Pembentukan Kata

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PKP 3116

SISTEM BAHASA MELAYU

Konsep Pembentukan Kata

Proses yang mana perkataan baru dibentuk.


Menerangkan bagaimana sesuatu perkataan itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau derivative. Jenis demikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.

Tatabahasa Bahasa Melayu


Morfologi Sintaksis

ENG WEI CHIEN PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

PKP 3116

SISTEM BAHASA MELAYU

Takrif Morfologi
Mengikut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985), bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tenteng perkataan dan cara pembentukannya. OGrady & Guzman (2000) juga menyatakan morfologi merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata. Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz (1996), menerangkan morfologi adalah satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal-soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.

Unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah

morfem.

Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan.


nahu yang lebih kecil lagi, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Contohnya minum.

Perkataan yang tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau

Perkataan mi dan num secara individu tidak membawa apa -apa makna.

ENG WEI CHIEN PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

PKP 3116

SISTEM BAHASA MELAYU

Morfem
Morfem Bebas
Kata dasar atau kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Dapat berdiri sendiri, misalnya minum, cuti, sekolah, periksa. Mempunyai makna sendiri.

Morfem Terikat/Imbuhan
Memerlukan morfem lain untuk membentuk perkataan. Bentuk Imbuhan, misalnya mem, per, kan, ber. Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat. Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut: Awalan ditambah pada bahagian depan kata dasar.

Misalnya, membaca (baca), menghafal (hafal).


Akhiran ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar. Misalnya, buatan (buat) Sisipan diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar. Misalnya, telapak (tapak). Apitan ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya imbuhan per........an, permainan (main).

ENG WEI CHIEN PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

PKP 3116

SISTEM BAHASA MELAYU

Konsep Struktur Kata


Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Struktur susunan kata Bahasa Melayu berdasarkan pola suku kata berikut iaitu V, KV (suku kata terbuka),dan VK, KVK (suku kata

tertutup).

Struktur Kata
Kata Asli
Kata yang berasal daripada Bahasa Melayu sendiri. Unik untuk Bahasa Melayu.

Bukannya meminjam daripada bahasa lain.

Kata Pinjaman
Kata-kata yang dipinjam/diserap daripada Bahasa yang lain. Kata yang hampir sama akan wujud dalam bahasa yang lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Sanskrit sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur Bahasa Melayu itu sendiri.

Kata ini wujud disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat


perkataan atau istilah sedemikian.

ENG WEI CHIEN PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

PKP 3116

SISTEM BAHASA MELAYU

Bentuk Kata

Kata Tunggal

Kata Terbitan

Kata Ganda

Kata Majmuk

Kata Tunggal
Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh kata satu suku kata am, dan, roh, skru Contoh kata dua suku kata itu, ubi, aku Terdapat tiga jenis kata tunggal:

Unit Bebas dapat berdiri sebagai satu perkataan yang


bermakna. Misalnya orang, gitar, pen, botol.

Kata tugas unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi


memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Misalnya dari, dan, pada, demi.

Kata Akronim perkataan yang diterbitkan melalui proses


penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Misalnya

Berdikari berdiri di atas kaki sendiri. Komuter keretapi berkomputer. Pawagam panggung wayang gambar.

ENG WEI CHIEN PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

PKP 3116

SISTEM BAHASA MELAYU

Kata Terbitan
Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan.

Kata Terbitan Berawalan


Kata Terbitan Berakhiran Kata Terbitan Berapitan Kata Terbitan Bersisipan

Kata Terbitan Berawalan


Kata dasar yang menerima imbuhan awalan unsur imbuhan yang dotambahkan pada bahagian hadapan kata dasar. Dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan, dan kata adjektif terbitan. Kata Nama : pelari, perakus (pe) ; pembawa, pembuat (pem) ; suprakelas, supranasional (supra) Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa (me) ; berjalan, berganti, berserta (ber) Kata Adjektif : terbesar, tercantik (ter) ; secerah, setebal, senipis (se)

Kata Terbitan Berakhiran


Kata dasar yang menerima imbuhan akhiran unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar. Dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata nama terbitan, dan kata kerja terbitan. Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan (-an) ; sasterawan, angkasawan (-wan) ; budiman, seniman (-man) Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan (-kan) ; duduki, turuti, berkati (-i) ENG WEI CHIEN PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

PKP 3116

SISTEM BAHASA MELAYU

Kata Terbitan Berapitan


Kata dasar yang menerima imbuhan apitan imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan. Dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata nama terbitan, dan kata kerja terbitan, kata adjektif terbitan. Kata Nama : pelaksanaan, perasaan (pe....an) ; kelainan, kedudukan

(ke....an)
Kata Kerja : memainkan, melukakan (me....kan) ; beralaskan, berlaukan (ber....kan) Kata Adjektif : kemelayuan (ke....an)

Kata Terbitan Berapitan


Kata dasar yang menerima imbuhan sisipan unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar.

Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu
kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan. Kata Nama : kelingking, telunjuk (...el...) ; keruping, seruling (....er....)

ENG WEI CHIEN PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

PKP 3116

SISTEM BAHASA MELAYU

Kata Ganda
Satu proses pengulangan perkataan. Kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.

Terdapat empat jenis kata Gandaan :


Gandaan Seluruh Kata Gandaan Separa / Separuh Gandaan Berirama Gandaan Menyalin

Gandaan Seluruh Kata


Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada

perubahan.
Mesti diberi tanda sempang (-). Terdiri daripada kata nama, kata adjektif, dan kata kerja. Kata Nama : buku-buku, lembu-lembu, murid-murid Kata Kerja : baring-baring, pandang-pandang, jalan-jalan Kata Adjektif : manis-manis, besar-besar, awal-awal

Gandaan Separa/Separuh
Sebahagian daripada kata saja yang digandakan. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama, khususnya yang memberi maksud kepada benda atau konsep yang memiliki sifat atau keserupaan dengan kata dasar. Cecair (mana-mana bahan yang berada dalam keadaan cair, seperti air atau bendalir) Kekunci (butang untuk menaip dari komputer, diilhamkan dari perkataan key yang juga bermaksud kunci) Lelangit (langit atau daerah teratas dalam rongga mulut) ENG WEI CHIEN PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

PKP 3116

SISTEM BAHASA MELAYU

Gandaan Berirama/Berasajak
Kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya. Lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum (persamaan bunyi di pangkal) Karut-marut, cerai-berai, calar-balar (persamaan bunyi di hujung) Compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, selok-belok

(penyesuaian bunyi seluruhnya)

Gandaan Menyalin
Gandaan berlaku dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan. Tergesa-gesa, berpura-pura (imbuhan awalan di awal kata) Tahu-menahu, sengkang) Barang-barangan, terang-terangan (imbuhan akhiran di akhir kata) Tergila-gilakan, menghuru-harakan (apitan seluruh kata ganda) kerja-mengejar (imbuhan awalan selepas tanda

ENG WEI CHIEN PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

PKP 3116

SISTEM BAHASA MELAYU

Kata Majmuk
Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar. Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi tergolong dalam frasa.

Pada umumnya, kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah


mantap sebagai satu perkataan. (Antarabangsa, apabila, bagaimana) Terdapat empat jenis kata majmuk : Kata majmuk biasa Kata majmuk gelaran Kata majmuk istilah khusus Kata majmuk kiasan

Kata Majmuk Biasa


Terdiri daripada rangkai kata bebas. Alat tulis, adat resam, lapangan terbang, tengah hari, gambar rajah

Kata Majmuk Gelaran


Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar

Kata Majmuk Istilah Khusus


Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada katakata umum atau istilah khusus. Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja, mogok umum

Kata Majmuk Kiasan


Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud lain selain maksud sebenarnya.

Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin, lipas kudung
ENG WEI CHIEN PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

PKP 3116

SISTEM BAHASA MELAYU

Pembentukan Kata
Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan

Imbuhan Kata Nama Imbuhan Kata Kerja Imbuhan Kata Adjektif

Kata Majmuk umum Kata Majmuk Khusus Kata Majmuk Kiasan Pengimbuhan Kata Majmuk

Pengimbuhan
Proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.

Dalam Bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan
kepada kata dasar. Imbuhan tergolong dalam empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Penggandaan
Proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja. Terdapat tiga jenis penggandaan : o Penggandaan penuh. o Penggandaan berentak o Penggandaan separa

Pemajmukan
Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu. Gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu : umum, istilah, kiasan/peribahasa .

ENG WEI CHIEN PISMP PEMULIHAN (BAHASA CINA)/MATEMATIK SEMESTER 6

You might also like