Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 60

1249/2

SEJARAH 2

BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Sejarah 1249/2 mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A memperuntukkan sebanyak empat soalan struktur. Soalan satu dan dua diambil daripada Sukatan Pelajaran Tingkatan Empat manakala soalan tiga dan empat diambil daripada Sukatan Pelajaran Tingkatan Lima. Setiap soalan struktur mempunyai tiga hingga lima ceraian tugasan. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan dalam Bahagian A. Dalam Bahagian B pula terdapat sebanyak lima soalan esei. Setiap soalan esei mempunyai tiga ceraian tugasan. Soalan nombor lima dan nombor enam diambil daripada Sukatan Pelajaran Tingkatan Empat. Manakala soalan nombor tujuh, lapan dan sembilan diambil daripada Sukatan Pelajaran Tingkatan Lima. Calon dikehendaki menjawab mana-mana tiga daripada lima soalan dalam bahagian ini. Masa yang diperuntukkan kepada calon untuk menjawab kertas Sejarah 1249/2 adalah selama dua jam tiga puluh minit.

PRESTASI KESELURUHAN Pada keseluruhannya, prestasi calon SPM dalam mata pelajaran Sejarah 1249/2 tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun 2009. Calon dalam kumpulan prestasi tinggi berjaya memberikan fakta secara tersusun dan kemas. Hal ini bermaksud isi jawapan yang diberikan memenuhi kehendak tugasan dan mengikut urutan. Sementara calon dalam kumpulan prestasi sederhana masih memahami kehendak tugasan, tetapi tidak dapat memberikan fakta yang mantap dan mencukupi. Bagi calon prestasi rendah pula tidak menjawab mengikut kehendak tugasan. Terdapat juga calon dalam kumpulan ini yang menjawab soalan Bahagian B secara ringkas tanpa huraian dan kadang kala terpesong.

SEJARAH 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon menjawab dan memahami kehendak soalan dengan baik. Penguasaan fakta cukup cemerlang di samping berjaya menyenaraikan fakta yang tepat melebihi daripada kehendak tugasan. Calon tidak melakukan kesalahan mengeja istilah-istilah sejarah yang dikemukakan. Di samping itu calon juga menggunakan ayat yang

sempurna untuk mempersembahkan fakta.

Sehubungan itu, setiap fakta yang dikemukakan dilengkapi dengan huraian dan contoh yang tepat. Calon berjaya memilih soalan esei yang benar-benar sesuai dengan

pemahaman, pengetahuan, dan keupayaan masing-masing.

Seperkara lagi, calon juga dapat menguasai konsep sejarah yang diuji dan dapat menggunakan pengetahuan serta pemikiran sejarah dengan baik.

Selain itu, calon dapat mengaitkan pengalaman kehidupan dalam konteks sejarah sekali gus dapat menjawab soalan-soalan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Jawapan yang diberi memperlihatkan kematangan fikiran dan pengetahuan luas yang dimiliki oleh calon.

Kumpulan Sederhana Calon boleh menulis dengan baik namun masih gagal memenuhi tugasan soalan

sepenuhnya. Bilangan fakta yang dikemukakan tidak mencukupi. Kadang-kala terdapat fakta-fakta yang bercampur aduk dan tidak tepat dengan kehendak tugasan.

Terdapat juga pengulangan fakta dalam perenggan yang berasingan.

Seterusnya,

calon juga menggunakan ayat yang tidak menepati hukum tatabahasa. Malah ada kalanya istilah yang digunakan tidak sesuai.

SEJARAH 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon juga tidak dapat mengaitkan pengalaman hidup dalam konteks sejarah apabila menjawab soalan Kemahiran Berfikir Secara Kritis pengetahuan am calon tidak meluas. Oleh dan Kreatif (KBKK) kerana

itu, jawapan calon memperlihatkan

kematangan berfikir pada tahap sederhana. Walaupun mempunyai fakta tetapi huraian fakta kurang jelas dan banyak ayat yang dibina agak bersifat umum.

Kumpulan Rendah Pada keseluruhannya, penguasaan fakta calon dalam kumpulan ini adalah terhad dan lemah. Kesalahan fakta yang disenaraikan amat ketara dan fakta yang dikemukakan berulang-ulang. Calon gagal mengetahui dan memahami bentuk dan format penulisan bagi soalan esei. Terdapat calon yang hanya mampu untuk menyalin soalan sahaja.

Di samping itu, calon tidak mempunyai pengetahuan tentang isu yang disoal terutamanya untuk soalan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kematangan berfikir kurang memuaskan kerana sering kali memberikan fakta

yang mudah dan ada kalanya kurang logik. Ini menampakkan tahap pengetahuan sejarah amat terbatas.

Selain itu, calon tidak mampu mengeja istilah-istilah sejarah dengan tepat. Terdapat juga calon yang mengemukakan fakta yang terpesong. Sementelahan pula,

penguasaan dan gaya bahasa calon adalah amat lemah. Terdapat juga calon yang seolah-olah tidak menguasai kemahiran asas membaca dan memahami soalan.

Daya usaha yang ditunjukkan agak kurang dan memperlihatkan calon tidak bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

SEJARAH 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

PRESTASI TERPERINCI Soalan 1(a) Calon dapat menyatakan nama tamadun Mesopotamia dan Mesir dengan tepat.

Terdapat calon yang menyatakan nama tamadun dengan betul tetapi tidak bertepatan dengan lokasi berdasarkan kehendak tugasan.

SEJARAH 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1(b) Calon dapat menyatakan nama Sungai Tigris/Euphrates dan Sungai Nil dengan tepat.

Terdapat calon yang menyatakan nama sungai dengan betul tetapi tidak bertepatan dengan kehendak tugasan.

SEJARAH 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1(c) Calon dapat mengemukakan pandangannya secara kritis dan kreatif sebab-sebab sungai menjadi tumpuan manusia tamadun awal. Sebagai contoh, calon dapat mengemukakan faktor kesuburan tanah, kemudahan air, sumber protein dan menjadi jalan perhubungan.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

SEJARAH 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Jawapan calon terpesong daripada kehendak tugasan.

Soalan 1(d) Calon dapat menyatakan pendapatnya dengan bernas tentang cara-cara untuk memulihara sungai. Antara fakta yang dikemukakan ialah tidak mencemarkan sungai, mengadakan kempen menjaga kebersihan sungai dan menguatkuasakan undangundang penjagaan sungai.

SEJARAH 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Soalan 2(a) Calon dapat mengemukakan bukti-bukti kedatangan agama Islam dari Semenanjung Tanah Arab, China dan India dengan tepat.

SEJARAH 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Jawapan calon terpesong.

SEJARAH 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 2(b) Calon dapat mengemukakan peranan golongan pemerintah dalam membantu menyebarkan Islam di Asia Tenggara dengan tepat. Antara fakta yang dikemukakan ialah menjalin hubungan diplomatik, hubungan perkahwinan, peluasan tanah jajahan, ketaatan rakyat terhadap pemerintah dan pengislaman golongan pemerintah.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Jawapan calon terpesong.

SEJARAH 2

10

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 2(c) Calon dapat mengemukakan sebab agama Islam mudah diterima oleh masyarakat di Asia Tenggara dengan tepat. Sebagai contoh, faktor kemurnian agama Islam itu sendiri, pedagang Islam, kebijaksanaan pendakwah dan peranan pusat kebudayaan Islam.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Jawapan calon terpesong.

SEJARAH 2

11

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3(a)

Calon dapat menyatakan ciri Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka dengan tepat.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Jawapan calon tidak menepati kehendak tugasan.

SEJARAH 2

12

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3(b) Calon dapat mengemukakan maksud wilayah pengaruh dan kedaulatan dengan tepat.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

SEJARAH 2

13

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3(c) Calon dapat menyatakan lambang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka dengan tepat. Antara lambang tersebut ialah payung kuning, cop mohor, pending, tengkolok di raja, alat regalia, pedang di raja dan nobat.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

SEJARAH 2

14

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3(d) Calon dapat mengemukakan pendapatnya tentang warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam sistem pemerintahan di Malaysia yang masih kekal hingga ke hari ini. Antara warisan tersebut ialah sistem pemerintahan beraja, agama Islam, bahasa Melayu dan adat istiadat.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Soalan 3(e)

Calon dapat menyatakan iktibar daripada sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka untuk kegemilangan bangsa dan negara Malaysia. Antara iktibar tersebut ialah pemerintah haruslah cekap, masyarakat perlu bersatu padu, rakyat mesti menghormati raja dan mematuhi peraturan negara.

SEJARAH 2

15

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Jawapan calon terpesong.

SEJARAH 2

16

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4(a) Calon dapat menyatakan matlamat Rancangan Malaya Pertama dengan tepat. Antara matlamat tersebut ialah mengurangkan kadar kemiskinan, mengurangkan jurang perbezaan antara bandar dengan luar bandar, membangunkan ekonomi luar bandar dan mempelbagaikan sumber ekonomi negara.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Jawapan calon terpesong.

SEJARAH 2

17

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4(b) Calon dapat mengemukakan tumpuan yang diberikan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaya Pertama dengan tepat. Antara tumpuan tersebut ialah aspek sosial, aspek ekonomi, mendirikan balai polis, pembukaan tanah, pendidikan, kesihatan dan perlombongan.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Jawapan calon terpesong.

SEJARAH 2

18

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4(c) Calon dapat menjelaskan peranan Lembaga Kemajuan Industri Desa (FAMA) dengan tepat. Antara peranan tersebut ialah membantu pemasaran hasil pertanian, membangunkan kawasan luar bandar, menyediakan infrastruktur di luar bandar dan memajukan industri pertanian desa.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Jawapan calon terpesong.

SEJARAH 2

19

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4(d) Calon dapat menyatakan sebab pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang memberangsangkan dengan tepat. Antara sebab tersebut ialah ancaman komunis, kejatuhan harga komoditi getah dan kekurangan kewangan.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Jawapan calon terpesong.

SEJARAH 2

20

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4(e) Calon dapat menyatakan peranan warganegara Malaysia yang patriotik untuk menjamin pembangunan negara yang berterusan. Antara peranan tersebut ialah belajar bersungguh-sungguh, mendalami kemahiran ICT, memajukan bidang sains, bersikap kreatif dan inovatif dan mempunyai kemahiran perindustrian.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Jawapan calon terpesong.

SEJARAH 2

21

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 5(a) Calon dapat mengemukakan riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W. dengan tepat. Antara riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W. ialah nama penuh baginda, berbangsa Quraisy, nama bapa dan ibu baginda, kehidupan baginda semasa kecil, pekerjaan yang baginda lakukan dan perkahwinan baginda dengan Siti Khadijah

SEJARAH 2

22

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W. sebelum baginda dilantik menjadi rasul.

Riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W. yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan. Fakta yang dikemukakan berulang-ulang dan sering berlaku kesilapan fakta.

SEJARAH 2

23

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 5(b) Calon dapat mengemukakan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. dengan tepat berserta huraian. Antara keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. ialah siddiq/berkata benar, fatanah/kebijaksanaan, tabliq/menyampaikan, amanah/dipercayai, ketua keluarga, sabar/tabah, merendah diri dan penyayang. Setiap fakta akan diikuti dengan huraian. Contohnya keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. yang dikemukakan oleh calon ialah nabi seorang yang fatanah di mana baginda telah berjaya menyelesaikan persengketaan perletakkan Hajar Aswad.

SEJARAH 2

24

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. Keperibadian yang dikemukakan oleh calon tidak disertakan dengan huraian.

SEJARAH 2

25

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan. Fakta yang dikemukakan berulang-ulang dan sering berlaku kesilapan fakta.

SEJARAH 2

26

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 5(c) Calon dapat mengemukakan pengamalan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. yang boleh membantu pembentukan masyarakat Malaysia yang gemilang dengan tepat. Antaranya ialah sentiasa amanah dengan tugas, sentiasa bertindak secara bijaksana, bertanggungjawab sebagai ketua keluarga, menghormati semua lapisan masyarakat, cekap dalam pentadbiran, mengambil berat masalah orang, sentiasa tabah menghadapi cabaran dan patuh kepada ajaran agama.

SEJARAH 2

27

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada yang diminta oleh tugasan.

Fakta dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang kala fakta tersebut bersifat umum.

SEJARAH 2

28

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 6(a) Calon dapat mengemukakan sebab yang mendorong pelaut Eropah melakukan kegiatan penjelajahan ke kawasan di luar benua Eropah berserta huraian dengan tepat. Antara sebab dan huraian yang dikemukakan ialah desakan ekonomi/gold untuk mendapatkan emas/sutera/rempah ratus, semangat keagamaan/gospel untuk menyebarkan agama Kristian, galakan pemerintah iaitu pembinaan akademi pelaut, kemunculan monarki yang menyebabkan Eropah mengalami kestabilan politik dan kejayaan Renaissance yang melahirkan semangat inkuiri.

SEJARAH 2

29

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada sebab yang diminta oleh tugasan. Sebab yang dikemukakan oleh calon kadang kala tidak diikuti oleh huraian.

SEJARAH 2

30

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Sebab yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang kala bersifat umum.

Soalan 6(b) Calon dapat mengemukakan kesan daripada kegiatan penjelajahan pelaut Eropah ke kawasan di luar benua Eropah dengan tepat. Antara kesan yang dikemukakan ialah penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah, mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah, daerah luar Eropah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah, barangan dari Timur memperkayakan ekonomi Eropah dan jalan perdagangan dikuasai kuasa Eropah.

SEJARAH 2

31

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SEJARAH 2

32

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kesan yang diminta oleh tugasan.

SEJARAH 2

33

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kesan yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang kala bersifat umum.

SEJARAH 2

34

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 6(c) Calon dapat mengemukakan bukti dengan tepat yang menunjukkan kegemilangan bangsa Eropah hasil daripada usaha penjelajahan. Antara bukti yang dikemukakan ialah kuasa Eropah menguasai tanah jajahan yang luas, hasil bumi yang dikaut dibawa balik ke negara asal, ekonomi mereka maju, kuasa Eropah menguasai jalan perdagangan, pelabuhan utama dikuasai oleh orang Eropah dan mereka membangunkan teknologi untuk menguatkan cengkaman mereka ke atas tanah jajahan.

SEJARAH 2

35

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada bukti yang diminta oleh tugasan.

Bukti yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang kala bersifat umum.

SEJARAH 2

36

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 7(a) i. Calon dapat mengemukakan sebab-sebab penentangan terhadap British di Perak dengan tepat. Antara sebab penentangan terhadap British di Perak ialah Residen tidak bertindak sebagai penasihat, menolak sistem pungutan cukai baru, sistem pungutan cukai menghapuskan hak pembesar, British menguasai kawasan pembesar dan campur tangan Residen dalam adat istiadat tempatan.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada sebab yang diminta oleh tugasan.

SEJARAH 2

37

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Sebab yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan.

SEJARAH 2

38

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

7(a) ii. Calon dapat mengemukakan sebab-sebab penentangan terhadap British di Pahang dengan tepat. Antara sebab penentangan di Pahang ialah pelaksanaan undangundang British, undang-undang British bertentangan dengan adat resam tempatan, undang-undang British bertentangan dengan sistem politik tempatan dan sistem pungutan cukai.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada sebab yang diminta oleh tugasan.

SEJARAH 2

39

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Sebab yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan.

Soalan 7(b) Calon dapat mengemukakan peristiwa penentangan di Perak dan Pahang dengan tepat. Di Perak, penentangan bermula dengan bantahan secara terbuka terhadap campur tangan British, Dato Maharaja Lela membina kubu di Pasir Salak, mesyuarat pembesar di Durian Sebatang, Dato Maharaja Lela bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh J.W.W.Birch dan J.W.W.Birch dibunuh di Pasir Salak. Manakala di Pahang penentangan bermula dengan Dato Bahaman dan rakan bersatu menentang British, Dato Bahaman menentang pembinaan balai polis, Dato Bahaman menyerang British, Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura, kubu Dato Bahaman ditawan, Dato Bahaman berundur dan Dato Bahaman meninggal dunia.

SEJARAH 2

40

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SEJARAH 2

41

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada peristiwa yang diminta oleh tugasan.

SEJARAH 2

42

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Peristiwa yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan.

Soalan 7(c)

Calon dapat mengemukakan sebab semangat perjuangan menentang British di Perak dan Pahang wajar dicontohi generasi muda masa kini dengan tepat. Antara sebab ialah mempertahankan hak politik bangsa, mempertahankan warisan budaya bangsa, menaikkan semangat untuk berjuang, kesepakatan dalam mempertahankan hak bangsa, mempertahankan maruah bangsa dan mempertahankan jati diri bangsa.

SEJARAH 2

43

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SEJARAH 2

44

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada sebab yang diminta oleh tugasan.

Sebab yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang kala sebab tersebut bersifat umum.

SEJARAH 2

45

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 8(a) Calon dapat mengemukakan maksud sistem Raja Berperlembagaan dengan tepat. Antara maksud yang dikemukakan ialah sistem pemerintahan beraja, mengikut peruntukan perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendirian dan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada maksud yang diminta oleh tugasan.

SEJARAH 2

46

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Maksud yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang kala bersifat umum.

Soalan 8(b)

Calon dapat menerangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan Malaysia dengan tepat. Fakta yang dikemukakan oleh calon diikuti dengan huraian. Antara bidang kuasa tersebut ialah Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara yang mengetuai tiga badan kerajaan, Yang di-Pertuan Agong satu daripada unsur parlimen yang berkuasa memanggil parlimen, Yang di-Pertuan Agong ketua tertinggi angkatan bersenjata yang berkuasa mengampunkan kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera, Yang di-Pertuan Agong ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengisytiharkan undangundang darurat di bawah Undang-Undang X dan Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik Pengerusi dan tiga ahli Suruhanjaya Pilihanraya.

SEJARAH 2

47

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SEJARAH 2

48

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai mana yang diminta oleh tugasan.

SEJARAH 2

49

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan.

SEJARAH 2

50

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 8(c) Calon dapat mengemukakan dengan tepat sebab sistem pemerintahan beraja di negara kita perlu dipertahankan. Antara sebab yang dikemukakan ialah telah diamalkan sejak kerajaan awal, menjadi tonggak pembentukan empayar, warisan politik tradisional, pelindung kepada semua rakyat, kuasa tertinggi yang melindungi orang Melayu dan lambang perpaduan.

SEJARAH 2

51

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada sebab yang diminta oleh tugasan.

Sebab dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang kala sebab tersebut bersifat umum.

SEJARAH 2

52

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 9(a) Calon dapat mengemukakan dengan tepat maksud globalisasi. Antara maksud yang dikemukakan ialah perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan, kesan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, aspek ekonomi, sosial dan nilai menyeberangi sempadan, dalam masa yang singkat dan meliputi skop yang luas.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada maksud yang diminta oleh tugasan.

SEJARAH 2

53

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Maksud yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang kala bersifat umum.

Soalan 9(b) Calon dapat menjelaskan dengan tepat usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menghadapi cabaran globalisasi. Antara usaha yang telah dikemukakan ialah menyediakan prasarana ICT, mempromosi penggunaan ICT, melancarkan Koridor Raya Multimedia/MSC, memulakan e-pendidikan, menyediakan belanjawan bagi projek berasaskan ICT, menggalakkan perkembangan ICT, melaksanakan k-ekonomi, menyediakan peruntukan untuk penyelidikan dan pembangunan, menggalakkan penciptaan baru, menggalakkan penggunaan penemuan baru, mewujudkan kmasyarakat, membangunkan prasarana untuk pertumbuhan k-masyarakat, menyusun semula sistem pendidikan/PPSMI, menubuhkan sekolah wawasan dan menubuhkan sekolah bestari.

SEJARAH 2

54

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SEJARAH 2

55

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada usaha kerajaan yang diminta oleh tugasan.

SEJARAH 2

56

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Sebab yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang kala bersifat umum.

Soalan 9(c)

Calon dapat mengemukakan cara seseorang murid dapat menjayakan usaha kerajaan untuk menghadapi cabaran globalisasi dengan tepat. Antara cara yang dikemukakan ialah meningkatkan ilmu pengetahuan, menguasai ICT, meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi, meningkatkan kemahiran berbahasa dan mengekalkan kerjasama/perpaduan kaum.

SEJARAH 2

57

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada cara seseorang murid dapat menjayakan usaha kerajaan untuk menghadapi cabaran globalisasi.

SEJARAH 2

58

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Cara yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan.

SEJARAH 2

59

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA CALON 1. Calon perlu mempelajari kesemua tema yang terdapat dalam sukatan pelajaran Sejarah. Namun begitu, calon bolehlah meneliti dan mengutamakan tajuk-tajuk tertentu secara khusus supaya mereka dapat menguasai fakta penting dalam tajuk tersebut. 2. Calon juga perlu memperbanyakkan perbincangan sesama rakan, membuat latihan dan menyemak semula jawapan dengan bimbingan guru. Selain itu,

calon perlu membiasakan diri menjawab soalan berbentuk KBKK. Dalam hal ini, calon perlu mengelakkan daripada terlalu bergantung kepada soalan ramalan. 3. Calon perlu meneliti dan memahami semua soalan sebelum memilih soalan yang hendak dijawab. Senaraikan isi ringkas terhadap soalan yang telah dipilih

sebelum mula menjawab soalan. Calon dinasihatkan supaya menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu dan diikuti dengan soalan yang sukar. Calon juga perlu menguruskan masa dengan sebaik mungkin. Tulisan calon perlulah bersih dan senang dibaca oleh pemeriksa.

SARANAN KEPADA GURU 1. Guru perlu merancang pengajaranya dengan berkesan supaya sukatan pelajaran dapat diajar sepenuhnya mencakupi sukatan pelajaran tingkatan empat dan lima. 2. Di samping itu, guru perlu mempelbagaikan kaedah pedagogi yang sesuai dengan setiap tema yang diajar. Hal ini penting bagi memupuk minat pelajar terhadap subjek Sejarah. 3. Selain itu, guru perlu mendedahkan teknik menjawab soalan yang betul kepada pelajar seawal mungkin supaya pelajar dapat menguasainya. Seterusnya,

latihan yang berfokus perlu diberikan kepada pelajar mengikut tahap keupayaan mereka bagi menimbulkan minat mereka terhadap subjek Sejarah.

SEJARAH 2

60

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

You might also like