Artikel Kajian Tindakan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

PENGGUNAAN KAEDAH ARITMETIK JARI DALAM PENGUASAAN PENDARABAN SIFIR 6, 7, 8, DAN 9

Allif Hafeez bin Lokman alep.ipgkpp@gmail.com

Goh Thian Hee gohthianhee@ipgm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Abstrak Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penguasaan pendaraban bagi sifir 6, 7, 8, dan 9 di kalangan murid Tahun 5. Responden kajian terdiri daripada 10 orang murid yang mempunyai pencapaian lemah dalam subjek Matematik. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan kaedah aritmetik jari untuk membantu murid dalam pendaraban bagi sifir 6, 7, 8, dan 9. Data dikumpulkan melalui kaedah kuantitatif iaitu ujian pra dan pasca dan soal selidik, serta melalui kaedah kualitatif iaitu temu bual bersama murid dan pemerhatian. Ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk melihat perbezaan peningkatan markah antara responden. Ujian pasca diberikan setelah tiga minggu kaedah jari dipraktikkan. Setelah kajian dijalankan, seramai 9 daripada 10 orang responden mendapat gred A dalam ujian pasca, berbanding ujian pra di mana hanya 3 orang responden sahaja mendapat gred A. Selain itu, dapat dilihat peningkatan min markah adalah daripada 64% kepada 85%, iaitu perbezaan sebanyak 21%. Peratus responden yang mendapat gred A dalam ujian pasca juga meningkat sehingga 90%, manakala 10% responden mendapat gred C. Selain itu, hasil dapatan soal selidik jelas menunjukkan bahawa 80% responden bersetuju bahawa kaedah jari ini dapat menarik minat mereka untuk menguasai sifir apabila menggunakan kaedah aritmetik jari ini. Temu ramah yang dijalankan ke atas 5 orang responden terpilih juga menunjukkan bahawa murid lebih berminat menggunakan kaedah jari untuk menyelesaikan soalan pendaraban, berbanding kaedah lain. Temu ramah juga turut dijalankan ke atas guru Matematik kelas untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci berkenaan responden. Kesimpulannya, hasil dapatan menunjukkan kaedah aritmetik jari ini sangat membantu murid dalam penguasaan pendaraban bagi sifir 6, 7, 8, dan 9. Kajian tindakan ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada pengkaji untuk mencuba kaedah alternatif ini untuk membantu murid yang lemah dalam sifir 6, 7, 8, dan 9.

Pendahuluan Pengkaji telah menjalankan praktikum sebanyak dua kali di Sekolah Kebangsaan berlainan di sekitar Pulau Pinang pada tahun 2012. Berdasarkan pengalaman yang lalu, pengkaji mendapati bahawa ramai murid yang masih tidak dapat menguasai sifir secara sepenuhnya. Kegagalan untuk menguasai sifir menyebabkan murid tidak dapat menguasai topik darab dengan baik. Banyak soalan berkenaan darab yang ditinggalkan kosong oleh murid tanpa sebarang jawapan. Hal ini turut

menyumbang kepada kegagalan mereka untuk mempelajari topik yang diajar pada peringkat seterusnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, seperti topik Bahagi, Pecahan, Perpuluhan, Wang, dan Pengumpulan Data. Setelah perkara ini disiasat, pengkaji mendapati bahawa masalah ini berpunca daripada kegagalan murid untuk menguasai sifir darab dengan baik. Oleh sebab itu, mereka mengatakan bahawa subjek Matematik ini adalah mata pelajaran yang sukar dikuasai berbanding mata pelajaran yang lain. Pengajaran dan pembelajaran Matematik perlu dilakukan dalam suasana yang menggembirakan serta memberikan makna terhadap diri mereka. Lantaran itu, pengkaji telah terfikir untuk mencari satu pendekatan yang lebih relevan dan praktikal untuk mengatasi masalah ini daripada berlanjutan. Justeru, pengkaji telah mengambil keputusan untuk membuat satu kajian tindakan yang bertajuk Penggunaan Kaedah Aritmetik Jari dalam Penguasaan Pendaraban Sifir 6, 7, 8, dan 9. Pengkaji percaya, bahawa kaedah alternatif yang berbeza dapat membantu murid untuk menguasai sifir dengan lebih baik.

Fokus Kajian Sebagai seorang guru Matematik, pengkaji telah mengenalpasti masalah murid dalam menjawab soalan Matematik melibatkan operasi darab. Murid-murid seolah-olah tidak berminat dengan soalan yang melibatkan sifir 6, 7, 8, dan 9 kerana ianya melibatkan nombor besar, di samping mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Apa yang dapat diperhatikan pengkaji ialah, murid-murid sering mengeluh apabila diberikan soalan yang melibatkan sifir yang besar. Disebabkan itu, mereka kurang berminat untuk menjawab soalan tersebut, akhirnya meninggalkan sahaja soalan itu tanpa sebarang jawapan. Situasi ini turut disokong oleh Kelly & Tombave (1985), yang menyatakan bahawa perasaan takut dan tidak suka serta ingin mengelakkan diri daripada situasi berkenaan dengan Matematik. Hal ini dikenalpasti berpunca daripada kegagalan murid-murid untuk menguasai sifir dengan baik. Pendidikan Matematik yang tidak menyeronokkan, sukar untuk difahami, serta tidak mengetahui penggunaannya dalam kehidupan seharian pada masa yang akan datang merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan murid di sekolah rendah (Sabri et al, 2006). Hal ini kerana, asas kemahiran Matematik sememangnya diperlukan bagi setiap individu dalam menjalani kehidupan seharian. Ini jelas dilihat daripada urusan seharian kita yang memerlukan pengiraan tanpa disedari, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Pengajaran yang berkesan memerlukan guru unuk membuat refleksi dan usaha yang berterusan untuk mencari pembaharuan (NCTM, 2000). Pembaharuan ini boleh juga dikatakan sebagai teknik, kaedah, dan strategi yang berbeza daripada kaedah tradisional yang telah digunapakai ketika proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat membantu murid untuk menguasai sesuatu konsep dengan baik. Menurut Shaharir (1984), teknik atau kaedah yang paling sesuai hendaklah dirancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semua teknik atau kaedah boleh dikatakan baik dan sesuai selagi mana teknik tersebut dapat membantu para pelajar untuk mencapai objektifnya. Oleh itu, pelbagai teknik boleh digunapakai ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Dabell (2001) telah menyatakan bahawa pengiraan menggunakan jari adalah satu seni. Sesetengah kanak-kanak merasakan cara ini dapat menolong mereka dalam menghadapi situasi yang mengelirukan. Situasi mengelirukan sebegini akan menjadi lebih mudah apabila mereka boleh menggunakan jari mereka untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Penggunaan kinestetik dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktif dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Apabila murid dapat mengukuhkan pemahaman mereka, mereka turut dapat memupuk minat untuk belajar mengenai sesuatu topik tersebut, seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran Matematik. Kenyataan ini adalah selaras dengan kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Fairuz & Mohamad Zailani (2010), yang menyatakan bahawa teknik jari yang diperkenalkan ini berjaya memperbaiki pencapaian responden dalam menguasai kemahiran mendarab sifir 6, 7, 8, dan 9.

Objektif Kajian dan Persoalan Kajian Berikut merupakan tujuan mengapakah kajian ini diadakan: a) Meningkatkan penguasaan murid-murid dalam menyelesaikan masalah operasi darab yang melibatkan sifir 6, 7, 8, dan 9. b) Membentuk suasana pembelajaran yang aktif dengan menggunakan kaedah jari untuk menarik minat murid-murid dalam mempelajari serta menguasai sifir dengan baik. Persoalan kajian adalah seperti berikut: a) Adakah kaedah penggunaan jari dapat membantu dalam meningkatkan prestasi murid-murid dalam pendaraban yang melibatkan sifir 6, 7, 8, dan 9? b) Apakah murid tertarik untuk menguasai sifir melalui kaedah penggunaan jari?

Kumpulan Sasaran Responden terdiri daripada 10 orang murid telah dipilih berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam Ujian 1 yang lalu. Mereka terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Murid-murid di dalam kelas ini terdiri daripada pelbagai kategori pencapaian, iaitu cemerlang, sederhana, dan lemah. Kumpulan sasaran atau responden adalah terdiri daripada muridmurid Tahun 5B di sebuah sekolah di Nibong Tebal, di mana terdapat murid yang mempunyai masalah dalam mengusai sifir. Seramai 10 orang murid telah dipilih berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam Ujian 1 yang lalu. Responden yang dipilih ini terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Murid-murid di dalam kelas ini terdiri daripada pelbagai kategori pencapaian, iaitu cemerlang, sederhana, dan lemah.

Prosedur Tindakan Langkah pertama yang dilakukan pengkaji ialah merancang dengan teliti iaitu melalui pemilihan satu masalah besar yang seringkali dihadapi oleh murid-murid di dalam kelas Tahun 5B ini. Untuk mengetahui kelemahan murid-murid ini, pengkaji telah menemu bual guru subjek Matematik Tahun 5B secara tidak formal, serta menganalisa markah ujian prestasi yang lalu. Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid ialah berkenaan penguasaan sifir 6, 7, 8, dan 9, pengkaji mendapati bahawa kaedah yang sesuai digunakan untuk responden di kelas Tahun 5B ini ialah kaedah aritmetik jari. Pengkaji telah memilih kaedah aritmetik jari kerana ianya dilihat sangat praktikal untuk sifir 6, 7, 8, dan 9. Ujian pra diberikan terlebih dahulu kepada 10 orang responden untuk mengenalpasti prestasi mereka. Kemudian, pengkaji melaksanakan kaedah penggunaan jari untuk sifir 6, 7, 8, dan 9 terhadap responden yang terpilih ini selama 3 minggu (180 minit). Kemudian, ujian pasca diberikan kepada responden supaya markah diperolehi dapat dibandingkan dengan markah ujian pra yang dilakukan dahulu untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah jari dalam topik pendaraban ini. Satu soal selidik serta temu bual juga dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian. Pengkaji menganalisis dan menginterpretasi semua instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini, iaitu ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian, soal selidik, serta temu bual untuk melihat sama ada kaedah jari ini berkesan atau tidak. Melalui pengenalan kaedah jari ini juga, pengkaji dapat memerhatikan tingkah laku responden dalam menguasai sifir 6, 7, 8, dan 9 sebagai penambahbaikan ke atas kaedah tradisional yang telah biasa digunakan oleh guru-guru lain dalam pengajaran Matematik. Dalam komponen refleksi, pengkaji membuat refleksi dan kesimpulan berdasarkan analisis yang telah dibuat ke atas dapatan data yang diperoleh. Selain itu, pengkaji perlu menganalisis dan menilai hasil dapatan supaya dapat menjawab soalan kajian yang dikemukakan.

Cara Pengumpulan Data Kaedah pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini, iaitu seperti berikut: a) Ujian pra dan ujian pasca. Terdiri daripada 10 soalan pendaraban yang melibatkan sifir 6, 7, 8, dan 9. Ujian ini diberikan kepada 10 responden kajian untuk melihat sejauh manakah penguasan mereka dalam sifir. Ujian pra diberikan sebelum intervensi dijalankan untuk melihat tahap penguasaan mereka dalam sifir. Manakala ujian pasca, yang terdiri daripada 10 soalan yang sama seperti ujian pra diberikan setelah kaedah aritmetik jari diperkenalkan, dengan tujuan untuk menguji tahap kefahaman murid-murid alam topik yang telah diajar. Soal selidik Mengandungi beberapa soalan berkaitan murid dan subjek Matematik diedarkan kepada setiap murid setelah mereka tamat menduduki ujian pasca. Borang soal selidik ini dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan kaedah yang digunakan iaitu kaedah penggunaan jari dalam menjawab soalan yang melibatkan operasi darab. Borang soal selidik ini berbentuk soalan Ya atau Tidak. Pemerhatian Dijalankan secara berterusan ke atas responden telah membolehkan pengkaji melihat sendiri tingkah laku responden masing-masing semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemerhatian dijalankan dalam dua fasa, iaitu sebelum dan selepas mereka mengaplikasikan kaedah aritmetik jari. Pemerhatian dijalankan kerana ianya berkait rapat dengan penguasaan konsep dan minat untuk belajar di kalangan murid-murid. Temu bual Dijalankan terhadap responden yang terpilih untuk mengetahui sejauh mana kaedah ini dapat membantu mereka menguasai sifir dengan baik dan minat mereka dalam menggunakan kaedah aritmetik jari ini. Lima soalan telah diajukan kepada lima orang responden yang terpilih. Temu bual juga turut dijalankan terhadap guru Matematik bagi kelas 5B secara tidak formal untuk mendapatkan maklumat mengenai murid-muridnya, serta perasaan dan tingkah-laku muridmurid di dalam kelas ketika beliau mengajar topik pendaraban melibatkan nombor besar.

b)

c)

d)

Dapatan Kajian A. Analisis Pemerhatian

Sebelum kaedah ini diperkenalkan kepada murid, responden tidak dapat memberikan jawapan yang tepat apabila soalan diajukan. Walau bagaimanapun, pengkaji dapat melihat respons yang positif di kalangan mereka apabila mereka didedahkan dengan kaedah jari untuk mengira sifir. Mereka bukan sahaja dapat menggunakan kaedah jari ini dengan baik, malahan jawapan yang diberikan oleh mereka juga tepat. Selain itu, pengkaji juga dapat melihat para responden berusaha untuk menjawab soalan, berbeza dengan sebelum ini. Responden dilihat berusaha untuk menjawab soalan.Mereka juga bersemangat untuk menjawab soalan sifir menggunakan kaedah ini. Pengkaji berpuas hati dengan memperkenalkan kaedah ini kepada responden, kerana semua responden dilihat menunjukkan minat yang mendalam dengan kaedah jari ini dalam menjawab soalan sifir. Kaedah ini membantu mereka untuk mendapat jawapan dengan lebih mudah dan pantas. Selain itu, pengkaji juga dapat lihat responden berminat untuk menjawab soalan yang lebih mencabar dengan menggunakan kaedah jari ini. Mereka akan menjadi lebih tertarik untuk menguasai sifir.

B.

Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 1: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca (u=10)


RESPONDEN A B C D E F G H I J Min Sisihan Piawai MARKAH UJIAN PRA 70 70 80 80 40 30 60 80 70 60 64.0 17.13 MARKAH UJIAN PASCA 90 90 90 90 90 50 90 80 90 90 85.0 12.69

Graf Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca


100 80 Markah (%) 60 40 MARKAH UJIAN PRA MARKAH UJIAN PASCA

20
0 A B C D E F G H Bilangan Responden I J

Rajah 1: Graf Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca (n=10) Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan keputusan bagi ujian pra dan ujian pasca yang diambil oleh peserta sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Responden E dan F masing-masing hanya memperoleh markah 40 dan 30 dalam ujian pra. Keputusan tertinggi yang berjaya dicapai dalam ujian pra diperoleh oleh responden C, D, dan H yang berjaya mendapat 80% iaitu mereka berjaya menjawab 8 daripada 10 soalan pendaraban dengan betul, kemudian diikuti oleh responden A, B, dan I, yang masing-masing memperoleh 70%. Dua daripada 10 orang responden mendapat markah di bawah 50%, iaitu masing-masing memperoleh 40% dan 30% sahaja. Ini menunjukkan bahawa 20% daripada responden ini masih lemah dalam menjawab soalan darab yang melibatkan nombor besar, kerana mereka tidak dapat menjawab soalan pendaraban dengan betul lebih daripada separuh jumlah soalan yang diberikan. Peningkatan dapat dilihat di dalam ujian pasca, di mana 80% responden berjaya mendapat markah sebanyak 9 daripada 10 soalan dengan betul. Responden E hanya mendapat markah 40% dalam ujian pra, namun peningkatan yang mendadak dapat dilihat dalam ujian pasca di mana responden E berjaya memperoleh 90%, memberikan peningkatan sebanyak 50%. Responden F yang mendapat markah terendah dalam ujian pra juga menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca,

walaupun tidak mendadak, iaitu sebanyak 20%. Responden H pula mengekalkan markah yang diperoleh dalam ujian pra dan pasca, iaitu sebanyak 80%. Jadual 1 juga menunjukkan nilai min dan sisihan piawai bagi ujian pra dan ujian pasca. Dapat diperhatikan bahawa min ujian pasca menunjukkan peningkatan yang agak ketara kepada 85.0, iaitu perbezaan sebanyak 21.0, jika dibandingkan dengan min ujian pra yang hanya 64.0. Jika nilai min semakin tinggi, maka jumlah responden yang dapat menjawab soalan dengan betul juga semakin ramai. Peningkatan ini menunjukkan kaedah ini memberikan impak yang positif kepada responden dalam prestasi ujian mereka, kerana semakin ramai responden yang berjaya menjawab soalan pendaraban dengan betul jika dibandingkan dengan ujian pra terdahulu. Nilai sisihan piawai dalam ujian pra pula adalah lebih tinggi iaitu 17.13, iaitu 4.44 lebih berbanding sisihan piawai ujian pasca, iaitu sebanyak 12.69. Hal ini menunjukkan terdapatnya peningkatan markah dalam setiap markah responden.

C.

Analisis Soal Selidik

Jadual 2: Analisis Item Soal Selidik BIL 1 2 3 SOALAN Adakah anda meminati subjek Matematik? Adakah topik darab terlalu susah untuk anda pelajari? Adakah anda berminat dengan kaedah menggunakan jari untuk menjawab soalan darab? Adakah kaedah menggunakan jari dapat membantu anda dalam menguasai sifir? Adakah anda akan menggunakan kaedah jari untuk menjawab soalan yang melibatkan nombor besar? Adakah anda gembira belajar Matematik dengan menggunakan kaedah jari? YA (%) 90 10 80 80 70 80 TIDAK (%) 10 90 20 20 30 20

4 5

Majoriti responden menjawab Ya dalam semua item soal selidik yang diberikan, kecuali item kedua di mana majoritinya responden menjawab tidak untuk soalan adakah topik pendaraban dalam Matematik sukar untuk difahami. Kesemua responden memberikan maklum balas yang positif terhadap penggunaan kaedah aritmetik jari dalam menyelesaikan soalan pendaraban melibatkan sifir 6, 7, 8, dan 9. Dapatan soal selidik ini juga menunjukkan bahawa responden semakin berminat untuk melakukan eksplorasi dalam mempelajari Matematik, sekaligus meningkatkan minat mereka terhadap topik Matematik yang sebelum ini dianggap topik yang sukar dikuasai serta membosankan.

D.

Analisis Temu Bual

Pengkaji telah mengemukakan lima soalan dalam sesi temu bual yang telah dijalankan bersama lima orang responden yang terpilih. Pengkaji telah menjalankan sesi temu bual bersama responden di dalam kelas secara bertulis setelah kaedah jari ini diperkenalkan. Enam soalan yang dikemukakan lebih berfokus kepada bagaimana penggunaan kaedah ini dapat membantu responden dalam menyelesaikan soalan darab dan sejauh mana penggunaan kaedah ini dapat menarik minat responden untuk belajar menguasai sifir dengan baik. Dalam soalan 1, pengkaji meninjau mengenai kaedah yang biasa digunakan oleh responden dalam menyelesaikan soalan darab yang melibatkan sifir. Berdasarkan jawapan yang diberikan, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk menjawab soalan berkaitan sifir, seperti kaedah hafalan, menulis semula sifir di atas kertas, kaedah jari, serta menambah nombor-nombor secara berturut-turut. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, terdapat responden yang membuat kesilapan

dalam memberikan jawapan terhadap sifir 6, 7, 8, dan 9. Selain itu, kaedah yang digunakan para responden tersebut memakan masa yang lama, sekaligus membazirkan masa yang sememangnya berharga sewaktu berlangsungnya ujian atau peperiksaan. Dalam soalan 2, pengkaji ingin melihat sejauh manakah kaedah jari ini dapat memudahkan responden untuk menjawab soalan. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh responden yang ditemu bual, kesemua mereka memberikan komen yang positif untuk soalan ini, iaitu pendapat murid terhadap penggunaan kaedah jari dalam menyelesaikan soalan Matematik melibatkan penggunaan sifir. Dalam Soalan 3 pula, pengkaji sekali lagi ingin melihat sejauh mana keberkesanan kaedah jari ini dengan membandingkan markah yang diberikan responden dalam ujian pra dan ujian pasca. Berdasarkan hasil temu bual tersebut, kesemua responden menyatakan Ya dalam borang temu bual yang diberikan. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam markah ujian pasca berbanding ujian pra. Kesemua responden mendapat markah ujian pasca yang lebih tinggi berbanding ujian pra mereka, walaupun tiada responden yang mendapat markah 100%. Peningkatan ini dapat membuktikan bahawa penggunaan kaedah jari ini sangat membantu murid-murid yang lemah untuk mendapatkan markah yang lebih baik dalam menjawab soalan pendaraban yang melibatkan sifir 6, 7, 8, dan 9. Bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian ini, pengkaji telah menggunakan Soalan 4 seperti di atas untuk meninjau minat responden terhadap penggunaan kaedah ini. Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa para responden berminat dengan kaedah jari yang telah diperkenalkan. Ini juga membuktikan bahawa kaedah ini mudah untuk dikuasai, walaupun oleh murid lemah. Pengkaji juga percaya, bahawa kaedah yang dapat menarik minat murid membolehkan mereka dapat menguasai sifir dengan baik. Soalan 5 yang dikemukakan lebih berfokus kepada tahap kefahaman responden sekiranya mereka tidak faham akan topik darab. Berdasarkan temu bual yang dijalankan, 4 daripada 5 responden memberikan keputusan bahawa mereka akan bertanya kepada guru sekiranya mereka tidak faham. Di sini dapat dilihat bahawa murid-murid ini mempunyai usaha untuk memajukan diri mereka dan mempelajari serta memahami topik darab dengan lebih baik. Pengkaji juga turut melaksanakan temu ramah secara tidak formal bersama guru Matematik bagi kelas 5B untuk maklumat berkenaan prestasi murid-murid kelasnya dalam topik pendaraban. Beliau menyatakan bahawa tidak semua murid dalam kelas 5B dapat menguasai pendaraban melibatkan nombor satu digit dan dua digit dengan baik, kerana masih terdapat murid-murid yang tidak dapat menguasai sifir dengan sepenuhnya, terutamanya sifir 6, 7, 8, dan 9. Kaedah pengiraan yang mereka gunakan tidak begitu efektif serta agak lambat, sekaligus membazirkan masa berharga terutamanya di dalam peperiksaan atau ujian.

Rumusan Kajian yang telah dijalankan ini cuba untuk menjawab kedua-dua soalan kajian. Dalam soalan pertama, pengkaji mahu melihat adakah penggunaan jari ini dapat membantu dalam meningkatkan penguasaan murid-murid dalam pendaraban 6, 7, 8, dan 9. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, kaedah ini dapat membantu penguasaan murid dalam soalan yang melibatkan sifir 6, 7, 8, dan 9. Hal ini dapat dilihat daripada peningkatan markah responden dalam ujian pasca yang dijalankan berbanding markah yang mereka perolehi dalam ujian pra. Perbezaan markah yang ketara dapat dilihat pada responden E yang memperoleh gred A dalam ujian pasca, walaupun dalam ujian pra dia hanya mendapat gred C. Selain itu, nilai min yang ditunjukkan iaitu sebanyak 85.0 serta sisihan piawai yang diperoleh sebanyak 12.69, menyokong lagi bukti kesahihan analisis data yang telah dibuat, di mana terdapat peningkatan markah terhadap setiap responden dalam ujian pasca berbanding ujian pra yang dijalankan sebelum itu. Dengan memperkenalkan kaedah jari ini, sedikit sebanyak murid-murid dibantu untuk menguasai sifir 6, 7, 8, dan 9 dengan lebih baik lagi. Keputusannya dapat dilihat melalui peningkatan markah responden dalam ujian pasca yang dijalankan setelah tiga minggu kaedah jari ini didedahkan kepada murid-murid. Kesemua murid menunjukkan perkembangan positif setelah

mereka diperkenalkan dengan kaedah jari untuk menyelesaikan soalan Matematik berkaitan pengiraan sifir. Selain itu, persoalan pengkaji terhadap minat murid-murid dalam menggunakan kaedah jari juga telah terjawab melalui dapatan kajian dalam soal selidik, di mana 100% responden sangat berminat dengan kaedah jari untuk menguasai sifir 6, 7 ,8 dan 9. Responden menjadi lebih berminat untuk menjawab soalan yang melibatkan sifir 6 ,7 ,8, dan 9 berbanding kaedah yang biasa mereka gunakan sebelum ini. Kesimpulannya, kajian tindakan yang dijalankan telah menunjukkan bahawa kaedah aritmetik jari ini telah berjaya membantu meningkatkan penguasaan darab bagi sifir 6, 7, 8, dan 9. Dapatan yang diperolehi juga jelas menunjukkan responden lebih berminat untuk menguasai sifir dengan menggunakan kaedah aritmetik jari yang dilihat lebih praktikal, serta boleh diaplikasikan sekiranya mereka tidak dapat menghafal sifir dengan baik. Dengan itu, mereka tidak perlu lagi berasa takut untuk menjawab soalan sifir 6, 7, 8, dan 9, sama ada dalam ujian mahupun peperiksaan.

Cadangan Kajian Seterusnya Untuk kajian tindakan yang seterusnya, pengkaji berharap agar masa untuk pengaplikasian kaedah jari ini dipanjangkan, supaya murid lebih faham tentang penggunaan kaedah ini. Pengkaji mendapati bahawa kekangan masa yang agak singkat menyebabkan hasil kajian tidak memberikan keputusan yang terbaik, namun sekiranya masa yang diperuntukkan untuk pelaksanaan kajian ini dipanjangkan, maka murid akan lebih faham serta lebih cekap untuk menggunakan kaedah ini dalam pengiraan mereka. Pengkaji juga berharap agar lebih banyak kitaran yang boleh dijalankan untuk menambahbaikkan hasil dapatan kajian. Pengkaji juga berhasrat agar kaedah jari ini boleh diperluaskan penggunaannya di dalam bilik darjah, terutamanya bagi murid Tahap Satu. Ini adalah penting dalam usaha untuk membolehkan murid benar-benar menguasai sifir 2 hingga 9 dengan baik. Sekiranya murid-murid tidak dapat menguasai sifir, ini akan menimbulkan masalah kepada mereka untuk menjawab soalan yang melibatkan sifir. Pengkaji juga berharap agar lebih banyak kaedah yang boleh diperkenalkan sebagai usaha untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi penguasaan sifir asas 2 hingga 9 dalam diri muridmurid berbanding kaedah tradisional yang biasa dipraktikkan di sekolah. Dengan penggunaan kaedah yang lebih menarik, pengkaji percaya ianya lebih meningkatkan minat murid-murid dalam mepelajari subjek Matematik. Dengan adanya minat, maka satu kekuatan yang luar biasa akan timbul didalam diri mereka untuk terus berusaha memajukan diri serta meningkatkan lagi prestasi mereka dalam mata pelajaran Matematik. Rujukan Sabri Ahmad, Tengku Zawawi & Aziz Omar (2006). Isu-isu dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn. Bhd. NCTM (2000). Principles and Standards for School Mathematics.Reston, VA: NCTM Inc. Dabell, J. (2001). Mathematics at Our Fingertips. Mathematics Teaching Volume, 174-177. Janting anak Ringkai (2005). Mempelbagaikan Pendekatan untuk Membantu Murid-murid Tahun 5 Menguasai Sifir Darab 1 hingga 10. Diperoleh Mei 22, 2011 dari http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/JurnalActionResearch/2005/10%20janting.pdf Faddreen Jingan (2006). Menguasai Fakta Asas Sifir Darab dengan Kaedah Mudah Sifir . dlm Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2006. Sarawak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak Kota Semarahan Sarawak, 10-16. Mok S.S. (1994). Siri Pendidikan Perguruan Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok, S.S. (1996). Siri Pendidikan Perguruan Pengajian Keguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

You might also like