Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

[Type the document title] [Year]

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PRANOMBOR DALAM MATEMATIK KEPADA MURID-MURID KELAS K2 DENGAN TEKNIK PERMAINAN

NOOR AZREENA BINTI A.AZIZ INSTITUT PENDIDKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS

1.0

PENDAHULUAN

1.1 Kemahiran

PENGENALAN asas matematik seperti mengetahui cara untuk mengira dan

menyelesaikan masalah amatlah penting sebagai persediaan kehidupan berdikari. Matematik juga adalah kurikulum penting yang memberi kesan kepada seluruh aspek kehiduapan individu termasuk pendidikan formal, aktiviti riadah, pekerjaan dan hari-hari yang mendatang (Miller, Butler, & Lee, 1998). Oleh itu, kemahiran pranombor yang merupakan permulaan bagi Silibus Matematik Masalah

Pembelajaran KSSR tahun 1 telah diajar kepada semua murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran sejak tahun 2011. Kemahiran pranombor merupakan kemahiran yang paling awal sebelum

memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Kemahiran ini melibatkan pengkelasan dan perbandingan warna, saiz, dan bentuk. Walaupun perkara ini mudah bagi murid-murid aliran perdana, namun perkara ini kerap kali menjadi masalah kepada murid-murid khas (Miller, & Mercer, 1997). Menurut Carnine, Jitendra, & Silbert (1997), individu yang menunjukkan masalah dalam pembelajaran mungkin bukan disebabkan ketidakupayaan intelektual tetapi mungkin disebabkan reka bentuk kurikulum yang tidak bersesuaian. Oleh itu, menjadi tanggungjawab bagi guru pendidikan khas untuk mengubahsuai kurikulum agar ia bersesuaian dengan tahap murid-murid pendidikan khas. Kanak-kanak khas berpeluang untuk mengalami pengalaman pembelajaran seperti kanak-kanak biasa. Gay (2002), mengatakan kebanyakan kanak yang mengalami ketidakupayaan kelihatan normal dan sesetengahnya bekelakuan normal kecuali di

[Type the document title] [Year]


bahagian tertentu ketidakupaaan jadi mengapa mereka tidak boleh diberi peluang untuk menjadi normal dan berkelakuan seperti kanak-kanak biasa. Kewujudan pelbagai ketidakupayaan ini menjadi satu cabaran terbesar kepada semu guru pendidikan khas. Hal ini kerana murid datang dari pelbagai pengalaman pengajaran , kebolehan dan gaya pembelajaran. Keberhasilan pengajaran dan pembelajaran banyak bergantung kepada kebolehan guru untuk mengenalpasti minat dan kebolehan murid. Teknik pengajaran seperti belajar sambil main mampu menawarkan peluang murid untuk meneroka dan memperolehi maklumat melalui cara yang seronok dan menarik. Umum mengetahui bahawa alam kanak-kanak ialah alam yang paling menyeronokkan kerana ketika inilah mereka berpeluang untuk bermain dengan bebas. Jika murid-murid pendidikan khas mempunyai masalah dalam pembelajaran maka mengapa tidak guru menggunakan pendekatan dan teknik selain tradisional di dalam kelas. Hanya dengan cara ini murid pendidikan khas akan mudah memahami dan tertarik dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.

1.2

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada praktikum kali ketiga ini, pengkaji telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran matematik kepada murid-murid kelas K2 di Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra selama 3 bulan yang lalu. Sewaktu pengkaji mengajar murid K2 mengenai kemahiran pranombor, beberapa masalah telah timbul. Pengkaji telah menghadapi masalah untuk mengajar murid K2 mengenai kemahiran pranombor. Masalah yang timbul ialah kurangkan kefahaman terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Pada hari tersebut, pengkaji menggunakan kad gambar dan kad perkataan untuk mengajar kemahiran pranombor. Walaupun pada awalnya murid tertarik melihat kad perkataan dan kad gambar, namun secara keseluruhannya pengkaji tidak berpuas hati dengan suasana di dalam kelas. Apabila tiba sesi bersoal jawab, hanya 2 orang murid yang menumpukan perhatian berjaya menjawab soalan yang ditujukan oleh pengkaji. Baki 7 orang murid tidak

[Type the document title] [Year]


dapat menjawab dengan betul dan menggeleng apabila ditanya. Begitu juga keesokkan hari apabila tiba waktu mata pelajaran Matematik. Pengkaji cuba untuk mengingatkan kembali isi pelajaran sebelum ini. hanya 2 orang yang sama masih berjaya menjawab soalan dengan betul. Manakala yang lain menjawab dengan salah dan hanya meneka-neka jawapan. Perkara ini disebabkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, tumpuan murid terhadap pengajaran kurang memuaskan pengkaji. Hanya seramai 5 orang murid dari 9 orang berjaya menumpukan perhatian. Manakala selebihnya kurang menumpukan perhatian. Ini menganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang berjalan kerana pengkaji selalu memberi teguran kepada mereka. Situasi ini menyebabkan aktiviti pengajaran tidak berjalan sepenuhnya mengikut masa yang ditetapkan. Keadaan yang berlaku ini membuatkan pengkaji menilai semula aktiviti pengajaran yang dirancang. Adakah aktiviti yang dirancangkan membosankan dan tidak menarik minta murid K2? Perasaan sedih dan kecewa terdetik di hati di atas kegagalan ini kerana pengkaji telah berusaha semampu mungkin untuk merancang dan menjalankan aktiviti yang akan dapat memudahkan pemahaman murid. Namun ianya gagal. Untuk mendapatkan kepastian, pengkaji telah menjalankan satu temu bual bersama guru pembimbing yang juga merupakan guru mata pelajaran Matematik bagi kelas K2. Beliau menasihatkan pengkaji supaya menggunakan kaedah lain untuk menarik perhatian murid seterusnya meningkatkan kefahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru pelatih, pengkaji sedar banyak kelemahan berpunca dari perancangan pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Oleh itu, pengkaji bertekad untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini.

1.3

REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN

Walaupun kelas K2 berada dalam kedudukan kelas kedua di Pendidikan Khas, pencapaian murid tersebut dalam bidang matematik masih lagi di tahap yang rendah. Ini menjadikan jurang pencapaian kelas K1 dan K2 sangat jauh berbeza.

[Type the document title] [Year]


Oleh itu menjadi tanggungjawab guru yang mengajar untuk mencari kaedah dan gaya pembelajaran yang sesuai untuk membantu meningkatkan pencapaian murid kelas K2. Masalah yang sering wujud dalam kaedah pengajaran bilik darjah ialah mengadakan situasi pembelajaran yang membolehkan murid mendekati pengalaman sebenar secara langsung, terutama sekali kepada murid-murid pendidikan khas. Mereka memerlukan kaedah pengajaran yang akan dapat menarik perhatian serta memberi mereka pengalaman secara langsung. Kaedah pengajaran belajar sambil bermain apabila digunakan secara berkesan boleh meningkatkan respons murid dan kepekaan kepada perasaan orang lain. Malahan murid boleh meningkatkan kebolehan dalam berinteraksi dengan rakanrakannya yang lain. Terdapat kaijian yang membuktikan bahawa teknik main dapat memperkembangkan pengetahuan merentasi kurikulum dan meningkatkan

perkembangan kemahiran sosial, kompetens dan persediaan untuk belajar (Wood & Attfield, 2005). Dalam kajian ini, teknik main sambil belajar telah diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran matematik. Kaedah ini menyediakan satu pembelajaran yang menumpukan kepada kemahiran pranombor supaya murid kelas K2 berasa seronok dan berminat terhadap aktiviti pengajaran yang pengkaji sediakan. Secara keseluruhannya, semua responden berjaya memberi kerjasama yang baik dan seronok semasa menjalankan teknik main sambil belajar ini.

2.0

FOKUS KAJIAN

2.1

ISU KAJIAN 2.1.1 TINJAUAN AWAL

Menurut Lovitt (1898), kanak-kanak khas dibahagikan kepada tiga ciri-ciri iaitu ketidakfungsian neurologikal , masalah dalam tugasan akademik, discrepancy antara pencapaian dan potensi disebabkan pelbagai faktor. Jelas di sini

[Type the document title] [Year]


menunjukkan murid bermasalah pembelajaran kerap menganggap pembelajaran adalah sukar dan proses yang menyakitkan. Masalah pembelajaran yang dihadapi membuatkan pembelajaran seperti membaca, menulis dan matematik khususnya sangat mencabar bagi diri mereka tempoh (Sturomski, 1997). Kebanyakan murid bermasalah pembelajaran berusaha keras untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan matematik. Mereka akan menghadapi masalah dalam pembelajaran matematik, pencapaian lebih rendah dari rakan sebaya dan memerlukan kaedah khas dalam pengajaran (Kroesbergen & Van Luit, In Press). Ketidakbolehan murid bukan sahaja menggangu murid dalam mempelajari kemahiran asas seperti menambah atau menolak tetapi turut berlaku dalam kemahiran pranombor seperti mengenali bentuk atau turutan nombor (Van de Rijt & Van Luit, 1998). Perkara ini turut terjadi kepada murid-murid bermasalah pembelajaran kelas K2. Mereka menghadapi masalah dalam memahami pengajaran dan pembelajaran mengenai kemahiran pranombor. Buktinya apabila pengkaji telah menghadapi masalah ini semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun pengkaji menggunakan teknik pandang sebut dengan kad gambar berwarna-warni, ianya masih tidak dapat menarik minat dan membantu meningkatkan kefahaman murid-murid kelas K2. Kelemahan ini dapat dilihat lebih ketara apabila tiba aktiviti penilaian. Lembaran kerja yang diberi oleh pengkaji tidak dapat dijawab tanpa bimbingan guru. Sepatutnya murid dapat mejawab beberapa soalan yang disediakan oleh gurul hal ini kerana lembaran keraja meruapakan salah satu alat penilaian pencapaian murid.

2.1.2 ANALISIS TINJAUAN AWAL Kelas Pendidikan Khas sememangnya berbeza dengan kelas aliran perdana. Dalam kelas yang berbeza, murid-murid tidak disusun mengikut umur tetapi mengikut tahap kebolehan dan kesesuaian seseorang di kelas tersebut. Malahan guru tidak mengharapkan perhatian daripada seluruh murid di kelas tersebut. Daripada guru bersyarah depan papan putih, guru akan berkerja secara individu dengan setiap

[Type the document title] [Year]


murid supaya murid dapat dibantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Hanson, 2006). Terdapat beberapa faktor yang menjadi penghalang kepada murid bermasalah pembelajaran dalam Matematik. Antaranya kelemahan memori menyebabkan murid mengalami masalah untuk mengingati kandungan isi pelajaran matematik atau mengingati turutan langkah yang betul untuk sesetengah kemahiran matematik (Mercer 1997). Sebagai contoh ada murid khas yang pandai menyebut nombor mengikut turutan tetapi tidak dapat mengenalpasti simbor nombor yang mewakili sebutannya. Fokus kajian tindakan pengkaji ialah membantu murid-murid kelas K2 meningkatkan pemahaman terhadap kemahiran prabombor dalam Matematik. Masalah ini telah dikenalpasti oleh pengkaji apabila pengkaji menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran selama sejam pada 28 Januari 2013. Murid kelas K2 mempunyai tahap literasi Matematik yang rendah. Mereka hanya mampu menyebut terma di dalam Matematik tetapi tidak mengingati maksud terma tersebut seperti besar atau kecil. tinggi atau rendah dan lain-lain. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji mengaplikasikan teknik bermain sambil belajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang efektif mampu mengenlpasti perbezaan antara murid dan berkemampuan untuk membuat keputusan yang efektif agar murid memberi respons seperti yang diharapkan (Fadzilah Abd Rahman, Nurul Aini Yahya & Habibah Ab Jalil, 2010). Kaedah pengajaran yang pelbagai dan berkesan seperti teknik main sambil belajar mampu membantu murid-murid kjas dalam meningkatkan

pemahaman dan pencapaian mereka. Hasil analisa pengkaji akan melakukan kajian yang akan menumpukan fokus kepada membantu murid K2 meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran pranombor melalui aktiviti permainan. Oleh itu wujudlah pelbagai masalah seperti berikut : Sukarnya mengingati isi pelajaran kemahiran pranombor Tidak dapat menjawab soalan dari guru Tidak menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung

[Type the document title] [Year]


Menunjukkan bertingkah laku menganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran

2.1.3 KRITERIA PEMILIHAN FOKUS KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid bermasalah pembelajaran kelas K2 supaya menjadi lebih seronok dan dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efisien dan berkesan. Dengan mengaplikasikan teknik bermain sambil belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran pranombor dalam Matematik, diharapkan pengkaji dapat menyediakan pembelajaran yang berkesan dan mencapai objektif. Bermain adalah sebahagian penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ramai pengkaji dan pendidikan berterusan menyokong fakta yang mengatakan main dapat menawarkan satu pengalaman pembelajaran yang terbaik di mana perkembangan kanak-kanak akan dapat dipertingkatka. Malahan kajian menunjukkan bahawa bermain membantu perkembangan rangsangan otak melalui pembentukan sel saraf (Aliza Ali, Zahara Aziz & Rohaty Majzub, 2011) Dengan menggunakan teknik permainan, saya yakin murid saya akan dapat memberi kerjasama sepenuhnya di dalam kelas dengan memberikan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Sudah tentu keadaan ini akan dapat membantu mengawal tingkah laku dan seterusnya meningkatkan kefahaman murid kelas K2 dalam kemahiran pranombor. Selain iitu, diharapkan kajian ini akan dapat meningkatkan pencapaian murid di dalam mata pelajaran Matematik bermasalah pembelajaran dan seterusnya berjaya

mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan seharian selaras misi dan visi Pendidikan Khas.

[Type the document title] [Year]


2.2 TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN DENGAN ISU KAJIAN 2.2.1 TEORI BERKAITAN Ahli teori perkembangan kanak-kanak, Lee Vygotsky pernah mengatakan bahawa bermain adalah sumber utama dalam perkembangan awal kanak-kanak (Vygotsky, 2002). Beliau memahami bahawa kanak-kanak khas perlu didedahkan sebanyak mungkin dalam aktiviti biasa bagi kelas normal (Neary, 2010). Teknik bermain sambil belajar telah diterapkan di kelas normal sejak dahulu lagi. Maka, mustahil teknik bermain tidak boleh diterapkan di dalam kelas Pendidikan Khas. Teori Vygotsky berasaskan kepada Cultural-Historical Theory . Teori ini memberi idea bahawa perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada interaksi kanakkanak dengan persekitaran sosialnya. Interaksi ini melibatkan orang di

persekitarannya seperti ibu bapa, guru, rakan sepermainan, rakan sekelas, keluarga. Malahan ia turut membabitkan hubungan dengan objek tertentu seperti buku, permainan atau aktiviti spesifik di dalam kelas, rumah atau taman permainan. proses kognitif berlaku hasil daripada interaksi sosial dan budaya. (Kelly, 2012). Vygotsky turut pernah mengatakan bahawa setiap fungsi perkembangan kanakkanak berkembang pada dua peringkat. Peringkat pertama adalah pada tahap sosial dan kemudian tahap individu. Tahap pertama iaitu antara manusia atau dikenali sebagai interpsychological dan kemudian di dalam diri kanak-kanak atau intrapsychological. Oleh itu, pembelajaran adalah satu proses interaksi yang berlaku di persekitaran murid bersama guru, ibubapa, rakan dan seterusnya berlaku dalam diri murid melalui proses dalaman (internalisation). Sebagai pendidik, guru mestilah mendedahkan murid terhadap interaksi sosial yang akan memudahkan proses pembelajaran berlaku dalam diri murid-murid . Ada jua pendapat ahli pendidikan yang mengatakan bahawa Jean Piaget adalah seorang ahli teori yang mengutarakan topik bermain. Umum mengetahui bahawa Piaget mengasaskan 4 peringkat dalam perkembangan kanak-kanak iaitu sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Kesemua teori ini membawa prinsip bahawa bermain adalah untuk keseronokkan dan dalam masa yang sama memberi peluang murid untuk berlatih tentang apa yang telah dipelajari sebelum ini (Fox, 2007).

[Type the document title] [Year]


2.2.2 KAJIAN LEPAS YANG BERKAITAN Kepelbagaian adalah lumrah manusia. Begitu juga dengan murid yang sentiasa mempunyai berbeza dalam pelbagai cara yang tersendiri. Ini salah satu cabaran bagi pendidik kini iaitu menghadapi murid yang mempunyai pelbagai latar dan kebolehan. Murid yang datang akan berbeza dari segi motivasi, komitmen, kebolehan dan gaya pengajaran dan pembelajaran (Kirkland, 2008). Kajian terkini menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dianggap sebagai proses linear atau sejajar memindahkan pengetahuan dari guru kepada murid ata dari bahan bantu mengajar kepada murid (Fadzillah Abd Rahman, Scaife & Habibah Ab Jalil, 2010). Sebaliknya guru bukan sahaja membekalkan maklumat kepada murid tetapi juga meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan semua tahap dan kepelbagaian murid-murid. Umum mengetahui bahawa kanak-kanak terdiri daripada pelbagai kategori ketidakupayaan seperti down sindrom, slow learner, dislexia dan lain-lain. Sudah tentu tahap kemampuan dan kebolehan mereka berbeza antara satu sama lain. Mereka kerap kali dimasukkan ke dalam sebuah kelas bercampur ketidakupayaan dan tahap. Disebabkan wujudnya kepelbagaian murid pendidikan khas maka pendekatan dan prinsip yang berbeza diperlukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan serta effektif. Azriel et al (2005) mengatakan bahawa walaupun murid mempunyai pelbagai pelbagai dari segi umur, ekonomi, etnik, latar belakang sosial namun mereka dapat memahami bahasa permainan. Begitu juga dengan ramai pengkaji dan pendidik berterusan menyokong kenyataan bahawa kanak-kanak akan belajar melalui teknik bermain sambil belajar. Malahan kajian menunjukkan kanak-kanak yang dirangsang dengan pengalaman yang bersesuaian akan dapat meningkatkan neurologi, kognitif, dan kemahiran motor. Hal ini kerana kanak-kanak khas tidak mampu mengikuti proses pengajaran seperti rakan sebayanya yang lain. Hanya dengan latihan, modelling, perulangan dan peneguhan positif dapat membantu pengajaran. Sementara semua ini membantu murid dalam pengajaran, murid turut akan diberi peluang dalam memperolehi pengetahuan melalui aktiviti berasaskan sensori. Teknik bermain sambil belajar adalah satu aktiviti di mana murid pelbagai

[Type the document title] [Year]


ketidakupayaan berseronok bersama dan dapat dinotivasikan sepanjang tempoh persekolahan (Kelly, 2012). Dalam perkembangan luar negara, ramai yang mengatakan bahawa permainan memberi impak yang negatif kepada perkembangan kanak-kanak sejaik seawal tahun 1961. Oleh itu, sebuah pertubuhan ditubuhkan dengan nama International Play Association yang dibertanggungjawab melindungi hak kanak-kanak untuk bermain (Wenner, 2009). Begitu juga dengan United Nations High Commission for Human Right yang menegaskan bahawa kanak-kanak berhak untuk bermain. Situasi ini jelas menunjukkan walaupun mendapat tentangan tetapi kajian telah dijalankan dan hasilnya banyak impak postif yang dapat kanak-kanak dapat sekiranya teknik bermain sambil belajar diterapkan di kelas-kelas. Menurut Aliza Ali, Zahara Aziz & Rohaty Ajzub (2011), bermain adalah sebahagian daripada pendidikan awal kanak-kanak yang berpotensi menyediakan kanak-kanak dengan pembelajaran yang bermakna. Malahan, bermain adalah bahagian hidup yang sangat penting kepada kanak-kanak. Seorang kanak-kanak dapat mempelajari suasana di sekelilingnya melalui bermain. Mereka akan dapat meluahkan dan membentuk pengetahuan baru di minda mereka ketika bermain. Semakin aktif kanak-kanak tersebut di dunia bermain maka semakin banyak pengetahuan yang dapat diperolehi. Selain itu, kajian mereka juga mengatakan bahawa bermain penting dalam perkembangan minda yang sihat. Buktinya, terdapat kajian yang menunjukkan bermain membantu perkembangan minda dengan merangsang minda melalui pembentukan sel saraf. Malahan, satu ujikahi dijalankan kepada tikus. Tikus yang dibesarkan dalam persekitaran yang sentiasa dirangsang mempunyai otak yang besar dan dapat mencari jalan keluar mazes denga n lebih cepat. Ianya umpama otak manusia yang memberi respond kepada permainan dan mengekplorasi melalui cara yang sama. Permainan membenarkan kanak-kanak menjadi kreatif dalam memperkembangkan imaginasi tersendiri dan ianya adalah penting dalam perkembangan minda yang sihat. Secara kesimpulannya, menurut Manwaring (2012), teknik bermain sambil belajar ialah interaksi antara kanak-kanak dengan dunia di persekitarannya. Bermain dapat

10

[Type the document title] [Year]


membantu dalam perkembangan minda yang sihat di mana kanak-kanak berpeluang untuk menjadi kreatif dan berimaginasi. Malahan, bermain dapat meningkatkan kemahiran, membina keyakinan dan melatih kerjasama kumpulan, bermain juga dapat membentuk dan merapatkan perhubungan terutamanya keluarga, kawankawan dan orang lain di persekitaran kanak-kanak tersebut. Semua impak postif ini amat bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas. Walaupun mereka tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik pengajaran biasa, tidak semestinya mereka tidak akan mampu belajar jika guru menggunakan pendekatan yang lain. Sudah tentu sesuatu teknik yang akan memberi peluang mereka menggunakan sensori dapat menarik minat serta membantu dalam meningkatkan kebolehan mereka walaupun prosesnya berjalan agak perlahan.

3.0

OBJEKTIF SOALAN KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid kelas K2 Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra diharap akan mencapai objektif berikut :3.1 OBJEKTIF UMUM

Meningkatkan prestasi murid kelas K2 dalam mata pelajaran Matematik 3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Meningkatkan kefahaman murid dalam kemahiran pranombor Murid berkeupayaan menggunakan terma dalam kemahiran pranombor dengan betul Meningkatkan keupayaan murid untuk mengaplikasi terma dalam kemahiran pranombor dalam kehidupan seharian Meningkatkan peratus murid yang mendapat markah baik dalam Matematik

3.3

PERSOALAN KAJIAN

11

[Type the document title] [Year]


Pengkaji telah mereka kajian ini untuk mengeksplorasi soalan seperti berikut : Apakah kaedah yang mampu meningkatkan kefahaman murid kelas K2 terhadap kemahiran pranombor dalam Matematik? Bagaiamana teknik bermain sambil belajar dapat membantu murid Khas K2 dalam meningkatkan kefahaman mereka dalam kemahiran pranombor? Adakah teknik yang pengkaji aplikasikan berjaya meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam Matematik khususnya kemahiran pranombor? Berjaya teknik bermain sambil belajar untuk mengawal tingkah laku murid kelas K2?

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 9 orang murid kelas K2 daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Bangi. Kelas yang terpilih merupakan kelas kedua daripada empat kelas di PPKI. Responden terdiri daripada 6 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Purata umur responden pengkaji ialah antara 7 hingga 12 tahun. Responden terdiri daripada pelbagai ketidakupayaan dan kebolehan. Oleh itu, pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran berbeza. Ada responden yang lemah dan ada juga responden yang sederhana dalam pencapaian akademik masing-masing. Pemilihan ini adalah untuk melihat keberkesanan teknik bermain sambil belajar dalam meningkatkan kefahaman resonden terhadap kemahiran pranombor bagi mata pelajaran Matematik KSSR Tahun 1. Berikut adalah profil ringkas bagi responden kelas K2.
MURID JANTINA UMUR MASALAH GDD SPEECH DELAY AUTISM ADHD ADHD ADHD

11

B C D

L L P

9 11 9

12

[Type the document title] [Year]


E F G L P P 12 9 9 H P 12 I L 7 AUTISM GDD ADHD DOWN SYNDROME SLOW LEARNER SLOW LEARNER

*ADHD = ATTENTION DEFISIT HYPERACTIVE DISABILITY *GDD = GLOBAL DEVELOPMENT DELAY

5.0

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Bagi mendapatkan lagi maklumat mengenai tahap kemampuan murid, saya telah melakukan ujian diagnostik, pemerhatian dan temu bual bagi mengenalpasti dan menilai masalah yang dihadapi oleh murid kelas K2. Berikut ialah maklumat ringkas mengenai ujian pra yang dibuat : Ujian diagnostik dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman murid dalam kemahiran pranombor Pemerhatian dijalankan bagi melihat tingkah laku murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung Temu bual dijalankan bersama guru kelas K2 untuk menilai pengetahuan sedia ada bagi kemahiran pranombor. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan tiga intervensi untuk mengesan keberkesanan teknik bermain sambil belajar dan menambahkan peluang pembelajaran. Tiga permainan yang berbeza telah diaplikasikan dalam kelas Matematik di K2. Untuk tujuan banding beza, setiap murid hadir pada masa permainan dijalankan. 5.1 KITARAN KAJIAN 1

13

[Type the document title] [Year]


5.1.1 PERANCANGAN Tujuan utama kitaran pertama adalah sebagai satu percubaan untuk mengenalpasti dan menganalisis sama ada teknik yang digunakan boleh diterima atau kurang diterima. Intervensi yang dijalankan akan tertumpu kepada kemahiran pranombor khususnya mengklasifikasikan objek mengikut saiz. Sebelum intervensi dijalankan, pengkaji telah merangka dua set Rancangan Pengajaran Harian digunakan semasa sesi intervensi kitaran 1. 5.1.2 TINDAKAN Pengkaji menggunakan permainan yang berbeza setiap kali interaksi dijalankan. Setelah selesainya kedua-dua interaksi, pengkaji akan menjalankan ujian pos bagi melihat perubahan terhadap kemahiran pranombor murid-murid kelas K2. Pengkaji juga menganalisis dokumen lembaran kerja setelah satu sesi pengajaran selesai. yang telah

INTERVENSI 1 Tema : Pelbagai saiz Tajuk : kecil, sederhana dan besar

LANGKAH

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set induksi

Pengkaji menunjukkan tiga belon yang berbeza saiz iaitu kecil, sederhana dan besar. Murid diminta meneka tajuk pelajaran. Belon akan diletupkan oleh guru.

Langkah 1

Murid ditunjukkan tiga papan bentuk yang berbeza dan meminta murid menamakan bentuk yang dilihat. Bentuk tersebut akan diperkenalkan oleh guru.

Langkah 2

Murid melihat kad-kad bentuk yang disusun secara

14

[Type the document title] [Year]


rawak. Murid dipilih secara undian untuk menyusun semula bentuk mengikut kategori bentuk yang ditetapkan.

Langkah 3

Murid

diberi

doh doh

mainan mainan

dan

diminta saiz

untuk yang

membentuk

mengikut

ditentukan oleh guru. Hasil kerja diletakkan di atas meja untuk penilaian rakan-rakan.

Langkah 4

Lembaran kerja diberi kepada semua murid dan guru memberikan menyiapkannya. masa kepada murid untuk

Penutup

Murid disoal mengenai perasaan sepanjang proses pengajaran membuat dan pembelajaran proses berjalan. pengajaran Guru dan

rumusan

pembelajaran yang telah berjalan.

INTERVENSI 2 Tema : Pelbagai saiz Tajuk : kecil, sederhana dan besar

LANGKAH

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set induksi

Pengkaji melantik seorang murid sebagai model di hadapn kelas. Murid tersebut akan dipakaikan baju yang besar. Guru akan bertanya pendapat murid mengenai baju tersebut. Murid lain akan melihat dan mengatakan baju itu besar.

15

[Type the document title] [Year]


Langkah 1 Murid akan disoal mengenai tajuk pelajaran yang lepas. Murid ditunjukkan tiga papan bentuk yang berbeza dan meminta murid menamakan bentuk yang dilihat. Murid akan mengklasifikasikan bentuk di papan putih.

Langkah 2

Setiap murid diberikan 3 biji belon yang belon ditiup. Murid akan meniup belon mengikut arahan guru yang berlainan saiz. Belon yang telah siap akan ditampal di meja masing-masing. Belon akan

diletupkan mengikut arahan guru.

Langkah 3

Seorang murid diberi satu perkataan iaitu bola ini kecil. Ayat tersebut akan disampai secara bergilirgilir mengikut kedudukan tempat. Sambil itu, murid yang menyampaikan ayat tersebut akan

menyerahkan sebiji bola yang kecil kepada rakan yang disampaikan maklumat tersebut.

Langkah 4

Lembaran kerja diberi kepada semua murid dan guru memberikan menyiapkannya. masa kepada murid untuk

Penutup

Murid disoal mengenai perasaan sepanjang proses pengajaran membuat dan pembelajaran proses berjalan. pengajaran Guru dan

rumusan

pembelajaran yang telah berjalan.

Rajah 1 : Langkah-langkah pelaksanaan pengajaran intervensi 2

16

[Type the document title] [Year]


AKTIVITI INTERVENSI 1 Pada interaksi pertama pengkaji telah menggunakan permainan dalam langkah 3 iaitu Doh Mainan. Pengkaji memberi peluang kepada semua responden kelas K2 untuk merasa dan membentuk apa-apa bentuk secara bebas terlebih dahulu. Kemudian pengkaji menerangkan secara keseluruhan perjalanan aktiviti menerusi teknik demonstrasi. Semua responden diberi arahan oleh guru untuk membentuk doh mengikut 3 kategori bentuk yang dipelajari. Setelah siap, doh tersebut diletakkan di atas meja dan rakan-rakan lain akan membuat penilaian. Murid-murid akan menilai hasil kerja rakan-rakan yang lain. AKTIVITI INTERVENSI 2 Bagi proses interaksi kedua pula, pengkaji menggunakan langkah 2 sebagai aktiviti bermain. Permainan tersebut diberi nama Tup Tup Meletup Belonku. Bagi

permainan ini, pengkaji telah memberi 3 biji belon kepada setiap murid kelas K2. Kemudian responden akan meniup belon tersebut mengikut arahan daripada guru. Belon yang telah siap akan ditampal di meja masing-masing. Setelah semua responden selesai menjalankan aktiviti ini, murid akan diberi satu jarum setiap seorang. Belon akan diletupkan mengikut arahan daripada guru. 5.1.3 PEMERHATIAN Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati murid dapat menumpukan perhatian serta berminat dengan langkah yang telah dirancang. Namun, saya dapat melihat murid agak keliru dan kurang memahami isi pelajaran walaupun saya menggunakan teknik bermain sambil belajar. Setiap pemerhatian yang dibuat adalah berdasarkan senarai semak berstruktur. Setiap perkara yang diperhatikan dicatatkan ke dalam ruangan senarai semak. 5.1.4 REFLEKSI Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Pengkaji melihat semua responden teruja dan seronok semasa melakukan aktiviti. Malahan, interaksi yang berlaku antara pengkaji dan responden amat

menggalakkan. Begitu juga interaksi antara responden itu sendiri. Namun sedikit mengecewakan pengkaji apabila memerhati kelakuan serta hasil lembaran kerja

17

[Type the document title] [Year]


semua responden. Responden kelihatan sedikit keliru dan tidak dapat melakukan apa yang diarahkan oleh pengkaji. Mungkin terdapat kelemahan dalam

pelaksanaan aktiviti kedua-dua intervensi tersebut. Kelemahan ini akan diperbaiki pada kitaran 2 yang akan dijalankan kelak. Ujian diagnostik ini mampu untuk mengukur penguasaan dan kemahiran individu di dalam sesuatu bidang yang ingin pengkaji uji.

5.2

CARA PENGUMPULAN DATA 5.2.1 UJIAN

Sebelum melakukan kajian, pengkaji telah menjalankan ujian diagnostik bagi melihat tahap pengetahuan sedia ada semua responden kelas K2 terhadap kemahiran pranombor dalam Matematik KSSR Tahun 1. Ujian ini dijalankan dalam bentuk kemahiran menulis untuk memudahkan pengkaji melakukan kajian dan menganalisis dokumen terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik. Selain itu, pengkaji turut memberi ujian pra dan pos kepada semua responden sepanjang kajian ini berjalan. Ujian pra telah dijalankan kepada responden untuk melihat pencapaian dan penguasaan responden terhadap kemahiran pranombor sebelum pengkaji

mengaplikasikan teknik bermain sambil belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelas K2. Sementara itu, ujian pos dijalankan kepada semua responden setelah responden menjalankan aktiviti permainan bagi teknik bermain sambil belajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti permainan ini telah dibina oleh pengkaji bagi membantu meningkatkan pemahaman responden dalam kemahiran pranombor. Kedua-dua ujian ini menggunakan set soalan yang sama dan begitu juga dengan masa yang diperuntukkan. Ini bertujuan agar keputusan yang pengkaji dapat menunjukkan perubahan sebelum dan selepas aktiviti intervensi dijalankan.

18

[Type the document title] [Year]


5.2.2 PEMERHATIAN Pengkaji turut menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Kaedah pemerhatian merupakan kaedah yang mudah dijalankan kerana hanya memerlukan pengkaji membuat pemerhatian, mendengar dan mencatat maklumat yang diperolehi. Tujuan kaedah pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai tingkah laku dan kelakuan responden sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Secara tidak langsung, pengkaji dapat mengalami sendiri pengalaman sepanjang kajian dijalankan. responden. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat melihat serta menilai sejauh manakah peningkatan kemahiran pranombor bagi responden. Malahan, segala tindak tanduk setiap responden terhadap tindakan dan rangsangan yang dijalankan atas mereka diperhati agar pengkaji dapat melihat bagaimana reaksi responden terhadap aktiviti intervensi yang telah dirancang. 5.2.3 BORANG SOAL SELIDIK Malahan, pengkaji dapat berkongsi pengalaman bersama-sama

5.3

CARA MENGANALISIS DATA 5.3.1 UJIAN

5.3.2 PEMERHATIAN

19

[Type the document title] [Year]


5.4 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN 5.4.1 JADUAL PELAKSANAAN

BIL 1 2

AKTIVITI Membuat ujian diagnostik Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis kertas cadangan / proposal kajian Membuat pra ujian Menganalisis hasil ujian Merancang tindakan aktiviti intervensi 1 (kitaran 1) Melaksanakan tindakan aktiviti intervensi 1(kitaran 1) Merancang tindakan aktiviti intervensi 2 (kitaran 1) Melaksanakan tindakan aktiviti intervensi 2 (kitaran 1) Membuat pos ujian Menganalisis pos ujian Mengenal pasti kelebihan dan

TARIKH PELAKSANAAN 23 JAN 2013 25 FEB 2013

CATATAN Telah dijalankan Telah dijalankan

3 4 5 6

27 FEB 2013 1 MAC 2013 1 MAC 2013 2 MAC 2013

Telah dijalankan Telah dijalankan Telah dijalankan Telah dijalankan

4 MAC 2013

Telah dijalankan

2 MAC 2013

Telah dijalankan

9 10 11

5 MAC 2013 5 MAC 2013 6 MAC 2013

Telah dijalankan Telah dijalankan Telah dijalankan

12

kelemahan aktiviti intervensi 1 dan 2

7 MAC 2013

13

Merancang penambahbaikan kitaran 1 Merancang tindakan aktiviti intervensi 3 (kitaran 2)

7 MAC 2013

14

8 MAC 2013

20

[Type the document title] [Year]


15 Melaksanakan tindakan aktiviti intervensi 3 (kitaran 2) Merancang tindakan aktiviti intervensi 4 (kitaran 2) Melaksanakan tindakan aktiviti intervensi 4 (kitaran 2) Membuat pos ujian Menganalisis pos ujian Mengenal pasti kelebihan dan 20 kelemahan aktiviti intervensi 3 dan 4 21 22 23 Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian *BS *BS *BS 13 MAC 2013 11 MAC 2013

16

8 MAC 2013

17 18 19

12 MAC 2013 12 MAC 2013 12 MAC 2013

*BS = Belum selesai **tertakluk kepada pindaan dan perubahan

5.4.2 KOS KAJIAN BIL 1 2 3 4 5 6 7 JENIS BAHAN KERTAS A4 PRINTER CARTRDGE PHOTOSTAT BAHAN DOH MAINAN BELON DOUBLE TAPE JARUM HARGA SEUNIT RM12 RM85 RM30 RM1.50 RM7.30 RM1.20 RM0.50 KUANTITI 2 2 20 4 2 9 HARGA KOS RM24.00 RM170.00 RM30.00 RM30.00 RM29.20 RM2.40 RM4.50

21

[Type the document title] [Year]


8 9 PENSEL PEMADAM RM6.00 RM3.20 1 2 RM6.00 RM6.40 RM302.50

JUMLAH KESELURUHAN

Semua kos kajian ini adalah anggaran mengikut harga semasa. Ianya akan ditanggung oleh pengkaji sepanjang kajian ini berlangsung. Sebarang penambahan kos akan ditambah kepada laporan penuh kajian tindakan kelak.

22

[Type the document title] [Year]


RUJUKAN Aliza Ali, Zahara Aziz & Rohaty Majzub (2011). Teaching And Learning Reading Through Play. World Applied Sciences (Learning Innovation And Intervention For Diverse Learners), 14, 15-20 Azriel, J., Erthal, M., Starr, E., Answers, Questions, and Deceptions: What Is the Role of Games in Business Education. Journal of Education for Business, Sept/Oct 2005, p.9-13.

Fadzilah Abd Rahman, Jon Scaife, Nurul Aini Yahya & Habibah Ab Jalil (2010). Knowledge Of Diverse Learners : Implications For The Practice Of Teaching. International Journal Of Instruction, 3(2), 83-96 Gay, G. (2002). Culturally Responsive Teaching In Special Education For Ethnically Diverse Students : Setting The Stage. Qualitative Studies In Education, 15(6), 613629 Kelly, Lindsay Marie, (2012). The Effect of Play on the Literacy Development of Students with Severe Disabilities. Education and Human Development Master's Theses. Paper 168.

Kirkland, D. (2008). Games As An Engaging Teaching And Learning Technique : Learning Or Playing. Retrieved April 1, 2013 from icep.ie/wp-

content/uploads/2010/01/Kirkland_et_al.pdf Kozulin, A., Gindis, B., Ageyev, V., Miller, S. (2003). Vygotskys educational theory and practice in cultural context. Cambridge: Cambridge University Press.

Kroesbergen, E. H., & Van Luit, J. E. H. (2003). Mathematics Interventions For Children With Special Educational Needs: A Meta-Analysis. Remedial And Special Education, 24(2), 97-105.

Lovitt, T. C. (1989). Introduction to Learning Disabilities. Boston : Allyn & Bacon

23

[Type the document title] [Year]


Manwaring, Joanne Scandling, " (2011). "High Stakes Play: Early Childhood Special Educators' Perspectives of Play in Pre-Kindergarten ClassroomsGraduate School Theses and Dissertations.

Miller, S. P. & Mercer, C. D. (1997). Educational Aspects Of Mathematics Disabilities. Journal Of Learning Disabilities, 30(1), 47-56

Miller, S. P., Butler, F. M., & Lee, K.

(1998).

Validated practices for teaching

mathematics to students with learning disabilities:A review of the literature. Focus on Exceptional Children, 31(1), 1-24 Sturomski, N. (1997).teaching students with learning disabilities to use learning strategies. NICHCY : Interventions for students with Learning Disabilities 2, 2-15 Van de Rijt, B.A.M., & Van Luit, J.E.H. (1998). Effectiveness Of The Additional Early Mathematics Program For Teaching Children Early Mathematics. Instructional Science, 26, 337-358.

Vygotsky, L. (2002). Play and its role in the mental development of the child. Retrieved from the web on 6/10/2009 from http://www.marxists.org/archive/vygotsky. Wenner, M. (2009). The serious need for play. Scientific American Mind, 20 (1), 2229. Wood, E., and J. Attfield. 2005. Play, learning and the early childhood curriculum. 2nd ed. London: Paul Chapman In Joan Martlew , Christine Stephen & Jennifer Ellis (2011): Play In The Primary School Classroom? The Experience Of Teachers Supporting Childrens Learning Through A New Pedagogy, Early Years: An International Research Journal, 31(1), 71-83

24

[Type the document title] [Year]

25

[Type the document title] [Year]

LAMPIRAN

UJIAN DIAGNOSTIK MATEMATIK

Nama : ................................................ Kelas : ................................................. Jawab semua soalan di bawah

26

[Type the document title] [Year]

Topik 2 : Konsep Nombor Number Concept

Arahan : Tandakan ( / ) pada kumpulan yang banyak. Instruction : Tick ( / ) the large collection in each set of pictures.

27

[Type the document title] [Year]

Topik 2 : Konsep Nombor Number Concept

Arahan :

Tandakan ( / ) pada kumpulan yang sama banyak.

Instruction : Tick ( / ) the equal collection in each set of pictures.

28

[Type the document title] [Year]

BORANG PEMERHATIAN

29

You might also like