Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

Bil

Isi Kandungan

Muka Surat

1. 2. 3. 4.

Sekapur Sireh Soalan Tugasan Pengenalan Takrif Toharah Dan Kepentingan Takrif Tayammum Dari Segi Bahasa Dan Istilah Dalil Daripada Hadis Rasulullah S.A.W. Yang Menunjukkan Anggota Tayammum Sejarah Pensyariatan Tayammum Beserta Dalil Rukun Tayammum Perkara-Perkara Yang Mengharuskan Tayammum Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Digunakan Semasa Mengajar Topik Tayammum Penutup Bibliografi / Rujukan

2 3 4-5 6-7

5.

7-9

6. 7. 9.

10 - 11 12 - 13 13 - 17

10.

18 20

11. 12.

21 22

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

BissmillahhirRahmanirRahim pembuka kalam, Assalamualaikum.. salam ukhwah tanda persaudaraan, Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, berkat kesabaran dan ketekunan, akhirnya tugasan ini dapat saya selesaikan juga. Pendidikan Islam : Tingkatan 1 HBIS 3303 merupakan mata pelajaran wajib yang perlu saya ikuti. Saya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan berkat keizinanNya, saya dapat menyiap tugasan Pendidikan Islam : Tingkatan 1 dalam masa yang ditetapkan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Nazri bin Yaacob, pensyarah bagi mata pelajaran Pendidikan Islam: Tingkatan 1 yang telah bertungkus lumus dalam membimbing saya dan rakan-rakan bagi menyiapkan tugasan ini. Segala jasa dan pengorbanan ustaz amatlah kami hargai dan sanjungi. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Ustaz Muhammad Nazri akan saya kenangi sepanjang saya melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkanNya kepada saya. InsyaAllah..

SOALAN TUGASAN 2

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

Toharah ialah satu aspek yang terpenting dalam ibadah. Mengabaikan toharah menyebabkan ibadah tidak diterima oleh Allah. Antara topik perbincangan dalam bab toharah ialah tayammum. Bincangkan tayammum mengikut kriteria berikut: a) Takrif dari segi bahasa dan istilah berserta satu dalil daripada hadis Rasulullah s.a.w yang menunjukkan anggota tayammum. b) c) Sejarah pensyariatan tayammum berserta dalil. Rukun tayammum dan perkara-perkara yang mengharuskan tayammum. tayammum.

d) Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan semasa mengajar topik

[Total: 30 Markah]

PENGENALAN 3

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

TAKRIF TOHARAH Islam adalah satu cara hidup yang sempurna syariatnya dan lengkap dengan tatacara pengamalannya. Toharah merupakan satu aspek yang terpenting dalam melakukan ibadah. Sekiranya seseorang itu mengabaikan toharah, maka sudah pastilah ibadah yang dilaksanakannya tidak sempurna dan tidak diterima oleh Allah S.W.T.. Takrif taharah pada bahasa ialah bersih dan bebas daripada segala kekotoran sama ada dalam bentuk nyata seperti najis, kencing atau bentuk maknawi seperti perkara-perkara yang mengaibkan atau sifat-sifat keji. Taharah dengan air bersih bermaksud bersih daripada segala kekotoran manakala taharah daripada hasad bermaksud bebas daripadanya. Dari segi syarak, taharah ialah bersih daripada najis sama ada najis haqiqi, iaitu khabath (kekotoran) atau najis hukmi, iaitu hadas. Khabath ialah sesuatu yang kotor menurut syarak. Manakala hadas pula ialah sesuatu sifat syarak yang ada pada anggota dan ia menghapuskan taharah. Oleh itu, sesuatu yang boleh menghalang sahnya solat iaitu hadas atau najis, maka hendaklah menggunakan air ataupun menghapuskan hukumnya dengan tanah.

KEPENTINGAN TOHARAH
Taharah amat penting dalam Islam sama ada taharah haqiqi, iaitu suci pakaian, badan dan tempat sembahyang daripada najis ataupun taharah hukmi, iaitu suci anggota wuduk daripada hadas, dan suci seluruh anggota zahir daripada janabah (junub); sebab ia menjadi syarat yang berkekalan bagi sah sembahyang sebanyak lima kali sehari. Oleh kerana sembahyang adalah perlakuan menghadap Allah S.W.T., maka menunaikannya dalam keadaan suci adalah sebagai mengagungkan kebesaran Allah S.W.T. Walaupun hadas dan janabah bukanlah najis yang dapat dilihat, tetapi ia tetap merupakan najis maknawi yang membawa kepada kotor tempat yang terkenanya. Untuk menyucikannya, maka perlulah mandi. Jadi, jelaslah taharah dapat menyucikan rohani dan jasmani sekaligus.

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

Islam sangat mengambil berat supaya penganutnya sentiasa bersih dalam dua perkara; maddi (lahiriah) dan maknawi (rohani). Ini membuktikan bahawa Islam sangat menjaga kebersihan dan membuktikan Islam sebagai contoh tertinggi bagi kecantikan dan penjagaan kesihatan diri dan pembinaan tubuh badan dalam bentuk yang paling sempurna. Begitu juga halnya tentang penjagaan persekitaran dan masyarakat supaya tidak menjadi lemah serta berpenyakit kerana membasuh anggota yang lahir yang terdedah kepada debu, tanah dan kuman-kuman setiap hari serta membasuh badan dan mandi setiap kali berjunub akan menjadikan tubuh badan bersih daripada kekotoran. Sudah ternyata dari segi kedoktoran bahawa cara yang paling baik untuk mengubati penyakit berjangkit dan penyakit-penyakit lain ialah dengan menjaga kebersihan. Menjaga kebersihan ini adalah suatu langkah pengawasan diri daripada terkena penyakit. Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Allah S.W.T. memuji orang yang bersuci [mutatahhirin] berdasarkan firmanNya:

.
Maksudnya : .......... Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri. Allah S.W.T. memuji ahli Masjid Quba melalui firmanNya: (Surah Al-Baqarah 2:222)

..
Maksudnya : ... Di dalam masjid itu ada orang lelaki yang suka membersihkan (menyucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (Surah al-Taubah 9:108)

Seseorang Muslim hendaklah menjadi contoh kepada orang lain dalam soal kebersihan dan kesucian baik dari segi zahir mahupun batin. Salah satu bidang yang dibicarakan dalam bab toharah ialah tayammum.

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

A)

TAKRIF DAN DALIL DARIPADA HADIS RASULULLAH S.A.W. MENGENAI ANGGOTA TAYAMMUM

I)

TAKRIF TAYAMMUM DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH

Salah satu topik perbincangan dalam bidang toharah ialah tayammum. Berikut merupakan takrif tayammum dari segi bahasa dan istilah :

Dari segi bahasa, tayammum adalah bentuk masdar dari fiil " , " yang ertinya sama dengan " ," iaitu bermaksud mensahajakan / sengaja.

Pengertian ini diambil dari firman Allah S.W.T: Surah Al-Baqarah: ayat 267 : Maksudnya : . Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya.. ( Al-Baqarah 2: 267)

Tayammum ialah suatu kemudahan yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada umat
Islam untuk dilakukan semasa menghadapi keadaan yang menghalang daripada berwudu atau mandi wajib disebabkan ketiadaan air atau kerana sakit bagi mengharuskan melakukan ibadah.

Dari segi istilah syara`, tayammum ditakrifkan seperti berikut :


Maksudnya : Menyapu atau mengusap ke muka dan kedua-dua belah tangan dengan debu tanah yang bersih lagi suci mengikut syarat-syarat tertentu. Tayammum difardhukan sebagai ganti wudhuk atau mandi wajib. Ianya merupakan salah satu cara bersuci dari hadas kecil atau hadas besar di saat seseorang tidak boleh menggunakan air disebabkan terdapat suatu halangan. Kemudahan tayammum menunjukkan bahawa solat lima waktu sehari semalam wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam sekalipun mereka

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

sedang sakit atau dalam ketiadaan air untuk bersuci dari hadas kecil atau hadas besar. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Maksud Hadis : Dari Huzaifah r.a, katanya : Rasulullah S.A.W. bersabda: ..dan (di antara keistimewaan yang diberikan Allah Taala kepada kami ialah) dijadikan bumi ini seluruhnya sebagai tempat sembahyang untuk kami, dan tanahnya pula dijadikan untuk kami sebagai alat untuk bersuci apabila kami tidak mendapat air. ( Riwayat Muslim )

Hadis ini menyatakan sebahagian dari keistimewaan dan kemudahan beribadat yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dan umatnya berbanding dengan nabi-nabi terdahulu dan umat mereka masingmasing.

II)

HADIS RASULULLAH S.A.W. MENUNJUKKAN ANGGOTA TAYAMMUM

Umum mengetahui bahawa anggota tayammum ada dua iaitu : Muka Kedua belah tangan hingga ke siku

Berikut adalah dalil daripada Hadis Rasulullah S.A.W. mengenai anggota tayammum. Hadis Pertama: Sabda Rasulullah S.A.W. :

, , , , , , , " ": , . , - ,
Maksudnya : Daripada Ammar bin Yasir r.hma. katanya, Rasulullah s.a.w.menghantar saya untuk satu urusan, tiba-tiba saya berjunub dan tidak mendapati air. Lalu saya 7

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

bergelumang di atas tanah seperti yang dilakukan oleh haiwan kemudian saya menemui Rasulullah s.a.w. dan menceritakan perkara tersebut kepadanya. Baginda bersabda: Sebenarnya memadai untuk kamu untuk berbuat begini. Lalu Rasulullah s.a.w. menepuk tanah dengan kedua-dua tapak tangannya kemudian menyapu yang kanan dengan yang kiri, belakang tapak tangan dan wajahnya. (Mutaffaq Alayh Ini adalah lafaz Muslim).

. , , :
Maksudnya : Dalam riwayat al-Bukhari: Kemudian baginda menepuk tanah dengan kedua-dua tapak tangannya dan meniup debu yang ada pada kedua-duanya kemudian menyapu dengan kedua-dua tapak tangannya itu akan mukanya dan tangan hingga ke pergelangan. Hadis Kedua Sabda Nabi S.A.W. :

: . , - ,
Maksudnya : Daripada Ibn Umar r.hm. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tayammum itu dua kali tepuk satu untuk muka dan satu untuk kedua-dua tangan sampai ke siku. (Al-Daruqutni. Para imam hadis mengatakan yang sahih adalah mawquf) Sungguh pun terdapat pertentangan antara Hadis pertama dan kedua, tetapi hal ini diperjelaskan dengan Ayat Al-Quran yang menunjukkan anggota tayammum adalah Surah Al-Maidah 5: 6 . Firman Allah S.W.T :

. .

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

Maksudnya : .. Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pejalanan jauh, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedangkan kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. .. (Surah Al-Maidah: 6)

Jumhur ulama berpendapat bahawa had atau kadar tayammum ialah menyapu muka dan tangan hingga ke siku. Mereka mentarjihkan hadis Ibn Umar kerana ianya dikuatkan dengan qiyas iaitu diqiyaskan tayammum dengan wudu`. Al-Sarakhsi berkata, tayammum merupakan badal (ganti) kepada wudu` dan wudu` pula sama ke siku maka demikian juga tayammum. Tegasnya, dua anggota telah gugur sama sekali pada tayammum dan tinggal dua anggota sahaja, maka tayammum padanya itu seperti wudu` pada keseluruhan sebagaimana sembahyang pada ketika safar gugur darinya dua rakaat maka yang baki darinya kekal dengan sifat sempurna, oleh sebab itulah kita mensyaratkan istiab (menyapu secara keseluruhan).

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

B)

SEJARAH PENSYARIATAN TAYAMMUM BESERTA DALIL

Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan dua tangan sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang tertentu. Tayammum merupakan spesifik umat Islam yang disyari'atkan pada peperangan Bani Mustaliq tahun Keenam Hijrah. Ketika itu Saidatina Aisyah R.A. kehilangan kalungnya, lalu Rasulullah S.A.W mengutus orang mencarinya, kemudian waktu solat datang sedangkan air tidak ada, maka turunlah ayat tayammum. Ini berdasarkan hadis Riwayat Al-Bukhari, Sabda Rasulullah S.A.W. :

, , , . ,
Maksudnya: " Diberitakan oleh Aisyah bahawasanya dia meminjam kalung dari Asma',

lalu kalung itu hilang. Kemudian Rasulullah S.A.W mengutus seseorang (untuk mencarinya), akhirnya kalung tadi dapat ditemukan. Kebetulan waktu solat tiba dan tidak ada air di sana. Lalu mereka solat (tanpa wudu') dan memberitahukan kejadian itu kepada Rasulullah S.A.W. Maka Allah menurunkan ayat-ayat tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah: " Semoga Allah melimpahkan pahala kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu hal terjadi padamu padahal engkau tidak menyukainya, Allah menjadikan hal itu mengandung kebaikan bagimu dan bagimu kaum muslimin."

DALIL PENSYARIATAN TAYAMMUM Tayammum disyari'atkan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta Ijma'. Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran, Surah An-Nisa': 43 :

10

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

...
Maksudnya : " Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun." (Surah Al-Nisa` 4:43)

Berdasarkan hadis Abu 'Umamah Al-Bahili, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

, , .
Maksudnya : " Jabir bin Abdullah mengkhabarkan, bahawa Nabi S.A.W. bersabda : Sseluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat untuk bersuci (tayammum). Maka di mana pun seseorang dari umatku berada dan waktu solat tiba, dia boleh solat di sana ( di situ pulalah terdapat alat untuk bersuci)." Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud: " Dari 'Imran Ibn Hussain r.a berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri, tidak bersembahyang bersama dengan satu kaum. Melihat itu, Rasulullah S.A.W bertanya: 'Wahai fulan apakah yang menghalang kamu bersembahyang bersama-sama dengan kaum itu?' Orang itu menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'. Mendengar perkara itu, Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Gunakanlah tanah (bertayammum); sesungguhnya itu adalah cukup bagi engkau." (Riwayat Al-Bukhari)

C)

RUKUN DAN PERKARA YANG MENGHARUSKAN TAYAMMUM 11

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

I)

RUKUN TAYAMMUM Rukun tayammum mengandungi empat perkara iaitu : Niat. Rasulullah S.A.W.. bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya tiap amal perbuatan itu tergantung dengan niatnya dan bagi setiap orang apa yang dia niatkan. {HR Bukhari}

Berniat hendaklah dilakukan semasa memindahkan (menyapu) debu tanah sehingga menyentuh sebahagian muka. Lafaz niatnya adalah seperti berikut :


Maksudnya : Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat kerana Allah Taala. Menyapu debu tanah ke muka. Caranya dengan menepukkan kedua tapak tangan pada debu dan menyapukannya ke muka secara merata, mulai dari atas sampai bawah (seperti mengambil wudhuk) dengan disertai niat tayammum. Menyapu debu tanah pada kedua belah tangan (dengan menggunakan debu tanah yang lain daripada yang disapu ke muka tadi) sehingga ke siku. Setelah selesai menyapu muka, lalu ditepukkan kedua tapak tangan ke debu sekali lagi dan menyapukannya pada kedua tangan secara merata bermula dari hujung jari hingga ke siku dengan dimulai tangan kanan. Selepas itu diikuti dengan tangan kiri. Tertib

12

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

Tertib ialah melakukan tayammum dengan mengikut urutan iaitu perkara yang perpu dilakukan dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan. Disunatkan ketika tayammum melakukan perkara-perkara berikut : Membaca basmalah iaitu Menghadap ke arah kiblat. Menyapu muka dari atas ke bawah. Meniup atau nenipiskan debu tanah yang ada di tapak tangan dengan cara menepuk dua tepi tapak tangan. Menjarangkan jari ketika menepuk debu. Mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri. Berturut-turut. Membaca doa wudhuk setelah selesai tayammum.

ketika mula menepuk .

II)

PERKARA-PERKARA YANG MENGHARUSKAN TAYAMMUM Di antara perkara yang mengharuskan tayammum ialah : Ketiadaan Air Dalil yang menyebutkan bahawa ketiadaan air itu mengharuskankan tayammum adalah hadis Rasulullah S.A.W berikut ini:

: : : :
Maksudnya : Dari Imran bin Hushain R.A. berkata bahwa kami pernah bersama Rasulullah S.A.W. dalam sebuah perjalanan. Baginda lalu solat bersama orang-orang lain. Tiba-tiba ada seorang yang memencilkan diri . 13

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

Baginda bertanya, Apa yang menghalangimu solat? Orang itu menjawab, Aku terkena janabah. Baginda menjawab, Gunakanlah tanah untuk tayammum dan itu sudah cukup. Bahkan ada sebuah Hadis yang menyatakan bahawa selama seseorang tidak mendapatkan air, maka selama itu pula dia boleh tetap bertayammum, meskipun dalam jangka waktu yang lama dan terus menerus.

: : : : :
Maksudnya : Dari Abi Dzar ra. bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda, Tanah itu mensucikan bagi orang yang tidak mendapatkan air meski selama 10 tahun. * * Apabila tiada air seperti bekalan air terputus(tergendala) atau musim kemarau. Semasa musafir setelah yakin benar-benar tiada air tanpa perlu mencari. Jika sekiranya ragu-ragu, kemungkinan air ada ataupun tidak, maka wajib mencarinya dengan syarat tidak mendatangkan bahaya. Sekiranya diyakini untuk ke tempat mencari air akan menyebabkan waktu solat habis atau mungkin air dijual dengan harga yang tidak sepatutnya, maka bolehlah bertayammum. Jika punca air terlalu jauh, maka tidak wajib mencarinya dan bolehlah terus bertayammum.

Keuzuran Kerana Sakit

14

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

* *

Tidak boleh menggunakan air disebabkan sesuatu penyakit yang dihidapi . Tidak boleh menggunakan air disebabkan penyakit atau luka yang dibimbangi lambat sembuh atau memudaratkan diri jika menggunakan air.

Tidak semua jenis sakit atau luka mengharuskan tayammum. Sakit atau luka yang mengharuskan tayammum ialah sakit atau luka yang penggunaan air ditakuti akan menyebabkan Al-Talaf (kematian atau kemusnahan anggota) atau mendatangkan mudarat pada badan. Ia merangkumi : 1. Akan menyebabkan kematian atau kerosakan pada anggota ( ;)lumpuh dan sebagainya. 2. Penggunaan air menimbulkan penyakit yang membawa kematian atau kerosakan anggota. 3. Menyebabkan sakit bertambah teruk atau penyakit semakin melarat. 4. Menyebabkan lambat sembuh. 5. Menyebabkan kesakitan yang tidak tertanggung. 6. Menimbulkan kecacatan dan kejelikan yang ketara pada badan; seperti kulit menjadi hitam atau sebagainya. Kesan-kesan yang dibimbangi tersebut dari penggunaan air hendaklah disahkan oleh pengalaman sendiri atau berdasarkan makluman dari doktor yang mahir. Menurut Mazhab Syafie, doktor itu hendaklah muslim dan adil (tidak fasiq). Tidak diterima pengakuan atau pengesahan dari doktor kafir atau fasiq. Namun menurut Mazhab Imam Malik boleh menggunakan pandangan atau makluman dari doktor kafir jika tidak ada doktor muslim. Dalilnya adalah Hadis Rasulullah S.A.W. berikut ini:

: :
15

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

:
Maksudnya : Dari Jabir ra. berkata, Kami dalam perjalanan, tiba-tiba salah seorang dari kami tertimpa batu dan pecah kepalanya. Namun dia mimpi basah. Lalu dia bertanya kepada temannya, Apakah kalian membolehkan aku bertayammum? Teman-temannya menjawab, Kami tidak menemukan keringanan bagimu untuk bertayammum. Sebab kamu bisa mendapatkan air. Lalu mandilah orang itu dan kemudian mati . Ketika kami sampai kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan hal itu, bersabdalah Baginda, Mereka telah membunuhnya, semoga Allah memerangi mereka. Mengapa tidak bertanya bila tidak tahu? Sesungguhnya ubat kebodohan itu adalah bertanya. Cukuplah baginya untuk tayammum ( Riwayat Abu Daud )

Air Diperlukan Untuk Keperluan Yang Lebih Penting * Bekalan air ada tetapi mencukupi untuk keperluan harian seperti makan dan minum. * Bekalan air hanya mencukupi untuk keperluan binatang ternakan(binatang yang dihormati) Cuaca Yang Terlalu Sejuk(Dingin) Keadaan cuaca yang terlalu sejuk atau dingin untuk menggunakan air ataupun air membeku disebabkan suhu dingin yang melampau. Dalilnya adalah ikrar Rasulullah S.A.W. iaitu peristiwa di mana Baginda melihat suatu hal dan mendiamkan, tidak menyalahkannya.

16

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

: : : :
Maksudnya : Dari Amru bin Al-`Ash ra. bahawa ketika beliau diutus pada perang Dzatus Salasil berkata, Aku mimpi basah pada malam yang sangat dingin. Aku yakin sekali bila mandi pastilah celaka. Maka aku bertayammum dan solat subuh mengimami teman-temanku. Ketika kami tiba kepada Rasulullah S.A.W., mereka menanyakan hal itu kepada Baginda. Lalu Baginda bertanya, Wahai Amr, Apakah kamu mengimami solat dalam keadaan junub? Aku menjawab, Aku ingat firman Allah S.W.T. (Janganlah kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepadamu), maka aku tayammum dan solat. Rasulullah S.A.W. tertawa dan tidak berkata apa-apa. Ahmad dan Abu Daud ) ( Riwayat

Kerana Tidak Terjangkau Keadaan ini sebenarnya bukan disebabkan tidak ada air. Air ada tapi tidak boleh dijangkau. Meskipun ada air, namun bila untuk mendapatkannya ada risiko lain yang menghalangi, maka itupun termasuk yang membolehkan tayammum. Contohnya takut bila dia pergi mendapatkan air, takut barang-barangnya hilang, atau berisiko nyawa bila mendapatkannya. Seperti air di dalam jurang yang dalam untuk mendapatkannya harus turun tebing yang tinggi dan berisiko pada nyawanya. Atau pun bila ada musuh yang menghalangi antara dirinya dengan air, baik musuh itu dalam bentuk manusia atau pun haiwan buas. Atau bila air ada di

17

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

dalam telaga namun dia tidak punya alat untuk menaikkan air. Atau bila seseorang menjadi tawanan yang tidak diberi air kecuali hanya untuk minum. D) KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMASA MENGAJAR TOPIK TAYAMMUM Mata Pelajaran Bidang Tajuk Kaedah Gabung jalin Penyerapan Pendidikan Islam Tingkatan 1 Ulum Syariah ( Ibadah ) Tayammum Penerangan dan Tunjuk Cara Soal jawab , Demonstrasi , Syarahan Kesedaran kepentingan mengerjakan solat secara istiqamah dalam apa jua situasi. Nilai Kepentingan menjaga kebersihan tubuh badan dan persekitaran . Menerapkan nilai bersyukur dan sentiasa jujur serta ikhlas dalam melaksanakan ibadah kepada Allah. Media Pengajaran Sentiasa menjaga kebersihan diri dan istiqamah

dalam mengerjakan solat. Beberapa keping gambar tentang alat tayammum dan tatacara bertayammum, slaid tayangan video yang menunjukkan cara bertayammum, bedak atau debu tanah, dan contoh dalam bentuk amali cara-cara bertayammum.

18

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

Langkah - Langkah Penyampaian

Langkah Langkah Penyampaian (a) Penerangan Konsep Tayammum (i) (ii) Guru menerangkan pengertian dan konsep tayammum. Guru menyoal pelajar mengapa dibolehkan bertayammum dan sebab yang membolehkan bertayammum. (iii) Guru menunjukkan gambar alat untuk bertayammum dan memaparkan video. Seterusnya, guru meminta pelajar memberi sumbang saran bagaimana hendak bersuci ketika ketiadaan air atau sakit yang tidak boleh menggunakan air. (b) Penerangan Takrif Tayammum, Rukun Tayammum dan Dalil (i) (ii) Guru memaparkan slaid berkaitan takrif , rukun , dalil tayammum. Guru menjelaskan tentang takrif tayammum dan rukun tayammum serta membacakan dalil tayammum daripada ayat Al-Quran ( Surah Al-Nisa`:43 ) dan menerangkan maksud ayat. (iii) Guru meminta pelajar membaca dan menghafaz dalil dan lafaz niat tayammum. (iv) Guru menyoal pelajar secara rawak mengenai takrif, rukun tayammum serta lafaz niat tayammum. (c) Penjelasan Sebab-sebab Mengharuskan Tayammum, Anggota Tayammum dan Syarat-syarat Sah Tayammum (i) Guru memaparkan slaid tentang sebab-sebab mengharuskan bertayammum. Guru memberi penjelasan mengenainya.

19

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

(ii)

Guru meminta pelajar menyebut anggota-anggota tayammum. Guru menjelaskan bahawa anggota tayammum tidak sama dengan anggota wudhuk.

(iii)

Guru menyoal beberapa pelajar mengenai syarat-syarat sah tayammum. Guru menerangkan syarat-syarat sah tayammum dengan jelas bagi membezakan tayammum dengan wudhuk.

(d)

Tunjuk Cara Atau Demonstrasi Tatacara Bertayammum (iv) (v) Guru memaparkan slaid tentang cara-cara bertayammum. Guru memberi penjelasan mengenainya. Guru mendemonstrasikan amali cara tayammum menggunakan bedak / debu tanah dengan diperhatikan oleh pelajar. (vi) Guru meminta pelajar melakukan tayammum seorang demi seorang. Guru bertindak sebagai fasilitator.

(e)

Penilaian Mengenai Tayammum dan Rumusan (i) (ii) (iii) (iv) Guru meminta pelajar menerangkan pengertian tayammum dan anggota tayammum. Guru menyoal beberapa pelajar tentang banding beza antara tayammum dengan wudhuk. Pelajar dipilih secara rawak untuk mendemonstrasikan cara bertayammum. Guru menjelaskan bahawa bersuci boleh dilakukan dengan tayammum apabila ada sebab-sebab yang diharuskan syarak. Guru menegaskan bahawa Islam amat menekankan aspek kebersihan dan kesucian pada setiap masa khususnya semasa beribadat.

Kaedah yang amat berkesan bagi mengajar topik tayammum adalah kaedah tunjuk cara dan penerangan melalui slaid tayangan video dan demonstrasi yang dipraktikkan secara langsung

20

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

oleh pelajar di mana guru bertindak sebagai fasilitator. Melalui kaedah ini, guru dapat menegur dan membetulkan kesilapan yang dilakukan pelar secara terus. PENUTUP Melalui penjelasan yang telah dinyatakan, dapatlah kita fahami bahawa amalan tayammum merupakan antara ibadat yang penting sepertimana juga ibadat-ibadat lain yang menjadi kefardhuan kepada umat Islam. Ini adalah kerana Allah S.W.T telah menggariskan mengenai syariat bertayammum di dalam Al-Quran dan Hadis dengan sejelas-jelasnya yang mana ianya merupakan suatu kemudahan bagi umatNya dalam melaksanakan perintahNya. Ini seterusnya membuktikan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Hikmah dan tujuan disyariatkan tayammum adalah untuk menyucikan diri kita daripada sebarang benda yang menghalang sahnya ibadah terutamanya solat. Di samping itu, tayammum juga mengajar kita agar sentiasa bersyukur dengan syariat ini kerana ianya sama sekali untuk memberatkan kita, sebagaimana akhir firman Allah S.W.T. dalam Surah Al -Maidah ayat 6:


Maksudnya : Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak menyucikan kamu dan menyempurnakannikmatNya bagimu, supaya kamu bersyukur. (Surah Al - Maidah: 6). Ada empat penafsiran ahli tafsir tentang nikmat apa yang Allah maksudkan dalam ayat ini, pertama, nikmat berupa diampuninya dosa-dosa. Kedua, nikmat berupa hidayah kepada iman dan sempurnanya agama Allah ini. Ketiga, nikmat berupa keringanan untuk tayammum. Keempat, nikmat berupa penjelasan hukum syariat, ini merupakan pendapat sebahagian ahli tafsir. Maka jelaslah di sini bahawa tayammum merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya dalam melaksanakan ibadat yang wajib khususnya solat. 21

UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10

BAHAN RUJUKAN / BIBLIOGRAFI Al-Quran Al-Karim. Rasm Uthmani.

Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi(1980) , Hukum-Hukum Feqah Islam , Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Al-Syeikh Hassan Ayub (1422H/2002), Fiqhul Ibadat , Darul Salam.

Dato` Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2009), Indahnya Hidup Bersyariat, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung (1999) Fiqh Ibadah , Kuala Lumpur: Penerbit Edaran Kalam.

Norzulaili Mohd Ghazali, Rabiatul Adawiyah Mohd @ Amat, Mohd Zohdi Mohd Amin & Zulhilmi Mohamed Nor (2010). Pendidikan Islam: Tingkatan 1 , UNITEM Sdn.Bhd.

http://fiqh-am.blogspot.com

http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3266

http://luveronation.nice-forum.net/tayammum-f40/definisi-dalil-tayammum-t696.htm

22

You might also like