Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 29

ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN MEJA MAKMAL LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DARI PERSPEKTIF PELAJAR

SITI RAFEAH BINTI MOHAMED ZAKUAN

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2003

ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI DAN MEJA MAKMAL LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DARI PERSPEKTIF PELAJAR

SITI RAFEAH BINTI MOHAMED ZAKUAN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER 2003

ii

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Untuk ayah yang dihormati Jasamu sumber kejayaanku Untuk ibu yang disanjungi Kasih sayangmu kekuatan buatku Untuk kakak yang dikasihi Kejayaanmu pemangkin semangatku Untuk adik-adik yang diingati Kejayaanku ini cabaran buat kalian

Untuk suami yang tercinta Kejayaan ini adalah untuk kita bersama Untuk putera dan puteriku yang disayangi Teruskan jalan yang ku rintis ini sehingga kepuncak jaya

Untuk semua keluarga, sanak saudara dan rakan taulan Segala jasa, doa dan sokongan kalian Akan dikenang selamanya

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi pujian dan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan rahmat dariNya, dapat saya menyelesaikan projek ini dengan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pembimbing saya iaitu Encik Yusri bin Kamin diatas kesabaran beliau memberi tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan kepada saya sepanjang projek ini dijalankan. Tanpa bimbingan ikhlas beliau, projek ini mungkin tidak akan berhasil. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Teknik Klang, Sekolah Menengah Teknik Shah Alam dan Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru diatas kesudian mereka menerima kedatangan saya ke sekolah berkenaan dan seterusnya membenarkan kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada guru-guru panitia Lukisan Kejuruteraan dan guru-guru mata pelajaran tersebut diatas kerjasama yang telah diberikan. Kerjasama yang diberikan amat saya sanjungi dan hargai. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberikan semangat di sepanjang tempoh projek ini disiapkan. Penghargaan ini juga ingin dirakamkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan penyelidikan ini.

ABSTRAK

Kajian ergonomik terhadap kerusi dan meja makmal lukisan kejuruteraan bertujuan untuk mengetahui dan mengumpul data mengenai rekabentuk kerusi dan meja di bilik lukisan sekolah yang tidak menekankan aspek ergonomik yang berkaitan dengan kesihatan, keselamatan, keselesaan dan kecekapan pelajar yang menggunakannya. Kaedah yang digunakan adalah berbentuk penyelidikan deskriptif yang menggunakan soal selidik bagi meninjau aspek ergonomik daripada pandangan pelajar dan pengukuran secara langsung oleh pengkaji. Seramai 200 responden terlibat sepanjang kajian ini berlangsung. Sampel yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar dari tiga buah Sekolah Menengah Teknik sekitar Selangor dan Johor Bahru. Kesemua data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science). Hasil kajian mendapati terdapat banyak kelemahan yang perlu diberi perhatian bukan sahaja terhadap rekabentuk kerusi dan meja tersebut tetapi juga mengenai makmal lukisan yang jarang digunakan. Ini perlu diberi perhatian agar kemudahan yang dibekalkan dimanfaatkan sebaik mungkin. Beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai panduan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada. Sebagai rumusannya, dapatan menunjukkan bahawa rekabentuk kerusi dan meja yang dikaji kurang mempunyai aspek ergonomik yang sangat diperlukan di sekolah-sekolah untuk mengelakkan kesan jangka panjang berlaku antaranya kesakitan tulang belakang, kekurangan efisen, pembentukan postur yang tidak normal dan sebagainya.

vi

ABSTRACT

This ergonomic research is to investigate the design of chairs and tables in technical school drawing laboratories. The study collected data to gather information about school art laboratory that did not consider the ergonomic aspect, such as comfort, safety, health and efficiency. This is a descriptive research that uses questionnaire to find out students opinion on ergonomic aspects and direct measurement of chairs and tables by the researcher. About 200 students from technical schools around Selangor and Johor Bahru were involved in this research as respondents. The data collected were analyzed using SPSS PC computer software. The result showed that there are many weaknesses concerning the furniture design and the questionnaire revealed that many of the laboratories were not frequently used. Some suggestions are made to overcome the weaknesses stated. The schools need furniture with good ergonomic aspects in order to prevent the long term effect such as back bone problems that lead to an abnormal posture, lack of efficiency and other related problems. Generally, the findings indicated that those aspects were lacking and not given much attention.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN

MUKA SURAT ii iii iv v vi vii xi xiii xv

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Persoalan Kajian Objektif Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Terminologi 1 2 5 5 6 6 8 8

viii

1.9

Kesimpulan

11

BAB II

SOROTAN KAJIAN 2.1 2.2 2.3 Pengenalan Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Komponen-komponen Ergonomik 2.3.1 2.3.2 2.3.3 Keadaan Fisiologi dan Persekitaran Kerja Antropometrik dan Biomekanik Faktor Kemanusiaan dan Human Engineering 2.4 Faktor-faktor Rekabentuk 2.4.1 2.4.2 2.5 Ketinggian Kerusi Penyandar 16 17 19 20 12 13 14 14 15

Ciri-ciri Ergonomik dalam Rekabentuk Kerusi Meja 22

BAB III

METADOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Pengenalan Rekabentuk Kajian Populasi Kajian Sampel Kajian Instrumen Kajian 24 24 26 26 27

ix

3.5.1 3.5.2 3.6 3.7 3.8 3.9

Soal Selidik Merancang Soal Selidik

27 29 30 31 32 33

Kajian Rintis Prosedur Kajian Analisis Data Penutup

BAB IV

ANALISIS DATA 4.1 4.2 Pengenalan Analisis Data Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden Bahagian B&C: Analisis Persoalan Kajian 4.2.1 Dapatan Persoalan Kajian 1: Adakah pelajar merasa selesa dengan kerusi dan meja di bilik LK? 4.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 2: Adakah pelajar merasa selamat ketika menggunakan kerusi dan meja di bilik LK? 41 4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 3: Adakah kerusi dan meja yang terdapat dalam bilik LK bersifat mesra pengguna? 4.2.4 Dapatan Persoalan Kajian 4: Adakah pelajar mangalami kesakitan ketika menggunakan kerusi dan meja di bilik LK? 44 43 39 34 35

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 5.2 Pengenalan Rumusan Kajian 5.2.1 5.2.2 5.3 Latar Belakang Responden Persoalan Kajian 47 48 48 49 51 59 61

Perbincangan Kajian 5.3.1 5.3.2 5.3.3 Keselesaan Pelajar Ketika Menggunakan Meja dan Kerusi di Bilik LK? Keselamatan Pelajar Ketika Menggunakan Kerusi dan Meja Di Bilik LK? Kerusi dan Meja Yang Digunakan Oleh Pelajar di Bilik LK Bersifat Mesra Pengguna? 5.3.4 Pelajar Mengalami Kesakitan Pada Mana-mana Bahagian TubuhSetelah Menggunakan Kerusi Meja Di Bilik LK?

62

62 63 66 67

5.4 5.5 5.6

Cadangan Kajian Cadangan Kajian Lanjutan Penutup

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN A: Borang Soal Selidik LAMPIRAN B: Surat Kebenaran Menjalankan Kajian LAMPIRAN C: Perancangan Kerja LAMPIRAN D: Ukuran Kerusi dan Meja Makmal LK

68 70 71 72 73

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL 3.1

TAJUK Jumlah Pelajar Kejuruteraan di 3 Buah Sekolah Yang Terlibat

MUKA SURAT 26

3.2

Penentuan Bagi Item-item Bahagian B dan C

30

4.1 4.2 4.3 4.4

Taburan Responden Mengikut Tingkatan Taburan Responden Mengikut Jantina Taburan Responden Mengikut Bangsa Taburan Responden Yang Selalu Menggunakan Kerusi Meja Makmal LK

35 36 36 37

4.5

Taburan Responden Yang Berminat Untuk Mengikuti Pengajaran LK Di Dalam Bilik Khas

37

4.6

Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek Keselesaan Terhadap Rekabentuk Kerusi Meja

39

xii

Makmal LK 4.7 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek Keselamatan Terhadap Rekabentuk Kerusi Meja Makmal LK 4.8 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek Kecekapan Terhadap Rekabentuk Kerusi Meja Makmal LK 4.9 Penekanan Faktor Ergonomik Dari Aspek Kesihatan Terhadap Rekabentuk Kerusi Meja Makmal LK 45 43 41

xiii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH 2.1 2.2

TAJUK Contoh Data Antropometrik Untuk Kerusi Tekanan Pada Peha Yang Kerap Dialami Bila Kerusi Terlalu Tinggi

MUKA SURAT 16 18

2.3

Perbezaan Postur Ketika Duduk Di Kerusi Tinggi dan Rendah

20

2.4 2.5

Rekabentuk Penyandar Yang Rata

21

Rekabentuk Penyandar Yang Sedikit Melengkung 21 Dan Boleh Laras

5.1

Penggunaan Kerusi dan Meja Bilik Darjah Untuk Lukisan Kejuruteraan

53

5.2

(a) Meja LK Dari Pandangan Sisi (b) Meja LK Dari Pandangan Hadapan

54

5.3

Model Kerusi

55

xiv

5.4 5.5

Penggunaan Kerusi dan Meja LK Penggunaan Kerusi dan Meja LK Oleh Dua Responden Yang Berlainan Saiz

55 56

5.6 5.7 5.8 5.9 5.10

Kerusi dan Meja LK (Model 2) Penggunaan Kerusi Meja LK Penggunaan Kerusi Meja LK Faktor Penyebab Ketidakselesaan dan Keselesaan Contoh Rekabentuk Kerusi Yang Baik Untuk Postur Yang Betul

57 58 59 60 65

5.11

Perbezaan Ketinggian dan Rekabentuk Penyandar 66 Memberi Kesan Kepada Postur

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A Soal Selidik

TAJUK

MUKASURAT 70

Surat permohonan kesahan instrumen kajian Surat pengesahan isi kandungan instrumen kajian Borang soal selidik B Surat-surat Kebanaran Menjalankan Kajian Surat akuan fakulti Surat kebenaran EPRD Surat permohonan JPN Selangor Surat kebenaran JPN Selangor Surat permohonan JPN Johor Surat kebenaran JPN Johor C D Jadual Perancangan Kerja Ukuran Kerusi Dan Meja Makmal LK 72 73 71

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Bidang ergonomik merupakan satu kajian tentang hubungan antara faktor anatomi, psikologi, dan fisiologi manusia dengan persekitaran kerjanya yang melibatkan penggunaan peralatan. Ianya harus mengutamakan ciri-ciri keselamatan, keselesaan, kecekapan pengendalian alatan serta tidak memudaratkan kesihatan manusia. Menurut kamus oxford, ergonomik bermaksud suatu kajian saintifik tentang hubungan antara pekerja (manusia) dengan persekitaran mereka. Istilah ergonomik diambil daripada perkataan Greek iaitu Ergos yang memberi maksud kerja atau tugas, dan digabungkan dengan perkataan Nomos yang bermaksud peraturan atau undang-undang. Dengan kata lain, ergonomik ditakrifkan sebagai penggunaan sains biologi dengan mengaitkan sains kejuruteraan untuk mencapai penyesuaian yang optima di antara manusia dengan kerjanya dan manfaatnya diukur dalam bentuk kecekapan, keselesaan, keselamatan serta kesihatan manusia semasa berkerja.

Ergonomik bertujuan untuk memastikan supaya sesuatu kerja atau peralatan yang digunakan serta persekitaran tempat kerja tersebut boleh disesuaikan dengan keadaan tubuh manusia. Dengan ini ia dapat memaksimakan keselesaan pekerja, keselamatan, produktiviti dan kecekapannya. Penggunaan prinsip-prinsip ergonomik di tempat kerja boleh menghasilkan peningkatan produktiviti disamping dapat memperbaiki taraf kesihatan dan keselamatan pekerja (T. M. Fraser, 1980) . Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan tuntutan gantirugi daripada pekerja kerana ianya memenuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

1.2

Latar Belakang Masalah

Perkembangan bidang sains dan teknologi yang berlaku hampir di seluruh dunia secara tidak langsung memberi impak terhadap bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia. Semenjak diperkenalkan sehinggalah sekarang, bidang teknikal dan vokasional telah melalui berbagai-bagai perubahan mengikut peredaran semasa. Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang dahulunya dikenali sebagai lukisan teknik merupakan salah satu subjek yang menjadi syarat kepada bidang teknikal dan vokasional. Dewasa ini, bukan sahaja sekolah-sekolah teknikal dan vokasional sahaja yang menawarkan mata pelajaran tersebut tetapi pihak kementerian juga telah membuka peluang kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah harian biasa dan sekolah-sekolah kebangsaan agama di seluruh negara untuk mengikuti aliran teknikal ini.

Hampir setiap sekolah yang menawarkan subjek Lukisan Kejuruteraan turut menyediakan sebuah makmal atau bilik khas untuk Lukisan Kejuruteraan. Berjuta-juta ringgit diperuntukkan untuk membeli kelengkapan seperti meja, kerusi dan peralatan lukisan. Namun tidak semua guru memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah mahupun kementerian pendidikan. Daripada pengalaman dan pemerhatian, para pelajar sangat berminat dan bersemangat untuk belajar di dalam bilik khas bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, namun semangat yang berkobar-kobar hanyalah kerana mereka dapat keluar daripada suasana dalam bilik darjah yang agak sempit dan membosankan. Berbanding dengan keadaan di dalam bilik lukisan kejuruteran di mana terdapat kerusi meja yang berbeza rupabentuknya serta peralatan lukisan yang agak canggih dan menarik perhatian pelajar untuk berada di dalam bilik tersebut. Daripada tinjauan yang dilakukan oleh Salina Tukimin (1992), pelajar tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sekiranya mereka tidak selesa dengan peralatan kerusi meja yang ada. Oleh sebab itu guru lebih cenderung untuk melakukan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja. Salah satu daripada sebabnya kerana mereka tidak begitu selesa dengan rekabentuk kerusi dan meja yang sedia ada. Rekabentuk yang digunakan pada masa ini bersifat statik dan mempunyai ukuran yang tidak memenuhi hampir kesemua golongan murid. Salina Tukimin (1992), dalam kajiannya menyatakan bahawa rekabentuk yang tidak sesuai dengan tubuh manusia juga menjadi masalah utama yang perlu ditekankan oleh pihak tertentu. Memandangkan rekabentuk yang tidak sesuai boleh mengakibatkan para pelajar menghadapi masalah dengan sakit belakang, tegang otot serta lenguh peha dan betis. Masalah ini bukan sahaja dihadapi setelah menggunakan meja dan kerusi yang disediakan dalam bilik lukisan kejuruteraan malah rekabentuk meja dan kerusi yang terdapat di dalam bilik darjah juga memberikan kesan yang negatif dalam jangkamasa panjang terhadap kesihatan pelajar.

Kita selalu melihat tabiat yang sering dilakukan oleh murid-murid iaitu membongkokkan badan kehadapan atau menjungkitkan kerusi kehadapan sewaktu melakukan aktiviti pembelajaran. Sebenarnya perlakuan ini dilakukan oleh murid-murid kerana didorong oleh keadaan yang tidak selesa atau merasa kesakitan pada bahagian anggota badan yang tertentu serta untuk mendapatkan jarak yang optima diantara mata dan buku di atas meja. Kepincangan lain yang dikenalpasti adalah rekabentuk penyandang belakang yang tidak mengikut bentuk struktur tulang belakang manusia. Menurut Salina (1992) lagi, dua perkara yang sering dikaitkan dengan rekabentuk adalah masalah maskular-skelatel iaitu sakit belakang dan ketegangan otot (muscular stress). Kedua-dua perkara ini muncul terutamanya daripada kepincangan yang berlaku di dalam rekabentuk, dan akan berterusan sehingga ke tahap ketegangan dan kelesuan yang akan mengurangkan kecekapan, kehilangan keupayaan dan mengganggu kesihatan. Walau bagaimanapun, kepentingan ergonomik sering diabaikan dalam rekabentuk kerana manusia masih belum bersedia untuk menerima perubahan dan beranggapan bahawa manusia lebih mengenali dirinya. Oleh itu mereka bekerja berdasarkan kepada pengalaman bukannya bergantung kepada peralatan atau penyokong. Selain dari itu, badan manusia memerlukan jangkamasa yang panjang untuk menunjukkan tanda-tanda kesakitan tulang belakang atau ketegangan otot. Untuk mendapatkan kesesuaian dan keselesaan yang optima antara manusia dengan kerjanya, penggunaan data antropometrik orang yang akan menggunakan rekabentuk tersebut harus diambil sebagai asasnya. Ketidaksesuaian dan ketidakselesaan selalunya boleh mengakibatkan penurunan produktiviti disebabkan suasana tempat kerja dan peralatan kerja yang tidak sempurna.

1.3

Pernyataan Masalah

Mata pelajaran lukisan kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran berbentuk amali yang memerlukan peralatan dan perabut yang bersesuaian. Buat masa sekarang, hampir setiap sekolah yang menawarkan subjek ini menyediakan makmal lukisan yang dilengkapi dengan kerusi dan meja yang mempunyai rekabentuk yang lain daripada kerusi dan meja di bilik darjah. Sayangnya kemudahan yang disediakan tidak dimanfaatkan. Oleh yang demikian kajian yang dibuat adalah menumpu kepada reka bentuk set kerusi dan meja yang mempunyai ciri-ciri ergonomik seperti keselesaan, keselamatan, kecekapan dan rekabentuk yang tidak menyebabkan kesakitan kepada pengguna bagi bengkel Lukisan Kejuruteraan untuk sekolah-sekolah di Malaysia.

1.4

Persoalan Kajian

1.4.1

Adakah pelajar merasa selesa dengan meja dan kerusi yang terdapat di dalam bilik lukisan kejuruteraan?

1.4.2

Adakah pelajar merasa selamat menggunakan kerusi dan meja yang terdapat di dalam bilik lukisan kejuruteraan?

1.4.3

Adakah penggunaan kerusi dan meja dapat membantu pelajar melakukan kerja dengan cekap di dalam bilik lukisan kejuruteraan?

1.4.4

Adakah pelajar mengalami kesakitan pada mana-mana bahagian tubuh setelah menggunakan kerusi dan meja dalam bilik lukisan kejuruteraan?

1.4.5

Mengapa makmal lukisan kejuruteraan tidak digunakan oleh pelajar dan guru?

1.5

Objektif Kajian

1.5.1

Mengenalpasti samada kerusi dalam makmal lukisan kejuruteraan mempunyai ciri-ciri rekabentuk ergonomik yang selamat, selesa, mesra pengguna dan tidak menyebabkan kesakitan.

1.5.2

Mengenalpasti samada rekabentuk meja dalam makmal lukisan kejuruteraan mempunyai ciri-ciri ergonomik dari segi.keselamatan, kecekapan, keselesaan dan kesihatan penggunanya.

1.5.3 1.5.4

Mengenalpasti punca-punca makmal lukisan kejuruteraan tidak digunakan Menentukan kriteria rekabentuk kerusi meja yang mempunyai ciri ergonomik mengikut persepsi pelajar(pengguna).

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya kepada Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional dalam memastikan kemudahan atau kelengkapan sekolah yang disediakan memberi manfaat kepada masyarakat di sekolah. Program Sekolah Bestari yang diperkenalkan baru-baru ini memerlukan penyelidikan

dari segi rekabentuk kerusi dan meja yang sesuai, selamat dan lebih efisen. Justeru itu, pengkaji sangat berharap kajian yang dijalankan ini dapat memberi input yang baik untuk dipertimbangkan oleh pihak kementerian pendidikan demi kesejahteraan semua pihak yang terlibat dengan program ini terutamanya para pelajar dan institusi pendidikan negara. Setiap rekabentuk perabot perlu ada ciri-ciri ergonomik yang dapat mengurangkan ketegangan otot badan manusia dan dapat menyokong postur badan dengan baik. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran tentang kepentingan penekanan faktor-faktor ergonomik dalam rekabentuk kerusi dan meja bagi bilik lukisan kejuruteraan untuk jangkamasa yang lama. Pihak sekolah perlu menyediakan perabot yang bersifat ergonomik kerana perkakasan dan perabot yang tidak ergonomik memberi kesan yang negatif terhadap kesihatan pelajar. Sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam keadaan guru dan pelajar tidak merasa selesa dengan perabot yang mereka gunakan terutamanya kerusi dan meja, penumpuan dan konsentrasi mereka akan terganggu dan tidak dapat bertahan lebih lama. Secara tidak langsung, produktiviti guru dan murid turut terjejas. Kajian ini juga diharapkan akan dapat menjelaskan perkaitan isu-isu yang dikaji agar dapat dimanfaatkan oleh semua pihak bagi kepentingan perkembangan pendidikan negara yang merupakan salah satu aset penting bagi negara.

1.7

Batasan Kajian

Kajian ini dibataskan kepada pelajar-pelajar di tiga buah Sekolah Menengah Teknik sekitar Selangor dan Johor yang mengambil kursus kejuruteraan. Mereka merupakan pelajar-pelajar Tingkatan Empat dan lima yang terdiri daripada empat kursus kejuruteraan yang terdiri daripada kelas Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Jentera. Segala penganalisaan data dan dapatan kajian adalah berdasarkan kepada kajian yang dibuat ke atas kumpulan ini. Penyelidik menganggap data yang diberikan itu adalah benar dan ikhlas untuk menggambarkan keadaan sebenar.

1.8

Definisi Terminologi

1.8.1

Anatomi Pengkajian tentang bentuk dan susunan tubuh dengan membahagikan ke dalam beberapa kajian (kajibina tubuh)

1.8.2

Antropometrik Teknologi mengukur ukuran fizikal manusia seperti factor saiz, pergerakan dan kekuatan

1.8.3

Bekerja Melakukan kerja-kerja yang menggunakan kerusi dan meja

1.8.4

Biomekanik

Pergerakan tubuh badan dengan daya yang bertindak pada tubuh badan tersebut 1.8.5 Dinamik Pergerakan manusia dalam kawasan kerja yang boleh dilampaui 1.8.6 Ergonomik Dikenali sebagai faktor manusia. Merupakan satu bidang yang secara keseluruhannya mengkaji tentang kehendak sesuatu tugas atau kerja untuk mengatasi sebarang masalah atau kelemahan yang mungkin timbul, manfaatnya diukur dalam bentuk kecekapan dan keselamatan manusia semasa bekerja

1.8.7

Faktor Suatu keadaan atau tenaga yang mempunyai pengaruh atas hasil daripada sesuatu tindakan

1.8.8

Fisiologi Pergerakan otot digandingkan dengan reaksi kimia yang memerlukan makanan untuk aktiviti mereka

1.8.9

Kelegaan Kekangan sehala yang menentukan dimensi kebolehterimaan minima pada objek-objek

1.8.10 Kerusi Tempat duduk yang ada kaki dan tempat sandar serta tempat meletakkan tangan 1.8.11 Kyphotik

10

Posisi duduk yang akan menyebabkan tubuh condong kehadapan dan akan mengakibatkan tekanan yang berlebihan antara tulang vertebrate 1.8.12 Lordotik Posisi duduk yang akan mengurangkan tekanan pada bahagian vertebrate dengan adanya tupang atau penyambung pada bahagian lumbar sacral 1.8.13 Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Adalah satu mata pelajaran yang sangat penting kepada pelajar kejuruteraan. Ia merupakan bahasa kejuruteraan atau bahasa grafik yang digunakan sebagai media utama dalam bidang kejuruteraan. 1.8.14 Meja Perkakas atau perabut (diperbuat daripada papan, batu mamar, dan lainlain) yang berkaki,rata permukaannya dan banyak kegunaannya 1.8.15 Postur Posisi tubuh dalam keadaan fizikal semasa melakukan aktiviti atau pekerjaan 1.8.16 Rekabentuk Rancangan yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu binaan dan sebagainya 1.8.17 Statik Membataskan objek kepada satu keadaan untuk jangkamasa yang panjang

11

1.9

Kesimpulan Dalam usaha negara untuk mencapai tahap negara maju, sudah semestinya

memerlukan satu perancangan serta usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjelang tahun 2020 sudah semestinya tumpuan difokuskan kepada sektor pendidikan dan sering dijadikan agenda utama perbualan atau perbincangan. Adalah menjadi harapan pengkaji agar kajian yang dijalankan ini mendapat sedikit tempat dan manfaat dalam usaha memartabatkan sistem pendidikan dinegara ini.

You might also like