Analisis Penyata Kewangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

2.

ANALISIS PENYATA KEWANGAN SYARIKAT UNTUK TIGA TAHUN

BERTURUT-TURUT. Dalam membuat tugasan ini kami memilih menggunakan teknik analisis arah aliran dan telah bersepakat untuk membuat analisis kewangan bagi Syarikat Nestle Malaysia Berhad. Syarikat Nestle Malaysia Berhad adalah merupakan syarikat swasta yang banyak mengeluarkan produk berupa makanan seperti coklat , air kotak , susu tepung dan sebagainya. Penyata kewangan bagi syarikat ini adalah bagi tahun 2008 ( lampiran 5), 2009 ( lampiran 6 ) dan 2010 ( lampiran 7 ). 2.1 Nisbah Kecairan (mudah tunai) 2.1.1 Analisis nisbah semasa. Nisbah semasa digunakan bagi mengukur keupayaan bank menggunakan aset semasanya bgi memenuhi obligasi semasa bank. Formula : Nisbah semasa = Aset semasa Liabiliti Semasa 2008 2009 2010

RM 881,882 RM 1,030,457 = 0.86 kali

RM 757,671 RM 698,779 = 1.08 kali

RM 783,869 RM 720,915 = 1.09 kali

(Rujuk lampiran) Berdasarkan jadual di atas , nisbah semasa syarikat adalah 0.86 kali pada tahun 2008 , 1.08 kali pada tahun 2009 dan 1.09 kali pada tahun 2010. Ini bermakna pada tahun 2008 bagi setiap satu ringgit liabiliti , bank menyediakan RM 0.86 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula.Darjah keupayaan syarikat meningkat pada tahun 2009 sebanyak 1.08 dan pada tahun 2010, 1.09. Ini menunjukkan pihak syarikat mampu membayar balik hutang jangka pendeknya kerana kedudukan nilai aset semasanya lebih besar daripada liabiliti semasanya . (Nisbahnya > 1.00).

Nisbah Cepat Nisbah cepat bertujuan mengukur kemampuan syarikat dalam membayar kesemua tuntutan (liabiliti) semasa , tanpa bergantung kepada penjualan inventori . Formula: Nisbah cepat = Aset semasa Inventori Liabiliti Semasa 2008 2009 RM 757,671 RM354,381 RM 698,779 = 0.58 kali 2010 RM 783,869 RM 380,539 RM 720,915 = 0.56 kali

RM 881,882- RM 459,489 RM 1.030,457 = 0.41 kali

Nisbah cepat Syarikat Nestle Malaysia Berhad menggambarkan syarikat itu tidak mempunyai kemampuan memenuhi setiap satu ringgit liabiliti yang dituntut jika tidak bergantung dengan inventori. . 2.2 Nisbah Pengurusan Aset 2.3.1 Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap Bertujuan untuk mengukur kecekapan syarikat dalam menggunakan aset-aset tetap untuk menghasilkan jualan. Formula : Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Aset Tetap 2008 2009 2010

RM 2,673,318 RM 778,519 = 3.43 kali

RM 2,462,739 RM 955,046 = 2.58 kali

RM 2,682,027 RM 994,812 = 2.70 kali

Nisbah pusing ganti aset tetap Syarikat Nestle Malaysia Berhad ialah 3.43 kali (2008) , 2.58 kali (2009) dan 2.70 kali (2010) . Nisbah pusing ganti aset tetap syarikat 3.43 kali menunjukkan bahawa bagi setiap satu ringgit aset tetap , sebanyak RM 3.43 jualan dapat dijanakan pada tahun 2008. Namun begitu , pada tahun 2009 , terdapat sedikit penurunan iaitu bagi setiap satu ringgit aset tetap , sebanyak RM 2.58 jualan dapat dijanakan oleh syarikat . Walaupun berlaku penurunan nisbah pusing ganti aset tetap syarikat dari tahun sebelumnya , namun jualan masih dapat dijanakan melebihi satu ringgit bagi setiap seringgit aset tetap. 2.3.2 Nisbah Pusing Ganti Jumlah Aset Formula : Nisbah pusing ganti jumlah aset = Jualan Jumlah Aset 2008 2009 2010

RM 2,673,318 RM 1,660,401 = 1.61 kali

RM 2,462,739 RM 1,712,717 = 1.44 kali

RM 2,682,027 RM 1,778,681 = 1.50 kali

Jualan Syarikat Nestle Malaysia Berhad adalah 1.61 kali lebih besar daripada sumber asetnya pada tahun 2008 , 1.44 kali pada tahun 2009 dan 1.50 kali pada tahun 2010 disebabkan walaupun jumlah jualan meningkat tetapi jumlah aset juga turut ditambah . Ini bererti setiap seringgit yang dilaburkan dalam asetnya menghasilkan RM 1.61 pada tahun 2008 , RM 1.44 tahun 2009 dan berlaku sedikit penurunan serta RM 1.50 pada tahun 2010 daripada jualannya. Dengan perkataan lain , aset syarikat sudah berpusing ganti pada kadar yang tidak tetap setiap tahun . Ia juga boleh dikatakan , kecekapan syarikat menggunakan asetnya dengan tujuan mendapatkan hasil berbeza-beza pada ketiga-tiga tahun.

2.3.3 Nisbah Pusing Ganti Inventori Nisbah ini bertujuan menggambarkan berapa kali dalam setahun inventori dapat dijual dan diganti semula. Formula: Nisbah Pusing ganti Inventori = Jualan Inventori 2008 2009 2010

RM 2,673,318 RM 459,489 = 5.81 kali

RM 2,462,739 RM 354,381 = 6.94 kali

RM 2,682,027 RM 380,539 = 7.05 kali

Nisbah pusing ganti inventori Syarikat Nestle Malaysia Berhad menunjukkan peningkatan pada setiap tahun . Bagi syarikat ia menggantikan inventori syarikat sebanyak 5.81 kali setahun pada 2008, 6.94 kali setahun pada 2009 dan 7.05 kali setahun pada tahun 2010. Nisbah yang tinggi ini mungkin disebabkan penjualan produk syarikat yang laris . 2.3 Nisbah Leveraj 2.3.1 Nisbah Hutang Nisbah hutang mengukur sejauh mana aset firma dibiayai melalui hutang . Formula : Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset

2008

2009

2010

RM 1,030,457 RM 1,660,401 = 0.620 = 62.0 %

RM 698,779 RM 1,712,717 = 0.407 = 40.7 %

RM 720,915 RM 1,778,681 = 0.405 = 40.5 %

Nisbah hutang Syarikat Nestle Malaysia Berhad pada tahun 2008 ialah 62.0 peratus , pada tahun 2009, 40.7 peratus dan pada tahun 2010 40.5 peratus. Berlaku pengurangan atau kemerosotan yang bermakna daripada jumlah keseluruhan aset syarikat ini dibiayai oleh hutang. Secara mudah fahamnya , setiap RM1.00 aset yang dibeli oleh syarikat , ia masih berhutang sebanyak 62.0 sen (2008), 40.7 sen (2009) dan 40.5 sen (2010) . Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini , nisbah ini amat penting kepada pemegang saham kerana ia memberitahu peluang mereka menerima dividen apabila syarikat membuat keuntungan . Sekiranya syarikat dibebani oleh hutang yang besar , peluang mereka menerima dividen mungkin pada kadar yang rendah atau tipis kerana syarikat terpaksa mendahulukan pembayaran faedah kepada pihak pemiutang. 2.3.2 Nisbah Hutang / Ekuiti Nisbah ini membolehkan analisis dibuat untuk mengukur nisbah pembiayaan yang datang daripada hutang dan ekuiti. Formula: Nisbah Hutang / Ekuiti = Jumlah Hutang Ekuiti Pemegang Saham 2008 2009 2010

RM 1,030,457 RM 515,755 = 1.99 kali

RM 698,779 RM 567,179 = 1.23 kali

RM 720,915 RM 613,336 = 1.18 kali

Modal hutang Syarikat Nestle Malaysia Berhad adalah 1.99 kali lebih besar daripada modal ekuiti pada tahun 2008 , 1.23 kali pada tahun 2009 dan 1.18 kali pada tahun 2010. Ini bermakna, syarikat terlalu banyak berhutang dibandingkan dengan modal yang disalurkan oleh para pemegang saham. Ini boleh dikatakan kedudukan para pemegang saham sentiasa terancam kerana mereka sentiasa terdedah kepada kemungkinan tidak menerima dividen atau kehilangan nilai pelaburan mereka. Begitu juga dengan pemiutang , kedudukan mereka masih belum terrjamin sepenuhnya bagi menerima faedah dan wang prinsipal . Sungguhpun begitu , syarikat ini berjaya mengurangkan nisbah hutang kepada ekuiti dari tahun 2008 hingga 2010. 2.3.3 Nisbah Perlindungan Faedah . Nisbah perlindungan faedah ini membolehkan kami membuat analisis mengukur keupayaan sesebuah syarikat dalam memenuhi pembiayaan faedah hutang dengan menggunakan keuntungan sebelum cukai dan faedah (EBIT) syarikat. Formula : Nisbah Perlindungan Faedah = EBIT Belanja Faedah 2008 2009 2010

RM 441,353 RM 23,091 = 19.1 kali

RM 440,261 RM 21,123 = 20.8 kali

RM 465,744 RM 21,669 = 21.5 kali

Keuntungan sebelum faedah dan cukai atau untung operasi Syarikat Nestle Malaysia Berhad adalah 18.1 kali lebih besar daripada belanja kewangannya pata tahun 2008 , 20.8 kali pada tahun 2009 dan 21.5 kali lebih besar pada tahun 2010. Ini bererti syarikat tidak mempunyai masalah dalam memenuhi tuntutan faedah ke atas modal hutangnya bagi ketiga-tiga tahun .

2.4 Nisbah Keberuntungan 2.4.1 Nisbah Margin Untung Bersih Nisbah margin untung bersih ialah nisbah keuntungan bersih syarikat kepada jumlah jualan atau bertujuan memberitahu berpa peratus untung selepas cukai

disumbangkan oleh jualan tahunan syarikat . Formula : Nisbah margin untung bersih = Pendapatan bersih Jualan 2008 2009 2010

RM 22,952 RM 2,673,318 = 0.0085 = 0.85 %

RM 21,088 RM 2,462,739 = 0.0086 = 0.86 %

RM 21,634 RM 2,682,027 = 0.0081 = 0.81 %

Nisbah margin untung bersih syarikat 0.85% pada tahun 2008 , 0.86 % pada tahun 2009 dan 0.81 % pada tahun 2010. Nisbah margin tahun 2010 jauh lebih rendah daripada nisbah margin untung bersih industri walaupun berlaku peningkatan dari tahun sebelumnya. Maknanya daripada setiap ringgit jualan , untung bersih menghasilkan 0.85 sen (2008) , 0.86 sen (2009) dan 0.81 sen (2010) . Peningkatan nisbah pada tahun 2009 mungkin disebabkan syarikat dapat mengurangkan kos barang dijual berbanding jualan dan juga perbelanjaan am. 2.4.2 Nisbah Pulangan Atas Aset (ROA) Nisbah pulangan atas aset bertujuan bagi mengukur keberkesanan sesebuah syarikat dalam mengurus aset bagi menjana keuntungan . Formula : Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih Jumlah Aset

2008

2009

2010

RM 22,952 RM 1,660,401 = 0.013 = 0.13 %

RM 21,088 RM 1,712,717 = 0.012 = 0.12 %

RM 21,634 RM 1,778,681 = 0.012 = 0.12 %

Kadar pulangan yang diterima daripada pelaburan aset Syarikat Nestle Malaysia Berhad ialah 0.13 peratus pada tahun 2008, 0.12 peratus pada tahun 2009 dan 0.12 peratus pada tahun 2010. Ini menunjukkan keupayaan syarikat memberi pulangan kepada para pemegang saham dilihat semakin merosot . Penurunan ini digambarkan dengan penurunan pendapatan bersih dari tahun sebelumnya. 2.4.3 Nisbah Pulangan Ekuiti Nisbah ini membolehkan kami mengukur kecekapan syarikat ini menjana keuntungan pemegang saham syarikatnya. Formula : Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih Jumlah Ekuiti 2008 2009 2010

RM 22,952 RM 515,755 = 0.044 = 0.44 %

RM 21,088 RM 567,179 = 0.037 =0.37 %

RM 21,634 RM 613,336 = 0.035 =0.35 %

Syarikat Nestle Malaysia Berhad berupaya memberikan pulangan sebanyak 0.44 peratus pada tahun 2008, 0.37 peratus pada tahun 2009 dan 0.35 peratus pada tahun 2010. Maknanya , daripada setiap sati ringgit modal yang disalurkan oleh para pemegang saham hanya menghasilkan 0.44 sen (2008) , 0.37 sen (2009) dan 0.35 sen (2010) .

2.5 Nisbah Nilai Pasaran 2.5.1 Nisbah Harga Perolehan (P/E) Nisbah ini menunjukkan jumlah ringgit yang sanggup dibiayai oleh pelabur bagi setiap ringgit keuntungan yang dilaporkan oleh syarikat. Formula : Nisbah harga perolehan = Harga pasaran sesaham Pendapatan Bersih/ jumlah saham diterbitkan 2008 2009 2010

RM 234,500 RM 22,952 = 10.2 kali

RM 234,500 RM 21,088 = 11.1 kali

RM 234,500 RM 21,634 = 10.8 kali

Syarikat Nestle Malaysia Berhad berupaya memberikan pulangan sebanyak 10.2 kali pada tahun 2008, 11.1 kali pada tahun 2009 dan 10.8 kali pada tahun 2010.

Pulangan yang tinggi yang dibayar oleh pelabur ialah pada tahun 2009 iaitu setiap RM 1 keuntungan yang dilaporkan syarikat memberikan pulangan sebanyak 11.1 kali ganda keuntungan. Namun jumlah keuntungan syarikat ini terdapat peningkatan dan penurunan antara tiga tahun. 2.5.2 Nisbah Pasaran Buku Nisbah ini dapat menunjukkan perbandingan harga saham dengan nilai buku saham syarikat. Formula : Nisbah Pasaran Buku = Harga pasaran sesaham Nilai buku sesaham atau Formula : Nilai buku sesaham = Ekuiti Jumlah saham diterbitkan`

2008

2009

2010

RM 613,336 RM 234,500 = 2.6 kali

RM 567,179 RM 234,500 = 2.4 kali

RM537,981 RM 234,500 = 2.2 kali

Syarikat Nestle Malaysia Berhad berupaya memberikan nilai buku sesaham sebanyak 2.6 kali pada tahun 2008, 2.4 kali pada tahun 2009 dan 2.2 kali pada tahun 2010. Pulangan nilai buku sesaham tertinggi adalah tahun 2008 iaitu nilai buku sesahamnya adalah 2.6 kali ganda berbanding dengan nilai saham sebenar syarikat tersebut.

3.0 RUMUSAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN SYARIKAT SEPANJANG TIGA TAHUN

You might also like