Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA GURU PELATIH : KOGILAVAANI A/P MUNADEE REANUGA A/P MANIKAM SARITHA A/P SUNDRAN SHALINI A/P MURUGAN PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK TEMPOH PELAKSAAN : PISMP (MTE/PJ/BT) : SJK(T) CONVENT KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN : PROJEK KEMASKINI STOR PJ : 2 JULAI 2013 4 JULAI 2013 (3 HARI)

1.0 OBJEKTIF:

Objektif utama projek ini dijalankan adalah untuk mewujudkan serta meningkatkan keceriaan dan keselesaan menggunakan alatan sukan dan juga bilik stor. Walaupun bilik stor ini luas, meliputi kawasan yang besar, mempunyai rak-rak dan peralatan sukan dalam bilangan yang banyak tetapi bilik stor ini tidak ceria langsung. Bilik stor ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan sukan dan lengkap tetapi ia tidak selesa untuk guna kerana ia sangat berhabuk dan juga kotor. Oleh sebab itu, aktiviti kemaskini haruslah perlu dan penting agar ia dapat menceriakan stor PJ dan menjadikannya selesa untuk dikunjungi dan diguna.

Objektif seterusnya adalah untuk menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik. Alatan sukan di stor PJ ini adalah lengkap,banyak dan mencukupi untuk menampung bilangan murid yang ramai. Tetapi masalahnya ialah ia semua tidak disusun dengan kemas, teratur dan sistematik. Malah, sebilangan alatan sahaja dilabel dengan betul dan ditempatkan Menambahkan maklumat-maklmuat berkaitan penjagaan alatan dan cara penggunaan alatan di stor sukan

d) Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan ketika di stor sukan 2.0 STRATEGI PELAKSANAAN:

2.1 Perancangan Pada mulanya, kami berempat telah berbincang untuk membuat satu Projek Kemaskini Stor Pendidikan Jasmani untuk Program Internship. Kami telah bertemu dengan Penolong Kanan 1, Puan Jeyantee untuk berbincang dengan beliau mengenai Projek Kemaskini Stor PJ ini. Beliau telah memberi persetujuan untuk melaksanakan projek ini.Kami juga telah mengutarakan projek ini kepada kedua dua mentor kami iaitu Pn.Satiavani dan Pn.Pathmavathy.Seterusnya, kami telah pergi berjumpa dengan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani iaiatu Pn Punitha dan telah menerima maklumat mengenai pengurusan stor pj dan juga memaklumkan bahawa kami akan

melaksanakan projek kemaskini stor pj. Kami berempat telah berkunjung ke bilik stor PJ dan memerhati aspek aspek pengurusan,penyusunan,kebersihan,peredaran udara ,keselamatan dan

keceriaan.Setelah meneliti kesemua aspek ini kami telah membuat perancangan untuk melaksanakan projek kemaskini stor PJ.Kami telah membuat strategi pelaksanaan dari segi penyusunan dan pengurusan bilik stor.Kami juga telah meneliti keseluruhan stor Pj dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang harus diperbaiki di bilik stor PJ.Kami telah berbincang tentang segala idea yang ingin dilaksanakan dalam projek ini kepada guru penolong kanan 1 , mentor dan juga ketua panitia PJ. Peruntukan sebanyak RM 50 telah diberikan oleh pihak sekolah untuk melaksanakan projek ini. Kami telah membahagikan peruntukkan ini kepada beberapa aktiviti yang telah dirancang. Seterusnya kami telah merangka kertas kerja dan seterusnya menghasilkan kertas kerja sebelum memulakan projek. Kami telah menunjukkan kertas kerja kepada guru mentor iaitu Puan Satiavani dan Puan Pathmavathy untuk disemak. Selepas

disahkan oleh Guru Besar, Puan Elavani kami terus mengorak langkah untuk menjayakan projek 1 kami iaitu PROJEK KEMASKINI STOR PJ.

2.2

Pelaksanaan/Tindakan

Pertama sekali kami telah membahagikan peruntukkan yang kami telah perolehi bagi perlaksanaan projek ini kepada beberapa aktiviti yang telah dirancang. Seterusnya, kami telah membeli beberapa bahan yang penting serta yang diperlukan bagi menceriakan , mengemaskan dan membersihkan stor PJ. Kami berempat telah membahagikan tugasan dan kerja supaya usaha kemaskini stor PJ dapat dijalankan secara sistematik dan efektif. Sebagai tugasan pertama kami telah membersihkan stor PJ dengan mengelap kesemua rak, almari, alatan sukan dan mozek dinding. Ini adalah

kerana bilik tersebut sangat berhabuk. Kemudian kami telah menyapu bersih seluruh lantai stor dengan penyapu untuk menghilangkan habuk dan kekotoran. Kemudian, kami telah menyusun kesemua peralatan sukan dengan mengubah beberapa kedudukan asal . Kami telah mengeluarkan alatan dari satu sudut demi sudut dan menyusunkannya dengan kemas dan lengkap dan juga mudah diambil.. Kami telah menyusun kesemua alatan sukan mengikut kategori tertentu seperti bola,permainan papan,jarring, peralatan permainan, jersey dan sebagainya. Beberapa rak di dalam bilik stor telah memudahkan kerja kami bagi menyusun peralatan stor PJ dengan sistematik dan tersusun. Rak yang di bina bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Kami telah menyusun peralatan mengikut kedudukan teratur dan senang dicapai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang. Kami juga menyusun peralatan dengan menitikberatkan aspek

keselamatan.Contohnya alat yang berat di susun di bahagian bawah rak simpanan. Alatan yang tajam di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam

menghala ke bawah.Kami juga memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan murid terpijak.Kami memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan. Kami mendapati sekolah ini mempunyai banyak peralatan sukan yang boleh digunakan oleh murid seperti bola sepak, bola baling,bola jarring, pundi kacang,bola jaring,lontar peluru , papan ping pong,badminton,kriket, softball,kayu hoki dan

sebagainya. Selain daripada peralatan sukan stor PJ juga terdapat kemudahan pakaian, kasut dan alat keselamatan seperti bib bola jaring, jersey bola sepak dan hoki serta alat keselamatan. Stor PJ SJK(T) Convent sangat luas dan terdapat 8 bilik kecil di

dalamnya. Oleh sebab itu, kami telah menyusun alatan-alatan tajam, peralatan berat dan besar di dalam bilik-bilik tersebut. Antaranya adalah papan ping pong, payungpayung hari sukan, bendera rumah sukan,bendera badan beruniform, peralatan lompat tinggi, gelung getah, gelung kayu, stok alat baru, kayu hoki dan sebagainya. Setelah menyusun kesemua alatan sukan dengan teratur, kemas dan mengikut tempat dan kategori yang betulnya, kami telah pun bermula untuk melabelkan peralatan sukan dengan nama yang betul serta tepat. Dalam hal ini, kami telah menghadapi kesukaran kerana kami tidak tahu nama bagi beberapa alatan sukan. Oleh demikian, kami telah mendapatkan bantuan daripada guru-guru PJ, Ketua Panitia, GPK Kokurikulum untuk mengetahui nama bagi alatan tersebut. Sementara itu, kami juga telah melayari internet dan membaca beberapa buku PJ seperti buku teks, modul KSSR PJ untuk mencari nama-nama tersebut. Ini telah memudahkan usaha dan kerja kami dalam melabelkannya. Selain daripada itu, di sekolah ini tidak terdapat papan kenyataan ataupun sudut PJ yang khas untuk memaparkan maklumat-maklumat mengenai visi dan misi sekolah, ahli jawatankuasa panitia pj, aktiviti penyelenggaran dan pengurusan stor PJ dan sebagainya. Oleh sebab itu, kami telah menyediakan papan kenyataan dan melekatnya di dalam stor PJ iaitu di sebelah pintu masuk. Sementara itu, kami juga telah mewujudkan sudut maklumat ataupun info sukan di dalam stor PJ. Kami telah melekatkan info tentang sukan-sukan Negara seperti bola sepak, bola jaring, hoki, bola tampar, badminton dan sebagainya di suatu sudut stor PJ. Selain itu juga, kami juga telah melekatkan gambar-gambar atlet Malaysia dan juga pencapaian mereka seperti Dato Lee Chong Wei, pemain badminton No.1 di dunia,

Pandelela Renong, pemain wanita Malaysia pertama yang memenangi pingat di Sukan Olimpik dan sebagainya. Kami juga telah melekatkan poster-poster sukan di seluruh dinding bilik stor PJ. Info dan juga maklumat sebegini akan sangat membantu murid untuk mengetahui tentang sukan Malaysia. Ilmu ini akan membantu murid-murid dalam mewujudkan semangat bersukan dalam diri mereka. Sementara itu, guru-guru juga boleh menggunakan stor PJ ini sebagai gedung ilmu dimana tempat untuk menyampaikan ilmu sukan kepada murid-murid. Guru-guru boleh membawa muridmurid ke bilik stor PJ dan boleh menunjukkan kepada mereka tentang prestasi dan pencapaian sukan Negara kita dan atlet-atlet tanah air. Kami juga telah mencantikkan makmal sains dengan menampal sticker bunga-bunga untuk lebih menceriakan makmal sains.

Setelah semua kerja penyusunan ,melabelan dan penampalan info selesai kami telah berganding bahu untuk menyediakan kata hikmah iaitu Badan Cergas Minda Cerdas untuk menyerikan lagi suasana di stor PJ.Kami telah menampal slogan ini di tempat yang mudah dilihat dan dibaca oleh murid.Seterusnya kami juga telah menampal perkataan jaga kebersihan dan utamakan keselamatan di sudut dinding bilik stor supaya dapat menjadi peringatan kepada kesemua murid yang datang mengambil peralatan di stor PJ.Sebagai sentuhan penamat kami telah mencantikkan stor PJ suasana di stor PJ. Setelah selesai, kami telah memanggil guru penolong kanan 1, mentor , guru kokurikulum, guru kaunseling dan ketua panitia sains untuk memberi komen ataupun cadangan yang harus dibuat untuk menambah baik lagi makmal sains. Mengikut

pandangan menyatakan bahawa kami telah menyusun kesemua peralatan dan menceriakan dengan baik tetapi label yang dilekat di dinding agak kecil.Kami telah menerima komen mereka dengan cara yang baik dan telah memperbaikinya. Kami telah mengambil balik label yang dilekat di dinding dan membuat semula label dengan perkataan yang besar . Kami menyedari bahawa label perlulah besar supaya senang dilihat oleh murid dan peralatan yang diperlukan mudah diambil oleh

mereka.Seterusnya satu lagi perubahan terakhir telah dibuat oleh kami melalui hasil pemerhatian kami iaitu kami telah menyusun jersey bola sepak ,hoki dan bib bola jaring mengikut kategori dan warna di satu lagi rak yang kosong.Kini kami mendapati cara penyusunan jersey juga sangat kemas dan teratur. Akhir sekali, kami telah memberi sumbangan sebuah CD TGfU kepada ketua panitia PJ . CD TGfU ini mengandungi video klip tentang permainan kecil kanak-kanak. Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan diadaptasi daripada permainan sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek fizikal, sosial serta intelek mereka dan infrastuktur yang bersesuaian. Dalam sesuatu permainan TGFU prosedur berpasukan dan gelanggang permainan turut diubahsuai mengikut kesesuaian.Seterusnya, penekanan diberikan kepada apresiasi permainan seperti aspek peraturan permainan atau undang-undang yang diubahsuai serta diberi variasi untuk menarik minat pemain. Pelajar juga diberi peluang dan ruang untuk mencuba di pelbagai posisi yang berlainan. Dalam erti kata lain, permainan TGFU mempunyai undang-undang permainan yang mengandungi peraturan-peraturan yang minimum dan senang difahami serta ditafsir.

Ringkasnya,

pendekatan

ini

membolehkan

serta

memudahkan

proses

pemahaman pelajar serta memberi motivasi kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran setelah melihat kepentingan kemahiran dalam pertandingan.CD ini dapat menjadi bimbingan kepada kesemua guru PJ untuk melatih teknik dan strategi dalam sesuatu permainan.Selain itu, murid juga boleh melihat video klip ini untuk mempelajari beberapa teknik bermain dalam permainan kecil.

2.3

Kekuatan

.Ruang stor PJ ini agak luas dan dpat menampung segala peralatan sukan ynag disimpan .Ruang yang luas memudahkan pengambilan peralatan sukan oleh murid.Bilik ini mempunyai pintu yang dikunci dengan palang besi. Ia dapat mengelakkan pencerobohan. Bilik ini juga dilengkapi dengan kipas dan lampu yang mencukupi. Suis lampu dan kipas diletak di hadapan bilik. Boleh gunakan kemudahan elektrik jikalau memerlukannya.Kipas dan lampu berada dalam keadaan yang baik. Bilik stor ini mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik. Guru PJ sentiasa memastikan tingkap dan pintu bilik stor dibuka bagi udara dan cahaya juga menampal

memasuki bilik stor untuk menghilangkan bau habuk. Mereka

peraturan penggunaan bilik stor di dalam bilik stor.Peralatan sukan di bilik stor ini agak banyak dan dapat diberi kepada jumlah murid yang banyak untuk dimain dalam satu masa.

2.4

Kelemahan

Bilik Stor ini hanya mempunyai satu pintu masuk dan tiada pintu keluar yang lain. Ini menyebabkan wujudnya masalah jika berlaku sebarang kecemasan sewaktu berada dalam bilik tersebut.ukuran pintu masuk bilik tersebut adalah tidak begitu luas. Kebanyakkan peralatan tidak susun selepas digunakan. Guru memberi tugas menyimpan alatan pada murid tapi murid tidak menyimpan dengan baik. Mereka

mencampak peralatan merata-rata tempat dan tidak menyimpan di tempat yang sepatutnya. Tempat letak peralatan dan rak pula penuh dengan habuk. Raknya mempunyai label tetapi peralatan tidak disusun mengikut label. Ini menyebabkan murid mencampak atau menyimpan peraatan di merata-rata tempat. Peralatan yang tidak digunakan dan rosak juga masih disimpan.

2.5 Cadangan Penambahbaikan

Guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani perlu menjalankan tugas mereka. Mereka perlu mencatat bilangan peralatan yang mereka ambil dari stor dalam buku rekod peralatan.Ini untuk mengelakkan buku itu menjadi satu hiasan di bilik stor.Cara ini juga dapat mengelakkan berlakunya kehilangan atau kekurangan peralatan. Mereka juga Mereka perlu boleh menyimpan meminta alatan dengan tersusun murid selepas untuk

menggunakannya.

pertolongan

daripada

menyimpan alatan tapi pastikan mereka menyimpannya dengan baik dan teratur. Dengan kerjasama semua guru PJ dan murid mereka perlu membuat tagging nama untuk rak-rak di dalam bilik stor ini. Ini akan memudahkan guru dan murid untuk menyusun alatan mengikut nama itu dan tidak perlu meleta di merata-rata tempat.

Mereka juga boleh meminta murid untuk membuat gotong-royong sebulan sekali di stor ini. Ini dapat memastikan bilik stor ini senantiasa dalam keadaan yang bersih. Guru yang bertanggungjawab dengan kerjasama pihak sekolah boleh menceriakan bilik stor ini dengan papan kenyataan. Papan kenyataan itu boleh dilengkapi dengan carta organisasi jadual bertugas info sukan yang dapat memberi manfaat kepada murid. Selain itu, dengan inisiatif panitia PJ atau guru PJ mereka boleh menubuhkan ahli jawatankuasa di kalangan murid bagi menjaga kebersihan bilik dan peralatan yang terdapat di sana. Guru Panitia Pendidikan Jasmani harus memeriksa keadaan bilik stor setiap sebulan dan membuat pelupusan pada alatan yang rosak dan tidak boleh guna lagi.

2.6 Tindakan susulan : Kami telah berunding dengan Guru Panitia Pendidikan Jasmani tentang hal stor sukan. Kami telah memberitahu cadangan penambahbaikan kepadanya bagi membaiki alatan sukan dalam bilik stor. Beliau bersetuju dengan cadangan kami dan berusaha melaksanakan cadangan- cadangan itu .Kami juga menyusun atur alatan mengikut tempat yang betul. 2.7 Kesimpulan :

You might also like