Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

POLISI UNIT DASAR DAN PENTADBIRAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

HALATUJU PERKHIDMATAN VISI Perkhidmatan Psikologi penggerak modal insan sejahtera MISI Membangun modal insan melalui aplikasi psikologi 1. LATARBELAKANG Merujuk kepada kajian World Health Organization (WHO) mendapati bahawa terdapat seramai 15% populasi dunia mengalami masalah kesihatan mental yang memerlukan intervensi psikologikal. Dalam menangani situasi ini, perkhidmatan psikologi dan kaunseling adalah sangat signifikan dan relevan sebagai satu kaedah pencegahan, pemulihan dan perkembangan psikososial. Perkhidmatan Psikologi mula diperkenalkan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1980an. Pada masa itu, perkhidmatan ini dikendalikan oleh Pegawai Ilmu Jiwa. Pada tahun 1993 jawatan Pegawai Ilmu Jiwa telah ditukar kepada Pegawai Rundingcara. Kemudian, pada tahun 1994 nama jawatan tersebut telah ditukar sekali lagi dan kali ini ianya telah dikenali sebagai Pegawai Kaunselor. Pada tahun 2007 sekali lagi skim ini mengalami transformasi, ekoran dari penyelarasan skim ini yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Transformasi pada kali ini telah menyebabkan nama skim ini ditukar kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Psikologi (Kaunselor/Psikologi Klinikal/ Psikologi Umum). Perkhidmatan Psikologi di hospital telah diwujudkan buat pertama kalinya di bawah Jabatan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur sejak 16 Oktober 1983 untuk membantu pesakit-pesakit psikiatri. Ini kemudiannya diikuti oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta, Hospital Permai di Tampoi, Hospital Ipoh, Hospital Alor Star,Hospital Kota Bharu, Hospital Pulau Pinang, Hospital Kuching dan lain-lain hospital di bandar-bandar utama seluruh Malaysia. Selaras dengan perkembangan semasa dalam menentukan arah dan halatujunya, perkhidmatan psikologi tidak hanya diwujudkan di Jabatan Psikiatri sahaja, jawatan ini juga diwujudkan di bawah pengurusan hospital. Perkembangan ini seiring dengan perluasan skop psikologi yang menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai jabatan selain daripada Psikiatri. Selain daripada itu, jawatan ini turut diwujudkan juga di institusi-institusi seperti Institut Pengurusan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri dan juga Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di seluruh Malaysia.

Sehingga Oktober 2010, terdapat seramai 107 Pegawai Psikologi dari pelbagai gred yang sedang berkhidmat di bawah KKM di seluruh Malaysia. Ini adalah untuk mengisi 137 kekosongan keseluruhan Pegawai Psikologi di bawah KKM.

2. JUSTIFIKASI Selaras dengan perkembangan terkini Skim Perkhidmatan Psikologi diwujudkan bagi mempertingkatkan kesihatan mental komuniti dan kesejahteraan mental penjawat awam KKM dan keluarga yang optimum dan produktif. Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyarankan pengwujudan sebuah Bahagian yang khusus untuk menyelaraskan fungsi kaunseling dan psikologi di peringkat kementerian. Bahagian Psikologi dan kaunseling ini diharapkan akan memainkan peranannya sebagai sebuah entiti yang akan mengkaji, mengenalpasti dan merancang perkembangan profesion Pegawai Psikologi di KKM. Selain daripada itu Bahagian ini dilihat dapat berfungsi sebagai pelaksana dasar dan penyelarasan di dalam bidang psikologi. Pada masa kini, profesyen Pegawai Psikologi tidak diletakkan secara khusus di bawah penyeliaan dan penyelarasan di manamana bahagian di Kementerian Kesihatan Malaysia. Dari aspek perkhidmatan psikologi pula, perlu ada satu bahagian yang menyelaras aspek-aspek piawaian intervensi, penilaian psikologikal, promosi dan pendidikan psikososial. Ini adalah untuk memastikan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan juga memastikan Key Performance Indicator, KPI perkhidmatan dapat dicapai dan penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa. Pengwujudan Bahagian Psikologi dan Kaunseling akan memperluaskan skop perkhidmatan psikologi sedia ada di samping menambahbaik halatuju skim ini. Bahagian ini akan menyelaraskan fungsi serta aktiviti semua Pegawai Psikologi di kementerian ini.

3. PERANAN DAN FUNGSI a. Pembangunan Merancang, melaksana dan memantau program psikologi agar dapat mempertingkatkan potensi, prestasi serta daya saing pegawai selaras dengan objektif dan matlamat organisasi.

b. Pencegahan Menggunakan kaedah psikologi dan inventori yang bersesuaian bagi memastikan perkhidmatan awam dianggotai oleh pegawai yang berkualiti.

c. Pemulihan Merancang dan melaksana program psikologi untuk mempertingkatkan keupayaan kendiri dan dapat mengurus minda, emosi, sikap, dan tingkah laku melalui kaunseling atau terapi. Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29/2007, tugas utama pegawai psikologi adalah seperti berikut: 3.1 Bidang Psikologi Melaksanakan program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi. Memberi khidmat rundingan berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling Membangun, mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi Memberi input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan Mengurus pegawai berprestasi rendah dan bermasalah Menjalankan ujian dan penilaian psikometrik Memberi khidmat psikoterapi/rawatan kepada klien Memberi perkhidmatan penilaian psikologi kepada kanak-kanak dan dewasa

Melaksanakan intervensi psikologi atau psikoterapi dalam merawat kecelaruan mental dan masalah emosi bagi kanak-kanak dan dewasa Melaksanakan triage semasa temuduga ( intake interview ) untuk mendapatkan pemantauan asas mengenai dan membuat klasifikasi Menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan bagi masalah fungsi adaptasi dan lain-lain koginitif

Mentadbir dan membuat skor bagi ujian psikologi Memastikan keperluan alat-alat pengujiian psikologi adalah mencukupi Menyelaras dan menyimpan statistik kes-kes yang dikendalikan

Menyediakan laporan penilaian psikologi kepada perujuk dan juga pihakpihak yang memerlukan

Melaksanakan penyelidikan dan kajian 3.2 Bidang Kaunseling Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi aspek pertumbuhan dan perkembangan, intervensi, pencegahan dan pemulihan Menjalankan khidmat kaunseling secara individu dan kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling perkahwinan, tele kaunseling, khidmat perundingan dan krisis Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kaunseling Menyediakan laporan pemantauan dan siasatan bagi tujuan rekod, pelaporan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kaunseling sedia ada Menyelenggara, menyimpan dan mengedar alat-alat ujian dan inventori psikologi

Menyediakan cadangan keperluan alat-alat ujian dan inventori psikologi terkini yang sesuai sejajar dengan perubahan arus masa Menjalankan peranan sebagai perunding bagi perkhidmatan kaunseling Berperanan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling psikologi secara beretika dan profesional kepada penjawat awam KKM pelbagai kumpulan jawatan dan gred Memberi input konsultasi dalam aspek psikologi dan kaunseling ke arah perkhidmatan kesihatan bersepadu selaras dengan visi dan misi KKM Memantau aspek tatatertib (disiplin), etika dan kebajikan Psikologi di KKM Pegawai

Menjalankan peranan sebagai sumber maklumat bagi perkhidmatan psikologi kaunseling yang dilaksanakan di pelbagai setting di KKM Memantau dan memastikan usaha mengekalkan dan meningkatkan piawaian standard profesionalisme Pegawai Psikologi

3.3 Dasar dan Pentadbiran Merancang dan melaksanakan dasar-dasar pentadbiran dan pembangunan untuk Pegawai Psikologi dan kakitangan Merancang dan melaksanakan program kompetensi untuk Pegawai Psikologi bagi meningkatkan kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang tinggi bagi membolehkan pegawai melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Menggubal dasar dan garispanduan perkhidmatan kaunseling dan psikologi di KKM

Merancang perkembangan, peningkatan kerjaya dan halatuju profesion Pegawai Psikolgi di setting organisasi dan kesihatan KKM iaitu di JKN, dan institusi latihan perubatan KKM Menentukan bidang-bidang kepakaran dalam psikologi dan kaunseling yang bersesuaian dan relevan untuk diceburi oleh Pegawai Psikologi Merangka modul dan polisi perkhidmatan psikologi dan kaunseling di KKM Menyelaraskan borang-borang yang digunapakai oleh Pegawai Psikologi Menyediakan garispanduan latihan praktikum kaunseling dan psikologi untuk pelajar universiti yang menjalani internship di KKM Menentukan dan menyelaraskan penyelidikan dalam bidang psikologi dan kaunseling Merancang dan menyediakan latihan dalam pembangunan kerjaya Pegawai Psikologi untuk kenaikan pangkat dan kemajuan diri pegawai. Maklumat lanjut berhubung latihan boleh dirujuk dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6/2005:Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. 4. SKOP PERKHIDMATAN 4.1 Ibu Pejabat

Bahagian ini dicadangkan untuk ditempatkan di bawah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005, Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sektor Awam, yang menerapkan aspek psikologi dan kaunseling dalam pembangunan modal insan dan pengurusan sumber manusia sektor awam. Selain daripada itu, bidang profesion ini

adalah satu disiplin yang merentas pelbagai cabang perkhidmatan lain yang perlu diselaraskan di peringkat yang lebih tinggi. Program Bahagian Psikologi dan Kaunseling ini akan diketuai oleh Pengarah Gred Jusa B. Ini diikuti oleh dua cawangan iaitu Perkhidmatan Psikologi dan Perkhidmatan Kaunseling yang masing-masing diketuai oleh Timbalan Pengarah Gred Jusa C. Cawangan Perkhidmatan Psikologi akan memfokuskan kepada perkhidmatan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan. Manakala Cawangan Perkhidmatan Kaunseling pula, akan menumpukan kepada 4 aspek utama iaitu perkembangan, pencegahan, pemulihan dan intervensi kepada penjawat awam di KKM dan keluarga.

4.2 Hospital Di peringkat hospital pula, Jabatan Psikologi dan Kaunseling akan ditempatkan di bawah aktiviti pengurusan, iaitu di bawah penyeliaan pengarah hospital/timbalan pengarah pengurusan. Unit ini akan diketuai oleh Pegawai Psikologi Gred S54. Bidang tugas Pegawai Psikologi di hospital lebih menumpu kepada patient care dan penjawat awam di hospital dan pegawai perubatan siswazah.

4.3 Institusi Psikiatri Terdapat empat (4) buah institusi psikiatri iaitu Hospital Bahagia Ulu Kinta, Hospital Permai, Tampoi, Hospital Sentosa, Kuching dan Hospital Mesra, Bukit Padang. Adalah dicadangkan agar dua buah hospital yang mempunyai kapasiti pesakit yang lebih ramai iaitu Hospital Bahagia Ulu Kinta dan Hospital Permai, Tampoi diketuai oleh Pegawai Psikologi Gred S54. Manakala bagi Hospital Sentosa, Kuching dan Hospital Mesra, Bukit Padang pula, diketuai oleh Pegawai Psikologi Gred S52. Semua Jabatan Psikologi dan Kaunseling di hospital-hospital yang berkenaan akan ditempatkan di bawah penyeliaan pengarah hospital/ timbalan pengarah (perubatan) yang berkenaan di bawah aktiviti perubatan.

4.4 Institusi latihan Institusi latihan ini terdiri daripada dua (2) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) iaitu di Sungai Buloh, Selangor, di Kuching, Sarawak dan di Institut Kesihatan Negara (IKN). Bagi kedua-dua KSKB ini, struktur organisasi yang dicadangkan ialah Unit Psikologi dan Kaunseling yang berkenaan akan diketuai oleh Pegawai Psikologi Gred S48 dan diletakkan di bawah penyeliaan Pengarah Kolej. Manakala bagi IKN pula, Unit Psikologi dan Kaunseling akan diketuai oleh Pegawai Psikologi Gred S48 dan diletakkan dibawah penyeliaan Pengarah IKN.

4.5 Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Jabatan Kesihatan Negeri diklasifikasikan mengikut pembahagian zon. Zon 1 terdiri daripada negeri Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak dan Kelantan yang diketuai oleh Pegawai Psikologi S54. Zon 2 terdiri daripada negeri Perlis, Melada, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur diketuai oleh Pegawai Psikologi S52. Bidang tugas Pegawai Psikologi di JKN lebih tertumpu kepada pembangunan modal insan penjawat awam KKM dan pelaksanaan dasar perkhidmatan psikologi dan kaunseling.

5. OBJEKTIF POLISI 1. Menyelaras dan mengurus perkhidmatan psikologi dan kaunseling di Kementerian Kesihatan Malaysia. 2. Menyampaikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling secara beretika dan profesional berdasarkan kepada pekeliling perkhidmatan yang berkaitan. 3. Menyeragamkan aktiviti perkhidmatan psikologi dan kaunseling di semua setting di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. 4. Memperluaskan skop perkhidmatan pegawai psikologi di semua setting di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

6. HURAIAN POLISI Dasar dan Pentadbiran 1. Pengurusan dasar pentadbiran dan pembangunan Pegawai Psikologi dan kakitangan hendaklah mengikut tatacara, prosedur dan peraturan bahagian yang telah ditetapkan. 2. Pegawai Psikologi yang baru dilantik wajib mengikuti kursus Diploma Psikologi Kesihatan di universiti tempatan dan menjalani latihan ( attachment) di hospital untuk tempoh 6 bulan. 3. Setting dan penempatan Pegawai Psikologi di Jabatan Kesihatan Negeri, Hospital, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Klinik Kesihatan Daerah perlu mempunyai bilik kaunseling yang lengkap untuk Pegawai Psikologi menjalankan tugas. 4. Pegawai Psikologi perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana atau doktor falsafah dalam jangka masa yang ditetapkan. Pegawai ini akan

diberikan kenaikan pangkat dan pergerakan menamatkan pengajian di peringkat tersebut.

gaji

setelah

disahkan

5. Semua Pegawai Psikologi perlu mengikut garis panduan dan etika kaunseling yang telah ditetapkan. 6. Semua pegawai psikologi dimestikan menggunakan borang-borang yang dikeluarkan oleh bahagian dasar dan pentadbiran. 7. Kelayakan bagi individu untuk menjadi seorang Pegawai Psikologi di KKM perlu mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Psikologi, Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling, atau PhD dalam dua bidang di atas yang telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Lembaga Akreditasi Negara (LAN). 8. Semua Pegawai Psikologi perlu mempunyai Sijil Amalan samada daripada Lembaga Kaunselor ataupun Persatuan Psikologi Malaysia ( PSIMA). 9. Sijil amalan sementara akan dikeluarkan kepada Pegawai Psikologi sebelum sijil amalan yang diiktiraf dikeluarkan.

7. PENGURUSAN DAN PERANCANGAN SUMBER Pegawai Psikologi hendaklah mengurus semua sumber iaitu kemudahan, keperluan asas, kewangan dan sumber manusia berdasarkan keperluan dan keutamaan.

7.1 PENGURUSAN REKOD DAN MAKLUMAT Pegawai Psikologi perlu menguruskan rekod dan maklumat dengan cekap dan berkesan.

7.2 APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENILAIAN KLIEN Pegawai Psikologi membantu klien memahami minat, personaliti, emosi dan sikap dengan menggunakan ujian psikologi jika perlu.

7.3 APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PEMBANGUNAN PERSONEL Pegawai Psikologi bertanggungjawab menjalankan program psikososial dalam bentuk seminar, bengkel, forum dan kursus.

7.4 APLIKASI PENYELIDIKAN PSIKOLOGI

Pegawai Psikologi bertangggungjawab menjalankan penyelidikan psikologi untuk mengkaji isu berkaitan psikologi untuk penambahbaikan kualiti perkhidmatan.

7.5 APLIKASI PSIKOLOGI DALAM INTERVENSI Pegawai Psikologi bertanggungjawab menjalankan aktiviti intervensi untuk pembangunan kendiri klien.

8. ETIKA Semua Pegawai Psikologi tertakluk kepada kod etika profesion masingmasing.

TARIKH KEMASKINI

21 OKTOBER 2010

You might also like