Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Bandartanpabangunanlamaumpamamanusiatanpamemori.Bersusurgalurdari kota, bertamadun membinabandaryangkayadenganbudayadan warisan.

KOTACITY
https://www.heritage.gov.my/v2/index.php/konservasi/konservasi-bangunan/bangunanawam/bangunan-pejabat-pos-lama-ipoh

Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh


Kali terakhir dikemaskini Isn, 01 Ogos 2011 18:44

Pandangan dari sudut hadapan bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh, Perak.

Ruang koridor di bahagian aras bawah.

Ruang di tingkat atas yang telah siap dibaik pulih.

Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh yang terletak di Jalan Dato Sagor sebenarnya merupakan sebahagian bangunan Dewan Bandaran Ipoh (Town Hall) yang kemudiannya dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian hadapan kekal sebagai Dewan Bandaran Ipoh manakala bahagian belakangnya pula dijadikan Pejabat Pos. Bangunan ini terletak berhadapan dengan Stesen Keretapi dan telah didirikan sama waktu dengan Mahkamah Tinggi (di sebelah kanan). Bangunan Pejabat Pos ini direka oleh arkitek British A.B Hubback, mula dibina pada 1913 dan siap pada 1916. Kedudukan bangunan ini adalah di tengah-tengah pusat Bandar lama Ipoh yang merupakan kawasan pentadbiran kerajaan yang utama pada zaman Inggeris. Ia begitu strategik kerana ia berada di jejak rangkaian warisan (Heritage Trail) bangunan bersejarah Bandaraya Ipoh di mana terletaknya bangunan Stesen Keretapi Ipoh, Dewan Bandaran, Masjid Negeri, Ibu Pejabat Polis Trafik, Menara Jam British, bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh dan bangunan-bangunan bank komersial. Kesemua bangunan-bangunan kolonial ini menampilkan gaya seni bina Eropah yang menarik. Bangunan ini mempunyai seni bina yang unik kerana bercirikan seni bina Roman dan Renaissance. Bangunan dua tingkat ini juga dikelilingi arked terbuka atau verandah di tingkat atas dan bawah. Arked ini dihias dengan tiang dan gerbang separuh bulatan menonjolkan ciri-ciri Greek dan Roman. Dinding verandah (balcony balustrade) di tingkat atas dibina dengan corak victorian yang ringkas. Selain itu, terdapat juga tingkap-tingkap separuh bulat (Arch-headed window) berpanel kaca dibina pada sekeliling bangunan. Perkhidmatan pos di bangunan telah tamat operasi pada tahun 1983 dan bangunan ini telah diambil alih oleh Pusat Pelancongan Negeri Perak sehingga tahun 1995. Sejak dari tahun tersebut bangunan ini telah ditinggal kosong tanpa penyelenggaraan. Sehubungan itu, ia telah mengalami kebocoran dan kerosakan pada atap genting, saluran turun air hujan telah patah, papan lantai mereput, dan pokok telah tumbuh meliar di dalam bangunan menambahkan lagi kerosakan bangunan ini. Justeru itu, pada tahun 2007, pihak Majlis Dewan Bandaraya Ipoh telah memohon kepada Jabatan Warisan Negara untuk membuat sesuatu terhadap bangunan ini. Setelah diteliti dan dibuat kajian, pihak JWN telah

bersetuju untuk melaksanakan kerja-kerja konservasi terhadap bangunan ini. Pada tahun 2009, kerja-kerja konservasi telah dimulakan dan dijangka siap pada tahun 2010 nanti.

KERJAKERJAKONSERVASIPEJABATPOSLAMAIPOH

Pandangan ruang di tingkat bawah.

Pandangan di ruang atas. Kelihatan lantai marmar, tingkap dan jerejak tangga yang telah dibaik pulih.

Pandangan jarak dekat dari hadapan.

Lantai kayu jenis meranti yang telah digantikan dengan yang baru.

Lapisan water proofing pada bahagian bumbung rata.

Pejabat Pos Lama Ipoh selepas siap dibaik pulih.

http://buildingconservation.blogspot.com/2009/07/bangunan-usangcacatkan-keindahan.html

Bangunan Usang Cacatkan Keindahan Bandar Raya Ipoh, Perak, Malaysia

Bangunan Bekas Pejabat Pos Lama, Ipoh, Perak. . Berikut adalah petikan artikel yang diambil dari Arkib Utusan Malaysia bertarikh 06/05/2008. Oleh ANGELINA SINYANG

IPOH 5 Mei - Meskipun Ipoh sudah diiktiraf sebagai bandar raya kerana mencapai tahap kemajuan setaraf dengan bandar-bandar lain di Malaysia tetapi masih terdapat banyak bangunan usang yang mencacatkan keindahan bandar yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai pusat perlombongan bijih timah. Berbeza dengan tempat lain di negara ini, Ipoh cukup unik kerana masih mengekalkan banyak bangunan lama yang didirikan oleh penjajah British. . Antara bangunan bersejarah yang menjadi mercu tanda di Ipoh ialah Stesen Keretapi Ipoh terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab kerana memiliki struktur binaan yang menakjubkan dengan gabungan senibina Moor dari negara Turki dan senibina moden. Dalam pada bangga memiliki bangunan bersejarah ini, ramai warga Ipoh sebenarnya kecewa dengan pihak berkuasa tempatan

kerana membiarkan banyak bangunan lama terutama deretan rumah kedai di tengah-tengah bandar raya menjadi usang hingga mencacatkan pemandangan. . Selain bangunan kedai, ada juga bangunan bekas pejabat pentabdiran kerajaan yang ditinggalkan kosong hingga menjadi sarang tempat remaja membuat maksiat dan penagih dadah berkumpul melepaskan gian. Salah satu bangunan bersejarah yang ditinggalkan usang ialah bangunan terletak bertentangan dengan Stesen Keretapi Ipoh iaitu bekas Pejabat Pos Besar Ipoh yang kemudiannya dijadikan pejabat pentabdiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Pusat Penerangan Pelancongan Perak. . Seorang penduduk yang ditemui, Fatimah Ismail, 50, berkata, adalah merugikan bangunan unik dan masih kukuh itu dibiarkan kosong hingga mencacatkan pemandangan di samping dijadikan sarang maksiat oleh remaja serta penagih dadah. ''Bangunan ini patut dibaik pulih dan dipelihara kerana ia pernah menyumbangkan bakti kepada rakyat Perak semasa dijadikan pejabat pos, pejabat pentabdiran MBI dan Pusat Penerangan Pelancongan Perak. ''Saya sedih kerana bangunan ini sekarang dibiarkan usang hingga dijadikan tempat remaja melakukan maksiat dan menagih dadah. Apa salahnya jika ia dibaik pulih untuk dijadikan bangunan pejabat atau hotel," katanya. Foong Kun Siew, 60, berkata, bangunan bekas pejabat MBI ini mempunyai seni bina yang cantik dan unik yang mana tidak boleh lagi ditemui pada zaman ini. Justeru, beliau mencadangkan kepada pemilik bangunan tersebut supaya mencantikkan semula bangunan terbabit dan menjadikannya sebagai galeri pameran lukisan kerana ia berpotensi menarik pelancong. . Seorang bekas kakitangan Pos Malaysia yang kini berniaga di Medan Selera Dato Sagor terletak bersebelahan dengan bangunan itu, Shamsudin Jalani, 55, pula mencadangkan Pejabat Pos Besar Ipoh mengambil semula bangunan itu untuk dijadikan pusat menguruskan perkhidmatan Pos Laju. ''Saya difahamkan Pejabat Pos Besar Ipoh terpaksa menyewa sebuah bangunan di Tasek, Chemor untuk dijadikan pusat mengurus perkhidmatan Pos Laju sedangkan mereka boleh menggunakan bekas pejabat lama di bangunan ini untuk tujuan tersebut. ''Bangunan ini amat sesuai kerana ia terletak berdepan dengan bangunan Pejabat Pos Besar Ipoh dan mempunyai kawasan yang luas," katanya. Seorang peniaga, Sabariah Mat Alipiah, 46, berkata, perniagaan kedai makan mereka di Medan Dato Sagor terjejas sebaik sahaja pejabat-pejabat di bangunan tersebut dikosongkan beberapa tahun lalu. ''Pendapatan kami merosot 50 peratus sejak bangunan ini tidak digunakan. Jadi, saya merayu pihak berkenaan supaya menyewa atau menjual bangunan ini kepada mana-mana pihak yang berminat untuk dijadikan pejabat bagi menghidupkan semula perniagaan kami," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

Pulihara sejarah demi masa depan


Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN

KATA orang, tiada yang lama maka tiada yang baru. Patah tumbuh hilang berganti. Tetapi tinggalan sejarah, jika tidak dipulihara, akan hilang untuk selama-lamanya. Ia tidak akan tumbuh semula. Hakikat inilah yang cuba disedarkan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN). Jabatan itu kini giat memulihara bangunanbangunan lama. Bukan sahaja kerana ia berusia ratusan tahun tetapi disebabkan nilai-nilai sejarahnya. Baru-baru ini, JWN membawa sekumpulan wartawan menyusuri sejarah Perak meliputi Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping bagi melihat kerja-kerja pemuliharaan. Perak dianggap istimewa kerana wujud sejak zaman prasejarah. Ia dihuni manusia oleh zaman batu sejak 400,000 hingga 8,000 tahun Sebelum Masehi. Asal usul negeri yang kaya dengan hasil bijih timah ini dikaitkan dengan pelbagai cerita. Sebelum dikenali sebagai "Perak", ia pernah ingin dinamakan sebagai "Melaka". Tetapi disebabkan Melaka telah wujud ketika itu, hasrat tersebut dibatalkan dan akhirnya negeri ini dinamakan sempena Bendahara Tun Perak. Kaitan antara Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping ialah ketiga-tiga tempat ini menjadi tumpuan ketamadunan berikutan kedudukannya sebagai pusat pentadbiran ketika itu. Tidak dinafikan, Perak kaya dengan sejarah. Justeru banyak bangunan lama boleh ditemui di sini. Malangnya, ada yang rosak dan reput begitu sahaja. "Ini yang kadangkala orang salah faham. Bangunan-bangunan lama ini bukan semua milik kerajaan. Kami tidak boleh buat apa-apa jika tuan punya tiada kesedaran dan tidak mahu beri kerjasama," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Konservasi dan Arkeologi JWN, Mat Nasir Baba. Menurut Mat Nasir, pihaknya akur bahawa bangunan yang mempunyai nilai sejarah perlu dipulihara sebaik mungkin namun ia juga wajar mendapat sokongan masyarakat. Pada masa sama, kerajaan negeri berhak menentukan sama ada mahu memulihara peninggalan sejarah itu atau sebaliknya kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa mereka. Ketika ini sebanyak 11 projek pemuliharaan atau konservasi bangunan bersejarah dilakukan di seluruh negara iaitu empat di Perak; dua di Selangor dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Di Perak, bangunan yang dipulihara ialah pejabat pos lama di Ipoh; masjid lama Kampung Kuala Dal, Padang Rengas di Kuala Kangsar; bangunan lama Majlis Perbandaran Taiping (MPT) serta Muzium Perak - keduaduanya di Taiping. Bangunan pejabat pos lama Ipoh dibina pada 1913 dan siap pada 1916. Selain sebagai pejabat pentadbiran di waktu penjajahan British, ia juga pernah dijadikan ibu pejabat polis daerah sebelum ditinggalkan terbiar. Reka bentuk bangunan ini bercirikan seni bina Roman dan Renaissance yang menonjolkan perincian pada tiang dengan hiasan Greek dan Roman. Masjid Lama Kampung Kuala Dal pula dibina pada 1936. Sejarahnya bermula apabila Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak ke-30 berniat untuk membina sebuah masjid jika anakanda baginda yang sering mandi di sungai kawasan itu sembuh daripada gering.

Bangunan lama MPT yang dibina pada 1892 adalah pejabat topografi pertama di negara ini. Ia menonjolkan ciriciri kolonial Inggeris di samping gabungan seni bina tempatan. Malangnya, sebelum kerjaerja pemuliharaan dijalankan, fungsinya bertukar sebagai sebuah kedai perabot. Sementara itu, projek pemuliharaan dijalankan di bangunan Muzium Perak kerana ia merupakan muzium pertama di Tanah Melayu. Idea penubuhannya dicetuskan oleh Residen British di Perak ketika itu, Sir Hugh Low. Tegas Mat Nasir, kesungguhan kerajaan dalam usaha menjayakan misi menyelamat warisan negara jelas dengan kewujudan Akta Warisan Kebangsaan 2005. Akta ini meliputi warisan budaya yang dipecahkan kepada warisan ketara ( tangible heritage) dan warisan tidak ketara (intangible heritage); warisan semula jadi (natural heritage) serta warisan budaya bawah air (underwater cultural heritage). "Sifatnya saling melengkapi dan memperkukuh tetapi tidak menghapuskan perundangan sedia ada berkaitan warisan termasuk kuasa yang ada pada kerajaan negeri, kecuali Akta Benda Purba 1976 (Akta 168) dan Akta Harta Karun 1957 (Akta 542). "Ia juga dapat memberikan mekanisme baru terutama yang berkaitan dengan pelaksanaan kerja pemulihan, pemuliharaan dan pemeliharaan, khususnya mengikut piawaian yang diguna pakai di seluruh dunia. Selain itu, satu tanda aras juga diwujudkan dalam mengemaskinikan prosedur berkaitan penjagaan warisan negara," ujar beliau. Apa yang penting, semua pihak perlu bersama-sama memelihara sejarah.

Artikel Utusan Melayu (M) Bhd

Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2dyUKhem0

http://kota-city.blogspot.com/2009_06_23_archive.html KONSERVASI PELEPA BANGUNAN BERSEJARAH

BENGKEL Pejabat Anjuran JAB

KONSERVASI Pos

BANGUNAN Ipoh,

WARISAN: Perak,

KONSERVASI 17-19

PELEPA JULAI NEGARA

Lama

WARISAN

Hari ini selesai bengkel 3 hari Konservasi Bangunan Bersejarah untuk Pelepa Dinding. Bengkel ini amat berjaya disertai oleh pelbagai latarbelakang seperti kontraktor, arkitek, jurutera, konservator dan pihak majlis perbandaran. Selain syarahan dari penceramah jemputan, para peserta juga diberi latihan amali membancuh pelepa kapur dan melepa diding. Banyak ilmu diperolehi hasil daripada bengkel. Kefahaman terhadap masalah bangunan dan teknik rawatan yang sesuai amatlah penting didalam kerja-kerja pemuliharaan bangunan bersejarah. Aspek sejarah bukan sahaja dari segi keaslian reka bentuk bangunan tetapi bahan binaan bangunan juga adalah amat penting. Salah satu bahan utama ialah pelepa dinding. Memang tak dapat dinafikan teknologi pembinaan bangunan sejak beribu tahun lagi telah ada penemuan yang membuktikan bahan pelepa bangunan adalah 'kapur'. Bangunan bersejarah yang hebat seperti colesium juga dibina dengan ikatan bata dan pelepa dari kapur dan masih bertahan hingga abad ini.

Posted

by Siti

Norlizaiha

Harun at 16:06

http://tokwanmatarun.blogspot.com/2011/04/bandaraya-ipoh-menyimpan-khazanah.html

BANDARAYA NEGARA

IPOH

MENYIMPAN

KHAZANAH

WARISAN

Bandaraya Ipoh adalah ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Ipoh mendapat namanya dari pokok Ipoh.Pada masa lampau Ipoh membangun kerana kekuatan aktiviti perlombongan bijih timah.Kini Bandaraya Ipoh telah berkembang begitu pesat dengan pelbagai aktiviti perniagaan dan bangunan-bangunan baharu telah banyak tumbuh seperti cendawan sele[as hujan, namun bangunan warisan lama yang bernilai sejarah masih lagi tegak tersegam untuk disaksikan oleh generasi demi generasi khususnya penduduk Ipoh, Negeri Perak, Malaysia dan dunia.

pokok Ipoh

Pokok Ipoh ini terdapat di hadapan Stesyen keretapi Ipoh merupakan simbol bagi Bandaraya Ipoh. Ipoh memperolehi namanya dari pokok Ipoh sejenis tumbuhan yang mempunyai getah yang beracun.Digunakan oleh kaum asli untuk dibubuh dihujung damak sumpit semasa memburu binatang.

Stesen keretapi Ipoh yang tersergam indah dan masih kukuh.Disamping menjadi stesen keretapi di sini juga terdapat Hotel Majestic yang masih beroperasi.Dahulu hotel ini terkenal dengan nama Hotel Station. Peralatan di dalam bilik hotel tersebut juga memang antik.Semasa menginap di hotel itu diri kita bagai berada dalam masa yang lampau dari penggunaan lif hinggalah katil dan perabutnya yang berunsur masa lalu.

Dewan Bandaraya (Bandaran) Ipoh memang cantik dan masih tersergam, sebuah bangunan lama yang tiada bandingan nilai sejarahnya.Pelbagai aktiviti masih berjalan di sini.Terletak di hadapan stesen keretapi Ipoh berhampiran Pejabat Pos lama dan Masjid Sultan Idris Shah Kedua.

Bangunan lama Pejabat Pos Malaysia memang cantik bangunan lama ini masih kukuh dan tegap.Sebelum Pejabat Pos baharu dibina disinilah orang ramai berurusan.Kemudian bangunan ini dijadikan pula Pusat Pelancungan Negeri Perak.Terletak di belakang Dewan Bandaraya (Bandaran) dan berhampiran Masjid Sultan Idris Shah Kedua.

You might also like