Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

SK SUNGAI BALAI MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN PENDIDIKAN BIL 1 /2013 Tarikh Masa Tempat Kehadiran (Bilangan)

Nama Yang Tidak Hadir : 26 Ogos 2013 : 2.00 Petang :Makmal Komputer : 10 orang : Puan Fauziah bt Hashim Cik Nornadimaton bt Salimin

1. Perutusan Pengerusi 1.1 Ucapan aluan 1.1.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana memberi sokongan yang padu terutamanya persediaan menghadapi UPSR. 1.1.2 Guru besar mengarahkan kepada semua guru Tahun 6 memperbanyakkan membuat latih tubi kepada murid tahun 6. 1.2 Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak 1.2.1 PPD merupakan tonggak utama kerana mempunyai akauntabiliti di sekolah. 1.2.2 Terdapat 7 objektif dalam transformasi PPD iaitu: Mempertingkatkan kehadiran murid Mempertingkatkan disiplin murid Mempertingkatkan kualiti guru Mengawal masa keberadaan guru Meningkatkan kualiti dan kepimpinan guru besar Meningkatkan penglibatan ibu bapa Meningkatkan bilangan guru yang dibimbing

1.3 Dashboard 1.3.1 Tujuan dashboard diwujudkan kerana memudahkan pihak JPN dan PPD mendapatkan maklumat-maklumat mengenai sekolah. 1.3.2 Dashboard diadakan secara online oleh pihak sekolah. 1.3.3 Pastikan siap diisi secara online sebelum pukul 9 pagi. 1.3.4 Pengisian secara online tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana sekolah tiada kemudahan internet. 1.3.5 Melalui dashboard Guru besar sebagai ketua guru manakala PPD sebagai ketua PPD. 1.3.6 Ditawarkan SIP dan SISC iaitu bagi SIP memerlukan 5 pegawai DG48 hingga Jusa C dalam aspek kepimpinan manakala SISC memerlukan 15 pegawai untuk menjaga 30 buah sekolah.Tujuannya ialah menjaga subjek dan membimbing pdp Bahasa Melayu,bahasa Inggeris dan Matematik.Jawatan ini masih belum dilantik tetapi dialu-alukan kepada pegawai yang berminat. 1.3.7 Guru akauntibiliti yang boleh menggunakan dashboard ialah guru kanan pentadbiran. 1.3.8 Semua guru digalakkan menggunakan data-data yang ada dalam dashboard. 1.3.9 Dashboard diwujudkan adalah untuk mengenalpasti punca masalah,membuat prioriti intevensi dan menyediakan pelan-pelan pendidikan. 1.3.10 PPD menasihatkan pihak sekolah supaya sentiasa memperbaiki dan menaikan band sekolah. 1.3.11 Pihak KPM lebih berfokus kepada sekolah-sekolah yang berada di band 5 supaya meningkat kepada band 4. 1.4 Isu dan Masalah 1.4.1 Pertukaran murid Pengetua sekolah masih tidak boleh menerima pertukaran murid. PPD memaklumkan bahawa ibu bapa boleh memohon manamana sekolah dan pihak PPD yang akan menguruskan pertukaran murid. 1.4.2 Amalan Guru Penyayang Diharapkan amalan guru penyayang masih dijalankan.Guru bertugas akan menunggu di hadapan pintu pagar pada waktu pagi dan waktu balik.

Cikgu Romiezaily mencadangkan OPS PAYUNG iaitu menyediakan payung di pondok jaga dan di hadapan pejabat.Tujuan OPS PAYUNG ialah menggunakan payung ketika waktu hujan. Laporan Guru penyayang sudah dihantar ke PPD oleh Puan Salmah. Setiap sekolah akan dipilih dan akan menghantar laporan guru penyayang. Program guru penyayang perlu dimantapkan sepanjang masa.

1.5 Pengurusan HEM 1.5.1 Disiplin Jika ada masalah disiplin,pihak sekolah akan mengeluarkan surat rasmi kepada ibu bapa. Pihak sekolah dikehendaki mewujudkan fail maklumat pelajar yang lengkap bagi setiap murid yang bermasalah. Pihak sekolah juga hendaklah memantapkan bimbingan dan kaunseling dan guru penyayang. Jika murid ponteng 3 hari berturut-turut,masa hari ketiga pihak sekolah akan keluarkan surat amaran yang pertama. Jika murid ponteng 7 hari berturut-turut pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran kedua. Surat amaran ketiga akan dikeluarkan sekiranya ponteng pada 10 hari berikutnya. Sekiranya ponteng selama 14 hari berturut-turut murid akan dibuang sekolah. Jika murid ponteng tidak berturut-turut sehingga 10 hari ,pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran yang pertama. Sekiranya ponteng 10 hari berikutnya tidak berturut-turut surat amaran kedua akan dikeluarkan. Murid akan dibuang sekolah sekiranya melebihi 20 hari tidak berturutturut tanpa sebab. Sebelum membuang sekolah pihak sekolah hendaklah memohon PPD dahulu. Jika wujud pergaduhan atau pergaduhan antara kaum serta jenayah kes tersebut akan diuruskan oleh pihak JPN.

1.5.2 e Kehadiran eKehadiran mestila diisi pada setiap hari secara online sebelum pukul 10 pagi. 26.08.2013 sekolah menghadapi masalah untuk isi ekehadiran kerana menghadapi masalah internet.Pemancar YES di Rungkup telah rosak. KPM mensasarkan status kehadiran untuk sekolah ialah 95 %. 1.5.3 Keselamatan Pihak sekolah hendaklah sentiasa berpandukan konsep keselamatan di luar dan dalam sekolah. Guru dan murid diingatkan supaya menjaga keselamatan ketika di sekolah iaitu pada waktu pagi dan pulang. Memastikan setiap sekolah menyediakan peraturan sekolah. Memastikan aktiviti Kokurikulum pada waktu pergi dan balik terkawal. Setiap aktiviti Kokurikulum yang disertai pastikan diisi borang kebenaran ibubapa. Pastikan setiap guru bertugas ada catitan di dalam buku laporan perhimpunan supaya boleh dijadikan sebagai bukti. Pastikan pihak sekolah mewujudkan sekolah selamat. Perlu dicat kuning dan dilabel pada kawasan yang merbaya jika ada tempat bahaya di kawasan sekolah. Pintu pagar sekolah yang hampir roboh.Oleh itu pihak sekolah berusaha memohon dana-dana untuk membaiki pintu pagar. 1.5.4 Kantin Pastikan laporan kendiri dilengkapkan. Pihak kantin sekolah diingatkan supaya amalan kebersihan dan pengurusan makanan dipertingkatkan. Hiasan bunga plastik tidak dibenarkan ada di kantin kerana mudah ada habuh. Pastikan pekerja kantin sentiasa memakai kasut tertutup dan pastikan paip bersih. 1.5.5 SPBT Pengurusan SPBT tertangguh kerana Puan Nurliyana cuti bersalin. Diharapkan Encik Romiezaily dapat membantu Puan Nurliyana untuk tempahan buku teks untuk tahun 2014. Memaklumkan kepada Puan Nurliyana membuat pelupusan bukubuku teks yang lama secepat mungkin.

1.6 Pengurusan Kokurikulum 1.6.1 peruntukan masa aktiviti kokurikulum Memastikan aktiviti-aktiviti kokurikulum mengikut pekeliling yang ada. Pastikan peruntukan waktu untuk mengadakan kokurikulum menepati masa iaitu tahun 3 selama 30 minit manakala tahap 2 120 minit. 1.6.2 Keselamatan Keutamaan keselamatan murid dan kesesuaian cuaca apabila mengadakan aktiviti kokurikulum. 1.6.3 Pakaian Kokurikulum Pastikan pemakaian kokurikulum murid mengikut unit beruniform masing-masing. Guru-guru digalakkan memakai pakaian beruniform setiap hari Rabu. 1.6.4 Data Kehadiran dan penglibatan murid Data kehadiran kokurikulum akan dibuat pada bulan September. 1.7 PPDa Pihak sekolah hendaklah menyediakan aktiviti yang berkaitan dengan PPDa. Pihak sekolah mencadangkan 7.9.2013 akan diadakan ceramah.Diharapkan Cik Nornadimaton akan merancang kertas kerja bagi program tersebut. Kaedah menenalpasti masalah murid yang terlibat dengan masalah dadah dengan membuat ujian air kencing. Ujian air kencing ini membebankan pihak kerajaan kerana 1 jalur berharga RM16 . Pastikan sebelum murid yang disyaki penagih dadah membuat ujian ini,pihak sekolah harus memohon kebenaran ibu bapa. Diwujudkan logo SLAT iaitu Skim lencana Anti Dadah. Fail anti dadah hendaklah dikemaskini dan adakan program seperti ceramah,program 5 minit dan sebagainya. 1.8 Unit Bimbingan Kaunseling Program utama bimbingan kaunseling ialah mentor-mentee,amalan guru penyayang ,menghargai murid dan sebagainya. Program mentor-mentee diadakan seminggu sekali. Telah diwujudkan sudut-sudut penghargaan di kawasan sekolah.

Indeks persepsi murid bagi program guru penyayang akan diwujudkan di sekolah.

1.9 Pengurusan sukan 1.9.1 ASAK ASAK ialah Agresif Sukan Ke Arah Kecemerlangan. Sekolah dikehendaki menjalankan latihan setiap Isnin,Rabu dan Khamis untuk persediaan latihan balapan atau padang bagi persediaan untuk tahun 2014. AJK ASAK hendak diwududkan di sekolah. 2.0 Pembentangan Jawatankuasa HEM 2.0.1 SPBT Aktiviti yang dijalankan adalah memulangkang buku teks lebihan ke bilik SPBT BOSS Daerah. Penyelaras telah mengambil jumlah buku teks yang tidak lengkap. Penyelaras telah menghadiri bengkel mengisi dan menghantar borang BTBT190.

2.0.2 Kebersihan,Keselamatan dan Kesihatan ( Program Sekolah Selamat ) Memeriksa tempat takungan air supaya tiada jentik-jentik. Menghantar laporan denggi setiap bulan ke PPD dan Pejabat Kesihatan daerah Hilir Perak. Menceriakan kawasan pagar sekolah dan membuat folio dan menghantarnya ke PPD. Mengadakan pelancaran program 1 malaysia Kempen kawalan Tikus pada 24 Ogos 2013 melibatkan seluruh warga sekolah.

2.0.3 Sistem Maklumat Murid/BMM/APDM Awal bulan Januari data murid tahun 2-6 telah dikemaskini oleh guru kelas dengan melakukan naik kelas daripada tahun sebelumnya.Murid baru,guru kelas telah melakukan pindah sekolah.Bagi murid yang masih belum mempunyai maklumat pada tahun sebelumnya,guru kelas telah memberikan borang maklumat murid kepada ibu bapa untuk diisi dan kemudian mendaftarkan murid tersebut dalam sistem Aplikasi Pangkalan data Murid. Pada Januari hingga Ogos data murid dikemaskini oleh guru kelas dan penyelaras APDM dari semasa ke semasa bagi mengelakkan

terdapatnya maklumat murid yang tidak lengkap.data yang lengkap akan memudahkan kiraan bilangan enrolmen keseluruhan dan akan digunakkan dalam sistem lain termasuk ekehadiran,SAPS dan SPPBS. Pada 22 Februari maklumat murid dalam SMM telah dikemaskini dan salinan disket telah dihantar ke PPD.

2.0.4 Kantin Sekolah Melengkapkan laporan kantin pada setiap akhir bulan ke PPD dan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak. Memastikan persekitaran kantin sentiasa bersih dan memastikan pekerja mendapatkan suntikan pelalian TYPHOID. Mengenalpasti bahan-bahan mentah serta peralatan yang digunakan bersih . Pada 21,03.2012 Gred B diberikan oleh pegawai kesihatan yang memeriksa kantin. 27.02.2013 Gred A telah diberikan oleh pegawai kesihatan yang memeriksa kantin dan diharapkan dapat mengekalkan gred tersebut. Perkhidmatan kantin akan berakhir pada hujung tahun 2013 setelah 3 tahun perkhidmatan dan bonus 1 tahun.

2.0.5 Pendaftaran Dan Pertukaran Murid Program pendaftaran dan suai kenal murid tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2013 diadakan pada 28 .12.2012. Berlaku pertukaran 2 orang murid dari selangor dan Melaka ke sekolah ini.

2.0.6 Penempatan Murid ke Sekolah Menengah /asrama Bagi sekolah menengah kawalan pendaftaran dibuka pada 01.08 sehingga 14.09.2013. Bagi sekolah asrama penuh pendaftaran dibuka pada 01.09 sehingga15.10.2013. Pengesahan perlu dubuat pada 01.09 sehingga 14.11.2013. Pendaftaran ke sekolah menengah akan diisi oleh guru kelas iaitu Puan Fauziah.

2.0.7 Guru Penyayang Menyambut kedatangan murid di pintu pagar setiap hari iaitu guru bertugas mingguan akan menyambut kedatangan murid setiap hari di pintu pagar. Bersalaman dengan murid ketika pulang akan dilakukan ketika habis waktu persekolahan sambil murid mengucapkan terima kasih kepada guru. Murid tahun 5 dan 6 dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang guru.Perjumpaan akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa pada 1.35 tengahari mengikut jadual yang telah ditetapkan. Menggalakan murid memberi salam sesama mereka ketika berada di kawasan sekolah. Menyanyikan lagu selamat hari jadi dalam kelas pada hari jadi seseorang murid di dalam kelas. Memberi wang hari raya kepada semua murid sempena hari raya dari pra sekolah hingga tahun 6.

2.0.8 RMT/Projek susu sekolah RMT bermula pada 2 Januari 2013 sehingga tarikh yang telah ditetapkan. Seramai 52 orang murid mendapat RMT. RMT dijalankan pada waktu rehat iaitu 10.45-11.05 pagi Menu RMT telah ditetapkan dan dijalankan selama 5 hari bermula Isnin hingga Jumaat. Pemberian susu sekolah telah bermula pada 11 Jun 2013 iaitu 2 kali seminggu pada waktu rehat. Guru telah mengedarkan surat kebenaran kepada ibu bapa jika berminat untuk mendapatkan susu sekolah. Seramai 67 murid bersetuju menerima susu sekolah. Guru bertugas akan memberi penerangan dan peringatan mengenai rasa susu kepada murid setiap kali pemberian susu kepada murid.

2.0.9 Kebajikan Murid,Kecemasan dan bantuan KWAMP Mesyuarat pemilihan calon bersama PIBG dan AJK KWAMP. Borang permohonan diedarkan kepada murid untuk diisi dan menghantar borang tersebut kepada Tuan Haji Nur Khuzaizi b Md Yusoff.

Seramai 24 orang murid iaitu murid tahun 2 -6 yang dicalonkan telah diluluskan untuk menerima bantuan KWAMP. Bantuan tersebut telah diserahkan kepada waris pada 17 April 2013. Bagi murid tahun 1 seramai 6 orang murid mendapat KWAMP dan bayaran bantuan tersebut telah diserahkan pada 24 ogos 2013.

2.10 Disiplin Murid dan Lembaga Pengawas Seramai 15 pengawas sekolah telah dilantik iaitu murid tahun 4 -6. Pengawas akan bertugas semasa perhimpunan mingguan secara bergilir-gilir. Pengawas akan memastikan disiplin murid sepanjang waktu persekolahan berjalan dengan lancar.

2.11 UnitAnti Dadah/Program Integrasi/Bulan Kemerdekaan Perlaksanaan sambutan bulan anti dadah telah dijalankan pada 24 Jun hingga 3 Julai 2013. Beberapa aktiviti telah dijalankan iaitu kuiz terkumpul,pertandinagn mewarna tahap 1 dan melukis poster bagi tahap 2. Murid memperolehi info mengenai bahaya dan kesan pengambilan dadah melalui maklumat-maklumat yang ada di sudut anti dadah pada papan kenyataan.

2.12 Motivasi,Bimbingan dan Kaunseling Motivasi kecemerlangan pada murid tahun 6 telah dijalankan. Semua murid tahun 1-6 terlibat dalam program mentor-mentee mengikut jadual yang ditetapkan. Modul mentor-mentee telah disediakan dan aktiviti boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti guru.

3.0 Pembentangan Jawatankuasa Kokurikulum 3.0.1 Sukan Sekolah Sukan sekolah dicadangkan pada 2 Oktober 2013.

3.0.2 Laporan Persatuan Bahasa Melayu Sepanjang menjalankan aktiviti Kokurikulum Persatuan Bahasa melayu telah berjaya melaksanakan beberapa program iaiti membina teka-teki

secara kumpulan berdasarkan tiga perkara iaitu benda,buah dan sekolah.Setiap kumpulan akan meneka teka-teki yang dibina oleh kumpulan lain. Murid membina cerita pendek berdasarkan gambar secara kumpulan dan mempersembahkan hasil kerja dihadapan murid-murid lain. Bergotong-royong menceriakankawasan sekolah dan kelas. Program memburu harta karun. Bahasa Inggeris

Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah pertandingan Spelling .Guru memberikan senarai perkataan dan murid akan mengeja secara berpasangan. Vocabulary Quiz iaitu menguji kefahaman murid dalam Bahasa Inggeris Program Treasure Hunt telah dijalankan dan murid menjawab soalansoalan mengikut stesen-stesen yang telah disediakan dalam kumpulan kecil. Aktiviti keceriaan telah dijalankan dan murid-murid ini dapat bersamasama bergotong-royong menceriakan kelas masing-masing.

Sains dan Matematik Aktiviti yang telah dijalankan ialah Bijak Sifir dimana setiap hari murid akan membaca sifir 2 9. Kira cepat telah membantu murid cara mengira dengan cepat pada waktu Kokurikulum. Kuiz Matematik telah dijalankan pada waktu perjumpaan. Keceriaan kawasan sekolah telah dijalankan pada waktu Kokurikulum.

3.0.3 Laporan Unit Beruniform Pengakap Kanak-kanak Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perjumpaan ialah mempelajari undang-undang Pengakap,mengetahui sejarah Pengakap di Malaysia. Mempelajari teori aktiviti Laung Agung yang dijalankan di dataran sekolah. Gotong-royong menceriakan kawasan sekolah telah dijalankan.

Pergerakan Puteri Islam Melukis poster sempena Maulidur Rasul telah dijalankan sempena Mulidur Rasul. Murid-murid telah didedahkan dengan aktiviti kraftangan dimana mereka diajar untuk membuat bunga tulip menggunakan kertas warna dan straw. Murid-murid didedahkan dengan mempelajari maksud Fadhilat Wuduk. Aktiviti gotong-royong telah dijalankan pada perjumpaan Pergerakan Puteri Islam pada waktu Kokurikulum.

3.0.4 Laporan 1M1S Bola Jaring Murid dapat mempelajari teknik pergerakan dalam permainan bola jaring. Guru penasihan menerangkan tentang asas permaina bola jaring seperti keluasan padang,masa bermain,kedudukan pemain. Membuat latihan untuk menyertai Pertandingan Bola Jaring kelompok 8. Menjadi juara Kelompok 8 dan mewakili kelompok ke daerah yang diadakan di SK Tanjong Bayan pada 6 April 2013.

Bola Tampar Hoki Murid didedahkan tentang pengenalan dan peraturan permainan hoki. Murid menjalani latihan kemahiran asas dan taktikal permainan. Murid didedahkan tentang teknik dan kemahiran bermain bola tampar dengan betul. Mengadakan perlawanan kecil pada waktu Kokurikulum.

3.0.5 Laporan Pencapaian Penyertaan Murid BIL 1 2. 3. 4. 5. 6. PERTANDINGAN Pertandingan PingPong Merentas Desa Pertandingan Bola Sepak Pertandingan Bola Jaring Pertandingan Bola Baling Olahraga Kelompok 8 Bilangan Pingat Olahraga : -10 Pingat Emas -4 Pingat Perak -6 Pingat Gangsa -Olahragawati Terbaik ( Nur Diana ) KELOMPOK Johan KELOMPOK Penyertaan Penyertaan Johan Penyertaan Naib Johan DAERAH Penyertaan Penyertaan Penyertaan

BIL PERTANDINGAN 1. Pertandingan Catur 2. Pertandingan Tulisan Khat (Muhd Khairul Asyraf b Mohd Sahid) 3. Amali Sains 4. Pertandingan Nasyid 5. Pertandingan Bercerita Agama 6. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu

ZON Johan

DAERAH Penyertaan -

KEBANGSAAN Johan

Naib Johan Tahap 1 Naib Johan Tahap 2 Ketiga

Penyertaan Penyertaan -

4.0 Hal-hal lain 4.0.1 Tiada 5.0 Ucapan penangguhan Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang. Disediakan oleh: Disemak oleh :

You might also like