Kajian Tindakan BM2 STPM

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG HWA


JALAN ATAS BANGGOL, 15300 KOTA BHARU
KELANTAN

NAMA PENYELIDIK

MOHD ASIF BIN MOHD ALWI

TAJUK KAJIAN:

PROGRAM ‘MENGASAH MATA MINDA’:


PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2 STPM 2008
1.0 REFLEKSI MASALAH / REFLEKSI P&P LALU

Pelajar-pelajar tingkatan enam sebenarnya telah melalui dua zaman yang


berbeza sebelum menduduki zaman pra-U, iaitu zaman peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kedua-dua zaman ini mempersembahkan dua bentuk penulisan karangan yang
sangat berbeza. Aspek yang paling berbeza ialah jumlah patah perkataan yang
dikehendaki oleh peraturan peperiksaan tersebut. Peperiksaan PMR
memerlukan pelajar menulis sebanyak 180 patah perkataan, manakala dalam
peperiksaan SPM pula pelajar perlu menulis tidak kurang 350 patah perkataan.

Dua zaman yang pernah dilalui oleh pelajar-pelajar ini menyebabkan


mereka mengalami suatu kejutan apabila melangkah ke alam pra-U. Mereka
sangat terkejut apabila dimaklumkan bahawa penulisan karangan peringkat
STPM menghendaki pelajar menulis karangan sebanyak 650 hingga 700 patah
perkataan. Reaksi sebegini dapat saya lihat semasa sesi taklimat mata pelajaran
yang saya berikan pada minggu orientasi pelajar-pelajar tingkatan enam rendah.

Keadaan ini berterusan sehingga ke dalam kelas. Mereka menyatakan


bahawa sukar untuk mereka menulis sebanyak itu. Selain itu, teknik penulisan
wacana yang tidak diberi penekanan dalam dua zaman peperiksaan sebelum ini
juga turut mendatangkan masalah kepada mereka, di samping tahap
pengetahuan am yang sangat minima. Keadaan inilah yang memberi sedikit
cabaran kepada saya dan guru-guru yang mengajar kertas ini. Sememangnya
guru perlu menganjakkan paradigma mereka untuk mengasah mata minda dan
ekspektasi pelajar bahawa mereka berpotensi untuk mendapat skor tinggi dalam
karangan dan seterusnya mendapat Prinsipal A dalam kertas ini. Syaratnya,
mereka mesti melaburkan kegigihan dan bermodalkan prasarana yang
komprehensif.

2.0 ISU / KEPRIHATINAN YANG DIKAJI

Berdasarkan peperiksaan akhir tahun tingkatan enam rendah 2007, saya


dapati pelajar sasaran (responden) memperoleh markah yang sangat sederhana
dalam Kertas 2 Bahasa Melayu STPM. Setelah dianalisa, didapati bahawa purata
markah yang diperoleh pelajar dalam Bahagian A ialah sebanyak 30 peratus.
Senario ini membuktikan bahawa para pelajar belum benar-benar menguasai
aspek penulisan karangan yang berkesan.
Oleh hal yang demikian, bahagian ini bukanlah suatu perkara yang boleh
dipandang remeh oleh pelajar. Sebaliknya, saya dapat mengesan tindakan dan
sikap kebanyakan pelajar yang mengambil mudah dan tidak mencuba untuk
menambah input pengetahuan am mereka. Ironinya, pelajar-pelajar telah pun

2
diberi peringatan sejak awal tahun untuk sentiasa menambahkan pengetahuan
mereka melalui pembacaan bahan-bahan bacaan am seperti akhbar harian,
majalah-majalah ilmiah atau apa-apa bentuk media massa yang lain.
Sehubungan dengan itu, saya akan mencetuskan semangat mereka untuk
mendalami dan mengkaji dengan lebih mendalam segala permasalahan mereka
untuk menulis karangan dengan baik. Suatu hal yang perlu diberi perhatian
ialah pelajar-pelajar responden terdiri daripada 99 peratus pelajar berbangsa
Cina. Hanya seorang pelajar berbangsa Melayu. Walaupun begitu, pelajar
responden mempunyai kemampuan yang baik dalam penggunaan bahasa
Malaysia. Gaya penulisan mereka tidak menggambarkan bangsa mereka. Oleh
sebab itulah saya berasa yakin bahawa pelajar-pelajar responden mampu
memberikan keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM kelak.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan, saya mengharapkan agar semua pelajar responden;

3.1 Objektif Umum


mempunyai semangat kendiri yang tinggi dan memiliki sikap ‘kaizen’
bagi meningkatkan modal minda mereka; mempunyai disiplin belajar
yang kental, berdedikasi, dan ikhlas serta dapat mengeksploitasi input
yang diperoleh daripada sosialisasi seharian.

3.2 Objektif Khusus


Pertambahan peratus pelajar yang mendapat gred cemerlang dari
masa ke masa dan mengurangkan peratus pelajar gred D, D+, dan C-.
Lebih 50 peratus pelajar responden memperoleh Prinsipal dan
cemerlang dalam Peperiksaan STPM.
Membina kemahiran penulisan karangan yang baik dan berkesan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ialah 18 orang pelajar tingkatan U6A1 (2008) yang
terdiri daripada 8 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan.

3
5.0 TINDAKAN / AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Pada asasnya, Kajian Tindakan ini membawa pendekatan demi mencapai


skor cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti prestasi pelajar dalam Kertas 2
Bahasa Melayu, khususnya Bahagian A, iaitu penulisan karangan.
Kecemerlangan kualiti yang dimaksudkan ialah peningkatan skor pelajar-
pelajar sasaran agar mencapai gred A atau sekurang-kurangnya A-.
Kecemerlangan kuantiti pula bermaksud pelajar-pelajar sasaran dalam
kumpulan sederhana, iaitu mereka yang memperoleh Prinsipal (R) sekurang-
kurangnya akan meningkat ke gred C dan mereka yang Gagal (F) sekurang-
kurangnya akan meningkat ke Gred C.
Aktiviti-aktiviti berikut akan saya jalankan untuk mencapai matlamat yang
diinginkan di samping memotivasikan pelajar, menambahkan minat serta
meluaskan pengetahuan am:

5.1 Kawalan Kualiti / Kecemerlangan: Program Pengayaan dan


Peneguhan

Pada awal sesi persekolahan 2008, saya akan menjalankan strategi


pengajaran dan pembelajaran yang berikut untuk pelajar-pelajar tingkatan
6A3:
i. Sesi taaruf/mengenal pasti masalah (dalaman dan luaran).
ii. Post mortem markah Peperiksaan Akhir Tahun 2007.
iii. Mengedarkan Buku Log Projek Menara Gading
iv. Rutin dan kebiasaan: semakan buku/fail latihan, latihan dalam
kumpulan, latihan individu, ujian topikal, ujian masa, dan lain-lain.
v. Projek buku skrap yang mengandungi keratan akhbar/majalah
yang berkaitan dengan isu-isu semasa (kumpulan)
vi. Tugasan kumpulan: Kajian tentang isu-isu semasa mengikut
kategori sosial, ekonomi dan politik (berdasarkan tajuk-tajuk
pilihan)
vii. Tugasan khas (individu): mengumpul pelbagai bentuk kesalahan
bahasa daripada pelbagai media.
viii. Menggalakkan pelajar memiliki:
a. Kompilasi (buku) Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 STPM (1999-
2006)
b. Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, dan Dewan Budaya.
c. Buku kerja latihan kendiri
d. Senarai Kesalahan Bahasa (Morfologi dan Sintaksis)
ix. Contoh-contoh karangan calon STPM tahun-tahun lepas.

4
5.2 Kawalan Kuantiti / Sifar Gagal: Program Pemulihan &
Peneguhan
Dalam program ini, saya akan mengenalpasti setiap pelajar yang
mendapat markah terendah. Kumpulan pelajar ini akan dikenalpasti dan
mereka akan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan bahasa secara
terancang.
Tindakan yang akan dijalankan terhadap mereka adalah seperti berikut:
a. Mengatur temu janji
b. Mengenal pasti aspek-aspek kelemahan pelajar dengan lebih
terperinci.
c. Memberi tunjuk ajar khusus, latihan-latihan, dan ujian khas
sehingga tiba peperiksaan/ujian yang seterusnya.

Pelajar-pelajar kumpulan ini akan diberi sebuah fail yang berisi bahan-
bahan seperti berikut:
i. Senarai kesalahan bahasa (Sintaksis)
ii. Modul latihan binaan karangan (pendahuluan, isi, dan penutup)
iii. Tajuk-tajuk/isu penting yang perlu diberi penekanan
iv. Kertas graf
v. Contoh-contoh karangan calon STPM tahun-tahun lepas

Program pemulihan ini akan bermula pada setiap kali selepas


peperiksaan/ujian dijalankan berdasarkan takwim peperiksaan sekolah.
Nama pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyertai program ini akan
dipamerkan. Pelajar juga boleh melihat sama ada mereka perlu mengikuti
program pemulihan ini atau tidak setiap kali selepas peperiksaan/ujian
dijalankan.

5
6.0 JADUAL PELAKSANAAN
BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN
Menulis proposal kajian dan Bentuk-bentuk aktiviti dan
merancang tindakan serta aktiviti yang latihan adalah berdasarkan
1 sesuai dengan program pemulihan Januari keputusan peperiksaan
yang akan dijalan kepada pelajar- akhir tahun 2007
pelajar tingkatan enam
Mengedarkan borang Dokumentasi Responden mengisi
Peribadi untuk mengenali pelajar maklumat dan
2 Januari
sasaran menghantarnya pada
keesokan hari
Merujuk maklumat prestasi akademik Menjadikan markah
3 responden melalui ujian ringkas Februari peperiksaan akhir tahun
(diagnosis) sebagai penanda aras
Memilih pelajar yang
mendapat markah
4 Ujian Penilaian I 17.02.2008
terendah – sasaran pakej
pemulihan 1
5 Program Pemulihan 1 Mac-April Pakej Pemulihan BM2: 1
Memilih pelajar yang
13-21 mendapat markah
6 Ujian Penilaian II
April 2008 terendah – sasaran pakej
pemulihan 2
7 Program Pemulihan 2 Mei-Jun Pakej Pemulihan BM2: 2
Memilih pelajar yang
mendapat markah
8 Ujian Progresif Jun
terendah – sasaran pakej
pemulihan 3
9 Program Pemulihan 3 Jun-Julai Pakej Pemulihan BM2: 3
Memilih pelajar yang
mendapat markah
10 Ujian Bulanan Julai
terendah – sasaran pakej
pemulihan 4
Julai-
11 Program Pemulihan 4 Pakej Pemulihan BM2: 4
September
Memilih pelajar yang
mendapat markah
12 Peperiksaan Percubaan STPM 7.09.2008
terendah – sasaran pakej
pemulihan 4
13 Program Pemulihan 5 5.10.2008 Pakej Pemulihan BM2: 5
14 Peperiksaan STPM 2008

6
7.0 KOS KAJIAN

KOS JUMLAH
JUMLAH
BIL JENIS BAHAN SEUNIT KOS
BAHAN
(RM) (RM)
1 Fail poket 18 0.70 12.60
2 Senarai kesalahan bahasa (Sintaksis) 18 1.00 18.00
3 Buku Log Projek Menara Gading 18 0.40 7.20
4 Contoh-contoh karangan pelajar 18 18.00
1.00
cemerlang
5 Kertas graf 18 0.10 1.80
6 Kertas A4 (kosong) 1 rim 6.80 6.80
7 Fotostat soalan 5 set 0.60 10.80
8 Modul Penulisan Karangan 18 0.70 12.60
9 Fotostat artikel (pelbagai sumber) 18 0.50 9.00
Jumlah 96.80

8.0 PENUTUP
Kajian yang saya jalankan ini diharap dapat mencapai sasaran matlamatnya.
Saya juga mengharapkan peningkatan prestasi kualiti dan kuantiti
kecemerlangan daripada pelajar-pelajar responden, khususnya bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 dalam peperiksaan STPM. Kajian ini juga
boleh dimanfaatkan oleh guru-guru tingkatan enam sebagai panduan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sekian, terima kasih.

You might also like