Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Carta garis masa tentang usaha-usaha kerajaan ke arah pemupukan hubungan etnik di Malaysia sejak merdeka hinggalah kini

1961 Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran

1969 MAGERAN-pengembali keamanan dan undang-undang negara; - Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk

1971-1990 Dasar Ekonomi Baru (DEB) -merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan).

1970 Tertubuhnya Majlis Perundingan Negara(MAPEN) yang bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional

1972 MMN dan JPN telah digabungkan menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktivitiaktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum.

1991 Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil

2001-2010 Dasar Wawasan Negara atau dikenali sebagai Wawasan 2020- merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa

Menilai keberkesanan konsep 1Malaysia berkaitan usaha-usaha pemupukan hubungan etnik

Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan. Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung tanggapan keliru mengenai konsep 1Malaysia yang diperkenalkannya sebaik mengambil alih kepemimpinan kerajaan perlu diberi perhatian serius. Kita sedar konsep itu mengundang pelbagai pandangan dan polemik berterusan kerana ia sesuatu yang baru. Usaha Najib mengusulkan konsep membentuk satu Malaysia yang sejahtera dan makmur melangkaui tahap toleransi yang diterima umum selama ini tentunya berdepan dengan pelbagai pandangan berbeza kerana masing-masing pihak boleh bersuara berlandaskan demokrasi. Jadi tidak hairanlah, rakyat masih kabur dengan hala tuju yang ingin diketengahkan itu sebagai kesinambungan daripada dasar yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini, yang memacu kesejahteraan, kemajuan dan pembangunan negara sejak lebih setengah abad lalu.

Melalui konsep 1Malaysia, kerajaan cuba merapatkan kembali hubungan kaum yang renggang dan jika tidak ditautkan kembali ia boleh mencetuskan masalah besar pada masa depan. Usaha untuk menyatukan rakyat wajar dimulakan sekarang, perlu diberi kefahaman mencukupi supaya rakyat sedar akan kewajaran tindakan kerajaan itu.

Gagasan 1Malaysia telah member impak yang positif kepada Negara terutamana dari aspek perpaduan. Menurut laporan mengenai kes-kes perkauman yang boleh menggugat kestabilan di kalangan masyyarakat majmuk dalam negara juga didapati berkurangan pada tahun ini. Perkara ini dapat dibuktikan menerusi petunjuk seperti Indek Ketegangan Masyarakat atau Societal Stress Index (SSI) yang menunjukkan penurunan. Peningkatan positif turut mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam Global Peace Index (GPI) iaitu kedudukan ke-37 pada tahun 2008 dan tmpat ke-26 pada 2009, kajian ini membuktikan usaha gigih kerajaan bagi menangani isu perkauman melalui pelaksanaan konsep 1Malaysia.

Program-program serta aktiviti dan perancangan-perancangan y a n g lahir hasil daripada konsep 1Malaysia turut menyumbang kepada kejayaan N e g a r a d a l a m m e n i n g k a t k a n p e r p a d u a n d i k a l a n g a n r a k y a t b e r l a i n a n e t n i k . Sebagai contoh, program seperti Karnival Integrasi 1Malaysia yang melibatkan golongan pelajar dari kalangan remaja dan belia dari pelbagai budaya, adat resam dan etnik dapat memberikan kesan yang positif dan mendalam ke arah usaha untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Rasional di sebalik dasar pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk menyemarak dan mengukuhkan lagi semangat integrasi dan toleransi di kalangan pelajar walaupun berbeza dari segi latar belakang budaya, agama dan kaum.

Berlandaskan kepada konsep 1Malaysia, pelbagai kempen yang menyajikan mesej terutamanya berkaitan isu sosial seperti perselisihan faham antara kaum telah diadakan. Kempen-kempen seumpama ini berjaya membuka mata serta pemikiran seseorang ahli masyarakat tentang kepentingan perpaduan kepada Negara. Secara tidak langsung, hal ini telah memberi kesan kepada emosi dan pemikiran ahli masyarakat terhadap nilai persahabatan, sikap memiliki negara secara bersama dan semangat setiakawan untuk hidup dalam suasana yang harmoni . Salah satu contoh kempen sosial yang dijaya ialah kempen dari Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) yang dilancarkan pada 1 Ogos 2009 oleh YB Dato'Tan Lian. Kempen ini dibuat dengan orang ramai meletakkan tapak tangan mereka yang diwarnakan dengan cat di atas kain pemidang sepanjang 13 meter dan 1.3meter lebar. Sebanyak 800 cetakan tapak tangan telah diletakkan di atas kain pemidang yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur. Tujuan kempen in idijalankan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan r akyat

Malaysia selaras dengan inspirasi 1Malaysia. Diharapkan agar kempen sosial yang bercorak perpaduan akan terus dilaksanakan demi meningkatkan integrasi serta perpaduan nasional dan sekaligus merealisasikan matlamat ke arah Wawasan 2020.

You might also like