Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Biji Benih Yang Disebarkan Melalui Mekanisma Letupan 1.

Buah menjadi kering, keras dan merekah atau meletup apabila matang. 2. Biji benih tersebar jauh dari pokok induk. 3. Beberapa contoh ialah buah getah, keembung, semarak api, saga, kacang bendi dan berangan.

a)

Buah

getah

b)

Buah

keembung

c)

Buah

semarak

api

d)

Buah

saga

e)

Kacang

bendi

f)

Buah

berangan

Kepentingan Kemandirian Spesies 1. Tumbuhan dan haiwan perlu meneruskan spesiesnya supaya tidak pupus. 2. Haiwan dan tumbuhan bergantung antara satu sama lain untuk hidup. 3. Sesetengah spesies haiwan atau tumbuhan menjadi makanan kepada spesies haiwan yang lain. 4. Jika bilangan satu spesies hidupan menjadi terlalu sedikit, siratan makanan antara hidupan akan terganggu. 5. Haiwan yang bergantung kepada spesies haiwan tersebut sebagai makanan akan kekurangan makanan dan lama-kelamaan, haiwan tersebut akan pupus.

Contoh

a) Beruang panda hanya makan pucuk buluh untuk hidup. Jika pokok buluh kekurangan, beruang panda akan mengalami kepupusan. b) Ular ialah makanan helang. Jika bilangan ular berkurangan dengan banyak, helang akan terancam kerana kekurangan sumber makanan. Lama-kelamaan helang akan menjadi pupus.

You might also like