Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Bab 7: Kajian Fabrik

http://aisyahanuar.wordpress.com/pakaian/kajian-fabrik/

PENGENALAN Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah menggunakan sumber semula jadi sebagai bahan asas untuk membuat pakaian bagi melindungi tubuh mereka. Kini, dengan kemajuan sains dan teknologi telah dapat menghasilkan pelbagai jenis fabrik yang bermutu daripada sumber aslidan bahan kimia untuk pakaian dan artikel lain. Kajian fabrik meliputi klasifikasi gentian, kegunaan, dan cirinya. Pengetahuan tentang fabrik dapat

membantu kita untuk memilih fabrik yang sesuai untuk pakaian dan kelengkapan rumah tangga. Fabrik boleh diklasifikasikan kepada dua gentian iaitu: 1. Gentian Asli 2. Gentian Buatan o Gentian asli sumber tumbuhan mempunyai ciri seperti berikut: 1. Kukuh dan bertambah kukuh apabila basah 2. Mudah menyerap lembapan 3. Selesa dipakai 4. Tidak kenyal dan mudah renyuk 5. Tahan pada suhu yang tinggi dan sinaran cahaya matahari 6. Tahan pada asid lemah dan alkali o Gentian asli sumber haiwan mempunyai ciri seperti berikut: 1. Kukuh tetapi lemah apabila basah 2. Daya penyerapan yang baik 3. Selesa dipakai kerana lembut 4. Pengalir haba yang baik

5. Rosak oleh suhu yang tinggi dan alkali o Gentian buatan mempunyai ciri seperti berikut: 1. Kukuh tetapi lemah apabila basah 2. Menyerap sedikit lembapan dan mengalami elektrostatik 3. Tidak selesa dipakai 4. Penebat haba yang baik 5. Kenyal dan tidak mudah renyuk 6. Tahan pada cahaya matahari 7. Tahan pada asid dan lemah pada alkali PERBEZAAN ANTARA GENTIAN ASLI DENGAN GENTIAN BUATAN

2.1.1 KAJIAN FABRIK


http://qurratuaininasuhabpsrt.wordpress.com/pakaian/2-1-peranan-pakaian/2-1-1-kajian-fabrik/

Gentian dapat dikelaskan kepada: 1 Gentian asli 2 Gentian buatan Gentian asli gentian asli daripada sumber semula jadi, ialah:

Gentian tumbuhan Gentian haiwan Gentian tumbuhan: Gentian tumbuhan untuk fabric adalah gentian yang mengandungi 70 peratus hingga 80 peratus selulosa yang terkandung dalam biji, batang daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi unsure karbon, hydrogen, dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa padat dan teratur. Susunan ini memberikan kekuatan pada batang tumbuhan. Kapas Pokok kapas banyak ditanam di Negara India, Amerika Syarikat, Russia, China, dan Mesir. Tinggi pokok kapas lebih kurang satu hingga satu setengah meter. Pada peringkat awal, bunganya berwarna kuning muda kemudian selepas tiga hari bunga akan menjadi merah dan gugur meninggalkan lenggai atau buah kapas. Lenggai ini membesar sehingga sebesartelur ayam, terdapat tiga hingga lima garisan yang membujur yang akan merekah apabila buah kapas matang. Setiap pokok yang akan mengeluarkan sekurangkurangnya 20 biji buah dan setiap buah pula mengandungi 30 hingga 40 biji benih yang disalut dengan bebola gentian kapas. Kapas dapat dikategorikan kepada empat jenis: Kapas Sea Island Kapas Mesir Kapas Amerika Kapas India Kapas Sea Island dan kapas Mesir digunakan untuk membuat benang kapas dan fabric yang ringanseperti Batiste. Kapas Amerika sesuai dijadikan fabric yang tebal dan berat untuk kegunaan artikel kelenkapan rumah tangga dan industry. Kapas India digunakan untuk menhasilkan fabric berkualiti rendah. Struktur gentian kapas Gentian kapas dibentuk daripada unit sel yang merupakan tiub yang pipih, berpintal dan terdapat limen di tengahnya. Ciri-ciri gentian kapas

kekukuhan

- kukuh

- bertambah kukuh apabila basah kerana air yang diserap mengembangkan gentian kapas dan menyusun semula kawasan yang berhablur di dalam selulosa. -kotoran dapat dikelurkan dengan mudah.
kekenyalan - Tidak kenyal

- dapat mengekalkan bentuknya - pakaian mudah renyuk


Penyerapan lembapan -bersifat hidrofilik

-mudah menyerap lembapan -mengandungi 7% lembapan dan dapat menerap sehingga 21% air -selesa dipakai -contoh: tuala -mudah menyerap warna -tiada cas elektrostatik
Pengalir haba -Pengalir haba yang baik

-dapat memindahkan haba tubuh ketika panas buat kita rasa sejuk -diseterika pada suhu tinggi
Tindakan asid -asid hidroklorik dan asid sulfuric akan merosakkan fabric

-asid asetik dan cuka tidak memberikan sebarang kesan


Tindakan alkali -tahan kepada tindakan alkali seperti sabundan agen pencuci

-perlu dibilas sehingga bersih


Ketahanan terhadap cahaya matahari -tidak memberikan kesan

-warna pakaian menjadi pudar selepas dijemur adalah kerana pewarna yang tidak berkualiti rendah.
Proses membuat yan kapas:

1. pengasingan 2. pembentukan lap 3. penyisiran 4. penipisan 5. pemintalan proses membuat yan kapas Selepas kapas dipetik, proses memisahkan gentian kapas daripada biji benih dikenali sebagai pengasingan. Kapas berbiji dimasukkan ke dalam mesin yang mempunyai gergaji untuk mencengkau gentian dan menariknya ke dalam beberapa lubang sempit. Biji kapas yang bersaiz besar tidak dapat masuk ke dalam lubang dan gentian dipisahkan daripada biji. Untuk memudahkan pengangkutan ke kilang tekstil,gentian kapas dimampatkan menjadi beberapa bendela, kemudian digred mengikut standard yang telah berasaskan purata panjang, kebersihan, keputihan, kehalusan kekuatan, dan kematangan. Linen Gentian linen ialah selulosa batang fleks. Fleks ditanam di Russia, Poland, Perancis, dan Romania. Tinggi pokok fleks lebih kurang satu meter. Daunnya kecil dan tirus, bunganya biru atau putih dan berbatang kecil. Gentian yang baik didapati semasa pokok berbunga atau ketika batangnya berwarna hijau. Gentian fleks menghasilkan yan dan tow. Yan urai adalah gentian linen yang panjang, halus, licin, dan berkilat. Yan urai digunakan untuk membuat fabric batiste, kambrik, kain damask, untuk kain kelengkapan rumah tangga, dan pakaian. Tow adalah gentian yang pendek, kasar, warnanya pudar, lembut, dn terasa panas apabila dipegang. Tow digunakan untuk membuat pakaian, cadar, dan tuala. Struktur gentian fleks Gentian fleks berupa satu jaluran yang mengandungi lebih kurang 30 unit sel. Purata panjang gentian adalah lebih kurang 500 milimeter. Ketebalan gentian bergantung kepada jumlah sel yang terdapat dalam gentian tersebut. Sel gentian fleks dipastikan dengan adanya ruuas apabila di lihat dibawah mikroskop. Bentuk permukaan keratin rentas gentian fleks adalah polygonal. Gentian fleks mengandungi gam dan lilin. Ciri-ciri gentian linen

kekukuhan

- paling kukuh

- bertambah kukuh apabila basah kerana kerana permukaan selnya yang berpoligon
kekenyalan - Tidak kenyal

- dapat mengekalkan bentuknya - pakaian mudah renyuk


Penyerapan lembapan -mudah menyerap lembapan

-menyerap 20% air -kering lebih cepat


Pengalir haba -Pengalir haba yang baik

-dapat memindahkan haba tubuh ketika panas buat kita rasa sejuk -diseterika pada suhu tinggi
Tindakan asid -asid hidroklorik dan asid sulfuric akan merosakkan fabric

-asid asetik dan cuka tidak memberikan sebarang kesan


Tindakan alkali -tahan kepada tindakan alkali seperti sabundan agen pencuci

-perlu dibilas sehingga bersih


Ketahanan terhadap cahaya matahari -tahan apabila didedahkan kepada cahaya matahari

Proses membuat yan lilin: 1. Pereputan 2. Pembantingan 3. Penyisiran 4. Penipisan 5. Pemintalan Gentian haiwan Benang sayat ialah gentian haiwan yang mengandungi protein terdiri daripada rambut, bulu, dan filament.

Sutera Dalam jangkamasa tiga hingga tujuh hari ,telur kupu-kupu menetas, menjadi larva dan diberi makan daun malberi. Dalam jangka masa pembesaran, larva bersalin kulit sebanyak empat kali dan beratnya bertambah sepuluh ribu kali ganda dan bersedia membentuk kokun. Pada mulut larva terdapat dua pasang kelenjar. Sepasang kelenjar mengeluarkan cecair protein fibrion dan membentuk dua filamen sutera yang akan kering apabila terdedah di utara. Pada masa yang sama, sepasang kelenjar yang lain mengeluarkan bahan gam serikin yang meletakkan kedua-dua filament. Larva melilit filament tubuhnya dengan pergerakan angka lapan hingga terbentuk kokun. Dalam membuat sutera kokun ini dipanaskan untuk membunuh kepompong sebelum sempat menjadi kupu-kupu dan sebelum kepompang menebuk kokun yang boleh memendekkan filament dan merendahkan kualiti sutera. Kebanyakkan filamen sutera diperoleh daripada bombyx morri, iaitu sejenis kupu-kupu yang diternak. Sutera liar seperti Tussah atau Tussur diperoleh apabila kupu-kupu Antherea, sejenis kupu-kupu liar dikumpulan dari pokok di Asia Tenggara. Kupu-kupu ini makan daun oak dan menghasilkan sutera yang berwarna krim, kuning atau hijau. Struktur filamen sutera Fibroin tersusun rapat untuk membentuk kawasan berhablur yang menjadikan gentian sutera kukuh. Filamen sutera kelihatan seperti rod licin dan keratin rentasnya berbentuk segitiga. Bentuk segitiga ini member kilauan kepada fabrik. Ciri-ciri filamen sutera

kekukuhan

- kukuh

- ketika basah sutera akan kehilangan 20% kekukuhannya.


kekenyalan - kekenyalan sutera bergantung kepada kualiti.

- sutera yang tidak baik akan mudah renyuk


Penyerapan lembapan -fabrik sutera adalah ringan

-menyerap 20% air -kering lebih cepat


Pengalir haba -Pengalir haba yang kurang baik

-dapat mengekalkan suhu udara terlalu tinggi atau rendah

-diseterika pada suhu rendah


Tindakan asid -asid dan garam seperti peluh dan buah-buahan , agen pencuci dapat merosakkan sutera -dapat melemah dan merosakkan sutera.

Tindakan alkali

-sutera memerlukan agen pencuci yang lembut.


Ketahanan terhadap cahaya matahari -tidak tahan apabila didedahkan kepada cahaya matahari

-perlu dikeringkan ditempat teduh.

You might also like