Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

REFLEKSI

MOHD AMIR HAZWAN BIN MAMOOD 900118-10-6219 PENDIDIKAN JASMANI SEMESTER 6 Pertama dan selamanya, syukur kepada tuhan kerana dengan izin dan limpah kurnianya ,saya dan rakan kelas Pendidikan Jasmani Semester 6 2013 dapat melaksanakan satu projek wajib bagi semester ini iaitu PJM 3114 Pendidikan Jasmani Suaian. Sedikit sebanyak berkenaan subjek ini, ia merupakan satu subjek yang bukan biasa macam sebelum ini. Ia merupakan subjek khas yang mana kami sebagai bakal guru pendidikan jasmani bukan sahaja didedahkan dengan pengajaran murid biasa tetapi juga murid istimewa. Sehubungan itu juga, saya sempat bertanyakan kepada sahabat dari opsyen Pendidikan Khas, mereka meyatakan bahawa mereka belajar nk mengajar semua subjek tapi bukan Pendidikan jasmani. Saya berasa terkejut mendengarnya kerana betapa pntingnya subjek PJ suaian ini kepada saya. Kemungkinan besar, potensi saya dan rakan PJ yang lain untuk mengajar di sekolah pendidikan khas dalah tinggi. Oleh itu, pada projek ini, saya dan rakan yang lain memanfaatkan sepenuhnya apa yang dirancang dan dilaksanakan bagi membolehkan kami bersedia dengan sebarang kemungkinan. Bagi program ini, persiapan awal telah dibuat. Penubuhan organisasi dan pembahagian tugas telah dibuat seawal mungkin. Saya mendapat tugas sebagai AJK Aktiviti . tempat projek dibuat ialah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas ( penglihatan) Pekan Tuaran, Sabah. Dilaksanakan pada 27 September 2013. penulisan refleksi kali ini, saya membahagikan beberapa aspek iaitu kekuatan, kelemahan dan penambah baikan serta kesimpulan yang dapat dibuat setelah projek. Bersesuaian dengan penulisan refleksi di mana ia merupakan: Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999) Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini

membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta pemerhatian, temu bual dan soal selidik. KEKUATAN Sepanjang pelaksanaan projek yang dilakukan,secara peribadinya saya berpendapat terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan penambahbaikkan yang boleh dilakukan untuk masa hadapan. Pada pendapat saya antara kelebihan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan adalah penyampaian arahan kepada murid jelas dan boleh difahami murid. Kelebihan penyampaian arahan adalah dari segi kelantangan suara dan ulangan arahan. Masalah utama murid adalah sukar untukmemahami arahan dan fokus. Arahan yang telah diberikan adalah jelas, lantang dan berulangkali. Dengan pendekatan yang sedemikian, arahan yang telah diberikan boleh difahami oleh murid. Secara peribadinya sememangnya agak meletihkan bagi saya untuk memberikan arahan secara berulang kali, akan tetapi tanpa pemberian arahan yang berulang kali murid tidak dapat memahami arahan dan tidak akan fokus. Oleh itu secara peribadinya, saya berpendapatbahawa pendekatan yang telah digunakan merupakan kekuatan bagi sesi pengajaran dan pembelajan ini. Ia adalah normal bagi mengajar murid yang istimewa. Selain itu kekuatan lain ialah kepelbagaian aktiviti dan kreativiti permainan ang dibuat. Terdapat 4 aktiviti yang dilaksanakan iaitu Telinga Lintah, Harta Karun, Tarik Tali dan kejar kejar. Aktiviti yang dirancang itu fleksibel di mana ia dapat dilaksanakan walaupun murid yang hadir ketika itu tidak sama sepeti yang diberitahu. aktiviti menyeronokkan sehingga mana murid berasa begitu gembira dan bergerak aktif. Perancangan aktiviti juga mempunyai kekuatan di mana aktiviti ad hoc dapat dirancang supaya dapat menjadi backup plan jika aktiviti yang dibuat habis awal. Aktiviti ad hoc yang dirancang ialah cari jalan, telefon buruk dan karya . namun ia tidak dapat dijalankan kerana aktiviti utama dibuat dalam masa yang diberikan. Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana ad hoc itu sebagai backup plan. Sebagai seorang guru, perancangan amatlah penting. Bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Pendedahan kepada murid berkeperluan khas tidak menghalang kami untu melakukan yang terbaik, ini kerana walaupun mereka tidak sempurna, namun mereka diberi kelebihan dengan deria yang lain. Deria yang lain lebih peka dari manusia yang normal. Oleh itu, permainan yang dibuat lebih berasaskan bunyi bunyian . aktiviti yang tidak mempunyai bunyian, kami menjadi fasilitator untuk membantu mereka namun untuk melakukan aktiviti, mereka lebih mahir dan biasa melakukan tanpa bantuan. Kami anya menjaga mereka dari keluar dari kawasan permainan. Kawasan permainan dikelilingi oleh kotak-kotak. Kelebihan di situ, apabila murid melanggar kotak, tidak sakit dan ia mudah dikesan kerana besar. Penggunaan loceng dan radio dalam aktiviti amat membantu.

KELEMAHAN Setiap perkara pasti ada kekurangan dan kelemahan disamping kekuatan. Apa yang dapat saya analisis, ketika sepanjang aktiviti, kelemahan yang ketara ialah pengurusan . pengurusan dari sebelum ,semasa dan selepas. Aktiviti yang dibuat baik, namun bagi murid yang berkeperluan khas penglihatan, mereka tidak memerlukan suasana yang riang semasa aktiviti yang dibuat . ini kerana, mereka memerlukan tumpuan pendengaran. Jika bising, bagaimana mereka mahu memberikan tumpuan. Penggunaan tali semasa tarik tali sesuai. Namun tali tersebut sudah lama dan agak kasar. Jadi ia mendatangkan bahaya kepada murid. Namun, tiada kemalangan yang berlaku di sepanjang aktiviti. Saya sendiri mendapat teguran daripada guru sekolah tersebut berkenaan aktiviti, ada satu aktiviti yang khas untuk murid berkeperluan khas penglihatan iaitu goal ball. Ia memerlukan tumpuan dan susanan yang sunyi dan senyap kami tidak melaksanakan permainan itu kerana tidak tahu berkenaannya. Dan itulah kali pertama saya mendengarnya.

PENAMBAHBAIKAN Apa yang perlu diubah dan diperbaiki yang pertamanya ialah berkaitan pengurusan . untuk program menjadi lancar, kita seharusnya merancang lebih awal dan menguruskan segalanya lebih awal. Backup plan perlu dibuat bagi mendatangi sebarang kemungkinan. Segalanya perlu di ambil tahu supaya projek tidak kelam kabut dan pihak yang lain seperti hotel, sekolah dapat bersedia. Seterusnya, sebagai seorang guru , seharusnya perlu banyak ilmu . untuk mendapatkan ilmu, guru erlu cari dengan pelbagaicara. Membaca dan bertanya adalah satu sesi menuntut ilmu. Jika kurang bertanya, kuranglah yang di dapatkan. Seperti permainan Goal ball,jika membuat pembacaan berkenaan permainan masalah penglihatan, pasti kami akan tahu permainan tersebut.

Kesimpulannya, untuk aktiviti ini, da banyak yang perlu dipelajari. Tidak kurang juga banyak yang saya pelajari di sepanjang aktiviti ini. Oleh itu, apa yang dapt dimanfaatkan, akan dapat digunakan pada masa hadapan, dan apa yang kurang, perlu diperbaiki. Jika tiada kesalahan, maka tiadalah pemebelajaran. sekian

You might also like