Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Cabaran Program Pendidikan Di TV Malaysia

Abstrak

Artikel ini mengulas berkenan cabaran yang dihadapi oleh TV Pendidikan

di Malaysia. TVP yang diswastakan kepada ASTRO sejak Satu kajian

kualitatif telah dijalankan ke atas 24 kanak-kanak sekolah untuk melihat

tahap penggunaan TVP di sekolah. Kaedah temubual dan perbincangan

kumpulan fokus telah digunakan untuk mengumpul maklumat bagi

menjawab persoalan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan hanya 47%

daripada responden mempunyai akses untuk menonton TVP di rumah.

Selebihnya hanya berpeluang menonton TVP disekolah. Malang sekali

apabila rancangan TVP tidak digunakan sepenuhnya oleh guru disekolah.

Zainol Abidin Ahmad

3 Julai 2009
Cabaran Program Pendidikan Di TV Malaysia

PARA pengkaji media ada menyifatkan bahawa perkembangan drastik industri

penyiaran tanah air sebagai suatu petanda baik yang selari dengan hasrat Malaysia

menjadi negara maju sepenuhnya pada 2020. Aspek kepelbagaian dan penggunaan

teknologi yang canggih telah membuatkan industri ini berkembang dengan pesat dari

semasa ke semasa. Ini suatu petanda baik yang sepatutnya dialu-alukan oleh semua pihak.

Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 Ogos 2005 lalu ketika

menyampaikan hasrat kerajaan berkata: “Stesen TV mesti mengambil kira hasrat kita

untuk membina negara dan bangsa yang sesuai dengan cita rasa kita, yang mengikut

kehendak dan acuan kita sendiri.”

Ini yang seharusnya diteliti dalam kita membicarakan tentang kewujudan dan

kepelbagaian saluran TV yang kebelakangan ini hanya berlumba-lumba dalam

menawarkan program-program yang mempunyai rating tinggi bagi mendapatkan

penajaan dalam bentuk pengiklanan.

Sejarah media penyiaran di Malaysia bermula dengan tertubuhnya Radio dan

Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1946. Sumbangan yang telah RTM lakukan

selama ini dalam memantapkan institusi masyarakat tidak perlu dipersoalkan. Pelbagai

usaha telah dibuat sejajar dengan peranannya yang sering kali dilaung-laungkan untuk

2
membantu agenda kerajaan mencapai matlamat-matlamatnya dalam usaha ke arah

kemajuan, kemakmuran dan kebahagiaan untuk rakyat.

RTM berjaya membantu merapat dan menjalinkan hubungan dua hala di antara

rakyat dengan kerajaan. Perhubungan yang dipupuk melalui pendekatan media elektronik

berjaya mencapai permuafakatan di antara dua belah pihak dalam mewujudkan

masyarakat yang seimbang.

Pelbagai kempen kerajaan telah berjaya dilaksanakan, contohnya kesepakatan erat

yang terjalin di kalangan rakyat dalam mengukuhkan perpaduan melalui penggunaan

Bahasa Kebangsaan. Ia adalah salah satu media yang bertanggungjawab menyediakan

rakyat dengan corak pemikiran, sikap dan konsep baru bersesuaian dengan negara kita di

era globalisasi.

RTM telah berjaya memanfaatkan kedua-dua salurannya melalui pendekatan dan

pembawaannya yang terancang bersesuaian dengan matlamat penubuhannya. Program-

program TV yang banyak menumpukan aspek pendidikan, budaya bangsa dan

keharmonian masyarakat telah berjaya memartabatkannya sebagai stesen TV yang

unggul.

RTM TV1 (saluran inforia) telah menyumbangkan peranannya dengan program

yang lebih bercorak pendidikan dan penerangan terkini, manakala RTM TV2 (Saluran

Famili) lebih menumpukan kepada rancangan berbentuk drama dan hiburan. Rangkaian

3
ini juga berfungsi mengetengahkan rancangan berbahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin.

Dan jika diteliti nama saluran ini juga sudah acapkali berubah mengikut kesesuaiannya.

Sejak penubuhan TV3 dan sehingga ke hari ini, terdapat beberapa stesen TV

swasta wujud dengan pelbagai saluran. Ini ditambah pula dengan saluran yang

ditawarkan perkhidmatan Astro selaras dengan konsep ‘langit terbuka’. Masyarakat kini

sudah banyak mempunyai pilihan termasuk daripada rangkaian yang disiarkan dari luar

negara. MiTV dan Fine TV adalah pelengkap media penyiaran Malaysia yang terkini.

Kewujudan saluran TV baru di Malaysia ini haruslah diawasi dan diteliti kerana

terdapat banyak saluran TV swasta yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan

dewasa ini hangat dengan beberapa isu yang menjadikannya sebagai batu ukuran.

Agenda hiburan yang dibawa oleh stesen TV swasta telah menampakkan sedikit

kecelaruan yang wujud dalam dunia penyiaran di negara kita. Mungkin ‘agenda’ itu dapat

mengekalkan ‘hayat’ stesen TV berkenaan tetapi jangan sampai mengabaikan

tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Peranan Televisyen

TV termasuk dalam kategori media massa. Banyak kajian yang telah dijalankan

mengenai TV khususnya dan mengenai media massa keseluruhannya. Media massa telah

ditakrifkan dengan dua pendekatan (Syed Arabi Idid dan Safar Hashim, 1933).

4
Pendekatan pertama ialah secara mekanikal meliputi akhbar, majalah, radio, TV dan alat-

alat elektronik terbaru seperti video dan cakera padat. Manakala pendekatan kedua pula

ialah bersifat konsep yang menekankan perutusan datang sekali gus dan serta-merta

kepada khalayak daripada satu sumber (alat mekanik seperti radio, TV dan akhbar).

TV mempunyai kelebihan tertentu berbanding media cetak seperti akhbar dan

majalah. Di antara kelebihan yang terdapat pada TV ialah mesej yang disampaikan adalah

berbentuk multimedia iaitu, gabungan gambar bergerak, suara, dan teks. Siaran TV boleh

diterima di mana-mana sahaja di Malaysia. Di Malaysia terdapat 6 siaran TV percuma

(RTM 1, RTM 2, TV3, NTV 7, TV 8, dan TV 9). Penonton hanya perlu memiliki set TV

untuk menerima siaran percuma ini.

Selain dari itu, terdapat juga penyedia perkhidmatan TV berbayar di Malaysia

yang menggunakan teknologi satelit iaitu ASTRO. Stesen ini menyediakan lebih 60

siaran TV untuk tatapan penonton yang melanggan perkhidmatan tersebut.

Menurut Rogers (1977), media massa seperti radio, TV, akhbar dan majalah

adalah penting kepada penerima dalam proses penerima gunaan sesuatu inovasi.

Kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa TV penting dalam proses menyampaikan

maklumat-maklumat yang diperlukan oleh penerima.

Secara umumnya, media massa di Malaysia terutamanya TV mempunyai

beberapa peranan yang utama. Yang pertamanya, media berperanan menyediakan dan

5
melaporkan berita yang berkaitan dengan suasana sekeliling seperti berita amaran

keadaan cuaca, laporan kemalangan dan laporan saham.

Peranan kedua media pula ialah sebagai penyelaras komponen dalam masyarakat.

Ia bertepatan dengan pendapat Laswell (1960) iaitu media berperanan untuk

menghubungkan kelompok dalam masyarakat dan memberi idea untuk bertindak

terhadap isu melalui berita yang dimanipulasikan.

Peranan media yang ketiga ialah sebagai penyambung norma-norma warisan

dalam kelompok. Media berperanan membantu perpaduan dalam masyarakat dengan

menyalurkan pengalaman generasi lama kepada generasi baru atau sesebuah masyarakat

kepada pendatang baru. Atau dengan kata lain, media berperanan sebagai agen pendidik

kepada masyarakat. Seterusnya media berperanan sebagai pemberi hiburan. Kepesatan

teknologi dalam bidang media massa telah menambahkan fungsi media massa sebagai

pemberi hiburan kepada masyarakat.

Manakala peranan media yang terakhir pula ialah bertindak sebagai agen

penyebar kempen atau propaganda. Media massa juga turut digunakan sebagai penyebar

kempen termasuklah kempen politik, pengiklanan dan pembuatan promosi.

Media massa terutamanya TV memang telah diakui terlibat sama dalam kemajuan

sesebuah negara. Namun terdapat juga keburukan dalam setiap peranan yang dimainkan

6
oleh TV. Sekiranya keburukan-keburukan ini amat jelas ketara dilakukan oleh stesen TV,

ia pastinya akan menjejaskan kredibiliti stesen TV tersebut.

Berbalik kepada peranan media yang ketiga, sebagai agen pendidik kepada

masayrakat. Media sepatutnya turut menyediakan pelbagai rancangan-rancangan

berbentuk pendidikan yang boleh ditonton oleh semua lapis masyarakat. Rancangan-

rancangan berbentuk hiburan yang mempunyai rating yang tinggi dan popular perlu

diimbangi dengan rancangan berbentuk pendidikan.

TV Pendidikan di Malaysia

TV pendidikan adalah konsep. Secara umum ia adalah siaran TV yang dapat

diguna dan diexploit untuk mencapai objektif pendidikan. Secara khusus, TV pendidikan

dapat didefinasikan daripada dua perspektif. Pertama, apa sahaja bentuk rancangan yang

boleh digunakan secara sistematik oleh seorang pengajar untuk mencapai objektif

pendidikan. Pengertian ini merangkumi apa-apa sahaja bentuk program sama ada

berbentuk dokumentari, drama, filem dan sebagainya. Perspektif kedua pula ialah

rancangan TV yang direkabentuk dan dihasilkan secara khusus menggunakan

pendekatan-pendekatan tertentu dan kemudiannya digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Jika dirujuk kepada perspektif pertama, maka semua rancangan TV boleh

digunakan untuk pendidikan, sama ada ia membawa mesej positif atau negatif.

7
TV pendidikan mula diperkenalkan di Malaysia pada awal 1970-an oleh RTM dan

ia merupakan satu-satunya saluran elektronik yang dapat membantu Kementerian

Pelajaran menyebarkan maklumat pendidikan kepada para pelajar. Ia merupakan langkah

yang amat proaktif dan bertepatan dengan pencapaian teknologi media massa pada ketika

itu.

Seiring dengan pelancaran siaran pendidikan oleh saluran TV milik kerajaan itu,

maka ramai pelajar yang memperolehi manfaat daripadanya. Siaran pendidikan ini boleh

diaksess sama ada di sekolah mahupun di rumah secara percuma.

Pada tahun 2000, siaran pendidikan ini telah diswastakan kepada ASTRO iaitu

sebuah penyedia perkhidmatan TV Satelit pertama di negara ini. Sejak proses

penswastaan tersebut, tidak ramai yang menyedari tentang wujudnya saluran khusus

untuk pendidikan ini walaupun kerajaan membelanjakan hampir RM 5 juta seminggu

untuk melanggan ASTRO bagi 8860 buah sekolah di seluruh negara (Lukman Ismail,

2004). Bermula januari 2007, TVP telah diambil alih oleh TV9 dan disiarkan pada hari

Isnin hingga Khamis (9 hingga 12 tengah hari)

Kandungan TV pendidikan yang dikendalikan oleh ASTRO ini cukup baik dan

amat bermanfaat jika boleh ditonton oleh segenap lapisan masyarakat dan bukannya

hanya kepada pelanggan ASTRO. Siarannya tebahagi kepada tiga bahagian iaitu yang

pertama adalah rancangan kurikulum sekolah rendah yang merangkumi lima subjek

(Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains dan Pendidikan Moral). Bahagian yang

8
kedua adalah rancangan kurikulum sekolah menengah yang merangkumi sembilan subjek

(Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Sejarah, Teknik dan

Vokasional, Geografi dan Pendidikan Islam). Manakala yang terakhir pula adalah

rancangan khas umum (Pedagogi, Kerjaya, Lensa TVP dan Laman Minda).

Penontonan Televisyen Oleh Kanak-Kanak

Sebagaimana maklum, TV merupakan salah satu saluran komunikasi yang amat

penting kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak. TV memainkan

peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak yang sedia diketahui mempunyai kadar

pertumbuhan yang pesat dan daya serapan yang tinggi. Tonn (2006) dalam

penyelidikannya menyatakan kanak-kanak yang terdedah kepada TV pada peringkat

sebelum pra-sekolah mempunyai tahap pencapaian pendidikan yang tinggi berbanding

dengan kanak-kanak yang tidak terdedah kepada TV. Tambah beliau lagi, pendedahan

kepada TV akan memberikan kesan positif terhadap kebolehan membaca dan

pengetahuan umum kanak-kanak.

Peringkat kanak-kanak adalah suatu peringkat yang unik dalam perkembangan

manusia. Pada tahap ini, kanak-kanak amat cepat menangkap atau belajar dari apa yang

mereka lihat dan dengar. Tidak kira masa atau di mana mereka menerima maklumat

tersebut. Walaupun pakar kanak-kanak mencadangkan agar ibu bapa tidak membenarkan

kanak-kanak dibawah umur 2 tahun menonton TV, tetapi perkara itu adalah mustahil

untuk dilaksanakan. Secara puratanya, kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah menonton

9
TV selama 2 jam sehari, dan 70% daripada taman asuhan kanak-kanak menggunakan TV

sebagai alat untuk menarik perhatian kanak-kanak (www 1).

Banyak lagi kajian-kajian lain yang menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih

banyak menonton TV berbanding orang dewasa. Oleh itu, kanak-kanak yang merupakan

insan yang mengalami pertumbuhan mental dan fizikal yang pesat pasti akan terpengaruh

dengan apa yang ditonton oleh mereka di kaca TV. Lebih banyak rancangan berbentuk

pendidikan yang ditonton, maka lebih banyak perkara yang kana dipelajari oleh mereka.

Permasalahan

Merujuk kepada peranan media yang ketiga, bertindak sebagai agen pendidik

kepada masyarakat, sejauhmanakah peranan ini dijalankan oleh media di Malaysia. Sama

ada memberi pendidikan formal atau tidak formal?

Meninjau kepada banyak kajian yang telah dibuat tentang penggunaan TV dalam

pendidikan, Laporan Pemantauan Penggunaan Rancangan TV pendidikan (TVP) di

Sekolah-Sekolah Tahun 2002 melaporkan mulai sesi persekolahan tahun 2000 TVP telah

disiarkan melalui ASTRO. Hampir 90% sekolah menengah dan rendah telah

dilengkapkan dengan kemudahan ASTRO dan peralatan TV. Kemudahan yang diberikan

ini bertujuan agar sekolah memainkan peranan agar rancangan TVP ini benar-benar

memberi kesan yang besar dan bermakna. Namun kesimpulan daripada pemantauan yang

10
telah dibuat ke atas 106 buah sekolah (46 buah sekolah menengah dan 60 buah sekolah

rendah) mendapati:

1. Pentadbir kurang mendapat pendedahan mengenai rancangan TVP terkini.

2. Kelengkapan peralatan kurang memuaskan terutama di sekolah rendah luar

bandar.

3. Tiada kemahiran menggunakan peralatan teknologi dalam pengajaran-

pembelajaran.

4. kekurangan bilik darjah yang sesuai untuk dijadikan bilik tayangan.

5. Tiada rancangan (program) pendidikan lain di televisyen selain TVP.

Rajah 1 dan 2 seterusnya menunjukkan beberapa perangkaan yang berkaitan dengan hasil

daripada pemantauan yang telah dibuat ke atas sekolah-sekolah berkaitan.

Rajah 1: Perangkaan Jadual dan Penerimaan Rancangan TVP

Peratus Respon
Ada Tiada
Perkara
Sekolah menyediakan jadual waktu rancangan TVP 54.8 6.2

Sekolah menerima katalog rancangan TVP 50 50

Sekolah terima nota panduan guru 56.6 43.4

Rajah 2: Penggunaan TVP di sekolah

Peratusan 1 2 3 4 5
Perkara
TVP membantu pengajaran dan pembelajaran 0 0 2 4 31.2
2.6 6.2
Keselesaan bilik Tayangan 2.5 1 3 2 17
0.4 5.9 9.2

11
Keselesaan pelajar 2.5 1.9 4 2 18.9
2.5 9.2
Jadual penggunaan Rancangan TVP 2 3.8 33 2 12.2
5.5 5.5
Rekod penggunaan TVP 11.3 4.7
2 20.8 3
7.4 5.8
Kesungguhan guru menggunakan TVP 7.5 0.9 2 25.5 3
9.3 6.8
Peluang pelajuar guna TVP di luar waktu belajar 1 2.8 4 6.6 2
7.9 5.3 7.4
Persediaan guru dalam penggunaan TVP 2.8 0.9 1 11.3 33
9.9
Jadual berdasarkan pemantauan penggunaan TVP di 38 buah sekolah. (Kementerian
Pendidikan Malaysia

Jika rancangan berbentuk pendidikan yang disediakan oleh stesen TV berbayar

seperti ASTRO masih lagi sukar untuk ditonton oleh kanak-kanak walaupun di sekolah,

tambahan lagi tidak banyak rancangan berbentuk pendidikan yang disediakan oleh stesen

TV percuma di negara ini. Oleh itu, apabila kanak-kanak menonton TV, rancangan yang

tersedia adalah lebih tertumpu kepada rancangan berbentuk hiburan. Perkara ini pastinya

akan memberi kesan negatif kepada perkembangan minda generasi muda masa kini. Kita

dapat lihat dengan kecenderungan remaja dan kanak-kanak masa kini yang lebih

tertumpu kepada hiburan semata-mata.

Methodologi

Penulis telah menjalankan satu kajian kualitatif ke atas 22 pelajar sekolah rendah

(9 hingga 12 tahun) untuk mengetahui pendapat mereka tentang penontonan siaran TV

pendidikan di ASTRO. Secara khusunya, objektif kajian ini adalah seperti berikut:

12
1. Mengetahui sejauh manakah tahap penggunaan TV pendidikan untuk

pembelajaran di sekolah.

2. Mengetahui bentuk ilmu pengetahuan yang diperolehi dari menonton TV

pendidikan.

Kaedah temubual dan perbincangan kumpulan fokus telah dijalankan untuk

mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan di atas.

Sewaktu sesi temubual dan perbincangan kumpulan fokus dijalankan, penyelidik telah

menggunakan kaedah “probing” untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam

berkenaan penggunaan TVP oleh mereka.

Dapatan kajian dan perbincangan

Daripada temubual yang dijalankan, 47% daripada responden memiliki langganan

ASTRO dirumah. Daripada jumlah itu hanya 46.7% gemar menonton rancangan bercorak

pendidikan di televisyen. Hampir keseluruhan daripada responden yang tidak memiliki

langganan astro di rumah tidak berpeluang menonton rancangan bercorak pendidikan di

televisyen. Antara sebab utama adalah kerana kurangnya rancangan bercorak pendidikan

yang disiarkan oleh televisyen percuma (RTM1, RTM2, TV3, NTV7, dan TV9).

Kajian juga menunjukkan bahawa hanya 21.7% daripada responden berpeluang

menonton siaran TVP di sekolah. Kebanyakkan daripada responden menyatakan

13
penggunaan TVP di sekolah adalah amat terhad dan mereka amat jarang dibawa ke bilik

tayangan untuk menonton TVP.

Menjawab persoalan yang kedua iaitu, bentuk ilmu pengetahuan yang diperolehi

oleh pelajar daripada TVP. Rata-rata responden memberikan respon tidak pasti apakah

bentuk ilmu pengetahuan yang diperolehi mereka kerana tidak kerap menonton TVP.

Kesimpulan

Nilai televisyen dalam pendidikan telah dikenal pasti sejak inovasi Tv lahir lagi.

Namun, pemilik TV sebagai kumpulan yang dikenal pasti sebagai kumpulan yang amat

mementingkan keuntungan telah mengenepikan peranan ini dan melupakan

tanggungjawab sosial sebenar mereka. Tahap penyiaran rancangan berbentuk pendidikan

di TV negara ini sesungguhnya amat rendah. Walaupun begitu, sekiranya langkah-

langkah yang perlu dapat diambil dan kesedaran terhadap tanggungjawab sosial timbul

dalam diri pemilik setesen TV dapat dipertingkatkan, pastinya ramai kanak-kanak di

Malaysia akan mendapat faedah apabila menonton TV. Usaha ini perlu dilakukan secara

kolektif oleh semua pihak. Aspek aplikasi dan pengintegrasian rancangan pendidikan

kedalam TV adalah amat perlu. Sudah tentu tidak ada sesiapa yang ingin melihat generasi

masa depan kita hanyut dibuai oleh hiburan dan melupakan pendidikan sebagai satu aset

yang boleh menjamin kesejahteraan hidup.

14
Bibliografi

Fornas, J. 1995. “Youth, culture and modernity”. In. Fornas, J & Bolin C. Youth culture
in late modernity. London: Sage Publications. pp. 1 – 11.

Laporan pemantauan penggunaan rancangan TV pendidikan di sekolah-sekolah tahun


2002. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002.

Laswell, H. (1960). Mass Communications. Reprinted in w. Schramm (Penyunting).


Urbana: University of Illinois Press

Lukman Ismail (2004). TV pendidikan – jadual siaran punca program tidak dimanfaat.
Utusan Malaysia, 12/10/2004.

Tonn, Jessica L., Televisyen and achievement. Education Week, 02774232, 3/8/2006, Vol.
25, Issue 26

Roger, J.D. (1977). Factor mediating children;s comprehension of television. University


Microfilm, London: Sage Publications.

Syed Arabi Idid dan Safar Hashim (1993). Pilihanraya umum: satu perspektif komunikasi
politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

WWW 1 : http://web.ebscohost.com/ehost/detail?vid=6&hid=5&sid=9b1cc0b....

15

You might also like