Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

PENGENALAN TENTANG PERPADUAN DAN INTEGRASI Perpaduan bermaksud penggabungan, manakala integrasi pula membawa maksud penggabungan atau

pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan atau penyatuan (Kamus Dewan, 2002). Jika digabungkan dua perkataan ini, iaitu integrasi perpaduan ia membawa maksud mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini meliputi integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2010: 62) Selain itu maksud perpaduan juga boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota

masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987). Manakala konsep integrasi nasional, merupakan penyatuan kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama, yang mempunyai unsur penting iaitu anggota kelompok masyarakat yang bersatu padu sekalipun berlainan latar belakang, masing-masing berasa dipunyai dan mempunyai satu kelompok yang sama. Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual, hasil daripada satu penghayatan dalam mana akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional lebih merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011: 179-180).

CABARAN-CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Pemisahan penempatan Dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh Kerajaan British. orang Melayu tinggal di luar Bandar manakala kaum Cina yang kebanyakanya terlibat dalam perlombongan menetap di kawasan-kawasan lombong dan kemudian menjadi bandar seperti Kuala Lumpur. Kaum India pula kekal menetap di estet-estet dengan menjalankan aktiviti perladangan. Akibat pemisahan ini menyebabkan interaksi antara kaum akan hanya berlaku ketika berurusan di pasar atau di pejabat sahaja. Ianya melahirkan sikap yang negatif dalam hubungan antara kaum. Proses kenal mengenali antara satu sama lain pun susah untuk berlaku.. Sistem pendidikan yang berasingan Pada zaman penjajah, negara kita tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. British membiarkan sistem pendidikan wujud empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempat-empat aliran ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari segi matlamat, sukatan pelajaran, bahasa pengantar dan pendidikan guru. Kurikulum yang terdapat juga adalah berlainan. Malahan buku teks dan guru juga dibawa dari luar. Implikasinya, ketika itu pelajarpelajar tidak berpeluang untuk bercampur gaul dengan pelajar dari kumpulan etnik yang berlainan dan ini akhirnya akan menyulitkan proses pembentukan perpaduan dan persefahaman di kalangan pelajar. Politik Adalah jelas bahawa kewujudan pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik telah memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak wasangka. Setiap persatuan hanya akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Walaupun pemerintah sekarang bernaung di bawah satu komponen yang sama, namun parti-parti politik yang ada masih lagi berasaskan perkauman. Demi kepentingan kaum mereka dan juga etnik mereka maka isu-isu seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan , agama dan lain-lain akan digunakan sebagai senjata

masing-masing. Keadaan ini sudah tentu gagal untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dalam segenap bidang Ekonomi Bidang pekerjaan dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja. Dasar British yang meletakan kaum berdasarkan kepada pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. Perbezaan dalam bidang ekonomi telah menimbulkan persaingan dan ketidakpuasan di kalangan etnik tertentu. Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang lebih maju iaitu perniagaan dan perdagangan, orang Melayu dalam bidang pertanian yang kurang berdaya maju dan orang India menjadi buruh di estet-estet. Hasil dari pekerjaan yang berbeza ini maka wujud jurang pendapatan antara setiap etnik. Perbezaan ini juga mewujudkan ketidak seimbangan dan persaingan yang berlaku melahirkan ketidakstabilan dalam masyarakat. Ringkasnya jurang pekerjaan ini akan menyebabkan perasaan perkauman terus menebal. Untuk mengeratkan perpaduan maka penyusunan semula masyarakat perlu dilakukan. Aspek yang perlu diberi perhatian ialah keadaan tidak seimbang yang wujud dari segi tingkat pendapatan, corak guna tenaga, pemilikan saham dan penyertaan pelbagai kaum dalam semua bidang Perbezaan nilai dan agama Setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang berbeza. Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap kumpulan etnik

mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing.

Cabaran Globalisasi Globalisasi dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi semakin pantas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasi yang berjalan sekarang menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu Barat, dimana: i. ii. iii. Proses pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi, politik dan social. Penjajahan bentuk baru. Menyelitkan unsur-unsur sosial seperti kehidupan bebas dan budaya hedonisme. Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik dan moden. Pengaruh luaran dalam menentukan keamanan dan kestabilan sesebuah negara juga tidak boleh dipandang ringan. Era selepas Perang Dingin memperlihatkan U.S dan sekutunya mendominasi politik dunia. Kuasa Barat ini akan lebih cepat bertindak dan memainkan peranan mereka dengan melibatkan diri dalam hal ehwal sesebuah negara jika ianya melibatkan kepentingan mereka. Antara dominasi kuasa Barat ke atas dunia seperti memiliki dan mengendalikan sistem perbankan antarabangsa (IMF, World Bank); mengawal mata wang utama dunia dimana USD dijadikan pengukur nilai wang antarabangsa; mendominasi pasaran modal dunia; mendominasi akses ruang angkasa dan industri aeroangkasa dunia; mengawal laluan maritim dunia; mendominasi industri senjata teknologi tinggi dunia. Setiap campurtangan mereka mempunyai agenda yang tersendiri malahan mereka boleh berperanan untuk menentukan samada mewujudkan keamanan atau menghancurkan sesebuah negara. Konflik di Iraq memperlihatkan keangkuhan kuasa-kuasa luar dalam menentukan hala tuju negara tersebut. Selain dari itu kemelut yang berlaku didunia luar seharusnya dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia supaya menghargai dan menjaga perpaduan kaum, umpamanya kemelut Bosnia-Herzegovina, isu Kashmir, isu Acheh, isu Katholik dan Proteston dan lain-lain lagi.

AMALGAMASI

SEGREGASI

ASIMILASI

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

AKOMODASI

AKULTURASI

Konsep Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti..

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.

Konsep Akulturasi Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima. Konsep Akomodasi Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk kepada budaya. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Konsep Segregasi Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesubuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.

Konsep Amalgamasi Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka.

PELAKSANAAN DASAR-DASAR KERAJAAN

GAGASAN SATU MALAYSIA

DASAR WAWASAN 2020

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DASAR EKONOMI BARU

RUKUN NEGARA

DASARDASAR KERAJAAN

RUKUN NEGARA Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan negara kita, Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu semangat dan identiti yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat perlbagai etnik.

Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara, iaitu: 1. Kepercayaan kepada Tuhan 2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara 3. Keluhuran perlembagaan 4. Kedaulatan undang-undang 5. Kesopanan dan kesusilaan Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokrasi, liberal dan progresif.

Cabaran Perlaksanaan Dasar Kerajaan Terhadap Perpaduan dan Integrasi Berdasarkan Rukun Negara Sejak dari bangku sekolah lagi kita dididik dengan semangat prinsip Rukun Negara yang menjadi teras perpaduan rakyat pelbagai bangsa, dan agama di negara ini. Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluruhan Perlembagaan; Kedaulatan Undangundang serta Kesopanan dan Kesusilaan itu adalah antara resipi kejayaan Negara dalam menyatupadukan rakyat. Walau bagaimanapun penghayatan Rukun Negara kini semakin terhakis dari jiwa rakyat Malaysia terutama di kalangan muda-mudi apabila mereka meningkat dewasa. Masalah gejala sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Sebagai contoh, penghinaan ke atas institusi Beraja dan juga penghinaan ke atas undang-undang negara. Ini berpunca daripada kurangnya penghayatan terhadap Rukun Negara. Bagi mengingatkan rakyat pentingnya prinsip Rukun Negara dipertahankan, semangat Rukun Negara yang tersemadi dalam sanubari rakyat sejak lebih 42 tahun dahulu perlu terus dikekalkan. Penghayatan Rukun Negara amat penting kerana mampu mendidik seseorang lebih menghormati kaum-kaum lain. Malah boleh mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolak ansur yang boleh menyumbang kepada keharmonian dan perpaduan di negara yang didiami rakyat berbilang kaum dan agama.
9

Masalah yang berlaku sekarang seperti kejadian yang kian meningkat berpunca daripada sikap masyarakat yang tidak menghayati Rukun Negara. Oleh yang demikian usaha memastikan rakyat menghayati semula prinsip-prinsip Rukun Negara merupakan langkah tepat dan perlu melibatkan segenap lapisan masyarakat.

Cadangan bagi mencapai perpaduan dan integrasi kaum berdasarkan Rukun Negara Kepentingan penghayatan Rukun Negara ialah dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan patuh pada undang-undang dan peraturan negara yang ditetapkan. Salah satu prinsip Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan dan kedaulatan undang-undang. Hal ini demikian kerana semua agama di dunia telah mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Rakyat yang mendekatkan diri dengan Tuhan akan menghindarkan diri daripada gejala yang tidak sihat seperti terlibat dalam ajaran sesat, rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Individu yang patuh pada agama dan undang-undang tidak akan melanggar undangundang yang telah ditetapkan untuk kebaikan dalam semua perkara seperti melanggar peraturan jalan raya dan merampas hak orang lain. Jelaslah bahawa penghayatan Rukun Negara dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan patuh undang-undang. Selain itu, rakyat dapat melahirkan jati diri yang tinggi melalui penghayatan Rukun Negara . Individu yang patuh pada prisip rukun negara akan sentiasa mempunyai jati diri yang utuh dan teguh dalam menjalani kehidupan. Dengan ini mereka dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan budaya Barat seperti terlalu berteraskan kepada hiburan yang melampau, pergaulan bebas tanpa batas, dan hilang amalan berbudi bahasa. Individu yang setia kepada raja dan negara tidak akan belot dan menjadi pengkhianat negara. Dengan kata lain, penghayataan Rukun Negara dapat melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri. Di samping itu, penghayatan Rukun Negara dapat mewujudkan warga

Malaysia yang harmoni dan bersatu padu. Melalui penghayatan Rukun Negara kita dapat mendorong dan mengamalkan budaya serta tabiat hormat-menghormati, tolong-menolong, kasih sayang dan amanah dalam kalangan masyarakat. Hasilnya,
10

kita dapat mewujudkan warga yang harmoni di samping negara yang damai dan aman. Hal ini amat bersesuaian dengan prisip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan yang menggalakkan rakyat sentiasa bersikap baik dan mempunyai nilai ketimuran yang murni. Hal tersebut dapat menghindarkan sikap memburukkan orang lain, terutamanya individu yang mempunyai agama berbeza. Jelaslah bahawa warga Malaysia yang harmoni dan bersatu padu dapat dibentuk melalui penghayatan Rukun Negara. Satu daripada langkah yang efektif untuk memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara ialah melalui sistem pendidikan. Pendidikan awal hendaklah bermula di rumah. Ibu bapa perlu menjadi role model dan teladan kepada anak-anak mereka terutama dalam aspek kesopanan dan keagamaan. Di samping itu, pendidikan dapat diteruskan dengan lancar di sekolah terutamanya murid dididik oleh guru-guru untuk menghayati prinsip Rukun Negara melalui mata pelajaran pendidikan moral dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Kelima-lima prinsip Rukun Negara sentiasa dilaung-laungkan melalui pembacaan ikrar dalam perhimpunan sekolah. Kelima-lima prinsip tersebut juga perlu dipaparkan pada papan kenyataan dan dinding bangunan sekolah. Jelaslah bahawa pendidikan merupakan strategi terbaik untuk menyemai sikap menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Tambahan pula, peranan kerajaan penting dalam mendorong dan memupuk kesedaran untuk menghayati prinsip Rukun Negara . Pihak kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat agar menghayati prinsip Rukun Negara dengan sepenuhnya. Kempen kesedaran boleh diadakan di semua jabatan kerajaan, sektor swasta dan petubuhan bukan kerajaan (NGO). Pihak yang berkenaan boleh menggunakan media massa seperti televisyen, radio dan laman web yang merupakan wahana utama menyebarkan maklumat kepada semua lapisan masyarakat dari semasa ke semasa. Dengan ini, tahap kesedaran rakyat tentang pentingnya Rukun Negara dalam kehidupan mereka sentiasa mekar dan subur dalam jiwa mereka. Penghayatan prinsip Rukun Negara sangat penting dalam negara kita kerana dapat memberi manfaat bagi mengeratkan hubungan antara kaum tanpa mengira
11

agama, bangsa dan kedudukan. Dengan ini, pembangunan negara dapat dijalankan dengan pesat pada masa depan. Oleh itu, pihak kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) harus bertindak seia sekata, sehati sejiwa bagai aur dengan tebing untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara.

DASAR EKONOMI BARU Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia disasarkan terutamanya untuk menggalakkan perkembangan dengan penekanan yang lebih ke atas pasaran eksport. Walaupun ekonomi berkembang dengan cepatnya dalam tempoh ini, terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan, menghasilkan

ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik dengan memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 merupakan sejarah pelan ekonomi Malaysia. DEB menekankan pentingnya bagi mencapai sasaran sosio ekonomi seiring dengan mencapai objektif perkembangan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan agama. Sasaran utama adalah perpaduan negara. Untuk mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan:

Untuk mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia.

Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi agar mengurangkan dan seterusnya menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.

Salah satu aspek penting DEB adalah berada di premis ekonomi yang berkembang pesat. Perkembangan adalah syarat yang perlu untuk menyediakan peluang bagi yang miskin dan golongan yang kurang bernasib baik untuk membolehkan mereka keluar dari kemiskinan dan turut serta di dalam aktiviti aliran utama ekonomi. Tambahan lagi, ia memastikan yang bahawa pengagihan tidak berlaku dari
12

peruntukan semula kekayaan yang ada tetapi dari pengembangan dan punca baru kekayaan. Perlaksanaan strategi untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara dalam pengagihan pendapatan menjelang 1990. Kadar isi rumah yang hidup di bawah taraf kemiskinan menurun dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan menurun lagi kepada 5.1 peratus pada 2002 (dari laman web epu.gov.my)

Cabaran Perlaksanaan Dasar Kerajaan Terhadap Perpaduan dan Integrasi Berdasarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) Terdapat dua masalah besar yang mengenai kefahaman perpaduan sosial rakyat di Malaysia. Masalah pertama ialah mengenai penekanan yang keterlaluan terhadap satu-satu peristiwa konflik berdarah semata. Seolah-olah tiada langsung gambaran perpaduan dan kehidupan rakyat diperlihatkan sebagai senantiasa berkonflik. Gambaran ini selalu dimainkan melalui media masa yang

menggambarkan betapa rakyat perlu dihantui dengan peristiwa silam dan ia kerapkali dimainkan dengan sikap sentimen tertentu. Realitinya, wujud kesepakatan sosial yang berterusan namun kadang-kadang bermasalah. Ini perkara tabiat di dalam sebuah sistem bernegara terutamanya pada negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Masalah kedua pula bersangkut paut pada kesilapan meletakkan persamaan apabila menyatakan perpaduan sosial itu sama dengan perpaduan ekonomi. Sifatsifat utama perpaduan gagal difahami dan tidak disentuh, antaranya elemen asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi. Sering kali masyarakat

beranggapan, jika pembahagian kek ekonomi seperti yang dirancang melalui DEB berhasil, maka secara automatik Malaysia mampu mencapai perpaduan bersifat nasional. Namun, hasilnya ia tidak seperti yang diharapkan. Perpaduan nasional telah ditafsirkan dengan fahaman sempit dan berubah menjadi satu bentuk pertandingan merebut hak milik ekonomi. Kesannya, masyarakat lebih banyak bercakap mengenai soal pertandingan ini berbanding matlamat utama untuk mewujudkan perpaduan yang akhirnya telah diketepikan. Dari perbincangan perpaduan nasional, isu ini menjalar menjadi perebutan nasional antara kelompok
13

etnik. Perebutan nasional ini wujud dalam pelbagai bentuk seperti inter-etnik, intraetnik, inter-kelas, dan intra-kelas. Asakan ganas perebutan hak milik ekonomi bukan hanya menghasilkan konflik antara etnik, tetapi juga konflik dalaman etnik tertentu. Kegagalan pelaksanaan DEB acap kali didengari, namun isu yang lebih besar adalah kegagalan untuk memahami apa itu perpaduan nasional sebenar.

Cadangan bagi mencapai perpaduan dan integrasi kaum berdasarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar Ekonomi Baru bertujuan bagi mengukuhkan perpaduan negara melalui pembasmian kemiskinan di kalangan semua kaum dan penyusunan semula masyarakat. Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum. Penambahbaikan yang amat perlu adalah dalam sistem pendidikan. Antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat rendah dan menengah. Ini kerana melalui pendidikan, kerajaan berupaya membentuk jati diri dikalangan belia bagi

meningkatkan perpaduan di antara semua kaum. Selain itu, seperti yang di ketahui, sektor ekonomi dikuasai oleh kaum Cina. Jesteru bagi mengimbangkan jurang pendapatan antara kaum, kerajaan boleh memberi galakan dan bantuan kepada kaum Melayu dan India untuk membabitkan diri di dalam sektor ekonomi. Peluang-peluang yang diperolehi haruslah digunakan semaksimum mungkin bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi kaum itu sendiri.

14

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957. Umumnya, terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang ketiga pula, ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama. Integrasi antara kaum pula merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai nilai integrasi antara kaum ini. Antara langkah yang telah diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pendidikan negara ini ialah dengan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah dan guru guru yang mengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruan yang sama. Ketiga tiga faktor ini merupakan kunci kepada pembentukan arah dan orientasi nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini.

15

Menerusi perancangan yang sistematik, kurikulum latihan perguruan yang seragam dan amalan amalan pedagogi di bilik- bilik darjah yang bersesuaian, maka sistem pendidikan kebangsaan ini dijangka dapat membentuk ciri-ciri tingkahlaku dan sikap pelajar yang bersesuaian dengan tatasusila masyarakat Malaysia.

Cabaran Perlaksanaan Dasar Kerajaan Terhadap Perpaduan dan Integrasi Berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan Cabaran yang utama yang dihadapi oleh kerajaan dalam bidang pendidikan adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, ianya masih lagi belum mencapai matlamat yang diinginkan. Kaum Cina merupakan kaum yang paling kuat menentang matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ini kerana mereka bimbang bahasa ibunda mereka akan hilang penggunaanya pada masa akan datang. Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memberi kelonggaran kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar dan menjadikan mengurangkan penggunaan Bahasa Melayu. Oleh itu, sehingga sekarang kerajaan melalui perubahan-perubahan dasar pendidikan masih belum mencapai matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama disemua sekolah di negara ini. Kegagalan kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah merumitkan lagi usaha untuk mencapai integrasi dan perpaduan kaum di Malaysia. Ini adalah kerana, semua kaum berusaha mempertahankan bahasa ibunda masing-masing dan sehingga wujudnya jurang integrasi antara etnik-etnik di negara ini. (Riduan Tee, 2010: 69) Manakala hasrat dan matlamat kerajaan untuk mewujudkan sekolah integrasi iaitu pelbagai kaum di dalam sebuah sekolah atau beberapa buah sekolah pelbagai kaum dalam satu kawasan juga masih lagi belum dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan namun mendapat tentangan hebat dari masyarakat Cina kerana menganggap Sekolah Wawasan akan menghilangkan identiti dan bahasa ibunda mereka (Modul Kenegaraan, 2010: 184).

16

Pada masa ini bukan sahaja sekolah rendah dan sekolah menengah berasaskan bangsa dan kaum, tetapi juga pusat-pusat pengajian tinggi tempatan ditubuhkan berasaskan kepada kaum. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pensyarah di Universiti Utara Malaysia terhadap pelajar-pelajar mereka yang berbangsa Melayu, Cina dan India mendapati kebanyakkan pelajar-pelajar tersebut mempunyai sentimen perkauman yang tinggi. Para pelajjar masih suka bergaul dengan kaum sendiri dalam semua hal berbanding bergaul dengan kaum-kaum lain. Semua ini berlaku disebabkan oleh proses sosialisasi yang dilalui sebelum memasuki alam kampus. Polarisasi ini amat membimbangkan dan menjadi penghalang kepada integrasi dan perpaduan antara kaum di Malaysia (Riduan Tee, 2010: 74). Daripada hasil kajian ini dapat dikatakan bahawa pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di sekolah yang berasaskan kaum tertentu lebih suka menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di pusat-pusat pengajian yang mempunyai kaum yang sama dengan kaumnya. Hal ini boleh membantutkan usaha kerajaan mencapai perpaduan di negara ini.

Cadangan bagi mencapai perpaduan dan integrasi kaum berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan Bagi mencapai perpaduan dan integrasi antara kaum, kerajaan perlulah memulakan usaha awal dari peringkat sekolah lagi. Sekolah merupakan sebuah pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat untuk memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Menurut Dr Chandra Muzaffar, aktivis sosial integrasi di peringkat sekolah rendah adalah penting untuk perpaduan. Jadi pendidikan menjadi alat penting untuk memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara masyarakat terutamanya kanak-kanak di bangku sekolah. Untuk itu, pihak sekolah telah mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan. Antara usaha yang dilaksanakan di peringkat sekolah adalah dalam bidang

17

kurikulum. Kurikulum boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat persekolahan. Terdapat 2 jenis kurikulum iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Matlamat utama pendidikan Malaysia ialah menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan masyarakat menerusi perkembangan individu secara menyeluruh. Rancangan pendidikan KBSM merupakan kesinambungan kepada KBSR. Konsep bersepadu bererti penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendekatan integrasi dan penyerapan dalam semua mata pelajaran di sekolah. Pada masa kini kerajaan telah mengambil langkah yang drasti dengan menggubal kurikulum baru untuk sekolah rendah dan menengah iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Langkah ini menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan terhadap perubahan arus pendidikan dunia pada masa kini. Selain daripada bidang kurikulum, perpaduan dan integrasi kaum dapat juga dicapai dalam bidang kokurikulum. Kokurikulum merupakan satu saluran

pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kegiatan ko-kurikulum sekolah merangkumi aktiviti pasukan unit beruniform, persatuan/kelab akademik dan sukan/permainan dan ia juga merupakan aktiviti luar bilik darjah. Aktiviti sukan dan permainan sekolah meliputi olahraga, hoki, tenis dan lain-lain lagi. Manakala pasukan beruniform sekolah adalah seperti Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah. Kelab dan persatuan sekolah ialah Kelab Kebudayaan, Matematik dan Sains, dan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya dan sebagainya. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan
18

pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.

DASAR WAWASAN 2020

Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020". Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara. Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan termasuklah politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada
19

cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

Cabaran Perlaksanaan Dasar Kerajaan Terhadap Perpaduan dan Integrasi Berdasarkan Dasar Wawasan 2020 Bagi mencapai wawasan 2020, objektif yang disasarkan hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Terdapat sembilan cabaran yang telah dikenal pasti yang perlu diharungi iaitu: I. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. II. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain. III. Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,

mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun. IV. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi; V. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,kebudayaan dan kepercayaan agama masing-

20

masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. VI. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna

teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. VII. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu system sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi disekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh. VIII. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam

di mana

perkembanganekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua

kemunduran ekonomi berdasarkan kaum. IX. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Cadangan bagi mencapai perpaduan dan integrasi kaum berdasarkan Dasar Wawasan 2020 Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok

21

atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera pertumbuhan negara. Kewujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi mewujudkan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segalagalanya sedangkan satu golongan lagi tercicir. Pernyataan Wawasan ini adalah menampakan penegasan semula ke atas isu yang sentiasa diberi perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidak-adilan. Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia yang dicita-citakan seharusnya berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya hanya membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki. Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu bermula
22

dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna .

GAGASAN SATU MALAYSIA Konsep Satu Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakantindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Satu Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain satu Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat. Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatupadu. Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan satu

23

Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya satu Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. Satu Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaumkaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada

golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. Satu Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Cabaran Perlaksanaan Dasar Kerajaan Terhadap Perpaduan dan Integrasi Berdasarkan Gagasan Satu Malaysia Mengenai konsep satu Malaysia ini sudah jelas akan intipati dan matlamat penubuhannya, namun jika konsep ini tidak diberi perhatian dan tidak ada niat untuk mengetahui, semestinya konsep ini sia-sia belaka. Oleh yang demikian, masalah yang perlu dikaji dan diberi perhatian di sini ialah dengan melihat bagaimana untuk menghadapi dan mengatasi cabaran-cabaran yang timbul dalam usaha untuk memperkasakan pelaksanaan konsep satu Malaysia. Konsep ini adalah untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, dan budaya, serta tidak mengenal umur, jantina, taraf kehidupan, dan sebagainya. Jadi cabarannya bagaimana untuk menyebarkan konsep satu Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia agar konsep ini
24

dikenali. Hal ini penting kerana terdapat segelintir anggota masyarakat yang tidak tahu langsung mengenai konsep yang dilancarkan ini dan jika tidak tahu, masakan konsep ini hendak difahami dan dipraktiskan? Pihak kerajaan dilihat berusaha untuk menyampaikan informasi dan maklumat berkaitan dengan konsep satu Malaysia, seperti menubuhkan laman sesawang satu Malaysia yang mengandungi intipati dan informasi berkaitan, laman blog Perdana Menteri, pertandingan mencipta lagu satu Malaysia, pertandingan melukis poster bagi pelajar dan seumpamanya. Kerajaan juga telah membelanjakan jutaan wang dalam penyediaan hadiah kepada pemenang, iklan di televisyen dan surat khabar serta di papan iklan, kempen, dan juga seminar. Namun, ianya belum tentu mencapai matlamat untuk menarik perhatian masyarakat keseluruhannya. Usaha kerajaan ini juga tidak jelas dalam mencari golongan sasaran utama dalam mempromosikan konsep ini agar sasaran utama akan mempengaruhi kelompok-kelompok masyarakat yang lain. Di samping itu, tindakan kerajaan dalam menggunakan arus media elektronik dan media massa dilihat tidak efektif dan esyen kerana walaupun maklumat dan informasi berjaya disebarkan, meskipun tidak semua yang menonton, melihat, dan membacanya, namun ia hanya akan mendatangkan kesan positif jangka pendek sahaja dan ini akan menyukarkan pengetahuan serta pemahaman mengenai konsep satu Malaysia dicapai. Implementasi kerajaan dalam melancarkan dan melaksanakan konsep satu Malaysia sememangnya merupakan suatu inisiatif yang baik, namun boleh dikatakan strategi dan pelan tindakan mereka tidak begitu memuaskan. Mengenai usaha untuk mendidik dan menyemai perasaan kekitaan melalui konsep satu Malaysia bukannya mudah. Ia memerlukan perancangan yang rapi dan memakan masa yang lama. Hal ini kerana bukan mudah untuk mendidik masyarakat menuju ke arah perpaduan dan mempunyai nilai-nilai murni. Ini disebabkan golongan masyarakat adalah manusia yang mempunyai akal kiran yang berlainan, dan juga mempunyai hati dan perasaan. Mereka bukanlah sebuah robot yang boleh diprogramkan untuk menurut sesuatu kehendak dan tujuan.

25

Cadangan bagi mencapai perpaduan dan integrasi kaum berdasarkan Gagasan Satu Malaysia Konsep satu Malaysia harus diperkasakan agar nilai dan aspek yang diketengahkannya dapat diketahui dan diberi perhatian oleh rakyat Malaysia. Justeru, perlunya suatu pendekatan bagi memastikan konsep satu Malaysia diketahui, difahami, diterima, dan seterusnya diimplementasikan oleh rakyat agar matlamat akhir boleh dicapai dengan jayanya. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat, semestinya mahu mencapai matlamat yang telah dibuat dengan jayanya tanpa dihalang oleh konik antara kaum. Mengenai konsep satu Malaysia merupakan satu mekanisme yang dilihat mempunyai suatu matlamat untuk dikongsi bersama, iaitu berjaya mencapai hasrat negara untuk mencapai Wawasan 2020 sebagai status negara maju. Namun begitu, pelaksanaannya haruslah dikaji dan dirancang terlebih dahulu tanpa melaksanakan secara tergopoh-gapah kerana ini akan mengakibatkan kekeliruan dan sebagainya. Oleh yang demikian, konsep satu Malaysia memerlukan jangka masa yang panjang untuk melihat keberkesanan, namun perkembangannya boleh dibuat dengan membuat penilaian dan pemantauan dari masa ke semasa. Ini merupakan suatu inisiatif dalam menghadapi cabaran pelaksanaan konsep satu

Malaysia agar matlamat penubuhannya berjaya dicapai untuk memperkasakan perpaduan antara kaum dalam usaha mengecapi perdamaian positif, yakni boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni tanpa sebarang persepsi negatif dan pandangan streotaip di Malaysia, dan seterusnya mampu bersama-sama

membangunkan negara menuju ke arah Wawasan 2020.

26

RUJUKAN

Ahmad Fawzi Basri. (1987). Isu-isu Perpaduan Nasional. Sintok, Kedah: Sekolah Pengajian Asasi UUM [Universiti Utara Malaysia]. Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Bahagian Penerbitan Dasar Negara. (2009). Booklet 1Malaysia. Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia Ismail Ibrahim. (2010). Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan Identiti Bangsa. Bangi, Selangor: Institut Islam Hadhari [Universiti Kebangsaan Malaysia]

Sumber internet Dasar-Dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan. Diambil pada 25 Ogos 2012, dari laman sesawang: pmr.penerangan.gov.my

27

You might also like