Download as doc or pdf
Download as doc or pdf
You are on page 1of 1

Persamaan Perdagangan Dalam Negeri dan

Perdagangan Antarabangsa

Mendapat Keuntungan
Objektif perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa kedua-duanya adalah
untuk mendapatkan keuntungan.

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna


Pengguna mempunyai pelbagai keperluan dan kehendak yang perlu dipenuhi.Keperluan
dan kehendak pengguna tidak terhad kepada barangan dalam negeri sahaja tetapi juga
terhadap barangan luar negara.Perdagangan dalam negeri dan antarabangsa dapat
memenuhi kehendak dan keperluan pengguna bergantung kepada permintaan
pengguna terhadap sesuatu barangan.

Keperluan terhadap perkhidmatan sokongan yang sama


Perdagangan dalam negeri dan antarabangsa memerlukan perkhidmatan sokongan
yang sama untuk melancarkan proses perdagangan.Antara perkhidmatan sokongan
tersebut ialah perbankan,insurans,pengangkutan,pergudangan,sistem komunikasi dan
promosi.

Penggunaan dokumen
Setiap transaksi dalam urusan perdagangan perlu direkod dan didokumenkan.
Antara dokumen yang penting perlu ada semasa urusan perdagangan dijalankan ialah
invois,nota kredit,nota debit dan penyata akaun.

Meningkatkan taraf hidup rakyat


Perdagangan dalam negeri dan antarabangsa menawarkan pelbagai jenis barangan
kepada sesebuah negara.Keadaan ini akan meningkatkantaraf hidup rakyat di
negara berkenaan.Rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai pilihan barangan elektrik,
kenderaan,makanan,pakaian dan tempat tinggal.

Mengamalkan perkhususan
Kedua-dua perdagangan dalam negeri dan antarabangsa wujud kerana pengkhususan
dalam pengeluaran barangan masing-masing.Contoh,Pulau Pinang mengeluarkan
barang elektronik dan Kedah mengeluarkan beras.Malaysia mengkhusus pengeluaran
minyak sawit dan getah.Iraq melakukan pengkhususan dalam pengeluaran petroleum.

You might also like