Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 54

3472/2

ADDITIONAL MATHEMATICS 2

BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Matematik Tambahan 2 (3472/2) mengandungi 15 soalan yang mana dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut: Bahagian A: Bahagian ini terdiri daripada 6 soalan iaitu soalan 1 hingga soalan 6 daripada Pakej Teras (Core Package) sukatan pelajaran. Calon dikehendaki menjawab semua soalan. Bahagian ini terdiri daripada 5 soalan iaitu soalan 7 hingga soalan 11 daripada Pakej Teras (Core Package) sukatan pelajaran. Calon dikehendaki menjawab mana-mana 4 soalan. Bahagian ini terdiri daripada 4 soalan iaitu soalan 12 hingga soalan 15 daripada pakej pilihan (Elective Package) sukatan pelajaran. Calon dikehendaki menjawab mana-mana 2 soalan.

Bahagian B:

Bahagian C:

Kertas soalan ini adalah dalam dwibahasa dan satu senarai rumus juga disediakan. Calon diberi masa 2 jam 30 minit untuk menjawab kertas soalan ini. PRESTASI KESELURUHAN Secara keseluruhan, calon telah mempamerkan prestasi yang baik. Prestasi yang baik ini dapat dilihat dalam tajuk seperti Persamaan Serentak, Geometri Koordinat, Hukum Linear, Sukatan Membulat, Pembezaan, Pengaturcaraan Linear, Nombor Indeks, Penyelesaian Segitiga dan Gerakan Pada Satu Garis Lurus. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan ini dapat menjawab semua soalan dalam Bahagian A, empat soalan dalam Bahagian B dan dua soalan dalam Bahagian C seperti kehendak kertas soalan. Malahan terdapat calon yang menjawab lebih daripada empat soalan untuk Bahagian B dan lebih daripada dua soalan untuk Bahagian C. Calon dapat memahami kehendak soalan, menggunakan formula dan kaedah yang betul, mengaplikasi konsep matematik dengan baik dan menunjukkan penyelesaian yang kemas, teratur dan tepat. Kumpulan Sederhana Majoriti calon boleh menjawab mengikut bilangan soalan yang dikehendaki dalam Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Namun begitu calon menghadapi masalah dalam beberapa tajuk yang soalannya berbentuk aplikasi.
Additional Mathematics 2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon juga tidak dapat menjawab dengan lengkap dan sempurna bagi soalan-soalan tertentu. Jawapan yang diberi oleh sebahagian calon menunjukkan penguasaan konsep matematik yang agak lemah terutamanya dalam pengiraan dan manipulasi algebra. Kebanyakan calon tidak mempamerkan penyelesaian yang sistematik, teratur dan kemas. Kumpulan Rendah Kebanyakan calon kumpulan ini tidak mampu menjawab semua soalan dalam Bahagian A dengan sempurna.Untuk Bahagian B dan Bahagian C, calon hanya mampu menjawab bagi tajuk-tajuk yang tertentu sahaja. Tajuk yang menjadi pilihan majoriti calon kumpulan ini ialah Persamaan Serentak (Soalan 1), Hukum Linear (Soalan 7), Pengaturcaraan Linear (Soalan 14) dan Nombor Indeks (Soalan 15). Calon kumpulan ini hanya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam matematik.Calon menghadapi masalah dalam manipulasi algebra. Mutu jawapan calon sangat lemah, tidak kemas dan terdapat beberapa jawapan calon tiada kaitan langsung dengan kehendak soalan.

Additional Mathematics 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

PRESTASI TERPERINCI SOALAN 1 Soalan ini merupakan soalan yang sangat popular dimana kebanyakan calon menjawab soalan ini. Calon dapat menjawab dengan cemerlang serta menunjukkan penyelesaian yang teratur dan memenuhi kehendak soalan. Ini dapat dilihat dalam contoh berikut:

Additional Mathematics 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kesilapan-kesilapan yang dikesan adalah seperti berikut:

Calon tidak memberi jawapan betul kepada dua tempat perpuluhan seperti yang dikehendaki oleh soalan seperti contoh di bawah.

Contoh di bawah menunjukkan calon tidak dapat menukar perkara rumus dengan betul.

Additional Mathematics 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon menggunakan kaedah pemfaktoran bagi ungkapan kuadratik yang tidak mungkin boleh difaktorkan.Ini menunjukkan calon tidak menggunakan kaedah penyelesaian persamaan kuadratik yang betul. Kesilapan ini ditunjukkan dalam contoh di bawah.

Calon menyelesaikan persamaan kuadratik dalam sebutan y tetapi memberi jawapan itu sebagai nilai x . Ini dapat dilihat dalam contoh di bawah.

Contoh di bawah menunjukkan calon yang menggunakan rumus kuadratik yang salah walaupun rumus tersebut telah diberi dalam senarai rumus.

Additional Mathematics 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon tidak mencari nilai anu yang kedua (nilai-nilai x ) setelah dapat mencari nilai anu yang pertama (nilai-nilai y) seperti contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 2 Majoriti calon menjawab soalan ini.Sebilangan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik, boleh melakarkangraf yang dikehendaki oleh soalan, melukis garis lurus yang sesuai dan menyatakan bilangan penyelesaian bagi persamaan yang diberikan.

Additional Mathematics 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat juga sebilangan calon yang hanya dapat menjawab ceraian soalan 2(a) sahaja, iaitu melakar dengan baik graf y 1 3 cos x tetapi gagal mencari persamaan garis lurus yang sesuai seperti dalam ceraian soalan 2(b). Kesilapan-kesilapan yang dilakukan calon adalah seperti berikut: Calon melakar graf parabola bukannya graf kosinus seperti contoh di bawah.

Calon tidak menulis label-label yang penting pada graf yang dilakar dimana ini menyebabkan amplitud dan bilangan kitaran graf tidak dapat dikenal pasti. Kesilapan ini dapat dilihat dalam contoh-contoh berikut: Contoh 1:

Additional Mathematics 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh 2:

Calon tidak dapat mencari persamaan garis lurus dan melukis graf garis lurus tersebut dengan betul seperti contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh di bawah menunjukkan ada calon yang tidak dapat menulis persamaan garis lurus dalam bentuk teringkas.

SOALAN 3 Soalan ini juga telah dijawab oleh hampir semua calon dan kebanyakannya dapat menjawab dengan baik. Ramai yang boleh menggunakan rumus Tn untuk mencari isipadu silinder yang ke-17 dalam sebutan dan menggunakan rumus Sn untuk mencari nilai n. Contohnya seperti berikut.

Additional Mathematics 2

10

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Beberapa kesilapan-kesilapanyang dikenalpasti adalah seperti berikut: Dalam ceraian soalan 3(b), calon telah menggunakan rumus Tn yang sepatutnya rumus Sn bagi janjang aritmetik. Contoh bagi kesilapan ini dapat ditunjukkan dalam contoh di bawah.

Terdapat juga calon yang tidak menghapuskan sebutan dalam penyelesaiannya seperti contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

11

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon melakukan kesilapan semasa mengganti nilai kedalam rumus. Calon menggantikan 36 yang sepatutnya 36 seperti dalam contoh di bawah.

Contoh berikut menunjukkan calon menggantikan nilai tinggi silinder yang salah ke dalam rumus isipadu.

Kesilapan dalam manipulasi algebra dalam pengiraan adalah masalah yang biasa bagi kebanyakan calon seperti contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

12

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 4 Sebahagian besar calon telah menjawab soalan ini. Kumpulan calon berprestasi tinggi boleh mencari kamiran tentu

g ( x)dx , seterusnya mengasing dan menggantikan nilai


1

g ( x)dx dalam
1

bahagian (a). Dalam bahagian (b) jelas sekali golongan ini dapat

mengamirkan ungkapan yang diberi untuk mencari g(x) dalam sebutan x dengan tepat dan teratur. Ini dapat dilihat dalam contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

13

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Sebilangan calon tidak dapat menjawab ceraian soalan 4(a) kerana tidak memahami konsep adalah mewakili luas di bawah graf seperti contoh di bawah.

Majoriti calon membuat kesilapan-kesilapan seperti berikut:

Additional Mathematics 2

14

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon tidak membuat pengasingan ungkapan sebelum melakukan proses pengamiran seperti contoh di bawah.

walaupun calon boleh memisahkan ungkapan dengan betul tetapi tidak melakukan proses pengamiran. Ini dapat dijelaskan dalam contoh di bawah.

Contoh di bawah menunjukkan calon tidak menguasai konsep pengamiran tak tentu (indefinite integration).

Additional Mathematics 2

15

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon boleh melakukan pengamiran yang betul tetapi tidak mencari nilai pemalar pengamiran,c seperti contoh di bawah.

SOALAN 5 Soalan ini merupakan soalan yang popular dan dijawab oleh hampir semua calon.Kebanyakan calon dapat menjawab dengan sempurna dan teratur. Ramai calon boleh menggunakan rumus m1xm2 = -1dan mencari persamaan garis lurus yang beserenjang dengan AC. Untuk bahagian (b) kumpulan yang sama hampir semuanya boleh mencari koordinat titik B dan menggunakan rumus pembahagian tembereng garis lurus untuk mencari koordinat titik C seperti dalam contoh berikut.

Additional Mathematics 2

16

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Walau bagaimanapun kesilapan-kesilapan yang berikut telah dapat dikesan: Calon tidak menggunakan konsep kecerunan dua garis lurus yang berserenjang dengan betul seperti contoh yang ditunjukkan di bawah.

Additional Mathematics 2

17

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Walaupun calon dapat menggunakan konsep kecerunan dua garis lurus yang berserenjang tetapi calon membuat kecuaian dalam manipulasi algebra seperti contoh berikut.

Calon tidak dapat menggunakan rumus pembahagian tembereng garis lurus dengan nisbah m : n yang betul. Ini dapat dilihat dalam dua contoh berikut: Contoh 1

Contoh 2

Additional Mathematics 2

18

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 6 Hampir semua calon menjawab soalan ini dan boleh melukis histogram dengan baik dan seterusnya mencari markah mod dengan betul. Ramai juga calon yang dapat menggunakan rumus sisihan piawai dengan tepat. Penyelesaian yang baik ini dapat dilihat seperti contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

19

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Walau pun ramai calon boleh melukis histogram dengan betul tetapi masih membuat beberapa kesilapan seperti berikut: Calon tidak dapat melabel nilai pada paksi-x dengan betul. Dalam contoh berikut calon telah menggunakan nilai titik tengah yang salah.

Additional Mathematics 2

20

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon membuat kesilapan pada nilai sempadan bawah turus pertama histogram. Calon sepatutnya melabel dengan nilai sempadan bawah kelas pertama iaitu 0.5. Kesilapan ini ditunjukkan dalam contoh berikut.

Additional Mathematics 2

21

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Ada juga calon yang tidak dapat menggunakan kaedah mencari mod dengan betul seperti contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

22

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon juga melakukan beberapa kesilapan bagi ceraian soalan 6(b). contoh-contoh kesilapan calon:

Berikut ialah

Calon menggunakan rumus yang salah untuk mencari sisihan piawai walau pun rumus itu telah diberi dalam senarai rumus. Contoh 1:

Contoh 2:

Calon membuat tafsiran yang salah terhadap nilai fx2 yang terdapat di dalam rumus sisihan piawai. Calon telah mencari nilai (fx)2sebagai fx2.Contohnya seperti di bawah.

Additional Mathematics 2

23

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 7 Soalan ini merupakan soalan yang popular dimana hampir semua calon menjawab dengan pencapaian yang agak baik. Contoh berikut menunjukkan salah satu penyelesaian yang baik.

Additional Mathematics 2

24

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kesilapan-kesilapan yang dikesan adalah seperti dalam contoh-contoh berikut. Calon memberi nilai log10y dalam satu tempat perpuluhan. Sepatutnya nilai tersebut mesti sekurang-kurangnya dalam dua tempat perpuluhan seperti contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

25

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon tidak memplot titik dengan betul dan tidak dapat melukis graf garis lurus penyuaian terbaik. Contoh di bawah menunjukkan calon telah silap memplot titik (8 , 0.9), tidak memplot titik (4 , 0.52) pada grafnya dan garis lurus yang dilukis bukan garis lurus penyuaian terbaik.

Additional Mathematics 2

26

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon tidak boleh menukar persamaan tak linear yang diberi kepada persamaan bentuk linear (Y=mX + c). Calon tidak dapat menyamakan log10k dengan pintasan y ( log10k = pintasan-y) dan member nilai log10 y sebagai nilai y seperti contoh di bawah.

Calon sepatutnya menyamakan pintasan-ysebagai -log10k tetapi calon telah tersilap dengan menyamakan pintasan-y dengan log10k. Contohnya adalah seperti berikut.

Additional Mathematics 2

27

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 8 Soalan ini bukanlah merupakan satu soalan yang popular dikalangan calon.Hanya separuh daripada bilangan calon telah menjawab soalan ini.Prestasi calon yang menjawab soalan ini adalah pada tahap yang tidak memuaskan.Hanya sebilangan kecil calon yang menjawab soalan ini dengan kemas dan memenuhi kehendak soalan seperti contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

28

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kesilapan-kesilapan calon yang dapat dikesan adalah seperti berikut: Calon tidak memahami konsep mencari kecerunan tangent seperti yang ditunjukkan dalam contoh di bawah.

Calon tidak menggunakan kaedah yang betul untuk mencari titik Q. Calon menggunakan kaedah penyempurnaan kuasadua pada fungsi kecerunannya seperti contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

29

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon telah menggantikan koordinat P ke dalam pembezaan peringkat kedua untuk menentukan sifat titik Q. Sepatutnya calon perlu mengganti koordinat Q seperti contoh berikut.

Calon telah membuat kesimpulan bagi sifat titik Q tanpa menunjukkan sebarang kaedah seperti di bawah.

SOALAN 9 Sebahagian besar calon telah menjawab soalan ini.Pencapaian calon adalah pada tahap sederhana.Kumpulan calon berprestasi tinggi dapat menunjukkan penyelesaian yang tepat, kemas dan teratur.Boleh menggunakan hukum segitiga vector dengan baik, dalam bahagian (b) calon boleh mengungkapkan vector OE dalam dua sebutan yang berbeza dan seterusnya menyamakan pekali x dan y untuk mencari nilai h dan nilai k. Penyelesaian yang baik ini ditunjukkan dalam contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

30

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Walaupun begitu masih terdapat kesilapan-kesilapan yang sering dlilakukan oleh calon seperti berikut: Contoh di bawah menunjukkan calon menggunakan arah vektor yang salah.

Additional Mathematics 2

31

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Dalam bahagian (b) calon boleh menyatakan OE dalam sebutan h tetapi tidak dapat menyatakan vector OE dalam sebutan k. Calon terus menyamakan vektor OE dengan vektor BE bagi mencari nilai h dan nilai k dalam bahagian (c) yang sepatutnya calon perlu menyamakan kedua-dua vektor OE yang dicari dalam (b)(i) dan (b)(ii) seperti contoh-contoh di bawah. Contoh 1

Additional Mathematics 2

32

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh 2

Kemahiran menggunakan Hukum Segitiga Vektor masih belum dikuasai oleh sebilangan calon dalam mencari vektor paduan yang dikehendaki dalam soalan.

2 OC OA dan 3 AB 2 AD bagi mencari vektor paduan adalah pada tahap yang kurang memuaskan.
Penguasaan calon dalam menginterpretasikan maklumat Contohnya calon telah menganggap AD

2 AB seperti ditunjukkan di bawah. 3

Additional Mathematics 2

33

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Masih terdapat calon yang cuai dalam proses pendaraban vektor dengan satu skalar seperti contoh berikut.

SOALAN 10 Soalan ini merupakan soalan yang kurang popular dikalangan calon.Hanya separuh daripada jumlah bilangan calon yang menjawab soalan ini.Secara keseluruhannya pencapaian calon kurang memuaskan kecuali kumpulan calon berprestasi tinggi boleh menjawab dengan baik iaitu calon dapat menggunakan rumus np dan mencari kebarangkalian bagi satu Taburan Binomial. Dalam bahagian (b) calon boleh mencari skor-z, menggunakan Jadual Taburan Normal Piawai untuk mencari kebarangkalian dan sebaliknya. Penyelesaian yang sempurna ini dapat dilihat dalam contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

34

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Namun masih terdapat kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh calon dapat dilihat seperti dalam contoh-contoh berikut: Masih terdapat lagi calon yang cuai dalam proses pengiraan terutama yang melibatkan indeks yang besar dalam ceraian soalan bahagian (a)(ii) seperti contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

35

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Bagi ceraian soalan 10(b)(ii), calon telah menggunakan nilai kebarangkalian yang diberi sebagai nilai skor-z. Sepatutnya calon perlu mencari nilai skor-z daripada Jadual Taburan Normal Piawai menggunakan nilai kebarangkalian yang diberi. Ini dapat dilihat dalam contoh di bawah.

Terdapat calon yang boleh menggunakan Jadual Taburan Normal Piawai untuk mencari nilai skor-z tetapi tidak dapat menentukan nilai skor-z itu sama ada positif atau negatif seperti contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

36

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon tidak dapat menulis simbol ketaksamaan bagi mentafsir maksud kurang daripada

SOALAN 11 Sebahagian besar calon telah menjawab soalan ini. Pencapaian yang ditunjukkan oleh calon adalah pada tahap yang memuaskan. Calon yang berprestasi tinggi dapat menunjukkan penyelesaian yang kemas, teratur dan mengikut kehendak soalan. Calon-calon ini dapat menggunakan rumus s r dalam mencari perimeter sektor yang 1 dikehendaki soalan. Calon juga dapat menggunakan rumus luas sektor , A r 2 2 dan luas segitiga bagi mencari luas tembereng yang dikehendaki oleh soalan. Di bawah adalah satu contoh penyelesaian lengkap oleh calon.

Additional Mathematics 2

37

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh calon dalam menyelesaikan soalan ini dapat dilihat dalam contoh-contoh seperti berikut: Calon menggunakan nilai dalam unit darjah bukannya dalam unit radian semasa menggunakan rumus s r seperti contoh di bawah.

Terdapat calon yang telah membuat pembundaran awal dalam pengiraannya yang mana menyebabkan kejituan jawapan akhir yang diperolehi kurang tepat. Contoh di bawah menunjukkan calon tidak dapat menunjukkan kaedah yang betul dalam mencari luas segmen seperti yang dikehendaki dalam soalan.

Additional Mathematics 2

38

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 12 Soalan ini merupakan soalan yang amat tidak popular dikalangan calon. Tidak ramai calon yang menjawab soalan ini. Secara keseluruhannya, calon yang menjawab tidak menunjukkan prestasi yang baik. Hanya kumpulan calon berprestasi tinggi yang mampu memberikan respon yang kemas dan teratur. Calon yang berprestasi tinggi ini dapat menguasai konsep dalam tajuk Gerakan Pada Satu Garis Lurus iaitu dapat mencari halaju maksimum, julat masa t dan jumlah jarak yang dilalui oleh zarah seperti yang dikehendaki dalam soalan. Contoh penyelesaian lengkap adalah seperti berikut.

Additional Mathematics 2

39

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kebanyakan kesilapan yang dilakukan oleh calon dalam menyelesaikan soalan ini adalah seperti berikut: Semasa melakukan proses pengamiran untuk mencari fungsi halaju, v daripada fungsi pecutan , a, iaitu v a dt , hasil kamiran calon tidak mengandungi pemalar pengamiran,c. Ini menyebabkan jawapan yang diperolehi tidak tepat. Ini dapat dilihat dalam contoh di bawah.
Additional Mathematics 2 40 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

. Contoh di bawah menunjukkan calon tidak dapat mencari jumlah jarak yang dilalui oleh zarah menggunakan nilai-nilai sesaran yang diperolehi. Ramai calon yang menggunakan nilai sesaran sebagai jumlah jarak yang dilalui.

Dalam mencari halaju maksimum, calon tidak dapat mengaitkan bahawa halaju maksimum berlaku apabila pecutan adalah sifar . Calon masih tidak dapat memahami konsep ketaksamaan dengan betul iaitu simbol ketaksamaan akan bertukar apabila melakukan proses pendaraban dengan nilai negatif seperti contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

41

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 13 Soalan ini menjadi pilihan kepada majoriti calon.Secara keseluruhan prestasi calon yang menjawab soalan ini adalah memuaskan.Kumpulan calon berprestasi tinggi boleh menjawab dengan kemas dan betul.Calon ini dapat menggunakan rumus sinus, rumus kosinus dan rumus luas segitiga dengan betul dalam menyelesaikan soalan ini. Berikut adalah contoh penyelesaian lengkap calon.

Additional Mathematics 2

42

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Sungguh pun ramai calon berkebolehan menggunakan rumus sinus, rumus kosinus dan rumus luas segitiga dengan betul, namun terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh calon seperti berikut: Contoh berikut menunjukkan calon melakukan kecuaian semasa proses pengiraan terutamanya apabila menggunakan rumus kosinus.

Walau pun calon telah dapat melakar segitiga ACB dengan betul tetapi semasa mencari AC ' B , calon telah menggunakan nilai BAC ' yang salah dalam pengiraannya. Ini dapat dilihat dalam contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

43

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Dalam mencari luas segitiga ACB calon telah mengira luas bagi segitiga yang salah seperti contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

44

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 14 Hampir separuh daripada bilangan calon yang menjawab soalan pilihan ini. Prestasi calon yang menjawab soalan ini adalah memuaskan. Kumpulan calon yang berprestasi tinggi boleh menjawab dengan kemas, teratur dan memenuhi kehendak soalan. Calon ini dapat menulis ketaksamaan berdasarkan kekangan yang diberi. Calon juga dapat melukis graf garis lurus serta melorek rantau yang memenuhi semua kekangan yang diberi. Calon juga dapat menjawab soalan-soalan yang diberi berdasarkan graf dan rantau yang dilorek. Penyelesaian yang lengkap ini dapat dilihat dalam contoh di bawah ini.

Additional Mathematics 2

45

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Additional Mathematics 2

46

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Beberapa kesilapan calon yang dapat dikesan adalah seperti berikut: Contoh di bawah menunjukkan calon tidak dapat menulis ketaksamaan yang betul berdasarkan kekangan yang diberi.

Contoh menunjukkan walaupun calon dapat menulis ketaksamaan yang betul tetapi calon tidak dapat melorek rantau yang memenuhi ketaksamaan yang diberi.

Additional Mathematics 2

47

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Additional Mathematics 2

48

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat calon yang boleh menulis ketiga-tiga ketaksamaan dengan betul tetapi tidak dapat melukis graf garis lurusnya dengan betul. Dalam contoh di bawah, calon tidak dapat melukis graf garis lurus 3 y x . 2
y 10 dan

Additional Mathematics 2

49

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Bagi mencari jumlah maksimum kutipan yuran, calon telah menggunakan titik di luar rantau berloreknya. Sepatutnya calon mesti menggunakan titik optimum dalam rantau berloreknya. Kesilapan ini dapat dilihat dalam contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

50

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 15 Soalan ini merupakan soalan pilihan yang popular dikalangan calon dimana sebahagian besar calon telah menjawab soalan ini. Secara keseluruhannya pencapaian calon adalah baik. Ramai calon boleh menggunakan rumus indeks harga dan rumus indeks gubahan dalam menyelesaikan semua tugasan yang dikehendaki dalam soalan dengan sempurna. Penyampaian langkah-langkah penyelesaian calon adalah jelas dan teratur mengikut kehendak soalan seperti yang ditunjukkan di bawah.

Additional Mathematics 2

51

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Hampir semua calon yang menjawab soalan ini boleh menyelesaikan ceraian soalan (a) dan (b) dengan baik. Walau bagaimana pun terdapat calon yang membuat kesilapan dalam ceraian soalan (c) dimana calon telah menggunakan rumus indeks gubahan tanpa menggunakan nisbah pemberat yang diberi. Ini dapat dilihat dalam contoh di bawah.

Additional Mathematics 2

52

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA CALON 1. Calon seharusnya menguasai kemahiran asas matematik seperti operasi asas yang melibatkan nombor negatif, kemahiran algebra, menyelesaikan persamaan serentak dan menyelesaikan persamaan kuadratik. 2. Calon digalakkan menulis rumus sebelum menggantikan nilai ke dalam rumus. 3. Jawapan akhir mestilah sekurang-kurangnya dua tempat perpuluhan dan elakkan pembundaran pada peringkat awal penyelesaian. Jawapan mesti diberi dalam bentuk teringkas. 4. Gunakan kalkulator saintifik secara maksimum untuk membantu pengiraan. 5. Calon harus memberi sepenuh tumpuan dalam kelas, sentiasa bertanya dan berbincang dengan guru atau rakan-rakan. 6. Calon harus melakukan latih tubi dan cuba menyelesaikan semua soalan SPM tahun-tahun lepas. 7. Sentiasa cuba melakar rajah untuk memudahkan pemahaman kehendak soalan. 8. Sediakan jadual sebelum melukis graf. Jawab mengikut kehendak soalan seperti mematuhi skala yang diberi. 9. Calon harus menunjukkan semua langkah kerja yang penting. 10. Calon mesti boleh membaca Jadual Taburan Normal Piawai. 11. Calon sebaiknya menggunakan senarai rumus yang disediakan dalam kertas soalan sebagai rujukan semasa menyelesaikan sesuatu soalan. Dicadangkan calon membiasakan dengan rumus yang terdapat di dalam senarai rumus yang disediakan di dalam kertas soalan 3472. 12. Semasa peperiksaan, calon perlu bersikap tenang, menjawab soalan mudah dahulu, pandai mengurus masa, menyemak jawapan, memastikan semua bahagian soalan telah dijawab dan mematuhi arahan soalan.

Additional Mathematics 2

53

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA GURU 1. Guru perlu mengenali murid-muridnya dan mengajar mengikut tahap kemampuan mereka. 2. Guru mesti sentiasa memberi galakan kepada murid-muridnya. 3. Guru seharusnya memahirkan murid dengan senarai rumus yang disediakan dalam kertas soalan dan Jadual Taburan Normal Piawai. . 4. Guru mesti sentiasa kaitkan tajuk dalam Matematik Tambahan dengan Matematik supaya murid tidak menganggap Matematik Tambahan sukar. 5. Guru mesti memastikan murid lemah memahami konsep asas sesuatu tajuk, memperoleh kemahiran asas pembezaan dan pengamiran, menyelesaikan persamaan kuadratik secara pemfaktoran, rumus atau terus guna kalkulator. 6. Guru mesti memastikan murid menyiapkan kerja rumah. Latihan murid perlu disemak supaya guru tahu akan kelemahan muridnya. 7. Dedahkan kepada calon strategi, teknik-teknik menjawab soalan secara berkesan semasa peperiksaan. 8. Guru-guru Menengah Rendah memainkan peranan utama untuk memastikan asasasas algebra seperti pengembangan dikuasai oleh murid pada tahap itu. 9. Berhubung dengan ibubapa murid untuk berbincang langkah mengatasi kelemahan murid.

Additional Mathematics 2

54

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

You might also like