaan untuk menghasilkan Modal Insan Kelas Pertama.

3.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, pengajaran kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu adalah penting dalam pembinaan manusia yang seimbang, matang, prihatin, dan beretika tinggi selaras dengan apa yang dihasratkan oleh FPK. Pelajaran kesusasteraan Melayu ini penting kepada murid, bukan setakat menghafal cerita, malah karya KOMSAS yang disenaraikan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini kaya dengan khazanah ilmu, nilai, budaya, pengalaman dan etik. Bahkan, didapati di dalamnya terangkumnya dunia keilmuan kesusasteraan yang tidak ada akhirnya yang sekali gus memancarkan perkembangan tamadun sesuatu bangsa, termasuk budaya dan evolusi masyarakatnya.

( 2669 patah perkataan )

4.0 SUMBER RUJUKAN

a) BUKU i. Othman Puteh (2000), Pengajaran Sastera, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. ii. Prof. Mohd. Taib Osman (1979), Warisan Puisi Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. iii. Ahmad Kamal Abdullah, Hashim Awang, Ramli Isin, Sahlan Mohd. Saman dan Zakaria Ariffin (1990), Sejarah Kesusasteraan Melayu Jilid II, Kepong Baru, Kuala Lumpur : Maziza Sdn. Bhd.

b) INTERNET i. ii. http://myxsement.blogspot.com/ diakses pada (10 Jun 2011) Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS

http://dpmp238.blogspot.com/2011/06/pedagogi-pengajaran-dan-pembelajaran.html diakses pada (14 Jun 2011) iii. Indahnya Bahasa Dalam Pantun Melayu

http://dpmp238.blogspot.com/2011/05/indahnya-bahasa-dalam-pantun-melayu.html diakses pada (18 Jun 2011) iv. Pelaksanaan Komsas Dalam Pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah http://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20%20Kajian_Komsas.pdf diakses pada (20 Jun 2011) v. Komponen Sastera Dalam Pendidikan Dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) http://www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian_06.asp?h=60104&e=PMR&s=BM&ft= FTN&t=2 diakses pada (25 Jun 2011) vi. Istilah Kajian http://members.tripod.com/xfile_my/istilah.htm diakses pada (25 Jun 2011)

You might also like