Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SKSE 2013 :SEJARAH MARITIM

ESEI INDIVIDU SOALAN 8:

Masyarakat Melayu boleh dianggap sebagai masyarakat maritim. Bincangkan

Nama Matrik Pensyarah Penilai Sesi Tutorial Tarikh Hantar

: Mohd Yazidmanhafif Bin Hasan Husin : A138627 : Dr Rahilah Bt. Omar En Al-Amril Bin Othman : Khamis (12.00 tgh) 16 Mei 2013 : 13 Mei 2013

Kandungan

Topik 1.0 PENGENALAN 2.0 FAKTOR MUKA BUMI 2.1 Kedudukan Di Tengah Laluan Antara Timur Dan Barat 2.2 Kota Pelabuhan yang Penting 3.0 SISTEM PENGANGKUTAN 3.1 Kaedah Pelayaran Masyarakat Melayu 4.0 KEGIATAN PERDAGANGAN 4.1 Golongan Pedagang Melayu 5.0 SISTEM SOSIAL 5.1 Bahasa Yang Tersebar Melalui Laut 5.2 Istilah Tanah Air 5.3 Seni Sastera (Pantun) 5.4 Ritual dan Amalan 5.5 Sistem Perundangan yang bersangkutan dengan marin 6.0 KESIMPULAN 7.0 RUJUKAN LAMPIRAN

Muka Surat 3 3 4 5 6 7 9 10 11 12 13 14 16 11 20 21 - 22 23 - 24

1.0 PENGENALAN Masyarakat Melayu secara kewujudanya telah banyak bertapak di kepualauan Nusantara iaitu Kepulauan Melayu. Selain itu juga, wilayah tersebut telah dikenali sebagai Dunia Melayu kerana masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut adalah terdiri dari masyarakat Melayu yang mempunyai ras keturunan yang hampir sama. Mayarakat Melayu telah mempunyai ikatan dengan laut semenjak dari zaman penghijrahan keturunan masyarakat Melayu itu sendiri. Dengan mempunyai bentuk muka bumi yang berkepulauan serta saling berdekatan dan berkelompok telah mewujudkan jaringan pergerakan masyarakat Melayu itu di kawasan kepulauan Nusantara tersebut. Ini menjadikan kehidupan masyarakat Melayu Nusantara telah mengalami pengadaptasian kehidupan mereka dengan laut dan sungai. Kebanyakan kegiatan sosio-ekonomi bagi masyarakat Melayu mempunyai ikatan dengan air. Boleh dikatakan segala aspek akan mempunyai hubungan dengan air seperti penempatan, kota pelabuhan, ekonomi, kesenian, sastera, penghijrahan, pengangkutan, undang-undang dan sebagainya. Oleh itu, maka tidak hairanlah sekiranya dikaji masyarakat Melayu boleh diklasifikasikan sebagai masyarakat yang maritim.

2.0 FAKTOR BENTUK MUKA BUMI Asia Tenggara secara geografinya mempunyai bentuk muka bumi yang berpulau-pulau dan mempunyai perairan yang berhampiran antara satu sama lain. Selain itu, Asia Tenggara merupakan wilayah yang berada di tengah-tengah antara benua timur dan barat. Ianya telah menjadi laluan perdagangan antarabangsa sejak zaman klasik hinggalah ke zaman sekarang 1. Keadaan laut yang cetek, tidak bergelora dan terlindung dari tiupan angin monsun telah menjadi pilihan para perdagang untuk singgah berlabuh di bandar-bandar pelabuhan yang ada di sekitar Asia Tenggara2. Dengan mempunyai bentuk muka bumi yang berkepulauan serta mempunyai saliran sungai yang panjang, ianya telah menjadikan kegiatan masyarakat Melayu tertumpu kepada di
1

Nordin Hussin, 2008, Geography and Trade: Importance of the Straits of Malacca to World Trade, Asia and the Malay World 1700-1800 dalam Akademika Jilid 73 (Mei), Bangi: Penerbit UKM, hlmn. 4. 2 Ibid. Hlmn. 5.

kawasan tersebut. Penubuhan dan kota-kota pelabuhan tradisional telah menyumbangkan lagi kepada kepesatan kegiatan ekonomi masyarakat di sekitarnya. Walaupan secara geografinya lautan akan memisahkan manusia tetapi secara lahiriahnya, laut menjadi perhubungan antara manusia sejak berabad lamanya3. Oleh itu, dengan struktur kepualauan yang saling berdekatan telah menjadi jaringan laluan kepada masyarakat Melayu untuk berinteraksi antara satu sama lain sehingga membawa kepada penjelajahan ke benua lain4.

2.1 Kedudukan di Tengah Laluan Antara Timur Dan Barat Secara geografinya terdapat sembilan laut yang memisahkan dan mencantumkan Dunia Melayu iaitu Laut Malayu (Selat Melaka), Laut Jawa, Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Banda, Laut Flores, Laut Sulawesi, Laut Maluku dan Laut Seram. Laut-laut ini terbentuk sejajar dengan adanya kepulauan yang saling berdekatan dan bercantum antara satu sama lain. Laut-laut ini juga boleh dilalui dari mana-mana arah untuk pergi kebahagian-bahagian pelosok di Asia Tenggara. Laut Malayu, Laut China Selatan dan Laut Maluku merupakan laut yang paling sibuk berbanding laut-laut lain kerana kedudukannya sebagai pintu masuk dari arah timur atau pun barat5. Para pelayar dan pedagang akan menggunakan laluan yang paling singkat atau laluan pintas untuk cepat tiba ke destinasi seperti menggunakan Laut Malayu yang bermula dari utara Sumatera dan menyusuri sepanjang Selat Melaka sehinggalah ke Singapura dan kemudiannya menuju ke Laut China Selatan atau Laut Maluku untuk meneruskan perjalanan ke timur. Ketika para pedagang menyusuri sepanjang laluan ini, maka secara tidak langsung mereka akan singgah atau berhenti berlabuh di pelabuhan yang terdapat dikawasan periaran ini. Daripada persingahan akan membentuk kepada perdagangan kerana di Dunia Melayu terdapat hasil bumi yang sukar didapati di benua lain seperti akar-akar kayu, rempah-rempah, tanaman dan sebagainya. Maka dengan itu, ianya telah menyumbang kepada kepesatan kegiatan ekonomi dari pada pedagang luar kerana laluan tumpuan telah menjadi kepada kawasan perdagangan persingahan yang penting.
3

Nordin Hussin, 2011, Perdagangan dan Peradaban di Laut Malayu, Syarahan Perdana Jawatan Professor Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlmn. 1 4 Ibid. Hlmn. 8. 5 Ibid. Hlmn. 10.

Selain itu juga, Laut Malayu menjadi tempat persingahan para pedagang dan pengembara sebagai transit untuk membekalkan dan menambah bahhan-bahan segar dan makanan bagi yang mengembara jauh. Ianya akan menjadi tempat untuk mengumpul dan menyebarkan barangan yang datang dari India, Arab dan China6. Sesetengah pedagang hanya meninggalkan barangan mereka untuk didagangkan kepada pedagang lain di pelabuhan Laut Malayu tanpa pergi berlayar jauh ke China atau India.

2.2 Kota Pelabuhan yang Penting Kemunculan beberapa kerajaan-kerajaan Melayu Tua yang kebanyakannya bertapak di kawasan persisiran pantai. Sumber utama mengenai Kerajaan Melayu Tua telah diperolehi dari catatan para pedagang dan pelayar dari China, India, Arab. Terdapat juga peninggalan artifak yang bebentuk prasasti seperti batu bersurat yang dijumpai di Terengganu. Ia telah membuktikan bahawa telah wujud beberapa Kerajaan Melayu Tua di Asia Tenggara iaitu Tambralinga, Langkasuka, Kataha (Kedah Tua) dan Singapura7. Kerajaan Tambralinga merupakan salah satu kerajaan maritim yang telah wujud sejak abad kedua lagi. Kerajaan ini telah berpusat di Segenting Kra dan kerajaan ini telah diasaskan oleh penduduk Melayu sebelum ditakluki oleh Kerajaan Siam pada Abad ke-13. Kedudukan kotanya yang berada di berada di semenanjung Siam dan kebanyakan penempatannya berada di pesisir pantai dan teluk. Kerajaan Tambralinga merupakan asas kepada kemunculan bandar yang kekal sehingga kini iaitu bandar Nakhon Sri Thammarat8. Sistem ekonomi kerajaan ini banyak bergantung kepada hasil perlautan dan perdagangan. Penemuan artifak dari China telah menunjukkan bahawa kerajaan ini telah mengabsahkan wujudnya jaringan perdagangan dengan China. Selain kerajaan Tambralinga, kerajaan Langkasuka dilihat sebagai kerajaan marin yang giat dalam kegiatan marin. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, pengasas kerajaan ini
6 7

Ibid. Hlmn. 26. Harun NZ, 2012, The Morphological History of the Malaysian Urban Form, in Journal of Study on the Tourism Development in Transformation Vol. 8, Bota : Universiti Teknologi Mara Perak, hlmn. 113 8 OConnor, Stanley J, 1986, Tambralinga and Khmer Empire, Journal of Siam Society 63 1975. Bangkok, The Siam Society , hlmn 161.

merupakan seorang melayu yang berketurunan Rom menjadi pengasas kepada penubuhan kerajaan ini pada abad kedua hingga abad ke 14 Masihi. Kerajaan ini telah ditakluki oleh Majapahit. Seperti Tambralinga, kerajaan ini menjadi sebuah kerajaan yang menjalani kegiatan perdagangan yang aktif sehingga menarik minat Majapahit untuk menakluki kerajaan ini. Walaupun wilayah taklukan terpisah dengan laut, tetapi perhubungan menggunakan kapal digunakan sebagai medium perantara. Seterusnya kerajaan Kedah Tua atau nama lainnya Kataha telah wujud sezaman dengan kerajaan Tambralinga dan Langkasuka. Kerajaan ini bertapak di persekitaran Sungai Merbok dan di Kuala Muda. Kerajaan ini merupakan kerajaan yang agak kaya jika dibandingkan dengan kerajaan-kerajaan lain. Faktor utama kekayaan kerajaan ini adalah kedudukannya yang berada di tengah-tengah laluan perdagang dari China, India dan Arab. Penduduk setempat telah berpeluang menyediakan perkhidmatan dan bekalan kepada pedagang yang lalu dan singgah di kota tersebut. Lama-kelamaan, ianya telah berkembang menjadi kerajaan yang kuat dan cekap dalam pengurusan pentadbiran, perkapalan dan ketenteraan.

3.0 SISTEM PENGANGKUTAN Kepulauan Nusantara merupakan wilayah yang menjadi laluan kepada pedagangpedagang asing untuk berhubung antara timur dan barat. Faktor-faktor keselamatan juga telah menarik minat para pedagang untuk singgah di kota-kota pelabuhan untuk berlindung daripada angin monsun dan menunggu peralihan angin monsun tersebut. Dengan ketibaan pedagang dari Arab, China dan India telah menjadikan inspirasi kepada mastarakat Melayu ketika itu untuk membina kapal-kapal besar yang boleh menjadi kemudahan pengangkutan setempat atau ke wilayah lain. Jika sebelum ini masyarakat Melayu banyak menggunakan rakit dan perahu untuk berhubung antara pulau dan tanah besar telah mengehadkan perjalanan mereka untuk pergi ke wilayah yang lebih jauh lagi. Masyarakat Melayu juga telah mencapai tahap pembuatan perahu, jong atau kapal yang berskala besar untuk melakukan pelayaran yang jarak jauh. Bentuk binaan kapal tersebut boleh meredah lautan besar dan mampu untuk menahan serangan ribut (lampiran 1). Masyarakat Melayu akan memiliki perahu, jong atau rakit yang diperbuat sendiri atau diwarisi oleh

keturunan atau menjadi harta pusaka. Perahu yang digunakan untuk sesebuah keluarga biasanya berbentuk dahan pohon yang dipahat lekuknya sehingga menjadi lekuk yang menyerupai sebuah perahu. Penggunaan perahu kecil oleh masyarakat Melayu adalah untuk menangkap hasil laut atau sungai, mencari hasil hutan dipesisir laut atau sungai, membawa hasil tanaman ke bandar, menziarahi kampung-kampung atau bandar dan sebagainya. Penggunaan perahu kecil biasanya terhad di kawasan pesisir kerana perahu yang kecil tidak sesuai untuk ke kawasan laut lepas9. Bagi penggunaan perahu yang bersaiz besar, aktiviti perdagangan yang berskala besar mampu dilaksanakan kerana mempunyai keutuhan binaan yang baik dan mampu untuk berlayar lebih jauh. Kebanyakan perahu yang dimiliki adalah datang dari golongan yang kaya dan biasanya dimiliki oleh pemerintah kerajaan. Jika sesebuah perahu yang dimiliki oleh pemerintah, orang kaya akan dilantik sebagai wakil untuk menjalankan misi perdagangan atau diplomasi bagi kerajaan tersebut.10 Sultan Terengganu juga pernah mengajak Francis Light dan Mister Farlie membeli kapal besar untuk menjalankan aktiviti perdagangan ke China pada tahun 1784M. Pemilikan perahu adalah tertakluk kepada tanggungjawab pemiliknya. Malah, dengan wujudnya sistem perundangan, pemilikan terhadap individu tetap akan dinatijahkan dalam perundangan walaupun perahunya dihanyutkan ke laut. Hukuman akan dilaksanankan walaupun seseorang itu hanya mencuri sebuah perahu kecil atau rakit yang diperbuat dari buluh. Maka dengan itu, perundangan yang wujud pada sesebuah kerajaan akan membentuk satu sistem pentadbiran yang menyeluruh dari darat hingga ke laut11.

3.1 Kaedah Pelayaran Masyarakat Melayu Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang banyak menggunakan ilmu alam semula jadi untuk terus hidup. Kebergantungan terhadap alam semula jadi diturunkan secara lisan secara turun-temurun sehingga menjadi sebuah tradisi. Begitu juga dalam ilmu pelayaran masyarakat Melayu di laut. Masyarakat Melayu dipercayai telah sampai ke Asia Barat dan Afrika sejak dari abad pertama lagi. Mereka telah berlayar mengikut arah angin dan arus lautan dengan menaiki
9

Pisol Maidin, 2005, Evolusi dan Perlestarian Teknologi Perkapalan Melayu di Semenanjung Malaysia , Tesis yang tak diterbitkan, Bangi : Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM, hlmn. 69. 10 Ibid. Hlmn. 71. 11 Ibid. Hlmn. 72.

perahu ataupun rakit yang mempunyai katir12. Perhubungan antara masyarakat Melayu dan Afrika serta di leluhur Pasifik dipercayai telah berlangsung secara berterusan. Ianya menjadi persoalan apabila jarak dan kemudahan yang ada ketika itu untuk masyarakat Melayu berjaya sampai ke kawasan yang jauh dari segi benuanya. Kaedah yang digunakan oleh masyarakat Melayu ialah berlayar secara memalim13 iaitu kaedah pelayaran pesisir pantai. Kaedah ini menggunakan simbol atau pertanda yang berada di daratan sebagai pemandu arah ketika belayar. Kaedah ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu tidak belayar menggunakan carta atau kompas sebagai panduan sebaliknya mereka menggunakan teknik menghafal laluan dan bentuk daratan. Selain itu juga, mereka menerima nasihat dan carita para pedagang atau orang yang pernah pergi ke destinasi tersebut sebagai panduan perjalanan mereka14. Selain daripada kaedah memalim yang sinonim digunakan pada waktu siang, tetapi pada waktu malam para pelayar menggunakan kaedah cakrawala. Seperti para pedagang dari benua lain, masyarakat Melayu juga mempunyai kemahiran untuk menbaca fenomena langit sebagai panduan iaitu dengan menggunakan bintang. Dengan menghafal bentuk bintang dan buruj masyarakat Melayu telah mempunyai bentuk dan istilah buruj mereka yang tersendiri seperti buruj ursa atau beruang besar. Selain itu juga terdapat buruj beruang kecil yang dijadikan sebagai panduan perjalanan malah digunakan sebagai tanda perubahan musim15. Terdapat juga bintang kutub yang terletak bertepatan dengan paksi putaran bumi dan menyebabkan bintang lain kelihatan beredar mengelilinginya. Pelaut atau pelayar yang mahir akan menggunakan bintang kutub ini sebagai penentu arah. Satu lagi buruj yang berada di pantai timur ialah buruj orion atau belatik yang menunjukkan arah kiblat. Buruj ini dapat membantu pelayar menentukan arah utara dan timur barat16.

12

Katir merupakan pengimbang yang dipasang disisi perahu atau jong bagi mengimbangi perahu tersebut. Katir juga mampu menahan perahu daripada terbalik ketika berlayar dalam ribut. Pembuatan katir pada zaman tarisional adalah dengan menggunakan buluh yang diikat dan dipasang pada kanan dan kiri perahu. 13 Memalim atau istilah modenya ialah pemerhatian kepada simbol di daratan sebagai pandu arah pelayaran. Pisol Maidin, 2005, hlmn. 95 14 Pisol Maidin, 2005, hlmn. 94-95. 15 Ibid. Hlmn. 102-103. 16 Ibid.

Secara idealnya, masyarakat Melayu yang telah berjaya belayar ke benua lain dengan menggunakan ilmu dan pengetahuan tersendiri seperti teknik memalim. Bukti bahawa teknik ini digunakan ialah apabila terdapat pantun yang menggunakan kiasan gunung dan pulau iaitu Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang jua. Seloka pantun tersebut telah menunjukan bahawa teknik memalim digunakan oleh masyarakat Melayu terdahulu. Oleh dengan itu, maka tidak hairanlah sekiranya masyarakat Melayu juga pernah dibuktikan sebagai pelayar yang hebat sehingga mampu mengelilingi dunia.

4.0 KEGIATAN PERDAGANGAN Dunia Melayu meruapakan wilayah yang menjalani kegiatan sosio-ekonomi yang luas sehingga membentuk kepada kegiatan perdagangan aktif. Dengan memiliki kepelbagaian budaya, bahasa, pertuturan, bangsa dan kepercayaan, masyarakat Melayu disatukan oleh aktiviti perdagangan. Aktiviti perdagangan tesebut juga difaktorkan oleh dua aspek utama iaitu musim tiupan angin monsun dan kedudukan geografinya17. Perdagangan juga telah mencorakan pertumbuhan

kehidupan dan peradaban kegiatan ekonomi yang mapan sehingga menarik minat para penjelajah dari Eropah. Terdapat banyak bandar pelabuhan yang membangun dan berkembang di Nusantara sejajar dengan perkembangan kegiatan perdagangan. Nusantara yang telah dibahagiakan kepada lima zon iaitu zon-zon yang mewakili bagi setiap wilayah. Bagi zon satu, merupakan kawasan yang bermula daru teluk Bengala iaitu pantai Koromandel di India selatan dan menuju ke Sri Langka dan Burma. Selain itu juga utara Sumatera akan menjadi sebagai gerbang pintu masuk kepada gugusan kepualauan Melayu. Seterusnyua ialah zon kedua yang terletak di sepanjang Laut Malayu iaitu Selat Melaka dan dipercayai telah mula muncul pada abad ketiga lagi 18. Kawasan ini menjadi tumpuan utama para pedagang untuk singgah kerana keadaan muka buminya yang dilindungi antara pulau
17 18

Nordin Hussin, 2008, hlmn. 7 Mohd Hazim Mohd Rusli, 2012, Straits Malacca and Singapore: Pride of the Malay Archipelago, Princeless Marintime Heritage of the World, in journal Hadhari Special Edition 2012, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlmn 109-112.

10

Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Melaka telah mencapai kemajuanya apabila menjadi emporium pengumpulan barang dagangan yang datang dari Nusantara serta dari Arab, India dan China. Berikutnya adalah zon tiga yang terletak di kawasan pantai timur semenanjung Tanah Melayu hingga ke Thai dan Vietnam. Ia juga termasuk digugusan pulau yang terdapat di Laut China Selatan. Kepesatan kawasan ini juga didorong daripada laluan pedagang yang telah singgah di zon satu dan dua atau yang datang dari China. Kapal-kapal yang datang atau pulang dari China akan singgah di pelabuhan yang terdapat di kawasan ini bagi tujuan yang sama seperti di zon satu dan dua iaitu untuk berdagang atau untuk menambah bahan mentah atau bekalan. Zon empat merupakan zon yang meliputi Laut Sulu dan di kawasan pantai barat Luzon, Mindanao serta utara Kalimantan. Hasil dagangan kawasan ini adalah sarang burung yang banyak menerima permintaan dari pedagang China. Bagi zon lima yang popular dengan kawasan pengeluaran rempah, kawasan ini meliputi Laut Maluku, Nusa Tenggara, Kalimantan Selatan dan Jawa. Makassar yang berada di Laut Maluku telah memainkan peranan sebagai emporium pengumpulan hasil dagangan malah pernah menjadi emporium utama selepas Melaka. Setelah melihat bagaimana jaringan perdagangan yang terbentuk secara semula jadi mengikut zon-zon tertentu (lampiran 2). Ianya telah menunjukkan bahawa Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang sangat pesat menjalankan kegiatan perdagangan kerana faktor geografinya. Manakala bagi masyarakatnya yang aktif dalam pelayaran dan penjelahan telah menyumbang kepada pembukaan kota-kota pelabuhan sehingga menjadi pusat perdagangan yang masyur. Maka dengan itu, masyarakat Melayu adalah masyarakat yang sangat aktif dalam perdaganganya yang tersendiri.

4.1 Golongan Pedagang Melayu Komuniti masyarakat Melayu terbentuk dari terpisahnya masyarakat ini dengan faktor muka bumi yang berbentuk kepulauan. Setiap wilayah dan kepulauan mempunayai budaya dan bangsa yang berbeza seperti bagi masyarakat Jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya. Begitu juga dalam aktiviti perdagangan, aktiviti ini telah menjadi penjalin kepada hubungan setiap masyarakat tersebut walaupun terpisah dengan laut. Aktiviti perdagangan yang bersifat lokal dan saling memenuhi keperluan dari setiap wilayah telah menyebabkan kegitan rutin harus dilakukan.

11

Interaksi yang berterusan ini telah menyebabkan bangsa dan keturunan ini telah mengalami pelbagai proses iaitu proses migrasi, asimilasi dan akulturasi sehinggakan menjadikan masyarakat Nusantara meruapakan masyarakat yang serumpun. Para pedagang dari Nusantara akan membawa degangan mereka ke kota pelabuhan lain untuk bertukar hasil dagangan masing-masing. Oleh itu, proses ini akan memenuhi keperluan dari setiap masyarakat di Dunia Melayu. Masyarakat Bugis merupakan komuniti yang handal dalam bidang perlayaran. Mereka telah berhijrah besar-besaran pada abad 17 dan 18 dari tempat asal mereka ke kawasan lain di Nusantara khususnya ke Tanah Melayu19. Selain itu juga, mereka juga merupakan pedagang yang banyak menyumbangkan hasil kepada kegiatan pedagangan di Nusantara. Masyarakat Bugis banyak membawa hasil dagangan padi dan hamba. Penghambaan Bugis adalah amat sinonim bagi Nusantara kerana masyarakat ini mempunyai permasalahan kebanjiran penduduk. Penindasan yang berlaku telah menyumbang kepada aktiviti pemerdagangan hamba kepada pedagang lain.

5.0 SOSIAL Menyingkap aspek sosial bagi masyarakat Melayu, banyak menggunakan aspek alam sekitar dalam menjalani kehidupan seharian. Kebergantungan terhadap alam sekitar ini adalah adaptasi kepada kemudahan pengangkutan, penempatan, keperluan makanan, pakaian, kesenian, ekonomi dan sebagainya. Justeru itu, masyarakat Melayu Nusantara akan mempunyai budaya yang tersendiri dan jauh berbeza dengan budaya yang datang dari benua lain. Kegiatan sosial yang berhubungkait dengan maritim tidak dapat dipisahkan kerana tahap kebergantungan masyarakat Melayu dengan maritim adalah sangat rapat sehinggakan sistem pengangkutan utama masyarakat ketika itu adalah menggunakan rakit, perahu ataupun jong. Selain itu juga, banyak penempatan dan bandar-bandar banyak tertumpu di muara sungai, ditepi sungai, persisiran pantai dan kawasan-kawasan yang mempunyai jaringan saliran dari sungai ke
19

Rafiuddin Afkari, Mikdar Rusdi, Md Akbal Abdullah, 2011, Penghijrahan Masyarakat Bugis ke Alam Melayu: Kajian Kes Bugis di Indragiri Hilir Riau dalam Seminar Serumpun Melayu V Universiti Hasanussin Makassar dengan Universiti Kebangsaan Malaysia, hlmn. 2-3.

12

laut. Jika penempatan sudah berada di kawasan yang berhampiran dengan air, ia akan menyumbang bentuk kegiatan sosial masyarakat Melayu ketika itu banyak berkait rapat dengan air seperti bahasa, pepatah, pantun, makanan, pengangkutan dan sebagainya.

5.1 Bahasa Yang Tersebar Melalui Laut Bahasa Melayu merupakan anggota bahasa rumpun Astronesia yang kawasan penyebaran asalnya ialah dari Taiwan (Formosa) di wilayah utara hinggalah ke selatan iaitu New Zealand.20 Pergerakan penyebaran bahasa Melayu ini berlaku seiring dengan pembentukkan masyarakat di Nusantara. Masyarakat Nusantara telah mula secara berperingkat dan bukannya berlaku secara mendadak. Ianya berlaku akibat pengelompokkan bahasa kepada keluarga bahasa Indonesia, Malanesia, Mikronesia dan Polenesia. Oleh itu, bahasa Melayu merupakan anggota keluarga bahasa Indonesia yang berasal dari Indonesia Barat. Orang Melayu pada awalnya berhijrah ke kawasan Nusantara dengan menggunakan laluan laut. Dominasi laluan laut telah menjadi pilihan utama masyarakat Melayu kerana faktor muka bumi yang berpulau-pulau dan terpisah antara satu sama lain. Penggunaan rakit dan perahu telah menjadi medium pengangkutan utama dan bersifat umum di serata kepulaunan Nusantara. Jesteru itu, masyarakat melayu boleh dikatakan mahir dan cekap dalam menentukan arah laluan dan tiupan angin dengan hanya menggunakan alam semulajadi. Penyebaran bahasa Melayu juga berkemungkinan besar berlaku memalui laluan darat iaitu dari tanah besar (Yunan) ke selatan (Semenanjung Tanah Melayu) dan kemudiannya mengharungi lautan. Ini adalah kerana dengan adanya bahasa-bahasa Melayu rumpun di Pulau Andang yang berhampiran dengan dengan utara Pulau Langkawi. Hal ini juga menjadi persoalan apa bila terdapat penyebaran bahasa rumpun Melayu di kepulauan Ester, Madagaskar dan Hawaii kerana jika untuk sampai ke kawasan tersebut, laluan penyebaranya akan menjadi lebih rumit dan sukar. Sekiranya mereka menggunakan laluan Semenanjung Tanah Melayu, pecahan di penghujung semenanjung akan bercabang ke Sumatera dan Borneo. Begitu juga bagi beberapa teori lain mengenai bentuk kemasukan orang Melayu dari wilayah lain seperti dari New Guinea
20

Ismail Hussein, Aziz Deraman, Rahman Al-Ahmadi, 1989, Tamadun Melayu Jilid Dua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn 555.

13

dan dari Taiwan ke kepulauan Filipina. Dengan berlakunya beberapa spekulasi siri penyebaran bahasa dan masyarakat Melayu itu sendiri telah menunjukkan banyak bentuk penyebaran dan proses tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat serta mengambil masa yang lama. Selain daripada bentuk penyebaran bahasa dan penghijrahan masyarakat Melayu, evolusi terhadap bahasa Melayu itu sendiri telah mengalami beberapa perubahan. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rumpun di Dunia Melayu sejak berkurun lama itu jelas memperlihatkan bahawa terdapat beberapa siri perubahan dan evolusi terhadap bahasa itu sendiri. Melalui lautlah bahasa Melayu telah berkembang dengan proses asimilasi dan akulturasi seterusnya membentuk sebuah bahasa yang moden. Selain itu juga, aktiviti perdagangan juga telah menyumbang kepada proses perkembangan bahasa Melayu. Maka dengan itu, jelas membuktikan bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat yang sinonim dengan dunia maritim.

5.2 Istilah Tanah Air Istilah Tanah Air digunakan oleh masyarakat Melayu bagi melambangkan tempat tinggal asal, kediaman, asal usul keturunan, negeri asal dan sebagainya. Jika merujuk dalam Kamus Dewan,

14

Tanah Air membawa maksud kepada tanah tumpah darah, tanah air (ibu pertiwi,: Mereka yang bertanggungjawab terhadap atas tanah airnya21. Masyarakat Melayu telah meletakan istilah tanak air sebagai kata ganti kepada tempat asalnya dengan mengabungkan antara tanah dan air. Tanah yang mewakili bagi daratan yang terdapat dalam bentuk kepulauan dan tanah besar yang tedapat di semenanjung Tanah Melayu manakala air pula mewakili laut, sungai, dan tasik yang terdapat di Nusantara. Sinonimnya istilah tanah air ini melambangkan bahawa masyarakat Melayu telah meletakan tanah dan air adalah simbol kepada tempat teinggal mereka. Air tidak boleh dipisahkan kerana istilah ini dipercayai telah lama digunakan masyarakat terdahulu yang banyak mendiami di kawasan yang mempunyai air dan bergantung sepenuhnya terhadap air. Sekiranya mereka pergi mengembara ke kawasan lain seperti ke dalam hutan, bandar lain, pulau lain dan benua lain, maka ingatan mereka terhadap tempat asal mereka adalah tanah air mereka yang menjadi tanah asal mereka. Selain itu juga, sekiranya berlakunya peperangan atau penaklukan di kawasan meraka, pertempuran yang melibatkan pertumpahan darah telah menyaksikan bahawa kepentingan mereka untuk mempertahankan tanah air mereka. Darah yang mengalir ke tanah atau ke air itu juga menjadi kepada simbol kepada tanah air yang digunakan sebagai istilah keramat bagi masyarakat Melayu. Kini, Malaysia dan Indonesia masih menggunakan istilah ini sebagai simbol tempat asal mereka iaitu tanah air apabila disematkan dalam lagu-lagu patriotik dan penggunaannya sekiranya merantau apabila mengingati tempat asal mereka. Justeru itu, Tanah dan air telah menyaksikan bahawa masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang amat sinonim kehidupan mereka terhadap tanah dan air kerana secara sejarahnya kebergantungan mereka terhadap tanah dan air itu amatlah rapat sekali.

5.3 Seni Sastera (Pantun) Seni merupakan satu bentuk perilaku dalam kehidupan dan seni juga boleh mencorakkan latar sejarah bagi sesebuah masyarakat. Kesenian adalah keperluan kepada intipati kepada seseorang manusia, oleh dengan itu, kesenian adalah amat penting bagi kehidupan setiap individu. Seni
21

Norsehah Baharom, 2010, Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, hlmn. 1193

15

mencangkupi pelbagai aspek sebagai pegangan iaitu seni dalam pembinaan bangunan, seni ukir, seni makanan, seni pertahanan diri, seni nyanyian, seni sastera dan sebagainya. Hal yang ingin dibincangkan disini adalah perkaitan antara seni masyarakat Melayu dengan maritim. Justeru itu, banyak perkaitan yang dapat di kaitkan antara seni masyarakat Melayu dengan marin dalam menjalani kehidupan seharian. Pantun merupakan seni sastera perupamaan dari alam sekeliling terhadap kehidupan sesebuah masyarakat. Pantun akan mempunyai beberapa elemen yang penting dalam menghasilkan sesebuah pantun dan mempunyai nilai maksud yang tinggi. Elemen yang sering digunakan adalah dari elemen alam semula jadi iaitu bukit, gunung, sungai, laut dan sebagainya. Dalam perbincangan ini akan menyentuh elemen alam semulajadi iaitu sungai dan laut. Jelas sekali apabila terdapat banyak pantun yang sering menggunakan unsur laut sebagai asal dan usul negeri tersebut seperti yang dinyatakan oleh Rene Daillie22: Perahu baharu, temberang pun baharu, Baharu sekali masuk Melaka Atau Kalau tua pergi ke Kedah, Singgah semalam di Kuala Kedah Atau Orang mengail di lubuk bulang. Atau Orang berlayar di lautan Ambun Atau Berlayar kapal bertimbang arus, Patah kemudi sepanjang pantai. Dan juga Baik-baik berlayar malam,
22

Ismail Hussein, Aziz Deraman, Rahman Al-Ahmadi, 1989, Tamadun Melayu Jilid Dua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn 659

16

Arus deras, karangnya tajam, Kalau tidak malimyang faham, Di situ banyak kapal tenggelam23.

Contoh-contoh pantun diatas telah menunjukkan bahawa masyarakat Melayu membawa pantun sebagai gambaran kepada Tamadun Melayu. Walaupun perbincangan hanya terhad kepada kesenian sastera pantun di alam Melayu Melaka, akan tetapi bagi masyarakat Melayu Nusantara lain juga wujud unsur kesusasteraan yang mengambarkan ciri-ciri tamandun wilayah masingmasing.

5.4 Ritual dan Amalan Dalam kehidupan seseorang individu dari semasa ke semasa, akan diadakan beberapa majlis atau keraian yang dilakukan untuk menandakan tahap-tahap dalam kehidupanya. Antara majlis yang sering dilaksanakan ialah sambutan hari kelahiran, doa selamat, perkahwinan, majlis kesyukuran sambutan perayaan penuaian, kematian, kemenangan dan sebagainya. Dalam menjalani amalan keraian tersebut akan wujudlah beberapa upacara yang berbentuk ritual yang mempunyai konsep yang tertentu. Bagi masyarakat Melayu, kebanyakan ritual atau upacara adat banyak berbentuk kepada alam semulajadi seperti upacara puja kampung dan puja pantai24. Upacara puja pantai dilakukan oleh golongan nelayan supaya ada kuasa ghaib yang dapat menjamin kesejahteraan daripada gangguan ysng berbentuk bencana atau keberuntungan. Dalam aspek bencana, kuasa ghaib yang dipercayai berbantuk keramat, puaka dan hantu dipercayai boleh mendatangkan bala seperti kemalangan, ribut dan halangan kepada mendapatkan hasil tangkapan. Manakala aspek keberuntungan pula berbentuk pertolongan makhluk ghaib dalam memperolehi hasil tangkapan yang baik. Upacara puja pantai ini sering dilakukan oleh masyarakat Melayu ketika dahulu yang kini tidak lagi menjalaninya. Akan tetapi

23 24

Ibid. Hlmn. 662. Anwar Din, 2007, Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlmn. 131.

17

masih terdapat beberapa suku Orang Asli yang masih menjalani ritual tersebut seperti Orang Hulu di Endau dan Mah Meri di Pulau Carey25. Selain itu juga, terdapat beberapa ritual yang wujud setelah kedatangan Islam di Nusantara iaitu mandi Safar. Ritual mandi Safar ini seakan-akan sama dengan upacara puja kampung dan puja pantai. Tujuanya adalah sama iaitu untuk menolak malapetaka dan dilakukan secara mandi beramai-ramai. Ritual ini dilakukan pada hari Rabu terakhir dalam bulan Safar kerana bulan Safar dipercayai sebagai bulan bala. Masyarakat akan menghiasi diri mereka dan beramai-ramai turun ke pantai untuk mandi. Walaupun ritual ini dianggap sebagi tolak bala, akan tetapi lebih menyerupai sebuah perayaan kerana dilaksanakan dengan kegembiraan. Kini amalan mandi Safar tidak lagi diamalkan kerana ianya dianggap bertentangan dengan ajaran agama Islam26.

5.5 Sistem Perundangan yang bersangkutan dengan marin. Dengan wujudnya sesebuah tamadun dan perbandaran, maka akan wujud sesebuah sistem untuk mengawal komuniti tersebut. Setiap wilayah dan kota yang wujud di Asia Tenggara ataupun Nusantara, akan mempunyai sistem perundangan mereka yang tersendiri. Sistem yang telah direka mengikut keperluan dan faktor-faktor persekitaran akan memenuhi keperluan keselematan bagi setiap individu. Seperti di Melaka, Acheh, Terengganu, Makassar, Kedah dan sebagainya telah mempunyai set perundangan yang bersangkutan dengan laut ataupun sungai. Disebabkan bentuk muka bumi di Nusantara ini banyak bercirikan maritim maka kebanyakan kegiatan sosioekonomi banyak berhubungan dengan laut. Kepesatan kegiatan sosio-ekonomi tersebut telah mengundang kepada pelbagai ancaman keselamatan dari dalam atau luar. Ancaman yang sering dihadapi oleh mesyarakat Melayu ketika itu ialah berbentuk perlanunan, rompakan hasil tani yang dibawa, perculikan, pembunuhan, kecurian perahu, permusnahan perahu dan sebagainya. Oleh dengan itu, pemerintah setempat

25 26

Ibid. Hlmn. 149-150 Ibid. Hlmn. 150.

18

akan mengubal beberapa peraturan atau undang-undang bagi mengawal keselamatan di darat mahupun di air. Undang-undang Melaka merupakan sistem perundangan yang mempunyai aspek yang menyeluruh dan termasuklah undang-undang yang diperuntukan khas untuk keselamatan di laut dan sungai. Undang-undang Laut Melaka telah digubal ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Begitu juga diwilayah lain, beberapa sarjana berpendapat bahawa berkemungkinan besar Undang-undang Laut Melaka ini telah disalin atau diadaptasikan dari Undang-undang Laut bagi orang Acheh, Patani, Sulawesi kerana bentuk dan sistemnya hampir menyerupai Undang-undang Laut Melaka27. Justeru itu, kesinambungan sistem perundangan antara beberapa kerajaan serantau telah melahirkan satu set perundangan Undang-undang Laut Pokok yang menyeluruh dari segala aspek. Di Melaka, kewujudan jawatan khas iaitu Syahbandar adalah unutk membantu Sultan untuk menjadi wakil pemerintah di pelabuhan. Menyentuh aspek perundangan luat yang terkandung dalam Undang-undang Laut Melaka, beberapa contoh kesalahan yang berkaitan antara individu, perahu atau jong dan jenayah akan dibincangkan mengikut kesalahan dan hukuman yang dikenakan. Antaranya ialah:

Bab ini peri hukum jika seorang mengambil ayum belayar ia pada suatu negeri. Janjinya akan pulang musim. Maka antara itu, dibawanya berlayar kenegeri yang lain. Pada ketika itu, jikalau sesuatu bahaya atas yang mengambil tetapi jikalau berapa lamanya sekalipun tiada lebih daripada ganda. Demikianlah hukumnya28

Berikut adalah salah satu perkara yang telah diperuntukkan kepada individu yang mengambil penumpang, barang ataupun perahu sebagai jaminan untuk membiayai pelayaran. Sekiranya perahu itu tanggelam atau orang yang memberi modal itu hilang wangnya maka

27

Liaw Yock Fang, 2003, Undang-undang Laut Melaka & Undang-undang Laut, Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan, hlmn. Xxii. 28 Ibid. Hlmn. 92.

19

perlulah digantikan. Ianya berbeza bagi pendapat sarjana lain seperti Klinker (1947) yang menegaskan bahawa memberi ayum itu adalah memberi pertolongan kepada lanun29. Seterusnya bagi contoh undang-undang Laut yang lain ialah:

Fasal peri hukum jurumudi yang berkemudi malam. Maka berpohon angin itu hendak turun, maka tiada diberinya tahu segala awak perahu dan orang turun menongan itu. Maka diperdiamnya juga. Maka turun angin itu. Maka terkejut orang dalam jong itu sekalian. Maka adalah datang hukum kepada jurumudi itu karena disahajanya angin akan turun tiada diberinya tahu orang. Inilah hukumnya30.

Undang-undang diatas adalah berkisah mengenai seorang jurumudi yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal perahu ketika malam dan anak-anak kapal lain sedang nyenyak tidur. Sekiranya datang tanda-tanda ribut yang akan melanda dan beliau tidak memaklumkan kepada orang lain sehinggalah ribut tersebut melanda, maka beliau boleh dijatuhkan hukuman yang setimpal oleh nahkoda kapal tersebut. Kedua-dua contoh undang-undang yang telah dipetik dalam Undang-undang Laut merupakan panduan kepada masyarakat Melayu ketika itu untuk melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan laut atau sungai. Ianya akan menjadi panduan kepada seluruh masyarakat mahupun pemerintah untuk menjalani aktiviti sosial tanpa sebarang keraguan. Kawalan yang dilakukan oleh Syahbandar dan pembantu-pembantunya akan menjamin keselamatan kawasan perairan laut dan di sungai.

29 30

Ibid. Hlmn. 220-221. Ibid. Hlmn. 104.

20

6.0 KESIMPULAN Kebergantungan terhadap laut dan sungai sememangnya menjadi satu kepastian bagi seluruh masyarakat Melayu walaupun terdapat juga kerajaan yang berbentuk agraria. Faktor bentuk geografi banyak menyumbang kepada kegiatan sosio-ekonomi yang berkait rapat dengan laut. Selain itu juga, pengangkutan utama masyarakat ketika itu adalah menggunakan kapal yang mempunyai teknologi yang agak sama dengan tamadun lain. Kaedah pelayaran yang tersendiri telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu juga mempunyai teknik yang

setanding dengan masyarakat lain. Kehidupan yang bersangkutan dengan air telah melahirkan istilah tanah air bagi melambangkan jati diri dan asal usul bagi masyarakat Melayu. Justeru itu juga, maka lahirlah hiburan bagi masyarakat Melayu yang banyak menggunakan elemen air sebagai komponen dalam struktur pantun, sajak, puisi dan sebagainya. Secara kesimpulannya, masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang maritim dan telah berkembang seawal abad pertama lagi hingga ke zaman kini walaupun telah banyak mengalami perubahan terhadap masyarakat Melayu itu sendiri. Namun, aktiviti perdagangan yang melalui laut masih memberikan keuntungan yang besar pada hari ini31. Bentuk geografi yang ibarat emporium yang telah di sebarkan menjadi meluas bagi melambangkan keunikan bangsa Melayu itu sendiri.

31

Hanizah Idris, Ruhanas Harun, 2004, Malaysia Marintime Situation: Pospacts and Challenges, dalam Jurnal Jati bilangan 9, Kuala Lumpur: Universiti Malaya

21

RUJUKAN Anwar Din. 2007. Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Hanizah Idris, Ruhanas Harun. 2004. Malaysia Marintime Situation: Pospacts and Challenges. dalam Jurnal Jati bilangan 9. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Harun NZ. 2012. The Morphological History of the Malaysian Urban Form, in Journal of Study on the Tourism Development in Transformation Vol. 8, Bota : Universiti Teknologi Mara Perak Ismail Hussein, Aziz Deraman, Rahman Al-Ahmadi. 1989. Tamadun Melayu Jilid Dua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Liaw Yock Fang. 2003. Undang-undang Laut Melaka & Undang-undang Laut. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan Mohd Hazim Mohd Rusli. 2012. Straits Malacca and Singapore: Pride of the Malay Archipelago. Princeless Marintime Heritage of the World, in journal Hadhari Special Edition. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Nordin Hussin. 2008. Geography and Trade: Importance of the Straits of Malacca to World Trade. Asia and the Malay World 1700-1800 dalam Akademika Jilid 73 (Mei). Bangi: Penerbit UKM Nordin Hussin. 2011. Perdagangan dan Peradaban di Laut Malayu. Syarahan Perdana Jawatan Professor Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Norsehah Baharom. 2010. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka OConnor, Stanley J. 1986. Tambralinga and Khmer Empire. Journal of Siam Society 63 1975. Bangkok: The Siam Society

22

Pisol Maidin. 2005. Evolusi dan Perlestarian Teknologi Perkapalan Melayu di Semenanjung Malaysia, Tesis yang tak diterbitkan. Bangi : Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM Rafiuddin Afkari, Mikdar Rusdi, Md Akbal Abdullah. 2011. Penghijrahan Masyarakat Bugis ke Alam Melayu: Kajian Kes Bugis di Indragiri Hilir Riau dalam Seminar Serumpun Melayu V Universiti Hasanussin Makassar dengan Universiti Kebangsaan Malaysia

23

LAMPIRAN 1

Gambaran Perahu Melayu

Gambarah Perahu Bugis

Gambaran Perahu Lancang Kuning

Gambaran Kapal Majapahit

24

LAMPIRAN 2

You might also like