Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

HOKI
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Sejenis permainan yang menyerupai hoki telah mula dimainkan oleh orang-orang Parsi, Greek dan Rom sejak 2000 tahun Sebelum Masihi. Menurut sesetengah ahli sejarah, permainan ini mula dimainkan semula di England pada tahun 1365 tetapi kemudian diharamkan disebabkan berlakunya kekecohan yang membawa kepada pertumpahan darah. Ia muncul semula dengan pelbagai nama seperti hogket di Peranchis, shinty di Scotland, banty di Wales dan hurley di Ireland. Walau bagaimanapun nama hockey yang digunakan di England muncul sebagai nama yang paling popular, sehinggalah digunakan sampai sekarang ini. Permainan hoki berkembang di Eropah pada 1886. Pada 1896, hoki telah dimasukkan dalam acara Sukan Olimpik. Dengan perkembangan itu, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) ditubuhkan pada tahun 1954. Di Malaysia, hanya selepas 30 tahun iaitu sejak ia diperkenalkan semula, barulah permainan tersebut mula dimainkan. Pada tahun 1948 pula, Persatuan Hoki Malaysia (PHM) ditubuhkan. Prestasi terbaik Malaysia dalam permainan hoki di peringkat dunia ialah pada tahun 1975, di mana Malaysia menduduki tempat keempat dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia. Pada ketika itu, Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kejohanan tersebut. BAGAIMANA HOKI DIMAINKAN Permainan hoki melibatkan dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai sebelas orang pemain utama dan tujuh orang pemain gantian atau pemain simpanan. Masa permainan dijalankan ialah antara 60 70 minit bergantung kepada peringkat umur para pemain. Masa rehat pada separuh masa permainan diberi. Permainan hoki ini diadili oleh dua orang pengadil.
79

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Permainan bermula di garisan tengah. Pasukan yang memulakan permainan mestilah membuat tolakan mula. Pihak lawan tidak boleh merampas bola sebelum pemain kedua daripada pasukan yang memulakan permainan menerima hantaran bola. Para pemain hanya boleh menjaringkan gol dalam kawasan D. Jaringan boleh dilakukan secara menolak, menguis, menceduk atau memukul bola. Jaringan boleh dilakukan berpunca daripada gerakan serangan, melalui pukulan sudut dekat, pukulan sudut jauh atau pukulan penalti. Gol dikira jika bola melintasi garisan gol pihak lawan. (a)

(b)

(c)

Pukulan sudut jarak dekat : (a) Seorang pemain penyerang akan menolak bola kepada rakan-rakannya yang menunggu di luar kawasan D. (b) Pemain-pemain penyerang akan cuba menjaringkan gol dengan menggunakan strategi mereka (c) Gambaran permainan semasa sudut penalti jarak jauh

80

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

KEPERLUAN DAN PERALATAN

penutup muka (helmet)

sarung tangan (glove)

alas badan (body pad)

kayu hoki

bola hoki

penghadang kaki (leg pad) penendang (kickers)

81

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAWASAN ATAU PADANG PERMAINAN


Kawasan permainan hoki berbentuk empat segi bujur yang berukuran 90 meter panjang dan 54 meter lebar dengan permukaan yang rata. Hoki amat sesuai jika dimainkan di atas padang astroturf (rumput tiruan). Terdapat lima garisan utama di padang hoki iaitu : (a) garisan tepi (b) garisan gol (c) garisan tengah 54.7 m (d) garisan 22.9 m (e) garisan D
91.4 m 9.1 m 9.1 m

22.9 m

22.9 m 3.6 m 22.9 m

7.3 m 14.6 m

Padang Permainan
Padang hoki berukuran 90 m X 54 m. Lima garisan utama membahagikan kawasankawasan dalam padang yang seharusnya mempunyai permukaan yang rata. Kebanyakan permainan hoki peringkat tinggi dimainkan di atas padang rumput tiruan.

1.5 m 22.9 m

Gol Hoki
Tiang gol terletak di tengah garisan gol. Kawasan gol bertanda garisan D yang berjejari 14.6 m dari tiang gol. Garisan tepi dan garisan tengah dibahagi dua oleh garisan 22.9 m. bendera dipacakkan pada setiap hujung garisan tepi, garisan tengah dan garisan 22.9 m.

2.1 m

0.46 m 1.22 m

garis gol 3.67 m

Gol hoki : papan setinggi 0.46 m dipasang di bahagian bawah kawasan tiang gol dan jaring dimatikan di sebelah dalam papan ini.

82

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

TEKNIK-TEKNIK KEMAHIRAN Memukul Bola (Hitting)

Memukul Bola Hantaran dalam permainan hoki boleh dilakukan dengan cara memukul bola. Pukulan dibuat tanpa bola bergerak (stationary) dan juga selepas menggelecek bola. Pegangan Kayu hoki dipegang dengan tangan kiri di atas secara berjabat tangan. Kedudukan tangan kanan mestilah rapat dengan tangan kiri. Kedudukan Badan dan Bola Posisi badan mesti selesa dan ke depan.

Menahan Bola (Stopping)


(a) (b) (c) (d) (e) (f)

(a) (b) (c) (d) (e) (f)

Pastikan badan terletak di belakang bola dan selari dengan arah bola. Kayu hoki hendaklah dalam keadaan menegak dengan kepala kayu rapat dengan permukaan padang untuk mendapat kawasan yang luas bagi menahan bola. Perhatikan bola sehingga ia ditahan Pegangan tangan kanan hendaklah dilonggarkan dalam keadaan tangan kiri ke depan supaya kayu hoki dapat dicondongkan untuk mengawal bola. Sentiasa perhatikan bola sehinggalah ia menyentuh atau terkena kayu hoki Kedua-dua kaki menghala ke arah bola yang hendak ditahan dan pemain bersedia untuk membuat satu hantaran atau pergerakan.

83

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menahan Bola Dalam Keadaan Mengilas (Reverse Stop)

(a) (b) (c) (d) (e) (f)

Bawa kayu hoki dari sebelah kanan ke sebelah kiri mengikut arah pergerakan bola. Kaki kanan dalam berkeadaan disilangkan. Kayu hoki dikilas untuk menahan bola. Pastikan kedudukan kepala di atas seiring dengan kedudukan bola. Sentiasalah perhatikan bola sehingga ia ditahan. Bersedialah untuk membuat pergerakan selepas menahan bola.

MENOLAK, MENGUIS DAN MENCEDUK Menolak (Push)

84

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Tolakan Kilas (Reverse Push)

Digunakan apabila membuat hantaran lintang atau ke arah belakang kepada pemain lain dalam kedudukan yang lebih baik

Menguis (Flicking)

Bola yang dikuis akan naik. Cara ini sangat berguna semasa kuisan ke arah gol atau semasa pukulan penalti kerana bola dikuis dengan kuat dan laju.

Menceduk (Scooping)

Pergerakan menceduk bola menggunakan pergelangan tangan dan lengan untuk mendapatkan satu cedukan yang tinggi dan jauh.

85

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MENGGELECEK (DRIBBLING) Menggelecek Cara India


Pemain-pemain mestilah melaksanakan gelecek cara India di hadapan badan dengan cara menggerakkan bola ke hadapan dan ke belakang, iaitu dengan mengiringkan badan secara bersilih ganti sambil memainkan bola dengan bahagian hadapan dan kilas kayu hoki. Tangan kiri hendaklah sentiasa menggerakkan kayu ke belakang dan hadapan atas bola. Tangan kanannya pula dalam berkeadaan membolehkan kayu hoki diputar bebas dan digabungkan dengan tangan kiri untuk melakukan gerakan ketukan bagi menukar arah gerakan bola.

Menggelecek Cara Roll atau Sisi


Kawalan rapat ke atas bola amat perlu kerana bola perlu sentiasa rapat dan dekat dengan pemain. Cara ini sangat sesuai jika bermain di atas padang astroturf, tetapi sukar dilakukan di atas padang rumput biasa.

Menggelecek Cara bebas (Loose Dribbling)


Seperti namanya, pergerakan menggelecek cara ini memerlukan kawalan bola yang bebas dan ia dibenarkan bergerak di hadapan kayu hoki. Gelecek bebas ini membolehkan pergerakan lebih pantas dan penelitian yang baik tetapi mendedahkan pemain kepada risiko bola kawalannya dirampas pemain lawan. Oleh sebab itu, pemain yang baik tidak akan membiarkan bola bergerak bebas jauh daripada kayu hokinya dan menyebabkan ia terdedah kepada dirampas oleh pemain lawan.

86

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

MENERIMA HANTARAN BOLA Terima Bola dari Depan

Menerima bola merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh setiap pemain. Pemain mestilah berupaya memperoleh serta menjaga dan mengawal bola yang telah dipukul oleh rakan sepasukan atau pihak lawan dari semua arah dengan kelajuan dan ketinggian yang berbeza-beza. Pemain mungkin dalam keadaan bergerak atau tidak bergerak semasa menerima hantaran bola ini.

Terima Bola dari Kiri atau Kanan


Sama ada menerima bola dari kiri atau kanan, pemain perlu membetulkan posisi diri masingmasing terlebih dahulu dengan pantas supaya bola mudah dihantar atau diterima serta memudahkan pergerakan mengawalnya.

Terima Bola Dari Udara (Aerial Ball)


Mengawal bola di udara dengan menggunakan kayu hoki adalah kemahiran yang agak baru. Ia diperkenalkan disebabkan oleh perubahan peraturan di mana para pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan (melainkan penjaga gol). Perkara ini bermaksud bahawa bagi mengawal pergerakan bola di udara (hantaran atau lambungan tinggi) dan pergerakan bola di bawah paras bahu, hendaklah dilakukan dengan menggunakan kawalan kayu hoki. Apabila bola jatuh ke atas tanah, kayu hoki hendaklah diletakkan atas bola bagi mengelakkan bola melantun, terutamanya jika permainan diadakan di atas padang rumput tiruan.

87

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

REBUTAN (TACKLING) Rebutan Hadapan (Forehand Tackling)

Teknik ini digunakan oleh pemain di bahagian pertahanan yang statik dalam keadaan satu lawan satu di mana penyerang perlu menggelecek bagi melepasi pihak lawan.

Rebutan Lonjak (Jab or Poke Tackle)

Cara rebutan bola ini bergantung kepada keadaan yang berlaku secara mengejut di mana seorang pemain melonjak ke hadapan bola dengan menggunakan tangan kiri.

Rebutan Kilas (Reverse Tackling)

Kemahiran pergerakan ini adalah untuk memerangkap bola dengan menggunakan reverse stick supaya penyerang menjadi terlajak dan bola dapat dikawal oleh pemain pertahanan. Rebutan bola cara ini memerlukan kekuatan dan pengawalan kilas tangan kiri. Teknik rebutan ini agak sukar untuk dilakukan sebab ia dikuasai oleh tangan kiri dan menurut peraturan, teknik ini dilakukan tanpa menghalang kayu atau badan pihak lawan. Oleh sebab itu, teknik ini jika boleh perlu dielakkan.

88

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

KAWALAN GOL (GOALKEEPING)

Pergerakan secara turutan kawalan gol secara single padding

Aksi penjaga gol dalam mengawal pintu gol

89

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGADIL PERMAINAN (UMPIRES) Isyarat Pengadil (Umpires Sign)

Isyarat Masa (Time Left)

Halangan (Obstruction)

Bola tidak mati di sudut penalti (Ball not stopped at penalty corner)

Strok Penalti (Penalty Stroke)

Buli (Bully)

Pukulan Sudut (Corner hit)

Jaringan Gol (Goal Scored)

Permainan Bahaya (Dangerous Play)

Masa Mula (Time Start)

Pukulan 16 (16-Yards hit)

Pukulan/Tolakan Ke Dalam (Hit in from the side line)

Pukulan bebas ganjak 10 m ke depan (Free hit 10 m progress)

Masa Berhenti (Time Stopped)

Sudut Penalti (Penalty Corner)

Pukulan Bebas (Free Hit)

90

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

CADANGAN LATIHAN
1

Hantaran Tolak (i)


1 A 10 ela X

Pemain di garisan A berhampiran dengan 8 biji bola. Pemain menolak bola pertama ke arah pintu X. Jarak pintu ialah satu ela. Tolakan diulangi sebanyak 6 kali. Rekod berapa kali bola melintasi pintu. 2 Hantaran Tolak (ii)
5 ela B 5 ela

2 kaki A C

2 kaki

10 ela

3 ela

Pemain berdiri di sebelah kiri penanda (kon), tiga ela dari garisan bola. Apabila arahan diberi, pemain membawa bola yang pertama, bergerak melepasi kon dan terus menolak bola ke atas gate A. Gerakan ini diulangi dengan bola ditolak melalui gate B dan seterusnya sehingga kesemua bola ditolak. Masa untuk melakukan ujian ini ialah 45 saat. Tolakan yang dibuat selepas 45 saat tidak diambilkira. 2 poin diberi untuk setiap bola melintasi gate. Ujian diulangi sekali.

3 Menguis

A 4 ela

Satu penghalang (3 kaki tinggi) diletak jarak 4 ela dari garisan A. Pemain menguis bola ke arah dan ke atas penghalang. Ulangi sebanyak 5 kali. Rekod jarak kuis yang terbaik. (Jarak antara garisan A ke tempat bola jatuh).

91

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4 Ketepatan Menguis
0 1 2 X 14 ela 3

2 ela 3 ela 4 ela

Pemain berdiri di belakang garisan berhampiran dengan enam biji bola, bola dikuis ke arah sasaran berbentuk segiempat sama seperti di rajah. Gerakan diulangi sehingga kesemua bola dikuis. Poin diberi untuk setiap bola dikuis mengikut ketepatan bola mendarat seperti di rajah. 5 Menggelecek
1 ela

5 ela

4 ela

3 ela

5 ela

4 ela

4 ela

Dari tempat permulaan, pemain berlari dengan bola melalui gates seperti bentuk zig-zag. Pemain dan bola mesti melalui setiap gate. Catat masa diambil untuk satu pusingan. Ujian diulangi sekali. 6 Menggelecek dan Mengawal Bola

A 25 ela

Dua garisan A dan B, 25 ela jarak. 5 kon diletak 5 ela jarak antara satu sama lain. Kon pertama berjarak 5 ela dari garisan A dan kon yang kelima terletak di atas garisan B. Pemain bermula di A, menggelecek bola mengikut garisan seperti dalam Rajah, sampai ke B dan pusing balik ke A. Rekodkan masa. (Pemain boleh menggunakan sebarang cara untuk menggelecek bola)

92

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

PENGAWALAN PINTU GOL (GOALKEEPING)


i

Latih tubi intensif bagi penjaga gol; bola dipukul secara bergilir-gilir

Penjaga gol mengambil posisinya di gol: i. Jurulatih X meleretkan bola di atas padang ke arah gol. Penjaga gol dikehendaki menendang bola. Prosedur diulangi. ii. Jurulatih X menguis/baling bola ke arah penjaga gol pada paras lutut. Penjaga gol dikehendaki menendang bola (volley). Prosedur diulangi.

ii

iii. Jurulatih X menguis/baling bola ke arah penjaga gol pada paras bahunya. Penjaga gol dikehendaki menahan bola dengan tangan dan seterusnya menendang bola itu dengan kaki. iii Penilaian dibuat menggunakan skala 10 poin (1-10 maksimum) berdasarkan ketangkasan,kederasan memukul lepas, teknik menendang bola dan koordinasi. Penjaga gol mengambil posisi di gol. Pemain/jurulatih X memukul bola ke arah gol. Penjaga gol dikehendaki menahan bola dan membuat pukul lepas dengan kayu. Ulangi prosedur dengan pemain Y memukul bola dan seterusnya sehingga kesemua 6 bola selesai dipukul.
A

Jurulatih menilai menggunakan skala 10 poin (1-10 maksimum) berdasarkan liputan sudut, teknik menahan bola dan teknik memukul lepas.

93

FAIL SUMBER LENGKAP GURU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CONTOH BORANG UJIAN DAN PENILAIAN KEMAHIRAN


1

Borang Ujian Semasa/Tahunan


Pusat/Sekolah:

Nama:

No. Ujian

Tarikh Kemahiran Skor No. Maksimum 12 18 12 18 (masa) 12 Catatan 1 2 3 4 5 6 7 8

1 2 3 4 5 6

MENJARING GOL (PUKULAN) MENGUIS (JARAK) HANTARAN TOLAK MENGUIS (KETEPIAN) MENGGELECEK MENOLAK KILAS

2 Borang Ujian Kemahiran


Nama: Umur: Sekolah/Pusat: tahun bulan

Tarikh: Bil. 1 2 3 4 5 6 7 KEMAHIRAN Menggelecek roll Menggelecek & Mengawal bola Memukul Menolak Menguis Hantaran Tolak Ujian Penjaga Gol 7,1 Liputan sudut, menahan bola dan pukul lepas 7.2 Tendangan bola Jarak/Masa Jarak/Masa Poin Poin Pemerhatian

94

You might also like