Arca

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Sejarah Arca

Sejarah penemuan terawal seni arca ialah terjumpanya arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat yang dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenia pada 800SM. Bukti sejarah membuktikan arca telah dihasilkan sejak zaman tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopatamia, China dan India. Arca yang dihasilkan pada masa itu berbentuk boneka dan menggunakan bahan pelbagai. Di Eropah, hasil penemuan arca terawal berbentuk patung kecil Cycladic berupa figura manusia dijumpai disebuah pulau di Laut Aegen 4500 tahun yang lalu. Selain itu, di Zaman Renaissance, arca David dihasilkan oleh Michealangelo. Di Malaysia, kaum asli Mah Meri dan Jah Hut di Pahang popular dengan hasil arca ukiran patung yang berunsur magis yang ebrkait rapat dengan kepercayaan mereka. Antara arcawan tempatan ialah Abdul Latiff Mohidin, Anthony Lau, Syed Ahmad Jamal, Bayu Utomo Radjikin.

Pengenalan Arca
Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik, mencungkil dan menguris.

Definisi Arca
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Arca mempunyai jisim dan ia lebih kepada reka bentuk senibina. Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan reka bentuk pentas, tetapi arca terdapat keistimewaannya yang tersendiri. Seorang pereka arca dipanggil Arcawan.

Ciri-ciri Arca
DIORAMA sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

STABAIL Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh


bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap, atau pintu siling.

MOBAIL Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan


atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik. Mobail biasanya digantung di atas siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak, berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.

ASEMBLAJ Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun


dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.

Jenis-jenis Arca

a)Arca Berfungsi arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk tujuan tertentu seperti patung berhala untuk disembah b)Arca Estetika arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati nilai seninya

Teknik-teknik Arca

a) Arca luakan memerlukan pengurangan, pembuangan dan


pemotongan bahagian tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil b) Arca binaan satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan sehingga terbentuk hasil yang dikehendaki c) Arca asemblaj menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu, logam, batu dsb untuk membentuk sesuatu yang menarik d) Arca acuan dibuat dengan menuang bahan seperti plaster of paris, lilin, simen, tanah liat dsb ke dalam acuan

e) Arca timbulan bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2


dimensi, alat yang biasa diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis f) Arca bergerak/mobail/kinetic arca ini boleh bergerak atau berputar, biasanya ia dibuat daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang ringan g) Arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan hiasan dinding, meja atau digantung pada siling h) Arca gabungan gabungan beberapa jenis arca di atas

Tokoh-tokoh Seni Arca

Tokoh Barat

Arcawan : Michealangelo Tajuk Arca: Moses

Arcawan : Alberto Giacometti Tajuk Arca : Figure

Tokoh Barat
Arcawan : Alberto Giacometti Tajuk : 'Woman with Throat Cut'

Arcawan : Henry Moore Tajuk Arca : "Reclining Figure"

Tokoh Barat Arcawan : Donatello Tajuk Arca : "David" (1416)

Tokoh Tempatan
Arcawan: Mad Anuar Ismail Tajuk: "Pemain Rebat No.1" Tahun :1991, Bahan : Ukiran Kayu, Ukuran : 400 x 240 x 100cm

Arcawan : Bayu Utomo Radjikin Tajuk : "Bujang Berani" Tahun : 1991 Bahan : Logam dan POP, Ukuran : 55x100x100cm

Tokoh Barat

Arcawan: Anthony Lau Tajuk: Rimba

Arcawan: Azhar Abdul Manan Tajuk : "Aku Lihat Warisan yang Hilang" Tahun: September, 1989, Ukuran : 56x100x100cm

Pengenalan Arca Asemblaj

Bahan terbuang boleh digunakan semula untuk mencipta sesuatu menjadi kesatuan yang unik dan menarik. Selain dapat menjimatkan bajet untuk membeli bahan baru untuk dijadikan karya seni ianya juga mampu memberikan impak yang positif terhadap penjagaan alam sekitar. Aktiviti menghasilkan arca asemblaj mampu menerapkan nilai menghargai alam sekitar di dalam diri murid-murid.

Definisi Arca Asemblaj


Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.

Tajuk: Naga
Definisi
Naga bagi bangsa Cina ialah makhluk legenda dalam mitos dan budaya rakyat Cina, yang sejawat dengan naga-naga Jepun, Korea, Vietnam dan Turki. Dalam seni Cina, naga biasanya digambarkan sebagai makhluk seakan-akan ular yang panjang, bersisik dan berkaki empat. Berbeza dengan naga Eropah yang dianggap sebagai jahat, naga Cina melambangkan kekuatan dan tuah, khususnya mengawal air, hujan, dan banjir. Dalam peristilahan yin dan yang, naga adalah yang (jantan) yang melengkapi fenghuang (phoenix Cina) yang bersifat yin (betina). Walaupun dianggap sebagai lambang negara China oleh masyarakat Barat, namun sebenarnya tidak sedemikian rupanya bagi kedua-dua Republik Rakyat China dan Republik China di Taiwan. Sebaliknya, naga Cina dijadikan lambang kebudayaan yang berwibawa dan bertuah. Dalam perbualan seharian Cina, sesiapa yang cemerlang dan berkemampuan luar biasa ditarafkan dengan naga manakala yang kurang berkemampuan dan tiada pencapaian pula dibandingkan dengan makhluk-makhluk hina seperti cacing. Terdapat sebilangan besar bidalan dan simpulan bahasa Cina yang menyebut tentang naga, misalnya "Harapkan anak menjadi naga", yang bermaksud menaruh harapan tinggi kepada anak supaya cemerlang dalam hidup.

Asal Usul
Asal-usul naga Cina ini kurang pasti. Naga wujud dalam budaya Cina sejak ribuan tahun dahulu, dengan penemuan sebuah patung naga yang wujud sejak alaf kelima SM dari kebudayaan Yangshao di Henan pada tahun 1987, dan juga lencana-lencana pangkat buatan jed dalam bentuk melingkar yang digali dari kebudayaan Hongshan sekitar 4700-2900 SM. Bentuk ular atau naga melingkar itu memainkan peranan yang penting dalam kebudayaan Cina awal. Aksara "naga" dalam tulisan Cina terawal juga berbentuk melingkar, begitu juga dengan tangkal-tangkal naga jed yang dibuat padazaman Shang. Masyarakat Cina purba memanggil dan merakam tulangtulang dinosaur yang digali dari tanah sebagai tulang naga. Misalnya, Chang Qu merakam penemuan "tulang naga" di Sichuan pada 300 SM. Dinosaur dalam bahasa Cina moden dipanggil knglng (bererti "naga yang dahsyat"). Sejak dahulu lagi hingga kini, penduduk desa di pedalaman negara China mengamalkan penggalian fosil "tulang naga" untuk kegunaan perubatan tradisional. Di China ditemuinya sejenis dinosaur yang bergelar mi lng atau "naga tidur". Tinggalan fosil mei long ini ditemui dalam keadaan tidur dalam bentuk melingkar, menyendeh muncungnya di bawah sebelah kaki hadapannya sambil ekornya mengelilingi seluruh tubuh.

Sesetengah pihak turut berpendapat bahawa bentuk naga Cina berasal daripada gambaran haiwan-haiwan maujud yang diolah gayanya, seperti ular, ikan atau buaya. He Xin menyokong pendapat bahawa gambaran naga purba ini adalah bagi satu spesies buaya, iaitu Crocodylus porosus atau buaya katak, iaitu reptilia maujud yang terbesar, dan pernah bertaburan di China pada zaman purba. Buaya ini terkenal kerana mampu merasai perubahan dalam tekanan udara dengan jitu, serta mengesan hujan yang akan turun. Mungkin inilah asal-usul sifat-sifat mitos yang terdapat pada naga iaitu mengawal cuaca, terutamanya hujan. Kaitan dengan buaya ini juga disokong oleh pandangan masyarakat zaman kuno bahawa buaya besar ini merupakan sejenis naga. Misalnya, dalam Kisah Zhou Chu yang menceritakan riwayat seorang pahlawan Dinasti Jin, beliau dikatakan membunuh seekor "naga" yang mengganas di perairan kampung halamannya, tetapi rupanya seekor buaya.

Bahan Yang Digunakan

Tin

Penutup Botol

Gam

Bola Ping Pong

Bekas Makanan Ringan

Dawai Besi

Proses

Hasil Akhir

Bibliografi
Afifah Azmi. (2012). Definisi arca timbulan. Dimuat turun http://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-arca-timbulan.html daripada

Athrun Gurl. (2012). Arca asemblaj. Dimuat turun daripada http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/2012/03/arca-asemblaj.html

Cikgu Fazil. (2012). Desinisi Arca. Dimuat turun daripada http://secretofart.blogspot. com/2013/03/definisi-arca.html

Cikgu Mis. (2012). Arca. Dimuat turun daripada http://artisenivisual.blogspot.com/ 2012/02/arca.html

Nana Faryana. (2012). Sejarah arca. Dimuat turun daripada http://www.scribd.com/ doc/81169237/sejarah-arca

You might also like